modul seni 4

227
TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1.menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 2.menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 3.menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah; 4.menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan 5.menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual. PENGENALAN Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 1

Upload: adamskbd

Post on 31-Dec-2015

508 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Seni 4

TOPIK 1 KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan pengertian pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;

2. menjelaskan matlamat pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;

3. menjelaskan objektif pendidikan seni visual pada peringkat sekolah rendah;

4. menerangkan pandangan tokoh-tokoh barat tentang seni visual; dan

5. menerangkan pandangan tokoh Timur dan Islam tentang seni visual.

PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik,

seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Pendidikan Seni Visual sekolah rendah lebih menegaskan

kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini

menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan

konsepsi murid. Dengan ini, murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi

kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama

nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu

menggambar, membuat rekaan dan corak, membentuk dan membuat binaan dan kraf tradisional. Murid dilatih

untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada aspek estetik mahupun aspek

gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid dapat diterapkan dengan penghayatan warisan seni visual dan

mengamalkannya dalam kehidupan, terutama dalam meningkatkan nilai hidup. Murid akan didedahkan dengan

ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi

ilmu yang diperolehi bersama.

Apakah yang anda fahamkan tentang seni visual? 

Seni visual menjurus kepada seni tampak dan tidak merujuk kepada seni

lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan

diri.

1

Page 2: Modul Seni 4

Rajah 1.1 Sumber: http://images.google.com/images

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

2

Page 3: Modul Seni 4

1.1 PENGERTIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

Rajah 1.2: Pelajar sekolah rendah 

Sumber http://www.chungwa.edu.bn/images/enrolment/primary/pri_indexpic2.jpg

Dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah, anda patut lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan

karya seni dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Dalam proses ini, anda boleh

menyentuh mengenai perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi,

imaginasi dan konsepsi murid. Dengan ini, murid anda dapat mengamalkan pertimbangan seni visual,

meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan

membawa bersama nilai yang disebutkan. 

Kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu:

a. menggambar;

b. membuat rekaan dan corak;

c. membentuk dan membuat binaan; dan

d. kraf tradisional.

Anda boleh melatih murid anda untuk melihat sesuatu dengan perspektif yang lebih luas sama ada daripada

aspek estetik mahupun aspek gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid anda dapat menerap penghayatan

warisan seni visual dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam meningkatkan nilai

hidup. Murid anda akan didedahkan dengan ilmu seni visual yang berkaitan dengan bidang tertentu dan

menerapkan budaya menghargai serta mengaplikasi ilmu yang diperolehi bersama. 

1.2 MATLAMAT PENDIDIKAN SENI VISUAL

3

Page 4: Modul Seni 4

Matlamat Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia

yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetik yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif.

Kandungan kurikulum berupaya membantu murid anda meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan,

menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaaan.

1.3 OBJEKTIF PENDIDIKAN SENI VISUAL

Selepas melalui Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah, murid anda seharusnya dapat:

1. menunjukkan penghargaan terhadap keindahan alam ciptaan Tuhan;

2. memupuk budaya penyelidikan dalam proses penghasilan karya seni visual;

3. meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi, disiplin serta kemahiran dalam bidang seni visual

yang dapat diamalkan dalam kehidupan dan kerjaya;

4. menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk mereka cipta barangan kraf dan

produk seni visual yang berkualiti;

5. membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni visual;

6. menunjukkan nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata pelajaran lain;

7. menunjukkan penghargaan terhadap sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual dalam konteks

perkembangan sejarah seni visual di Malaysia dan antarabangsa;

8. menjadikan bidang seni visual sebagai prospek kerjaya;

9. menunjukkan kesedaran dan penghargaan terhadap suasana seni dalam persekitaran dan kaitan dengan

keselesaan hidup; dan

10.menunjukkan semangat bina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa.

1.4 PANDANGAN TOKOH-TOKOH BARAT TENTANG SENI VISUAL

Mari kita menghayati pendapat dari tokoh-tokoh barat berikut:

Plato

Aristotle

Pestalozzi

Herbert Read

Frank Cizek

John Dewey

Walter Gropius

Efland dan Chapman

Lansing

June McFee

Feldman

ACTIVITY

Semasa membaca mengenai pendapat setiap tokoh di bawah ini, cuba anda catatkan penekaan dan sudut

pandangan dalam petikan itu.

4

Page 5: Modul Seni 4

a. Plato (427/428 Sebelum Masehi – 347 Sebelum Masehi)

Sumber: http://www.ironorchid.com/clipart/person/plato.html

Pada pendapat Plato: • lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran; • seni dan pendidikan perlu

dipandukan kepada kebenaran, kebaikan, kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan; • seni

dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan, akhlak, nilai dan moral untuk membawa

kesejahteraan; dan • seni dapat mencipta sesuatu persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan

perpaduan. Pada zaman itu, konsep seni telah dikaitkan dengan ilmu pengetahuan, kebaikan atau nilai

moral, kesejahteraan dan keindahan. 

5

Page 6: Modul Seni 4

Rajah1.3: Bidang seni kini

Plato telah membincangkan lukisan dengan konsep imitasinya, dan puisi dengan konsep ilhamnya. Plato

membandingkan lukisan dengan kebenaran. Pada beliau, pelukis yang melukis gambar objek meniru objek

yang dibuat oleh tukang pembuat. Tukang pembuat objek itu pula meniru ideanya atau konsepnya

mengenai objek itu. Idea atau konsep objek tukang pembuat itu pula meniru konsep sebenar objek itu yang

diberi oleh tuhan. Maka lukisan adalah tiga kali terpisah dari kebenaran. (Pendapat ini telah menyebabkan

ramai memandang rendah kepada seni lukis. Bagaimanapun pendapat ini telah membawa pelajar

teragongnya iaitu Aristotle kepada konsep baru mengenai lukisan). Mengikut Plato, walaupun cerita dalam

puisi adalah tidak benar, penonton juga dapat mengikut sehingga menangis. Ini adalah sebab pembaca

puisi mendapatkan ilham dari dewa dan dengan itu dapat memainkan perasaan semasa membaca puisi.

Maka puisi itu bukan ilmu mengenai kebenaran.

b. Aristotle (384 Sebelum Masehi – 322 Sebelum Masehi) 

Sumber: http://clendening.kumc.edu/dc/pc/a.html

Pada pendapat Aristotle: • pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi stuktur

bentuk yang universal kepada benda alam; dan • pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari

dewa tetapi mencapai kartasis dengan stuktur bentuk dalam cerita puisi itu. 

Pelukis pokok tidak meniru pokok tetapi menberi stuktur bentuk yang universal kepada pokok.

Dengan stuktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu adalah baik. Dengan

stuktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan mengenai cerita dalam puisi itu. Maka

seni boleh digunakan untuk membina budaya yang baik. Aristotle memberi penekanan kepada bentuk

dan stuktur sesuatu hasil atau karya.

6

Page 7: Modul Seni 4

c. Pestalozzi (1746 – 1827) 

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/pestalozzi.html

Pada pendapat Pestalozzi, semua kanak-kanak sepatutnya diberi peluang belajar seni sama ada

berbakat seni atau tidak. Caranya adalah seperti belajar tulisan dan geometri dan tidak beza dari mata

pelajaran lain. Konsep ini memberi penekanan kepada kepentingan aktiviti mata dan

tangan tetapi tidak pada keistimewaan seni yang membezakannya sebagai satu disiplin tersendiri.

Pestalozzi juga percaya bahawa kerja tangan atau kraftangan mestilah juga diajar dengan menekankan

konsep pendidikan sepanjang hayat (“life-long”) terhadap aktiviti-aktiviti bercorak praktikal.

d Herbert Read 

Sumber: http://www.weltchronik.de/bio/cethegus/p/herbetread.html

7

Page 8: Modul Seni 4

Herbert Read banyak menulis mengenai Pendidikan Seni. Buku terkenalnya adalah

seperti “Education Through Art” dan “History of Moden Art”. Beliau telah menyentuh tentang

kedua-duanya keindahan dan kemanusiaan. Menurut beliau, seni adalah penghasilan rupa dan

bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kedamaian estetik. Seni sebagai alat untuk

mendidik seseorang merupakan penyataan klasik beliau. Beliau selalunya mengemukan 3 perkara

penting dalam seni seperti berikut: 

o ekspresi diri dan komunikasi;

o pemerhatian dan pengetahuan konsep melalui aktiviti tampak; dan

o apresiasi dan tindakbalas individu terhadap hasil kerja orang lain.

Beliau memberi pengertian baru kepada konsep pengucapan diri dalam seni lukis moden dengan

hujahan terkenalnya mengenai “Moden Art is as old as man”. Beliau juga mendapati terdapat

persamaan seni lukis kanak-kanak yang datang dari bahagian dunia yang berlainan. Beliau menulis

mengenai peningkatan ketenteraman sedunia melalui persefahaman antara bangsa dengan

konsep Global Art. Seperti pendapat Yunani awal, Read berpendapat bahawa seni boleh digunakan

untuk menyatupadukan semua negara. Seni boleh menjadi alat bantu dalam perpaduan manusia.

Konsep ini memberi penekanan kepada pendidikan dan pembentukan diri. 

ACTIVITY

Kalau anda berminat, bincangkan mengenai kesan berantai di mana perpaduan membawa ke

kemakmuran, kemakmuran membawa ke perkembangan ilmu seni dan seterusnya. Tahukah anda

bagaimana kedudukan batik hari ini boleh menjadi alat perpaduan antarabangsa? 

e Frank Cizek (1865 – 1946) 

8

Page 9: Modul Seni 4

Sumber: http://www.aeiou.at/aeiou.encyclop.data.images.c/c505882a.jpg

Konsep pendidikan seni Frank Cizek pula berkaitan dengan peranan ekspresi bebas dalam

pendidikan. Cizek berpendapat bahawa kanak-kanak memiliki daya kreativiti yang tinggi dan

memerlukan suatu kaedah untuk meluahkan ekspresi diri. Oleh yang demikian kanak-kanak perlu

diberi ruang untuk melukis bagi menyatakan apa yang mereka lihat dari pandangan mereka sendiri.

Berbeza dari orang dewasa, kanak-kanak mempunyai impuls kreatif yang tersendiri dan haruslah

digalakkan untuk memajukan keindividualan sendiri mengikut kemampuannya. Kanak-kanak perlu

dibebaskan dari kongkongan peraturan lukisan orang dewasa supaya tidak hilangkreativiti dan

sifat keperibadian diri. Cizek mencadangkan agar kreativiti kanak-kanak seharusnya dibiarkan

mengembang mengikut kemahuan mereka sendiri. Apabila mencapai tahap tertentu, kanak-kanak

boleh didedahkan dengan tatabahasa visual seperti unsur-unsur dan prinsip-prinsip seni sebagai suatu

pengukuhan. Cizek menyeru untuk membebaskan kanak-kanak dari nilai-nilai yang dipaksakan dari

kaca mata orang dewasa. Keperluan asasi kanak-kanak dipentingkan dan kanak-kanak dikatakan

adalah suci dan tulen seperti kertas putih. Apabila kanak-kanak menggunakan imaginasi dan

ekspresi diri, wujudlah suasana gembira dan suka riang. Minat belajar dan minat untuk

memajukan diri meningkat. Maka kanak-kanak sedia untuk belajar dan ingin hendak belajar.

Kenyataan ini juga telah membawa ke perkembangan cabang terapeutik seni, cabang kraf untuk

kanak-kanak bermasalah dan seni untuk menyokong pembelajaran mata pelajaran lain.

Sebagai guru, anda perlu menghadapi cabaran baru dan masalah bagaimana mencetuskan cara untuk

memajukan imaginasi kanak-kanak. Banyak masa dan tenaga diperlukan untuk mengkaji dan

mendekati kanak-kanak. 

ACTIVITY

Adakah ini bermaksud guru boleh mengambil kesempatan untuk biar murid membuat apa sahaja sesuka hati?

Mengapa? 

f. John Dewey (1859 – 1952) 

9

Page 10: Modul Seni 4

Sumber: http://www.bealt.barnard.columbia.edu.amcw.images.html

Dewey membawa konsep bahawa aktiviti seni merupakan satu pengalaman kepada kanak-kanak.

Fungsi Pendidikan Seni adalah untuk memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni

sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk mengembangkan

kecerdasan manusia. Sekolah seharusnya memberi kanak-kanak kebebasan untuk perkembangan

fizikal, emosi dan intelektual (kecerdasan fikiran) melalui seni.

g. Walter Gropius (1883 – 1969) 

Sumber: http://www.anxo.org/artigos/050600.html

Walter Gropius berpendapat bahawa Seni Visual seharusnya berfungsi dalam memberi faedah kepada

kehidupan seharian, bukan untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan

prinsip asas reka ke barangan seharian keluaran industri dengan menyatukan seni, pertukangan, sains

10

Page 11: Modul Seni 4

dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetik telah dibawa ke barangan seharian seperti kerusi, meja,

lampu, alat perkakas elektrik, kenderaan, bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi pertimbangan

khas terhadap bentuk dan bahan. Konsep seni ini memperkembangkan senireka, seni komersial dan

seni dalam kehidupan seharian.

F Efland dan Chapman 

Efland dan Chapman berpendapat bahawa:

o seni adalah untuk masyarakat kerana seni berasaskan kepada kehendak dan perubahan dalam

keperluan ahli masyarakat; dan

o seni sangat bermakna jika kreativiti menjadi unsur yang diutamakan dan masyarakat

menitikberatkan imaginasi yang direalitikan. Efland juga berpendapat bahawa teori seni

seharusnya dipadankan dengan teori pendidikan yang melibatkan “nature of art” di

gabungkan dengan “the nature of knowledge” disamping “the value and process of

teaching”.

G Lansing

Lansing berpendapat bahawa seni dapat mengembangkan potensi pemikiran, sikap dan psikomotor. Oleh

itu, seni akan membantu seseorang itu membesar dengan kekuatan otak kiri (hoki) dan otak kanan

(hoka).

H June McFee 

Sumber: http://aad.uoregon.edu/FCKeditor/cffm/custom/images/aad/research/mcfee.gif

11

Page 12: Modul Seni 4

McFee menekankan lebih kepada kesenian dan individu serta seni dalam masyarakat warisan budaya sesuatu

kaum. Bertitik tolak daripada aspek budaya inilah seni akan diterus dan dikembangkan.

Feldman 

Feldman membuat pernyataan yang hampir sama dengan McFee yang menekankan bahawa seni dan

kebudayaan itu menjadi tunjang pembangunan seni kepada manusia.

1.4.1 Membina Konsep Kendiri Berdasarkan Konsep Seni Visual Barat

a. Pendidikan Seni Visual seharusnya membantu dan membentuk daya kreativiti pelajar.

b. Ia suatu proses untuk mengekspresikan imaginasi dan luahan perasaan dalam Seni Visual. Melalui

pelbagai teknik yang mereka pelajari, pelajar mula mengukuhkan sikap kendiri mereka.

c. Seni seharusnya membantu dan menyedarkan pelajar terhadap warisan budaya mereka.

d. Menghargai dan memulihara seni merupakan pertimbangan yang paling ideal untuk memartabatkan

seni visual secara global.

e. Menghargai dan menyedari semata-mata juga tidak mencukupi kerana melalui kesedaran ini murid-

murid seharusnya semakin kreatif dan produktif.

f. Jauh lebih penting diperingkat global, ia membentuk sikap JERI seperti yang dinyatakan dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan menjadi tunjang utama dalam pemupukan dan pembinaan insan

yang literal mengenai Pendidikan Seni Visual.

g. 1.5 PANDANGAN TOKOH TIMUR DAN ISLAM TENTANG SENI VISUAL

12

Page 13: Modul Seni 4

Rajah 1.4: Seni Islam

Sumber: photos1.blogger.com/img/11/1288/1024/abstrak.jpgl

1.5.1 Muslim

Muslim dalam Kitab Al-Iman menyatakan bahawa apabila orang yang mempunyai ilmu seni bertemu dengan

objek alam semulajadi, akan dapat mencipta suatu karya atau sekurang-kurangnya dapat menghargai objek

tersebut. 

Mengikut pandangan Islam, Allah adalah yang maha berkuasa, maha esa dan maha indah. Segala seni perlu

dikaitkan dengan kebaikan. Akhlak dalam ajaran agama adalah penting. Al-Ghazali menulis mengenai

keindahan cinta pada tuhan dan keindahan berada di sisi tuhan. Tokoh lain yang terkenal adalah seperti Sidi

Ghazali, Ibnu Khaldun dan Yusof al Qardawi. 

ACTIVITY

Cuba anda cari maklumat lanjut mengenai pandangan Islam terhadap seni dari sumber yang bertauliah.

1.5.2 Membandingkan Pandangan Al-Ghazali dengan Sidi Ghazalba dari Perspektif Islam

a. Al-Ghazali Menurut Al-Gahzali:

o seni bersandarkan daripada Allah kepada Allah;

13

Page 14: Modul Seni 4

o seni menuju kepada “Al-Falah“, untuk keredaan Allah dan menghindarkan perkara-perkara

yang dilarang oleh Allah; dan

o seni dijadikan sebagai pemangkin untuk ketaqwaan. Melalui karya seni, sifat tawaduk akan

lebih tertampil dan lebih beriman kepada Allah.

b. Sidi Ghazalba Menurut Sidi Ghazalba:

o seni tidak ekses (melampaui batas-batas kesusilaan);

o seni untuk Islam, bertunjangkan dari Allah untuk Allah;

o keindahan yang dihasilkan dari ilham seni seniman bertunjangkan kepada “mardatillah “; dan

o seni membentuk peribadi muslim ke arah yang lebih mantap dan beriman.

1.6 SEJARAH PENDIDIK SENI VISUAL

Jadual 1.1: Perkembangan Seni Visual Barat

Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang

Digunakan

Hal Benda yang

Dipaparkan

Zaman Yunani Polygnotos

Protogenes

Zeuxis

Apelles

fresko

mozek

adat istiadat

agama

Zaman ‘Renaissance’

(abad ke-14 - abad ke-

16)

Leonardo Da

Vinci

Albrecht Durer

fresko

cat

tempera

cat minyak

cat air

kitab suci

agamaKristian

potret

peperangan

(abad ke-19 - abad ke-

20) Gaya baru:

abstrak dan semi

abstrak

Paul Cezanne

Vincent Van

Gough

Henri Matisse

Pablo Picasso

Salvador Dali

Jackson

Pollock

Roy

Lichtenstein

Victor de

Vasarely

cat minyak

cat enamel

cat

aluminium

cat campuran

alam benda

pemandangan

lanskap

kegiatan manusia

konsep karyaan

secara tidak

diduga melalui

eksperimen

14

Page 15: Modul Seni 4

Carl Andre

Has Haacke

Tahukah anda bahawa seni visual berbentuk catan bermula pada zaman Yunani dengan menggunakan media

fresko atau mozek? Hal benda yang dipaparkan ialah peristiwa yang berkaitan dengan adat istiadat dan agama.

Pelukis-pelukisnya terdiri daripada Polygnotos, Protogenes, Zeuxis dan Apelles. 

Seni visual seterusnya mengalami zaman kemuncaknya di Eropah pada abad ke-14 hingga abad ke-16. Zaman

kemuncak ini berlaku pada Zaman ‘Renaissance’ atau Zaman Pembaharuan. Media yang digunakan terdiri

daripada fresko, cat tempera, cat minyak dan cat air. Hal benda yang diperkatakan berkisar mengenai kitab suci,

agama Kristian, potret dan peperangan. Pelukis-pelukis yang terkenal pada zaman itu ialah Leonardo Da Vinci

(Itali 1452 – 1519) dan Albrecht Durer (Jerman 1471 – 1528) 

Pada abad ke-19 hingga abad ke-20 pula, muncul catan gaya baru iaitu semi abstrak dan abstrak. Pada masa

ini media yang digunakan terdiri daripada cat minyak, cat enamel, cat aluminium dan cat campuran. Hal benda

yang ditampilkan berkaitan dengan alam benda, pemandangan, lanskap, kegiatan manusia dan konsep karyaan

secara tidak diduga melalui eksperimen. Gaya catan ketika itu dipengaruhi oleh aliran ‘isme’ seperti

Impresionisme, Ekspresionisme, Ekpresionisme Abstrak, Kiubisme, Seni Pop, Seni Op, Seni Minimal dan Seni

Konseptual. Pelukis-pelukis yang terlibat terdiri daripada Paul Cezanne, Vincent Van Gough, Henri Matisse,

Pablo Picasso, Salvador Dali, Jackson Pollock, Roy Lichtenstein, Victor de Vasarely, Carl Andre dan Has

Haacke. 

Jadual 1.2: Perkembangan Seni Visual Malaysia

Perkembangan Seni Visual Malaysia

1930-an – 1940-an Perkembangan seni visual bermula.

Pendekatan kaedah seni catan easel.

Tema keindahan alam tempatan dan aktiviti

masyarakat.

1950-an Berlaku pertembungan stail Timur dan Barat.

Hal benda seni potret yang realistik, unsur-unsur

budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi

abstrak.

15

Page 16: Modul Seni 4

1960-an Pertembungan stail Timur dan Barat lebih

berkembang dan berdaya saing lagi.

1970-an Menampilkan banyak lagi sumbangan kerana

munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat

yang mendokong isme-isme barat.

1980-an – 1990-an Perkembangan seni memuncak dan lebih meluas.

Kebangkitan seni Islam mempengaruhi peluasan

seni visual.

Perkembangan seni visual di Malaysia menyerlah bermula pada tahun 1930-an hingga 1940-an yang

memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel dengan mengambil tema keindahan alam tempatan dan

aktiviti masyarakat. Pada tahun 1950-an, berlaku pertembungan stail Timur dan Barat yang menggunakan hal

benda seni potret yang realistik, unsur-unsur budaya, kesenian tradisi, seni abstrak dan semi abstrak. Menjelang

tahun 1960-an situasi ini menjadi lebih berkembang dan berdaya saing lagi. Era 1970-an menampilkan banyak

lagi sumbangan kerana munculnya pelukis-pelukis berpendidikan Barat yang mendokong isme-isme barat

seperti Ekspresionisme, Ekspresionisme Abstrak, Minimal, Pop, Op Dan Realisme. Akhirnya menjelang tahun

1980-an hingga 1990-an, perkembangan seni memuncak dan lebih meluas. Kebangkitan seni Islam

mempengaruhi terhadap peluasan seni ini di instiusi pengajian tinggi. 

1.7 PERANAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

16

Page 17: Modul Seni 4

Rajah 1.5

Sumber: http://www.icfdn.org/events/cryland/gallery/images/ch

Seringkali masyarakat merasa risau dan takut anak-anak mereka tidak mengenal huruf atau nombor sebagai asas

membaca, menulis dan mengira. Namun, mereka juga seharusnya bimbang kalau anak-anak mereka tidak dapat

melibatkan dan menguasai asas pengamatan tampak menerusi aktiviti seni. Ini akan menghalang kanak-kanak

itu daripada menerima pengalaman tampak yang boleh didapati menerusi interaksi deria tampak melalui simbol-

simbol tampak di sekeliling mereka. Pendidikan Seni Visual berupaya untuk mengembangkan naluri ingin tahu

secara eksplorasi menerusi deria. Pemikiran kreatif dan kritis akan terus dijana melalui ekspresi diri mereka. 

Menurut Bersoon (1982), galakan yang diberi kepada kanak-kanak menggunakan deria dan respon emosinya

dalam memperolehi pengalaman yang disediakan menerusi kegiatan seni akan meningkatkan keupayaan kanak-

kanak dalam membuat pengamatan dan penaksiran. 

Dalam situasi lain, Eisner (1980) mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan masalah

menggunakan kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba membina suatu konsep yang

sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak membuat pengamatan, membuat tafsiran dan tanggapan

seterusnya melahirkan konsep. Ini adalah keupayaan yang amat diperlukan dalam proses kehidupan mereka. 

Feldman (1976) mendapati bahawa melalui Pendidikan Seni Visual, kanak-kanak dapat meningkatkan

kesedaran tentang berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke semasa. 

17

Page 18: Modul Seni 4

Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat

lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam pengamatan dan memperkayakan pengetahuannya tentang

perbezaan-perbezaan setiap objek atau imej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan

kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan pemikiran yang kritis. 

Akhir sekali, Fuller dan Pribble (1982) dan Ross (1983), mendapati kanak-kanak boleh belajar dengan baik

dalam melahirkan lukisan-lukisan kartun yang berunsur politik. Contoh ini dapat membuktikan kemampuan

kanak-kanak di dalam membuat keputusan sesuatu karikatur yang sesuai untuk sesuatu idea secara tampak dan

menentukan bagaimana melakar sifat-sifat fizikal imej karikatur dalam usaha melahirkan pendapatnya. 

ACTIVITY

Kalau anda minat, carilah maklumat lanjut mengenai sekolah seni. Apakah kelebihannya berbanding dengan

sekolah biasa?

RUMUSAN

Dalam topik ini, anda telah didedahkan kepada ruang lingkup dan pandangan tokoh-tokoh mengenai Pendidikan

Seni Visual. Walaupun ruang lingkup ini meluas dan global sifatnya, kita perlu menumpukan tasawwur

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah berpandukan Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran.

Anda juga seharusnya dapat mengenal pasti bidang-bidang kemahiran pendidikan seni visual yang diajar di

sekolah rendah disamping menyerap maklumat dan input-input yang seharusnya disogok kepada pelajar-pelajar

sekolah rendah. Memahami Sukatan Pelajaran dalam Pendidikan Seni Visual sekolah rendah memudahkan

persediaan anda menjadi bakal guru pendidikan seni visual sekolah rendah yang mantap.

GLOSARI

Al- Falah — Jalan Allah

Ekses — Melampaui batas/norma/susila

Ekspresi — Luahan idea/perasaan/sentiman

Estetik — Kecantikan

Imaginasi — Gambaran/kerangka imej

Inovatif — Mengubahsuai kepada yang lebih baik dan menarik

Intuisi — Gerak hati, rasa qalbu

18

Page 19: Modul Seni 4

Inventif — Merekacipta, merekabentuk, cari dapatan baru

Isme — Aliran/fahaman

Karaktor — Kartun berwatakkan manusia

Mardatillah — Diredhai Allah

Persepsi — Tanggapan/pegertian yang tajam

Persuasive — Meyakinkan

Representatif — Penyataan semula/gambaran semula/penampilan semula

Tawaduk — Merendah diri

Universal — Sejagat, umum 

UJIAN 1

Apakah yang anda faham mengenai nilai-nilai estitik? Dengan memilih satu produk dalam pendidikan seni

visual, huraikan bagaimana nilai-nilai estetika dapat diaplikasi dengan berkesan.

UJIAN 2

Berdasarkan pengurusan grafik di bawah ini cari persamaan dan perbezaan di antara konsep seni Barat dan seni

Islam/Timur

KONSEP SENI TIMUR/ BARAT

PERSAMAAN

1

2

3

4

5

6

19

Page 20: Modul Seni 4

PERBEZAAN

BARAT TIMUR

1 1

2 2

3 3

4 4

5 5

TOPIK 2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

PENGENALAN

Pelbagai strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR boleh dilaksana untuk

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang

kreatif dan bersistematik dapat menentukan keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam

merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesas seseorang guru perlu cekap memilih

strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu, beliau haruslah mempunyai pengetahuan

tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan kondusif

bagi mencapai objektif yang hendak disasarkan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual  KBSR remaja;

2. membanding bezakan setiap satu strategi dalam pengajaran dan pembelajaran; dan

3. menunjukkan proses pelaksanaan strategi pengajaran dan pembelajaran dengan contoh aktiviti

pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

20

Page 21: Modul Seni 4

 

2.1 Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

2.1.1 Pengenalan

Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran; dan

aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan untuk diikuti oleh guru semasa

menjalankan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Dalam sukatan pelajaran, pengetahuan kemahiran dan

nilai dibahagikan kepada unit kecil dan dijelmakan ke dalam aktiviti pembelajaran untuk mencapai objektif

yang dihasratkan.

