pengenalan sains sosial.docx
TRANSCRIPT
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASAPROGRAM SARJANA MUDA PENGAJARAN (SMP)
SEMESTER 2 / SEPT 2014
ABXS1103
INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCES
TAJUK TUGASAN:
i. Huraikan secara terperinci perbezaan antara pemikiran sains sosial Islam dengan pemikiran sains sosial Barat.
ii. Bincangkan bentuk-bentuk pemikiran yang disumbangkan oleh tokoh-tokoh terkemuka sains sosial Islam.
iii. Analisis secara terperinci kesan-kesan pemikiran sains sosial Islam kepada tamadun manusia.
NAMA TUTOR
M. ELANGKO A/L MUNIANDY
NAMA : NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN : NO. TELEFON :
E-MEL :
1
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
ISI KANDUNGAN
Bil Kandungan M/S
1 1.0 Pengenalan
1.1 Sejarah Bidang Sains Sosial
1.2 Sains Sosial Barat
1.3 Sains Sosial Islam
3 - 7
2 2.0 Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Barat
Dan Sains Sosial Islam 7- 9
3 3.0 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam dan Sumbangannya
3.1 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam
3.2 Sumbangan Tokoh-Tokoh Kepada Sains Sosial Islam
10 - 12
4 4.0 Kesan-Kesan 13
5 5.0 Kesimpulan 14
6 6.0 Rujukan 15
2
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
1.0 Pengenalan
Sains sosial merupakan satu cabang pemikiran dan ilmu yang muncul kesan daripada usaha
tokoh-tokoh dan ahli pemikir khususnya di Eropah. Hal ini menerangkan isu-isu dan
fenomena yang muncul dari semasa ke semasa di rantau itu berlandaskan kepada prinsip-
prinsip logik dan rasional seperti yang dinyatakan dalam sains tulen. Perkembangan cabang
ilmu menerima secara meluas yang berkait rapat dengan epistemology baru dalam kalangan
anggota masyarakat Barat. Pengandaian bahawa benda di alam nyata diselidiki secara
objektif dan sistematik. Ini berkait rapat dengan tingkah laku manusia di mana membentuk
hubungan sosial dalam kalangan masyarakat dan jenis organisasi serta fungsi kelompok
sosial membantu membentuk dalam sesebuah masyarakat. Pertumbuhan sains sosial
menekankan tiga perkara asas seperti berikut : pemantapan falsafah rasional dan
pengaplikasian kaedah saintifik membantu untuk mengkaji selidik fenomena dan isu-isu
sosial. Pendidikan masyarakat mengenai cara-cara menangani isu-isu sosial dan diselesaikan
demi kepentingan masyarakat. Selain itu, sains sosial bermaksus penggunaan kaedah saintifik
yang membantu mengkaji tentang cara mengatur kehidupan masyarakat secara berkelompok.
Disamping itu, sains sosial membantu membentuk satu jaringan hubungan yang
membolehkan masyarakat menjalankan kehidupan mereka. Sains sosial adalah satu gabungan
pengetahuan tentang pemahaman dan kajian terhadap manusia, budaya dan masyarakat iaitu
semua aspek kehidupan manusia termasuk hubungan atau interaksi sosial dan jalinan sosial
sesama mereka.
Secara Khususnya, sains sosial merujuk kelompok ilmu yang mengkaji fenomena
sosial manusia dengan menggunakan kaedah metodologi iaitu kajian secara saintifik dan
sistematik. Fenomena dan isu-isu sosial dapat dikaji mengikut disiplin sains sosial dengan
menggunakan kaedah saintifik dan sistematik. Kaedah sainstifik adalah satu kajian sains
sosial dianggap mempunyai autoriti dan ia dilaksanakan secara saintififk dengan
menggunakan data empririk atau sah. Sebagai alternatif mengubah tanggapan pemikiran
manusia yang bergantung kepada ilmu kemanusiaan iaitu ilmu teologi dan ilmu falsafah
semasa Zaman Gelap Eropah.
