penilaian penggalan sejagat (upr) - suhakam.org.my · • meningkatkan usaha untuk memperkasakan...

21
PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR) PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

Upload: others

Post on 30-Aug-2019

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PENGENALAN MENGENAI PENILAIAN PENGGALAN SEJAGAT (UPR)

PENILAIANPENGGALAN SEJAGAT

(UPR)

1Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

PENGENALAN MENGENAI PENILAIANPENGGALAN SEJAGAT (UPR)

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIATingkat 11, Menara TH Perdana, Jalan Sultan Ismail,

50250 Kuala Lumpur.Tel: 603-26125600 Faks: 603-26125620

E-mel: [email protected] Web: http://www.suhakam.org.my

2 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Cetakan Pertama, 2012

© Hak Cipta Terpelihara Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia, 2012

Diterbitkan di Malaysia oleh

SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIAE-mel: [email protected]

URL: http://www.suhakam.org.my

Dicetak di Malaysia oleh

GEMPITA MAJU SDN BHDNo. 7-1, Jalan 3/1, Taman Seri Merdeka68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan

Hak cipta ini adalah milik Suruhanjaya. Kesemua atau mana-mana bahagian laporan ini boleh disalin dengan syarat pengakuan sumber dibuat atau kebenaran diperolehi daripada Suruhanjaya.

Suruhanjaya menyangkal sebarang tanggungjawab, waranti dan liabiliti sama ada secara nyata atau tidak ke atas sebarang salinan penerbitan yang dibuat tanpa kebenaran Suruhanjaya. Adalah perlu

memaklumkan penggunaan. Hak cipta terpelihara.

ISBN 978 983 2523 697

KANDUNGAN BAHAGIAN A

Latar Belakang UPR Dalam Majlis Hak Asasi Manusia PertubuhanBangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 4Objektif UPR 4

Proses UPR Proses Menilai Semula 5Proses Penilaian Semula 6Apa yang Terjadi Selepas Penilaian Semula 6 Susulan terhadap UPR Pihak-pihak Berkepentingan (Stakeholders) 7

BAHAGIAN B

UPR Terhadap Malaysia Laporan yang Diserahkan 8Troika untuk Malaysia 8Penerimaan Laporan yang Disediakan oleh Kumpulan Kerja UPR terhadap Malaysia 9Syor-Syor 9Pihak Berkepentingan dan Tindakan Susulan 18

3Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

4 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

BAHAGIAN A

LATAR BELAKANG

UPR DALAM MAJLIS HAK ASASI MANUSIA PBB UPR adalah satu mekanisme Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) di mana rekod hak asasi manusia kesemua 192 Negara Anggota dinilai semula setiap empat setengah tahun. UPR merupakan mekanisme baru yang diwujudkan oleh Persidangan Umum PBB di bawah Resolusi 60/251 pada 15 Mac 2006.

HRC adalah sebuah badan antara kerajaan yang terdiri daripada 47 negara. Tugas utamanya ialah untuk memperkukuhkan promosi dan perlindungan hak asasi manusia di seluruh dunia. Resolusi 5/1 yang diterima oleh HRC pada 18 Jun 2007 menggariskan asas penilaian semula yang merangkumi prinsip dan objektifnya, proses dan kaedah, serta hasil daripada penilaian semula.

Objektif UPR

UPR memfokuskan pada:a) Penambahbaikan situasi hak asasi manusia di lapangan; b) Penunaian kewajipan dan komitmen hak asasi manusia Negara,

penilaian terhadap perkembangan positif dan cabaran yang dihadapi oleh Negara;

5Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

c) Peningkatan keupayaan Negara dan bantuan teknikal, dengan perundingan dan persetujuan Negara berkenaan;

d) Perkongsian amalan terbaik di kalangan Negara-negara dan pihak berkepentingan lain;

e) Sokongan untuk kerjasama dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia; dan

f) Penggalakan untuk kerjasama penuh dan penglibatan dengan HRC, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia (OHCHR) dan badan-badan hak asasi manusia lain.

