proposal produksi teater eksperimen 2012

Upload: alloy-azzaly

Post on 14-Apr-2018

290 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Proposal Produksi Teater Eksperimen 2012

    1/5

    TEATER EKSPERIMEN WAQTIDEA ASAL & SKRIP OLEH

    ALLOY AZZALY

    [KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER

    EKSPERIMEN 2012.]

    PENDAHULUAN

    Menurut Kamus Dewan, masa bermaksud waktu dan ketika. Waktu itu mungkin sekejap, agak lama, lama

    atau tertentu sahaja. Perkataan masa berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud bulan. Manakala

    perkataan waktu pula berasal daripada bahasa Arab, iaitu waqt (Reha Mustafa 1999). Sebenarnya sukar

    bagi kita untuk mendefinisikan makna masa kerana ia bersifat relatif dan subjektif. Masa ialah suatu

    kontinum yang bukan ruang dan berlaku rentetan masa dari masa lepas, masa kini, dan masa depan. Oleh

    itu, masa tidak dapat diputarkan balik putarannya. Kontinum masa boleh dilihat daripada rentetan masa

    seperti saat, minit, hari, minggu, bulan, tahun, dekad, kurun, dan alaf. Nama-nama rentetan masa tadi

    adalah eiptaan manusia yang berkaitan dengan kehidupan mereka (Reha Mustafa, 16-17). Secara

    ringkasnya, masa bermaksud urutan peristiwa atau tempoh berlakunya peristiwa-peristiwa tersebut.

    Justeru TeaterWaqtadalahidea asal dan skrip oleh Alloy Azzaly merupakan sebuah persembahan teater

    eksperimen untuk penilaian akhir subjek Produksi Teater Eksperimen (ATE5473)yang akan diarahkan oleh

    Erwan Azzaly Hj Awang Taip (Alloy Azzaly) pada bulan April 2012 di bawah seliaan pensyarah kursus, Dr.

    Wong Oi Min dan kelolaan Fakulti Teater ASWARA.

    Secara umumnya, kelahiran produksi ini adalah sebagai satu peluang yang telah diberikan oleh

    pensyarah kepada para pelajar untuk menampilkan idea baru serta kreativiti bernas di dalam persembahan

    teater. Oleh yang demikian, usaha ini dianggap sebagai pemangkin anjakan seni dan budaya serta jati diri

    yang lebih proaktif dan positif terhadap sahsiah seorang pelajar seni kreatif yang berkaliber.

    Tempat, Masa Dan Tarikh Persembahan yang dicadangkan

    6 7 April 2012

    8.30 malam.

    Blackbox, ASWARA.

    30 minit.

    Visi Persembahan

    Visi persembahan ini adalah untuk memantapkan jati diri para pelajar yang terlibat di dalam

    pementasan ini dari segi penguasaan terhadap seni, budaya dan tradisi masyarakat Malaysia tanpa

    melupakan Budaya Malaysia yang kukuh dan berwibawa.

    Mempraktikkan ilmu yang dipelajari sepanjang menuntut di ASWARA.

    Menilai tahap kemampuan pelajar.

    Menyampaikan idea dan konsep pengarah kepada umum.

    - 1 -

  • 7/30/2019 Proposal Produksi Teater Eksperimen 2012

    2/5

    TEATER EKSPERIMEN WAQTIDEA ASAL & SKRIP OLEH

    ALLOY AZZALY

    [KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER

    EKSPERIMEN 2012.]

    Objektif Persembahan

    Memenuhi penilaian akhir kursus Produksi Teater Eksperimen (ATE 5473),

    Membentuk satu budaya organisasi yang lebih proaktif, efektif dan berinovasi di kalangan ahli produksi,

    Mengeratkan hubungan silaturahim antara rakan produksi serta warga intelektual,

    Menyampaikan mesej melalui tema yang dipilih,

    Untuk mempromosikan satu budaya hidup dalam aspek kesenian sebagai sebuah platform yang akan

    mendidik, memelihara, menyebar dan juga memperlengkapkan lagi jati diri masyarakat sekitar

    ASWARA.

    Konsep PengarahanMasa itu emas. Masa itu seperti pedang. Begitulah konsep masa diungkapkan dalam budaya Melayu dan

    Arab bagi melambangkan pentingnya konsep masa itu. Dalam konsep masa ini, bangsa Melayu sering

    dikonotasikan negatif. Sering kedengaran ungkapan Janji Melayu yang melambangkan bangsa Melayu tidak

    begitu menitikberatkan kepentingan masa. Adakah perkara ini benar? Justeru, persembahan akan ini cuba

    merungkai permasalahan konsep masa itu sendiri. Dengan menggunakan data kata pinjaman Arab yang

    sudah diterima pakai dalam bahasa Melayu, khususnya melalui penterjemahan dan adaptasi, konsep masa

    Arab-Melayu ini akan cuba dirungkaikan di dalam persembahan Waqt nanti. Di samping itu, Teater Waqt,

    idea asal Alloy Azzaly ini dipilih berdasarkan kehendak pihak fakulti yang memerlukan teks atau naskah

    yang baru di dalam pementasan ini.