3
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
1.1 Sejarah Perkembangan Sains Sosial
Sejarah Sains Sosial bermula pada zaman Yunani sebelum abad ke 4 masihi. Pada masa itu
falsafah rasional telah diperkenalkan kernan membantu membuat menaakul manusia ( Human
reasoning) secara sistematik, logik. Tokoh-tokoh Yunani yang telibat dalam perkembangan
sains sosial pada zaman ini adalah Plato, Aristotle, Socrates dan Archemedes. Falsafah
rasional disebar dan gabungan pengetahuan batu yanh mengandaikan segala benda di alam
nyata boleh diselidi dan dikaji secara sistematik dan objektif seperti sains tulen. Falsafah
raisonal berkembang mengikut tiga zaman utama iaitu:-
i. Zaman Pertengahan
Zaman Pertengahan mula berkembang pada 476 hingga 1453 masihi dengan penguasaan
golongan agama terutama Kristian ke atas sesebuah intitusi ilmu. Ilmu rasional
mengalami kesekatan kerana mereka mempercayai bahawa segala fenomena yang berlaku
adalah ‘takdir’ yang perlu diterima tanpa perlu memikirkan mengenai punca dan sebab ia
berlaku. Satu paradigm yang berlaku diantara golongan agama dengan golongan biasa.
Oleh itu rasionalis membantu menentukan fenomena sesuatu kejadian. Tokoh bernama
Galileo Galilei terkenal pada zaman ini sejak 1564 hingga 1642 masihi. Beliau
memainkan peranan penting mengkemukakan idea melalui Teori Copernicus yang
meletakkan matahari di pusat cakrawala. Beliau dituduh kerana pengamali ajaran-ajaran
sesat. Beliau telah menarik balik idea tersebut dan bertaubat kerana melanggar ajaran
agama.
ii. Zaman Renaissance
Zaman Renaissance berkembang sejak 1450 sehingga 1650 masihi pada abad ke 15 dan
ke 17. Renaissance bermaksud kelahiran semula. Pada zaman ini memberi keutamaan
kepada kewajaran pengetahuan yang berpandukan kepada kepercayaan dan keagaman
dan ia mula dipersoalkan apabila Eropah memasuki Renaissance. Perubahan ketara
berlaku dalam bidang seni bina, seni, ekonomi dan sebagainya. Peristiwa-peristiwa
penting yang mengakibatkan kewajarn tradisi teleological dipersoalkan iaitu:-
Penemuan dan penerimaan semula falsafah rasional Yunani yang sebelum itu
ditolak di Zaman Pertengahan.
4
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Pengaruh falsafah rasional Islam dan penaakulan manusia dalam memahami
mengenai penciptaan, alam nyata, sifat ketuhanan, dan sifat kemanusiaan.
Di alam nyata wujud dimana hasil pemikiran manusia atau kesedaran manusia,
keupayaan manusia berfikir dan membuat penaakulan yang perlu diambil kira dalam
proses menjana ilmu pengetahuan.
iii. Zaman Enlightment
Permulaan zaman ini berkembang sejak 1650 sehingga 1800 masihi pada abad ke 17 dan
ke-19. Pada zaman ini, manusia mula dan digalakkan berfikir serta menaakul secara logik
dan sistematik. Selain itu, beberapa aspek kehidupan manusia telah dikaji secra
sistematik, kritikal dan logikal mengenai kepercayaan dan keagamaan, estetika,
pendidikan dan sebagainya. Perubahan sosial yang berlaku menyumbang kepada
pertumbuhan dan kemajuan falsafah rasional. Misalnya pengluasan ekonomi perdagangan
(mercantalism), perkembangan sains fizikal seperti fizik, matematik, astronomi, geologi,
reformasi keagamaan (Gerakan Protestant) yang mempersoalkan peranan keagamaan dan
kuasa tradisi paderi dan gereja.
