pemikiran politik abu a’la al-maududi

18
Pemikiran Politik Abu A’la Al- Maududi (1903-1979)

Upload: ar-rayyan

Post on 16-Apr-2017

464 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi(1903-1979)

Page 2: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

PengenalanLatar Belakang/Biodata

- Sejarah ringkas diri & keluarga - Pendidikan awal dll…

Gerakan Dakwah : (Jama'ati Islami)

- Kronologi • Tentangan & Cabaran

Pemikiran Politik/Pegangan Al-Maududi

Page 3: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Biodata

Dilahirkan di Andhra Pradesh, India, 25 September 1903 - 22 September 1979. Merupakan salah seorang ulama Pakistan yang hidup di abad ke-20 . Pengasas Jama’at al-Islami ( Parti Islam ) & jugaseorang ahli falsafah, sasterawan dan aktivis yang aktifdalam pergerakan dan perjuangan Islam. Lahir dalam sebuah keluarga terhormat ( keluargatokoh muslim India). Terkenal dengan konsistensi pemikirannya yangmelihat Islam sebagai suatu sistem yang komprehensif - sistem ekonomi Islam, politik Islam, dan sistem sosial Islam.

Page 4: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Abu A’la Al-Maududi merupakan anak bongsu dari 3 beradik.

PENDIDIKAN

Mendapat pendidikan awal di Madrasah Fauqaniyah, sebuah sekolah tinggi yang terkenal di Hyderabad.

Sekolah yang menggabungkan pendidikan Barat moden dengan Islam tradisional.

Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Dar al-’Ulum Hyderabad.Mampu dan mahir berbahasa Parsi, bahasa Inggeris, dan bahasa

Urdu sebagai bahasa hariannya.Di rumahnya, beliau belajar Al-Quran, Hadis, ilmu Fiqh, bahasa

Urdu, Parsi Arab, Nahu dan juga sastera. Umur 9 tahun, sudah mampu menghafal kitab al-Muwatta’ karya

Imam Malik.Umur 13 tahun, berjaya menterjemah kitab “ al Islam wa al Islah

” karya Syeikh Abd Aziz Jawisy dari bahasa Arab ke bahasa Urdu.

Page 5: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Penglibatan dalam dunia penulisan

11 tahun, beliau mula menulis artikel dan menyampaikan ceramah – guru2 dan rakan2 beliau berasa kagum.

15 tahun, bekerja sebagai editor kepada akhbar harian di kota kecil, Pajnoor.

16 tahun, bergabung dalam pergerakan untuk menghidupkan sistem khilafah dan bekerja dengan keluarga redaksi majalah mingguan At-Taj.

19 tahun, menjadi pemimpin redaksi At-Taj – yang mana artikel2 yang ditulis menonjolkan corak warna politik yang kental, di mana gigih membela gagasan menghidupkan kembali sistem khilafah.

Disebabkan artikel2 yang ditulis beliau, akhbar At-Taj telah ditutup.

Berpindah ke Delhi dan bergabung dengan Himpunan Ulama India dalam menerbitkan akhbar Al Muslim- dilarang penerbitannya.

Setelah itu bekerja dengan Syeikh Ahmad Sa'id di Delhi dalam menerbitkan akhbar harian Jam 'iyyah Ulama' Al-Hind.

Page 6: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Gerakan dakwah : Jama’ati Islami (26 ogos 1941)

Menegaskan prinsip - politik sebagai sebahagian dari agama dan pendidikan moral serta agama tidak dapat dipisahkan dari politik.

• Islam dalam dakwah Al- Maududi adalah satu revolusi terhadap kejumudan dan kemunduran.

Sbb :• Sebahagian kaum Muslimin yang melihat Islam sebagai warisan nenek moyang

mereka - tanpa adanya sikap tanggungjawab atau tanpa memahami Islam dengan lebih baik.

• Islam hanya sekadar upacara ritual pernikahan, masalah-masalah pewarisan, atau sebagai upacara pemakaman atau upacara-upacara ritual lainnya yang dianggap sebahagian dari agama.

• Mereka jauh dari pemahaman bahawa Islam adalah sistem yang sempurna bagi kehidupan yang mencakupi semua urusan kehidupan Muslim- individu, masyarakat.

• Masyarakat harus berpegang kepada syari’at Islam agar menjadi bersih, bebas dan mulia.

Page 7: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Kronologi :

Negara Turki Usmani yang mewakili kepimpinan kaum Muslimin di seluruh dunia telah berubah setelah kejatuhan Sultan 'Abdul Hamid pada tahun 1909, di mana Sultan hanya sekadar pada gelaran tanpa makna.

1924, gelaran tanpa erti ini dihapuskan sama sekali oleh Musthafa Kamal Artartuk.

Pada masa itu, India telah jatuh ke tangan British – menghabiskan kekayaan negeri dan memerangi kaum muslimin serta orang2 Hindu dengan menyuntik aliran pemikiran dan politik yang memecah-belah masyarakat.

Ketika itu, ulama' Muslimin berada dalam kacau bilau, rendah diri, dan keterasingan yang parah, kerana mereka tidak memahami ilmu-ilmu yang berkembang di Barat dan penemuan-penemuan baru.

