penggunaan teknik menekap transparensi dalam pembelajaran khat

Upload: budakpalong

Post on 17-Oct-2015

306 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanPendidikan Islam merupakan mata pelajaran wajib bagi semua murid beragama Islam sama ada di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sepertimana yang tedapat dalam akta pelajaran 1961. Mata pelajaran ini terdiri daripada beberapa komponen iaitu Tilawah Al-Quran, Ulum Syariah, Akhlak dan Pelajaran Jawi. Setiap komponen dalam mata pelajaran Pendidikan Islam ini mempunyai objektif dan aras kemahiran yang perlu dicapai selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajaran jawi merupakan satu bidang yang menekankan tentang kemahiran-kemahiran asas dalam penulisan jawi bermula dari kemahiran mengenal, menyebut, membaca dan menulis huruf. Kemudian aspek kemahiran ini berkembang pula kepada kemahiran membaca, membina dan menulis ayat-ayat pendek dan ayat lengkap dan seterusnya ditambahkan lagi dengan kemahiran penulisan seni khat Islam di Tahun 6.Jawi merupakan satu bentuk tulisan yang mula berkembang di Malaysia atau yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad kesepuluh melalui aktiviti pedagang Arab yang datang berniaga di Kepulauan Melayu. Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam yang memberi kesan dalam penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium komunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman, 1999. Dipetik dari pemulihantulisanjawi.blogspot.com).

52

Berdasarkan kepada sejarah Bahasa Melayu (Kang Kyoung Seok, 1990) perkataan Jawi () berasal daripada Bahasa Arab Jawah () yang kemudian diselaraskan agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Beliau juga menyatakan dalam bukunya Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu bahawa tulisan jawi ini asalnya daripada tulisan Arab yang dipinjam oleh orang Melayu. Oleh sebab huruf- huruf Arab mempunyai kekurangan dari sudut lambang-lambang untuk fonim Melayu, maka orang-orang Melayu telah meminjam beberapa huruf Arab yang telah difarsikan (Kang Kyoung Seok, 1990). Hashim Musa (2006), pula memetik daripada Omar Awang yang menyatakan tidak diketahui siapakah yang memberi nama Jawi kepada skrip itu (skrip Jawi), namun beliau memetik keterangan dalam kamus R.J. Wilkinson(1959, hlmn. 452), perkataan jawi dalam bahasa Melayu digunakan untuk Pokok Jawi-jawi atau Jejawi dan juga beras jawi yang berbeza dengan beras pulut, dan juga dengan makna lembu atau kerbau dalam bahasa Minangkabau (Omar Awang, 1985, hlmn.190). Perkataan Jawah atau Jawi ini merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara yang merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, patani. Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandalaing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwe Yusoff, 2005. Dipetik dari pemulihantulisanjawi.blogspot.com). Khat bermaksud tulisan tangan yang cantik, dihasilkan menggunakan berus atau pen khas (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2007). Bahasa Arab pula mengistilahkan khat sebagai garisan atau tulisan yang ditujukan pada tulisan yang indah (al-kitabah al-jamilah atau al-khat al-jamil). Manakala Syeikh Syamsudin al-Akfani mendefinisikan khat sebagai ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penempatannya dan cara merangkaikannya menjadi tulisan ataupun apa yang ditulis dalam baris baris, bagaimana cara menulisnya, dan menentukan mana yang tidak perlu ditulis. Seni khat merupakan warisan seni Islam yang halus dan mempunyai nilai estetikanya yang tersendiri. Terdapat pelbagai jenis khat yang masyhur seperti khat Kufi yang dikatakan khat yang tertua, Diwani, Riqah, Nastaliq (Farisi), Nasakh dan lain-lain. Khat Nasakh pula dikatakan sebagai seni yang berasal dan berkembang dari tulisan Arab asli. Tulisan ini melalui proses pengindahan secara berperingkat-peringkat dan pada kurun ketiga dan keempat hijrah, seorang menteri dari kerajaan Abbasiah, Ali bin Muqlah atau Ibnu Muqlah (272-328H) bersama saudaranya Abdullah telah memperhalusi tulisan ini dan memperkenalkan kaedah penulisan khat Nasakh. Ibnu Muqlah pada asalnya menamakan khat ini sebagai khat al-Badi tetapi lebih dikenali ramai sebagai Nasakh lantaran peranan yang dimainkan oleh khat ini hingga menjadi terkenal terutamanya pada kurun kelima (Maarof Zuraiq, 1985. dipetik dari callidesign.blogspot.com). Terdapat beberapa pandangan yang mengatakan khat ini dinamakan Nasakh kerana tulisan ini digunakan untuk menaskhahkan atau membukukan al-Quran serta pelbagai naskhah ilmiah lain sejak dari kurun pertama hijrah lagi. Penulisan khat memerlukan kepada teknik-teknik yang tersendiri mengikut kaedah-kaedah penulisan yang telah disusun dengan tepat. Maka dengan itu, seorang individu dikira sebagai ahli dan penulis khat yang mahir jika dia dapat menghafaz dan mengikut kaedah penulisan yang tepat bagi setiap jenis khat yang ada dalam dunia Islam. Kaedah dan teknik untuk mengajar seni tulisan khat dalam sesi PdP masih belum banyak dikaji dan diinovasikan. Lantaran itu, kaedah tunjuk cara dan latih tubi merupakan kaedah yang paling lazim digunakan dalam pembelajaran seni penulisan khat ini. Oleh yang demikian, dalam penyelidikan ini, saya akan cuba mengaplikasikan salah satu teknik yang sering diguna dalam pengajaran kemahiran menulis mekanis iaitu teknik menekap bagi membantu murid-murid saya yang sukar untuk menguasai kemahiran menulis khat.Teknik menurut Kamus Dewan edisi ketiga merujuk kepada kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang mengkarang dan sebagainya. Che Siah Che Man(2006) dalam buku Pendekatan Pengajaran Jawi mendefinisikan teknik sebagai cara yang paling berkesan untuk mencapai sesuatu objektif dengan segera. Manakala Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abd Aziz (1997) dalam buku Pengajian Melayu III: Komunikasi Bahasa memberi takrifan teknik sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif . Daripada tinjauan tersebut, saya merumuskan bahawa teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bagi menyampaikan isi pelajaran menggunakan bahan pengajaran yang dipilih bagi mencapai sesuatu objektif sesi pembelajaran dan pengajaran PdP. Menekap pula merupakan perkataan Bahasa Melayu yang berasal daripada kata dasar tekap. Menurut Kamus Dewan Bahasa edisi keempat (2007), tekap bermaksud penudung yang pipih atau mungkum manakala menekap pula kata kerja yang membawa maksud menutup dengan sesuatu yang pipih atau mungkum. Transparensi pula merujuk kepada helaian plastik lutsinar yang digunakan bersama alat Overhead Projector (OHP). Teknik Menekap Transparensi merupakan teknik yang saya aplikasikan bagi membantu murid saya untuk belajar kemahiran menulis khat Nasakh. Melalui teknik ini, murid akan menekap tulisan khat yang diberi di atas helaian transparensi yang disediakan menggunakan marker pen berulang kali. Saya mengintegrasikan elemen latih tubi (mengulang tekapan berulang kali) untuk membiasakan pergerakan tangan murid mengawal mata pen semasa menekap tulisan khat. Pengulangan ini merupakan satu usaha untuk membentuk gerak balas terlazim pada pergerakan tangan murid semasa menulis khat Nasakh. Skinner (1953) menyebut kelaziman operan organisma bertindak balas terhadap persekitaran proses pembelajaran. Selepas murid terbiasa dengan pergerakan untuk menulis sesuatu huruf, murid dikehendaki menulis semula huruf tersebut di atas kertas biasa bagi melihat kebolehan murid menulis tanpa menekap. Tekapan akan diulang mengikut kehendak murid apabila tulisan mereka tidak menjadi. Demonstrasi atau tunjuk cara yang lebih dekat juga diberikan kepada murid semasa murid menekap tulisan pada transparensi sebagai peneguhan buat murid. Ini bertepatan dengan Teori Permodelan Bandura yang menyatakan tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau permodelan. Murid meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi gurunya sebagai model. Rachlin (1991) pula menyatakan bahawa peneguhan diberikan untuk memuaskan kehendak individu, dan keduanya untuk mengurangkan tekanan dan merangsang otak.1.2 Refleksi Pengajaran dan PembelajaranKaedah yang lazim saya gunakan dalam pengajaran kaedah penulisan khat ialah kaedah tunjuk cara. Ini kerana murid perlu melihat urutan kaedah penulisan huruf dengan tepat sebelum cuba untuk menulisnya sendiri. Setiap huruf mempunyai kaedah penulisan yang tersendiri dan perlu mengikut urutan yang telah disusun. Oleh yang demikian, saya telah menggunakan kaedah ini untuk pengajaran khat Nasakh selama 3 minggu berturut turut dengan menggunakan papan gulung bergaris dan Marker Pen bermata kaligrafi dengan ketebalan 2.0mm-5.0mm. Bahan bantu yang saya gunakan ini digilirkan dengan penggunaan video demonstrasi kaedah menulis huruf dengan betul. Dalam pada masa yang sama, murid turut disediakan dengan contoh tulisan huruf dengan nombor urutan kaedah yang betul untuk menulis huruf (Rujuk Rajah 1) untuk dilihat murid. Kemudian, saya pula menunjukkan kaedah menulis huruf mengikut urutan yang telah ditunjukkan pada contoh yang tersedia secara langsung. Selesai melihat tunjuk cara daripada saya, murid akan menulis huruf yang dipelajari pada buku latihan dan lembaran kerja yang saya sediakan. Pada masa yang sama, saya memantau setiap murid untuk diberikan bimbingan secara langsung.Rajah 1: Contoh Tulisan Khat