2.1.2 Hasil Pembelajaran

21

Page 22: Modul Seni 4

Berikut adalah hasil pembelajaran sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual:

Pada akhir sub topik ini anda dapat:

i. Menjelaskan matlamat dan objektif Pendidikan Seni Visual KBSR;

ii. Menerangkan bidang-bidang kegiatan yang terkandung dalam sukatan pelajaran Pendidikan Seni

Visual KBSR dan mencerakinkan aktiviti untuk setiap bidang mengikut bidang kegiatan, jenis teknik

dan kandungan penghasilan;

iii. Membanding beza hasil pembelajaran untuk aktiviti pembelajaran yang berlainan yang disediakan

dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSR;

iv. Mengagihkan bidang dan jenis kegiatan mengikut semester; dan

v. Menyenaraikan perkara yang perlu diberi perhatian untuk menyediakan hasil pembelajaran yang

khusus.

2.1.3 Kandungan

Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

disediakan mengikut:

matlamat;

objektif;

organisasi kurikulum; dan

kandungan.

2.1.4 Matlamat

Berpandu kepada Falsafah Pendidikan Negara, Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah

disediakan mengikut: 

“Matlamat Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah untuk melahirkan insan yang

harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya

membantu pelajar meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat

dam negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan”.

2.1.5 Objektif

ACTIVITY

Cuba anda senaraikan sepuluh objektif yang terkandung dalam Sukatan Pendidikan Seni Visual di sekolah

rendah. 

Anda telah mengenali Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) semasa mengikut pelajaran Major anda dan Ilmu

Pendidikan. Adakah anda masih ingat FPK dan perkara berikut?

22

Page 23: Modul Seni 4

Rajah 2.1

ACTIVITY

Rujuk kepada FPK dan cuba senaraikan perkara yang anda belajar dalam konsep pendidikan seni visual yang

boleh dihubungkaitkan dengan hasrat FPK, matlamat dan objektif mata pelajaran Pendidikan Seni Visual di

sekolah rendah. 

ACTIVITY

Dengan menggunakan peta minda, terangkan bagaimana anda dapat memupuk nilai-nilai tersebut dalam diri

anda dan murid-murid.

2.1.6 Organisasi Kurikulum

Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti berikut:

a. pemerhatian secara aktif;

b. interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan;

c. apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

d. menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.

Chapman (1986) telah menggunakan empat aspek utama yang seumpama ini dalam pelajaran seni iaitu:

(i) pemerhatian 

(ii) penerokaan 

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan 

Kita dapat lihat bahawa aspek (b) dan (c) di atas boleh dibandingkan dengan aspek (ii) dan (iii) dalam model

Chapman. Manakala aspek (iv) dalam model Chapman boleh dibandingkan dengan aspek (c) dan di atas. 

23

Page 24: Modul Seni 4

a. Pemerhatian yang Aktif 

Aspek ini melibatkan sensitiviti deria. Semasa menyediakan aktiviti, perhatian perlu diberi kepada

perkara berikut:

o pengetahuan sedia ada murid;

o benda yang konkrit;

o minat, kecenderongan dan latar belakang murid;

o bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

o mencetus idea dan imaginasi.

b. Interaksi yang Kritis dan Kreatif dengan Bahan 

Aspek ini melibatkan penerokaan dan penghasilan atau pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan

sebelum aktiviti penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri perhatian kepada perkara

berikut: 

(i) penerokaan

o aktiviti kecil mudah ringkas;

o cuba mencuba, suaikenal dengan bahan;

o penemuan oleh murid sendiri, uji menguji;

o mencari altenatif, variasi dan kemungkinan lain;

o bebas daripada jawapan tetap, murid senang dan ingin mencuba;

o aktif melibatkan pelbagai kecerdasan; dan

o menggunakan kemahiran berfikir dan pengurusan grafik.

(ii) penghasilan / membuat

o penggunaan alat bahan dan teknik;

o tatacara, langkah dan proses membuat;

o amalan tertib kerja;

o keselamatan semasa bekerja; dan

o penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda dengan bentuk hasil.

c. Apresiasi

Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat dua jenis utama aktiviti Apresiasi.

Aktiviti yang dirancang khas untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di akhir setiap

pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut:

o aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton,

rupabentuk dan bentuk;

o aspek bahasa yang berkaitan dengan kandungan dan hal benda;

24

Page 25: Modul Seni 4

o aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat bahan dan teknik;

o penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat karya;

o perasaan, penghargaan dan refleksi diri; dan

o penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang berkaitan dengan kandungan.

d. Menghargai Nilai Baik dalam Semua Aspek Kehidupan

o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di dalam kegiatan;

o nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan perkara lain di luar kegiatan dalam

kehidupan seharian;

o tindakan susulan;

o mencintai alam kehidupan;

o nilai patriotisme dan nilai murni lain;

o kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan perkembangan persepsi yang terkandung

dalam 4 aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan secara lebih terperinci dalam

Huraian Sukatan Pelajaran; dan

o Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan penilaian.

2.1.7 Bidang Kegiatan, Jenis Kegiatan dan Isi Kandungan Bidang

Bidang-bidang kegiatan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah adalah seperti berikut: 

Menggambar

Membuat corak dan rekaan

Membentuk dan membuat binaan

Mengenal kraf tradisional

Setiap bidang itu mengandungi jenis aktiviti dan kandungan bidangnya. Setiap jenis aktiviti melibatkan pelbagai

alat, bahan dan teknik. Setiap kandungan bidang pula boleh dipecahkan kepada tajuk-tajuk yang sesuai dengan

tahap, minat, latar belakang dan kecederungan murid. 

ACTIVITY

Bolehkah anda tunjukkan bahagian ini dengan satu rajah Pengurusan Grafik?

ACTIVITY

25

Page 26: Modul Seni 4

Terangkan bagaimanakah rajah di bawah ini membantu anda. 

Bidang Jenis Kandungan Tajuk

1 Menggambar Kola

j

Keluarga Saya dan kakak saya menyiram bunga di halaman bunga. 

i. Misalnya, kanak-kanak diberikan objek belon dan bola. Mereka

dapat menyatakan persamaan objek tersebut iaitu berbentuk bulat.

Mereka juga dapat memberikan perbezaan antara objek tersebut

iaitu seperti saiz, warna, lembut atau keras

2.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (P&P PSV) KBSR

2.2.1 Pengenalan

Pelbagai strategi P&P PSV KBSR boleh dilaksana untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran. Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan bersistematik dapat menentukan

keberkesanan pembelajaran ke tahap yang optima. Dalam merancang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran

yang berkesan, anda perlu cekap memilih strategi yang bersesuaian dengan suasana pembelajaran. Oleh itu,

anda haruslah mempunyai pengetahuan tentang pelbagai pendekatan bagi merancang strategi pengajaran dan

pembelajaran yang menarik dan kondusif bagi mencapai objektif yang hendak dicapai. 

Di antara strategi-strategi yang boleh anda gunakan adalah seperti berikut: 

26

Page 27: Modul Seni 4

Rajah 2.2

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001)

Sudahkah anda dapat buku yang diterbitkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum? Adakah anda sedang

berkongsi salinan buku-buku tersebut bersama rakan anda? 

Anda telah mempelajari strategi-strategi ini dalam ilmu pendidikan dan mata pelajaran major anda. Kita akan

lihat bagaimana strategi ini digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV).

Pada akhir sub topik ini anda seharusnya dapat:

i. mengenali dan menjelaskan strategi-strategi P&P PSV KBSR remaja;

ii. membanding bezakan setiap satu strategi;

iii. menunjukkan proses pelaksanaan strategi P&P dengan contoh aktiviti pembelajaran Pendidikan Seni

Visual; dan

iv. mengaplikasi strategi di dalam perancangan P&P PSV KBSR.

2.2.2 Konstruktivisme

27

Page 28: Modul Seni 4

a. Pengertian

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep

secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. 

Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia

ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka membentuk peraturan melalui refleksi tentang

interaksi mereka dengan objek dan idea. 

Pembelajaran secara Konstruktivisme menggalakkan pelajar mencipta penyelesaian mereka sendiri

bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada kognitivisme dan seterusnya

konstruktivisme. 

Pembelajaran ini menggalakkan pelajar mencari idea, buat kajian, yakin diri dan dapat berinteraksi

dan proses inkuiri akan terhasil.

Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara Konstruktivisme. 

Imbas kembali tajuk ini yang anda pelajarai dalam ilmu Pendidikan dan Major anda berkenaan

dengan perkara berikut:

o huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh McBien & Brandt, (1997), Briner. M,

(1999), dan Brooks & Brooks (1993);

o ciri pembelajaran secara konstruktivisme;

o kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme;

o peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis; dan

o perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme.

Cuba anda sediakan isi penting untuk perkara tersebut:

Kita akan membincangkan contoh bagaimana strategi ini boleh dilaksanakan dalam P&P PSV. Terlebih dahulu,

mari kita mengenalpasti ciri-ciri konstruktivisme semasa kita aplikasikan 4 aspek utama organisasi kandungan

menggunakan model pelajaran Chapman. (rujuk sub topik 2.1.6 Organisasi Rekaan) 

(i) pemerhatian 

28

Page 29: Modul Seni 4

(ii) penerokaan

(iii) penghasilan (pembuatan)

(iv) apresiasi dan perlanjutan

Dalam rajah A dan B, perhatikan senarai perkara berikut:

A. Perkara yang diberi perhatian dalam pelaksanaan strategi model pelajaran Chapman (rujuk sub

topik 2.1.6).

B. Perkara yang diberi perhatian dalam strategi konstrutivisme. 

Bolehkah anda meneroka dan tambah pada senarai itu? 

Rajah A Rajah B

Aspek Pemerhatian

o melibatkan sensitiviti deria

o pengetahuan sedia ada murid

o benda yang konkrit

o minat, kecenderongan dan latar belakang

murid

o bahan, bunyi, pergerakan dan aksi

o mencetus idea dan imaginasi

o pengetahuan sedia ada

o membina pengetahuan baru

o interaksi dengan objek dan idea

o mencari idea, buat kajian

o berinteraksi dengan bahan dan idea

o proses inkuiri

o refleksi tentang interaksi mereka dengan objek

dan idea

Aspek Penerokaan

o ………….

o cuba-mencuba, suaikenal dengan bahan

o penemuan oleh murid sendiri, uji menguji

o mencari alternatif, variasi dan kemungkinan

lain

o aktif melibatkan pelbagai kecergasan

Aspek Penghasilan/Membuat:

o penggunaan alat bahan dan teknik

o ………….

o penyampaian kandungan subjek, idea, hal benda

dengan bentuk hasil

29

Page 30: Modul Seni 4

Aspek Apresiasi

o ………..

o perasaan, penghargaan dan refleksi diri

o tindakan susulan

o ………..

Cuba anda catatkan perkara yang menunjukkan bahawa pelajar:

o tidak menerima pengetahuan secara pasif dari guru tetapi dapat membina pengetahuan baru

dari pengetahuan sedia ada.

o menyesuaikan dan menguji pengetahuan baru dengan pengetahuan sedia ada interaksi yang

aktif dengan bahan dan objek yang ada dalam pengetahuan sedia ada.

o menginterpretasi apa yang mereka lihat supaya secocok dengan apa yang mereka telah bentuk

supaya dapat menerangkan maklumat baru.

o membentuk peraturan melalui refleksi terhadap interaksi dan ujikaji yang dialami.

ACTIVITY

Adakah anda juga sentiasa membina pengetahuan baru secara ini? Cuba berkongsi pengalaman anda dengan

rakan anda.

Adakah anda boleh jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar topik ini untuk belajar topik-topik

seterusnya?

Rumusan 

Kita akan mengingat kembali bahawa pendekatan konstruktivisme mengajar kita untuk menyusun satu

tanggapan dan konsep serta pengetahuan baru jika dirancang dan disusun dengan teliti. Ini sesuai dengan

pandangan Hilda Taba bahawa kerja yang dilakukan sendiri akan menguatkan Struktur Minda manusia. Struktur

berkait dengan Kognitif, Ingatan dan Luahan Semula (‘Memory and Retention’), Pemikiran Bercapah,

Pemikiran Bertumpu dan Penilaian

30

Page 31: Modul Seni 4

2.2.3 Teori Kecerdasan Pelbagai

a. Pengertian

Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983). Dalam kajiannya

Howard Gardner mendapati ‘seven ways of knowing, perceiving and understanding life’. Beliau telah

membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan istimewa, juga

kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa.

Teori Kecerdasan Pelbagai berperanan sebagai penjana kecerdasan serta mendefinisi konsep

kecerdasan yang relevan dalam pendidikan hari ini. Ianya dirumuskan sebagai:

o kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar;

o kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan; dan

o kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai dalam

lingkungan sesuatu budaya.

31

Page 32: Modul Seni 4

Rajah 2.3 Rujukan: PPK,

Kementerian Pendidikan Malaysia

(2001), Aplikasi Kecerdasan

Pelbagai dalam Pengajaran dan

Pembelajaran  

ACTIVITY

Murid meniru aksi pekerja menyusun bata di atas tembuk yang tinggi dan yang rendah..

Murid menggayakan aksi seperti sedang memandu kenderaan.

Murid meniru bunyi kenderaan bergerak.

Murid menggayakan aksi seperti sedang berjalan dalam air banjir.

Murid meniru muzik dalam iklan.

Murid menyebut ejaan untuk nama objek.

Murid membandingkan panjang objek dengan panjang jarinya.

Murid membilang bulatan yang telah dilukis.

Dua orang murid bersama-sama menggayakan pergerakan diri di atas jongkang-jongkit.

Untuk setiap contoh di atas, cuba anda catatkan kecerdasan yang terlibat. Terangkan bagaimana

contoh itu boleh digunakan dalam pelajaran dalam PSV. Kelaskan pengetahuan, kemahiran dan

nilai (PKN) itu.

Rumusan 

Kesemua lapan kecerdasan dimiliki oleh semua individu tetapi tahapnya adalah berbeza. Oleh sebab itu, sebagai

guru, anda boleh memupuk kecerdasan tersebut dalam diri anda dan juga dalam pelajar-pelajar anda.

ACTIVITY

Ingat! Anda patut cabut isi penting dan kemudian dapatkan contoh sedia ada PSV dari sekolah. Teliti dan pilih

contoh mengikut bidang kegiatan. Kenal pasti bagaimana isi penting boleh dikaitkan dengan contoh. Kongsi

pengalaman anda bersama guru, rakan dan tutor.

2.2.4 Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT)

32

Page 33: Modul Seni 4

Sumber:  http://www.childrenhospitalschool.leicester.sch.uk

a. Pengertian

Teknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT mestilah dilihat sebagai satu alat tambahan kepada

Pengajaran dan Pembelajaran atau Teknologi Pengajaran yang berkesan berbantukan penggunaan

ICT. 

Penggunaan ICT dalam seni mampu menghasilkan kerja seni yang diberi nilai tambah, bermutu dalam

komunikasi visual dan bukan dilihat sebagai alat untuk menggantikan penggunaan media. 

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Penggunaan Teknologi dan Komunikasi

(ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. 

b. Rumusan 

Dalam Pendidikan Seni Visual, ICT merujuk kepasa kemampuan teknologi itu sendiri. Ia berfungsi

sebagai satu alat kemahiran yang memberi sokongan kepada pelajar, guru, panitia serta organisasi sekolah

bagi menyempurnakan tugas serta kewajipan yang ada kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran serta

salah satu kaedah melaksanakan kegiatan Seni Visual yang terancang dan menarik.

2.2.5 Pembelajaran Akses Kendiri (PAK)

a. Pengertian

Pembelajari Akses Kendiri (PAK) adalah satu pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran yang

memusatkan kepada pelajar. 

33

Page 34: Modul Seni 4

Pelajar belajar sendiri dengan menggunakan akses di bawah pengawasan dan bimbingan anda sebagai

guru. Anda perlu menyediakan aktiviti pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan keperluan

pelajar. Pembelajaran ini lebih fleksibel, tanpa tekanan dan pelajar dapat belajar secara persendirian

atau kumpulan mengikut kadar kemampuan pelajar. Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan

Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri 

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Akses Kendiri

b. Rumusan 

Untuk mempastikan keberkesanan program PAK, anda perlu sentiasa mempertingkatkan kualiti dan

mempelbagaikan bahan untuk menarik minat pelajar menggunakan bahan-bahan di pusat PAK. Anda,

sebagai guru, mesti memastikan bahan di pusat PAK adalah mencabar dan menarik untuk ketekalan

penggunaan pusat PAK.

2.2.6 Pembelajaran Masteri

a. Pengertian

Pembelajaran Masteri adalah pendekatan dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan

pelajar; iaitu memastikan pelajar faham apa yang diajar dahulu sebelum berpindah ke unit yang baru.

Sekiranya pelajar belum faham, aktiviti pemulihan diperlukan. Pelajar yang sudah memahaminya,

diteruskan dengan aktiviti pengayaan. Hasil pembelajaran perlu ditentukan, aktiviti pengajaran perlu

menarik, keupayaan pelajar dinilai semasa aktiviti pembelajaran.

Rujukan : PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran Masteri

b. Rumusan 

Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi

memastikan semua pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit

pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan

peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

2.2.7 Kajian Masa Depan

a. Pengertian

34

Page 35: Modul Seni 4

Kajian Masa Depan dapat menyedarkan dan merangsang minda berfikir apa yang akan berlaku

berdasarkan ramalan, imaginasi dan kreativiti yang didasarkan kepada sejarah. 

Untuk mencapainya pelajar diajar berfikir untuk meramal yang didasarkan kepada nilai positif.

Rajah 2.5 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),

Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan

b. Rumusan 

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan satu cara untuk memperolehi gambaran

tentang masa depan dengan mengkaji sejarah atau apa yang telah berlaku dan sedang berlaku.

Seterusnya membuat pertimbangan tentang apa yang akan berlaku.

2.2.8 Pembelajaran Secara Kontekstual

a. Pengertian

35

Page 36: Modul Seni 4

Pembelajaran Secara Kontekstual adalah kaedah pembelajaran yang mengabungkan isi kandungan

dengan pengalaman individu dan masyarakat dalam kehidupan harian. 

Ia menyediakan pembelajaran secara konkrik yang melibatkan aktiviti ‘hands on’ dan ‘mind on’.

Rajah 2.6 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),

Pembelajarn secara kontekstual.

b. Rumusan 

Mengikut teori Pembelajaran Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar dapat

memproses maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada mereka. Minda

seseorang akan cuba mencari makna dalam konteks dengan membuat hubungkait yang bermakna dan

36

Page 37: Modul Seni 4

relevan dengan persekitarannya. Teori Pembelajaran Kontekstual menumpukan kepada kepelbagaian

aspek persekitaran pembelajaran sama ada di bilik darjah, makmal, tempat kerja atau kehidupan. Teori ini

menggalakkan pendidikan memilik atau mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangkumi

pelbagai pengalaman sama ada dalam konteks sosial, budaya, fizikal atau psikologi untuk mendapatkan

hasil pembelajaran yang dihasratkan.

2.2.9 Pembelajaran Secara Kontekstual

a. Pengertian

Kemahiran berfikir merupakan proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman

terhadap sesuatu serta dapat menyelesaikan masalah. 

Kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua iaitu kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran

berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir secara kritis adalah kebolehan untuk menilai

kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Manakala kemahiran berfikir secara kreatif

kebolehan kita mencerna dan menghasilkan idea asli yang bersifat generatif.

37

Page 38: Modul Seni 4

Rajah 27 Rujukan: PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001),

Kemahiran berfikir Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.

b. Rumusan 

Kemahiran berfikir dapat dirumuskan sebagai satu proses menggunakan minda sama ada untuk

mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau

menyelesaikan masalah.

c. Refleksi

Adakah anda dapat jimatkan masa dengan menggunakan cara belajar seperti yang dicadangkan dalam

bahagian Konstruktivisme untuk belajar topic-topik tersebut? Mengapa? Bagaimana? Apakah

tindakan susulan anda? Adakah cadangan itu membantu meningkatkan keberkesanan belajar anda?

Mengapa? Bagaimana? Apakah tindakan susulan anda?

2.3 PENGUJIAN DAN PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL KBSR

38

Page 39: Modul Seni 4

2.3.1 Konsep Pengujian dan Penilaian

Pengujian bermaksud “memperoleh maklumat dengan cara yang objektif dan bersistem”. 

Misalnya, anda meminta murid-murid anda mengisi maklumat peribadi untuk melihat minat atau hobi serta

kebolehan murid-murid anda. Dengan cara yang sedemikian mudahlah anda untuk mengkategorikan pelbagai

minat dan kebolehan pelajar melalui rekod peribadi murid. 

Pengujian biasanya melibatkan pengukuran. Pengukuran tidak semestinya melibatkan maklumat dalam bentuk

nombor. Walau bagaimanapun, dalam bilik darjah, pengukuran biasanya melibatkan pemberian markah kepada

maklumat yang diperoleh. Menurut Stevens (1951) pengukuran ialah pemberian angka kepada objek atau

peristiwa mengikut kriteria tertentu dengan menggunakan satu skala yang ditetapkan. Tegasnya pengukuran

merupakan cara menggunakan nombor untuk mewakili maklumat yang diperoleh dengan ringkas dan mudah. 

Pentingnya dalam pengujian dan pengukuran bahawa maklumat yang diperoleh itu benar atau sah. Pengguna

ujian hendaklah menentukan jenis maklumat yang diperlukannya. Tugas penggubal ujian ialah untuk

membekalkan ujian yang dapat memberikan maklumat yang diperlukan itu. Jadi, pertama sekali, seorang guru

Pendidikan Seni haruslah jelas akan tujuan menguji dalam bilik darjah. Tugas kedua ialah untuk mendapat suatu

ujian yang dapat memenuhi kriteria pelajar dari kemahirannya. 

Penilaian boleh ditakrifkan sebagai proses memperoleh maklumat secara bersistem dalam usaha membuat

keputusan tentang tindakan susulan yang wajar. Jadi tugas menilai merangkumi tugas menguji dan mengukur.

Anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual perlu menguji dan mengukur kemahiran pelajar sebelum anda dapat

membuat penilaian. Secara mudahnya, pengujian akan menjadi asas yang terawal, diikuti dengan pengukuran

dan akhirnya penilaian. Penilaian merupakan aspek yang terpenting dalam sesuatu pengukuran. Terserahlah

kepada anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual untuk membuat tafsiran penilaian anda. Ia boleh ditafsir

dalam bentuk markah, gred, prestasi dan kriteria lain asalkan menepati sasaran dan tujuan penilaian.

(a) Tujuan Pengujian dalam Pendidikan Seni Visual 

Tujuan pengujian dalam Pendidikan Seni Visual adalah untuk:

i. memperoleh maklum balas tentang proses pengajaran dan pembelajaran;

ii. memasukkan murid dalam kumpulan tertentu mengikut kriteria yang sesuai bagi sesuatu tujuan

termasuk mewakili sekolah untuk pertandingan Pendidikan Seni Visual;

iii. memilih murid untuk tugas tertentu;

iv. mengkategorikan murid-murid;

v. menggerakkan atau memotivasikan pembelajaran; dan

vi. menyelidik atau menyiasat pembelajaran dan pembelajaran di kalangan

39

Page 40: Modul Seni 4

2.3.2 Penilaian Formatif dan Sumatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian yang mengukur kemajuan murid, iaitu ujian yang dijalankan

dalam bilik darjah dari masa ke semasa untuk mengenalpasti kejayaan dan kegagalan pelajar. Penilaian ini

merujuk kepada sesi soal jawab yang dikendalikan dalam bilik darjah, kuiz, lembaran kerja seni, menggambar,

mencorak, membentuk binaan dan kraf. Cara pengujian ini tidak formal. Namun begitu ujian formatif ini boleh

dilakukan secara formal, biasanya di dalam bentuk ujian bulanan. Maklumat yang diperolehi akan membantu

guru menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran terutama sekali aktiviti pemulihan pelajar lemah. 

Penilaian sumatif merupakan penilaian yang dijalankan pada akhir tahun sesuatu kursus bagi tujuan

menggred. Antara contoh penilaian sumatif ialah Peperiksaan semester-semester di universiti-universiti atau

institusi pengajian, UPSR, PMR, SPM dan STPM. 

2.3.3 Penilaian Berasaskan Sekolah

Penilaian ini berkait rapat dengan strategi pengajaran dan pembelajaran. Penilaian ini menunjukkan reaksi

pelajar yang membawa kepada pencapaian untuk mencapai matlamat yang disasarkan dalam KBSR. Alat-alat

dan bahan-bahan ujian dibina oleh sekumpulan guru di sesuatu daerah dengan bimbingan pegawai Jabatan

Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah. Dalam sebutan yang lain, penilaian berasaskan sekolah (PKBS)

ini diselaras secara berpusat. Sekaligus pencapaian yang disasarkan akan menjurus kepada matlamat dan

objektifnya. Proses pemusatan mengikut daerah ini mengambil kira kesesuaian atau keserasian keperluan pelajar

disamping aras pemikiran pelajar. Penekanan terhadap perkembangan domain kognitif, afektif dan psikomotor

dapat diimplementasi dengan terancang. 

PKBS dikendali melalui tiga cara iaitu:

pemerhatian,

lisan,

bertulis dan amali.

Penilaian PKBS dikendalikan secara formatif dan sumatif. Apapun jenis penilaian yang akan dikendalikan,

penekanan pembinaan individu murid dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) menjadi pilihan

utamanya. Akhir penilaian PKBS ini akan dapat merumus kekuatan dan kelemahan murid dari segi kognitif,

afektif dan psikomotor. Apakah tindakan seterusnya? Kajian tindakan untuk meminimakan kelemahan pelajar

dilakukan dan di atasi untuk proses peningkatan dari masa ke semasa. Penilaian PKBS Pendidikan Seni Visual

menekankan kaedah pemerhatian bagi tujuan penilaian afektif dan pentaksiran hasil kerja bagi menilaian

kognitif dan psikomotor. 

2.3.4 Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS

Peranan Guru Pendidikan Seni Dalam PKBS adalah untuk:

40

Page 41: Modul Seni 4

i. mengemaskini maklumat pelajar dalam pencapaian Pendidikan Seni Visual sepanjang persekolahan

sehingga tahun enam;

ii. membuat laporan pencapaian untuk tindakan susulan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual;

iii. memperinci maklumat pencapaian aspek kognitif, afektif dan psikomotor;

iv. memastikan alat dan bahan untuk penilaian PKBS diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah dan

Pejabat Pelajaran Negeri;

v. meneruskan penilaian bulanan, semester dan memenuhi keperluan rekod profil dan rekod prestasi;

vi. melakukan penilaian secara formal dan tidak formal; dan

vii. menggunakan penilaian formatif yang dikumpulkan untuk menghasilkan penilaian sumatif pada jangka

panjang.

2.3.5 Penilaian Portfolio

Zaman / Abad Tokoh-tokoh Media yang

Digunakan

Hal Benda yang Dipaparkan

Zaman Yunani Polygnotos

Protogenes

Zeuxis

Apelles

fresko

mozek

adat istiadat

agama

Zaman ‘Renaissance’

(abad ke-14 - abad

ke-16)

Leonardo Da

Vinci

Albrecht Durer

 

fresko

cat tempera

cat minyak

cat air

kitab suci

agama Kristian

potret

peperangan

(abad ke-19 - abad

ke- 20) Gaya baru:

abstrak dan semi

abstrak

Paul Cezanne

Vincent Van

Gough

Henri Matisse

Pablo Picasso

Salvador Dali

Jackson Pollock

Roy Lichtenstein

Victor de

Vasarely

Carl Andre

Has Haacke

 

cat minyak

cat enamel

cat

aluminium

cat

campuran

 

alam benda

pemandangan

lanskap

kegiatan manusia

konsep karyaan secara

tidak diduga melalui

eksperimen

41

Page 42: Modul Seni 4

Portfolio merupakan himpunan atau koleksi hasil kerja pelajar, maklumat pelajar, pengetahuan pelajar, intelek

dan kebolehan menyelesaikan masalah pelajar. 

Bahan portfolio pelajar menggambarkan amalan pelajar, proses pembelajarannya serta sikap dan nilai terhadap

kerja. Penilaian portfolio merupakan satu cara atau kaedah menilai pelajar secara bersistem, menggambarkan

penguasaan kemahiran dalam konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). 