PROSES UPR

PROSES MENILAI SEMULA

UPR adalah penilaian semula ke atas kesemua 192 Negara Anggota PBB untuk kitaran setiap empat setengah tahun. Proses ini meliputi langkah-langkah:

Persediaan:• Laporan Nasional - Maklumat disediakan oleh Negara yang dinilai semula • Pengumpulan maklumat PBB mengenai Negara yang dinilai semula - Disediakan oleh OHCHR• Ringkasan maklumat yang diterima daripada pihak berkepentingan lain - Disediakan oleh OHCHR

6 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Proses Penilaian Semula

• Sidang penilaian semula berlangsung di Palais des Nations di Geneva, Switzerland.

• Kumpulan Kerja mengenai UPR, terdiri daripada 47 Negara Anggota HRC, melakukan penilaian semula dalam bentuk dialog interaktif yang diadakan antara Negara dinilai semula dengan Negara-negara Anggota dan Pemerhati HRC. Kumpulan Kerja bersidang setiap tahun sebanyak tiga sesi, dengan setiap sesi mengambil masa dua minggu, dan membuat penilaian semula ke atas 16 Negara pada setiap sesi, menjadikan sejumlah 48 Negara setahun.

• Negara Anggota lain dibenar mengemukakan soalan kepada Negara ahli yang dinilai semula sebelum atau semasa sesi penilaian semula itu diadakan.

• Kumpulan Kerja akan menerimapakai dokumen yang mengandungi hasil penilaian di penghujung setiap penilaian semula. Selepas itu HRC akan mempertimbang dan menerimapakai dokumen tersebut di sesi am HRC.

Apakah yang Terjadi Selepas Penilaian Semula? Negara yang dinilai semula akan mengambil tindakan susulan ke atas kesimpulan dan syor-syor yang terkandung di dalam hasil dokumen yang berkenaan.

7Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

SUSULAN TERHADAP PENILAIANPENGGALAN SEJAGAT (UPR)

PIHAK-PIHAK BERKEPENTINGAN (STAKEHOLDERS) Pihak-pihak berkepentingan digalakkan untuk meningkatkan kesedaran mengenai UPR. Mereka boleh menyumbang kepada susulan terhadap hasil UPR:

a) Tindakan susulan boleh dijalankan dengan kerjasama entiti Kerajaan, yang mana syor-syor ditujukan; dan

b) Pihak-pihak berkepentingan boleh menyebarkan hasil UPR di peringkat nasional.

8 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

BAHAGIAN B

UPR TERHADAP MALAYSIA Laporan yang Diserahkan

• LaporanNasional - Disediakan oleh Kerajaan Malaysia.• LaporanPakar/KumpulanHakAsasiManusiaBebas

- Diperolehi daripada laporan Prosedur Khas, Badan Triti Hak Asasi Manusia dan mekanisme-mekanisme PBB yang lain.

• LaporanPihak-pihakBerkepentingan - Termasuk laporan daripada SUHAKAM dan badan bukan kerajaan.

Troika untuk Malaysia

Apabila penilaian semula dibuat terhadap sesebuah Negara, sekumpulan tiga buah Negara akan bertindak sebagai pelapor, yang dirujuk sebagai troika. Untuk penilaian semula ke atas Malaysia pada Februari 2009, troika adalah Nicaragua, Qatar dan Mesir.

9Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Penerimaan Laporan yang Disediakan oleh Kumpulan Kerja UPR terhadap Malaysia

Laporan oleh Kumpulan Kerja UPR terhadap Malaysia telah diterimapakai oleh HRC di Sesi Am ke-11 pada 12 Jun 2009. Maklum balas oleh pihak Kerajaan Malaysia telah dimasukkan ke dalam laporan yang mengandungi hasil penilaian. Syor-Syor

Semasa proses UPR, Malaysia telah menerima pelbagai syor daripada Negara-negara Anggota lain. Syor-syor ini adalah keputusan akhir daripada proses UPR, dan telah dimasukkan ke dalam laporan akhir. Walaupun syor-syor ini tidak berunsur mengikat, ia bertindak sebagai satu set komitmen oleh Negara dalam memperbaiki perlindungan dan promosi hak asasi manusia di Negaranya. Syor-syor ini akan bertindak sebagai tanda aras kepada Negara, untuk menentukan apa yang harus dicapainya sehingga kitaran UPR yang akan datang. Berikut adalah syor-syor yang telah disokong oleh Malaysia:

Ratifikasi Triti-triti Antarabangsa

• Meneruskan usaha mengambil langkah-langkah wajar dalam pertimbangan untuk meratifikasi instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang dinyatakan dalam perenggan 23 laporan nasional (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Sivil dan Politik, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan dan Konvensyen Menentang Penyeksaan dan Konvensyen Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum).