1.2 Sains Sosial Barat
Pada abad ke-16 orang Eropah dan Islam mempunyai pemikiran serupa mengenai semua
kegiatan iaitu aspek kemanusiaan penting kepada agama. Setelah perkembangan sejarah
berlaku di Barat, maka munculnya pemikiran sekular. Bagi Muslim, mempunyai masalah
utama dalam persefahaman perkembangan yang luas tentang majoriti huraian sejarah orang
Eropah salah dan berbeza daripada fakta. Bagaimanapun, penemuan bukan mudah kerana
bahan yang tidak mudah diperoleh dan tidak merujuk atau dibincangkan dalam aliran utama
teks. Matlamt utama adalah sains sosial wujud di Eropah sebagai satu penggantian dengan
agama. Ia memberi penjelasan tentang lelaki dan masayarakat berdasarkan membuat
keputusan, falsafah dan pemerhatian daripada kepercayaan. Namun, ia bertentangan dengan
Islam iaitu dalam banyak bidang yang tidak mudah memesrakan dalam satu rangka kerja
Islam. Menurut Religions and Rise of Capitalism, Tawney berpendapat bahawa teori politik
sekular adalah paling penting yang membawa perubahan intelek yang seiring dengan dunai
moden sekarang.
5
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
1.2.1 Pemikiran Sains Sosial Barat
Sains barat mempunyai latarbelakang yang tersendiri yang mewujudkan satu pemahaman
yang kukuh kepada masyarakat pada masa kini. Revolusi Perindustrian pada akhir abad ke 18
masihi, sains barat dibangunkan dan mengubah masyarakat tani kepada masyarakat bandar.
Dalam sains sosial Barat, manusia menjadi penentu yang membuat penilaian dan kebenaran
sendiri dan tidak menerima keputusan secara bulat daripada sistem lain seperti sistem agama.
Menurut Mohd Yusuf Othman,1993:7, taraf sains barat terletak pada tahap yang lebih tinggi.
Oleh itu, sains sosial Barat membenarkan dan menjanakan pemikiran secara bebas, kuasa
mutlak tamadun ini terletak pada manusia dengan menggunakan akal dan keupayaan berfikir.
Sistem penilaian mereka berasaskan kepada prinsip keinsanan walaupun mereka percaya
kepada kewujudan Tuhan. Oleh itu, sistem nilai dan kepercayaam kepada kewujudan Tuhan
apabila kelogikan akal menangani sesuatu masalah. Konflik yang wujud dapat diatasi apabila
sistem berfikir yang bersifat logik dengan sistem nilai yang berasaskan konsep wahyu. Sains
Barat meletakkan satu garis yang memisah antara peranan sains dengan gereja atau agama.
Menurut Mohd Yusuf Othman, 1993:11, agama hanya berasaskan dalam bentuk upacara
manakal sains mempunyai peranan tersendiri yang tidak boleh digabungkan dan
menyatupadukan dengan sistem nilai.
1.3 Sains Sosial Islam
Sains sosial Islam lebih bertumpu kepada ilmu wahyu dari ilmu intelek. Ilmu wahyu yang
menjai rujukan dalam semua aspek kehidupan Muslim, dimana meletakkan Islam ke taraf
yang sewajarnya dengan sifat manusia.
1.3.1 Pemikiran Sains Sosial Islam
Pada zaman Khulafa, pemikiran Islam tidak mengkhusus kepada bidang-bidang tertentu.
Pertumbuhan dan kemajuan ilmu dalam tamaduan Islam tidak dibahagikan kepada disiplin-
disiplin yang lebih khusus. Dalam pemikiran ini, terdapat beberapa tokoh-tokoh pemikir yang
mengkarya buku mengenao sains semula jadi menyentuh aspek kehidupan masyarakat,
sejarah dan agama. Pada zaman itu, ilmu sekular tidak memainkan peranan penting. Ibn
Khaldun dan Ibn Bhatullah mengkarya buku mengenai elemen sosial, budaya dan sejarah
masyarakat Islam dan menjadi teras kepada ilmu sains sosial dan kemanusianan.
