modul hbef1403 seni dalam pendidikan

221
OUM HBEF1403 ISI KANDUNGAN ISI KANDUNGAN Panduan Kursus i-v TOPIK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 1 1.1 Pengenalan Konsep 2 1.1.1 Matlamat 4 1.1.2 Objektif 4 1.2 Latar Belakang Seni dalam Pendidikan 5 1.2.1 Teori Pembelajaran 7 1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 16 1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 18 1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan 19 1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh 20 1.3 Kepentingan 21 Rumusan 24 Glosari 24 Ujian 1 25 Ujian 2 25 Rujukan 25 TOPIK 2: KANAK-KANAK DAN SENI 26 2.1 Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak 27 2.1.1 Jasmani 29 2.1.2 Emosi 30 2.1.3 Rohani 30 2.1.4 Intelek 30 2.1.5 Sosial 31 2.1.6 Estetik 32 2.2 Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak 32 2.2.1 Peringkat Perkembangan 33 2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi 33 2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni 34 2.2.4 Kreativiti 35 2.2.5 Pemahaman 35 2.2.6 Kesedaran Kendiri 36 Rumusan 36 Glosari 37

Upload: steelamb

Post on 30-Sep-2015

340 views

Category:

Documents


38 download

DESCRIPTION

modul

TRANSCRIPT

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    ISI KANDUNGAN

    Panduan Kursus i-v

    TOPIK 1 : KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN 1 1.1 Pengenalan Konsep 2 1.1.1 Matlamat 4 1.1.2 Objektif 4

    1.2 Latar Belakang Seni dalam Pendidikan 5 1.2.1 Teori Pembelajaran 7 1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 16 1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran 18 1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni dalam Pendidikan 19 1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh 20

    1.3 Kepentingan 21

    Rumusan 24

    Glosari 24

    Ujian 1 25

    Ujian 2 25

    Rujukan 25

    TOPIK 2: KANAK-KANAK DAN SENI 26 2.1 Keperluan dan Keinginan Asas Kanak-kanak 27 2.1.1 Jasmani 29 2.1.2 Emosi 30

    2.1.3 Rohani 30 2.1.4 Intelek 30 2.1.5 Sosial 31 2.1.6 Estetik 32

    2.2 Perkembangan dan Pertumbuhan Kanak-kanak 32 2.2.1 Peringkat Perkembangan 33 2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi 33 2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni 34 2.2.4 Kreativiti 35 2.2.5 Pemahaman 35 2.2.6 Kesedaran Kendiri 36

    Rumusan 36

    Glosari 37

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    Ujian 1 37

    Ujian 2 37

    Rujukan 37

    TOPIK 3: DERIA DAN SENI 383.1 Perkembangan Kepekaan Deria 39 3.1.2 Dengar 41 3.1.3 Lihat 41 3.1.4 Rasa 42 3.1.5 Hidu 42

    3.2 Kepentingan Kepekaan Deria 43 3.2.1 Persekitaran 43 3.2.2 Faktor yang Mempengaruhi Kebolehan kepekaan Deria dalam

    Proses Pengajaran dan Pembelajaran 46 3.2.3 Perkembangan Nilai Estetika 47

    3.3 Aktiviti 48 3.3.1 Mengalami Melalui Deria 50 3.3.2 Penggabungjalinan 50

    Rumusan 53

    Ujian 1 53

    Ujian 2 53

    Rujukan 53

    TOPIK 4 : PENGETAHUAN ASAS DALAM SENI VISUAL 54 4.1 Pengenalan Seni Visual 55 4.1.2 Bidang-bidang dalam Seni Visual 55 4.1.3 Estetika dalam Pendidikan Seni Visual 60

    4.2 Asas Seni Reka 61 4.2.1 Unsur Seni 61 4.2.2 Prinsip-prinsip Rekaan 64 4.2.3 Struktur Rekaan 66 4.2.4 Penyerapan Unsur Seni Visual di Sekolah Rendah 67

    4.3 Aktiviti Seni Visual 69 4.3.1 Menggambar 69 4.3.2 Membuat Rekaan dan Corak 71 4.3.3 Membentuk dan Membuat Binaan 72 4.3.4 Kraf Tradisional 72

    Rumusan 73

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    Glosari 73

    Ujian 1 74

    Ujian 2 74

    Ujian 3 74

    Rujukan 74

    TOPIK 5: PENGETAHUAN ASAS DALAM MUZIK 75 5.1 Pengenalan Asas Muzik 76 5.1.1 Definisi Muzik 76 5.1.2 Matlamat dan Objektif 77 5.1.3 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran Muzik 77

    5.2 Konsep Muzik 82 5.2.1 Unsur-unsur muzik 82 5.2.2 Kemahiran muzikal 89

    5.3 Penyampaian Konsep Muzik dalam Aktiviti Muzikal 91 5.3.1 Nyanyian 91 5.3.2 Muzik dengan Gerakan 92 5.3.3 Permainan Alat 93

    Rumusan 94

    Glosari 94

    Ujian 1 94

    Ujian 2 95

    Rujukan 95

    TOPIK 6: PENGETAHUAN ASAS DALAM PERGERAKAN 96 6.1 Pergerakan asas 97 6.1.1 Pergerakan Lokomotor 98 6.1.2 Kemahiran Persepsi Motor 103 6.1.3 Kemahiran Manipulatif 104