10 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Usaha yang perlu dilakukan berkenaan Undang-undang Semasa dan Sistem Kehakiman

• Meneruskan usaha melakukan penilaian semula dan kajian secara menyeluruh ke atas perundangan semasa dan tahap kesediaannya, bergerak ke arah pengesahan instrumen-instrumen hak asasi manusia antarabangsa yang dilihat bersesuaian, dalam konteks rangka institusi dan perundangan, sumber dan keutamaan Nasional.

• Mempertimbangkan untuk membuat kajian menyeluruh tentang implikasi positif sistem perundangan undang-undang Sivil dan undang-undang Syariah dan mengambil langkah yang lebih berkesan untuk terus memperbaiki pelaksanaan undang-undang Syariah di dalam Negara.

• Menyedia dan memperbaiki program latihan tentang hak asasi manusia untuk badan kehakiman, anggota penguatkuasaan undang-undang dan peguam-peguam.

• Terus mengamalkan hak kedaulatan untuk menerima perundangan nasional dan kanun keseksaan, termasuk pelaksanaan hukuman mati.

• Meneruskan usaha untuk memperkukuhkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan keganasan terhadap wanita.

• Meneruskan reformasi semasa yang bertujuan mengembalikan keyakinan awam terhadap badan kehakiman termasuk dengan cara meningkatkan kebebasan kehakiman.

• Meneruskan langkah positif yang telah diambil dalam pelaksanaan Prinsip-prinsip Bangalore mengenai Tingkahlaku Kehakiman.

• Mewujudkan jawatankuasa bebas yang bertanggungjawab dalam pelantikan Hakim-hakim.

11Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Wanita, Kanak-kanak dan Golongan Kurang Upaya

• Terus menerajui kemajuan ke arah kesamarataan gender danpembangunan wanita, terutamanya dengan memberikan pertimbangan wajar terhadap syor-syor Jawatankuasa Antara Agensi yang diselaraskan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengenai pematuhan Malaysia terhadap Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak dan Konvensyen mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita, dan penarikan balik reservasinya ke atas kedua-dua konvensyen tersebut dan terus melaksanakan syor-syor daripada Jawatankuasa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita dan Jawatankuasa mengenai Hak Kanak-kanak.

• Meningkatkan usaha untuk memperkasakan penglibatan wanita diperingkat membuat keputusan di kedua-dua sektor awam dan swasta, sejajar dengan kemajuan yang dicapai wanita dalam bidang pendidikan, dan melipatgandakan usaha bagi membolehkan wanita mencapai tahap potensi sebenar serta menyumbang kepada pembangunan sosial dan ekonomi negara.

• Mencari jalan untuk meningkatkan perlindungan mangsa-mangsapenderaan kanak-kanak, mengukuhkan institusi kekeluargaan dan memperkukuhkan nilai-nilai moral sebagai cara berkesan untuk mempromosi dan melindungi hak kanak-kanak.

• Terus menggandakan usaha untuk menghalang dan memerangiketidaksamarataan terhadap kanak-kanak golongan rentan termasuk

12 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

kanak-kanak Orang Asal, kanak-kanak kurang upaya serta kanak-kanak yang tinggal di kawasan pedalaman.

• Meneruskanusahamenyediakankemudahanpendidikankepadamurid-murid yang memerlukan pendidikan khas, seperti kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran serta mereka yang menghadapi kesukaran dalam pembelajaran.

• Memberikanperhatiankhasterhadapmasalahkanak-kanakyangtinggaldan mencari nafkah di jalanan.

• Terus menganjurkan program latihan untuk keutuhan keluarga yangdisasarkan kepada orang awam bagi memastikan kesejahteraan kanak-kanak terpelihara.

Pekerja Asing dan Pemerdagangan Manusia

• Meneruskan penglibatan positif dengan Negara-negara jiran dalamusaha memerangi pemerdagangan manusia serta mencari jalan dan cara selanjutnya untuk meningkat dan menggalakkan perlindungan mangsa-mangsa keganasan domestik.

• Meneruskanusahameningkatkankesedarantentangpemerdaganganmanusia dan pekerja migran, terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak, yang merupakan kumpulan rentan dalam masyarakat dan memerlukan segala bentuk bantuan.