Berdasarkan pemerhatian saya selepas beberapa sesi pengajaran menggunakan kaedah ini, terdapat beberapa orang murid sukar untuk mengikut kaedah yang ditunjukkan dan penulisan mereka tidak memuaskan. Ketebalan huruf yang ditulis tidak sekata dan bentuk huruf yang kurang tepat. Ada di antara murid yang kurang yakin kerana ketebalan mata pensel yang digunakan tidak menampakkan dengan jelas bentuk huruf seperti contoh yang ditunjukkan kepada mereka. Di sebabkan itu, mereka kerap kali memadam huruf yang telah mereka tulis walaupun saya melarang mereka untuk berbuat demikian. Kata mereka tidak puas hatilah ustaz, tak sama macam yang kat depan. Semasa mengajar huruf berbentuk separuh bulat ( ), murid menghadapi masalah untuk membentukkan bucu hujung huruf yang berbentuk tajam kerana sukar untuk mengubah kedudukan mata pensel. Saya dapati masalah ini disebabkan oleh bentuk pensel kaligrafi mekanikal yang digunakan oleh murid (Rujuk Rajah 2).Rajah 2: Pensel Khat Mekanikal

Bentuk pensel yang membujur dan agak leper menyukarkan murid untuk mengubah kedudukan mata pensel semasa menulis. Saya meminta murid untuk memutar-mutarkan pensel semasa memegangnya dan saya dapati, pergerakan mata pensel kurang lancar disebabkan oleh bentuk pensel yang membujur. Selain itu, mata pensel juga tidak cukup besar untuk di padankan dengan garisan dalam buku latihan. Apabila pengajaran saya bagi tajuk ini sudah sampai kepada penulisan huruf , masih lagi ada beberapa murid yang terus melukis bentuk huruf yang diajarkan dan melorekkan lukisan bentuk huruf yang dilukis tersebut. Pada waktu itu saya berfikir sendiri dan bermonolog bagi merefleksi kesilapan yang telah saya lakukan. Apa yang berlegar di fikiran saya ialah jika saya teruskan sesi PdP akan datang dengan keadaan begini, saya tidak akan dapat melihat perkembangan atau kemajuan dalam penulisan murid. Ini mungkin akan memberi kesan yang buruk terhadap bidang lain dan juga lebih teruk lagi menjejaskan minat murid terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Saya juga dapat melihat murid kurang bersemangat apabila tulisan mereka tidak menjadi seperti yang ditunjuk di hadapan kelas melalui ekspresi muka yang mereka tunjukkan. Mereka terus menerus memadam tulisan tersebut dan menyebabkan mereka tidak dapat melihat kemajuan dalam penulisan mereka.Semasa sesi pelajaran jawi berikutnya, saya mengubah sedikit pendekatan saya dalam menggunakan kaedah tunjuk cara dengan memberi peluang kepada murid untuk menggunakan marker pen dan menulis huruf yang diajarkan pada papan putih. Nyata murid dapat menulis dengan lebih baik dan hasil penulisan khat mereka menampakkan bentuk yang lebih cantik. Kesan daripada itu, ada murid yang berkata, Patutlah ustaz buat cantik, senang pakai marker pen. Berdasarkan komen-komen mereka, nyata mereka lebih berpuas hati dan selesa menulis menggunakan marker pen di atas permukaan yang licin berbanding diatas kertas yang lebih kesat.

1.3Refleksi Nilai PendidikanPelajaran Jawi merupakan satu bidang yang tidak boleh dipandang remeh. Penguasaan murid dalam pelajaran jawi mampu membantu mereka dalam aspek pembacaan al-Quran. Sejarah menunjukkan bahawa perkembangan tulisan jawi di Nusantara ini adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Para pedagang Arab yang turut datang dengan tujuan dakwah telah mengasimilasikan penggunaan huruf-huruf Arab dalam kalangan masyarakat Melayu pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka sehingga tulisan ini berkembang dan digunakan dalam urusan-urusan rasmi dan persuratan masyarakat Melayu. Dari aspek logiknya, penguasaan terhadap tulisan jawi mampu membantu penguasaan murid dalam pembacaan al-Quran disebabkan oleh persamaan huruf yang digunakan dalam tulisan jawi dengan tulisan al-Quran.Oleh yang demikian, sebagai seorang guru Pendidikan Islam, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan setiap murid mampu membaca al-Quran. Ini kerana al-Quran merupakan panduan dan pedoman yang terbaik dikurniakan Allah melalui baginda Rasulullah SAW untuk setiap manusia menjalani hidup sebagai hamba Allah di muka bumi ini. Sabda Nabi SAW: : Maksudnya: Telah aku tinggalkan pada kamu dua perkara. Kamu tidak akan sesat selama berpegang kepada keduanya. Iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya. (Hadith riwayat Malik; al-Hakim, al-Baihaqi)

Atas kesedaran akan tanggungjawab yang besar inilah saya bangkit dan menginsafi kesilapan saya yang lalu dan rasa bertanggungjawab untuk mencari jalan penyelesaian bagi membantu murid-murid saya menguasai kemahiran menulis khat Nasakh ini.Selain itu, Khat Nasakh juga memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia Islam. Khat Nasakh ini telah dijadikan sebagai tulisan yang digunakan dalam penulisan al-Quran sejak berkurun lamanya. Oleh yang demikian, walaupun kemahiran menulis khat ini mungkin tidak termasuk dalam kemahiran yang perlu dimiliki oleh murid Tahun 6 bagi menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), saya berpendapat adalah penting untuk meneruskan perkembangan ilmu dunia Islam yang telah diwarisi oleh para sahabat dan tabiin terdahulu bagi memudahkan urusan kita umat Islam kini.Sabda baginda SAW: Maksud: Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat untuk manusia yang lain. (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda SAW ini menguatkan lagi tekad saya bahawa adalah penting bagi saya untuk memastikan murid-murid saya mampu menguasai kemahiran menulis khat ini dengan baik. Ini dikukuhkan lagi dengan firman Allah yang menyuruh manusia berlaku adil dalam firman-Nya dari surah an-Nahl ayat 90: Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan Yang keji dan mungkar serta kezaliman. ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya.