    6.2 Pendidikan Pergerakan 105 6.2.1 Gimnastik Pendidikan 106 6.2.2 Gimnastik Irama 108 6.2.3 Gimnastik Artistik 109

    6.3 Pendidikan Kreatif 111 6.3.1 Interpretasi Idea 111 6.3.2 Perasaan dan Tanggapan Deria 112 6.3.3 Unsur Pergerakan Tubuh Badan, Ruang, Masa dan Daya 113

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    Rumusan 114

    Glosari 114

    Ujian 1 114

    Ujian 2 115

    Rujukan 115

    TOPIK 7: PENEROKAAN, MEMPEROLEH PENGALAMAN DAN EKSPRESI 116 7.1 Penerokaan 117 7.1.1 Meneroka Alat dan Bahan 118 7.1.2 Meneroka Cara Pengolahan dan Manipulasi 119 7.1.3 Meneroka Idea dan Isi Kandungan 119

    7.2 Memperoleh Pengalaman 120 7.2.1 Pelbagai Strategi Memperoleh Pengalaman 120 7.2.2 Aktiviti Memperoleh Pengalaman 120 7.2.3 Kepentingan Pengalaman Secara Langsung 121

    7.3 Ekspresi 124 7.3.1 Bentuk Ekspresi 125 7.3.2 Unsur Perasaan dalam Ekspresi 126 7.3.3 Penyampaian yang Berekspresif 127 7.3.4 Aktiviti 128

    Rumusan 129

    Glossori 129

    Ujian 1 129

    Ujian 2 129

    Rujukan 129

    TOPIK 8 : PENGHUBUNGKAITAN 131 8.1 Pengenalan 132 8.1.1 Pengertian Penghubungkaitan Semua Benda 132 8.1.2 Kelebihan Penghubungkaitan 133 8.1.3 Tujuan Penghubungkaitan dalam Berbagai Aspek Pengajaran dan Pembelajaran 134

    8.2 Penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan Mata Pelajaran Lain 135 8.2.1 Menghubungkait Pengetahuan dalam Berbagai Mata Pelajaran 135 8.2.2 Menghubungkait Kemahiran dalam Berbagai Mata Pelajaran 136 8.2.3 Hasil Pembelajaran 136

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    8.3 Peranan Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran 137 8.3.1 Motivasi, Fasilitasi, Penyampaian Pengukuhan, Pelanjutan,

    Penglibatan 139 8.3.2 Meta Kognisi, Refleksi, Pembelajaran Bestari 141

    Rumusan 145

    Glosari 145

    Ujian 1 146

    Ujian 2 146

    Rujukan 146

    TOPIK 9 : PENDEKATAN BERTEMA 147 9.1 Pengenalan 148 9.1.1 Pendekatan Bertema 148 9.1.2 Pemilihan dan Penentuan Tema 148 9.1.3 Kelebihan, Kekuatan dan Isu/Cabaran 149

    9.2 Penghubungkaitan Tema dengan Mata Pelajaran 150 9.2.1 Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran 150 9.2.2 Tema dengan Kemahiran 151 9.2.3 Penggabungjalinan Aktiviti dengan Menggunakan Pendekatan Bertema 152

    9.3 Jenis Tema 152 9.3.1 Tema-Persekitaran 153 9.3.2 Tema dan Masyarakat 156 9.3.3 Tema Komunikasi 159

    Rumusan 164

    Glosori 164

    Ujian 1 164

    Ujian 2 165

    Rujukan 165

    TOPIK 10 : INTEGRASI 166 10.1 Pengenalan 167 10.1.1 Berbagai Pengertian Integrasi 168 10.1.2 Berbagai Jenis Integrasi 168 10.1.3 Kelebihan Integrasi 172 10.1.4 Isu dan Cabaran Intergrasi 173 10.1.5 Intergrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan 173

  • OUM

    HBEF1403 ISI KANDUNGAN

    10.2 Integrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan Mata Pelajaran Lain 175 10.2.1 Matematik 176 10.2.2 Sains 176 10.2.3 Kajian Sosial 177

    10.3 Perancangan dan Penilaian 177 10.3.1 Pengurusan (Tenaga Kepakaran, Jadual, Komunikasi antara

    Berbagai Pihak) 177 10.3.2 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran 178 10.3.3 Penilaian Pendekatan Integrasi 180

    Rumusan 182

    Glosori 182

    Ujian 1 183

    Ujian 2 183

    Rujukan 183

    Jawapan 184

  • iOUM

    HBEF1403 PANDUAN KURSUS

    PENGENALAN

    Kursus Seni Dalam Pendidikan adalah kursus Open University Malaysia (OUM) yang

    diuruskan oleh Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. Kursus ini bernilai 3 jam

    kredit yang akan diliputi dalam masa selama 8 minggu.

    KEPADA SIAPA KURSUS INI DITUJUKAN?

    Kursus ini ialah kursus wajib Lembaga Akreditasi Negara (LAN) ke atas semua pelajar

    Sarjana Muda Pengajaran (Pendidikan Prasekolah) dengan kepujian, di semua institusi

    pengajian tinggi. Sebelum mengikuti kursus ini, anda perlu memahami kandungan kursus

    dan bagaimana ia dijalankan serta keperluan-keperluannya. Untuk itu anda perlu

    membaca panduan ini dengan teliti dari mula hingga akhir.

    PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

    Berdasarkan piawaian OUM yang memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam

    pembelajaran bagi setiap jam kredit, maka kursus ini memerlukan peruntukan masa

    selama 120 jam pembelajaran. Anggaran penggunaan masa adalah seperti yang

    ditunjukkan dalam Jadual 1.

    Jadual 1: Anggaran Peruntukan Masa bagi Kursus

    Aktiviti Jam

    Membaca modul dan menyiapkan latihan 70

    Menghadiri 3 sesi tutorial pada kadar 3 jam 20 minit per sesi 10

    Capaian pada laman web 6

    Menyiapkan satu (1) tugasan 24

    Ulang kaji 10

    Jumlah 120

    OBJEKTIF KURSUS

    Setelah mengikuti kursus ini, anda seharusnya dapat:

    1. dapat menjelaskan pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan.

    2. dapat menghubungkait dan mengintegrasi Seni Visual, Muzik dan Pergerakan melalui pendekatan bertema.

  • iiOUM

    HBEF1403 PANDUAN KURSUS

    3. dapat mengaplikasikan konsep pembelajaran melalui seni untuk merancang,

    merekabentuk serta melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam

    mata pelajaran yang lain.

    SINOPSIS KURSUS

    Mata pelajaran ini meliputi pengetahuan asas dalam Seni Visual, Muzik dan Pergerakan serta konsep Seni Dalam Pendidikan. Mata pelajaran ini memberi pengenalan kepada kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi mengembangkan proses pembelajaran di kalangan kanak-kanak untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan. Ia menekankan kepentingan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan yang melibatkan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kepelbagaian kecerdasan. Mata pelajaran ini juga membantu guru-guru menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan ekspresi yang melibatkan kepekaan deria kanak-kanak. Pada masa yang sama, ia menekankan penghubungkaitan Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dengan mata pelajaran lain untuk merangsang pembelajaran serta membantu pemindahan pembelajaran. Selain daripada itu mata pelajaran ini memberi pendedahan tentang pengintegrasian aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam matapelajaran yang lain dengan pendekatan bertema.

    PETA MINDA KURSUS

  • iiiOUM

    HBEF1403 PANDUAN KURSUS

    PERISIAN

    Topik 1 : Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam Pendidikan, menyatakan matlamat dan objektif mata pelajaran Seni Dalam Pendidikan dan menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu anda juga akan mengetahui beberapa teori pembelajaran dan cara-cara pemindahan pembelajaran serta mengetahui peranan ekspresi diri, emosi dan imajinasi dalam mempengaruhi pembelajaran seni dalam pendidikan.

    Topik 2: Topik ini memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.

    Topik 3: Sebagai rumusan deria dan seni lebih menumpukan tentang kepekaan deria terhadap perkembangannya. Di samping itu pengaruh persekitaran, pengalaman juga dapat mempertingkatkan lagi ketajaman Sesuatu deria danperkembangannya terhadap nilai-nilai estetika. Berdasarkan aktiviti-aktiviti seni visual, muzik dengan pergerakan ia secara tidak langsung melatih deria mengalami pelbagai peristiwa dan dengan mengadakan penggabungjalinan aktiviti ini dapat meningkatkan lagi kefahaman terhadap bidang Seni Dalam Pendidikan.

    Topik 4: Pendidikan seni visual merupakan satu subjek yang penting dipelajari oleh murid semasa berada di alam persekolah. Pendidikan seni visual juga merupakan satu mata pelajaran yang dapat memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dan minat mereka dalambidang seni serta memberi galakan kepada mereka untuk menghargai unsur-unsur seni dan budaya masyarkat yang berada dipersekitarnya. Untuk itu pengetahuan asas dalam seni visual menjadi satu bahan penting yang perlu diketahui dan pelaksanaannya dibilik darjah tidak hanya terhad kepada waktu yang ditetapkan tetapi boleh diserapkan kepada mana-mana mata pelajaran.

    Topik 5: Topik ini lebih memberi pengetahuan tentang pengetahuan asas dalam muzik. Ianya merangkumi pengertian muzik, matlamat dan objektif pendidikan muzik di Malaysia. Beberapa pendekatan muzik yang menjadi panduan kepada guru untuk mengajar pendidikan muzik seperti Carl Orff, Dalcroze, Suzuki, Kodaly dan Gordon. Disamping itu penekanan terhadap konsep muzik yang hendak disampaikan juga diberi penerangan secara teliti berserta dengan aktiviti-aktiviti yang biasa dijalankan semasa berinteraksi dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga komponen bidang penting yang diberi tumpuan didalam mengajar pendidikan muzik iaitu bidang nyanyian, muzik dengan pergerakan dan permainan alat muzik.

    Topik 6: Topik ini memberi penekanan tentang pengetahuan asas tentang pergerakan yang merangkumi pergerakan asas, pendidikan pergerakan dan pendidikan kreatif. Seperti telah tersedia maklum penekanan kepada pergerakan banyak tertumpu kepada potensi nilai pendidikannya, potensi sumbangan terhadap perkembangan kecerdasan dan potensinya sebagai pemangkin kemahiran dan tabii sosial yang murni. Matlamat pendidikan pergerakan dalam konteks persekolahan (menengah dan rendah) adalah untuk menyediakan pengalaman-pengalaman yang berkaitan bagi membantu pelajar untuk

  • ivOUM

    HBEF1403 PANDUAN KURSUS

    mencapai keupayaan sebagai warga negara yang bertanggungjawab dan penyumbang yang aktif dalam masyarakat.