6
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Tambahan pula, pemikir-pemikir Islam di peringkat antarabangsa adalah Seyyed
Hossein Nasr, Ismailal-Faruqi, Ziauddin Sardar dan Syed Muhammad Naquib al-Attas.
Pemikir-pemikir tersebut mengutarakan idea sains Islam serta mempunyai pengaruh dan
pengikut tertentu dalam kalangan sarjana Islam. Pemikiran sains Islam dijelaskan mengikut
perspektif pemikir tersebut, bagi mengekalkan elemen dasar dan corak utama pemikiran yang
boleh menonjolkan identiti pemikiran masing-masing. Mereka bukan sahaja mennerangkan
kefahaman tentang sains Islam namin mereka meletakkan wacana sains Islam dalam kontkes
yang lebih global. Pemikir –pemikir tersenbut mengkemukakan kepentingan idea-idea
mereka yang telah tersebr luas dalam kalangan orang Islam dan mempengaruhi mereka
sehingga mereka sangat dikenali dalam wacana ini. Selain itu, buku-buku yang dikarang oleh
mereka menyentuh pemikiran sains Islam yang meluas di pasaran. Idea-idea mereka
disebarkan melalui persidangan dan mereka dikenali sebagai tokoh utama sebagai pemikir
sains Islam.
2.0 Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Barat dan Sains Sosial Islam
Aspek Sains Sosial Islam Sains Sosial Barat
Matlamat
Menetapkan matlamat agar tidak
melampaui garisan hidup yang
ditetapkan. Matlamat perlu diperhatikan
yang berfokus kepada sesebuah tamadun.
Dalam sains sosial Islam menetapkan
agama menjadi satu sasaran sebagai satu
cara hidup. Matlamat dapat dicapai
melalui konsep al-Falah dari aspek
material dan spiritual. Konsep al-Falah
boleh dijelas dari tiga aspek iaitu:
Huquq Allah – menjelaskan bahawa
pemikiran manusia terhad kepada perkara
yang mampu dilihat, didengari, disentuj
sehingga perkara tersebut dibuktikan
melalui eksperimen.
Huquq al-Ibad – mengenali diri dan
Sains sosial Barat khusus kepada
kepuasan diri semata-mata.
Antaranya ialah seperti berikut:-
Materialism
Colonialism
Pragmatism
Kapitalism
Liberalism
Rasionalism
Modenisme
Sekularisme
7
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Tuhan adalah pencipta utama.
Huquq al-Alan – menyentuh alam
adalah penting terhadap kelansungan
kehidupan manusia dan menjadi tugas
manusia memeliharanya.
Sumbanga
n
Penekanan kepada akidah dalam
kalangan masyarakat. Akidah adalah
kepercayaan terhadap Allah Yang Maha
Esa. Dalam akidah manusia hidup secara
bebas dan tidak takut kecuali Tuhan.
Akidah menjadikan manusia hidup
bekerja secara jujur dan ikhlas. Islam
membentuk manusia yang sempurna yang
merangkumi roh,akal dan jasad.
Kehidupan manusia diteruskan
dengan mengamalkan sistem
Republik dan Undang-Undang
Justinian. Mereka telah membina
bangunan Colloseum dan
membina saliran air yang dikenali
sebagai Aquaduct, Kalendar Rom
digunakan dalam kalangan
masyarkat. Undang – undang
Rom masih diguna pakai dalam
undang-undang sivil dimana
diamalkan secara tidak langsung.
DefinisiDalam Sains Sosial Islam aktiviti sains
terlalu kompleks dan dinilai secara
holistik untuk mengasingkan kepada
bahagian-bahagian yang kecil. Sains
adalah interdisiplim, intradisiplin dan
holistik.