Penilaian berportfolio ini telah dilaksanakan di sebahagian besar negara-negara Eropah termasuk Amerika

Syarikat. Satu projek di Universiti Stanford menunjukkan bahawa porfolio ini membawa kesan yang amat

memberangsangkan untuk menilai pelajar. Penilaian yang demikian dianggap amat adil dan memperuntuk masa

yang mencukupi kepada pelajar untuk menyiapkannya. Di Malaysia, penilaian portfolio ini diperkenalkan di

maktab-maktab perguruan untuk menilai guru pelatih. Penilaian berportfolio ini amat wajar untuk

diimplimentasi di sekolah-sekolah kerana amat relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang

menekankan konsep JERI seperti yang disebut di atas. 

Portfolio merupakan satu bekas atau fail yang diisi dengan berbagai-bagai jenis dokumen, sketsa, penjanaan

idea, pemeraman idea secara lakaran atau illustrasi, nota-nota dan refleksi pembelajaran. Menurut Paulson dan

Meyer (1991), portfolio ialah satu koleksi bahan terpilih yang dapat menunjukkan daya usaha, kemajuan dan

pencapaian seseorang pelajar dalam satu atau lebih bidang pelajaran. 

Portfolio dalam Pendidikan Seni Visual menampilkan beberapa ciri yang tertentu. Ia merupakan satu fail kerja

yang dibina secara berterusan dan beransur-ansur mengikut keperluan semasa dalam proses pembelajaran.

Koleksi perkembangan pembelajaran pelajar dirancang secara bersistem dengan menunjukkan adanya rujukan

buku dan tokoh seni. Akhirnya, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual yang menilai portfolio pelajar akan

dapat melihat usahanya, kemajuan pembelajaranya dan pencapaian secara menyeluruh dan pencapaian spesifik. 

RUMUSAN

Anda seharusnya telah mengenal dan memahami secara mendalam isi kandungan sukatan pelajaran KBSR

Pendidikan Seni visual bagi tujuan persediaan menyusun atur perancangan pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni Visual sekolah rendah. Secara sekuennya, empat bidang yang terdiri daripada menggambar,

membuat rekaan dan corak, membina dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional perlu diatur susunan

perancangannya sehingga tamatnya satu tahun pengajaran dapat diagih secara saksama dan seimbang. Bagi

setiap topik pengajaran, pilih strategi yang sesuai dalam pengajaran pembelajaran dan beberapa strategi

mungkin akan diapilkasikan dalam satu topik selagi mana keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan. Akhirnya buat penilaian. Anda boleh memilih penilaian secara formatif atau sumatif . Apa pun

penilaian yang anda lakukan, objektifnya ialah untuk mengukur keupayaan murid dan guru dalam pengajaran

dan pembelajaran tadi.

42

Page 43: Modul Seni 4

GLOSARI

Alternatif — Pilihan

Analogi — Persamaan

Apresiasi — Penghargaan 

Behaviorisme — Fahaman dari teori tingkah laku

Hipotesis — Andaian

Inferens — Kesimpulan

Imaginasi — Kerangka idea 

Kendiri — Kenali diri 

Kognitivisme — Fahaman dari teori pemikiran 

Konstruktivisme — Pengukuhan, pembinaan konsep 

Manipulasi — Mengendali dengan cekap

Variasi — Pelbagai 

UJIAN 1

Berdasarkan maklumat yang anda perolehi daripada modul ini, beri contoh aktiviti P&P yang menggunakan 2

strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk satu bidang kegiatan. Jelaskan jenis kegiatan dan

kandungan yang anda pilih.

UJIAN 2

Cuba laksanakan aktiviti dalam Ujian 1 di atas di bilik darjah. Apakah perasaan anda? Buatlah perbandingan

kelebihan dan kelemahan penggunaan strategi P&P dalam bentuk pengurusan grafik. 

Tahniah! Anda telah berjaya melaksanakan aktiviti yang menggunakan strategi P&P dalam bilik darjah. Anda

43

Page 44: Modul Seni 4

juga telah berjaya membuat refleksi pengajaran. Sila kumpulkan semua hasilan kerja untuk dibincang bersama

semasa pertemuan tutorial. 

TOPIK 3 BIDANG KEGIATAN MENGGAMBAR

PENGENALAN

Tahukah anda apa itu menggambar? Apakah yang anda bayangkan apabila mendengar perkataan

‘menggambar’? Adakah ia bermaksud mengambil gambar dengan menggunakan kamera? Menggambar itu

bermaksud untuk membuat atau menghasilkan gambar. Mari kita tinjau dengan lebih lanjut dalam topik ini. 

Menggambar adalah salah satu daripada empat bidang kegiatan yang terdapat dalam Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual KBSR. Sub tajuk ini disediakan untuk membina pengetahuan dan kemahiran

menggambar melalui penggunaan pelbagai alat, olahan bahan dan jenis aktiviti menggambar. Melalui asas-asas

menggambar, anda seharusnya dapat menghasilkan pelbagai jenis aktiviti menggambar. Sub tajuk ini juga

disediakan untuk anda memperolehi pengetahuan dan kemahiran mengenai media, proses dan teknik

menggambar. 

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan asas-asas menggambar

2. mengenalpasti berbagai  jenis aktiviti menggambar; dan

3. menghasilkan lima jenis hasil menggambar yang menggunakan pelbagai alat, bahan, teknik dan proses.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

44

Page 45: Modul Seni 4

 

3.1 ASAS – ASAS MENGGAMBAR

ACTIVITY

Cuba anda perhatikan rajah-rajah di bawah ini:

45

Page 46: Modul Seni 4

Bincangkan perbezaan Rajah P dan Rajah Q.

Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek

atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga

atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek,

pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.

 

Rajah 3.2 Sumber: http://www.mikepizzuto.com/past_art_r.htm

Di sekolah rendah kandungan subjek atau hal benda itu boleh disesuaikan dengan pengalaman sedia ada kanak-

kanak dan pengalaman belajar kanak-kanak dalam pengajaran dan pembelajaran untuk merangsangkan dan

meningkatkan pembelajaran. 

Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan

gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri. Ini membantu perkembangan kanak-kanak dari aspek

psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi kanak-kanak. 

Semasa menggambar, kanak-kanak dapat mengalami pengalaman langsung dengan derianya mengenai subjek

atau hal benda yang digambarkan. Ini membantunya dalam memahami sesuatu idea dan menghubungkaitkan

antara satu idea dengan idea yang lain atau dengan pengetahuan dalam berbagai mata pelajaran. Kanak-kanak

dapat membina idea baru dari benda konkrit. 

46

Page 47: Modul Seni 4

Aktiviti menggambar mudah direka bentuk supaya sesuai dengan perkembangan fizikal, mental, sosial, emosi,

intelek dan estetik. Penyampaian kandungan subjek atau hal banda melalui berbagai alat, bahan, teknik dan cara

pengolahan membuka peluang untuk kanak-kanak membuat hubungkaitan yang bermakna, mengembangkan

imaginasi, fantasi, kreativiti dan ekspresi diri kanak-kanak. Kita akan membincangkan ini dengan lebih lanjut

dalam topik-topik kemudian nanti.

3.2 ALAT DAN BAHAN

ACTIVITY

Apakah alat dan bahan yang boleh digunakan untuk kegiatan menggambar? Cuba anda senaraikan alat dan

bahan yang pernah anda gunakan untuk menggambar. 

Anda boleh menggunakan pelbagai alat dan bahan untuk menggambar. Contohnya ialah seperti pensel, pensel

warna, cat air, cat poster, pen, lilin, pastel, krayon, kertas warna, gam, gunting, bahan-bahan kutipan dan berus. 

Media untuk menggambar terdiri daripada dua jenis – media kering dan media basah. Contoh media kering

adalah seperti pensel, pen, pensel warna, krayon, arang lilin dan ‘comte’. Media basah terdiri daripada cat air,

cat poster, cat minyak dan cat akrilik. 

 

Rajah 3.3

Permukaan untuk catan adalah seperti kertas, kad, papan, tikar, kanvas dan lain-lain lagi. Alat-alatan dan

perkakas lain adalah seperti palet, kain pengelap, bekas berus, ‘easel’ atau kekuda dan alat ‘masking’.

47

Page 48: Modul Seni 4

3.3 TEKNIK-TEKNIK MENGGAMBAR

Terdapat berbagai-bagai jenis teknik menggambar. Antaranya adalah seperti yang berikut: 

a. Lukisan

b. Catan

c. Kolaj

d. Montaj

e. Cetakan

f. Resis

g. Gosokan

h. Stensilan

i. Percikan

j. Gurisan

k. Capan

l. Mozek

a. Teknik Lukisan

Kita telah terangkan mengenai lukisan dan teknik lukisan di subjek 1.1

b. Teknik Catan

 

Rajah 3.4 : Contoh karya catan 

Sumber: http://202.71.102.238/~artgall/html/saksi.html

Apabila seseorang mengecat, hasilnya ialah catan. Teknik catan ialah cara menghasilkan karya

dengan menggunakan bahan mengecat seperti cat air, cat poster, cat emulsi, cat gloss dan lain-lain

lagi. Berbagai jenis berus atau alat improvisasi lain boleh digunakan untuk menyapukan bahan cat di

atas sesuatu permukaan. Selalunya, sapuan cat akan menonjolkan karya dan memberi berbagai kesan

kepada kandungan dan penyampaian gambar. 

48

Page 49: Modul Seni 4

ACTIVITI

Cuba and dapatkan contoh-contoh seperti yang dihasilkan oleh tiga orang berikut:

a. Ali menggunakan berus ‘Bristle’ untuk menempelkan cat yang tebal dan pekat di atas

kertas dengan pergerakan tangan yang cepat dan stroke pendek yang berulang-ulangan.

Jalinan yang kasar dan gagah dihasilkan.

b. Ahmad menggunakan berus basuhan untuk menyapukan warna lutsinar lapis demi lapis

selepas warna kering. Kesan lutsinar dan separuh lutsinar dihasilkan.

c. Aini mengecatkan warna secara tidak bercampur. Warna yang berlainan dicatkan secara

titik bertitik bersebelahan satu sama lain. Hasilnya terdapat kesan warna pecahan.

Jenis berus dan cara memanipulasikan berus itu boleh memainkan peranan penting kepada si

pelukis dan kesan hasil gambarnya. 

ACTIVITI

Cuba anda cari apakah jenis berus yang dicadangkan oleh para pendidikan seni seperti Viktor Lowenfeld kepada

kanak-kanak prasekolah, tahap 1 dan 2? Mengapa?

c. Teknik Kolaj

 

Rajah 3.5 : Contoh karya kolaj 

Sumber: http://www.nitaleland.com/project/magazine.collageproct.htm

Teknik kolaj ialah cara menghasilkan karya dengan menggunakan tampalan dari gubahan bahan-

bahan seperti berbagai jenis kertas, bahan buatan manusia dan bahan alam semulajadi ke atas sesuatu

49

Page 50: Modul Seni 4

permukaan seperti kertas atau plastik atau papan secara bebas dan boleh bertindih. Selalunya bahan

yang berlainan sifat atau jalinan dapat memberi berbagai kesan kepada kandungan dan penyampaian

gambar. 

ACTIVITI

Cuba anda dapatkan contoh-contoh seperti yang berikut:

a. Lalita menyusun dan menampal lidi yang sama panjang dan sama arah untuk

menggambarkan dinding rumah. Beliau menyusun dan menampal lidi yang panjang dan

pendek untuk menggambarkan rupa bentuk segitiga bumbung rumah.

b. Ali menampalkan kapas yang bersifat lembut dan putih untuk menggambarkan awan.

Kertas plastik yang lutsinar digunting berlengkong dan ditampal untuk menggambarkan air

sungai.

c. Swee Eng mengoyakkan dan menampalkan span pencuci periuk yang berwarna hijau untuk

menggambarkan rumput.

Ketiga-tiga orang itu telah menghubungkaitkan ciri bahan dengan ciri benda. Membuat

hubungkaitan adalah kemahiran berfikir. Mereka perlu membuat perbandingan, membuat

pilihan dan membuat keputusan bahan apa patut digunakan untuk benda apa. Mereka

membandingkan rupa bentuk, warna, sifat benda dan jalinan. 

d. Teknik Cetakan

50

Page 51: Modul Seni 4

Rajah 3.6 : Contoh cetakan

Sumber: http://www.icr.com.au/~danaj/printing.jpg

Teknik cetakan ialah cara menghasilkan karya dengan mencetak. Pada asasnya cetakan menggunakan

sifat timbul dan tenggelam pada sesuatu blok atau skrin. Terdapat berbagai-bagai jenis cara cetakan.

Pelbagai media dan bahan cetakan boleh digunakan. Untuk jenis cetakan blok, imej pada blok cetakan

disediakan dan warna atau dakwat cetakan dicetak ke atas permukaan kertas. Contoh bahan cetakan

lain adalah seperti cetakan lino, ‘strawboard’ dan ‘polyfoam’. Gambar boleh diukir di permukaan

lino, papan ‘strawboard’ atau ‘polyfoam’. Kemudian, bahan warna disapukan di atas permukaan dan

dicetak atas kertas. Polyfoam adalah bahan yang mudah diukir. Cara gambar diukir dan sifat bahan

yang diukir itu akan memberi kesan yang berlainan. Misalnya, sifat garisan yang keras akan ketara

pada blok kayu dan sifat jalinan yang bertitik-titik pada ‘polyfoam’.

'polyfoam’ 'linoleum’

Rajah 37 : Bahan cetakan: ‘polyfoam’ dan ‘linoleum’

Sumber: http://www.dickblick.com/categories/block printing/html

51

Page 52: Modul Seni 4

e. Teknik Resis

Rajah 3.8 : Batik

Sumber: http://www.nymfaeum.nl/temp/images/batik.jpg

Teknik resis menggunakan bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain. Contohnya jika anda

menggunakan warna air bersama warna lilin; atau warna air bersama ‘cow gum’. Warna air tidak akan

bercampur dengan warna lilin ataupun ‘cow gum’. Dengan teknik ini, anda boleh menggunakan lilin

cair ataupun pepejal. Lilin boleh digunakan untuk melukis atau memandamkan sesuatu kawasan

permukaan melukis seperti kertas. Warna air boleh disapukan di atasnya. Di kawasan yang tidak

berlilin, warna air akan diserap. Di kawasan yang berlilin, warna air tidak akan diserap. Lilin menolak

warna air itu. Maka terdapat dua kawasan dengan dua jenis kesan. Kadang-kadang titik-titik warna air

sahaja yang tertinggal di atas permukaan lilin dan memberi sesuatu jalinan. Krayon juga boleh

digunakan di peringkat sekolah rendah. Kesan yang lembut atau kasar akan terhasil di sempadan

penemuan lilin atau krayon dan warna air terpulang kepada jenis lilin atau krayon yang digunakan.

Proses membuat batik adalah satu contoh teknik resis. 

52

Page 53: Modul Seni 4

f. Teknik Gosokan

Rajah 3.9 : Teknik gosokan

Sumber:http://sanford_artadventures.com/create/trythistexturerubbing.html

Anda boleh menggunakan krayon dan gosokkannya di atas kertas yang diletak di atas sesuatu

permukaan yang kasar, misalnya atas objek dengan jalinan yang berlainan. Jalinan di atas objek akan

memberi kesan kepada hasil gosokan. Anda boleh memilih berbagai jalinan yang berlainan dan

susunkannya untuk mendapat gambar yang menarik. 

ACTIVITI

Cuba anda dapatkan contoh gambar seperti yang dihasilkan oleh Ali dengan cara berikut:

a. Ali melukis seekor katak. Ali meletakkan kertas di atas kulit pokok. Beliau menggosokan

kawasan badan katak dengan kulit pokok di bawah kertas. Hasilnya jalinan badan ini

berbintik-bintik seperti kulit pokok yang kasar itu.

Dalam aktiviti ini Ali sebenarnya juga menghubungkaitkan dua perkara iaitu kulit katak dan kulit pokok.

Membuat hubungkaitan adalah salah satu daripada kemahiran berfikir. Ali perlu membuat pemerhatian dan

membandingbeza.

53

Page 54: Modul Seni 4

g. Teknik Stensilan

Rajah 3.10 : Alat stensil

Sumbe

r:http://www.janway.com/stencils.html

Rajah 3.11 : Karya stensil

Sumbe

r:http://www.monterosello.it/Corsi/stencil.html

 

Untuk teknik stensil, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya

meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang

diletakan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan

diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang

dihasilkan.

Teknik Percikan

Rajah 3.12 : Karya teknik percikan

Sumber:http://www.apfs.org.uk/apfsresources.php?choice=4

Bahan warna boleh dipercik dari sesuatu alat. Misalnya warna air boleh dipercik dari berus. Hasilnya

ialah jalinan bertitik-titik. Sesuatu objek atau kertas yang berubah bentuk boleh digunakan untuk

menghalang percikan itu ke permukaan kertas. Objek atau kertas berubah bentuk itu boleh diubah

kedudukannya supaya kesan tindihan berlaku apabila warna kedua dipercikan.

 

54

Page 55: Modul Seni 4

Rajah 3.13 : Teknik percikan

Sumber:http://wgby.org/local programs/watercolor/tips/oil paint.html

ACTIVITI

Cuba anda dapatkan berbagai contoh gambar yang dihasilkan dengan teknik percikan.

h. Teknik Gurisan 

 

Rajah 3.14 : Karya teknik gurisan

Sumber:http://www.kidsdomain.com/craft/crayon1.html

Untuk menghasilkan karya dengan teknik gurisan, anda boleh menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk

mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu

dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat

yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastic boleh digunakan untuk menguris pada krayon tebal

55

Page 56: Modul Seni 4

itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai

kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

i. Teknik Capan

 

Rajah 3.15 : Contoh teknik capan menggunakan ubi kentang

Sumber:http://www.funology.com/boredombusters/bb026.htm

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara

untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau cat poster) dan

dicat ke atas sesuatu permukaan. Anda boleh menghasilkan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan

berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semula jadi

(sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

56

Page 57: Modul Seni 4

j. Teknik Mozek

 

Rajah 3.16 : Contoh karya teknik mozek

Sumber:http://www.mosaicart.info/

Teknik mozek ialah cara menghasilkan karya dengan menyusun dan menambah bahan-bahan seperti

kertas warna, plastik, kepingan jubin dan lain-lain ke atas sesuatu permukaan seperti kertas, plastik

dan papan secara tersusun, bersebelahan dan tidak bertindih. Kepingan bahan yang diulang secara

tidak bertindih memberi kesan khas pada mozek yang dihasilkan. Sempadan kepingan bahan yang

ditampal itu memberi jalinan keseluruhan kepada gambar yang dihasilkan.

3.4 PERSEMBAHAN HASIL KARYA

57

Page 58: Modul Seni 4

3.4.1 Ekspresi Diri

 

Rajah 3.17 : Contoh karya teknik mozek

Sumber:http://www.mosaicart.info/

LATIHAN

Perhatikan ciri-ciri yang wujud dalam lukisan dalam kerja menggambar yang anda hasilkan, kemudian jawab

soalan yang berikut:

a. Nyatakan alat dan media yang digunakan dalam menghasilkan gambar tadi.

b. Apakah teknik yang digunakan dalam kerja menggambar yang anda buat tadi?;

c. Bagaimana penggunaan garisan dan ruang mengambil peranan dalam lengkap-melengkapi imej

gambar sehingga terhasilnya gambar yang menarik?

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mengekspresikan diri dengan lebih baik dalam penghasilan karya.

1.   Pilih objek atau susunan objek yang sesuai dan menarik.

2.   Tentukan sudut pandangan, komposisi, perspektif, ton, bentuk dan pencahayaan yang terlibat.

3.   Pilih media yang sesuai dengan pilihan kertas.

4.   Lakarkan garisan datar titik lenyap.

5.   Bahagikan ruang tertentu bagi objek-objek dalam lukisan.

6.   Lukis lakaran kasar objek-objek.

7.   Gunakan teknik yang sesuai untuk menunjukkan kesan cahaya, bentuk dan ruang serta bayang (chiarascuro).

8.   Perincikan bahagian-bahagian objek yang dijadikan fokus supaya membentuk jalinan dan ton yang berkesan.

58

Page 59: Modul Seni 4

3.4.2 Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Pada abad ke-17 dan ke-18, pensel dan arang merupakan media yang amat dominan dan digemari oleh pelukis-

pelukis agung. Manakala dewasa ini pen, berus dan dakwat adalah alat atau bahan yang popular di kalangan

pelukis.

Anda boleh mengikuti panduan berikut untuk mempertingkatkan kemahiran mengaplikasikan alat, bahan dan

teknik dalam penghasilan karya.

1. Anda perlu memahami dan mengetahui alat, bahan dan teknik kerana ia adalah asas yang paling

penting dalam kerja menggambar. Maklumat ini memudahkan proses mengekspresi diri dalam

penghasilan karya.

2. Anda perlu membuat tinjauan, pemerhatian atau melihat kerja melukis oleh tokoh-tokoh kerana ia amat

membantu dalam kerja menggambar.

3. Pastikan anda telah mengeksplorasikan alat dan bahan mengikut teknik yang berkaitan dengan jenis

gambar yang bakal dibuat sebelum menggambar.

4. Anda perlu menguasai kefahaman dalam beberapa kriteria di bawah untuk mendapatkan sentuhan

gambar yang amat menarik dan bermakna:

o asas seni reka;

o perspektif;

o teknik memilih sudut pandangan; dan

o teknik mengukur objek mengikut kadar.

5. Anda perlu menguasai dan mengaplikasikan kemahiran ilusi menggambar untuk mempraktikkan

penguasaan di atas dengan lebih mudah dan berkesan.

6. Anda perlu memilih sudut pandangan serta aspek-aspek pecahan ruang yang sesuai dalam kerja

menggambar.

7. Anda perlu mendapatkan ukuran yang tepat kerana ia menjadi kriteria penting dan menarik dalam kerja

menggambar.

59

Page 60: Modul Seni 4

3.4.3 Apresiasi dalam Bidang Menggambar

Anda boleh bertanyakan soalan-soalan dan mengikuti panduan berikut untuk lebih menghargai sesuatu karya.

1. Apakah hasilan karya yang anda buat yang menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan

dalam 3.4.2?

2. Sejauh manakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam

konteks menggambar?

3. Bagaimanakah penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai

estetika dan etika?

4. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik yang digunakan tepat dan betul berasaskan alat dan

bahan yang diaplikasikan?

5. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimanakah ianya memenuhi hasilan

karya yang berjaya? Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya?

6. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject

matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika

tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya.

7. Adakah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya

ditampilkan?

8. Akhirnya, adakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi

teknik dan konsep? Adakah pelukis ini masih terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang sedia

ada?

RUMUSAN

Menggambar dianggap suatu bidang yang asasi dalam memulakan sesuatu karya samada dalam

mencorak, membentuk dan membuat binaan serta kraf. Mendalami bidang menggambar bermakna juga

bahawa  anda akan mendalami  pelbagai teknik, kaedah, alat dan  bahan yang diperlukan sehingga

terhasilnya gambar. Kehebatan sesuatu karya juga seringkali dikaitkan dengan kebolehan kita merangka

dan melakar sebelum mengaplikasikan kepada objek yang sebenar. Mengetahui secara mendalam bidang

menggambar membolehkan sesorang individu banyak mengekspresikan penemuan-penemuan baru yang

akhirnya dapat menjelmakan banyak hasilan-hasilan menggambar yang menarik.

60

Page 61: Modul Seni 4

GLOSARI

Chiarascuro —  Terang gelap

Comte  —  Kapur lukis

Dominan —  Dikuasai, terbanyak, dimonopoli

Impasto —  Penggunaan warna terus daripada tiub

Lut sinar—  Telus cahaya, bolos cahaya

Mood —  Perasaan si pemerhati/ pembuat

Mozek —  Tampalan empat segi tak kira saiz

Resis —  Kalis air

Stroke —  Sapuan kuas

UJIAN 1

Apresiasi dalam bidang menggambar. Lihat gambar di bawah dan jawab pernyataan-pernyataan yang berikut.

Rajah 3.18:”Aku dan duniaku”. Catan ini menggunkan media cat air menggunakan teknik glazing

61

Page 62: Modul Seni 4

i. Apakah hasilan karya yang dibuat menepati unsur-unsur seni reka seperti yang diterangkan dalam

3.4.2?

ii. Sejauhmanakah unsur-unsur seni reka tadi dapat diselaraskan dengan prinsip-prinsip rekaan dalam

konteks menggambar?

iii. Bagaimana penggunaan alat dan media dapat mewujudkan suasana gambar yang menepati nilai

estetika dan etika?

iv. Kaji dari segi teknik yang dipilih. Adakah teknik tepat dan betul berasaskan alat dan bahan yang

diaplikasikan?

v. Lihat dari segi tema dan konsep. Berdasarkan tajuk karya, bagaimana ianya memenuhi hasilan karya

yang berjaya. Kalau tidak berjaya, apakah saranan anda untuk mempertingkatkan kualitinya.

vi. Rumus dari dapatan secara keseluruhan. Berjayakah pelukis itu menampilkan hal benda (subject

matter) seperti yang ingin diutarakan berdasarkan tema dan konsepnya? Jika ya, beri ulasan. Jika

tidak, beri maklumat sokongan untuk mempertingkatkan lagi kualiti karya.

vii. Adalah pelukis berjaya membawa mesejnya? Dari perhatian anda, sejauh manakah mesej ini berjaya

ditampilkan.

viii. Akhirnya, apakah alat dan bahan yang digunakan itu menggambarkan suatu penemuan baru dari segi

teknik dan konsep? Apakah pelukis ini maseh terikut-ikut gayaan atau stail pelukis-pelukis yang

sedia ada?

TOPIK 4 BIDANG REKAAN DAN CORAK

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan apa itu corak;

2. mengenalpasti 13 jenis susunan corak; dan

3. enjelaskan teknik, alat dan bahan, proses dan hasil sesuatu penghasilan corak.

PENGENALAN

Cuba anda perhatikan benda-benda di sekeliling anda sekarang. Bolehkah anda mengenalpasti apa-apa corak?

Perhatikan dengan teliti kain baju anda, permaidani anda ataupun tali jam tangan anda. Adakah ia satu corak?

62

Page 63: Modul Seni 4

Rajah 4.1: Corak oleh M.C. Escher

Sumbe: http://www.mcescher.com/

Dalam bidang kegiatan ini, anda akan memberi peluang kepada murid anda memahami pelbagai cara untuk

menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga

dipadankan kepada mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

63

Page 64: Modul Seni 4

4.1 APA ITU CORAK?

Garisan dalam Rajah Q menggambarkan seekor arnab. Dalam kegiatan menggambar, kandungan sesuatu subjek

atau hal benda dapat dikenali. Misalnya, kita dapat mengenali apa yang digambar itu ialah kucing atau bunga

atau rumah dan sebagainya. Hasil menggambar menampakkan gubahan gambar seperti objek-objek,

pemandangan, situasi dan lain-lain lagi.

 

Rajah 4.2 M.C. Escher tentang karyanya 

Sumber: http://www.mcescher.com/

Salah satu sebab M.C. Escher, artis grafik Belanda menjadi terkenal adalah kerana kebolehannya menghasilkan

corak yang menarik sekali. Cuba anda perhati dengan teliti kain baju anda. Adakah anda boleh mengecam

struktur susunan ulangan pada cetakan ataupun pada jalinan kain itu? Itulah yang dimaksudkan corak. 

Anda boleh menghasilkan corak melalui pelbagai teknik dan cara seperti yang anda akan perhatikan nanti.

Biasanya corak terdiri daripada motif tertentu yang disusun berulangan. Motif-motif pelbagai bentuk dan rupa

ini boleh diperhatikan di alam sekeliling kita seperti:

alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan;

bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah, paku dan gunting;

geometri seperti bulat, segitiga dan segiempat;

abjad rumi, tulisan jawi, tulisan cina dan tamil serta angka; dan

rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris.

64

Page 65: Modul Seni 4

 

 

4.2 SUSUNAN CORAK

Terdapat pelbagai jenis susunan corak, antaranya adalah:

Penuh

Turun Separa

Berulang

Orgee

Batu-bata

Berpusat

Sendeng

Berombak

Bertindih

Jidar

Bertimbul

Berjalur

Cerminan

65

Page 66: Modul Seni 4

 

Rajah 4.3 Corak Bebas

 

Turun separa Orgee Batu-bata

Rajah 4.4

ACTIVITI

Carilah maklumat lanjut tentang susunan corak yang diberi di atas. Cuba anda cari contoh-contoh corak dan

kelaskan mengikut jenis susunan corak yang diberi.