Maka adalah tidak adil jika saya membiarkan sahaja beberapa orang murid saya yang ketinggalan ini tanpa meletakkan satu usaha dan inisiatif yang bersungguh bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis khat Nasakh. Bahkan, Rasulullah SAW juga menggalakkan kita memperelok dan mencantikkan tulisan. Menurut Syeikh Ali Abd Rahman Al-Kelantani, Rasulullah SAW pernah bersabda: : : Maksudnya: Daripada Anas bin Malik berkata: berkata Rasulullah s.a.w: apabila kamu menulis bismillah ar-Rahman ar-Rahim, maka cantikkanlah tulisan kamu sebagai membesarkan keagungan Allah SWT (Riwayat Abu Asbahani)

Seharusnya setiap apa yang diajarkan kepada murid memberi keinsafan terhadap menginsafi kebesaran dan keagungan Allah. Saya sentiasa berharap agar usaha yang sedikit ini akan diredhai Allah.

2.0FOKUS KAJIAN 2.1Isu KajianDaripada refleksi yang dinyatakan, didapati murid tidak dapat menulis khat Nasakh dengan baik dan sering memadam tulisan yang telah dihasilkan. Kesannya, murid tidak dapat melihat kemajuan dalam tulisan khat mereka dan juga boleh menyebabkan mereka bosan dan hilang minat untuk terus mencuba semasa latih tubi. Melalui pemerhatian, penilaian terhadap hasil lembaran kerja murid, dan perbincangan bersama guru sekolah beberapa isu yang berkaitan dengan permasalahan yang dihadapi telah saya kenal pasti. Isu-isu yang dikenal pasti ini merupakan antara perkara yang membawa kepada timbulnya masalah dalam sesi PdP saya. Antara isu-isu tersebut adalah:a) Murid tidak mahir mengawal pergerakan mata pensel semasa menulis huruf.Saya mengenalpasti isu ini semasa memantau murid menulis selepas tunjuk cara kemahiran menulis huruf. Murid kelihatan agak kekok semasa menggerakkan pensel untuk memastikan ketebalan tulisan sekata. Hasilnya, kebanyakan huruf yang ditulis murid mempunyai ketebalan yang tidak sekata. Ini juga dipengaruhi oleh bentuk batang pensel mekanikal yang berbentuk leper.b) Mata pensel khat mekanikal murid terlalu kecil. Kebanyakan murid menggunakan pensel khat mekanikal dengan kelebaran mata pensel 1.5mm-2.0mm untuk menulis khat. Tidak semua murid mengasah mata pensel mereka pada kecondongan yang betul menyebabkan mereka sukar untuk menulis dengan baik. Mata pensel tersebut juga agak kecil dan menyebabkan tulisan murid tidak dapat dilihat dengan jelas dari segi ketebalannya jika tidak digunakan dengan tepat.c) Murid kerap memadam khat yang ditulisSaya mendapati murid tidak yakin bahawa mereka mampu menulis khat dengan baik jika mereka terus memperbanyakkan tulisan mereka. Perkara ini dapat dikesan apabila mereka terus menerus memadam tulisan mereka yang kurang cantik walau betul kaedah yang digunakan meskipun telah diarahkan supaya tidak memadam tulisan tersebut dan saya telah meyakinkan bahawa mereka akan dapat melihat kemajuan penulisan mereka.d) Murid tidak mengulang penulisan huruf yang diajarTerdapat juga segelintir murid yang dilihat kurang berminat untuk terus memperbaiki tulisan mereka. Sebilangan murid ini, hanya menulis sekali sahaja huruf yang diajarkan dan tidak berminat untuk memperelokkan lagi tulisan mereka. Mereka seperti tidak kisah apabila saya menegur bentuk tulisan mereka tidak tepat. Lebih teruk lagi, ada murid yang melukis sahaja bentuk huruf yang diajar dan melorekkannya.

Selepas melihat dan menganalisis isu dan permasalahan yang timbul, saya memutuskan untuk memfokuskan penyelidikan tindakan ini dengan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang timbul. Penyelidikan saya berfokus kepada dua perkara utama iaitu membantu murid tahun 6 meningkatkan kemahiran mereka menulis khat dan yang utama adalah bagi memperbaiki amalan pengajaran saya yang lalu dalam bidang pelajaran jawi di bawah tajuk kemahiran menulis khat Nasakh ini.Saya memilih untuk mengaplikasikan teknik menekap dalam tajuk pengajaran kemahiran menulis khat Nasakh ini atas beberapa faktor berikut:

a) KebolehtadbiranBerdasarkan pemerhatian saya, penggunaan teknik menekap dalam pengajaran tulisan khat ini amat mudah digunakan. Penggunaan transparensi dan marker pen sebagai bahan bantu mengajar juga sangat ringkas dan mudah untuk digunakan. Kos yang diperlukan juga tidak terlalu tinggi dan mudah untuk didapati di mana-mana.b) KepentinganKajian terhadap tajuk ini amat penting untuk kemajuan murid. Ini kerana mengikut silibus Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Tahun 6 bagi mata pelajaran Pendidikan Islam, kemahiran menulis khat adalah satu-satunya kemahiran yang diajarkan dalam komponen jawi. Oleh yang demikian, pelaksanaan teknik menekap untuk kajian ini adalah penting bagi memantapkan lagi kemahiran murid bagi memastikan warisan kesenian Islam ini terus terpelihara.c) Kerelevenan kepada sekolahSekolah di mana saya menjalankan kajian ini merupakan sekolah yang dikategorikan sebagai Sekolah Kurang Murid. Sekolah ini mempunyai kebitaraan dalam aktiviti yang berkaitan dengan unsur seni dan kebudayaan seperti kompang. Oleh itu, kajian ini relevan untuk dijalankan sebagai satu platform kepada sekolah untuk melahirkan murid yang mahir dalam penulisan khat yang mampu menaikkan nama sekolah. Selain itu, teknik ini sememangnya relevan dengan tahap dan kebolehan kanak-kanak kerana menurut Teori Permodelan Bandura, kanak-kanak belajar melalui peniruan terhadap model. d) KebolehgunaanTeknik yang ingin diterapkan bersama bahan bantu yang dipilih amat mudah untuk digunakan. Walau tanpa kehadiran saya sebagai pengkaji, saya percaya kaedah ini boleh terus digunakan sebagai medium pembelajaran bagi membantu meningkatkan kemahiran pelajar. e) KawalanPenggunaan teknik ini di dalam kelas adalah sangat mudah dan pelaksanaannya tidak memerlukan arahan yang banyak dan rumit. Saya hanya perlu bergerak sebagai fasilitator dan mampu bergerak memantau perjalanan gerak kerja murid supaya dapat memberi bimbingan secara langsung.f) KolaborasiKolaborasi sesama murid juga digalakkan semasa menekap dan menulis khat pada kertas khat. Selain itu, murid akan sentiasa berkolaborasi dengan guru untuk mendapat bimbingan bagi memperelokkan lagi tulisan khat Nasakh yang dihasilkan.Namun, setelah melalui proses pencarian bahan, saya dapati tidak banyak kajian yang dijalankan berkenaan kaedah atau teknik pengajaran dalam bidang penulisan khat. Saya memilih untuk menggunakan teknik menekap ini berdasarkan kepada pandangan yang diutarakan oleh Jan Richardson seperti yang dipetik oleh Kristen (2013) dalam laman web www.icanteachmychild.com. Jan Richardson telah menjalankan kajian selama sepuluh tahun dalam bukunya The Next Step in Guided Reading menyatakan bahawa teknik menekap merupakan teknik yang paling mudah dan cepat untuk seseorang murid menguasai kemahiran menulis.

3.0OBJEKTIF KAJIAN3.1Objektif AmKajian ini bertujuan meningkatkan kemahiran murid dalam menulis khat Nasakh3.2Objektif Khusus1. Membantu meningkatkan kemahiran murid tahun 6 menulis khat Nasakh menggunakan teknik menekap transparensi.2. Menambah baik amalan pengajaran guru semasa mengajar kemahiran menulis khat Nasakh dengan menggunakan teknik menekap transparensi.3.3Soalan Kajian1. Bagaimanakah teknik menekap transparensi membantu meningkatkan kemahiran murid tahun 6 menulis khat Nasakh?2. Bagaimanakah teknik menekap tranparensi meningkatkan amalan pengajaran guru semasa mengajar kemahiran menulis khat Nasakh?