Mereka tidak mampu memberi penyelesaian terhadap permasalahan dalam banyak perkara yang mulai dihadapi oleh umat Islam - menutup mata, dan tidak mahu tahu serta menolak mentah-mentah.

Page 8: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Penjajah menemui peluang keemasan – dengan sinisnya mengatakan bahawa agama bertentangan dengan ilmu pengetahuan, kemajuan dan peradaban.

Jika bangsa-bangsa Muslimin ingin meraih kemajuan maka tidak ada jalan lain selain menempuh jalan yang dilalui oleh Barat - mencampakkan agama dan mengangkat sekularisme : "Agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”

Kaum terpelajar mula tergiur dan terbawa-bawa dengan ajakan penjajah ini - lalu memandang Islam dengan pandangan sempit, jumud dan tidak relevan dengan realiti kehidupan, bahkan sebahagian mereka menganggap bahawa agama adalah penyebab utama kepada kemunduran.

Ketika umat berada dalam kekeliruan inilah, wawasan Islam yang ingin dibawa Al Maududi semakin menonjol – menguasai ilmu2 Islam dan sejarah Islam.

Beliau menemukan kebesaran risalah Islam, dan hanya Islam yang memiliki ajaran sempurna yang dapat membahagiakan manusia dalam menghadapi kehidupan.

Page 9: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Bagi Al Maududi, ilmu dan teknologi yang diagungkan oleh Barat hanyalah ilmu-ilmu alat yang tidak dapat memahami tujuan hidup manusia dan realiti hakikinya – beliau ingin mengajak kaum Muslimin untuk kembali kepada Islam yang sebenar.

Al-Maududi memerangi fahaman nasionalisme di India - fahaman ini menyeru agar kaum Muslimin bergabung dengan warga Hindu sebangsa dan setanah air dalam satu perjuangan untuk mengusir penjajah dari bumi India.

Bagi Al Maududi, British dan Hindu sama sahaja kerana memerangi Islam dan bekerja untuk menghancurkan kaum Muslimin.

Slogan “ sebangsa setanah air ” hanyalah salah satu cara untuk menundukkan umat Islam agar tunduk di bawah kaki penganut Hindu.

Menyedari yang idealogi tersebut hanya memberi keuntungan kepada golongan Hindu sahaja – Muslim hanya menjadi golongan kelas kedua.

Page 10: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Al-Maududi menunjukkan prinsip-prinsip Islam yang menolak fahaman nasionalisme atau kebangsaan ini dengan menampilkan konsep “ Ummah lslamiyyah " yang mana berdiri hanya di atas asas aqidah Islam.

Beliau menjelaskan aspek-aspek Islam sebagai satu sistem hidup yang utuh kepada masyarakat agar terbuka wawasan dan minda mereka - menjauhi fahaman nasionalisme sempit dan kembali mendekati ajaran dan identiti Islam.

Oleh sebab itu, Al-Maududi menegaskan yang Islam satu gerakan yang mencakupi berbagai urusan kehidupan - membuktikan kepada semua bahawa politik dapat mencakupi prinsip-prinsip yang baik, kejujuran, membuktikan kebenaran, membangunkan sikap-sikap yang terpuji serta membela hak umat.

28hb. Ogos 1948 – secara rasminya tertubuh negara Pakistan.

Page 11: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Pemikiran politik Al – Maududi

Idea asal pembentukan sebuah tanah air yang terpisah bagi Muslim di India – disampaikan Muhammad Iqbal iaitu seorang Muslim modernis acuan barat.

Menurut Iqbal, perlunya tanah air Islam sebab :- Antara Muslim dan penganut Hindu tidak mungkin dapat hidup

bersama secara berdampingan dalam satu bangsa.- Perbezaan ajaran agama yang dianuti, budaya serta sosial yang

berbeza antara keduanya adalah sangat besar – sehingga tidak mungkin untuk hidup bersatu.

Menurut Al Maududi pula :- Tanah air Islam bukanlah hanya bererti majoriti penduduknya

Muslim, akan tetapi dalam politik pemerintahannya haruslah berpaksi pada ajaran Islam yang bersumberkan Al Quran & As Sunnah.

- Semuanya mestilah Islam dan tidak selain itu.- Bagi beliau, ideologi pemerintahan barat tidak boleh sama sekali

dijadikan panduan dalam pemerintahan Islam.

Page 12: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

- Maududi mengkritik Barat yang dianggapnya benar2 ateistik & materialistik.

- Contohnya; pandangan Barat mengenai fenomena alam, bahawa tidak ada sesuatu pun di dunia yang tidak terjangka oleh indera.

- Barat bersikap ateistik sebab tidak sedar adanya Maha Pencipta dan Penguasa.

- Namun begitu, Maududi tidak menyalahkan Barat sepenuhnya terutamanya yang berkaitan dengan kemunduran dunia Islam dan masalah lain yang melanda dunia Islam.

Memetik kata-kata Al Maududi :

“ Umat Islam sama sekali tidak memiliki karakter, moral, idea dan ideologi Islam dan telah kehilangan semangat keislaman.