LAMAN WEB

Untuk maklumat lanjut tentang susunan corak pergilah ke laman web berikut: 

http://www.mmwindowtoart.com/foundations/pattern1.html 

4.3 TEKNIK, ALAT DAN BAHAN, PROSES DAN HASIL (PRODUK)

66

Page 67: Modul Seni 4

Teknik menghasilkan corak terbahagi kepada dua jenis iaitu:

Corak Tidak Terancang Corak Terancang

Anda boleh menghasilkan corak tidak terancang dengan

cara:

Pualaman

Tiupan

Titisan

Ikatan dan celupan

Renjisan dan percikan

Anda boleh menghasilkan corak terancang

dengan cara:

Lukisan

Catan

Cetakan

Capan

Lipatan dan guntingan

Resis

Kolaj

Kaligrafi

(a)  Corak Tidak Terancang

Bi

l

Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil

1 Pualaman Kertas, cat kilat, air dan

besen.

Isikan cat kilat ke dalam air dalam

takungan dan tekapkan kertas.

Mengikut

kreativiti.

2 Tiupan ‘Straw’, warna air dan

kertas katrid.

Sedut warna air dan tiupkan pada

permukaan kertas.

Mengikut

kreativiti.

3 Titisan Lilin, warna dan kertas. Titiskan cairan lilin ke atas kertas untuk

meninggalkan kesan.

Mengikut

kreativiti.

4 Ikatan dan

celupan

Kain, tisu dan warna batik. Ikatkan tisu atau kain dan celup dalam

warna.

Mengikut

kreativiti.

5 Renjisan dan

percikan

Warna air dan kertas

warna.

Renjiskan campuran warna ke atas

kertas.

Mengikut

kreativiti.

67

Page 68: Modul Seni 4

(b) Corak  Terancang

Bil Teknik Alat dan Bahan Proses Hasil

1 Lukisan Warna air dan kertas. Lukis dengan teknik warna air atau

poster.

Mengikut

kreativiti.

2 Catan Cat minyak dan kanvas

atau kertas.

Lukis dengan teknik cat minyak. Mengikut

kreativiti.

3 Cetakan Papan lino dan lino ‘ink’. Lakar dan ukir papan lino. Gelek

dengan warna, lalu pindahkan imej pada

permukaan kertas.

Mengikut

kreativiti.

4 Capan Media alam semulajadi

(bawang, kentang, bender

dll.).

Warnakan permukaan objek dan

cetakkannya di atas kertas.

Mengikut

kreativiti.

5 Lipatan dan

guntingan

Kertas warna dan kertas

lukisan.

Lipat dan guntingkan mengikut corak

yang dikehendaki..

Mengikut

kreativiti.

6 Resis Lilin, air, warna dan

kertas lukisan.

Lakarkan imej pada kertas dengan lilin

dan warnakan.

Mengikut

kreativiti.

7 Kolaj Kertas warna atau bahan

terbuang.

Tampal bahan di atas kertas dan

menjadikannya gubahan imej.

Mengikut

kreativiti.

8 Kaligrafi Kertas warna atau warna

air/poster.

Lukiskan corak bermotifkan huruf dan

warnakan.

Mengikut

kreativiti.

68

Page 69: Modul Seni 4

4.3.1 Contoh-contoh Proses Rekaan Corak

(a)  Teknik Tiupan

 

(b)  Lipatan dan Guntingan

 

69

Page 70: Modul Seni 4

RUMUSAN

Bidang rekaan dan corak ini membolehkan murid anda mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan

kehidupan seharian. Topik ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan

70

Page 71: Modul Seni 4

corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid anda membuat rekaan corak tidak terancang, corak

terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu

proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan

lakonan.

Menerusi kegiatan yang telah anda jalankan, anda patut dapat memahami, mengenalpasti, mengkaji, dan

mengaplikasi kepelbagaian ragam rekaan corak dalam alam, persekitaran, kehidupan serta kegunaanya.

GLOSARI

Eksperimenatsi  —  Percubaan, kaji uji

Eksplorasi —  Penerokaan

Jidar —  Hiasan tepi

Kontemporari —  Masa kini

Kaligrafi—  Seni tulisan

Pualaman  —  Corak bebas dari kesan warna minyak ke atas permukaan air

UJIAN 1

Huraikan:

a. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan?

b. Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah

UJIAN 2

71

Page 72: Modul Seni 4

Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya

dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan

kepelbagaian ragam dan fungsinya.

 

 

 

 

 

Teknik

Alat/bahan

Motif

Susunan motif

Teknik

Alat/bahan

Motif

Susunan motif

TOPIK 5 BIDANG KEGIATAN MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan konsep membentuk dan membuat binaan dalam konteks

penghasilan karya tiga dimensi;

2. membanding beza konsep karya dua dimensi dan tiga dimensi;

3. menjelaskan jenis-jenis karya yang bersifat tiga dimensi untuk pengajaran

dan pembelajaran sekolah rendah KBSR

4. menjelaskan teknik, alat dan bahan di dalam penghasilan tiga dimensi

dalam konteks membina dan membentuk; dan

5. membina dan membentuk karya seni dalam konteks Pendidikan Seni

Visual KBSR seperti yang diterangkan.

72

Page 73: Modul Seni 4

PENGENALAN

Rajah 5.1: Kapal kertas

Sumbe: http://www.tavoosmag.com/photo/470-1.jpg/

Rajah 5.2: Kapal terbang kertas

Sumbe:http://www.pchelp.net/PaperAirplanes/plane3/

Pada zaman kanak-kanak anda dahulu, anda pasti pernah melihat atau bermain dengan kapal ataupun kapal

terbang yang dihasilkan dengan lipatan kertas. Ini merupakan satu jenis kegiatan membentuk yang anda

mungkin pelajari sebelum masuk ke alam persekolahan.

Dalam topik ini, anda akan mengetahui tentang bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan yang murid

anda akan pelajari. Topik ini akan menjelaskan tentang aktiviti-aktiviti membentuk yang ditujukan kepada

pelajar sekolah rendah seperti menghasilkan arca timbul, asemblaj, mobail, stabail, model, diorama, boneka,

topeng dan origami. Disini anda akan lihat bagaimana teknik, alat dan bahan, tema ditentukan dan juga tentang

persembahan hasil kerja.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

73

Page 74: Modul Seni 4

5.1 PENGERTIAN AKTIVITI

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi pelajar terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang,

struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut pelajar dapat memahami dengan lebih jelas bila

mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga

mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang

kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan dan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi 9 aktiviti seperti berikut:

(a)  Arca timbul

(b)  Arca asemblaj

(c)  Arca mobail

(d)  Arca stabail

(e)  Model

(f)  Diorama

(g)  Boneka

(h)  Topeng

74

Page 75: Modul Seni 4

(i)   Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar membuat rujukan kepada objek

sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna.

Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam

pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.

ACTIVITI

Secara teliti dan ilmiah, mengapakah catan dikatakan objek dua dimensi sedangkan arca adalah objek tiga

dimensi?

5.2 ALAT, BAHAN DAN TEKNIK PENGHASILAN

Telitilah bahan, alat, teknik penghasilan dan contoh 9 jenis aktiviti membentuk dan membuat binaan berikut:

a. Timbul

Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan

Peralatan yang Berkaitan

Contoh

Kepingan kayu,

plaster of Paris’,

batu, kayu, plastik,

kertas lumat,

‘papier-mache’ dan

tanah liat. Pahat,

penukul, alat

pengukir, pengikis,

kikir pari, kertas

pasir dll.

Bentuk tiga dimensi

tersembul keluar dari

permukaan dua dimensi

yang rata atau dipahat

keluar yang akhirnya

menonjolkan objek ke

permukaan. Ia boleh di buat

secara:

o acuan

o tampalan

o asemblaj

o binaan

“Still Life With Musical Instruments” oleh Jacques

Lipchitz” (1891-1973) 

Sumber:http://www.jacqueslipchitz.com/art.php

75

Page 76: Modul Seni 4

b. Asemblaj

Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan

Peralatan yang Berkaitan

Contoh

Kayu, logam,

batu , simen,

bongkah-

bongkah, ‘spare-

part’  kenderaan,

bahan kutipan,

besi dan

sebagainya.

Bahagian atau komponen

yang berlainan yang

dicantum dan menjadi satu

kesatuan objek dan menjadi

satu konsep bermakna. 

Teknik hasilan:

o kimpalan

o binaan

o cantuman skru/ paku

o gam

“Bicycle Wheel” oleh Marcel Duchamp (1887–

1968), Perancis.

Sumber:http://www.beatmuseum.org/duchamp

76

Page 77: Modul Seni 4

/bicycle.html

c. Mobail

Bahan / Alat Teknik Penghasilan

dan Peralatan yang

Berkaitan

Contoh

Besi, dawai,

kertas, tali-

temali, kepingan

logam dan

kadbod.

Bahagian-bahagian

dicantum untuk

membentuk satu

kesatuan. Digantung

untuk menjadikan objek

bergerak, berputar atau

berombak. 

Teknik yang digunakan:

o kimpalan

o gam

o skru

o ikatan

“Horizontal Spines” oleh Alexander Calder, 1942

Sumber:http://purecontemporary.blogs.com/behind_

77

Page 78: Modul Seni 4

the_curtains /art_accessories/index.html

d. Stabail

Bahan / Alat Teknik Penghasilan

dan Peralatan yang

Berkaitan

Contoh

Simen, kepingan

logam, plastik, ‘spare-

parts’ kenderaan, besi,

logam, papan dan

sebagainya..

Bahan kutipan

dicantumkan untuk

membentuk satu

kesatuan objek dan

dipasang tapak yang

stabil. 

Teknik yang digunakan:

o kimpalan

o skru

o ikatan

o acuan

o binaan“Homage New York: A Self Construction and

78

Page 79: Modul Seni 4

Self Destroying Work of Art” oleh Jean Tinguely

1925-1991.

Sumber

:http://www.medienkunstnetz.de/works

/homage-to-new-york/images/1/

e. Model

Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan

Peralatan yang

Berkaitan

Contoh

79

Page 80: Modul Seni 4

Kertas tebal, loyang,

gangsa, ‘plywood’, zink,

akar kayu, papan dan

sebagainya.

Bentuk yang digubah

untuk tujuan membuat

sesuatu objek konkrit.

Contohnya model buah-

buahan. 

Teknik yang digunakan:

o gam

o kimpalan

o skru

o acuan

“Woman’s head” oleh Pablo Picasso, 1909

Sumber:

http://www.metmuseum.org/toah/hd/pica/

ho_1996.403.6.htm

f. Diorama

Bahan / Alat Teknik Penghasilan

dan Peralatan yang

Contoh

80

Page 81: Modul Seni 4

Berkaitan

‘Plywood’,

papan, zink,

cermin

lutsinar,

patung,

karangan laut, 

dan

sebagainya.

Gubahan himpunan

objek konkrit yang

bertemakan sesuatu

cerita, maklumat,

fenomena atau

peristiwa.Teknik yang

digunakan

o cantuman

o gam

o kimpalan

Model-model yang di pamerkan di muzium-muzium untuk

sesuatu tema.

Sumber:

http://home.earthlink.net/~grleone

/diorama.htm

g. Boneka

Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan Contoh

81

Page 82: Modul Seni 4

Peralatan yang Berkaitan

Tekstil, span,

plastik, tali, cat

spray dan

warna.

Model yang mewatakkan figura

manusia, binatang, buah-buahan,

serangga dan lain-lain. 

Teknik yang digunakan:

o jahitan

o gam

o kimpalan

o skru

Boneka watak Puteri Sri Lanka

Sumber:

http://www.liverpoolmuseums.org.uk/wml/

exhibitions/ puppetworlds/PuppetsLinks.asp

h. Topeng

82

Page 83: Modul Seni 4

Bahan / Alat Teknik Penghasilan dan

Peralatan yang

Berkaitan

Contoh

‘Papier mache’,

plastik, kertas

surat khabar,

habuk papan,

gam, piring

plastik dan

sebagainya..

Mewatakkan semula imej

manusia, binatang atau

unggas  dalam konteks

menampilkan semula

kerangka yang boleh

dipakai atau diserkup. 

Teknik yang digunakan:

o gam

o cantuman

o kimpalan

Topeng yang dibuat daripada ‘papier mache'.

Sumber:

http://www.princetonol.com/groups/iad/lessons

/middle/Larry-mask.htm

i. Origami

Bahan / Alat Teknik Penghasilan Contoh

83

Page 84: Modul Seni 4

dan Peralatan yang

Berkaitan

Kertas, tekstil,

gunting, pisau

NT, gam dan

tali.

Objek konkrit yang

dibentuk melalui

lipatan atau konsep

topologi.

Teknik yang

digunakan:

o

o lipatan

o golongan

Pelbagai contoh origami.

Sumber:

http://www.ipsd.org/Uploads/DEC1_6th%20

grade%20-%20origami.jpg

5.2.1 Aplikasi Alat, Bahan dan Teknik

Rajah 5.3

Sumber :  http://www.sandhands.com/library/sculplog/1998/cat98p14/98p14.jpg

Mengaplikasikan alat, bahan dan teknik dalam bidang membentuk dan membuat binaan berkaitan dengan proses

yang mesti dilakukan dalam menjadikan objek itu bersifat tiga dimensi. Menjelmakan objek konkrit tiga dimensi

84

Page 85: Modul Seni 4

ini akan mengambil kira bagaimana untuk menstrukturkan reka bentuk disamping memerhati dan meneliti sfera-

sfera objek yang akan dibuat. Seterusnya menentukan rangka dan rupa bentuk melalui pertimbangan

permukaan-permukaan yang terlibat, ketinggian, kelebaran, berat dan garis luar objek. Pada kebiasaannya,

sesuatu bentuk konkrit akan di asaskan berdasarkan bentuk-bentuk ilusi dan seterusnya dipindahkan imej ini

kepada objek realiti.

5.3 MENENTUKAN TEMA ATAU HAL BENDA

Walau apapun yang anda hasilkan dalam bidang membentuk dan membuat binaan ini, perkara-perkara berikut

akan menjadi tema atau hal benda yang penting.

(a)  Alam Semulajadi dan Objek Persekitaran

Rajah 5.4 Flora dan fauna alam semulajadi 

Sumber:  http://www.tribuneindia.com/2002/20020915/spectrum/travel.htm

Anda boleh menjadikan objek-objek alam semulajadi ciptaan Tuhan sebagai sumber utama menghasil karya.

Objek yang berupa flora dan fauna menjadi sumber idea dan ilham untuk menghasil produk seni. Daripada

objek persekitaran pula, anda boleh lihat objek buatan manusia terutamanya objek domestik seperti cawan,

piring, pinggan senduk, pisau, meja dan sebagainya. Kesemuanya menjadi tema atau hal subjek  dimana

peringkat seterusnya akan melihat dinamik bentuk (‘form’), kualiti objek, ciri-ciri organik, keunikan, integrasi

alam dan kehidupan di samping mengambil kira garisan, ruang, warna, jalinan, rupa dan bentuk.

(b)  Perasaan Dalaman, Khayalan dan Imaginasi Si Pelukis

85

Page 86: Modul Seni 4

Rajah 5.5 Karya imaginasi

Sumber:  http://www.innovationtools.com/Articles/EnterpriseDetails.asp?a=164

Pengalaman hidup banyak memberi kesan dan pengaruh terhadap minda yang akhirnya menzahirkan ilham atau

idea mencipta. Perasaan takut, misteri, sedih dan sebagainya menjadi sumber inspirasi karya si pelajar atau

pelukis. Menurut Sigmund Freud dan Paul Jean Satre, teori-teori imaginasi berupaya mencipta sesuatu objek

atau karya melangkaui batas fizikal dan cabaran status-quo pelukis. Imaginasi ini akan memandu arah si pelajar

atau si pelukis ke arah yang lebih kreatif dan melampaui batas-batas kebiasaan dalam berkarya. Menurut Frued

lagi, perasaan dalaman inilah yang menjadi motivasi atau penggerak minda dalam berkarya.

(c)  Aliran dan Tema Sejagat

Rajah 5.6 Wau bulan

Sumber:  http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Tema menjelaskan konsep dalam agenda kehidupan manusia. Ia menunjukkan kekerapan manusia mengambil

hal subjek yang sering diperkatakan. Contohnya, membuat wau lazimnya dikaitkan dengan unsur kosmos seperti

bulan, matahari bintang dan sebagainya. Dari idea yang berbagai, keunikan ciptaan berlaku dan akhirnya

mewujudkan kepelbagaian rupa bentuk dan jenis produk. Dalam konteks yang lebih besar, jelmaan perasaan

dalam berkarya mengguna alam sekitar menjadi suatu keunikan ciptaan dan mengwujudkan satu kekaguman.

Wujudnya ‘Non-objective Art’, ‘Minimal Art’ misalnya adalah suatu aspek pengkaryaan yang berani, mencabar

dan sanggup menerima rintangan.

(d)  Keperluan dan Pengalaman Hidup Harian

86

Page 87: Modul Seni 4

Rajah 5.7 Jambatan Pulau Pinang

Sumber:http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/montage/7_wonders/html/png_b.htm

Ciptaan cawan, sudu, senduk, periuk dan alat-alat domestik yang lain merupakan asas ciptaan dalam bidang

membentuk dan membuat binaan. Pada bidang yang lebih besar, manusia mencipta dan membuat kipas, basikal,

kereta, keretapi malah jambatan dan objek-objek gunaan lain yang mewatakkan keperluan asas sebuah

masyarakat dan negara. Idea datang dari soal desakan untuk mengguna disamping mengatasi sebarang kesulitan

mengharungi kehidupan. Lalu diciptanya bentuk-bentuk konkrit yang dapat memanfaatkan manusia si pencipta

itu sendiri. Semakin aktif dan proaktif seseorang manusia itu mencipta objek tiga dimensi, semakin tinggi kualiti

ciptaan dan lebih tinggi nilai estetikanya.

ACTIVITI

Cuba anda cari contoh-contoh objek yang menunjukkan perkara-perkara berikut sebagai tema atau hal subjek:

a. alam semulajadi dan objek persekitaran;

b. perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi si pelukis;

c. aliran dan tema sejagat; dan

d. keperluan dan pengalaman hidup harian.

5.4 PERKEMBANGAN DAN PENGHALUSAN IDEA

a. Pemerhatian dan Kajian Visual

Perkembangan dan penghalusan idea boleh berlaku dari kesedaran kualiti tampak yang tinggi. Cara

ini dilakukan melalui kajian yang terperinci mengenai alam dan fenomenanya. Menurut Frank Barron

dan Irvin Child, seseorang artis mempunyai keupayaan tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir

dan mengurus maklumat visual berbanding dengan seseorang bukan artis. Norman Meier (1930) pula

mengatakan bahawa artis boleh menyelesaikan pelbagai kemahiran kemahiran seni. Begitu juga

mengikut J.P. Guilford, artis dapat menyesuaikan diri dan menggunakan media biasa.

87

Page 88: Modul Seni 4

b. Perubahan Cara Bekerja

Mengikut cara ini, jika selama ini seseorang artis menggunakan kaedah bertumpu, dia seharusnya

mengubah kepada kaedah bercapah untuk mendapatkan kelainan cara. Kaedah percubaan yang tidak

putus-putus akan mencernakan lebih banyak idea dan akhirnya menjana dapatan yang lebih unik dan

berketerampilan.

c. Penerokaan Simbol dan Makna

Megikut cara ini, pelukis tidak seharusnya duduk diam. Dia harus cuba dan terus mencuba.

Penerokaan yang tidak henti-henti akan menemukan dapatan yang lebih kreatif dan bermakna.

Amalan penyelesaian masalah, penemuan dapatan baru akan lebih memaknakan lagi hasilan.

ACTIVITI

Cuba anda bincangkan soalan-soalan berikut:

a. Bagaimanakah rupa bentuk sesuatu tembikar itu boleh dipertingkatkan dan seterusnya dapat

menawan pasaran antarabangsa?

b. Apakah kriteria-kriteria estetika yang diingini oleh masyarakat umum?

c. Bolehkah bentuk-bentuk tembikar dalam konteks dimensi baru dijadikan asas untuk menawan

pengguna dan seterusnya menawan pengguna?

5.5 PENENTUAN ALAT DAN BAHAN

Selain daripada alatan dan bahan yang telah dinyatakan dalam bahagian 5.2 di atas, terdapat beberapa

pertimbangan lain yang perlu dan penting untuk aktiviti membentuk dan membuat binaan, antaranya:

1. bahan terbuang yang diguna pakai semula;

2. benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan

sebagainya;

3. benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam dan sebagainya; dan

4. bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah

terendam dan banyak lagi benda-benda lain.

Rajah 5.8

88

Page 89: Modul Seni 4

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada pelajar anda membuat rujukan kepada

objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti ada fungsi dan makna.

Bagaimanakah cara ini dapat dilakukan? Anda boleh:

1. memerhati, mengenali dan memahami bentuk dan ruang objek;

2. memerhati dan menyentuh bentuk benda alam dan benda buatan manusia;

3. memerhati dan menyatakan perbezaan dan persamaan sifat bahan melalui deria pendengaran;

4. memerhati pelbagai jenis bentuk barangan buatan manusia untuk kegunaan harian, permainan dan

peragaan; dan

5. memerhati dan memahami bahawa sesuatu objek itu memenuhi ruang sebenar.

5.6 CARA MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Tahukah anda bagaimana cara-cara membentuk dan membuat sesuatu binaan? Anda boleh:

1. mengenalpasti bahagian-bahagian yang terdapt dalam sesuatu binaan;

2. mengetahui bagaimana bentuk tertentu dicantumkan bagi menghasilkan objek;

3. mendapatkan imbangan kedudukan dan kestabilan dalam sesuatu ciptaan;

4. menggunakan alat dan bahan pengolahan reka bentuk;

5. menghasilkan jenis-jenis bentuk bergerak dan bentuk yang mempunyai ilusi pergerakan;

6. menghasilkan dan melengkapkan bentuk rekaan mengikut perancangan;

7. membandingkan hasil bentuk rekaan dengan objek sebenar;

8. memahami dan menghargai proses menghasil bentuk rekaan dan binaan;

9. berbincang dan menilai hasil bentuk rekaan dan binaan dari segi proses membuat, olahan bahan,

unsur-unsur seni, fungsi dan kemasan;

10.menentukan cara dan memperagakan bentuk rekaan yang paling sesuai dan menyatakan kesannya;

11.menceritakan pengalaman baru yang diperoleh daripada proses menghasil bentuk rekaan; dan

12.mempamer dan mempersembahkan bentuk rekaan dan bahan mengikut fungsi.

5.7 PERSEMBAHAN HASIL KERJA

89

Page 90: Modul Seni 4

a. Ekspresi Diri

Sesuatu persembahan yang dikatakan cemerlang dari segi penampilan kualitatif dan kuantitatif

mempunyai ciri-ciri yang berikut: 

1. Bentuk binaan menepati tema dan tajuk.

2. Bahan binaan sesuai dan relevan dengan tujuan hasilan.

3. Jika arca yang dihasilkan, pastikan ia kuat, kukuh dan selamat.

4. Konsep kepelbagaian bahan dapat diadun atau dipasang dengan baik, membentuk suatu

komposisi gubahan yang artistik dan strategik.

5. Mempunyai imbangan yang menarik sama ada simetri tulen atau tidak tulen.

6. Menguasai prinsip-prinsip rekaan seperti rentak, pergerakan, kontra, warna, imbangan dan

kesatuan yang menarik.

7. Untuk arca yang menggunakan tapak, pastikan ia kuat, selamat dan kukuh.

8. Asli, unik dan berketerampilan dari segi dapatan.

b. Kemahiran Mengaplikasikan Alat, Bahan dan Teknik

Kemahiran-kemahiran seperti di atas akan merujuk kepada beberapa kriteria penghasilan. Secara yang

paling asas ia berkaitan dengan:

1. Kesesuaian tajuk, tema dan teknik yang dikaitkan dengan pemilihan alat dan bahan.

2. Membuat ‘thumbnail print’ sebagai tindakan mengawal dan mengawas urusan membuat.

Segala lakaran ini mengambil kira dari segi kesesuaian objek .

3. Sesuatu perkembangan (‘progress’) kerja dikawal selia mengikut keperluan bahan dan alat

yang menjadikan urutan kerja berjalan lancar dan terancang.

4. Pilih teknik membuat. Bagi teknik topeng misalnya, kaedah tampalan mungkin dianggap

paling dominan dan sesuai. Lakukan pemeringkatan penghasilan topeng ini dengan teliti dan

teratur.

5. Kaedah mengguna alat perlu betul dan tertib. Bagi penggunaan pahat dalam konteks

menghasil arca luakan berasaskan kayu perlu diawasi dari cara memegang, pilihan saiz

pahat, arah pergerakan mata pahat disamping kekuatan dan kadaran pukulan berbantukan

tukul kayu.

6. Bagi kerja-kerja menghalus ke atas objek arca, kertas pasir sering kali diaplikasikan untuk

mendapatkan tekstur yang licin dan menarik.

7. Syelek, varnis, minyak kayu, cat alas, cat kilat, emulsi, perada, labuci, manik-manik seringkali

menjadi pilihan untuk dijadikan kemasan akhir produk. Pilih keserasian bahan penyudah atau

bahan kemasan untuk penampilan yang anggun.

8. Untuk tujuan peragaan yang mantap, tentukan tapak yang kukuh dan selamat.

90

Page 91: Modul Seni 4

c. Apresiasi Secara Mudah

Berpandukan gambar-gambar yang ditampilkan cuba fikirkan beberapa persoalan-persoalan di bawah

ini dalam proses membuat topeng.

1.     Tajuk dan tema yang sesuai.

2.     Alat dan bahan yang sesuai dalam proses membentuk.

3.     Proses stailisasi, menambahbaikan dan adaptasi.

4.     Pilihan reka bentuk warna dan padanan imej.

5.     Kesesuaian secara keseluruhan.

Rajah 5.9

91

Page 92: Modul Seni 4

Rajah 5.10

RUMUSAN

Membentuk dan membuat binaan merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan jisim atau isipadu

objek, reka bentuk dari setiap posisi dan lokasi serta fungsinya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan

untuk mendapatkan suatu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan oleh pelukis.

Menstruktur objek tiga dimensi dalam konteks membentuk dan membuat binaan tidak boleh diambil remeh. Ia

mesti diolah dengan sebegitu teliti dan rapi kerana kekuatan struktur akan mempengaruhi terhadap keteguhan

dan ketepatan hasil dapatan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri

kekuatan reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej  dan tajuk binaan. Alatan-alatan yang berupa mesin

berkuasa letrik seperti pengisar kertas untuk membuat ‘papier mache’, mesin untuk menggaul ‘papier mache’,

mesin perata dan mesin penyembur cat mungkin diperlukan untuk menghasilkan dapatan yang baik dan

bermakna. Seterusnya, pilihan lokasi yang relevan dengan objek seni perlu dipertimbangkan. Mobail perlu

digantung, stabail statik dan perlukan tapak yang mantap, diorama dikotakkan pada cermin atau perspek yang

lutsinar dan origami perlukan penampilan ruang hias yang bertutup seperti almari cermin. Akhirnya, apabila

penampilannya berlaku dalam situasi yang relevan, karya akan kelihatan cantik dan menarik.

92

Page 93: Modul Seni 4

GLOSARI

Asemblaj —  Gabungan pelbagai objek

‘Papier mache’ —  Serbuk kertas (selalunya kertas surat khabar)

Mobail—  Arca yang digantung, boleh bergerak

Perspek  —  Kepingan plastik yang lutsinar

Origami—  Seni lipatan kertas

Topeng serkup —  Topeng selungkup/dimasukkan terus di kepala

‘Tumbnail print'—  Lakaran kecil sebagai penjanaan idea

UJIAN 1

Huraikan:

a. Bagaimana kegiatan membuat rekaan corak boleh dijalankan secara berkesan?

b. Tiga cara bagaimana penggunaan bidang rekaan corak boleh meningkatkan mutu pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah

UJIAN 2

Eksperimentasi dan Eksplorasi Teknik, Alat, Bahan, Motif dan Susunan Motif. Sila kemukakan sampel karya

dengan aplikasi teknik, alat, bahan, motif dan susunan motif rekaan corak mengikut kesesuaian dan

kepelbagaian ragam dan fungsinya.