4.0KUMPULAN SASARANKajian ini telah melibatkan 4 daripada 18 orang murid Tahun 6 di salah sebuah sekolah dalam daerah Kuala Langat yang terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan seorang murid perempuan.3 orang murid lelaki yang dipilih merupakan murid yang dilihat gagal mengikuti sesi PdP bagi tajuk menulis khat ini dengan baik. Diantara mereka ada yang kerap memadam tulisan, melukis dan melorekkan bentuk huruf serta tidak boleh menulis khat Nasakh dengan baik. Seorang murid perempuan yang turut dipilih merupakan murid yang berpotensi untuk menulis khat dengan baik. Murid ini dipilih agar saya dapat menilai keberkesanan penggunaan teknik ini. Adakah ianya juga dapat membantu murid yang berpotensi dalam kemahiran menulis khat.Penelitian tentang ciri-ciri unik murid yang dipilih untuk menjadi responden ini telah disenaraikan dalam Jadual 1 di bawah.

Jadual 1: Kumpulan SasaranBilangan Murid4

Jantina3 orang lelaki1 orang perempuan

Nama KelasTahun 6 Najib

Prestasi akademikMurid tidak dapat mengikut kaedah khat Nasakh yang tepat. Murid sering memadam tulisan, melukis dan melorkkan bentuk huruf. Murid memerlukan guru untuk sentiasa memantau gerak kerja untuk menyelesaikan tugasan.

Ciri-ciri unik yang lain R1- Murid berpotensi untuk menulis dengan baik. Menulis dengan tangan kiri R2- Kerap melukis bentuk huruf dan enggan mengulang tulisan khat R3- Kerap memadam semasa menulis khat. Sering bermain dan berlengah untuk menulis khat dengan mengasah mata pensel. R4- Murid yang rajin. Menumpukan perhatian dalam kelas. Menulis dengan tangan kanan.

5.0TINDAKAN YANG DIJALANKAN5.1Prosedur TindakanDalam melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah mengaplikasikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988) seperti yang dirujuk daripada Buku Manual Kajian Tindakan (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM, 2008) sebagai kerangka kerja untuk penyelidikan tindakan saya. Model ini melibatkan empat fasa yang membentuk satu kitaran penyelidikan tindakan yang sentiasa berterusan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan mereflek. Fasa yang ditetapkan ini melibatkan keseluruhan proses sebelum, semasa dan selepas penyelidikan tindakan ini dijalankan.Rajah 3 : Model Kajian Tindakan Kemmis dan Mc Taggart

5.1.1Merancanga. Saya mengenalpasti dan menetapkan tajuk dalam pelajaran jawi Tahun 6 yang akan diajar mengikut sukatan pelajaran jawi Tahun 6 yang telah ditetapkan dalam sukatan KBSRb. Saya menganalisis isi pelajaran dan menetapkan hasil pembelajaran yang perlu dicapai oleh murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP).c. Saya menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi tajuk menulis khat Nasakh secara lengkap mengikut aras murid.d. Saya menyediakan tulisan contoh, transparensi dan marker pen sebagai bahan bantu belajar untuk menerapkan kaedah menekap ini.e. Saya menyediakan ujian bertulis, soalan temu bual dan menetapkan aspek pemerhatian sebelum penyelidikan dijalankan.

Dalam fasa merancang ini juga, saya telah mengecilkan skop penyelidikan dengan memfokuskan penulisan khat Nasakh bagi huruf sahaja. Setelah meneliti dan mereflek kembali kepada pengajaran saya yang lepas, saya memutuskan untuk memilih empat huruf ini dalam penyelidikan tindakan saya atas beberapa rasional iaitu:1. Penyelidikan saya hanya melibatkan murid yang dilihat gagal menguasai kemahiran menulis khat dengan baik. Kemahiran bermula dengan bentuk huruf yang terawal adalah lebih mudah buat murid yang lemah.2. Keempat-empat huruf ini mempunyai beberapa aspek kemahiran yang pada hemat saya mampu membantu murid dalam penulisan bentuk huruf yang lain:a. Alif ( ) : Merupakan huruf permulaan dan paling mudah. Kemahiran menulis huruf ini boleh diaplikasikan semasa menulis titik huruf, dan tiang huruf tho () dan lam alif ()b. Ba ( ): Membantu mengajar murid untuk berhenti dan menukar kedudukan mata pen untuk menyambung bentuk dan membentuk lengkungan. Boleh diaplikasikan semasa menulis bentuk huruf sin(), shin(), shod(), dho() fa(), pa () dan qhof()c. Ha ( ): Fokus kepada kemahiran membentuk lengkungan besar dan bucu huruf. Boleh diaplikasikan untuk huruf jim(), kho(), cha(), ain() dan ghain().d. Dhal (): Kemahiran membentuk lengkungan kecil. Boleh diaplikasikan untuk menulis huruf sin(), shin(), ain() dan ghain().5.1.2BertindakPerkara yang dijalankan semasa fasa bertindak ialah:a. Responden ditunjukkan dengan kaedah tunjuk cara yang betul untuk menulis bentuk huruf alif, ba, ha dan dal di hadapan kelas.b. Responden diberikan kertas tulisan contoh bersama helaian transparensi dan marker pen.c. Responden diberikan penerangan berkenaan teknik menekap transparensi yang akan digunakand. Responden menekap tulisan contoh yang diberikan pada transparensi menggunakan marker pen beberapa kali untuk membiasakan pergerakan tangan semasa menulis huruf tersebut.e. Responden menulis huruf yang ditekap di atas kertas yang disediakan oleh pengkaji.f. Ujian bertulis diberikan kepada murid selepas sesi PdP berakhirg. Beberapa aspek yang ditetapkan pengkaji diperhatikan semasa murid menulis khat dalam sesi ujian bertulis.h. Temu bual berstruktur dijalankan bagi memperoleh maklumat dan respon daripada responden berkaitan teknik yang diterapkan dalam pembelajaran mereka.Ringkasnya, pelaksanaan tindakan penyelidikan yang saya laksanakan ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 dibawah.

Rajah 4: Prosedur Pelaksanaan Tindakan

5.1.3MemerhatiBagi menilai tahap keberkesanan teknik menekap transparensi ini, saya telah menyemak ujian bertulis yang telah diberikan untuk melihat sejauh mana mereka dapat membentuk huruf jawi dengan baik mengikut kaedah khat Nasakh. Pemerhatian yang dijalankan semasa sesi ujian bertulis juga menjadi salah satu instrumen untuk saya menilai peningkatan kemahiran murid semasa menulis khat Nasakh.a. Pemerhatian dilakukan terhadap kemahiran responden mengendalikan mata marker pen untuk membentuk bucu dan lengkungan huruf, ketebalan tulisan dan kelicinan bentuk tulisan.b. Perilaku murid semasa menekap tulisan pada transparensi juga diperhatikan.c. Tulisan murid dinilai dari beberapa aspek iaitu bentuk huruf, lengkungan huruf dan bucu huruf.d. Hasil pemerhatian dicatatkan dalam jadual pemerhatian untuk memastikan data yang diperoleh tersusun dan tidak tercicir5.1.4Merefleka. Refleksi kendiri guru ditulis berdasarkan pemerhatian dan temu bual yang telah dijalankan semasa dan selepas sesi PdP.b. Kelemahan dan kekuatan sesi PdP yang dilaksanakan dianalisis berdasarkan hasil pemerhatian dan temu bual yang telah dilaksanakan.c. Refleksi juga ditulis berdasarkan kepada pencapaian murid dalam ujian bertulis.

6.0 CARA PENGUMPULAN DATABagi menjawab soalan kajian yang pertama, pengkaji telah menggunakan pemerhatian, temu bual dan ujian bertulis sebagai instrumen bagi mengumpulkan data penyelidikan. Bagi soalan kajian kedua, empat instrumen digunakan bagi mengumpul data kajian iaitu Analisis dokumen, pemerhatian, temu bual dan penulisan jurnal refleksi guru. Jadual 2: Cara Pengumpulan DataInstrumenTujuan

PemerhatianSoalan Kajian Pertama :1. Memerhatikan kebolehan responden mengendalikan mata marker pen semasa menulis khat2. Memerhatikan hasil penulisan khat responden Soalan Kajian kedua :1. Memerhatikan perilaku murid semasa menulis khat Nasakh

Temu bual1. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklum balas responden berkenaan kaedah menekap pada transparensi2. Temu bual dijalankan secara separa berstrukur. (Soalan utama di sediakan. Soalan susulan mengikut jawapan responden)

Analisis DokumenAnalisis dijalankan terhadap hasil lembaran kerja murid sebelum dan selepas menggunakan teknik menekap tranparensi

Ujian BertulisUjian bertulis diberikan selepas pengaplikasian teknik menekap transparensi untuk melihat hasil penulisan bentuk huruf alif, ba, ha dan dal murid dalam khat Nasakh.