Dalam Sains sosial Barat
pemecahan sains merupakan
aktiviti yang kompleks. Oleh itu
ia dibahagikan kepada disiplin-
disiplin yang khusus.
Orientasi
Sains sosial Islam lebih berorientasikan
kepada masyarakat. Sains adalah
tanggungjawab sosial, dan masyarakat
mempunyai tanggungjawab bersama dan
Dalam Barat lebih berorientasikan
kepada individualisme. Ahli sains
memisahkan diri mereka daripada
mengambil berat terhadap sosial,
8
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
saling bergantung satu sama lain. politik dan sosisologi
Fokus
Lebih bertumpu kepada keagamaan dan
kepercayaan. Misalnya Ibn Khaldun
menyatakan bahawa peraturan hidup
penting dalam kalangan manusia yang
dapat mengelakkan keuntuhan akhlak.
Namun pemikir sosial Barat menekankan
“ value free’, empiris, raionalis dan
sekular.
Lebih bertumpu kepada sifat
sosial manusia, cara berintekrasi
dalam kalangan manusia dam
perubahan. Misalnya disiplin
Antropologi menekankan kepada
tingkah laku sosial, budaya dan
latar belakang, masyarakat.
Jadual 1 : Perbandingan antara Pemikiran Sains Sosial Barat dan Sains Sosial Islam
3.0 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam dan Sumbangannya
3.1 Bentuk Pemikiran Sains Sosial Islam
Seorang pemikir Islam yang terkenal ialah Ibn Kahldun dalam bidng sains sosial Islam.
Beliau mengarang buku yang berjudul Muqaddimah yang menerangkan keluasan
pengetahuan serta sikapnya yang objektif dan kritis. Beliau menggabung dan merumus semua
ilmu pengetahuan yang wujud dalam bahasa Arab. Dalam teori politik mengandungi rinkasan
terperici mengenai idea-idea politik Plato dan Aristole. Di samping itu, cetusan idea yang
diperoleh daripada golongan ahli falsafah Islam dan ahli hukum Isla. Sumbangan beliau ialah
menganalisis maklumat dengan sistematis yang diperoleh dari lapangan ke dalam bentuk
yang boleh difahami.
Pemikiran beliau menekankan tentang sifat manusia dan sifar masyarakat. Dimana
manusia sebagai seorang individu yang tidak boeh hidup bersendirian namun bergantung
antara satu sama lain. Pandangan ini menjadi asas kepada konsep masyarakat. Menurut Ibn
Khaldun, manusia adalah tidak sempurna dan mempunyai kelemahan serta kekurangan secara
semula jadi. Malahan, Allah memberikan manusia akal dan keupayaan berfikir secara waras
dengan abstrak. Masyarakat terbentuk apabila keperluan manusia mengatasi kelemahan
tersebut dimana tanpa kelompok masyarakat manusia tidak boleh wujud dan bertahan lama.
Keperluan ini telah menimbulkan satu paradoks atau pertentangan antara sifat manusia yang
tamak dengan sifat masyarkat memaksa manusia bekerjasama sesama sendiri. Keadaan ini
mengakibatkan kanflik dalaman dan luaran dimana bentuk dan punca konflik ini berbeza
9
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
mengikut keadaan dan tempat. Tambahan pula, kewujudan bentuk konflik yang dapat
mempengaruhi tahap kesepaduam sosial dalam masyarakat. Misalnya, keadaan yang tidak
menentu dan punca kehidupam yang tidak begitu menjamin, kesepaduan sosial adalah tinggi
seperti yang dilihat dalam kalngan masyarakat. Sekiranya, punca kehidupan lebih terjamin
maka tahap kesepaduan sosial akan merosot seperti yang diperhatikan dalam kalangan
masyarakat bandar.