 

93

Page 94: Modul Seni 4

 

 

 

 

Teknik

Alat/bahan

Motif

Susunan motif

Teknik

Alat/bahan

Motif

Susunan motif

TOPIK 6 BIDANG KEGIATAN MENGENAL KRAF TRADISIONAL

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud kraf tradisional dan memberi 8 jenis kraf

tradisional;

2. menjelaskan maksud alat permainan; dan alat, bahan dan proses yang

digunakan untuk menghasilkan alat permainan wau dan gasing;

3. menjelaskan maksud alat pertahanan diri dan memberi contoh-contohnya;

4. menjelaskan maksud batik; dan alat, bahan dan proses yang digunakan

untuk menghasilkan batik;

5. menjelaskan maksud seni tekat; dan alat, bahan dan proses yang

digunakan untuk menyulam;

6. menjelaskan maksud tembikar; dan alat, bahan dan proses yang

digunakan untuk menghasilkan tembikar;

7. menjelaskan maksud seni anyaman; dan alat, bahan dan proses yang

digunakan untuk menghasilkan anyaman; dan

94

Page 95: Modul Seni 4

8. menjelaskan maksud seni ukiran; dan alat, bahan dan proses yang

digunakan untuk menghasilkan seni ukiran.

PENGENALAN

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan

kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun

mengikut kaum masing-masing.       

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

 

6.1 PENGERTIAN AKTIVITI

Kraf Tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan

kemahiran kerja-kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwarisi turun temurun

mengikut kaum masing-masing.

Kraf tradisional terdiri daripada 8 jenis, iaitu:

(a)  Alat Domestik

95

Page 96: Modul Seni 4

(b)  Alat Permainan

(c)  Alat Pertahanan Diri

(d)  Batik

(e)  Seni Tekat

(f)  Tembikar

(g)  Seni Anyaman

(h)  Seni Ukiran Kayu

6.2 ALAT DOMESTIK

Alat domestik merupakan peralatan yang dicipta dan digunakan untuk memberi kemudahan dan digunakan

sebagai peralatan harian kepada masyarakat tradisional pada ketika itu.

6.2.1 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat domestik berikut:

(a)  Alat     :     senduk

      Bahan :     tempurung

96

Page 97: Modul Seni 4

Rajah 6.1

Sumber: http://www.tmnetmall.com.my/prodCatMgt/prodItemDetDisp.asp?

ProductID=2839&ProductType=4200&catgID=22

(b)  Alat     :     kukur kelapa

       Bahan :     besi, kayu

Rajah 6.2

Sumber:   http://www.tsu.ac.th/ists/EN/museum-01.htm

(c)  Alat     :     tenggala

      Bahan :     kayu

Rajah 6.3

Sumber: http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/Petani_tenggala.htm

6.2.2 Teknik Penghasilan

97

Page 98: Modul Seni 4

Teknik-teknik untuk menghasilkan alat domestik di atas ialah teknik luakan, teknik asemble dan teknik ukir.

Apakah contoh alat domestik lain yang boleh and fikirkan yang merupakan kraf tradisional? 

6.3 ALAT PERMAINAN

Alat permainan disini bermaksud alat permainan tradisi yang kebiasaannya di mainkan untuk mengisi masa

lapang selepas kerja-kerja menuai padi.

Contoh-contoh alat permainan kraf tradisional adalah wau dan gasing.

6.3.1 Wau

Rajah 6.4 Wau Bulan

Sumber:http://malaysiana.pnm.my/03/0314wau.htm

Wau adalah salah satu permainan tradisi yang dimainkan untuk mengisi lapang. Kebiasaannya wau dimainkan

selepas menuai padi. Sehingga kini wau masih di mainkan di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis,

Pahang, Selangor dan Johor.

98

Page 99: Modul Seni 4

Tahukah anda bahawa sejarah permainan wau bermula sejak 3000 tahun lalu dan muncul di Negara China? Di

Malaysia, permainan ini diperkenalkan sejak zaman pemerintahan Empayar Melaka.

Terdapat pelbagai nama wau di negara kita termasuklah Wau Barat, Wau Bayan, Wau Bulan, Wau Burung,

Wau Ikan, Wau Helang, Wau Kucing, Wau Merak, Wau Jala Budi, Wau Katak, Wau Puyuh, Wau Sewah, Wau

Payang dan banyak lagi nama yang kebanyakan dikenali di daerah masing-masing di tanah air.

(a)  Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan wau

Alat Bahan

Pisau raut, parang dan gunting. Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

(b)  Proses Membuat Wau

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan wau.

Proses Penerangan

1. Proses memilih buluh Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

2. Meraut buluh Meraut buluh adalah proses yang memerlukan ketelitian. Bahagian kulit buluh

tidak dibuang semasa meraut. Kemudian, bilah-bilah buluh di layur pada api

sebelum dilentur

3. Membentuk rangka Membentuk rangka memerlukan kemahiran. Biasanya buluh betung di jadikan

tulang kerana ianya kuat. Pada masa kini buluh perlu ditimbang untuk

imbangan yang betul. Untuk membuat sayap dan ekor, gunakan buluh yang

mudah dilentur. Benang yang baik digunakan untuk mengikat agar ianya tahan.

4. Proses menampal

kertas dan corak padan

rangka

Kertas ditampal pada rangka wau mengikut saiz. Kertas adalah daripada jenis

yang ringan. Kertas warna digunakan untuk membuat warna sebagai hiasan.

Corak untuk motif adalah berdasarkan flora dan fauna.

99

Page 100: Modul Seni 4

Rajah 6.5: Gasing

Sumber:http://www.sandstrum.com/malaysian-large.jpg

Gasing merupakan jenis permainan tradisi yang popular di negara ini. Gasing dimainkan oleh masyarakat

melayu sejak zaman dahulu lagi. Gasing jenis tradisional adalah jenis gasing yang dimainkan oleh masyarakat

melayu sejak zaman dahulu lagi. Permainan ini merupakan permainan untuk mengisi masa lapang.

Kebiasaannya permainan ini di lakukan selepas mereka selesai menuai padi dan juga selepas selesai berkebun.

Permainan gasing juga boleh merapatkan persahabatan di antara masyarakat kampung. Oleh sebab itu

permainan gasing dikatakan sebagai permainan masyarakat.

(a)  Jenis-jenis Gasing

Terdapat berbagai nama dan pelbagai bentuk gasing termasuklah Gasing Lang Laut, Gasing Leper, Gasing Uri

dan Gasing Piring. Gasing juga mempunyai bahagian-bahagian yang tertentu seperti Paksi, Temin, Turap Labu,

Bahu, Leher, Kepala dan Patak. Terdapat tiga jenis gasing seperti Gasing Pangkah, Gasing Pemusing dan

Gasing Hiasan.

(b)  Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan alat permainan gasing.

Alat Bahan

Pembaris, kertas kaca, sesiku, pengarit, tolok luar, jangka

lukis, ragum, kikir, berus kikir, gandin, kakak tua, apit,

pemutar skru, tukul, gerudi, pelayar, gunting, pahat, andas,

Buluh, kertas, benang, gam dan kertas warna untuk corak.

100

Page 101: Modul Seni 4

kapak, pelarik, gergaji  dsb.

(c)  Proses Membuat Gasing

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan alat permainan gasing.

Proses Penerangan

1. Memilih kayu Kayu perlu dipilih daripada jenis yang bermutu untuk menjaga kualiti

gasing agar tidak pecah. Pemilihan kayu ini untuk menjaga ketahanan,

kekuatan, kekerasan dan keliatan.

2.Proses Membakal Kayu dikerat dan dipotong mirip bentuk kun agar senang apabila proses

melarik.

3. Proses melarik  Proses ini dilakukan untuk membulatkan,meratakan,menyamakan ddan

melicinkan gasing. Kerja-kerja melarik dilakukan dengan menggunakan

alat pelarik.

4. Proses simpai  Simpai ialah lingkaran logam yang dipasang pada badan gasing, terutama

pada bahagian bahu, labu dan patak gasing.

6.4 ALAT PERTAHANAN DIRI

Alat untuk mempertahankan diri dipanggil senjata. Senjata adalah alat keperluan manusia di zaman purba.

Senjata digunakan untuk memburu dan juga untuk mempertahankan diri.

Perubahan masa menyebabkan bentuk senjata berubah mengikut keperluan. Masyarakat melayu tradisional

terutama di zaman kerajaan Melayu Melaka hingga kini masih menggunakan senjata seperti Keris, Pedang,

Tombak, Tumbuk Lada, Lawi Ayam, Rencong Aceh, Sewar, Badik, Beladau, Jembiah Lading, Lembing dan

Sumpit. Keris adalah senjata penting dalam masyarakat dan budaya melayu. Ketampanan seseorang lelaki itu

tidak lengkap jikalau tidak menyelitkan keris di pinggang. Keris juga merupakan simbol kelakian Melayu.

101

Page 102: Modul Seni 4

Rajah 6.6 Keris

Sumber:  http://ltc.smm.org/buzz/museum/object/2003_06_java_keris

Jenis-jenis keris yang boleh didapati adalah seperti Keris Jawa, Keris Semenanjung, Keris Sumatra, Keris Petani

atau Pekaka, Keris Bali, Keris Sundang, Keris Majapahit, Keris Bugis dan Keris Picit. Keris pada masa kini

masih digunakan untuk upacara-upacara tertentu seperti majlis persandingan, perubatan dan keris menjadi

lambang kebesaran institusi diraja.

6.5 BATIK

Batik merupakan sejenis kraf yang dihasilkan melalui proses menerap lilin dan mewarnakan kain.

 

Rajah 6.7 Batik

102

Page 103: Modul Seni 4

Sumber : http://www.balibocraft.com/crafts/batik.html

Batik terkenal di seluruh gugusan  kepulauan Melayu dan dianggap bidang kraf tangan tradisional yang unggul.

Batik tradisi dan moden mempunyai corak yang sesuai dengan cita rasa dan perkembangan kesenian Malaysia.

Kini perusahaan batik telah berkembang dengan pesatnya dan menjadi industri kampung yang utama terutama

di negeri Terengganu dan Kelantan.

Batik tulis, batik lukis dan batik canting merupakan kaedah membuat batik yang kini diminati ramai. Pada

peringkat awal kaedah ini hanya digunakan untuk menghasilkan batik untuk hiasan dinding. Pada tahun 1970-an

teknik ini telah diterapkan dalam kaedah membuat skaf, kain selendang dan baju kurung. Kini penggunaannya

telah diperluaskan dalam bentuk dimensi baru. Batik semakin digemari oleh peminat fesyen kerana corak batik

dapat dipadankan mengikut peredaran zaman.

6.5.1 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan batik.

Alat Bahan

Canting, pemidang kayu, berus, dapur atau plat

pemanas, periuk dan bekas besar.

Kain putih, campuran lilin, pewarna, pemati warna, debu

soda dan pelembut kain/ fabrik.

 

6.5.2 Proses Membuat

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan batik.

1. Kain yang telah dibasuh (untuk membuang kanji) dikeringkan dan diregangkan pada pemidang kayu.

2. Motif dan corak dilakar dengan menggunakan pensil.

3. Bahan campuran lilin dipanaskan dengan suhu yang sederhana (lilin parafin 60% + damar 40%).

4. Canting yang berisi lilin panas (cair) digunakan untuk melakar di atas permukaan fabrik.

5. Bahan warna disapu pada motif.

6. Fabrik dibiarkan sehingga kering, kemudian disapu dengan pemati warna (sodium silikat) dan

dibiarkan selama 8-12 jam atau direndam dalan cecair yang sama dengan tempoh yang sama ditempat

yang terlindung.

7. Fabrik yang telah dimatikan warna dibasuh dengan air ‘lalu’ atau air mengalir.

8. Fabrik seterusnya direbus di dalam air panas yang telah dicampur dengan sedikit debu soda (soda ash)

sehingga lilin tanggal.

9. Fabrik dicuci dan dibilas dengan menggunakan air biasa sebelum dijemur sehingga kering.

103

Page 104: Modul Seni 4

Rajah 6.8: Proses membatik

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang batik:

http://malaysiana.pnm.my/04/0402batik.htm

6.6 SENI TEKAT

Seni tekat termasuk dalam jenis tekstil yang dihasilkan dengan cara menyulam benang ke atas kain dasar jenis

baldu.

104

Page 105: Modul Seni 4

Rajah 6.9: Tekatan

Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm

Ia juga dikenali dengan nama suji timbul iaitu sulaman timbul atau tekat bersuji, tetapi suji sering dikaitkan

dengan sulaman benang sutera.

Sama ada ditekat, disulam atau disuji, ragam hiasnya semua dibentuk dalam keadaan timbul dari permukaan

dasar kain kerana bahagian dalamnya diisi dengan mempulur.

Asal-usul dan perkembangan seni tekat secara langsung dikaitkan kegunaan pakaian dan kelengkapan keluarga

raja-raja atau istana. Seni tekat diperkenalkan pada kurun ke-15, iaitu di zaman kesultanan Melayu Melaka.

Pada masa tersebut seni tekat dipakai oleh keturunan Baba Melaka. Mereka banyak menggunakan seni tekat ini

pada pakaian. Negeri seperti Perak, Johor, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan merupakan negeri yang

banyak mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas.

6.6.1 Alat dan bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni tekat.

Alat Bahan

Pemidang kayu berkaki dan cuban. Benang emas, benang putih, kain dasar baldu, kertas tebal, gam

dan rotan saga.

6.6.2 Proses Menyulam

Mari kita teliti proses menyulan untuk menghasilkan seni tekat.

Proses Penerangan

1.  Proses penciptaan Dimulakan dengan menyiapkan pemidang dengan meregang kain putih, kemudian

diikuti dengan menyediakan mempulur atau isi tekat dari kertas atau rotan sega.

Setelah persiapan ini selesai barulah proses menyulam atau penciptaan tekat

dimulakan.

105

Page 106: Modul Seni 4

2. Persiapan

pemidang

Penggunaan pemidang berkaki atau tidak, dimulakan dengan meregangkan kain

putih di atasnya. Bahagian pinggir atau tepi kain putih yang berukuran panjang

persegi dimasukkan batang pinang yang telah dihaluskan. Cara ini dilakukan

untuk membuat telinga kain. Melalui bahagian ini, kain putih diikatkan ke bingkai

pemidang. Dengan cara ini kain menjadi tegang. Di atas kain putih ini kain baldu

sebagai dasar dilekatkan dengan menyambat kasar.

3. Membentuk

mempulur

Mempulur atau tempulur ialah isi tekat untuk motif dan ragam hias. Bentuk motif

dilukis di atas beberapa helai kertas yang telah dilekat tindih (enam hingga lapan

helai). Kemudian bentuk motif dipotong dan diasingkan dari kepingan kertas.

Potongan-potongan mempulur inilah yang dilekatkan di atas kain dasar tekat

sebelum proses menyulam benang emas dimulakan.

4. Menyulam Benang emas dari cuban merentasi bahagian batang mempulur dari titik A ke titik

B. Di titik A benang emas akan ditindih dan diikat jahit oleh benang putih melalui

jarum yang sedang matanya. Jarum yang sederhana matanya disesuaikan dengan

lebar batang mempulur. 

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni tekat:

http://malaysiana.pnm.my/04/0409tekat.htm  

6.7 TEMBIKAR

Tembikar adalah hasil barangan kraf yang diperbuat daripada tanah liat, dibentuk dan dibakar.

106

Page 107: Modul Seni 4

Rajah 6.10: Labu Gelugur 

Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/jenis.html#

Seni tembikar telah wujud di Malaysia sejak beribu tahun dahulu berdasarkan penemuan barang tembikar lama

seperti di  Gua Cha, Kelantan dan di Sungai Perak.

Terdapat pelbagai bentuk dan jenis tembikar yang dihasilkan di Malaysia. Hampir semua tembikar yang

dihasilkan mempunyai ciri-ciri kegunaan harian. Beberapa buah negeri di Malaysia menghasilkan tembikar.

Barangan tembikar yang dihasilkan adalah berbeza dari segi bentuk, corak, dan teknik pembuatan kerana

dipengaruhi oleh budaya dan latar belakang si pembuat. Bentuk tembikar tersebut hanya mempunyai persamaan

dari segi susunan motif, ketebalan dan teknik pembakaran bersuhu rendah, dengan permukaan berwarna coklat,

hitam dan kelabu gelap. Tembikar tradisi Melayu menjadi lambang kesenian negara dan kini menjadi koleksi

yang membanggakan.

6.7.1 Kawasan Perusahaan Tembikar

1.   Kampung Sayong, Kuala Kangsar, Perak.

2.   Lenggong, Grik, Perak.

3.   Bukit Gantang, Taiping, Perak.

4.   Pulau Tiga, Parit, Perak.

5.   Kampung Alur Merah, Kedah.

6.   Sungai Dua, Seberang Prai, Pulau Pinang.

7.   Sungai Puyu, Seberang Prai, Pulau Pinang.

8.   Kampung Periuk, Tumpat, Kelantan.

9.   Kampung Mambong, Kuala Krai, Kelantan.

107

Page 108: Modul Seni 4

10. Kampung Pasir Durian, Hulu Tembeling, Pahang.

11. Kuching, Sarawak.

6.7.2 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan tembikar.

Alat Bahan

Pisau, penggelek, papan golek, span, gergaji kecil, pengayak, dawai pemotong,

kayu pengukur, angkup luar, pinggan, kayu pembentuk, batu sungai, pengguris

dan berus.

Tanah liat

Rajah 6.11: Peralatan Tembikar

108

Page 109: Modul Seni 4

6.7.3 Proses

Mari kita teliti proses untuk menghasilkan tembikar.

1. Tanah liat dijemur dan dikeringkan sebelum ditumbuk menjadi debu. Ayak debu tanah liat untuk

mengasingkan batu-batu kecil dan sampah sarap yang terdapat di dalam tanah.

2. Campur debu tanah dengan air dan kacau. Simpan di dalam pasu selama tiga hari.

3. Tanah liat akan mendap. Uli menjadi liut dan lembut.

4. Tembikar boleh dibentuk mengikut kehendak sendiri. Pinggan digunakan untuk proses penyambungan

tanah liat yang digelungkan.

5. Bentuk tembikar dari bawah ke atas, tahap demi tahap.

6. Semasa membentuk permukaan, tanah liat ditekan dengan kayu di sebelah dalamnya ditahan dengan

tangan. Ini bertujuan untuk menguatkan tembikar.

7. Pisau buluh pula digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar. Tekan dan gerakkan bahagian mata

pisau dari bawah ke atas.

8. Tapak atau kaki tembikar dibuat secara berasingan. Cantuman bahagian badan dan kepala tembikar

siap dibuat semasa tanah liat masih dalam keadaan separuh siap (‘leather hard’).

9. Ragam hias dibuat dengan menggunakan penepek berukir. 

10. Tembikar yang siap dibuat akan dijemur sebelum dibakar. 

11. Tembikar dikeras secara tanur dedah iaitu dilakukan secara salai 

12. Tembikar yang telah siap disalai dimasukkan ke dalam timbunan sekam. 

13. Damar disapu di bahagian bawah tembikar bagi mengelakkan tiris.

Rajah 6.12: Aktiviti menghasilkan labu sayong

Sumber: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/aktiviti.html

109

Page 110: Modul Seni 4

6.7.4 Teknik Pembuatan

Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:

(a)  Teknik picitan

(b)  Teknik lengkaran

(c)  Teknik kepingan

(d)  Teknik Lempar Alin

6.7.5 Jenis Tembikar Tradisional (Labu Sayong)

Berikut adalah teknik-teknik yang digunakan untuk membuat tembikar:

(a)  Labu Gondol atau Labu Air

(b)  Labu Kepayang atau Labu Pucung

(c)  Labu Gelugur

(d)  Labu Tanah

(e)  Labu Panai

(f)  Labu Kepap

(g)  Labu Tela

(h)  Labu Leper atau Labu Bocong

6.7.6 Reka Bentuk Tembikar Tradisional

Reka bentuk tembikar dari luar tidak mempengaruhi teknik pembentukan dan penciptaan tembikar orang

Melayu. Teknik pembentukan dan penciptaan orang Melayu tetap pada tahap teknologi primitif. Dengan teknik

yang serba sederhana, tembikar dibakar dalam suhu biasa tanpa ukuran tertentu. Tukang Melayu dapat

melahirkan ciptaan yang unik terutama dari segi rupa bentuk labu dan ragam hias yang mempunyai nilai dan

ciri-ciri tersendiri.

Dari segi bentuk, tembikar yang dikumpul di muzium khususnya di Muzium Negara dan Muzium Taiping telah

dapat dikesan tentang kepandaian orang Melayu membentuk dan mencipta, iaitu perkembangan daya fikiran

serta tingkat kebudayaan. Walaupun rupa bentuk tembikar yang dicipta itu sederhana tetapi ianya penuh dengan

nilai-nilai estetika.

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman-laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang tembikar:

http://malaysiana.pnm.my/04/0410tembikar1_pengenalan.htm  

http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pakatan/ictic/sejarah/labu/labu.html  

110

Page 111: Modul Seni 4

6.8 SENI ANYAMAN

Rajah 6.13: Anyaman 

Sumber: http://palimpsest.lss.wisc.edu/~emraffer/175a.htm

Anyaman merupakan satu proses menjalin helaian daun pandan, mengkuang, bilah buluh, rotan, lidi, bertam,

paku-pakis ribu-ribu atau bahan-bahan lain dengan menggunakan cara dan peraturan tertentu melalui teknik

selang-seli helaian antara satu sama lain.

Seni anyaman adalah seni kraf tangan yang muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Proses anyaman

adalah berbeza mengikut bahan asas yang digunakan.

6.8.1 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni anyaman

Alat Bahan

Parang, alat jangka, pelurut, tempayan, besen, periuk,

penyisip dan pisau kecil.

Pandan, mengkuang, daun nipah, buluh, paku-pakis,

daun serdang, rotan, rumput-rampai dan lidi.

111

Page 112: Modul Seni 4

6.8.2 Cara Memproses Daun

Mari kita teliti cara memproses daun untuk menghasilkan seni anyaman.

Proses Penerangan

1. Melayur daun

pandan atau

mengkuang

Daun dilayur di atas api sehingga kekuning-kuningan supaya daun menjadi lembut

dan tahan lebih lama.

2 .Menjangka daun Alat jangka ialah sisir kayu atau buluh yang bermata tajam. Jangka digunakan

untuk membelah daun menjadi bilah-bilah mengikut lebar yang dikehendaki.

3. Melurut Daun dianginkan selama lebih kurang satu jam. Daun kemudiannya dilurut dengan

menggunakan pelurut. Daun dilurut bagi tujuan melembutkan bilah-bilah daun

untuk mengelakkanya daripada bergulung.

4. Merendam Daun diikat menjadi tongkol-tongkol sebelum direndam. Tongkol-tongkol

direndam selama dua hari dua malam untuk melunturkan warna asal daun yang

hijau itu. Air rendaman ditukar dua kali sehari. Tongkol daun kemudiannya dibuka

untuk dicuci dan dijemur sehingga kering. Daun akan bertukar warna menjadi

warna putih pasir.

5 .Pewarnaan daun

cara      tradisional

a.   kuning – kunyit

b.  jingga dan merah – buah kesumber India

c.  biru tua dan biru – daun mengkudu

d. hitam – buah pokok arang

e.  hijau – daun bemban

6.Proses mencelup

warna

a. Panaskan air bersih sehingga mendidih.

b.  Masukkan bahan pewarna.

c.  Masukkan daun yang telah diikat dan biarkan selama lebih kurang 

setengah jam.

d.  Daun dikeluarkan dan cuci dengan air bersih.

e.  Buka ikatan daun dan jemur di tempat yang teduh sehingga kering

f.  Dilurut daun sekali lagi sehingga lembut.

112

Page 113: Modul Seni 4

6.8.3 Teknik dan Proses Anyaman

Rajah 6.14: Proses menganyam

Sumber:  http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam3_pandan2.htm  

Mari kita teliti proses anyaman.

Proses Penerangan

1. Lagang Proses ini juga dikenali sebagai proses menaja. Lagang merupakan tulang sesuatu ciptaan

anyaman. Ukuran panjang tikar bergantung kepada ukuran lagangnya. Setiap bilah daun

dibentuk seperti huruf V  di tengahnya, iaitu tempat anyaman dimulakan.

2. Mengayam Proses ini melibatkan tiga langkah. Anyaman tengah dilakukan di tengah atau badan sesuatu

anyaman di mana daun diselang –selikan secara menegak dan melintang dengan sehelai di

atas dan sehelai lagi di bawah. Mengepai merupakan proses mematikan tepi anyaman tikar

supaya tidak terburai. Anyaman sudut disebut juga sebagai anyaman bucu.

3 .Pepeh atau

lepih

Turut dikenali sebagai anyaman mati pada tepi tikar untuk mengakhiri kerja anyaman. Boleh

juga dianyam secara berasingan dan kemudian dijahit pada barangan yang dikehendaki.

4. Sisip Proses ini dilakukan bagi mengelakkan anyaman daripada terburai. Alat penyisip digunakan.

Alat ini biasanya diperbuat daripada buluh. Hujung lebihan daun direncongkan untuk

memudahkan kerja sisipan.

5. Kerat Pisau kecil yang tajam digunakan untuk memotong lebihan bilah anyaman bagi tujuan

kemasan.

113

Page 114: Modul Seni 4

6.8.4 Kelarai

Kelarai ialah corak atau motif berbentuk dam pada anyaman yang melalui proses tranformasi idea daripada alam

semulajadi. Anyaman yang tidak berkelarai disebut anyaman biasa atau ghadas. Anyaman yang lengkap harus

dihiasi dengan kelarai. Dua jenis warna yang kontra digunakan bagi menunjukkan kesan. Pembikinan kelarai

adalah dirancang dengan menggunakan mata atau langkah yang betul dan tepat. Kelarai ini dilakukan serentak

dengan proses anyaman. Kelarai mempunyai   nama- nama yang tersendiri termasuk:

(a)  Kelarai berakar

(b)  Kelarai beras patah

(c)  Kelarai bunga cengkeh

(d)  Kelarai tampuk manggis

(e)  Kelarai bunga mempelas

(f)  Kelarai anak ikan

(g)  Kelarai kepala lalat

(h)  Kelarai mata punai

(i)   Kelarai sisik kelah

(j)   Kelarai tapak harimau

6.8.5 Tokoh-tokoh Penting

(a)  Hjh. Minah Bt. Mohammed (Terengganu)

(b)  Cik Limah Bt. Mamat (Kelantan) 

(c)  Dayang Asiah Bt. Awang Husin (Sabah) 

(d)  Esah Bt. Said (Kelantan) 

(f)  Cik Siah Bt. Jumaat (Terengganu) 

(g)  Hjh. Asiah Bt .Saleh (Terengganu)

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni anyaman:

http://malaysiana.pnm.my/04/0401anyam1_sejarah.htm  

114

Page 115: Modul Seni 4

6.9 SENI UKIRAN KAYU

Rajah 6.15: Mengukir

Sumber: http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm  

Seni ukiran kayu merupakan sejenis kraf tangan Melayu tradisional yang digunakan untuk menghiasi rumah

kediaman yang menjadi kebanggaan masyarakat pada zaman dahulu. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai

hasil kreativiti orang Melayu dalam bentuk tampak dan mendapat tempat yang istimewa di kalangan masyarakat

di negara ini. Seni ukiran Melayu yang unik ini diperlihatkan melalui ukiran pada istana, masjid, rumah, makam,

kepala sampan, perabot, senjata dan peralatan untuk kegunaan harian. Bangunan-bangunan lama yang masih

mengekalkan seni ukiran sehingga hari ini telah menjadi bahan rujukan generasi masa kini. 