Penulisan Jurnal Refleksi guruJurnal refleksi dirujuk sebagai bukti hasil pemerhatian guru semasa sesi pembelajaran dan pengajaran terhadap respon murid sepanjang sesi PdP.

6.1PemerhatianSecara umumnya pemerhatian merupakan satu kaedah untuk memperoleh maklumat dengan melihat dan mendengar sesuatu peristiwa dan hasilnya direkodkan di dalam bentuk yang sesuai mengikut kehendak kajian. Sidek Mohd Noah (2002) menyatakan bahawa pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Manakala menurut Chua Yan Piaw (2006), melalui pemerhatian berstruktur, pengkaji dapat mengumpul data berdasarkan tingkahlaku yang diperhatikan, di mana tingkahlaku-tingkahlaku tersebut telah disenaraikan dalam borang pemerhatian . Tingkahlaku ini juga disebut sebagai pembolehubah.Saya telah melakukan pemerhatian berstruktur untuk mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan kajian saya. Pemerhatian dilakukan sepanjang sesi PdP dengan memfokuskan kepada aspek-aspek tertentu yang telah saya tetapkan bagi menyokong dan menguatkan data penyelidikan saya. Aspek-aspek tersebut telah disertakan dalam satu borang pemerhatian yang digunakan sepanjang proses pemerhatian dijalankan.

Jadual 3: Borang Pemerhatian ASPEKR1R2R3R4

Dapat menekap tulisan contoh dengan baik

Dapat mengawal mata pen dengan baik

Menekap tulisan contoh berulang kali

Dapat menulis semula tulisan khat dengan baik

Ketebalan tulisan sekata

Membentuk lengkungan huruf dengan baik

Membentuk bucu huruf dengan baik

6.2 Temu bualSaya turut memilih kaedah temu bual sebagai salah satu instrumen kajian saya kerana menurut Welbank (1983), kaedah yang paling biasa dalam mencari fakta dalam sebarang kajian adalah melalui pemantauan dan pensampelan daripada rekod sedia ada, temu bual atau perbincangan berkumpulan, serta soalselidik. Temu bual ialah pertemuan antara penyelidik dengan peserta kajian, dengan penyelidik bertanyakan siri soalan yang relevan dengan fokus kajian (Ackroyd & Hughes 1992). Temu bual telah saya jalankan bersama responden selepas sesi pembelajaran dan pengajaran menggunakan teknik menekap transparensi. Temu bual dijalankan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas responden terhadap teknik menekap transparensi dalam membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam menulis khat Nasakh.Temu bual yang dijalankan berbentuk separa berstruktur di mana saya membina beberapa soalan yang khusus bagi menjawab soalan kajian saya dan soalan-soalan tambahan diberikan mengikut respon daripada responden. Temu bual yang dijalankan dirakam menggunakan perakam pada telefon bimbit supaya saya tidak tertinggal sebarang jawapan yang telah diberikan oleh responden. Setiap jawapan yang diberi responden merupakan kayu ukur kepada kejayaan sesebuah penyelidikan. Dengan merakam semua perbualan saya bersama responden, dapat membantu saya mendapatkn jawapan yang mungkin dapat menyokong persoalan kajian saya. Ini berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh (Mohd, 2005), temu bual ialah alat penyelidikan bilamana subjek dan penyelidik hadir dalam proses memperolehi dapatan kajian berkenaan dengan fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak yang diperlukan untuk mencapai objektif penyelidikan.

6.3Analisis DokumenAnalisis dokumen digunakan untuk membantu penyelidik mendapatkan data secara objektif melalui dokumen serta tidak memerlukan kehadiran informan dan juga dapat memberikan data yang konsisten kerana segala data diperoleh secara tersurat dan dapat digunakan untuk memperoleh kesahan sesuatu jawapan yang diperoleh daripada analisis soal selidik (Frankel, 2007, dipetik dari dspace.fsktm.um.edu.my). Oleh yang demikian, memandangkan kajian ini berfokus kepada peningkatan kemahiran murid, adalah sesuai untuk saya menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap lembaran kerja murid sebelum dan selepas penggunaan teknik menekap transparensi ini bagi membolehkan saya melihat peningkatan kemahiran murid.Melalui analisis dokumen ini juga, saya dapat menyokong dapatan kajian berdasarkan kepada apa yang dikatakan oleh Robert (1996), Penggunaan dokumen dalam penyelidikan adalah mendukung dan menambah bukti daripada sumber-sumber lain. Ada tiga penggunaan kaedah dokumen dalam penyelidikan: a) Membantu memeriksa data-data yang telah dikumpulkan,b) Dapat menambah perincian lain khasnya untuk digunakan bagi mendukung maklumat daripada sumber-sumber lain. Jika bukti dokumen bertentangan dan bukanya mendukung, penyelidik mempunyai alasan untuk mengkaji lebih jauh tentang kajian yang sedang dilaksanakan, c) Inferens dapat dibuat dari dokumen-dokumen yang dianalisis.

6.4Ujian Bertulis Saya juga telah menggunakan ujian bertulis yang diberi selepas selesai sesi PdP sebagai salah satu instrumen untuk mendapatkan data dalam penyelidikan saya. Mohamad Najib Abd Ghafar (1999) telah menyebut bahawa sesebuah penyelidikan yang berdasarkan prestasi memerlukan penyelidik menyediakan ujian yang mana proses tersebut dinamakan pengujian. Ujian bertulis atau juga disebut ujian pasca ini diberi selepas pengaplikasian teknik menekap pada transparensi semasa sesi PdP. Menurut Chua Yan Piaw (2006) pula, ujian pasca merupakan reka bentuk eksperimental benar yang paling ringkas tetapi mempunyai kesahan dalaman yang tinggi. Lembaran kerja diberi untuk responden menulis semula tulisan khat yang dipelajari tanpa menekap. Melalui hasil penulisan responden pada lembaran kerja, saya dapat membuat kesimpulan terhadap peningkatan atau perkembangan kemahiran menulis murid.

6.5Penulisan Jurnal Refleksi GuruSaya telah menulis satu jurnal refleksi dalam seminggu bertujuan untuk menilai dan mengenalpasti kelemahan dalam sesi PdP saya sepanjang minggu berkenaan. Kajian menunjukkan aktiviti ini merupakan salah satu strategi terbaik untuk mendorong guru mengamalkan penyiasatan reektif dan penilaian kendiri terhadap isu-isu pengajaran dan pembelajaran (Bolin, 1988; Richert, 1990; Zeichner & Liston, 1987). Dengan memfokuskan kepada isu berkenaan teknik menekap transparensi yang telah diaplikasikan, jurnal yang ditulis pada tarikh 25 Julai 2013 dijadikan sebagai salah satu bukti yang dapat menyokong data penyelidikan saya.

7.0ANALISIS DAN INTERPRETASI DATAAnalisis data ialah proses menggunakan data untuk memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan dan menyokong keputusan. Manakala menurut Mohd Majid (1990), penganalisisan data adalah melibatkan aktiviti seperti mengatur, memilih, menggabung dan menjadualkan data. Data yang diperoleh menggunakan instrumen kajian merupakan data mentah yang perlu dianalisis dan diinterpretasi supaya data tersebut dapat digunakan bagi menyokong soalan dan objektif kajian yang dijalankan.