    Sinopsis

    Masa itu emas. Masa itu kehidupan. Begitulah beberapa ungkapan orang Melayu tentang peri pentingnya

    masa dalam kehidupan mereka. Malah dalam bahasa Arab juga terdapat madah pujangga yang

    mengungkapkan masa dalam kehidupan mereka. Antaranya seperti Waktu ituseperti pedang; kalau tidak

    digunakan, pedang itu akan memenggal kepala kita. Malah dalam Islam pun, kepentingan masa terakam

    dalam satu surah khas yang menceritakan kepentingan masa, iaitu surah al-'Asr. Keprihatinan tentang masa

    ini sebenarnya melambangkan pemikiran masyarakat yang menuturkan bahasa tersebut. Dengan kata ini,

    ungkapan konsep masa sebenarnya melambangkan gaya pemikiran dan bahasa sesuatu bangsa.

    - 2 -

  • 7/30/2019 Proposal Produksi Teater Eksperimen 2012

    3/5

    TEATER EKSPERIMEN WAQTIDEA ASAL & SKRIP OLEH

    ALLOY AZZALY

    [KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER

    EKSPERIMEN 2012.]

    Pendekatan Pelakon dan Emosi

    Pelakon akan diterapkan dengan proses menghargai masa serta kepentingannya di dalam kehidupan

    manusia.

    Pendekatan Pelakon Dengan Objek

    Pelakon akan diaplikasikan dengan permainan improvisasi dengan pasir, pedang, perubahan hari dan

    logiknya di dalam agama dan sains.

    Pendekatan Pelakon Dengan Set

    Pelakon akan dipraktikkan dengan konsep peredaran masa secara linear dan kitaran di dalam bulatan.

    Jangka Akhir Produksi

    Sebuah pementasan teater eksperimen yang akan mampu memberikan interpretasi sebenar berkenaan

    konsep Masa itu sendiri terhadap manusia.

    Tenaga Kreatif (Produksi)

    Pengarah Teater Eksperimen : Erwan Azzaly B. Hj. Awang Taip.

    Penyelia Produksi : Dr. Wong Oi Min

    Pengurus Pentas : Putri Nur Fatin Farah Aroha

    Sinografer : Erwan Azzaly B. Hj. Ag. Taip

    Kareografer : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    Barisan Pelakon

    Manusia 1 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    Manusia 2 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    Manusia 3 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    Manusia 4 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    Manusia 5 : Pelajar Tahun 2, Fakulti Tari, ASWARA

    - 3 -

  • 7/30/2019 Proposal Produksi Teater Eksperimen 2012

    4/5

    TEATER EKSPERIMEN WAQTIDEA ASAL & SKRIP OLEH

    ALLOY AZZALY

    [KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER

    EKSPERIMEN 2012.]

    Jadual Pelaksanaan Proses Latihan & Kerja Produksi

    FASA LATIHAN & GERAK KERJA CATATAN

    Fasa 1 ( 16 Januari 2012 )

    a) Penghasilan kertas kerja cadangan (proposal) teater

    eksperimen Waqt

    b) 1st draf proposal.

    Fasa 2 ( 20 Januari 2012 )

    a) Penghasilan kertas kerja akhir teater eksperimen.

    b) Final Draf proposal.

    Fasa 3 ( 30 Januari 2012 )

    a) Penyenaraian kumpulan tenaga produksi dan kumpulan

    kreatif (performer).

    Fasa 4 ( Sepanjang Februari 2012 )

    a) Latihan teater eksperimen bermula.

    b) Penyediaan Press Kit untuk media (27 Februari 2012)

    Fasa 5 ( 16 Mac 2012 )

    a) Pratonton pertama.

    b) Penambah baikkan untuk persembahan.

    Fasa 6 ( 6 7 April 2012 )

    a) Persembahan Akhir teater eksperimen Waqt.

    - 4 -

  • 7/30/2019 Proposal Produksi Teater Eksperimen 2012

    5/5

    TEATER EKSPERIMEN WAQTIDEA ASAL & SKRIP OLEH

    ALLOY AZZALY

    [KERTAS CADANGAN PERSEMBAHAN UNTUK PRODUKSI TEATER

    EKSPERIMEN 2012.]

    Anggaran Belanjawan Teater Eksperimen Waqt

    Perkara Debit

    (RM)

    Kredit (RM) Jumlah (RM)

    A) Anggaran Peruntukan.

    a) Sumber perseorangan

    B) Anggaran Perbelanjaan.

    a) Produksi & Kreatif

    i. Set & Prop

    ii. Lampu & Penataan Cahaya

    iii. Muzik & Kesan Khas Bunyi

    iv. Grafik & Visual

    v. Set Pakaian Pelakon (5 Orang)

    vi. Make-up

    b) Publisiti & Promosi

    i. Press Kit (Ruangan Akhbar, Pameran, Banner,

    Pamplet & Buku Program

    c) Kebajikan Produksi (Makan & Minum)

    d) Pelbagai

    i. Awasan & Kecemasan

    700.00

    100.00

    50.00

    10.00

    40.00

    50.00

    50.00

    100.00

    100.00

    200.00

    700.00

    JUMLAH KESELURUHAN (RM) 700.00

    Disediakan oleh;

    ______________________

    ERWAN AZZALY B. AWANG TAIP

    Ijazah Sarjana Muda Tahun 2

    Fakulti Teater, ASWARA.

    Disemak oleh;

    ______________________

    DR. WONG OI MINPensyarah Produksi Teater Eksperimen 2012.

    - 5 -