3.2 Sumbangan Sains Sosial Islam
Kemunculan Islam sebagai kuasa baru dalam ketamadunan merubah dunia Arab termasuk
juga Eropah, Afrika, Asia dan Nusantara Melayu. Pada mulanya kehidupan manusia
berpaksikan kepada keegoan, perbalahan dan nilai kemanusiaan di tahap rendah. Setelah
sumbangan para pemikir dalam sains sosial Islam, kehidupan manusia berkembang maju,
peningkatan keilmuan dan ketinggian darjat manusia. Sumbangan yang diberikan kepada
pelbagai bidang-bidang tertentu. Antara bidang-bidang seperti berikut:-
1. Ilmu Pengetahuan
Islam menuntut setiap individu mencari ilmu dan mengamalkan ilmu yang duperoleh
dalam kehidupan. Tokoh-tokoh Islam yang meneroka bidang baharu yang menjadi
sumber rujukan kepada generasi sekarang. Antara tokoh-tokoh islam adalah al-
Kawarizmi, Ibnu Sina, al-Farabi dan sebagainya. Seorang tokot Barat berpendapat
bahawa :-
“Kita sepatutnya menganggap orang Islam sebagai pengasas sebenar ilmu sains,
kalau tidak kerana Tamadun Islam yang muncul di Andalus, sudah tentu Eropah
terkebelakang beberapa abad”
Perkembangan keilmuan dalam tiga zaman iaitu :-
i. Zaman Rasulullah dn Khulafa Arrasyidin
Pada zaman ini, asas pembinaan ilmu pengetahuan berjalan dengan lancar dan jayanya.
Antara tokoh ilmuan hasil tarbiyah Rasulullah iaitu:- Abu Bakar assidiq, Omar al-
Khattab, Othman bin Affan, Ali bin Abi Talib, Muaz bin Jabal dan Saidatina Aisyah.
Abu Bakar assidiq
10
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
- beliau merupakan khalifah Islam yang pertama. Beliau dikenali sebagai perawi
hadis. Beliau amat arif tentang ilmu keturunan dan ahli politik bijak.
ii. Zaman Ummayyah
Pada zaman ini, senibina dan seni khat, ilmu pidato serta syair berkembang maju. Bandar
Kufah menjadi pusat keilmuan masyhur. Beberapa tokoh menjalankan penyelidikan
berbentuk sejarah.
iii. Zaman Abbasiyah
Zaman ini merupakan zaman keemasan dan kegemilangan keilmuan. Kurikulum dan
sistem pendidikan yang teratur dan kemas. Sistem pendidikan bermula dari peringkat
rendah sehingga ke universiti.
2. Bidang Psikologi
Dalam bidang ini, tokoh Ibn Rusyd ialah ahli falsafah yang paling agung pernah diahirkan
dalam sejarah Islam. Pengaruh beliau bukan sahaja berkembang di dunai Islam namun dalam
kalangan masyarakat di Eropah. Beliau dikemal sebagai Averroes di Barat. Beliau mengarang
sebuah buku berjudul “ Kulliyah fit-Thibb” yang mengandungi 16 jilid, tentang perubatan,
mabadi dalsafah, tafsir urjuza yang membicarakan perubatan dan tauhid, Taslul, buku
mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang mengungkap persoalan falsafah dan agama,
Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul
Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah
dengan agama. Karya tulisan mempengaruhi Ibnu Rusyd dalam pelvbagai bidanng sehingga
beliau berusaha untuk menterjemahkan tulisan ke dalam bahasa lain. Pada tahun 1255 buku
berjudul “ Kulliyah fit-Thibb” diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh Bonacosa, ialah
orang Yahudi dari Padua. Seterusnya buku tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
dengan tajuk General Rules Medicine. Hasil pemikiran dimasukkan dalam tulisannya,
terutama dalam bidang falsafah dimana mempengaruhi ahli falasafah Barat.Voltaire dan
Rousseau memang terpengaruh terhadap falsafah Ibnu Rusyd tetapi menimba ilham daripada
pembacaan karyanya. Pembicaran dalsafah lebih bertumpu kepada metafizik, terutamanya
Ketuhanan. Beliau telah menyatakan idea yang bernas dan membawa satu pembaharuan
semasa membuat huraian mengenai perkara tersebut. . lmu pengetahuan yang dimiliki oleh
11
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Ibnu Rusyd turut menjangkau bidang yang berkaitan dengan kemasyarakatan apabila beliau
cuba membuat pembahagian masyarakat itu kepada dua golongan iaitu golongan elit yang
terdiri daripada ahli falsafah dan masyarakat awam.