7.1Analisis dan Interpretasi Data Soalan Kajian Pertama7.1.1Analisis dan Interpretasi Ujian Bertulis (Lembaran Kerja)Ujian bertulis telah diberikan kepada responden selepas sesi PdP menggunakan lembaran kerja. Saya turut memberikan kepada responden transparensi untuk mereka menulis pada transparensi sebelum mereka menulis pada lembaran kerja yang diberikan. Saya telah menilai hasil kerja murid dengan memfokuskan kepada tiga aspek berikut:1. Bentuk Huruf2. Lengkungan Huruf3. Bucu Huruf

Hasil analisis saya terhadap lembaran kerja yang diberikan kepada murid, 3 daripada 4 murid dapat menulis semula khat Nasakh dengan baik. Responden 1, 2 dan 4 dapat menulis khat dengan baik. Manakala tulisan khat responden 3 ketebalan tulisannya agak tidak sekata, lengkungan hurufnya kurang menjadi dan agak terketar-ketar.

7.1.2 Analisis dan Interpretasi Data PemerhatianSaya telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur semasa responden mengaplikasikan teknik menekap untuk menulis khat Nasakh. Semasa sesi pemerhatian tersebut, saya telah memfokuskan pemerhatian kepada beberapa aspek yang disusun dalam jadual. Hasil daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap keempat-empat responden tersebut telah saya catatkan dan keputusan pemerhatian tersebut adalah seperti berikut:Jadual 4: Data Pemerhatian

ASPEKR1R2R3R4

Dapat menekap tulisan contoh dengan baik////

Dapat mengawal mata pen dengan baik////

Menekap tulisan contoh berulang kali////

Dapat menulis semula tulisan khat dengan baik//X/

Ketebalan tulisan sekata//XX

Membentuk lengkungan huruf dengan baik /XX/

Membentuk bucu huruf dengan baik////

Merujuk kepada jadual di atas, hasil dapatan pemerhatian yang telah saya laksanakan menunjukkan 3 daripada responden kajian memperlihatkan respon yang positif terhadap teknik menekap yang telah saya terapkan. Responden 1, responden 2 dan responden 4 menunjukkan perubahan yang baik dalam penulisan khat mereka. Secara keseluruhannya, responden 1, 2 dan 4 mampu membentuk huruf dalam khat Nasakh dengan baik. Namun begitu, responden 2 kelihatan agak sukar untuk membentuk lengkungan huruf ha dan ba dengan baik menyebabkan bentuk tulisan responden tersebut agak pendek. Responden 4 pula mempunyai sedikit masalah pada ketebalan tulisannya. Dapat dilihat semasa responden ini menulis khat, kedudukan mata pen yang digunakan berubah dan menyebabkan ada huruf yang ditulis tidak sama tebal. Responden 3 pula kelihatan agak bermasalah untuk menulis semula tulisan khat berkenaan. Responden ini merupakan seorang yang kidal. Responden sukar mengubah teknik yang saya tunjukkan dengan menggunakan tangan kanan dan dalam pada masa yang sama, saya tidak mampu menunjukkan contoh dengan menggunakan tangan kiri. Oleh yang demikian, responden 3 kerap menekap tulisan, namun tulisannya tidak menjadi apabila beliau menulis semula khat tersebut.

7.1.3 Analisis dan Interpretasi Data Temu bualSaya juga telah menjalankan sesi temu bual separa berstruktur selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) dijalankan. Saya telah menyediakan soalan khusus bagi menjawab persoalan kajian saya. Dalam masa yang sama, saya turut memberikan soalan-soalan tambahan mengikut respon yang diberikan oleh responden. Soalan yang telah saya kemukakan ialah:1. Apa pandangan kamu berkaitan teknik menekap yang ustaz ajarkan ini? Berbanding dengan teknik yang lama ustaz gunakan, mana yang lebih seronok ?2. Adakah teknik tersebut lebih mudah? Mengapa?Hasil temuramah bersama responden telah saya rakam dan ditranskripkan dalam bentuk jadual seperti di bawah:Jadual 5: Transkrip Data Temu bual 1Responden Jawapan

R1Teknik menekap ni la lagi senang... sebab guna marker pen... time nak tulis tu lancar je... senang sikit lah ustaz guna pen marker, guna pensel susah sikit..

R 2Menekap lagi seronok sebab guna marker pen... Nampak jelas... baru puas hati Lepas tu tak payah guna pemadam, penat nak padam kalau tulis dalam buku

R 3Suka cara menekap sebab seronok guna marker pen dengan plastik(transparensi) ni tapi saya tak dapat ikut sangat ustaz guna tangan kanan

R 4Saya suka teknik menekap ni tapi saya suka pakai pensel marker pen besar tak best pegang time nak tulis

Hasil daripada temu bual yang telah saya jalankan, 3 daripada 4 responden telah bersetuju bahawa teknik menekap pada transparensi yang saya terapkan memudahkan mereka untuk menulis khat Nasakh. Responden 4 suka dengan teknik menekap ini dan bersetuju bahawa teknik ini lebih memudahkannya menulis khat, tetapi responden tidak selesa menggunakan marker pen kerana saiz pen tersebut yang agak besar baginya.Responden 3 juga suka untuk menggunakan teknik menekap ini. Tetapi, responden sukar untuk menulis semula tulisan khat Nasakh kerana responden menulis dengan tangan kiri. Saya menggunakan tangan kanan semasa sesi tunjuk cara di awal sesi PdP. Responden ini tidak mempunyai masalah untuk menekap menggunakan tangan kiri. Tetapi untuk menulis semula khat, responden agak sukar untuk membentuk lengkung dan bucu huruf.

7.2Analisis dan Interpretasi Data Soalan Kajian Kedua7.2.1Analisis dan Interpretasi Data daripada Analisis Dokumen Analisis perbandingan telah dilakukan terhadap hasil penulisan khat murid pada lembaran kerja sebelum dan selepas pelaksanaan teknik menekap transparensi ini. Hasil daripada semakan terhadap ujian bertulis dibandingkan dengan hasil penulisan lembaran kerja responden sebelum penggunaan teknik menekap transparensi ini. Dapatan daripada semakan telah disusun dalam jadual dibawah.Jadual 6: Data Analisis DokumenRespondenSebelumSelepas

1Tulisan kecil, bentuk tulisan jadi, lengkungan huruf cantik, tidak sama tebal. Tidak mengulang tulisan.Tulisan lebih besar, bentuk tulisan khat lebih jelas dan lengkungan dan bucu huruf menjadi. Ketebalan kurang sekata.

2Ketebalan tulisan tidak sekata, bucu dan lengkungan kurang menjadi. Melukis bentuk dan melorekkan bentuk huruf yang dilukis.Ketebalan tulisan lebih baik, bentuk tulisan jelas, lengkungan kurang menjadi, bucu huruf cantik.

3Bentuk tulisan agak kecil, lengkungan dan bucu tidak menjadiBentuk lukisan lebih baik, jelas, ketebalan tulisan kurang menjadi, lengkungan dan bucu huruf kurang menjadi.

4Bentuk tulisan baik, lengkungan cantik, bucu huruf kurang menjadi.Bentuk tulisan cantik, jelas, lengkungan dan bucu huruf menjadi.

Dapat dilihat pada jadual di atas hasil penulisan responden sebelum dan selepas pelaksanaan teknik menekap transparensi menunjukkan perubahan yang sangat ketara. Responden 2 yang dahulunya melukis dan melorekkan bentuk huruf dapat membentuk huruf dengan lebih baik. Bentuk tulisan khat Nasakh kelihatan lebih jelas dan tiada kesan padaman. Secara keseluruhannya bentuk lengkungan dan bucu huruf juga lebih baik.