• Meneruskanusahauntukmemberikanperlindunganterhadaphak-hakpekerja asing, dan meningkatkan keselamatan dan kebajikan mereka menerusi kerjasama institusi.

13Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Pembasmian Kemiskinan

• Mengukuhkanmekanismepemantauan diperingkatpersekutuandandaerah bagi memastikan program pembasmian kemiskinan mencapai kumpulan sasaran, serta untuk berkongsi amalan terbaik dengan Negara-negara membangun yang berminat.

• Meneruskanlangkahselanjutnyabagimengurangkankadarkemiskinandan menggandakan usaha bagi mengukuhkan hubungan dan keharmonian di kalangan pelbagai kaum di dalam Negara.

• Berkongsi secara terperinci dan menerusi mekanisme-mekanismeMajlis yang bersesuaian, kejayaan, pengalaman dan pengajaran yang diperolehi daripada bidang-bidang berikut: (a) bagaimana ia mampu mengurangkan kadar kemiskinan di kawasan bandar dan luar bandar secara berterusan dan progresif dalam tempoh 35 tahun terdahulu; (b) bagaimana penubuhan Akademi Anti-Rasuah di Malaysia membantu dan terus membantu memerangi rasuah dan memberikan kesedaran terhadapnya; dan (c) bagaimana untuk menghargai dengan lebih baik serta mematuhi hakikat kepelbagaian sistem perundangan utama dunia, dengan melaksanakan norma-norma sejagat yang dipersetujui dan dengan melaksanakan standard yang termasuk di dalam peruntukan Konvensyen Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik dalam kes-kes di mana hukuman mati dikenakan.

• Meneruskanusahamencarijalandancarauntukmeningkatkanpelaburanoleh sektor awam dan swasta dalam usaha membasmi kemiskinan bandar.

14 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

• Menggalakkanpenyertaansektorawamdanswastadanbadan-badanbukan kerajaan dalam usaha ke arah membasmi kemiskinan, antara lain dengan mewujudkan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta menyediakan kemahiran dan latihan sumber manusia.

• Berkongsi pengalaman dengan masyarakat antarabangsa tentangpembangunan Negara dan pembasmian kemiskinan, terutamanya antara kemiskinan bandar dan luar bandar dan juga dalam membangunkan usahaniaga-usahaniaga kecil dan sederhana.

Orang Asal

• Meneruskan usaha dan inisiatif positif dalam menjamin Orang Asalmendapatkan hak pendidikan, penjagaan kesihatan dan bantuan kehakiman.

• Meneruskanperkongsiandanpeluasanpengalamandanamalanterbaikdalam usaha membentuk dasar dan strategi menyeluruh demi kemajuan golongan Orang Asal, yang ditumpukan kepada peningkatan taraf dan kualiti hidup masyarakat berkenaan menerusi program-program sosio-ekonomi.

Penjagaan Kesihatan

• Menerusdanmemperluaskanpelankesihatansemasa,yangobjektifnyaialah untuk menyediakan akses penduduk kepada perkhidmatan kesihatan yang moden dan berkualiti.

15Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

• Meneruskanusahapositifuntukmempromosihakekonomi,sosialdanbudaya, keutamaan diberikan pada aspek kesihatan, pendidikan dan penjagaan golongan kurang upaya;

• Meneruskanusahanyauntukmempromosikemakmuranyanglebihbaikdan meningkatkan kebajikan penduduk, terutamanya menerusi dasar pendidikan dan kesihatan yang progresif.

• Berkongsidenganmasyarakatantarabangsatentangamalanbaikmerekadalam perkara-perkara berkaitan kesihatan, terutamanya kelebihan sistem “penjagaan teleprimer”.

• Berkongsistrategidanamalanterbaiknyaberkaitanpengurangankadarkematian ibu mengandung.

Perumahan

• Meneruskanusahamembentukdasardanprogramyangdiperlukanuntukmenjamin perumahan yang mencukupi pada harga yang berpatutan bagi semua penduduk, terutama mereka yang berpendapatan terhad.

Pendidikan

• Menggalakkan perkongsian dengan Negara-negara membangun lain,dalam bidang pembangunan pendidikan, terutama dalam membentuk pelan-pelan bagi memastikan pelajar mempunyai akses kepada pendidikan, tanpa mengira lokasi dan latar belakang mereka.