    Topik 7: Topik ini menumpukan kepada interpretasi dan definisi tentang penerokaan, pengalaman dan ekspresi yang berkaitan dengan Seni Dalam Pendidikan. Topik ini juga cuba menjelaskan tentang penerokaan alat dan bahan, cara pengolahan dan manipulasi serta idea dan isi kandungan yang digunakan dalam seni. Serta dapat menghuraikan dan menjanakan minda tentang penggunaan pelbagai strategi untuk memperolehi pengalaman dan boleh menjelaskan dan memahami bentuk-bentuk dan unsur-unsur ekpresi diri kanak-kanak.

    Topik 8: Topik ini menegaskan tentang kepentingan penghubungkaitan pada setiap mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran serta dapat memahami pengertian, tujuan dan peranan penghubungkaitan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Diharapkan dengan menggunakan penghubungkaitan dapat membina atau membentuk sahsiah, emosi, jasmani dan fizikal pelajar supaya menjadi masyarakat yang berpekerti mulia.

    Topik 9: Topik ini membantu anda memahami pendekatan bertema dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tema serta dapat membantu pelajar untuk meningkatkan tahap kefahaman dan kesedaran untuk lebih mendalami tentang tema-tema yang ada serta dapat membantu untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi muzik, pergerakan dan seni visual.

    Topik 10: Konsep integrasi pada Seni dalam Pendidikan adalah ke arah pembangunan individu insan yang simbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Dalam KBSR konsep ini membawa maksud bahawa penguasaan ilmu penegetahuan, kemahiran, bahasa dan pemupukan nilai-nilai murni dilakukan secara bersepadu dan menyeluruh. Ini adalah disebabkan untuk membolehkan setiap pelajar memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaan konsep kesepaduan atau integrasi dalam proses pengajaran pembelajaran adalah melalui penggabungjalinan, penyerapan dan penerapan. Antara lain manafaatnya ialah dapat memperlihatkan kepada pelajar gambaran keseluruhan serta hubung kait atara satu perkara dengan perkara yang lain membentuk satu kerangka ilmu. Manakala pemulihan dan pengayaan pula untuk menjamin setiap pelajar tidak ketinggalan daripada memperolehi apa yang sepatutnya mereka perolehi selaras dengan pendemokrasiaan dalam mendapatkan pendidikan.

    PENGETAHUAN ASAS

    Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan asas tertentu sebelum memulakan kursus ini.

    Tidak ada prasyarat yang khusus bagi kursus kerana ia adalah kursus berstatus Wajib

    LAN.

  • vOUM

    HBEF1403 PANDUAN KURSUS

    BAHAN BACAAN

    Buku teks rujukan bagi kursus ini sepertimana yang dicadangkan dan dinyatakan dalam

    unit teks.

    KAEDAH PENILAIAN

    Penilaian bagi kursus ini melibatkan dua komponen, iaitu penilaian berterusan dan

    penilaian akhir. Pecahannya adalah seperti berikut:

    Penilaian berterusan:

    1. Ujian 1 10%

    2. Ujian 2 15%

    2. Penglibatan dalam perbincangan 5%

    3. Tugasan (1) 20%

    4. Peperiksaan akhir 50%

    Jumlah 100%

    Peringatan: Untuk lulus kursus ini, anda hendaklah lulus dalam peperiksaan akhir.

  • 1OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    PENGENALAN

    Seni Dalam Pendidikan (SDP) menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni

    pergerakan. SDP tidak merujuk kepada bidang seni lain seperti seni teater, seni sastera ,

    seni fotografi dan seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan peringkat sarjana

    muda keguruan ini lebih menegaskan kepada aspek pemahaman, penghayatan dan

    kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui

    penajaman intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Guru akan memberi murid

    untuk menjalankan aktiviti untuk meneroka, mengalami dan mengekspresi citarasa

    pancaindera. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, seni muzik

    dan seni pergerakan dalam meningkatkan lagi kepekaan, kreativiti, daya imaginasi untuk

    mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan menyeronokkan.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini anda akan dapat:

    1. menjelaskan konsep asas yang membawa kepada pengenalan Seni Dalam

    Pendidikan;

    2. menyatakan matlamat dan objektif mata muridan Seni Dalam Pendidikan; dan

    3. menjelaskan faedah Seni Dalam Pendidikan dalam proses pengajaran dan

    pembelajaran.

  • 2OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    PETA MINDA

    1.1 PENGENALAN KONSEP

    Seni Dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting ke arah perkembangan kanak-

    kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativitinya. Matlamatnya ialah

    untuk melahirkan individu yang berbudaya dengan mengamalkan pertimbangan kesenian,

    berjiwa kreatif, inovatif, inventif dan mempunyai jati diri yang tinggi. Pengabungan tiga

    jenis seni yang terdiri seni visual, seni muzik dan seni pergerakan akan membantu

    pembentukan insan yang lebih bersifat holistik.

    Kenapa mata pelajaran seni dalam pendidikan ini diperkenalkan?