7.2.2Analisis dan Interpretasi Data PemerhatianUntuk menjawab soalan kajian saya yang kedua, saya telah menjalankan pemerhatian secara tidak berstruktur dengan memfokuskan kepada respon murid semasa sesi pengajaran saya dan semasa menulis dan menekap khat. Daripada pemerhatian, saya mendapati bahawa sesi PdP berjalan lebih lancar dan responden menunjukkan reaksi yang baik sepanjang sesi tersebut. Teknik ini membolehkan saya untuk bergerak sebagai fasilitator dan membolehkan murid melalui sendiri pengalaman menulis khat tersebut dan menjadikan sesi PdP saya lebih berpusatkan murid.Berdasarkan kepada pemerhatian yang dijalankan, menunjukkan bahawa responden fokus kepada menekap tulisan dan cuba untuk menulis khat berulang-ulang kali. Di sebabkan itu, saya dapat bergerak bebas memantau kerja setiap murid.Selain itu, responden kelihatan lebih yakin semasa menulis khat. Ini dapat dilihat apabila murid kurang memadam tulisan yang telah ditulis di atas transparensi. Responden terus menulis bentuk huruf khat Nasakh berulang kali pada transparensi dan menulis pada kertas A4 apabila bersedia. 7.2.3Analisis dan Interpretasi Data Temu bualSaya turut menjalankan sesi temu bual dengan responden bagi menjawab soalan kajian saya yang kedua ini. Isi temu bual saya lebih berfokuskan kepada teknik dan alat tulis yang lebih disukai responden. Jadual 7: Transkrip Data Temu bual 2Responden Jawapan

R1Saya lebih suka teknik menekap.... marker pen tulisan dia lagi besar puas hati nak tulis

R 2Menekap Suka guna marker pen, susah guna pensel

R 3Suka cara menekap marker yang ustaz beri

R 4Saya suka teknik menekap ni saya lebih suka guna pensel marker ni besar la ustaz

Berdasarkan kepada maklum balas daripada responden, kesemua mereka lebih suka menggunakan teknik menekap pada transparensi ini. Namun begitu, responden 4 tidak suka menggunakan marker pen kerana saiznya yang besar.

7.2.4Analisis dan Interpretasi Data Refleksi Pengajaran GuruPenulisan refleksi pengajaran merupakan perkara yang wajib selepas setiap sesi PdP. Selain itu, semasa menjalankan sesi praktikum dan program Internship di sekolah, saya telah menulis satu jurnal refleksi bagi setiap minggu untuk dimasukkan dalam fail. Dalam penulisan jurnal refleksi pada minggu tersebut, saya telah memilih isu kesan inovasi dalam PdP yang berfokus kepada inovasi teknik menekap yang telah saya terapkan dalam PdP saya bagi mengkaji penyelesaian kepada masalah pengajaran saya dalam tajuk kemahiran menulis khat Nasakh. Penulisan refleksi tersebut menceritakan perihal respon yang positif daripada responden kajian terhadap teknik menekap pada transparensi yang digunakan.Ini adalah merujuk kepada petikan jurnal refleksi mingguan yang telah ditulis pada tarikh 25 Julai 2013:... Saya gembira melihat murid dapat menulis khat dengan lebih mudah. Mereka juga kelihatan lebih yakin semasa menekap tulisan pada transparensi yang diberi. Mereka kelihatan seronok menulis dengan menggunakan marker pen dan tidak berputus asa untuk menulis semula khat berulang kaliPetikan penulisan jurnal refleksi mingguan di atas menunjukkan bahawa teknik menekap transparensi ini memberi kesan positif terhadap sesi PdP, serta menambah baik amalan pengajaran saya sendiri di samping meningkatkan kemahiran murid semasa menulis khat.

8.0 DAPATAN KAJIAN8.1 Soalan Kajian PertamaBagaimanakah teknik menekap transparensi membantu meningkatkan kemahiran murid tahun 6 menulis khat nasakh?

Hasil daripada analisis dan interpretasi terhadap data yang diperoleh, saya mendapati secara keseluruhannya respon yang diberikan oleh responden adalah positif dan mampu menjawab soalan kajian saya yang pertama. Kesemua responden bersetuju untuk menyatakan kaedah menekap pada transparensi lebih memudahkan mereka untuk belajar menulis khat Nasakh.Ujian bertulis yang dijalankan selepas sesi PdP menggunakan teknik menekap transparensi ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari segi penulisan khat Nasakh murid. Analisis yang dibuat terhadap ujian bertulis tersebut berfokus kepada bentuk huruf, lengkungan dan bucu huruf. Selepas semakan dibuat, dapat dirumuskan bahawa 3 daripada 4 responden dapat menulis semula huruf yang ditekap dengan lebih baik. Analisis terhadap lembaran kerja yang gunakan semasa sesi PdP yang lalu menunjukkan responden mempunyai masalah untuk menulis bentuk lengkungan dan bucu huruf dengan baik. Namun begitu, selepas menggunakan teknik menekap transparensi, responden dilihat mampu membentuk lengkungan dan bucu huruf dengan lebih baik. Amalan negatif responden yang terdahulu iaitu melukis dan melorek bentuk huruf dan kerap memadam tulisan khat yang dihasilkan berjaya diatasi dengan baik melalui penerapan teknik ini.Data yang diperoleh daripada pemerhatian juga menunjukkan bahawa penggunaan teknik menekap pada transparensi ini dapat membantu meningkatkan kemahiran responden untuk menulis khat Nasakh. 3 daripada 4 responden telah menunjukkan peningkatan dalam menulis khat selepas menggunakan kaedah menekap pada tranparensi ini. Merujuk kepada jadual pemerhatian, 3 daripada 4 responden dapat menulis semula bentuk huruf mengikut kaedah khat Nasakh dengan baik. Hasil pemerhatian yang ditunjukkan dalam Jadual 8 dibawah memperlihatkan peningkatan dalam beberapa aspek penulisan khat. Jadual 8: Data PemerhatianASPEKR1R2R3R4

Dapat menekap tulisan contoh dengan baik////

Dapat mengawal mata pen dengan baik////

Menekap tulisan contoh berulang kali////

Dapat menulis semula tulisan khat dengan baik//X/

Ketebalan tulisan sekata//XX

Membentuk lengkungan huruf dengan baik /XX/

Membentuk bucu huruf dengan baik////

Kenyataan ini juga disokong oleh data temu bual yang yang dijalankan selepas sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) menggunakan teknik menekap transparensi ini. Seperti contoh, responden 1 telah menyatakan: teknik menekap ni la lagi senang.. sebab guna marker pen.. time nak tulis tu lancar je Selain itu, responden 2 dan responden 3 turut bersetuju di mana responden 2 menyatakan:menekap lagi seronok.. Nampak jelas.. baru puas hatiResponden 3 pula menyatakan bahawa responden suka dengan cara menekap disebabkan penggunaan marker pen dan transparensi.Merujuk kepada dapatan yang dinyatakan di atas, dapat saya rumuskan bahawa teknik menekap transparensi yang telah saya perkenalkan ini membantu meningkatkan kemahiran murid saya menulis khat Nasakh di samping turut memudahkan mereka untuk belajar menulis khat.

8.2 Soalan Kajian KeduaBagaimanakah teknik menekap tranparensi meningkatkan amalan pengajaran guru semasa mengajar kemahiran menulis khat nasakh?

Dapatan daripada analisis terhadap dokumen lembaran kerja sebelum dan selepas penerapan teknik yang telah dibuat menunjukkan perubahan yang amat positif dalam penulisan khat murid. Perubahan tersebut merangkumi peningkatan kemahiran murid dalam menulis bentuk huruf tulisan khat Nasakh dengan lebih jelas, lengkung dan bucu huruf dapat ditulis dengan lebih baik dan murid tidak lagi memadam tulisan yang dihasilkan.Pemerhatian yang dijalankan pula menunjukkan bahawa amalan pengajaran saya yang sebelumnya lebih berpusatkan kepada guru yang memberi tunjuk cara dan menunjukkan video telah dapat diubah kepada pengajaran yang lebih berpusatkan murid. Aktiviti menekap memberi pengalaman kendiri kepada responden untuk menulis khat. Oleh yang demikian, saya dapat bertindak sebagai fasilitator dan boleh memberi bimbingan dengan lebih dekat dan langsung kepada setiap responden. Melalui pemerhatian juga, saya dapat melihat keyakinan murid untuk menulis khat. Ini ditunjukkan apabila murid kurang memadam tulisan yang ditulis di atas tranparensi, tetapi hanya menulis semula khat tersebut berulang kali.Saya juga telah menjalankan temu bual tidak berstruktur untuk menjawab soalan kajian saya yang kedua ini. Temu bual ini dijalankan bagi menyokong hasil kajian yang telah saya jalankan. Secara majoriti, respoden lebih suka untuk menggunakan kaedah menekap pada transparensi ini disebabkan oleh penggunaan marker pen. Responden lebih gemar menggunakan marker pen untuk menulis khat kerana tulisan mereka kelihatan lebih besar dan jelas. Ini memberi lebih kepuasan kepada mereka berbanding menggunakan pensel. Permukaan transparensi yang licin juga memudahkan mereka untuk mengawal pergerakan mata pen semasa menulis khat.Merujuk kepada catatan jurnal refleksi yang ditulis pada tarikh 25 Julai 2013:... Saya gembira melihat murid dapat menulis khat dengan lebih mudah. Mereka juga kelihatan lebih yakin semasa menekap tulisan pada transparensi yang diberi. Mereka kelihatan seronok menulis dengan menggunakan marker pen dan tidak berputus asa untuk menulis semula khat berulang kaliCatatan jurnal refleksi ini menceritakan keberkesanan teknik menekap transparensi dalam memberikan keyakinan kepada murid untuk menulis khat. Masalah yang berlaku sebelum diperkenalkan teknik ini ialah responden kerap memadam tulisan khat yang ditulis semasa menyiapkan latihan dan lembaran kerja yang diberikan oleh guru. Penggunaan teknik menekap ini dilihat memberi lebih keyakinan kepada mereka untuk menulis. Ini disebabkan mereka dapat menekap terlebih dahulu di atas helaian transparensi untuk membiasakan pergerakan tangan mereka membentuk huruf yang ingin ditulis. Kesimpulannya, daripada analisis yang telah dibuat terhadap data-data yang diperoleh menunjukkan bahawa penggunaan teknik menekap transparensi ini dapat membantu dalam meningkatkan amalan pengajaran saya dalam pengajaran tajuk menulis khat Nasakh bagi meningkatkan kemahiran murid untuk menulis khat Nasakh.