16 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

• BerkongsipengalamandenganNegara-negara lainberkaitanprogrampendidikan untuk pelajar, bagi mendidik mereka tentang nilai-nilai toleransi dan keterbukaan agama Islam.

• Berkongsi pengalaman dalam memperkukuhkan bidang pendidikandengan Negara-negara lain, terutamanya dengan Negara-negara yang berbilang budaya dan agama.

• Meneruskan usahanya membangunkan bidang pendidikan sebagaipelaburan penting untuk masa depan.

Rasuah

• BerkongsipengalamanmemerangirasuahdenganNegara-negaralainyang mempunyai minat yang sama.

• Berkongsi secara terperinci dan menerusi mekanisme-mekanismeMajlis yang bersesuaian, kejayaan, pengalaman dan pengajarannya yang terhasil daripada penubuhan Akademi Anti-Rasuah di Malaysia dan terus membantu usaha memerangi rasuah dan meningkatkan kesedaran.

Syor-syor Umum

• Meneruskan kerjasama dengan masyarakat sivil dalam pembinaankeupayaan dan terus memperbaiki kehidupan penduduk.

• Meneruskan fokus dalam usahanya bagi memastikan perlindunganmenyeluruh hak asasi untuk semua golongan rentan, salah satu

17Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

salurannya menerusi program pembinaan keupayaan, terutamanya untuk pegawai awam, yang dimulakan oleh Malaysia.

• Meneruskan usaha untuk mempromosi dan melindungi hak asasimanusia selaras dengan komitmen antarabangsa serta kehendak agama dan budaya, bersesuaian dengan keperluan nilai sesebuah Negara.

• Meneruskan usaha membangun rangka institusi berkaitan denganpromosi dan perlindungan hak asasi manusia.

• Mengambil langkah-langkah perlu bagi mempromosi secara berkesandan mengukuhkan nilai-nilai kekeluargaan dan moral.

• Terusmengambillangkah-langkahproaktifdaninovatifbagimemastikandasar pembangunan mapan berkaitan dengan promosi hak-hak ekonomi, sosial dan budaya di dalam Negara.

• MengekalkankomitmenterhadapmerealisasikanMatlamatPembangunanMilenium, selari dengan perjuangan untuk kejayaan ekonomi.

18 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

PIHAK BERKEPENTINGAN DAN TINDAKAN SUSULAN Pihak-pihak berkepentingan dalam proses UPR termasuklah Institusi Nasional Hak Asasi Manusia (NHRI), masyarakat sivil dan juga orang awam. Pihak-pihak berkepentingan boleh memainkan peranan penting dalam menggalakkan negara-negara untuk melaksanakan syor-syor UPR. Memandangkan Malaysia telah bersetuju dengan kebanyakan syor ini, adalah menjadi tanggungjawab pihak-pihak berkepentingan untuk memastikan syor-syor ini dilaksanakan. Di bawah adalah peranan yang boleh dimainkan pihak berkepentingan dalam proses susulan:

NGO

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) boleh memainkan peranan penting sebagai kumpulan-kumpulan pendesak, dan merealisasikan pelaksanaan syor-syor sebelum kitaran proses UPR yang seterusnya. NGO boleh membantu dalam usaha susulan dengan agensi kerajaan yang berkaitan dalam pelaksanaan syor-syor tersebut. Media

Media boleh membantu dalam menyebarluaskan maklumat berkenaan UPR, terutamanya tentang syor-syor, dengan cara merencanakan perbahasan dan penulisan berkenaan syor-syor yang dibuat dalam proses UPR. Ini adalah untuk memberikan pendedahan yang diperlukan tentang proses UPR kepada orang ramai.

19Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)

Orang Awam

Orang awam juga boleh memainkan peranan dengan menggalakkan wakil-wakil rakyat meluangkan lebih masa untuk membincangkan syor-syor UPR di sidang Parlimen. Mereka boleh melakukannya dengan menulis surat mengenai UPR kepada wakil-wakil rakyat atau membangkitkan syor-syor UPR sebagai isu penting dalam perjumpaan dengan wakil-wakil rakyat mereka.

20 Pengenalan Mengenai Penilaian Penggalan Sejagat (UPR)