    Terdapat beberapa pandangan yang menyokong bahawa Seni Dalam Pendidikan

    memberi manfaat dari segi jangka panjang. Berikut adalah teori dan pandangan daripada

    tokoh-tokoh:

    (a) Teori konstruktivisme menyatakan bahawa kanak-kanak tidak beroleh pengetahuan

    secara pasif tetapi mereka membina pengetahuan secara aktif. Pembelajaran secara

    aktif dan interaksi sosial digalakkan dalam persekitaran yang selamat dan kondusif di

    mana pembelajaran dicapai melalui aktiviti meneroka, bereksperimen dan mengolah

  • 3OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    objek atau bahan. Oleh itu Seni Dalam Pendidikan boleh dijadikan sebagai wadah

    untuk membolehkan murid mengekspresikan idea secara bebas dan kreatif.

    (b) Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa

    terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di

    kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah . Realitinya

    kebanyakan sekolah hanya memberi penekanan kecerdasan linguistik dan matematik

    logik sahaja. Secara tidak langsung kecerdasan lain akan hilang. Teori Kecerdasan

    Manusia ini menyokong kesepaduan subjek yang digabung seperti dalam

    matapalajaran Seni Dalam Pendidikan. Pengabungan ini dapat menangani masalah

    penyuburan kecerdasan minda kanak-kanak. Selain daripada itu dapat menjana

    kecerdasan minda murid dengan lebih menyeluruh. Terutamanya apabila strategi

    pembelajaran dan pengajaran yang dirancang dapat dilaksana dengan baik dan

    berkesan.

    (c) Howard Gardner (1983), jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam

    pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini

    disebabkan murid mempunyai kebolehan menakul dan menanggap dalam keadaan

    yang berbeza. Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan

    memudahkan penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif.

    (d) Hermann (1991) di dalam Quadrant Concept yang mengkaji perkembangan otak

    kanan dan kiri menyatakan bahawa seni membantu pemikiran rasional dan intiutif

    seseorang individu.

    (e) Einstein pula mencadangkan agar bidang sains yang bermatlamatkan untuk

    memahami deria manusia dimantapkan untuk pendidikan kanak-kanak. Gabungan

    dari pelbagai kecerdasan perlu diamalkan seperti kemahiran muzik, kecerdasan

    yang berkaitan dengan kecerdasan intutif , personal dan intrapersonal, praktik dan

    estetika, holistik dan analitik, emosional dan fizikal dan intelektual.

    (f) Leonardo da Vinci merupakan model manusia dalam kajian Seni Dalam Pendidikan.

    Beliau adalah seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis. Beliau

    menggabungkan bidang-bidang ilmu tersebut untuk membentuk keunggulan diri

    dalam kehidupannya.

    Seni Dalam Pendidikan akan:

    Menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mata muridan di sekolah menjadi

    lebih seronok

    Membantu anda memahami diri sendiri

    Membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah

    Memotivasikan anda menjadi guru yang kreatif, inovatif, peka , berpersonaliti yang

    seimbang, berketrampilan dan profesional.

    Membantu perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

  • 4OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    1.1.1 Matlamat

    Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian

    generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi,

    imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Kandungan kurikulum berupaya membantu

    murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

    pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah

    Pendidikan Kebangsaan.

    Seni Dalam Pendidikan yang mengintegrasikan tiga komponen akan melengkapkan

    pembinaan otak kanan dan otak kiri. Bertitik tolak daripada pengintergrasian inilah

    perkembangan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek akan berlaku.

    Rajah 1.1: Matlamat seni dalam pendidikan

    1.1.2 Objektif

    Seni Dalam Pendidikan di sekolah rendah bertujuan untuk:

    menghargai keindahan ciptaan Tuhan

    mempupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi dalam proses penghasilan

    meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta kemahiran dalam bidang

    seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang diamalkan pengajaran dan

    pembelajaran

  • 5OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan teknologi untuk

    mengekspresikan hasilan kerja

    membuat diskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian terhadap karya seni yang

    dibuat

    mendapat nilai tambah dalam disiplin sains, teknologi dan mata muridan lain

    menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni visual, seni muzik dan seni

    pergerakan

    menjadikan Seni Dalam Pendidikan sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan

    menyedari dan menghargai suasana seni dalam persekitaran dan kaitannya dengan

    keselesaan hidup

    membina jati diri ke arah pembentukan negara bangsa

    mengintegrasi Seni Dalam Pendidikan dengan mata muridan lain melalui aktiviti yang

    diadaptasi dan diubahsuai selaras dengan hasrat kurikulum kebangsaan.

    membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai pengalaman seni visual,

    seni muzik dan seni pergerakan

    1.2 LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Seni Dalam Pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard

    Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan. Teori ini

    amat jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam kurikulum. Oleh itu

    guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan menggunakan kelebihan diri mereka.

    Selain itu guru perlu merancang aktiviti pembelajaran yang pelbagai untuk memenuhi

    keperluan murid yang mempunyai gaya belajar, mencuba idea, pendekatan dan teknik

    yang baru serta persekitaran yang memberi inspirasi.

    Teori Kecerdasan Manusia

    Howard Gardner ini mengenengahkan otak kanan dan otak kiri sebagai subjek teori

    pembelajaran.