3. Bidang Geografi
Dalam bidang ini, terdapat seorang tokoh yang terkenal iaitu Al-Khawarizmi. Sumbangan
beliau dalam bidang begitu besar. Beliau dikenali sebagai “ Bapa Algebra” iaitu pengasas
konsep Algebra. Sumbangan beliau adalah bukan sahaja beliau menyemak pandangan
Ptolemy tenatang geografi namun membetulkannya iaitu melakar peta dunia. Beliau
merupakan pelakar peta dunia pada tahun 830b masihi. Hasil kerjaya yang lain dihasilkan
oleh beliau adalah jam, alat yang menunjukkan waktu dengan bayangan matahari serta
mengkaji bintang. Beliau juga mengkarya buku yang berjudul Surat al-Ardi mengenai Bentuk
Ruoa Bumi yang menjadi asas kepada geografi Arab.
4. Bidang Sosiologi
Dalam bidang sosiologi terdapat seoarang tokoh pemikir Islam bernama Ali Shari’ati. Beliau
merupakan seorang sarjana dari Iran yang membuat percubaan untuk mengetahui dan
memahami Islam melalui sudut ilmu sosiologi. Belia juga memperkenalkan ajaran dan isi
kandungan daripada kitan suci al-Quran. Kitab suci itu merupakan ilham untuk
memperluaskan perkembangan ilmu sosiologi pada masa kini. Sumbangan beliau dalam
bidang ini adalah menyentuh teori migrasi yang berkait rapat dengan kelahiran tamadun atau
peradaban manusia. Ilham untuk membentuk teori migrasi ini diperolehi daripada
pengetahuan sejarah mengenai perkembangan masyarakat Islam pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w. Beliau membuat kajian terhadap migrasi umat manusia pada zaman dulu
sehingga hari ini. Beliau mendapati bahawa sebanyak 27 peradaban yang wujud dan
berkembang maju setelah berlaku proses migrasi. Teori migrasi beliau memberi sumbangan
penting kepada teori perubahan sosial dalam sosiologi Barat.
4.0 Kesan-Kesan Pemikiran Sains Sosial Islam Kepada Tamadun Manusia
12
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Semua nilai yang terdapat di dalam sesuatu kebudayaan itu merupakan satu sistem yang
memberitahu manusia bagaimana untuk berinteraksi di dunia ini. Nilai-nilai ini boleh
berubah-ubah mengikut peralihan zaman. Setiap kumpulan (dan kebudayaannya) yang wujud
pada hari ini adalah hasil daripada penurunan (atau warisan) sistem nilai daripada generasi
yang sebelumnya kepada generasi yang seterusnya dan telah mengalami proses perubahan
sedikit demi sedikit untuk terus mengekalkan kesesuaiannya dalam kehidupan kita pada hari
ini.
Proses globalisasi yang berlaku pada hari ini mendedahkan kita kepada bermacam-
macam nilai dalam masa yang begitu singkat. Ini adalah kerana maklumat dan idea-idea baru
bergerak hampir tanpa halangan dari satu tempat ke satu tempat yang lain yang membolehkan
kita berhadapan dengan maklumat dan idea baru yang tidak ditapis ataupun diubahsuai
dengan nilai-nilai kebudayaan tempatan. Keadaan globalisasi pada hari ini memaksa kita
melakukan perubahan dengan cepat untuk mengekalkan kesesuaian ( relevancy) sistem nilai
(kebudayaan) kita dengan dunia luar. Perkara ini membuatkan kita menyerap nilai-nilai yang
berkemungkinan tidak sesuai dan bertentangan dengan sistem nilai yang sedia ada.