6.9.1 Fungsi Ukiran

Seni ukiran kayu berfungsi sebagai hiasan di bahagian-bahagian bangunan, alat kelengkapan dapur, perabot

serta peralatan rumah. Contoh bahagian-bahagian bangunan: 

(a)  pintu

(b)  siling

(c)  dinding

(d)  tebar layar

(e)  cucuran atap

(f)  ambang tingkap

(g)  dinding separuh tingkap

(h)  katil

115

Page 116: Modul Seni 4

(i)   kerusi 

(j)   almari

6.9.2 Jenis Kayu untuk Ukiran

(a)  cengal

(b)  merbau

(c)  nyatoh

(d)  jelutung

(e)  berlian

(f)  jati

(g)  sena

6.9.3 Alat dan Bahan

Mari kita teliti alat dan bahan untuk menghasilkan seni ukiran kayu.

Alat Bahan

Gergaji tangan, cetar, pahat, pisau, kikir, ketam, pengikis, daun mempelas, berus, berus syelek. Kayu

6.9.4 Teknik Mengukir

Mari kita teliti 2 teknik mengukir.

Teknik Penerangan

1.             Bunga timbul Dibuat tidak menembusi bahagian belakang dan boleh menggunakan silat atau tidak.

Tidak dapat berfungsi sebagai alat mengaliran udara tradisional. Mempunyai reka

bentuk yang indah dan halus seni kraf tangannya.

2.             Papan tebuk Ukiran jenis ini dibuat pada papan yang ditebuk. Bentuk ukiran yang sering

digunakan adalah awan larat, silang, huruf dan reka corak yang terdapat pada

bahagian lambar, selasar, bahagian atas pintu dan juga dinding. Dapat berfungsi

sebagai alat pengaliran udara secara tradisional. Terdapat dua jenis papan tebuk

iaitu, papan tebuk silat dan papan tebuk tidak silat.

116

Page 117: Modul Seni 4

6.9.5 Proses Mengukir

1. Pilih kayu mengikut kematangan serta urat yang cukup pejal.

2. Belah kayu dan biarkan kering.

3. Kayu yang suddah cukup kering dibelah dan diketam.

4. Corak bunga ditekap pada permukaan kayu.

5. Ukiran timbul – bahagian yang hendak dibuang, ditebuk dengan menggunakan pahat. Ukiran tebuk –

bahagian yang hendak dibuang, gerudi digunakan.

6. Ratakan bahagian dasar.

7. Membuat ukiran silat.

8. Corak diukir dengan menggunakan pisau wali.

9. Licinkan ukiran dengan menggunakan kikir pari.

10.Proses melicinkan ukiran diulang dengan menggunakan daun mempelas dan dikuti dengan daun lalang

kering.

11.Gunakan kiwi kayu, varnis atau syelek bagi tujuan kemasan.

6.9.6 Aplikasi Ukiran Kayu

1. Istana Kenangan di Bukit Candan, Kuala Kangsar, Perak.

2. Istana Balai Besar Kedah

3. Istana Tengku Nik yang kini dikenali sebagai Muzium Induk Negeri Terengganu

4. Istana Sri Menanti Negeri Sembilan

5. asjid Kampung Keling, Melaka.

6. umah-rumah kayu di Perlis, Melaka dan Johor.

7. stana Jahar, Kelantan.

8. umah Pak Ali Gombak Selangor.

117

Page 118: Modul Seni 4

Rajah 6.16: : Istana Kenangan, Perak

Sumber: http://www.cuti.com.my/Sub/Perak/guide_royalmuz.htm

6.9.7 Motif Ukiran

1. Itik Pulang Petang

2. Badak Mudik

3. Kepala Cicak

4. Unduk-Unduk

5. Kosmos

6. Geomerti

7. Kaligrafi

8. Flora

6.9.8 Jenis-jenis Silat

1. Silat Belah Rotan

2. Silat Minangkabau

3. Silat Serong

4. Silat Leper

5. Silat Dada Tuma

118

Page 119: Modul Seni 4

LAMAN WEB

Anda boleh rujuk kepada laman web berikut untuk maklumat lebih lanjut tentang seni ukiran kayu:

http://malaysiana.pnm.my/04/0412ukir_kayu.htm 

RUMUSAN

Menerusi kegiatan dan kajian yang dilakukan, topik ini dapat memberi kefahaman kepada kita tentang betapa

pentingnya kraf tradisional diperkenalkan kepada generasi sekarang. Pendedahan kandungan topik, teknik, alat

dan bahan ini juga dapat memperjelaskan bagaimana kraftangan Melayu tradisional dihasilkan. Mempelajari dan

memartabatkan kraf ini bermakna kita memelihara dan menjaga kepentingan kraf tradisional dalam kehidupan

masyarakat Melayu  yang semakin tergugat oleh arus pemodernan yang menipiskan kekebalan warisan budaya

ini.

GLOSARI

Terap hitam—  Blok kayu yang berukir timbul

Parang rosak —  Motif hiasan yang sentiasa menyerong

Tepi gigi —  Bahagian birai atas dan bawah kain sarung

Kampit —  Beg yang dianyam menggunakan daun pandan

Lekar —  Anyaman dari lidi atau rotan

Mengepa —  Proses mematikan tepi anyaman

Sepuh —  Lapisan nipis yang bergemerlap dan lut sinar

Mendiang —  Proses pemanasan atau pengeringan tembikar

Silat —  Gaya ukiran

Limar —  Kain tenunan daripada benang sutera halus

Pelayang —  Alat yang diguna untuk menggulung benang

119

Page 120: Modul Seni 4

UJIAN 1

Batik tulis adalah sebahagian daripada kraf tradisional yang telah diusahakan oleh masyarakat Melayu sejak

dahulu hingga masa kini dan mempunyai disiplin yang perlu dipatuhi.

Huraikan proses penyediaan batik tulis dengan disiplin-disiplin yang telah dipelajari

UJIAN 2

Seni Ukiran banyak di terapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.

Huraikan dan jelaskan LIMA (5) bahagian di mana ukiran diterapkan di dalam seni bina masyarakat Melayu.

TOPIK 7 PERANCANGAN DAN PERSEDIAAN MENGAJAR

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menulis format persediaan mengajar untuk perancangan tahunan,

penggal, mingguan dan harian;

2. menyediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan;

3. menerangkan konsep pendekatan, strategi, kaedah dan teknik; dan

4. membezakan ciri-ciri strategi pengajaran dan pembelajaran pemusatan

guru, murid dan bahan.

PENGENALAN

Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan mengadakan

aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan  pemikiran dan imaginasi pelajar serta menyakinkannya untuk

berkomunikasi secara rasional dan logik.  Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat, keperluan

dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan ekspresinya. 

Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai murni

120

Page 121: Modul Seni 4

masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni Visual. Ianya juga sebagai

panduan kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna

dan berkesan, perhatian yang sewajarnya hendaklah diberikan kepada aspek-aspek yang berikut.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

 

7.1 PERSEDIAAN RANCANGAN TAHUNAN DAN SEMESTER

7.1.1 Kepentingan Rancangan Tahunan dan Semester

Proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berpusatkan pelajar dengan

mengadakan aktiviti interaksi lisan yang merangsangkan pemikiran dan imaginasi pelajar serta meyakinkannya

untuk berkomunikasi secara rasional dan logik.  Aktiviti seni yang dijalankan mestilah sesuai dengan minat,

keperluan dan kebolehan pelajar, mengembangkan daya kreatif serta menajamkan daya pengamatan dan

diskriminasinya. Perkembangan diri individu secara menyeluruh dan bersepadu termasuk penyerapan nilai-nilai

murni masyarakat hendaklah diberi keutamaan di dalam setiap pelajaran Pendidikan Seni.

Ianya juga sebagai panduan kepada guru-guru seni untuk mengajar mata pelajaran ini dengan lebih sempurna

dan berkesan. Anda perlu memberi perhatian yang sewajarnya kepada aspek-aspek yang berikut:

(a)  rancangan pengajaran;

(b)  persediaan guru dan pelajar;

(c)  kaedah pengajaran;

121

Page 122: Modul Seni 4

(d)  pengelolaan pelajaran;

(e)  teknik penyoalan;

(f)  penyertaan pelajar;

(g)  pemupukan nilai estetik dan etika;

(h)  penyerapan nilai-nilai murni masyarakat; dan

(i)   penilaian kemajuan pelajar.

7.1.2 Tujuan Rancangan Pengajaran

Tujuan rancangan pengajaran adalah supaya anda sebagai guru, dapat membuat persediaan yang rapi agar dapat

meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberi tumpuan kepada:

(a)  perkembangan pelajaran yang berperingkat-peringkat;

(b)  kesinambungan rancangan pengajaran;

(c)  kesinambungan jenis aktiviti;

(d)  perkembangan daya kreatif pelajar;

(e)  kepelbagaian bahan-bahan seni;

(f)  penyesuaian alat/bahan;

(g)  kesinambungan gerak kerja individu/kumpulan; dan

(h)  aktiviti di dalam dan di luar bilik darjah.

7.1.3 Format Rancangan Tahunan dan Semester

Setiap guru perlu mempunyai Sukatan Pelajaran semasa untuk rujukan bila-bila perlu.  Huraian Sukatan

Pelajaran bolehlah dirujuk semasa menyediakan rancangan pelajaran.

(a)  Rancangan Tahunan dan Semester

(i)   Berdasarkan Sukatan pelajaran dan huraian yang dibahagikan mengikut penggal,  perkara-perkara yang

perlu dinyatakan ialah:

Kegiatan/Bidang

Jenis Aktiviti

Isi Kandungan

Kemahiran

Bahan/Alat

Catatan

(ii)  Rancangan Penggal yang disediakan perlulah merangkumi aspek-aspek:

Bidang Melukis dan Menggambar

Mereka dan Mencorak

122

Page 123: Modul Seni 4

Membentuk dan Membina

Mengenali Kraf Tradisional

(iii) Rancangan penggal yang disediakan mestilah mengikut peringkat perkembangan dan seboleh-bolehnya

mempunyai kaitan di antara tajuk yang dirancang.

Penggal............. Tahun.............

Kegiatan/Bidang Jenis Aktiviti Isi andungan Kemahiran Bahan/Alat Catatan

Rajah 7.1: Contoh Rancangan Penggal/Tahunan 

(b)  Rancangan Mingguan    

(i)   Rancangan mingguan adalah perincian daripada rancangan penggal yang mana rancangan ini menunjukkan

kesinambungan dan perkembangan pelajaran dari seminggu ke seminggu.

(ii)  Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam rancangan mingguan:

Mata Pelajaran

Tahun

Kemahiran

Isi kandungan

Aktiviti

Alatan

123

Page 124: Modul Seni 4

Minggu Ke .............  

Mata Pelajaran Tahun Kemahiran Isi Kandungan Aktiviti Alatan

Rajah 7.2: Contoh Rancangan Mingguan

(c)  Rancangan Harian

(i)   Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang memperlihatkan urutan,

menyatakan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama catatan.

(ii)  Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang hendak

diserapkan juga dinyatakan dengan jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan dengan tajuk.

(iii) Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara tajuk

diambil kira sebeberapa yang boleh.

(iv) Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dan tahun yang

sama.

(v)  Perkara-perkara berikut perlu dicatatkan dalam (rancangan harian):

Bidang

Tajuk

Objektif

Kemahiran

Aktiviti

Alat/bahan

124

Page 125: Modul Seni 4

Nilai Murni

Mata Pelajaran :

Tahun :

Bil. Pelajar :

Bidang Kegiatan :           

Tajuk :

Isi Kandungan :

Kemahiran :

Objektif :

Aktiviti :

Alat/Bahan :

Persediaan Guru/Murid :

Strategi :

(Jadual Perlaksanaan)

Per/Langkah Isi Kandungan Aktiviti P&P/ Strategi BBM/Catatan

Set Induksi

Perkembangan:

Langkah I

Langkah IILangkah III

Kemuncak

Apresiasi/

Rumusan/Penutup

Rajah 7.3: Format Rancangan Harian

7.2 PERSEDIAAN MENGAJAR

a. Menulis Hasil Pembelajaran

Setelah mengikuti segala aktiviti Pendidikan Seni secara menyeluruh, murid-murid anda diharapkan

boleh atau dapat mengenal, membeza, membuat dan menilai segala aspek yang berkaitan dengan

bidang seni di peringkat asas. 

125

Page 126: Modul Seni 4

Tiga faktor hasil pembelajaran yang harus anda gabungkan selari ialah:

i. unsur-unsur seni (garisan, bentuk, rupa, warna, jalinan dan ruang);

ii. kegiatan yang dicadangkan (melukis dan membuat gambar, membuat rekaan dan corak,

membentuk dan membuat binaan dan memperkenalkan kraf tradisional); dan

iii. kemahiran-kemahiran yang dicadangkan adalah kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya

dan persepsi.

b. Kemahiran-kemahiran

Aktiviti-aktiviti yang dirancangkan merupakan satu prosedur untuk memupuk perlakuan yang positif,

pengetahuan budaya serta perkembangan persepsi.

Kemahiran-kemahiran yang dibentuk ialah: 

i. kemahiran perlakuan;

ii. pengetahuan budaya; dan

iii. perkembangan persepsi / pengamatan.

c. Kegiatan/Bidang

Empat jenis kegiatan yang dirancangkan untuk peringkat ini ialah:

i. melukis dan membuat gambar;

ii. membuat rekaan dan mencorak;

iii. membentuk dan membuat binaan; dan

iv. memperkenalkan kraf tradisional.

d. Jenis

Terdapat 18 jenis aktiviti yang disarankan untuk membantu menyalurkan kemahiran-kemahiran dalam

Pendidikan Seni. (rujuk Huraian Sukatan Pelajaran).

e. Kandungan

Kandungan ialah isi atau motif yang dapat dikaitkan ke dalam program pembelajaran Pendidikan

Seni. Aspek inilah yang menentukan penyerapan dan hubungan nilai-nilai kepekaan murid terhadap

alam sekeliling mereka.      

f. Teknik Pengajaran dan Pembelajaran

126

Page 127: Modul Seni 4

Masa untuk Pendidikan Seni ialah 60 minit seminggu.  Dalam lingkungan masa yang terhad, pada

jangkaan umum tentu membangkitkan beberapa masalah, namun demikian teknik pengajaran dan

pembelajaran dalam KBSR boleh menghapuskan sebahagian besar masalah tersebut.

Contoh Teknik Gabungjalin Pendidikan Seni dan Bahasa

Kegiatan :  Membentuk dan Membuat Binaan

Jenis aktiviti   : Topeng

Kandungan :  Bentuk haiwan

Tajuk :  Saya ada memelihara ……..(kucing, ayam, burung dan lain-lain)

   

Objektif: Mengenal rupa/nama beraneka jenis haiwan peliharaan (pengamatan).

: Melukis mengikut sifat semula jadi sesuatu benda (kemahiran perlakuan).

   

Alatan : kertas, krayon atau pensel, gam dan gunting.

   

Cara Pengelolaan (a)  Berbual darihal binatang  peliharaan di rumah.

(b)  Mengenal beraneka jenis binatang peliharaan daripada gambar-gambar carta yang ada kaitan.

(c)  Mengenal rupabentuk simbol binatang-binatang yang mudah dikenal.

(d)  Aktiviti membentuk.

(e)  Menghias/mengubahsuai lebih menarik.

   

g. Isu dan Kesan dari Pengajaran dan Pembelajaran Tadi

Hasil Pembelajaran dapat dicapai dimana penggabung jalinan dapat dilakukan bukan sahaja di bidang

pelajaran Bahasa, Seni, Muzik, Manusia dan Alam Sekitar bahkan juga merupakan satu langkah

utama dalam memberi kemahiran asas KBSR dan 3M.

Kemahiran secara lisan seperti bercerita, bertutur dengan baik akan dapat diperolehi dan pada akhir

pelajaran situasi lakonan boleh diadakan.  Murid mengajuk karektor binatang yang direka dengan

memakai topeng yang berkaitan.  Lebih menarik lagi kalau diberi peluang murid-murid menyanyi

sambil menggayakan watak-watak binatang yang dicipta.

h. Persediaan Guru

Di samping perancangan penggal, mingguan dan harian, anda sebagai guru hendaklah:

127

Page 128: Modul Seni 4

(i)   mempunyai pengetahuan serta kemahiran terhadap topik/tajuk dan kaedah pengajaran yang

sesuai;

(ii)  sentiasa bersedia dengan alat bahan pelajaran yang hendak digunakan;

(iii) memperolehi berbagai jenis alat bantu mengajar yang sesuai;           

(iv) sentiasa peka dan memahami tentang keperluan dan masalah pelajar; dan

(v)  menentukan tempat yang sesuai untuk pengajaran.

i. Persediaan Pelajar

Dalam proses pembelajaran, pelajar seharusnya bersedia dengan:

(i)   alat-alat dan bahan-bahan yang akan digunakan dalam proses pembelajaran;

(ii)  membuat kajian dan rujukan yang diarahkan sebelum pelajaran yang diarahkan serta

menyediakan soalan-soalan, idea-idea yang sesuai; dan

(iii) buku-buku skrap, catatan, sampul lukisan dan buku lakaran.

7.2.1 Memilih Strategi dan Merancang Aktiviti

Pengajaran secara kelas dengan hanya menitikberatkan satu aktiviti, satu tajuk dan satu jenis bahan adalah satu

cara pendekatan biasa. Ini kerana cara ini tidak mengambil berat tentang perbezaan mental seseorang dan

kemahuan individu. Pendidikan seni berkeupayaan meneroka sifat kreatif yang sedia ada pada kanak-kanak dari

hasil aktiviti-aktiviti yang menarik, yang boleh menimbulkan perasaan gembira dan juga yang mencabar

imaginasi kanak-kanak, cenderung untuk mencuba lagi membuat sesuatu aktiviti. Salah satu cara pendekatan

yang lebih mencabar kreativiti kanak-kanak ialah dengan berinteraksi dalam kumpulan.

a. Cara kumpulan boleh di jalankan dengan:

i.   mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu satu tajuk;

ii.   mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti;

iii. mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk; atau

iv. mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti.

b. Beberapa faktor penting yang anda perlu sedari di dalam merancang program pendekatan

secara kumpulan adalah seperti berikut

i.    Objektif pelajaran dan pembelajaran tepat, jelas dan dapat diukur prestasinya sebagai hasil

satu unit keseluruhannya.

ii.   Tidak terlalu banyak kemahiran yang hendak disalurkan di dalam aktiviti yang dirancangkan.

Sesuaikan kemahiran-kemahiran perlakuan yang sama untuk beberapa aktiviti yang

ditetapkan.

iii. Tentukan cukup masa untuk mengendalikan program pendekatan cara kumpulan.

128

Page 129: Modul Seni 4

(

iv. Adakan kemudahan dan kelengkapan yang cukup untuk kanak-kanak.  Alat tidak cukup

semestinya dibeli, bahan-bahan kutipan dan gantian lebih menghidupkan lagi suasana

pembelajaran.

v.   Rancangkan aktiviti yang mudah atau senang tetapi menarik dan berkesan.

c. Contoh-contoh Cara Mempelbagaikan Aktiviti-aktiviti dalam Pengajaran

Contoh A   – Mempelbagaikan aktiviti dan bahan untuk satu tajuk.

1. Melukis dan Mengambar

a.   Tajuk  :  Hari Kebangsaan

b.   Pelbagai aktiviti atas tajuk yang sama.

(i)   Lukisan

(ii)  Catan

(iii) Kolaj

(iv) Resis

2. Membuat Rekaan dan Corak

a. Tajuk  :  Corak Kain Ibu Saya

b. Pelbagai aktiviti.

(i)   Lukisan

(ii)  Catan

(iii) Lipatan dan guntingan

(iv) Kolaj

3. Membentuk dan Membuat Binaan

a.   Tajuk   :     Haiwan Jinak

b.   Pelbagai aktiviti.

(i)   Lipatan dan guntingan

(ii)  Anyaman

(iii) Assemblaj

4. Memperkenalkan Kraf Tradisional

a.   Tajuk  :   Seni Ukiran

b.   Pelbagai aktiviti.

129

Page 130: Modul Seni 4

(i)   Lukisan

(ii)  Catan

(iii) Gurisan dan tekanan

(iv) Ukiran bermotif mudah

d. Contoh B  – Mempelbagaikan kegunaan bahan dalam satu jenis aktiviti.

a.    Aktiviti       :     Membentuk - Topeng

b.    Bahan-bahan yang berlainan:

(i)   Kelongsong kertas

(ii)  Plastic

(iii) Stokin

(iv) Sampul surat

(v)  Kotak

Contoh C – Mempelbagaikan jenis aktiviti untuk satu jenis bahan dan tajuk.

3. (a)  Bahan   :     Biji getah atau biji kelapa sawit.

(b)  Tajuk     :     Alat Perhiasan

(c)  Aktiviti    :

       (i)  membuat mobail / bidai

      (ii)  kalung / rantai

      (iii) tali pinggang

      (iv) tanjak / ikat kepala

4. (a)  Bahan  :    Biji getah dan biji kelapa sawit

(b)  Tajuk    :    Alam Haiwan (Serangga)

(c)  Aktiviti   :  

       (i)  Membentuk Semut

      (ii)  Membentuk Labah-Labah

     (iii)  Membentuk Rama-Rama

     (iv)  Membentuk Nyamuk

Contoh D – Mempelbagaikan tajuk untuk satu aktiviti.

(a)  Aktiviti   :   Menggambar - Catan

(b)  Kandungan pelajaran   :   Keluarga

(c)  Tajuk-tajuk berkaitan     :

        (i)    Saya Bantu Ayah Basuh Kereta

        (ii)   Bermain Bola di Hadapan Rumah Dengan Abang

130

Page 131: Modul Seni 4

        (iii)  Di Dusun Buah-Buahan

7.2.2 Memilih Kaedah dan Teknik Pengajaran

Kejayaan sesuatu pelajaran Pendidikan Seni banyak bergantung kepada seorang guru yang penuh komitmen,

serta kreatif dan sentiasa ingin menambah pengetahuan serta dapat pula memilih kaedah dan teknik pengajaran

yang wajar bagi pengajarannya.

Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran Pendidikan Seni hendaklah sesuai dengan objektif dan isi kandungan

pelajaran, pengetahuan dan pengalaman serta minat pelajar dan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang

tersedia. Pelbagai kaedah yang boleh digunakan termasuklah kaedah inkuiri penemuan, penerangan dan

demonstrasi, projek individu/kumpulan, lawatan/kegiatan  di luar bilik darjah, tayangan bahan-bahan

visual.

Teknik pula seperti nyanyian, bercerita, puisi, kuiz, lakonan, simulasi dan sebagainya. Teknik-teknik ini

memberi peluang kepada murid mengasahkan kemahiran-kemahiran berikut seperti memerhati, mengumpul

maklumat, membuat analisa, menyoal, merumus, melukis, menjalankan eksplorasi, menilai dan membuat

rujukan.  

Kaedah dan teknik yang dipilih hendaklah berpusatkan pelajar dan haruslah dipelbagaikan supaya pelajar

dapat menyertai proses pengajaran dan pembelajaran dengan aktif dan merangsangkan pelajar. Ianya perlu

sesuai untuk sesuatu tajuk pelajaran, keadaan kelas, kebolehan dan minat pelajar, alat dan bahan yang ada serta

kecenderungan guru.

7.2.3 Diskripsi Beberapa Kaedah Pengajaran

a. Kaedah Inkuiri-Penemuan

i. Kaedah inkuiri-penemuan adalah paling  sesuai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni

khususnya untuk aktiviti-aktiviti pembelajaran berkaitan dengan ke empat-empat bidang

dalam sukatan pelajaran. Kaedah inkuiri-penemuan melibatkan pelakjar secara aktif dalam

proses mengingat kembali, memerhati dan mendengan, menyoal, menyiasat serta

mengumpul dan mengelaskan maklumat, mengkaji, melakar, menyelidik, menganalisis,

membanding serta menaakul. Proses-proses yang sedemikian tentunya dapat meningkatkan

daya pemikiran daya kreativiti dan pemahaman pelajar.

ii. Pengajaran dan pembelajaran secara inkuiri penemuan boleh dirancang dan dilaksanakan bagi

individu atau kumpulan bersesuaian dengan objektif dan aktiviti pelajaran yang telah

ditentukan. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk aktiviti yang dijalankan di dalam atau di

luar bilik darjah.

131

Page 132: Modul Seni 4

iii. Antara faedah-faedah kaedah inkuiri penemuan bagi pelajar termasuklah: 

pelajar mempelajari sesuatu dengan bimbingan dan tunjuk ajar guru yang minimum,;

hasil-hasil dari kajian dan penerokaan adalah melalui usaha pelajar sendiri;

pelajar mempelajari cara-cara untuk mendapatkan/mengumpul sesuatu yang

diperlukan;

proses inkuiri-penemuan menajamkan deria pelajar khususnya deria penglihatan dan

perasaan;

pendedahan pelajar kepada pelbagai jenis bahan sumber pembelajaran; dan

latihan dalam proses mengesan dan menyelesaikan masalah.

iv. Persediaan dan perancangan anda sebagai guru hendaklah teliti sebelum pelajar diberi sesuatu

aktiviti yang dijalankan. Anda hendaklah menentukan jenis aktiviti dan langkah-langkah

untuk menjalankannya. Anda perlu memberitahu pelajar anda tentang sumber-sumber yang

diperlu dirujuk.

b. Kaedah Penerangan dan Demonstrasi

Kaedah penerangan dan demonstrasi atau tunjuk cara merupakan kaedah yang seringkali dilakukan

oleh guru seni. Kaedah tersebut lebih berpusatkan guru dan penyampaian isi kandungan pelajaran

adalah melalui penerangan alat/bahan dan atau tunjuk ajar sesuatu teknik menghasilkan 2D dan 3D.

Namun begitu, penyertaan pelajar adalah digalakkan di dalam interaksi lisan dan demonstrasi. 

c. Kaedah Projek Individu/Kumpulan

Kaedah projek individu/kumpulan adalah sesuai untuk sesuatu jenis aktiviti yang dirancang dan

mengambil masa yang lebih panjang. Pelajar dikehendaki mengumpulkan bahan-bahan yang perlu

untuk aktiviti projek. Kaedah tersebut adalah sesuai untuk kedua-dua jenis aktiviti 2D dan 3D. 

d. Lawatan/Kegiatan di Luar Bilik Darjah

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni khususnya aspek asas senireka, lawatan

dan kegiatan di luar bilik darjah adalah kaedah yang sesuai digunakan. Kaedah tersebut adalah paling

sesuai apabila kajian-kajian penerokaan perlu dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan dari alam

sekitar. Kaedah ini juga boleh digabungkan dengan kaedah inkuiri-penemuan pada masa-masa

tertentu. 

e. Tayangan Bahan-bahan Visual

132

Page 133: Modul Seni 4

Tayangan bahan-bahan visual seperti lutsinar OHP dan gambar-gambar slaid adalah satu kaedah yang

dapat memberi motivasi serta menimbulkan perasaan ingin tahu dikalangan pelajar. Tayangan bahan-

bahan visual itu menghidupkan pelajaran di dalam bilik darjah sambil menajamkan fokus pemerhatian

pelajar.

Penerangan konsep-konsep lebih berkesan jika dibantu dengan teknik tayangan bahan-bahan visual. 

Guru-guru seni hendaklah berusaha mengadakan koleksi bahan tersebut untuk memudahkan

penyampaian pelajaran mereka serta mewujudkan motivasi di kalangan pelajar.

7.3 MENYEDIAKAN SUMBER PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG SESUAI DENGAN ISI

PELAJARAN

Sebagai guru Pendidikan Seni yang berkesan, anda haruslah bijak dalam membuat pemilihan sumber atau alat

bantuan mengajar pengajaran dan pembelajaran, penghasilan dan penggunaan sumber bahan pengajaran dan

pembelajaran. 

Keberkesanan penghasilan, pemilihan dan penggunaan sumber pengajaran dan pembelajaran dengan baik ini

akan dapat membantu guru dalam menentukan tahap pencapaian secara kolaboratif dan koperatif. 

Guru Pendidikan Seni perlu menentukan dan mengenalpasti sumber pengajaran dan pembelajaran mengikut

pertimbangan peringkat pengutaraan tampak kanak-kanak dan ini akan dapat mengaplikasikan pertimbangan

asas untuk menggunakan bahan sumber atau alat bantuan mengajar secara lebih berkesan.