    Hermann (1991) menghasilkan Quadrant Concept yang membentuk peranan otak

    kanan dan otak kiri yang sama.

    Einstein juga sebenarnya mengenengahkan teori yang sama dimana peranan otak

    seharusnya dimantapkan untuk pembentukan sahsiah diri.

    Seni Muzik

    Tokoh-tokoh seni muzik seperti Emile Jacques Dalcroze, Carl Orff, Shinuchi Suzuki,

    Zoltan Kodaly dan Erwin Gordon juga mengenengahkan teori pembelajaran berasaskan

    otak kanan dan otak kiri. Walaupun setiap pengkaedahan muzik mempunyai latar

    belakang yang berbeza tetapi setiap daripada mereka banyak memberi perhatian kepada

    penghayatan kepada murid. Secara yang tersirat, pengertian ini menunjukkan bahawa

    murid-murid akan belajar menggunakan kemahiran berfikir dan penghayatan secara

    berperingkat atau sequential.

  • 6OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Seni Pergerakan

    Einstein mengatakan bahawa setiap pergerakan mendapat kawalan yang dipantau

    oleh otak kiri dan kanan melalui proses mengimaginasi. Seterusnya, pergerakan-

    pergerakan kreatif sebenarnya berlaku melalui proses menakkul dan pertimbangan-

    pertimbangan rasional menganai apa yang kita ingin lakukan.

    Gardner berpendapat bahawa otak yang kreatif seringkali menghasilkan pergerakan-

    pergerakan yang menarik dan seterusnya dapat membina kemahiran-kemahiran

    yang berbagai.

    Torrance (1969) menyatakan bahawa otak yang kreatif seringkali mempamerkan

    kebolehan murid mengatasi pelbagai masalahnya.

    Seni Visual

    Bersoon (1982) mendapati bahawa kanak-kanak menggunakan deria dan respon

    emosinya dalam memperoleh pengalaman yang disediakan. Menerusi kegiatan seni

    kanak-kanak meningkatkan keupayaannya untuk membuat pengamatan dan

    penaksiran. Apabila kanak-kanak melakukan aktiviti yang sedemikian, otak kanan

    dan otak kirinya difungsikan.

    Eisner (1980) juga mendapati bahawa kanak-kanak sering berhadapan dengan

    masalah membina kemampuannya dalam membuat huraian dan seterusnya cuba

    membina suatu konsep yang sempurna. Fenomena ini terjadi ketika kanak-kanak

    membuat pengamatan, membuat taksiran dan tanggapan dan seterusnya membina

    konsep.

    Feldman (1976) mendapati bahawa kegiatan seni dapat meningkatkan kesedaran

    kanak-kanak tenatng berlakunya perubahan-perubahan nilai manusia dari masa ke

    semasa.

    Brown (1980) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika

    melukis atau membuat lakaran dapat meningkatkan kebolehan mereka dalam

    pengamatan dan memperkaya pengetahuannya tentang perbezaan-perbezaan setiap

    objek atau omej tampak di sekeliling mereka. Jika kanak-kanak diberi pendedahan

    kaedah dan teknik yang sempurna, mereka akan berkeupayaan mengembangkan

    pemikiran yang kritis.

  • 7OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.2: Teori kecerdasan manusia menjadi asas seni dalam pendidikan

    Latihan 1.1

    Mengapa Seni Dalam Pendidikan?

    1.2.1 Teori Pembelajaran

    Teori penting yang perlu diketahui dalam Seni Dalam Pendidikan adalah seperti berikut:

    (a) Teori Konstruktivisme

    Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri

    pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman

    sedia ada. Dalam proses ini murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima

    dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru. Mereka

    membentuk peraturan melalui refleksi tentang interaksi mereka dengan objek dan

    idea.

    Pembelajaran secara konstruktivisme menggalakkan murid mencipta penyelesaian

    mereka sendiri bertolak daripada teori pembelajaran behaviorisme kepada

    kognitivisme dan seterusnya konstruktivisme. Pembelajaran ini menggalakkan

  • 8OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    murid menacri idea, buat kajian, yakin diri dan dapat beriteraksi yang akhirnya

    proses inkuiri akan terhasil.

    PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembelajaran secara

    konstruktisme.

    Rujuk dan imbas kembali topik ini dalam Seni Dalam Pendidikan dan cuba

    terapkan dalam proses pembelajaran anda.

    Huraian mengenai apakah itu konstruktivisme oleh Mc Brien dan Brandt, (1997),

    Briner, M (1999) dan Brooks dan Brooks (1993)

    Ciri pembelajaran secara konstruktivisme

    Kelebihan pembelajaran secara konstruktivisme

    Peranan murid dan guru serta cabaran dalam kelas konstruktivis

    Perbandingan pembelajaran secara tradisional dan konstruktivisme

    Rajah 1.3: Implikasi daripada pembelajaran konstruktivisme

  • 9OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    CIRI-CIRI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME

    1. Menggalakkan murid bertanya dengan murid dan guru

    2. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting dengan hasil

    pembelajaran

    3. Menyokong pembelajaran secara koperatif

    4. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan autonomi murid

    5. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru dengan

    memahami melalui penglibatan murid dengan situasi duni sebenar

    6. Menggalakkan soalan/idea yang dimulakan oleh murid dan menggunakannya

    sebagai panduan merancang pengguna

    7. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh m urid

    8. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaiamana murid bejar sesuatu idea

    9. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan eksperimen

    Dalam teori konstruktivisme, manusia belajar secara aktif dengan membina ilmu yang

    didapati bermakna kepada dirinya

    (actively construct knowledge that they find personally meaningful )

    Bagaimana Seni Dalam Pendidikan dalam dapat dikaitkan dengan teori

    konstruktivisme?

