objektif pembelajaran
DESCRIPTION
CIRI KRAFTANGAN TRADISIONAL TEKAT. OBJEKTIF PEMBELAJARAN. PENGENALAN. SEJARAH & PERKEMBANGAN. UNSUR & BENTUK MOTIF. FUNGSI TEKAT. PERANAN INSTITUSI & ISTANA. TOKOH TEKAT. TOKOH I. TOKOH II. JENIS-JENIS TEKAT. TEKAT TIMBUL BUNGA EMAS. TEKAT GUBAH. PROSES TEKAT. PENUTUP. KUIZ. MENU. - PowerPoint PPT PresentationTRANSCRIPT
OBJEKTIF PEMBELAJARAN
PENGENALANSEJARAH &
PERKEMBANGAN
CIRI KRAFTANGAN TRADISIONAL
TEKAT
UNSUR & BENTUK MOTIF
FUNGSI TEKATPERANAN
INSTITUSI & ISTANA
TOKOH TEKAT
TOKOH I TOKOH II JENIS-JENIS
TEKATTEKAT TIMBUL BUNGA EMAS
TEKAT GUBAH PROSES TEKAT PENUTUP KUIZ
MENU NEXT
SELAMAT MENONTON…….
TAYANGAN VIDEO
OBJEKTIF PEMBELAJARANPada akhir sesi pembelajaran ini,
pelajar akan dapat :
1. Mengenal pasti pelbagai motif dalam mereka corak dan membuat kraf tradisional tekat.
2. Menganalisis proses-proses dalam penghasilan kraf tradisonal tekat.
3. Mengenali beberapa orang tokoh dalam kraf tradisonal tekat.
OBJEKTIF NEXT
MENU
Tekat dikenali juga dengan nama bersuji.
Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-
kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai
acuan motif dan benang emas untuk
membentuk bunga tekat.
PENGENALAN MENU NEXT
Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung
dikaitkan dengan kegunaan pakaian dan kelengkapan
keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni
tekat dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa
zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Kesan
penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan
masyarakat Cina yang keturunan Baba Melaka. Mereka
menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian
mereka.
MENU NEXT
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan
oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan dan
Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak
Darul Ridzuan merupakan negeri yang
banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat
timbul benang emas. Terdapat beberapa
jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai
tukang menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat
perada.
MENU NEXT
MENU NEXT
CIRI-CIRI KRAF TRADISIONAL TEKAT
i. Baldu dan benang emas
ii. Sulam penuh
iii. Sulam pahat
iv. Tekat timbul benang emas dan
perak
v. Tekat gubah ( tidak menggunakan
mempulur )
vi. Tekat perada ( perada emas
ditampal pada kain )
MENU NEXT
i. Motif tumbuhan / flora
UNSUR DAN BENTUK MOTIFMENU NEX
T
ii. Motif geometri ( bersudut )
MENU NEXT
iii. Motif burung / unggas
MENU NEXT
iv. Motif awan larat
MENU NEXT
Ia hanya digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan, kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian. Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan asasnya merupakan bahan mewah.
Penciptaannya juga memerlukan waktu yang lama dan hasilnya yang indah memerlukan penjagaan yang rapi apabila digunakan.
MENU NEXT
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat.
Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan
istana memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan kemewahan dan
keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat tekat untuk kegunaan istana.
Secara langsung istana telah menggalakkan kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya
Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, perusahaan menekat dimajukan lagi dengan
program-program latihan, promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual
hasil ke luar negara. Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin. Promosi
yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia,
Perbadanan Kemajuan Negeri Perak dan industri pelancongan telah mendorong tukang
sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan berterusan. Secara
langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu memperkenalkan mutu seni
tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
MENU NEXT
MENU NEXT
TOKOH 1 : AHDIJAH BT. HASIM
Ahdijah b. Hasim adalah seorang tokoh kraftangan
tekat yang telah dipilih oleh Perbadanan Kraftangan
Malaysia. Beliau juga dilantik sebagai Adiguru kerana
kepakaran dalam bidang tekat. Beliau mula belajar
menekat daripada Ibunya bernama Anatishaah bt.
Bilai Din juga seorang tokoh tekat di Kuala Kangsar,
Perak. Beliau juga banyak menerima tempahan tekat
antaranya ialah daripada Sultan Perak, Sultan Johor,
Sultan Selangor dan Baju penabalan Yang Di Pertuan
Agong.
MENU NEXT
TOKOH 2 : HAJAH AZIZAH BT. MOHD. YUSOF
Hajah Azizah berasal dari Kg. Panang Changkat, Bukit
Candan, Kuala Kangsar Perak. Kemahiran menekat
adalah di warisi dari ibu dan warisan keluarga sejak
turun temurun. Sekarang beliau menumpukan sepenuh
masa dalam perusahaan menekat. Sebelum ini beliau
adalah seorang jurulatih di Perbadanan Kraftangan
Cawangan Perak. Beliau pernah mewakili negara ke
Jepun, Arab saudi dan Brunei untuk membuat
demontrasi menekat.