ACTIVITI

Cuba fikirkan bersama persoalan-persoalan seperti: 

i. Apakah yang dimaksudkan dengan sumber pengajaran?

ii. Senaraikan jenis-jenis sumber-sumber pengajaran yang sesuai digunakan di dalam bilik darjah.

iii. Apakah ciri-ciri sumber pengajaran yang baik?

7.3.1 Sumber Pengajaran dan Pembelajaran

(a)  Bahan Dua Dimensi dan Tiga Dimensi

i. Bahan Bergambar

Contoh: Lukisan, gambar, majalah, gambar foto, kalendar, suratkhabar, carta langkah (yang

mempunyai keterangan lakaran urutan langkah.)

133

Page 134: Modul Seni 4

Sumber: 

http://ww

w.furcon.

de/album

Rajah 7.4 

Sumber

:http://ww

w.buffy.nu

Sumbe

r:http://

www.schatzistr

easure.com

/cabyssinian.ht

ml

i. Bahan Maujud

Contoh: Bahan yang sebenarnya seperti buah-buahan, dan semua yang berkaitan dengan alam

semulajadi dan alam benda

Rajah 7.5

(b)  Bahan yang Boleh Menjelaskan Konsep Berdasarkan Pengalaman Sedia Ada Murid

Contoh: kreativiti murid, imaginasi, pengalaman masa lalu, pemikiran kritis dan kreatif dan peristiwa yang

pernah di lalui.

(c)  Penggunaan Teknologi

Contoh: OHP, slaid, televisyen, radio, komputer (internet).

134

Page 135: Modul Seni 4

Rajah 7.6

RUMUSAN

Walau apapun kaedah yang dipilih dalam pengajaran dan pembelajaran KBSR, murid seharusnya menjadi

tumpuan pembelajaran. Oleh yang demikian anda sebagai guru, seharusnya arif mengendalikan kelas dan

berupaya memilih teknik (cara) penyampaian pelajaran yang sesuai dengan taraf kebolehan murid, tajuk-tajuk

pelajaran, masa, ruang serta bahan pengajaran dan pembelajaran.

GLOSARI

Logik —  Secara akal dan pemikiran apa yang dilihat sahaja

Estetik—  Nilai-nilai keindahan

Interaks —  Perhubungan komunikasi

Teknik —  Cara

135

Page 136: Modul Seni 4

Maujud—  Objek/bahan yang nyata

Alternatif —  Pilihan

Visual—  Tampak

Inkuiri —  Hasil penemuan

Eksploras —  Pelbagaikan, penerokaan

Etika—  Prinsip

Menaaku —  Hasil pemikiran

Akses kendiri—  Kajian hasil secara individu/sendiri

Masteri —  Mahir, pakar

UJIAN 1

Secara berkumpulan tidak lebih dari empat orang, hasilkan satu Perancangan Tahunan untuk tahap satu dan

tahap dua yang merangkumi ke empat-empat bidang yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni

Sekolah Rendah. 

UJIAN 2

Hasilkan satu Rancangan Harian  yang mengandungi objektif, strategi, kaedah, teknik dan lengkap dengan alat

bantuan mengajar. 

136

Page 137: Modul Seni 4

TOPIK 8 PENGAJARAN MIKRO DAN MAKRO

PENGENALAN

Sebelum anda muncul sebagai seorang guru yang berketrampilan, amalan pengajaran dan pembelajaran yang

betul dan berkesan perlu dilakukan. Ia bukan sekadar dirancang tetapi juga dipraktikkan di empat penjuru bilik

darjah dan di hadapan murid dengan menggunakan strategi, teknik dan kaedah yang betul. Amalan mempraktik

dan merancang dalam pengajaran dan pembelajaran perlu disuaikan dengan situasi pelajar, aras pemikiran

pelajar dan strategi yang dapat menepati objektifnya. Pengajaran mikro merujuk kepada satu-satu proses atau

kaedah tetapi bagi pengajaran makro melibatkan  fizikal bilik darjah dan sejumlah pelajarnya sekali. Ia perlu

diperincikan mengikut langkah atau perkembangan satu persatu.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan bagaimana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah melibatkan perancangan, strategi, alat

bantu mengajar dan kaedah yang sesuai;

2. menjelaskan bagaimana pelbagai strategi boleh diaplikasikan di dalam pelbagai situasi dan bahan pengajaran;

3. menjelaskan bagaimana perancangan yang jitu dan tepat perlu untuk mencapai objek pengajaran dan

pembelajaran;

4. menjelaskan bagaimana perancangan yang betul akan dapat menyempurnakan agihan bidang secara saksama bagi

satu tahun pengajaran; dan

5. mengaplikasi secara betul perancangan pengajaran bagi bakal seorang guru permulaan.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

137

Page 138: Modul Seni 4

 

8.1 MEMBUAT RANCANGAN HARIAN

8.1.1 Pengenalan

Perancangan pelajaran harian dibuat untuk memudahkan perlaksanaan sesuatu pengajaran dan

pembelajaran bagi sesuatu tempoh waktu tertentu, misalnya untuk satu waktu pengajaran, satu minggu atau

satu semester. Jika tempoh jangkaan pengajaran itu hanya melibatkan satu jam, maka perancangan pengajaran

ini mestilah disuaikan dengan tempoh satu jam itu. Begitulah seterusnya, pengajaran mungkin menjadi agak

panjang kerana melibatkan sesuatu projek atau satu pengajaran yang berfasa. Cara membuat rancangan ini

dilakukan dengan melihat beberapa penelitian antaranya:

138

Page 139: Modul Seni 4

Rancangan harian perlu disediakan dengan jelas dan tepat. Catatan-catatan yang

memperlihatkan urutan, penyataan objektif, aktiviti dan strategi pengajaran menjadi fokus utama

catatan.

Objektif pelajaran yang dipilih bersesuaian dengan kebolehan pelajar. Unsur-unsur nilai yang

hendak diserap juga dinyatakan dengan  jelas dan sebaik-baiknya mempunyai kaitan tajuk.

Rancangan harian menggambarkan perkembangan pelajaran sebelumnya. Kesinambungan di antara

tajuk diambil kira seberapa yang boleh.

Rancangan harian hendaklah mengambil kira perbezaan kebolehan pelajar di antara kelas dalam

darjah yang sama.

Catatan dalam rancangan harian menunjukkan dengan jelas tentang bahan pelajaran dan pembelajaran

yang akan digunakan.

Perkara-perkara berikut perlu dicatat dalam rancangan harian:

(i)   Tajuk

(ii)  Objektif

(iii) Kemahiran

(iv) Nilai murni

8.1.3 Penyampaian

Bahagian  kedua dalam komponen rancangan pelajaran harian  ini melibatkan penulisan langkah-langkah

pengajaran yang disusun mengikut turutan berdasarkan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Penyampaian

pelajaran akan berkembang berasaskan kepada prinsip-prinsip:

(a)  Senang kepada susah

(b)  Dekat kepada yang jauh

(c)  Konkrit kepada abstrak

(d)  Sudah diketahui kepada yang belum diketahui

Dalam perkembangan  penyampaian ini guru akan mencatatkan apakah kandungan atau isi penting yang perlu

dimasukkan, strategi, kaedah dan aktiviti yang sesuai, masa dan alat bantu mengajar yang sesuai. Juga

ditekankan ialah perkara lain seperti penyerapan nilai murni, unsur kesepaduan, pengukuhan, penggunaan

bahasa dan suara. Di bahagian ini guru mengamalkan segala teori dan prinsip pedagogi yang telah dipelajari

untuk menghasilkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Di dalam perkembangan yang seterusnya, langkah-langkah pengajaran akan diteliti satu demi satu untuk

mendapatkan pertalian yang sebenar-benar sekuen berasaskan masa dan kesinambungan  isi pelalajaran yang

terancang.

Isi pelajaran yang akan diajar berdasarkan isi yang telah ditetapkan di bahagian awal hendaklah ditulis dengan

terang dan jelas untuk memastikan bahawa isi pelajaran ini tidak tercicir atau tertinggal. Ia seharusnya dirujuk

139

Page 140: Modul Seni 4

bersaskan kepada objektif tingkahlaku pelajar serta bidang kemahiran yang ingin diterapkan dari masa ke

semasa. Dengan ini guru akan dapat membawa satu kaedah yang terancang dan disertai pula dengan carta

langkah yang telah disediakan oleh guru. Sebaiknya dalam produk seni, demonstrasi guru perlu dibuat untuk

menunjukkan urutan hasilan dan kemahiran yang ingin diterap dalam pengajaran tersebut.

Bagi satu isi yang besar atau projek, pecahkan beberapa langkah atau perkembangan untuk mendapatkan satu

aliran perkembangan pemikiran dan kemahiran yang sentiasa sekuen dengan isi pelajaran. Bagi tujuan

pengajaran Pendidikan Seni Visual, bahagian ini merupakan bahagian paling utama dan mengambil masa yang

terbanyak. Ini disebabkan kerana perkembangan pelajaran akan disertai dengan perkembangan aktiviti

menghasil produk atau ingatan.

8.1.4 Kemuncak

Setelah selesai menyampai melalui proses menerang, mendemonstrasi, memandu pelajar dalam penguasaan

kemahiran dan pembelajarannya, pelajar seterusnya menyudahkan produk atau hasilan seninya. Situasi ini

berlaku sehingga tiga per empat waktu pengajaran  dan ketika ini guru perlu menilai pencapaian objektif

pengajarannya. Salah satu caranya ialah dengan meminta murid menunjukkan hasilan kerja atau karya menerang

semula apa yang telah difahami oleh murid. Guru boleh membuat soalan-soalan yang menguji mengenai

kefahaman intipati pelajaran yang dipelajari. Peringkat penilaian (‘appraisal’) ini sebenarnya mengukur

keupayaan dan kebolehan pelajar serta merefleks keberkesanan pengajaran guru. Kemuncak atau ‘appraisal’ ini

diwujudkan untuk mengukur penguasaan dan kemahiran pelajar. Justeru itu kemuncak merupakan suatu

bahagian penting sebelum penutup dalam pengajaran guru. Bahagian kemuncak amat perlu kerana ia:

(a)  mengukur pencapaian pelajar;

(b)  mengukur kecekapan guru;

(c)  mengukur pencapaian objektif tingkahlaku pelajar;

(d)  adalah tindakan susulan sebelum ditamatkan; dan

(e)  adalah refleksi guru terhadap penguasaan ilmu dan kemahiran terhadap  pelajarnya. 

8.1.5 Penutup

Penutup merupakan komponen yang terakhir dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan seni Visual. Jika

subjek lain hanya melibatkan tiga komponen, Pendidikan Seni Visual memasukkan kemuncak bagi

memperkukuhkan lagi penguasaan kognitif, psikomotor dan afektif. Pada peringkat penutup ini terangkum di

dalamnya kesimpulan dan jenis-jenisnya, penilaian, tugasan susulan dan ulasan kendiri. Terdapat dua jenis

kesimpulan yang didominasikan dalam pengajaran iaitu:

(a)  Kesimpulan Kognitif

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru biasanya melakukan tiga perkara tersebut:

140

Page 141: Modul Seni 4

memberitahu pelajar apa yang akan diajar;

menyampaikan ilmu dan kemahiran; dan

merumus dapatan pengajaran.

Apapun yang penting dalam rumus kognitif ini ialah penguasaan secara total isi pelajaran dan kemahiran yang

seharusnya dikuasai oleh pelajar.

(b)  Kesimpulan Sosial

Ia merumuskan mengenai sikap pelajar, psikologi pelajar, kehadiran pelajar dan komitmen pelajar dalam

pengajaran dan pembelajaran guru tadi. Apakah yang dirasai oleh pelajar di akhir pengajaran guru tadi? Adakah

pelajar merasa puas dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru? Adakah murid telah merasakan pengisian

ilmu dari pengajaran dan pembelajaran guru? Adakah guru merasa puas bahawa hasilan pelajar membawa

output yang menggembirakan?

Biarpun begitu, guru juga harus merumus kekuatan dan kelemahan dalam pencapaian pelajar. Guru seterusnya

mengukuhkan semula pemahaman pelajar melalui peneguhan istilah, rumus kemahiran dan rumus nilai yang

diterap di sepanjang pengajaran dan pembelajaran.

ACTIVITI

Bagi satu pengajaran dan pembelajaran di bawah tajuk pualaman, apakah pertimbangan-pertimbangan yang

anda ambil untuk mengukur kefahaman pelajar di peringkat kemuncak dan penutup? 

1. ______________________________________________________________________________ 

2.______________________________________________________________________________ 

3.______________________________________________________________________________ 

8.2 MENGGUNAKAN ALAT BANTU MENGAJAR YANG SESUAI

Pemilihan pelbagai alat bantu mengajar yang sesuai dan relevan dengan perancangan pengajaran dan

pembelajaran dapat memperkukuhkan pemahaman dan pengalaman tampak kepada pelajar. Pemahaman

secara ‘first-hand’ dan bersifat konkrit dalam mindanya menjadikan suatu input yang bermakna dan pelajar akan

teransang ke arah penguasaan ilmu secara bersistem. Guru yang mengajar akan lebih mudah untuk mengurus

dan memandu arah pengajaran mengikut aturan perkembangan pelajaran yang dirancang. Peneguhan input

kepada pelajar berbantu alatan guru yang digunakan akan menghasilkan  sesi pengajaran dan pembelajaran tidak

membosankan. 

141

Page 142: Modul Seni 4

8.2.1 Pemilihan dan Pengunaan Alatan Mengajar

Anda haruslah memilih dan menggunakan alatan mengajar yang:

berkaitan dengan tajuk pelajaran;

sesuai dengan jenis aktiviti yang dirancangkan;

sesuai dengan saiz kumpulan yang diajar (kumpulan besar, kecil atau individu);

sesuai dengan lokasi pengajaran dan pembelajaran, seringkali dikaitkan dengan kedudukan di studio

seni;

melibatkan deria yang berkaitan; dan

sesuai dengan latar belakang belajar.

8.2.2 Koleksi Pengunaan Alat Bantu Mengajar Pendidikan Seni Visual

a. Hasil kerja pelajar yang baik yang boleh dijadikan koleksi contoh untuk asas senireka, organisasi

rekaan, pemahaman dan penghargaan.

b. Hasil kutipan benda maujud yang terdapat di persekitaran seperti kulit kerang, kayu hanyut,

dedaunan, buah-buahan dan sebagainya yang akan dijadikan sebagai asas kajian pembelajaran

Pendidikan Seni Visual.

c. Keratan-keratan dari akhbar dan majalah boleh dijadikan bahan buku skrap dan carta untuk

digunakan sebagai bahan kajian, penjanaan idea dan perbincangan mengenai “subject matter” dalam

pengajaran dan pembelajaran.

d. Koleksi gambar slaid yang meliputi berbagai aspek Pendidikan Seni Visual termasuk hasil karya

pelukis-pelukis terkenal tempatan, antarabangsa, pemandangan dan situasi luar biasa yang boleh

meransang dan menjadi pemangkin minda pelajar untuk menguasai       maklumat pembelajaran.

Pelajar akan melihat mood gambar sebagai input pemahaman mengenai hal benda yang akan

diperkatan.

142

Page 143: Modul Seni 4

e. Koleksi transparensi ‘overhead projector’ (OHP) bagi menerangkan konsep serta langkah-langkah

dalam aspek asas senireka dan organisasi rekaan dalam memperteguhkan lagi kefahaman dalam

penguasaan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

f. Filem bergerak dan pita video boleh dipinjam dari Jabatan Filem Negara Malaysia, perpustakaan,

Bahagian Teknologi Pendidikan dan perbadanan  tertentu untuk mendapatkan bahan sokongan dalam

menghidupkan situasi pengajaran dan pembelajaran.

g. Muzik juga dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran kerana ‘mood’ belajar dan

mengajar boleh dibentuk melalui lagu-lagu latar, disamping menjadikan bilik darjah tidak terlalu

sunyi dan dapat menyuntik semangat pelajar untuk belajar. Penggunaan perakam kaset, perakam

vedeo yang diselang-selikan dengan audio visual amat memberangsangkan dalam pembelajaran.

h. Bagi membantu dan menggalakkan pelajar membuat kajian, risalah-risalah  mengenai beberapa

aspek seni perlu diperolehi dan disimpan atau dipamerkan di Pusat Sumber Sekolah atau bilik seni.

Selain daripada itu buku-buku rujukan, buku panduan khas, istilah dan sukatan pelajaran perlu

dibekalkan untuk mempertingkatkan prestasi guru-guru Pendidikan Seni Visual.

i. Kontemporari ini, penggunaan peralatan dalam bidang teknologi maklumat telah digunakan secara

global dan meluas. Penguasaan penggunaan komputer misalnya telah menjadi suatu agenda besar

dalam dunia pendidikan. Lebih dari itu, pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual yang

berbantukan perisian-perisian komputer mempermudah dan mempercepat urusan memproses dapatan

dalam produk komputer.

ACTIVITI

Klasifikasikan strategi pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di bawah ini:

Pemusatan Guru Pemusatan Alat/ Bahan Pemusatan Murid

Demonstrasi Projek

143

Page 144: Modul Seni 4

Syarahan Inkuiri penemuan

Pengajaran berkumpulan Perbincangan

Pengajaran mikro Penyoalan

Bercerita Penyelesaian masalah

Pengajaran keseluruhan kelas Simulasi

Main peranan

Sumbangsaran

Kumpulan

8.2.3 Tujuan Pengunaan Alat Bantu yang Sesuai dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Seni Visual

a. Menentukan pendekatan objektif pelajaran dapat dicapai, mudah dan   terancang.

b. Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan mengikut  pecahan, perkara dan

langkah-langkah

c. Memberi maklumat secara ‘first-hand’ kepada pelajar yang membolehkan pelajar menaakul maklumat

dan pemahaman dengan lebih mudah.

d. Penggunaan masa yang lebih terancang berdasarkan pemilihan alat dan bahan yang disuaikan mengikut

langkah dan perkembangan.

e. Guru mendapat suatu kelegaan dari urusan menyampai dan menerang kerana penggunaan alat dan

bahan membolehkan guru mengatur strategi yang lebih terurus dan terancang.

f. Pengagihan alat dan bahan pengajaran dapat digunakan sebagai kaedah untuk membuat pertimbangan-

pertimbangan tertentu dalam menukar strategi atau menukar teknik terutamanya apabila berlakunya

masalah dalam penguasaan pemahaman pelajar..

g. Penggunaan alat dan bahan menjadikan pengurusan kelas lebih terancang kerana pemusatan

pembelajaran berlaku ke atasnya.

h. Penggunaan alat dan bahan juga menjadikan penguasaan kemahiran manipulatif dapat diawasi dan

dipertingkatkan dari masa ke semasa.

i. Penggunaan alat dan bahan memudahkan untuk urusan penilaian. Samada ia dinilai secara formatif

atau sumatif, produk seni visual mereka jelas menampilkan penguasaan pembelajaran yang di pelajari.

j. Penyerapan nilai murni berlaku melalui penggunaan alat dan bahan yang digunakan dan pada jangka

panjang pemantapan afektif akan berlaku.

k. Perkara yang lebih penting dan bermakna dari penggunaan alat dan bahan ialah pemantapan domain

kognitif, psikomotor dan afektif yang berlaku dari aktiviti Pendidikan Seni Visual.

144

Page 145: Modul Seni 4

ACTIVITI

Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan

domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar? Cuba anda bincangkan.

8.3 KEMAHIRAN-KEMAHIRAN PENYAMPAIAN

Kemahiran penyampaian yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran menjadikan guru lebih bersedia

dan merasakan bahawa bidang tugasnya bukan suatu desakan atau tekanan. Ia merupakan suatu penguasaan

dalam menganalisis, membuat sintesis dan membuat penilaian terhadap bidang atau tajuk yang akan diajar.

Seseorang guru seharusnya merancang situasi dan bahan pengajaran yang sesuai dengan kebolehan murid agar

dia berupaya meningkatkan kualiti pengajarannya. Seterusnya, strategi penyampaian pengajaran guru perlu

disuaikan dengan aras pelajar, persekitaran dan objektif pelajaran. Strategi ini lazimnya mengambil kira

penguasaan kognitif, iaitu aras pengetahuan, kefahaman, penggunaan, analisis, sintesis dan penilaian. Tahap

pemikiran pelajar boleh ditentukan dengan penggunaan jenis-jenis soalan mengukur kemahiran berfikir seperti

menggunakan pelajaran pemikiran CoRT (Cognitive Research Trust). Kemahiran pengajaran ini merangkumi

teknik-teknik seperti PMI (Plus, Minus, Interesting), APC (Alternative, Possibilities, Choices) dan C & S

(Consequence and Sequence). Antara kemahiran penyampaian yang dapat diaplikasi dengan berkesan dalam

pengajaran pembelajaran Pendidikan Seni Visual ialah:

a. Membuat generalisasi mengenai isi kandungan pelajaran. 

b. Menyenaraikan kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai dalam sesuatu bidang atau tajuk yang bakal

diajar dan dikuasai oleh pelajar.

c. Membuat hukum biasaan terutamanya dalam sesuatu kaedah mengajar yang disenangi oleh pelajar.

Ajar dari mudah kepada susah.

d. Bersikap proaktif dalam menjalankan tugas atau peranan dan hindarkan retroaktif yang menggugat

kelancaran penyampaian pengajaran. Watak guru menampilkan sesuatu yang disenangi dan ceria..

e. Membina konsep mudah di kalangan pelajar terhadap isi pelajaran yang bakal dikuasai. Gunakan

formula tertentu untuk mudah difahami dan ditaakul.

f. Menekankan teknik pengajaran berpusatkan pelajar. Lebih banyak peranan yang dimainkan oleh

pelajar lebih baik dan berkesan.

8.3.1 Kemahiran Penyampaian Set Induksi

Pada peringkat set induksi, guru hendaklah berbincang, bercerita, bersoal jawab dengan pelajar tentang tajuk

serta perkara-perkara yang berkaitan. Guru haruslah mengaitkan tajuk dengan minat, pengetahuan dan

pengalaman pelajar dalam kehidupan sehariannya. Aktiviti-aktiviti lisan yang dijalankan perlulah melibatkan

pelajar secara aktif. Satu aspek yang penting lagi ialah alat-alat bantu mengajar seperti bahan siap, contoh-

145

Page 146: Modul Seni 4

contoh gambar, benda-benda maujud dan bahan-bahan semulajadi eloklah digunakan supaya penyampaian akan

lebih berkesan.

8.3.2 Kemahiran dalam Teknik Penyoalan

Kemahiran guru menyoal dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni adalah satu faktor utama yang

mendorong peningkatan daya intelek pelajar. Justeru itu, seorang guru Pendidikan Seni Visual hendaklah

berkemahiran membentuk soalan-soalan yang bermutu tinggi untuk mencabar dan mengembangkan daya

pemikiran pelajar. Beliau harus juga mahir mengemukan soalan-soalannya dengan berbagai teknik yang

memberi peluang kepada semua pelajar untuk menjawab mengikut kebolehan masing-masing. Sambil menyoal,

beliau juga mengetahui bagaimana memberi bimbingan yang sewajarnya ke arah menemui jawapan atau

menyelesaikan sesuatu masalah berkaitan dengan tajuk pelajaran, pengetahuan dan pengalaman pelajar. Dalam

aktiviti bersoal jawab, anda sebagai guru Pendidikan Seni Visual harus ingat menimbang perkara-perkara yang

berikut:

a. Pelajar harus mudah memahami soalan-soalan.

b. Kemukakan soalan sebelum meminta individu memberi jawapan.

c. Beri masa untuk pelajar berfikir.

d. Beri peluang menjawab kepada setiap pelajar.

e. Beri bimbingan yang sewajarnya untuk menjawab soalan.

f. Beri soalan lebih mudah kepada pelajar lambat untuk membina keyakinan.

g. Beri pujian atau komen positif terhadap jawapan baik sebagai galakan dan  pengukuhan.

h. Galakkan pelajar untuk mengemukakan soalan.

i. Elakkan soalan-soalan yang hanya memerlukan jawapan ‘YA’ atau ‘TIDAK’.

j. Kemukakan soalan-soalan bercapah yang mencungkil pemikiran pelajar seperti soalan-soalan

mengingat kembali, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

8.3.3 Penilaian Kendiri dan Refleksi

a. Definisi Penilaian kendiri 

Satu proses yang bersistem bagi menentukan objektif pengajaran oleh diri sendiri telah dicapai.

Menurut Rowntree, penilaian kendiri merupakan satu proses mendapat dan mentafsir maklumat

tentang pengetahuan, kemahiran-kemahiran dan sikap seseorang. Penilaian kendiri tidak harus dilihat

sebagai proses memberi markah atau gred semata-mata kerana cara ini sekadar menjalankan

146

Page 147: Modul Seni 4

pengukuran. Secara ringkasnya pengukuran merupakan suatu cara untuk menghuraikan kuantitatif

sedangkan penilaian menghuraikan kuantitatif, kualitatif dan pertimbangan nilai. Salah satu prinsip

utama dalam penilaian kendiri ialah mentaktifkan sejelas mungkin mengenai tujuan penilaian itu

dibuat. Objektif-objektif penilaian kendiri sepatutnya dicatatkan dalam sinopsis atau rangka kerja

yang dirancang oleh seseorang guru. Kerangka ini penting untuk mendapatkan gambaran yang jelas

tentang apakah perubahan-perubahan yang akan berlaku dari segi pengetahuan, sikap dan kemahiran

yang seharusnya berlaku sehingga akhir pelajaran. Bagi kebanyakan pengajar atau guru, penilaian

kendiri hanya berasaskan kepada isi pelajaran yang diajar. Isi pelajaran memang tidak dinafikan

penting tetapi mengukur sejauh mana pelajar memahami konsep-konsep yang menguasai kemahiran-

kemahiran dan teknik-teknik menjadi kriteria yang lebih penting kerana pembelajaran dalam

Pendidikan Seni Visual menekankan pembinaan JERI (jasmani, emosi, rohani dan intelek). Sebab itu

penilaian kendiri menekankan kepada pemusatan diri pelajar atau guru (student-centred / teacher-

centred) dan bukannya mata pelajaran (subject-centred). 

b. Refleksi 

Menurut Michael J. Wallace (1991) dalam bukunya ‘Training Foreign Language Teachers: A

Reflective Approach’, refleksi ialah proses merenung kembali pengetahuan dan pengalaman yang

relevan untuk membantu kita menilai sesuatu masalah profesional supaya dapat menghadapi atau

menyelesaikannya. Renungan boleh dibuat sebelum, semasa atau selepas masalah itu berlaku. 

Rajah 8.1

c.

Menurut model di atas, seorang guru memerlukan kedua-dua teori dan pengalaman. Yang pentingnya,

guru itu menerima peluang yang mencukupi untuk menjalani latihan praktikal atau praktikum.

Refleksi berlaku dengan melibatkan perkara-perkara berikut:

o Menilai amalan bilik darjah dan mengenalpasti masalah atau perkara yang merisaukan kita

dalam bilik darjah.

o Mempertimbangkan faktor yang berkenaan dengan masalah itu.

147

Page 148: Modul Seni 4

o Merenung kembali pengetahuan dan pengalaman relevan yang mungkin dapat membantu

dalam menghadapi masalah.

o Menimbulkan satu atau lebih cara untuk menghadapi masalah itu. Tujuan utama refleksi ialah

membantu guru pelatih menilai situasi pengajaran-pembelajaran dari masa ke semasa. Guru

digalakkan menilai diri sendiri, pelajarnya serta keadaan bilik darjah untuk membantu

menentukan:

o sumber yang ada pada dirinya;

o perubahan yang perlu diwujudkan sama ada pada dirinya atau pada pelajarnya dan bilik

darjah; dan

o amalan bilik darjah yang boleh dikekalkan.

d. Refleksi dalam Pengajaran 

Pengajaran bermula dengan perancangan yang rapi. Ia boleh dilakukan dengan menggunakan

berbagai model yang difikirkan sesuai. Contoh model pengajaran Glaser dan Sim adalah seperti

berikut: 

148

Page 149: Modul Seni 4

Rajah 8.2 : Model Pengajaran Glaser

a. Menulis objektif pembelajaran tersebut.

b. Memilih isi kandungan yang tepat dan sesuai dengan objektif.

c. Menyusun atau memeringkatkan isi kandungan yang dipilih.

d. Menentukan kaedah mengajar.

e. Merancang dan menyediakan bahan pengajaran-pembelajaran.

f. Memilih aktiviti pembelajaran yang sesuai dan membuat persiapan untuknya.