    Hubungkait ilmu baru kepada pengetahuan sedia ada

    Menyusun atur maklumat dan pengetahuan

    Mengekspresi ilmu baru dalam bentuk baru

    Memberi gambaran mengenai pengetahuan baru dengan berbagai cara dan bentuk

    Menyampaikan pengetahuan baru melalui representasi dan persembahan

    Mengukuhkan pemahaman dengan aktiviti lanjutan

    Aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dapat membina konsep pembelajaran

    kanak-kanak melalui:

  • 10OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    (b) Teori Kecerdasan Pelbagai

    Teori kecerdasan pelbagai telah diperkenalkan oleh Howard Gardner (1983).

    Dengan tajuk seven ways of knowing, perceiving and understandingn life beliau

    membuat kajian terhadap pelbagai masyarakat termasuk kanak-kanak biasa dan

    istemewa, juga kelompok penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa. Teori

    ini telah menjadi penjana kecerdasan serta definisi konsep yang relevan dalam

    pendidikan hari ini. Ia dirumuskan sebagai:

    Kebolehan menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar

    Kebolehan menjana masalah baru untuk diselesaikan, dan

    Kebolehan membuat sesuatu atau menawarkan perkhidmatan yang bernilai

    dalam lingkungan sesuatu budaya.

    Jenis-jenis kecerdasan:

    Verbal linguistik

    Logik Matematik

    Visual ruang

    Kinestetik

    Muzik

    Interpersonal

    Intrapersonal

    Naturalis

    PPK, Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Aplikasi Kecerdasan Pelbagai

    Dalam Pengajaran dan Pembelajaran

  • 11OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Latihan 1.2

    Nyatakan jenis teori kecerdasan pelbagai yang terdapat di bawah ini .

    Bil Aktiviti Murid Jenis TKP yang

    Digunakan

    1. Murid mengira dan menjumlahkan buah kuini

    yang dikutip di dusunnya

    2. Murid meniru nyanyian Mawi di televisyen

    3. Murid bermonolog, merafak syahdu kepada

    Tuhannya

    4. Murid mengikut sebutan pensyarah dalam

    sebutan terminologi dalam sesi kuliahnya

    5. Murid menggunakan pensel untuk mendapatkan

    skema ukuran dalam kerja melukis perspektif

    6. Murid berborak di bawah pohon mengkudu

    selepas tamat sesi kuliahnya

    7. Murid mengambil daun puding untuk ditiru

    dalam mata muridan Pendidikan Seninya.

    8. Murid membuat regangan otot sebelum mendaki

    Gunung Arong dalam sesi Bina Insan Guru

  • 12OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.4: Teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner (1983) dalam bukunya Frames of

    Mind: Theory of Multiple Inlleigence

    Mengapa teori ini penting dalam Seni Dalam Pendidikan?

    1. Menyokong penbelajaran bersepadu mengikut saranan JERI selaras dengan

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan

    2. Menerima hakikat bahawa individu mempunyai kecerdasan yang berbagai

    3. Membentuk kepelbagaian untuk menilai

    4. Wujudkan suasana kolaboratif

    5. Tingkatkan profesionalisme guru dan galakkan inovasi penyelidikan dalam

    pengejaran dan pembelajaran

    6. Tingkatkan kualiti diri dan motivasi diri

    7. Tingkatkan kecerdasan melalui kefahaman yang pelbagai dan seterusnya

    meningkatkan potensi diri

  • 13OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.5: Kecerdasan pelbagai yang dikuasai oleh murid

    (c) Teori Pembelajaran Sosial

    Teori pembelajaran sosial menegaskan bahawa pembelajaran manusia berlaku

    dengan cara memerhatikan orang lain melakukan sesuatu. Teori ini juga

    menekankan konsep peniruan. Ia berlaku dalam tiga bentuk yang berikut:

    (i) Peniruan secara langsung. Dengan mengambil bahan maujud, murid

    meniru dan memindahkan hal subjek ke satu gambar atau kepada model

    baru yang ditirunya. Di peringkat permulaan menghasil sesuatu karya,

    kaedah peniruan langsung ini dianggap paling baik dan berkesan sehingga

    murid dapat berdikari dengan pengkaryaannya.

    (ii) Peniruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan. Sekatlakuan

    merupakan sekatan tingkah laku yang sesuai dalam situasi tetapi tidak

    sesuai pada situasi yang lain. Contohnya: murid boleh membuat peniruan

    atau imitasi dalam berkarya tetapi tidak sesuai lagi apabila murid tersebut

  • 14OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    bergelar artis. Amalan meniru ini dianggap suatu kerja menciplak atau

    plagiat yang dianggap sebagai taksekatlakuan. Murid juga membuat kerja

    taksekatlakuan. Ini bermakna murid akan terus menerus meniru dalam

    semua situasi. Contohnya: Walaupun kerja meniru dalam berkarya itu

    suatu yang ditegah dan tidak bermoral tetapi kerana amalan ini tiada

    tegahan ia akan menjadi satu habit dan biasaan.