Semangat Islam yang sesungguhnya tidaklah di masjid2 atau di sekolah2 mereka, juga tidak di dalam kehidupan peribadi

mereka, mahupun urusan2 politik. Kehidupan praktik/amalan mereka tidak ada hubungannya dengan Islam.”

Page 13: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Penolakan Terhadap Ideologi Barat

Tujuan Maududi menolak ideologi Barat seterusnya menggembangkan gagasan yang berorientasikan wahyu Allah adalah untuk menegaskan keunggulan ajaran Islam – ideologi pemimpin Muslim yang berintelektual Barat digantikan oleh ajaran Islam.

Maududi mengambil contoh sistem demokrasi Barat yang mana dipandang sebagai sistem politik yang ideal dan berlaku di mana2.

Baginya, setiap Muslim itu tidak layak untuk menganut fahaman demokrasi tersebut sehingga Maududi mengkafirkan Muslim yang mengikut demokrasi.

Idealogi Barat bukan hanya bertentangan dengan pandangan Islam, tetapi sangat mengancam kepentingan Muslim.

Maududi menegaskan yang Islam agama yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia – kekuatan sosio-politik yang dimiliki Islam sangat unggul dan efektif serta mampu menggantikan ideologi Barat seperti sosialisme dan kapitalisme.

Page 14: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Revolusi Islam – negara islam

Revolusi Islam- Pergelutan antara islam dan kekufuran.- Perubahan yang diinginkan - untuk meletakkan nilai2 Islam dalam

kehidupan masyarakat di samping menghapuskan pengaruh ideologi2 Barat dan hal-hal lain diluar Islam yang boleh merosakkan ajaran2 Islam.

- Puncak kejayaan revolusi ini adalah dengan terbentuknya negara Islam yang menjadikan akidah Islam menjadi dasar undang2nya.

Negara Islam- Sistem pemerintahan yang mengakui sepenuhnya kedaulatan

Tuhan.- Sebuah terma politik baru yang dianggap lebih memiliki karakter

Islam dan mampu menjamin kemaslahatan manusia telah dikemukan oleh Al Maududi iaitu “ Teo-Demokrasi ”

Page 15: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Teo-demokrasi

o Teo – bukanlah bermaksud teokrasi yang pernah diamalkan oleh pendeta2 kristian di Eropah pada abad pertengahan, yang mana mendominasi gereja dan menegakkan hukum atas nama Tuhan.

o Teo-demokrasi : Sistem pemerintahan demokrasi Ilahi – umat Muslim diberi kedaulatan yang terbatas di bawah pengawasan hukum dan norma2 Tuhan.

o Segenap wahyu Ilahi menjadi sumber konstitusi negara, kekuasaan manusia berada dalam batas2 kedaulatan Tuhan.

o Maududi tidak menerima sistem pemerintahan pada zaman moden ini dan selalu memperjuangkan simbol Islam - Islam harus diterapkan sebagai dasar negara kerana didirikan suatu negara adalah sebagai manifestasi dan misi besar Islam dan menolak demokrasi yang bertunjangkan kedaulatan rakyat.

Page 16: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

o Menawarkan sistem kekhalifahan dengan berpaksikan kedaulatan Tuhan - manusia harus tunduk pada aturan Tuhan kerana manusia hanya merupakan wakil Allah di muka bumi.

o Struktur pemerintahan terbaik bagi Maududi adalah struktur yang telah diterapkan oleh Rasulullah SAW dan Khulafa ar-Rasyidin yang dibangun di awal pemerintahan Islam.

o Negara Islam yang berlandaskan syari’ah tersebut, menurut Al-Maududi harus berdasarkan kepada empat prinsip dasar :

1) Mengakui kedaulatan Tuhan2) Menerima autoriti Nabi Muhammad saw3) Memiliki status wakil Tuhan; dan4) Menerapkan prinsip musyawarah (syura’).

Page 17: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Kesimpulannya…

Teori Islam tentang politik dan negara menurut Maududi adalah ;

1) Islam menggunakan “Khilafah” sebagai kata kunci, bukan dengan kata kedaulatan atau yang lainnya - pemegang kekuasaan (pemimpin/khalifah) dan penggunaan kuasa/autoriti harus sesuai dengan norma dan hukum tuhan, maka dengan sendirinya ia menjadi khalifah (pengganti) Tuhan.

2) Kekuasaan untuk mengatur bumi, mengelola negara dan mensejahterakan masyarakat, dijanjikan kepada seluruh masyarakat beriman, bukan kepada seseorang atau suatu kelas tertentu. Setiap mukmin menjadi khalifah Tuhan dimuka bumi sesuai dengan kapasiti individunya.

3) Menurut konsep al-Quran, kekhalifahan bukanlah hak istimewa individu, kelas atau kelompok tertentu, tetapi mengakui kedaulatan mutlak Tuhan atas diri mereka dan menjalankan hukum Tuhan yang disampaikan oleh Rasul.

Page 18: Pemikiran Politik Abu A’la Al-Maududi

Sekian…