9.0CADANGAN KAJIAN SETERUSNYADisebabkan oleh skop kajian saya hanya terhad kepada penulisan bentuk huruf khat Nasakh sahaja, terdapat masih banyak ruang untuk kajian-kajian lanjutan dalam tajuk penulisan khat yang termasuk di bawah bidang pelajaran jawi ini. Saya bercadang untuk meneruskan kajian bagi membantu murid mengatasi masalah dalam tajuk menulis khat ini.Saya bercadang untuk mengkaji keberkesanan teknik menekap dalam kemahiran menulis huruf bersambung menggunakan khat Nasakh. Teknik menekap pada transparensi ini juga wajar dimurnikan lagi supaya teknik ini dapat digunakan dan memberi kesan dengan lebih optimum. Apa yang dimaksudkan ialah pemurnian dari sudut penggunaan transparensi dan bahan tekapan. Saya bercadang untuk mereka bentuk satu bahan bantu berasaskan transparensi ini bagi memudahkan lagi penggunaannya dan lebih fleksibel.Dapat dilihat semasa pengaplikasian teknik menekap pada transparensi ini, motivasi murid untuk menulis adalah lebih tinggi daripada semasa menggunakan kaedah yang terdahulu. Maka, kajian berikutnya sepatutnya boleh melibatkan integrasi teknik menekap ini dengan teknologi audio dan visual yang lebih terkini dan menarik. Seperti contoh, penggunaan video yang pernah saya gunakan semasa PdP boleh juga diintegrasikan bersama dengan penggunaan teknik menekap transparensi untuk masa kajian yang seterusnya.

Aktiviti interaktif yang berbentuk dua hala antara guru dan murid juga boleh dikaji penggunaannya dalam pengajaran tajuk menulis khat Nasakh ini supaya sesi PdP berjalan dengan lebih aktif dan menarik.Oleh yang demikian, sekali lagi ingin saya tekankan bahawa masih terdapat begitu banyak lagi ruang untuk penambah baikan dan penyelidikan lanjutan berkaitan kaedah dan teknik pengajaran bagi tajuk menulis khat ini. Peredaran zaman yang semakin canggih memerlukan guru untuk mencipta inovasi terkini dalam mengajar menulis khat supaya warisan ilmu yang bermanfaat ini dapat dipertahan dan diperkembangkan lagi pada masa akan datang.

10.0SENARAI RUJUKAN

Al-Quran dan Terjemahannya. Pustaka darul Iman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Akhiar Pardi, Shamsina Shamsuddin (2011). Pengantar Penyelidikan Tindakan dalam Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Multimedia, Selangor.Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (2008). Buku Manual Kajian Tindakan,Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan KPM.Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Tahun 6.Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Choong Lean Keow. (2008). Murid dan Alam Belajar. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur.Chua Yan Piaw. (2006). Kedah Penyelidikan Buku 1. Mc Graw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Hajah Hasanah binti Haji Yahya, Abdul Talib bin Haji Pilus, Azlan bin Haji Muaz. (2005). Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 6. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Hashim Musa. (2006). Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pengajian Melayu 3: Komunikasi Bahasa. Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Kang Kyoung Seok. (1990). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Mok Soon Sang. (2010). Psikologi Pendidikan. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala LumpurMok Soon Sang. (2010). Murid dan Alam Belajar. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.Hasliza binti Ismail. (2011). Kaedah dan Pendekatan Mempelajari Seni Khat: Kajian di Kelantan. Diperoleh April 16, 2013 dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/HAZLIZAAP073139D2011TTP.pdfKristen. (2013). The Power of Tracing The Alphabet. Diperoleh Oktober 2, 2013 dari http://www.icanteachmychild.com/2013/03/the-power-of-tracing-the-alphabet/Latifah binti Alias. (2011). Kaedah dan Pendekatan Pengajaran Seni Khat. Satu Kajian di Johor Bahru. Diperoleh April 16, 2013 dari http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/LATIFAHAP073140D2011TTP.pdfMohamad Firdaus bin Mahadi. (2011). Seni Khat Nasakh. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://callidesign.blogspot.com/2007/04/seni-khat-Nasakh.html.Mohamad Firdaus bin Mahadi. (2011). Sejarah Ringkas Seni Khat. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://callidesign.blogspot.com/2007/06/sejarah-ringkas-seni-khat.html Mohd Bakhir Hj Abdullah. (2008). Sumbangan Kaligrafi Arab Dalam Kesenian Islam: Satu kajian Sejarah. Diperoleh Oktober 2, 2013 dari http://myais.fsktm.um.edu.my/8032/1/JUS-26-08.pdf Muhaimin .(2011). Sejarah Seni Khat. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://minkhat92.blogspot.com/2011/04/sejarah-seni-khat.htmlNazierah bt Ibrahim. (2011). Sejarah Tulisan Jawi. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://zierainovasi.blogspot.com/p/sejarah-tulisan-jawi.htmlUmmu. (2012). Cara Menulis Khat Nasakh. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://pisktpsp.blogspot.com/2012/02/cara-menulis-khat-Nasakh.htmlBab Tiga: Kaedah Penyelidikan. Diperoleh Oktober 4, 2013 dari http://dspace.fsktm.um.edu.my/bitstream/1812/428/6/BAB%20TIGA.pdfKajian Tindakan-Pengumpulan Data. Diperoleh September 23, 2013 dari http://hidayunaim.blogspot.com/Laporan Kajian Tindakan: Ketidaksesuaian Kaedah Pengajaran Yang Diguna Guru Dalam Bahasa Melayu. Diperoleh Oktober 7, 2013 dari http://huimei75.blogspot.com/Nota Edaran Instrumen dan Pengumpulan Data. Diperoleh Oktober 4, 2013 dari https://docs.google.com/document/d/1wwnMIfIhEZS6jJbO3jahilhGtkAVcLtqH6b9HJ8RhUw/edit?pli=1Sejarah Tulisan Jawi. Diperoleh oktober 4, 2013 dari http://pemulihantulisanjawi.blogspot.com/p/sejarah-tulisan-jawi.html

LAMPIRAN 1

BAHAN BANTU MENGAJAR SEBELUM PENGGUNAAN TEKNIK MENEKAP TRANSPARENSI

LAMPIRAN 2

SESI PdP MENGGUNAKAN TEKNIK MENEKAP TRANSPARENSI

LAMPIRAN 3

LEMBARAN KERJA UNTUK UJIAN BERTULIS

LAMPIRAN 4

CONTOH HASIL LEMBARAN KERJA RESPONDEN SEBELUM PENGGUNAAN TEKNIK MENEKAP TRANSPARENSI

LAMPIRAN 5

CONTOH HASIL LEMBARAN KERJA UJIAN BERTULIS