pembiakan secara cantuman baji

9
PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN BAJI Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakit , tahan terendam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-batnag yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain. Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sisitem akarnya akan digunakan di dalam cantuman ini. Sementara sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang kaan dicantumkan dengan pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman bergantung pada sama ada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum ataupun tidak. Oleh itu pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada tumbuhan-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama. Beberapa cara cantuman boleh dilakukan pada tumbuhan hotrikultur hiasan dan landskap sepertu dibawah:

Upload: farhatna

Post on 31-Jul-2015

245 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembiakan Secara Cantuman Baji

PEMBIAKAN SECARA CANTUMAN BAJI

Pembiakan secara cantuman juga dinamakan pertunasan. Cantuman dilakukan

untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon baru ini lebih baik dari segi

ketahanan penyakit , tahan terendam air dan sebagainya. Selain itu, cantuman dapat

memperbaiki sistem dahan pokok-pokok dengan cara mencergaskan kembali dahan-

dahan yang lemah. Cantuman juga dapat membaik pulih dahan-dahan dan batang-

batnag yang tercedera ataupun tercacat. Akhir sekali cantuman dapat membiakkan

tumbuhan-tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah-kaedah lain.

Proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu

penanti dan sion. Pokok penanti ialah pokok yang sisitem akarnya akan digunakan di

dalam cantuman ini. Sementara sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau

ranting yang kaan dicantumkan dengan pokok penanti. Kejayaan sesuatu cantuman

bergantung pada sama ada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum

ataupun tidak. Oleh itu pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada

tumbuhan-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama. Beberapa cara cantuman boleh

dilakukan pada tumbuhan hotrikultur hiasan dan landskap sepertu dibawah:

Jenis-jenis pembiakan secara cantuman

Pembiakan Secara Cantuman

Cantuman Baji

Cantuman Mata Tunas

Cantuman Lidah

Sandingan

Page 3: Pembiakan Secara Cantuman Baji

i. Penyediaan pokok penanti

Pokok penanti yang sesuai dicantum kebiasaanyan berumur 10 bulan atau 15

cm tinggi. Bahagian pucuknya dipotong dengan menggunakan pisau sepanjang 8-10

cm dari pangkal pokok.Pastikan bahagian pucuk yang tinggal masih berwarna hijau.

Kemudian batang pokok penanti dibelah dua sepanjang 2 cm dengan pisau tajam tadi.

Pokok penanti

Batang pokok penanti dibelah dua

ii. Penyediaan tunas pucuk

Pucuk yang sihat berukuran 8-10 cm panjang berwarna hijau keperangan dan

berdaun daripada klon terpilih sebagai sion. Dengan menggunakan pisau , pangkal

pucuk dipotong berbentuk baji atau V. Permukaan yang dipotong hendaklah rata dan

licin serta berukuran kira-kira 2 cm panjang. Daun-daun dikerat separuh.

Pokok penanti

Pangkal pucuk dipotong berbentuk baji

iii. Penyisipan pucuk ke pokok penanti

Page 4: Pembiakan Secara Cantuman Baji

Pucuk akan disisipkan pada pokok penanti yang telah dibelah kemas dengan

segera supaya lapisan kambium sion bertemu dengan lapisan kambium pokok penanti.

Cantuman ini diikat dengan menggunakan parafilem. Kemudian pokok yang telah

dicantum ditutup dengan pelastik dan bahagian bawah pelastik diikat dengan tali rafia.

Pucuk disisipkan pada belahan pokok penanti

Balutkan cantuman dengan menggunakan parafilem

Ditutup dengan pelastik

Diikat dengan tali rafia

Page 5: Pembiakan Secara Cantuman Baji

vi. Penjagaan

Letakkan pokok ditempat yang teduh atau beri naungan.Perhatikan cantuman

selepad 5-7 hari. Beg plastik ini boleh ditanggalkan selepas didapati pucuk baru keluar .

Ikatan tali boleh dibukakan selepas didapati percantuman antara tunas pucuk sion dan

pokok penanti telah kukuh.

Contoh pembiakan secara cantuman pada tumbuhan lanskap

Langkah Keselamatan

i. Gunakan pisau yang tajam dan bersih

ii. Jangan sentuh bahagian yang di potong berbentuk baji

iii. Lakukan cantuman dengan segera selepas baji dibentuk. Kejayaan sesuatu

cantumanbergantung pada sel-sel kambium pokok penanti dan sion sama

ada boleh bercantum ataupun tidak.

iv. Lakukan pada waktu awal pagi atau lewat petang

Kepentingan Cantuman Baji

Cantuman dilakukan untuk mendapatkan klon-klon baru yang lebih baik. Klon

baru ini lebih baik dari segi ketahanan penyakiti, tahan terendam air dan pengeluaran

hasil yang tinggi. Cantuman juga dapat memperbaiki sistem dahan pokok-pokok

dengan cara mencergaskan kembali dahan-dahan yang lemah.

REFLEKSI

Page 6: Pembiakan Secara Cantuman Baji

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Yang Maha Esa, kerana dengan limpah

kurnianya saya dapat menyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad

lantaran kesibukan tugas seharian. Pada mulanya, apabila menerima tugasan bidang

teknologi pertanian ini, saya berasa begitu bimbang dan tercabar untuk menyiapkan

tugasan ini kerana pengetahuan sedia ada mengenai teknologi pertanian amatlah

sedikit. Namun demikian, cabaran dan halangan ini tidak mematahkan semangat saya

untuk cuba menghasilkan tugasan yang terbaik, bermula dengan mencari nota yang

berkaitan melalui buku dan internet . Di sini saya dapat mengetahui dengan lebih lanjut

maklumat yang berkaitan dengan kerja amali yang bakal dilaksanakan

Dalam menghasilkan tugasan ini, banyak ilmu dan pengetahuan secara amali

seperti pembiakan secara aseks, penanaman lanskap dan kaedah menyemai biji benih

yang dapat saya pelajari dengan lebih mendalam. Amali kami berjalan dengan lancar

dengan kerjasama yang baik antara ahli dalam kumpulan. Pengorbanan dari segi masa

dan wang ringgit tidak mematahkan usaha kami untuk memberikan yang terbaik dalam

setiap kerja amali yang dilakukan.

Terdapat juga kekangan dalam menyiapkan kerja kursus ini seperti

pembahagian masa yang tidak teratur disebabkan oleh terdapat banyak kerja kursus

lain yang perlu disiapkan pada masa yang sama. Penambahbaikan yang perlu saya

lakukan agar masalah yang sama tidak berulang pada masa hadapan ialah saya perlu

membahagikan masa dengan lebih baik agar proses penyiapan tugasan ini dapat

berjalan dengan lancar

Namun dengan usaha gigih yang di lakukan, banyak ilmu yang saya perolehi dan

akan saya gunakan ilmu ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran Kemahiran

Hidup di sekolah nanti. Ilmu yang kami perolehi ini akan dapat membantu saya dalam

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti di peringkat sekolah atau

peringkat yang lebih tinggi sekiranya diberi peluang untuk mengajar subjek ini.

Rujukan

Page 7: Pembiakan Secara Cantuman Baji

1. Mustafa Kamal (1995). Hotrikultur Hiasan Dan Lanskap.Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

2. Rukayah Aman (1995). Tanaman Hiasan Ruangan. Kuala Lumpur : Dewan

Bahasa Dan Pustaka

3.