MENU NEXT
Jenis-jenis Tekat
MENUNEX
T
1. Tekat Timbul Bunga Emas
Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk
corak motif. Mempulur ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas akan menutupi mempulur di atas kain baldu.
MENU NEXT
2. Tekat Gubah
Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai
corak gubahan. Pandai tukang hanya menyulam dan
membentuk corak motif melalui benang merah yang
dipanggil benang untina. Hiasan corak tekat gubah
diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar
tekat gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan
gubahan tekat ialah menghiasi tudung saji, tepak
sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar,
peralatan upacara perkahwinan, lemudi pintu,
pakaian diraja dan sebagainya.
MENUNEX
T
* Bahan asas penting untuk mencipta tekat ialah benang emas,
benang putih dan kain dasar dari jenis kain baldu. Di samping itu
terdapat juga bahan dari rotan sega, kertas tebal dan kanji
(gam) yang digunakan untuk mempulur. Penggunaan mempulur
akan menjadikan bentuk sulaman timbul.
MENU NEXT
* Proses pertama ialah membentuk empulur. Bentuk motif
dilukis di atas beberapa helai kertas yang dilekat tindih
antara enam hingga lapan helai. Kemudiannya bentuk
motif ini dipotong dan diasingkan. Lebar tiap-tiap batang
mempulur kertas dibuat antara 0.5 sentimeter dan 0.25
sentimeter. Mempulur daripada kertas digunakan untuk
membentuk motif tumbuhan dengan gaya organik. Corak
yang terhasil daripada mempulur rotan sega bercorak
banji atau corak kisi-kisi dan corak dangai atau catur.
MENUNEX
T
* Seterusnya, kain dasar yang tebal
tetapi lembut daripada jenis baldu
yang berbulu halus dan berkilat
ditegangkan pada pemidang kayu.
Kain baldu yang selalu digunakan
daripada warna gelap seperti merah
pulasan, merah tua, ungu, hijau tua
dan hitam. Pemidang kayu pula ada
dua jenis iaitu pemidang berkaki dan
tanpa kaki. Ukuran pemidang
bergantung kepada reka bentuk yang
diingini. Baldu yang ditegangkan
pada pemidang disambungkan
dengan kain putih yang diikatkan ke
bingkai pemidang. Oleh itu, baldu
akan menjadi tegang.
MENU NEXT
* Selepas itu, benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui jarum yang sedang matanya. Ukuran jarum menentukan ikatan supaya tidak meninggalkan kesan lubang pada kain dasar. Jarum akan dicucuk agak ke dalam dari bawah batang mempulur. Ikatan benang putih mestilah ketat dan kukuh. Setiap kali merentas, benang-benang emas haruslah disusun rapat-rapat supaya batang mempulur tidak kelihatan dari atas. Dengan ini sulaman akan kelihatan lebih teratur dan kemas.
MENU NEXT
*Tekatan dibuat sehingga seluruh
bentuk mempulur tertutup oleh
sulaman. Pada bahagian cantuman
benang ataupun pada ruang yang
tertinggal kosong ditutup dengan
kertas emas atau labuci.
MENU NEXT
Bentuk, corak, ruang yang tepat cahaya benang yang bergemilauan,warna baldu yang lembut,jalinan motif yang halus dan rumit, telahmewujudkan suatu pengutaraan seni rupa Melayu dengan identiti yang tersendiri dalam kraf tradisional tekat.
PENUTUP Kemahiran bertekat ini masih dapat diteruskan sebagai identiti warisan budaya kerana diturunkan dari generasi ke generasi.
TAMATMENU
KUIZ
MENU NEXT
Seni tekat dikenali juga dengan nama……………….
ASeni budayaBSeni berzamanCBersujiDMenganyam
SOALAN 1
MENU NEXT
Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan pada awal kurun ke ……
AKe-15BKe-16CKe-17DKe-18
SOALAN 2
MENUNEX
T
SOALAN 3
Jenis-jenis tekat …….I tekat timbul benang emasII tekat gubahIII tekat peradaIV tekat menekat
A I dan IIBII dan IIICI, II dan IIIDSemua di atas
MENUNEX
T
SOALAN 4
Berdasarkan gambar di atas, apakah bentuk motif yang ingin ditonjolkan?AMotif tumbuhan / floraBMotif geometri ( bersudut )CMotif burung / unggasDMotif awan larat
MENUNEX
T
SOALAN 5
Mempulur ialah sejenis alat atau bahan yang digunakan dalam seni tekat. Apakah yang kegunaan mempulur ….
Aalat untuk membulut benang emas / perakBisi tekatan yang dibuat daripada kertas kerasC kain berbulu halus dan lembutD Benang emas dan perak
MENUTAMA
T
YEH…BETUL !!!!!!
MENU SOALAN 3
SOALAN 1
SOALAN 2
SOALAN 5
SOALAN 4
ALAMAK…SALAH PULAK …
MENU SOALAN 3
SOALAN 1
SOALAN 2
SOALAN 5
SOALAN 4
SEKIAN, TERIMA KASIH