ACTIVITI

Bagaimanakah anda boleh melakukan refleksi dalam tiga situasi berikut? 

a. Konferensi prapengajaran

b. Sesi pengajaran

c. Konferensi pospengajaran

RUMUSAN

Memantapkan ilmu perguruan melalui penerapan ilmu dalam pembelajaran (‘content knowledge’) dan ilmu

dalam pengajaran (‘pedagogical knowledge’) merupakan satu proses yang perlu dilakukan dengan teliti dan

berhati-hati. Ia perlu dilakukan secara seimbang agar penyerapan ilmu ke dalam minda pelajar berlaku secara

terancang dan tersusun. Kefahaman yang mendalam dalam memilih strategi, kaedah, input pembelajaran dan

inferens mestilah melihat realiti pelanggan iaitu anak didik yang sedang diajar. Penggunaan alat bantu mengajar

yang efisyen dan relevan dengan keperluan pengajaran memudahkan lagi proses penerimaan pelajar dalam

konteks pembelajaran. Wujudkan suasana pembelajaran yang terapeutik, selesa dan iklim bilik darjah yang

boleh merangsang pembelajaran. Ciri kelas yang kondusif perlu difikirkan oleh guru dan pihak pengurusan.

Dalam sebarang situasi, guru perlu membuat refleksi kendiri. Dari amalan yang biasa,  refleksi berlaku dalam

tiga situasi: sebelum pengajaran, semasa pengajaran dan selepas pengajaran. Apapun yang terhasil dari refleksi

ini, ia menjurus kepada penghayatan sebagai seorang guru yang berkesan di samping membuat

penambahbaikan. 

GLOSARI

Terapeutik —  Damai, indah, menarik atau nyaman

149

Page 150: Modul Seni 4

Kondusif—  Tenteram

Refleksi —  Muhasabah

Kuantitatif —  Berkaitan dengan jumlah          

Kualitatif —  Berkaitan dengan mutu

First hand —  Pertama dalam serba serbi

Subject-matter —  Hal benda

Sekuen —  Berurutan, berterusan, kesinambungan

Pedagogi  —  Ilmu mengajar kanak-kanak

Andragogi —  Ilmu mengajar dewasa

UJIAN 1

Bagaimanakah penggunaan alat dan bahan dalam penghasilan ukiran kayu Melayu dapat mempertingkatkan

domain kognitif, psikomotor dan afektif pelajar?

UJIAN 2

Bagaimanakah anda  melakukan refleksi dalam tiga situasi  yang berikut?

1.     konferens prapengajaran;

2.     sesi pengajaran; dan

3.     konferens pospengajaran. 

150

Page 151: Modul Seni 4

TOPIK 9 APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

PENGENALAN

“Art appreciation is not always black and white. You get out of art what you're willing to put in. Art is a

relationship and requires that you work at it.” 

Richard Nilsen, The Arizona Republic, July 2, 2006

Sumber:  http://www.azcentral.com/arizonarepublic/ae/articles/0702heard0702.html

Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh

juga dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan

aspek-aspek afektif.

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan “logical operation,such as defining, valuing, and

explaining”. Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.  Umumnya, para pendidik seni

beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan

karya seni sahaja. Munurut Chapman(1978), “If treat art as if it were only a matter of learning facts and

mastering technique, we deny its value and character”.

Kebanyakan  pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,

tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.  Macfee (1961) menegaskan bahawa  “…every culture, differences in value

and belief are expressed through language and art forms such as dress, architecture an decoration…”. 

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa atau sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan,

lukisan, cetakan dipandang sementara arca dan binaan di sentuh.  Apresiasi seni secara aktif melibatkan

penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks

ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan maksud apresiasi dan kritikan seni dan objektifnya;

151

Page 152: Modul Seni 4

2. menjelaskan tujuan apresiasi dan kritikan seni;

3. menjelaskan dua pendekatan apresiasi dan kritikan seni;

4. menjelaskan lima kaedah melihat seni;

5. menjelaskan proses apresiasi seni;

6. menjelaskan aspek nilai melalui apresiasi seni; dan

7. memberi satu contoh kritikan seni

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

 

9.1 PENGENALAN KEPADA APRESIASI DAN KRITIKAN SENI

9.1.1 Definisi

Apresiasi bolehlah di definisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-

hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema

dan hal benda serta gaya dan stail tertentu mereka.

Semuanya ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspek-aspek kognitif.

Ianya juga sebagai satu penghargaaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh

juga dikatakan sebagai pembentukkan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan

aspek-aspek afektif.

152

Page 153: Modul Seni 4

Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan 

‘Logical operation’ such as defining, valuing, and explaining.

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas.  Umumnya, para pendidik seni beranggapan

Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. 

Menurut Chapman(1978), 

“If treat art as if it were only a matter of learning facts an mastering technique, we deny its value and

character”.

Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajar-pelajar dapat memahami adat,

tradisi dan nilai sesuatu masyarakat. 

Macfee(1961) menegaskan bahawa

“…every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress,

architecture an decoration…”

Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang.  Karya seni seperti catan, lukisan,

cetakan dipandang; sementara arca dan binaan disentuh.  Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan

bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini

pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang di perlukan.

9.1.2 Objektif Apresiasi

Objektif apresiasi adalah untuk:

(a)  memahami dan bertindak terhadap aspek seni;

(b)  mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan;

(c)  menghasilkan karya (produk seni);

(d)  memahami seni dan hubungannya; dan

(e)  membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni.

9.2 Tujuan Apresiasi dan Kritikan Seni

Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan

nilai-nilai sosio-budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf.  Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri

dan hasil sendiri dengan hasil-hasil seni lain berdasarkan persepsi visual.

153

Page 154: Modul Seni 4

Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-

kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni.

 9.3 Pendekatan Apresiasi dan Kritikan Seni

Mengikut John A. Michael dalam bukunya ‘Art and Adolescense’ ada dua pendekatan dalam Apresiasi

Seni iaitu:

(a)  Pendekatan secara logik

(b)  Pendekatan secara psikologi

(a)  Pendekatan Secara Logik

Pendekatan ini adalah yang berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak

berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut.

Cadangan aktiviti pendekatan secara logik:

1. Secara Penerangan Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media,

proses, nilai-nilai astetika serta pengaruh.

2. Secara Pemerhatian Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun

gambar-gambar.

3. Secara Perbandingan Analisa, penilaian, perbandinan antara satu dengan yang lain serta

menimbulkan kesedaran.

4.Secara Penghasilan Membuat mengikut gaya artis/stail, menimbulkan kefahaman

masalah nilai-nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan

pelukis/pandai tukang, gaya konsep dan zaman.

 

ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara logik dengan menggunakan satu contoh karya seni murid

anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua empat cara yang diberi di atas.

(b)  Pendekatan Secara Psikologi

Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi

dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuatu karya seni.

Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan

lebih realistic dan dapat menerima ‘response’ dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah

terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi:

154

Page 155: Modul Seni 4

1. Secara perbincangan dan perbandingan.

2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery).

3 Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni. 4. Secara menyediakan setting/set induksi. 

5  Secara membesarkan gambar. 

6  Secara mengolah bahan-bahan sebenar.

7. Secara aktiviti permainan seni.

8. Secara lawatan/pameran.

9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran.

ACTIVITI

Cuba anda jalankan satu aktiviti pendekatan secara psikologi dengan menggunakan satu contoh karya seni

murid anda. Catitkan pendekatan anda untuk semua cara yang diberi di atas.

9.4 KAEDAH MELIHAT SENI

Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah:

(a)  Hedonistik

(b)  Kontekstualistik

(c)  Organistik

(d)  Normistik

(e)  Elektik

a. Kaedah Hedonistik

Kaedah ini hanya satu luahan perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar,

menarik dan benci.

Penilaian dibuat secara serta merta iaitu:

o suka / tidak.

o tertarik / tidak

o pernyataan spontan

Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak

diterjemahkan oleh otak (pemikiran) cuma berdasarkan maklumat kendiri.  Ianya tidak dapat di ukur

bilangan sebenar dan terdapat pelbagai citarasa.

155

Page 156: Modul Seni 4

b. Kaedah Konstekstualistik

Kaedah ini lebih praktikal di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik dan kefahaman

serta kejelasan.  Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.

Lebih merujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan,

interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya.  Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap

dalam pengamatan karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu

pendekatan yang menarik oleh pemerhati.

c. Kaedah Organistik

Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu system yang teratur dan terancang. 

Penilaian di buat serata melihat konteks seni secara harmoni, menyentuh intuisi dan menyenangkan. 

Penekanan kriteria kepada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya.

Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur

seni, imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian.

d. Kaedah Normistik

Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan

budaya.  Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsur

sensasi.  Contohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai

akhlak.

Kaedah ini menolak peradaban moden dimana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam

budaya dan agama.

e. Kaedah Elektik

Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistik, ianya adalah gabungan persepsi penilai seni

tentang tanggapan positif dan negatif.  Kriteria penilaian menekankan unsur asas prinsip, struktur

organisasi dan alat dan bahan.

Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya.  Wajaran

hanya secara baik, sederhana dan kurang baik.

9.5 PROSES APRESIASI SENI

Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar Pendidikan Seni mengenai proses apresiasi. 

Feldman (1967) dan Smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti aprisiasi seni, berasaskan kepada proses

persepsi dan intelektual melalui empat tahap:

(a)  Menggambarkan  (‘description’)

156

Page 157: Modul Seni 4

(b)  Menganalisa (‘analysis’)

(c)  Tafsiran (‘interpretation’)

(d)  Penilaian  (‘evaluation’)

a. Menggambarkan

Mengamati hasil seni dan menggambarkan sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa,

jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur.

b. Menganalisa 

(i)   Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsur-unsur seni, prinsip dan struktur.

(ii)  Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana.

(iii) Menghuraikan stail sesuatu karya.

c. Tafsiran

(i)   Mencari makna-makna yang terdapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, simbol, unsur-unsur

seni, prinsip, struktur corak dan bahan.

(iI)  Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) dan analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan

makna tersebut.

d. Penilaian

(i)   Membuat penilaian berdasarkan kepada kriteria yang  bersesuaian seperti keaslian, gubahan,

teknik dan fungsi.

(ii)  Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya (‘significance’) dari segi individu, sosial,

keagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniannya.

Proses apresiasi seni akan lebih mudah dan bermakna sekiranya pelajar telah dilengkapi dengan pengetahuan

mengenai seni dan persepsi yang tajam.  Apakah pengetahuan seni yang diperlukan?

(a)  Pengetahuan asas senireka dan prinsip-prinsip seni.

(b)  Pengetahuan mengenai jenis seni, teknik, proses, alat dan bahan.

(c)  Sejarah seni.

(d)  Stail sesuatu zaman, budaya, aliran, kumpulan atau individu.

(e)  Maklumat mengenai pelukis dan pandai tukang.

9.6 ASPEK NILAI MELALUI APRESIASI SENI

Ianya akan dapat menanam dan memupuk nilai-nilai murni seperti saling faham memahami, ramah mesra,

menghargai hasilan seni, sayang kepada alam sekeliling, cinta kepada negara, kebersihan dan kesabaran, tekun,

157

Page 158: Modul Seni 4

kesungguhan, berterima kasih, boleh membuat pertimbangan, peka pada isu-isu sosial dalam masyarakat,

bersemangat patriotik, berusaha dan produktif serta berfikiran positif.

Butiran Bidang

Bidang Objektif

Seni dalam Kehidupan a. Memahami tentang kepelbagaiaan kegunaan dan kesan seni

dalam kegiatan ekonomi, pendidikan dan budaya;

b. membincangkan isu berhubung dengan pengaruh teknologi

dalam penghasilan barangan seni;

c. memahami peranan seni dalam mempertingkatkan aspek

estetik dalam persekitaran dan kehidupan serta kerjaya; dan

d. mempertingkatkan pengetahuan tetang aspek budaya dan nilai

dalam hasil seni.

Seni dalam Komunikasi (Seni Halus) a. Mengenalpasti cara mesej disampaikan melalui lukisan, catan,

arca, cetakan dan sebagainya.

Reka Bentuk Rumah Tradisional a. Memahami beberapa ciri yang mencerminkan budaya

tempatan pada reka bentuk rumah di negara ini.

Perkembangan Seni dalam Budaya

Kebangsaan

a. Menambah pengetahuan dan penghargaan tentang:

i. sejarah perkembangan seni dalam negara;

ii. keistimewaan ciri-ciri estetik dan fungsi;

iii. sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan

iv. sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap

perkembangan seni serta budaya.

b. Membolehkan pelajar mempunyai daya kritikan yang lebih

rasional tentang seni budaya kebangsaan.

Hasil Seni Rakyat:

Peralatan

a. Mengetahui keistimewaan keris dari sudut estetik dan fungsi;

b. mengetahui peranan keris dalam konteks budaya Melayu;

c. memahami jenis seni tekat dari aspek estetiknya dalam

158

Page 159: Modul Seni 4

Kraf tekat

Tenunan

Bangunan

Alat permainan

konteks budaya kebangsaan;

d. memahami jenis seni tenunan dari aspek estetiknya dalam

konteks budaya kebangsaan; dan

e. memahami reka bentuk, fungsi dan makna rumah tradisional

dan alat permaian.

Perkembangan Seni Lukis Moden

Malaysia

a) Meningkatkan pengetahuan daya kritikan dan penghargaan tentang:

i. sejarah perkembangan seni lukis dan perkembangan seni

dalam negara;

ii. keistimewaan ciri estetik dan fungsi;

iii. sumbangan dalam konteks warisan budaya; dan

iv. sumbangan institusi, kumpulan dan tokoh terhadap

perkembangan seni dan budaya.

Seni Dalam Budaya Lain: Kraf Dan

Seni Halus

a. Menyedari beberapa aspek persamaan dan kelainan kraf tanah

air dengan kraf luar negara.

b. Memperkembangkan pengetahuan dan penghargaan tentang:

i. hasil karya seni halus dalam budaya lain dari segi

persamaan dan kelainannya; dan

ii. gerakan seni halus dalam budaya lain dari segi

persamaan dan kelainannya dengan seni halus

tempatan.

9.7 CONTOH KRITIKAN SENI

159

Page 160: Modul Seni 4

Rajah 9.1

Tajuk 

Tahun 

Media 

Saiz 

Lokasi

:     Pantai Timur 1 

:     1978

:     Warna Fabrik

:     123 cm x 80 cm

:     Balai Seni Lukis Negara

(a)        Menggambar (‘Description’)

Warna Penggunaan warna yang cerah dan menarik antara warna neutral menambahkan

nilai estetik karya ini. Semangat kaum nelayan diperkuatkan dengan penggunaan

warna jingga, kuning, oren, dan merah nyala..

Garisan Berfokus kepada yang dilukis untuk mewujudkan “outline”.

Ruang Objek dilukis memenuhi ruang.

Rupa Menggunakan objek atau figura untuk mewujudkan pergerakan (‘movement’).

Dilukis dengan aksi yang berbeza.

Prinsip Rekaan Penegasan – dari aspek garisan, rupa, warna dan ruang yang dapat difokuskan dan

menjadi tumpuan oleh pemerhati.

Imbangan Memanfaatkan figura manusia sebagai imbangan.

Kesatuan Idea yang sama dan menyeluruh.

160

Page 161: Modul Seni 4

(b)  Menganalisa (‘Analyse’)

Subjek Manusia

Unsur-unsur seni  1.    Warna 

2.    Rupa 

3.    Bentuk

Prinsip Rekaan 1. Penegasan 

2. Keseimbangan 

3. Bentuk

Kualiti Ekspresif  1. Mood  –   tolong-menolong.

2. Suasana –  harmoni dan aman.

Bahan / Teknik /

Kaedah

Menggunakan pastel pada kanvas tanpa memberi fokus pada ton.

(c)  Tafsiran (‘Interpretation’)

Makna / Mesej Masyarakat kampung

Subjek Manusia

Simbol Perpaduan

Unsur-unsur Seni Warna, rupa dan bentuk.

Prinsip Rekaan Penegasan, keseimbangan dan kesatuan.

Metafora/Analogi

bagi menjelaskan

makna

Lebih menggambarkan kepada kehidupan rakyat Malaysia yang harmoni dan

mempunyai semangat kerjasama dalam kehidupan harian.

(d)  Penilaian (‘Evaluation’)

Kriteria

161

Page 162: Modul Seni 4

Keaslian Berdasarkan kepada pengalaman.

Gubahan Berdasarkan alam serta budaya masyarakat setempat di dalam kehidupan

seharian mereka.

Teknik Hasil daripada persepsi beliau, beliau telah mengadaptasikan pengalaman beliau

untuk mengolah dalam bentuk fabrik.

Fungsi Menyedarkan masyarakat dengan budaya hidup yang harus ada untuk

mewujudkan suasana harmoni.

 

 RUMUSAN

Apresiasi Seni dalam Pendidikan Seni harus dilihat sebagai satu bidang ilmu yang dapat memperkayakan

pengalaman kesenian pelajar. Perancangan yang teratur dan perlaksanaanya yang berkesan di bilik darjah, dapat

membantu meningkatkan kesedaran pelajar terhadap alat dan bahan, teknik, dan proses, rekabentuk serta fungsi

hasil seni dalam kehidupan. Kajian karya seni dalam dan luar negeri dapat meningkatkan lagi penghargaan

terhadap karya seni tempatan dan pandai tukang.

GLOSARI

Stail —  Gaya

Kognitif   —  Daya pemikiran

Persepsi —  Pengamatan

Pemikiran intelek   —  Pemikiran tinggi

Holistik—  Menyeluruh

Kronologi—  Urutan

162

Page 163: Modul Seni 4

Ekspresif—  Luahan perasaan

Metafora —  Ibarat/kiasan

Analogi —  Persamaan ‘Significance’ — Keertiaannya 

UJIAN 1

Apakah yang dimaksudkan dengan Apriasiasi Seni dalam Pendidikan Seni dan mengapa ianya  penting dalam

pengajaran Pendidikan Seni?

UJIAN 2

Berdasarkan salah satu contoh hasil karya di bawah, buatkan satu analisa bagi membuat perbandingan antara

salah satu hasil seni tempatan.  Penekanan harus diberikan kepada kriteria, persamaan dan kelainannya

berdasarkan empat-empat proses aprisiasi seni.

Rajah 9.2: Istana Kenangan, Kuala Kangsar, Perak. Ketika istana ini 

mula-mula dibina ia tidak menggunakan sebarang paku. 

Kini menjadi muzium Diraja Perak

163

Page 164: Modul Seni 4

Rajah 9.3: Sebuah wakaf di Kg. Berangan Tumpat, Kelantan

Rajah 9.4: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

164

Page 165: Modul Seni 4

Rajah 9.5: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

165

Page 166: Modul Seni 4

Rajah 9.6: Ukiran kayu, Kelantan kurun ke-19

Rajah 9.7: Pinggan dengan hiasan berupa ayat-ayat suci al-Quran, Dinasti Ming kurun ke-16.

166

Page 167: Modul Seni 4

Rajah 9.8

TOPIK 10 PENGURUSAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menjelaskan bagaimana menguruskan bilik pendidikan seni visual;

2. menggambarkan keadaan bilik seni yang sesuai dengan menggunakan

pelan bilik;

3. menjelaskan bagaimana mengendalikan buku stok dan senarai inventori

bilik pendidikan seni visual;

4. menjelaskan bagaimana menjana iklim bilik pendidikan seni visual yang

kondusif dari aspek fizikal, emosi dan sosial;

5. menyenaraikan prosedur pengurusan alat dan bahan pendidikan seni; dan

167

Page 168: Modul Seni 4

6. menghasilkan contoh borang penyimpanan stok.

PENGENALAN

Pengurusan bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran dan pembelajaran

Pendidikan Seni. Guru Pendidikan Seni hendaklah memainkan peranan penting dalam aspek ini. Guru

Pendidikan Seni hendaklah sentiasa berusaha bersama-sama guru-guru seni yang lain untuk mewujudkan

keadaan dan suasana yang sesuai dlam Bilik Seni.

GAMBARAN KESELURUHAN TOPIK

168

Page 169: Modul Seni 4

 

10.1 PENGURUSAN BILIK PENDIDIKAN SENI VISUAL

169

Page 170: Modul Seni 4

Rajah 10.1: Kelas Pendidikan Seni

Sumber: http://bi-lingual.com/School/virtualtourgyoshu.htm

Suasana dalam bilik seni ini sepatutnya menjadi daya penarik dan menjadi sumber ilham bukan sahaja kepada

pelajar dan guru bahkan kepada seluruh masyarakat sekolah dan pelawat. Selain hasil kerja pelajar, anda

hendaklah cuba mendapatkan contoh-contoh hasil kraf tempatan dan lain-lain lagi yang sesuai untuk

dipamerkan dalam bilik seni.  Bahan-bahan seni yang dipamerkan hendaklah disusun mengikut jenisnya seperti:

unsur seni;

menggambar / melukis;

warna;

lukisan alam semulajadi;

seni huruf dan sebagainya.

Di dalam pengurusan bilik seni, anda harus beri aspek-aspek berikut perhatian yang sewajarnya:

keselamatan;

kebersihan;

susunan perabot;

pameran hasil kerja;

kelengkapan bilik seni;

pengagihan tugas;

pengumpulan alat / bahan; dan

jadual waktu penggunaan bilik seni.

170

Page 171: Modul Seni 4

Pengurusan bilik seni haruslah melibatkan pelajar dengan tujuan untuk memupuk sikap bertanggungjawab dan

berdisiplin.

10.1.1 Pelan Bilik Pendidikan Seni Visual

Contoh pelan bilik khas seni (illustrasi) berikut merupakan cadangan menunjukkan keadaan sebuah bilik seni

yang sesuai.

Rajah 10.2: Contoh pelan Bilik Seni

171

Page 172: Modul Seni 4

Rajah 10.3: Bilik Seni saiz bilik darjah

 

10.1.2 Buku Stok dan Senarai Inventori

Pengendalian buku stok merupakan aspek penting dalam pengurusan mata pelajaran Pendidikan Seni dan

menjadi tanggungjawab guru kanan mata pelajaran Pendidikan Seni untuk menguruskannya dengan sempurna

dan kemaskini. Perkara-perkara yang anda perlu beri perhatian adalah seperti berikut:

172

Page 173: Modul Seni 4

a. Semua alat/bahan yang dibeli hendaklah dicatatkan di dalam Buku Stok rasmi sepertimana yang

dikehendaki oleh pihak Audit. Butir-butir yang terdapat dalam ruang-ruang buku stok hendaklah diisi

dengan lengkap dan kemaskini.

b. Dua buah buku stok boleh digunakan. Sebuah buku untuk mencatatkan butir-butir alat/bahan

kekal manakala sebuah buku lagi digunakan untuk alat/bahan habis guna. Setiap jenis alat/bahan

yang diperolehi patut dicatatkan dalam halaman secara berasingan. Dengan berbuat demikian, maka

ianya memudahkan semakan stok pada akhir tahun yang berkenaan.

c. Semakan stok perlu dijalankan pada akhir setiap tahun. Sebarang kerosakan, kehilangan atau

kecurian alat/bahan yang bernilai hendaklah dilaporkan kepada pihak sekolah.

10.1.3 Iklim Bilik Pendidikan Seni Visual dari Aspek Fizikal, Emosi dan Sosial

Iklim bilik darjah dalam konteks pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual sama ada di bilik seni

ataupun di  sebuah bilik darjah biasa, merangkumi keadaan fizikal dan suasana pembelajaran yang sesuai dan

kondusif untuk sesuatu pelajaran.

a. Aspek Fizikal

Sumber: http://www.brookfieldschool.co.uk/images/Art/art_room.jpg

b. Dari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjah atau bilik seni

adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktiviti yang akan dijalankan. Sudut

173

Page 174: Modul Seni 4

seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajar perlu ada dan diuruskan dengan menarik dan

kemaskini. Ianya dapat dilakukan dengan cara-cara berikut: 

i. Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan.

ii. Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta, gambar, rak

pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.<

iii. Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak dapat memberi keselesaan

kepada murid-murid menjalankan aktiviti kumpulan dan permainan.

iv. Tingkap-tingkap dan pintu yang mencukupi akan membolehkan cahaya masuk dan udara

beredar bebas dalam studio. Keadaaan cahaya dan udara studio yang cukup dapat

membangkitkan suasana yang segar dan membawa keselesaan kepada murid.

v. Keadaan kebersihan dan keindahan bilik darjah pula dapat meningkatkan keberkesanan

pengajaran dan pembelajaran. 

 

c. Aspek Sosial

Rajah 10.5: Murid berinteraksi

Sumber:  http://www.blackrockps.vic.edu.au/about_brps/Tour_art.html

d. Suasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara murid dengan murid,

khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalam pembelajarannya akan mudah

menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melalui sosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam

sesuatu kumpulan dan disinilah proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini

akan dapat:

174

Page 175: Modul Seni 4

(i)   menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;

(ii)  berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti dan inovatif;

(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;

(iv) memudahkan komunikasi antara guru dan murid; dan

(v)  menggalakkan pendedahan kepada kepelbagaian budaya.

e. Aspek Emosi

Rajah 10.6: Guru mengajar kelas seni

Sumber: http://dragons1.k12.ar.us/dragons/WCOBBWEB/art%20class.jpg

f. Suasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka. Suasana emosi ini

akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang  ditentukan oleh sifat guru dan gaya

mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yang kondusif biasanya ditimbulkan

oleh guru yang mempunyai sifat penyayang, bertimbang rasa, peramah dan lucu serta

menjalankan tugas dengan adil, bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak

memilih kasih. Anda boleh mewujudkan suasana ‘rapport’ dan disenangi oleh murid dengan:  

(i)   memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;

(ii)  memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;

175

Page 176: Modul Seni 4

(iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan

(iv) menghasilkan suasana persekitaran yang memberi keyakinan untuk berkarya.

10.2 PENGURUSAN ALAT DAN BAHAN SERTA BAHAN RUJUKAN

10.2.2 Contoh Borang Penyimpanan Stok

(a)  Borang Storu Peralatan Kekal

Bil. Item ( Peralatan Kekal ) Bil.

Unit

Tarikh Masuk Tarikh

Lupus

1 Meja guru 2 12/5/03 2/12/03

2 Kerusi guru 2 12/5/03

3 Almari kayu 4 12/5/03 8/10/03

4

Jumlah

Item:__

Catatan:

Rajah 10.7: Contoh borang stor untuk peralatan kekal

(b)  Borang Stok untuk Peralatan Tidak Kekal

Bil. Item ( Peralatan Kekal ) Bil.

Unit

Tarikh Masuk Tarikh

Lupus

1 Berus lukisan (keras- saiz 4) 32

dozen

10/3/01 2/12/03

2 Kertas lukisan (½  imperior) 20

dozen

12/3/01 8/10/03

3        

Jumlah

Item:__

Catatan:

Rajah 10.8: Contoh borang stor untuk peralatan tidak kekal

RUMUSAN

Studio atau bilik seni amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran seni.  Ia seberapa boleh

diasingkan atau dijarakkan daripada kebisingan kantin, padang dan pejabat. Situasi teraputik ini jelas

menunjukkan kepada kita bahawa ketenangan dan kejauhan dari kebisingan tadi dapat mewujudkan mood atau

176

Page 177: Modul Seni 4

suasana pembelajaran yang memberangsangkan dan menarik minat. Sebagai guru Pendidikan Seni, anda boleh

berusaha untuk mewujudkan iklim studio Pendidikan Seni yang dapat meningkatkan lagi kreativiti pembelajaran

dan pengajaran.

GLOSARI

Inventori  —  Stok kawalan alatan

Rapor  —  Mesra dan peramah

Spesifikasi  —  Mengikut ciri atau pengkhususan

Futuristik  —  Masa hadapan

Fisiologi  —  Keperluan diri 

UJIAN 1

Anda dikehendaki mencadangkan satu pelan bilik Pendidikan Seni Visual yang kondusif.

UJIAN 2

Sila hasilkan sebuah buku stok yang sesuai bagi mengawal peralatan dan perabot bilik Pendidikan Seni Visual.

177

Page 178: Modul Seni 4

178