Interaksi antara tamadun ini berlaku pada peringkat idea, nilai, institusi sosial dan
insan. Interaksi antara tamadun berlaku menrusi proses yang tertentu dengan pelbagai cara
yang berbeza. Pada zaman Kemunculan Islam di Tanah Arab memberi kesan positif dari
aspek interaksi antara tamadun. Dalam perlembagaan Madinah yang digubal oleh Nabi
Muhammad s.a.w di Madinah adalag hak-hak orang Kritian dan Yahudi serta penganut-
penganut agama lain telah diberi perlindungan. Kebebasan diberi kepada mereka dalam
mengamalkan tuntutan agama mereka tanpa halangan daripada Nabi Muhammad s.a.w.
Beberapa kerajaan Islam terdiri daripada orang-orang Yahudi Kristian telah mendapat
kedudukan tinggi dalam pentadbiran. Misalnya kerajaan Abbasiah terdapat beberapa tokoh
intelektual Yahudi fan Kristian telah memberikan sumbangan dalam bentuk menterjemah
buku-buku Greek ke dalam bahasa Arab.
5.0 Kesimpulan
13
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Islam merupakan suatu cara hidup yang sempurna, menyeluruh dan lengakp dengan
mengandungi aspek-aspek ekonomi, social, pendidikan, politik, pentadbiran falsafah, sastera,
kebudayaan, ilmu sains dan sebagainya. Dalam Islam, pemikriran yang dilakukan secra
objektif dan membuat penyelidikan secara sainstifik. Sains social Barat pula lebih bertumpu
kepada sekular. Kepelbagaian dan perbezaan tersebut tidak hanya wujud di antara kedua-dua
tradisi intelektual tersebut, di mana perbezaannya ketara disebabkan pengaruh Islam di satu
pihak dan pengaruh pemikiran sekular Barat di pihak yang lain, tetapi juga perbezaan dan
kepelbagaian wujud di dalam sesuatu tradisi intelektual itu, sama ada Barat mahupun Islam.
Tokoh-tokoh pemikir Islam yang terdiri adalah Nasr, al-Faruqi dan Sardar, sains perlu dilihat
dan dinilai dari perspektif keagamaan, yakni Islam yang bersumberkan al-Quran dan sunnah.
Manakala Barat melihat sains sosial dari perspektif intelektual humanisme dan falsafah
pascamodenis maka dunia intelektual Islam pula melihat sains dari perspektif agama dan
falsafah Islam.
6.0 Rujukan
14
ABXS 1103 INTRODUCTION TO SOCIAL SCIENCESName /NOMATRIKS
Abdul Rahim Hamdan (2011). Falsafah dan Pemikiran Pendidikan. Johor Bharu : Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Abdul Rahman Haji Abdullah (2005). Wacana Falsafah Ilmu. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd
Daud, M.H. 1987. Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Indah Sdn. Bhd.
Mahayuddin Hj. Yahaya. 2000. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mahayudin Hj. Yahaya. 1984. Pengertian Sejarah Islam dan Permasalahannya. Kuala Lumpur: Penerbitan Sarjana (M) SDN. BHD.
Nadiah bt Abdul Rahman. 2008. Tamadun Islam dan Asia. Perpustakaan Negara Malaysia.
Nasr, S.H. 1984. Science and Civilization in Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Wan Mohd Nor Wan Daud (1994). Konsep Ilmu dalam Islam. (Terj. Rosnani Hashim). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zainudin Hashim dan Riduan Mohamad Nor (2010). Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden Siri 2. Kuala Lumpur : Jundi Resources
Pemikiran sains - http://www.slideshare.net/fatineunhyuk/pemikiran-sosial-klasik
Pemikiran Sains Sosial Islam -http://ps2unic.wordpress.com/2013/08/20/topik-5-pemikiran-sains-sosial-islam/
15