    (iii) Peniruan elistasi. Murid terus menerus membuat peniruan kerana gagal

    membina kewibawaan diri. Murid ini tidak berprinsip dan tidak mempunyai

    jati diri dalam ruang lingkup kehidupannya.

    Mengapa peniruan di kalangan murid berlaku?

    (i) Pemerhatian dari gerak balas penglihatan, pengamatan, pendengaran dan

    responsif deria. Murid membuat pemeraman idea dan cuba

    mengekspresikan idea itu. Cara yang termudah ialah membuat representasi

    idea yang sedia ada dalam minda murid.

    (ii) Memori yang berkekalan. Murid mempunyai penghayatan yang kekal dalam

    minda atau ingatannya sama ada peristiwa yang menggembirakan atau

    peristiwa sedih. Untuk tujuan mengekspresikan idea, memori ini membantu

    murid mendapatkan idea sebagai hal subjek (subject matter)

    (iii) Gerak balas dari tindakan yang didengar, dilihat atau dirasai. Apabila

    sesuatu gerak balas itu mendapat ganjaran, ia akan menjadi satu prinsip

    kendiri dan boleh menjadi pemerapan idea pada jangka panjang.

    (d) Teori Otak Kiri dan Otak Kanan

    Mengikut kajian Edward Gardner (1983), Roger Sperry (1967) dan Herman (1991),

    otak mempunyai fungsi yang berbagai dan perlukan penyuburan untuk membentuk

    insan kamil. Ini penting kerana setiap insan dilahirkan dengan sekurang-kurangnya

    tujuh kecerdasan otak yang perlu dipupuk dan dipontesikan mengikut

    tumbesarannya. Teori ini melihat bahawa setiap insan yang dilahirkan wajar diberi

    perhatian pendidikan secara menyeluruh dan penerapan nilai murni yang

    secukupnya untuk mengelak daripada gejala vandalis di kalangan murid.

    Pemupukan kecerdasan otak boleh dilakukan melalui pembelajaran dan

    penguasaan mata muridan disekolah. Pokok persoalanya, adakah mata muridan

    yang diajar disekolah melengkapi penyuburan kecerdasan otak sesorang murid?

  • 15OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.6: Peranan otak kanan (hoki) dan otak kiri (hok)

    (e) Teori Pemerosesan Maklumat

    Teori ini dikemukakan olah Robert M. Gangne (1975) mengemukakan bagaimana

    manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

    Mengikut teori ini rangsangan-rangsangan dari persekitaran luar akan diterima

    dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan

    dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan

    akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

    Mengikut Gagne, pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang

    adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman baru,

    demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Untuk itu Gagne telah

    mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa biasa yang dialamai oleh manusia

    dalam proses pembelajaran iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa

    penyimpanan, fasa penahaman, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa

    prestasi dan fasa maklum balas.

  • 16OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.7: Gambarajah teori pemerosesan maklumat

    Apabila aktiviti-aktiviti Seni Dalam Pendidikan dijalankan, pembelajaran

    kecerdasan emosi dan pengalaman langsung dari proses maklumat seperti diatas

    akan memudahkan untuk memberikan kepada kanak-kanak beberapa peluang

    antaranya:

    Berinteraksi dengan bahan, subjek dan hasil

    Berinteraksi dengan orang lain dalam proses penghasilan atau penyampaian

    Mendapat maklum balas dari orang lain

    Bekerjasama dengan orang lain dalam proses penghasilan karya

    Mengelak perlakuan yang tidak diingini

    Mengekalkan perlakuan yang diingini

    1.2.2 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

    Apa sahaja pembelajaran, ia berlaku secara berperingkat-peringkat, berfasa dan

    bersekuen mengikut rangsangan yang diperolehi di persekitaran kemudian diproses ke

    dalam otak untuk menjadi pengalaman atau ilmu pengetahuan yang bermakna dan

    seterusnya akan diamalkan dalam situasi yang sepadan. Tindakan mengamal dari

    pengalaman atau ilmu pengetahuan yang diperolehi dalam proses pembelajaran boleh

    diperlihatkan sebagai perubahan tingkah laku manusia.

    Pembelajaran hanya boleh berlaku apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu

    rangsangan yang ada. Proses pembelajaran akan ditersukan jika terdapat motivasi yang

    sesuai, sebagai penggerak yang mendorong untuk berusaha memikirkan erti rangsangan

    itu. Proses pembelajaran ini akan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk

    dan dikekalkan.

  • 17OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Berdasarkan Model Proses Gagne (1974), fasa-fasa proses pembelajaran dapat

    dibahagikan kepada lapan fasa. Proses pembelajaran ini bermula daripada penerimaan

    rangsangan melalui organ deria manusia, diikuti oleh pembentukan konsep dan diakhiri

    dengan perubahan tingkah laku ke tahap yang lebih tinggi. Setiap fasa dalam proses

    pembelajaran mempunyai tindakan dalam atau pun luaran yang tersendiri dan

    mempengaruhi fasa yang berikutnya. Di antaranya kesediaan, motivasi, pengamatan,

    penaggapan, ingatan, lupaan dan pemindahan. Aspek-aspek utama ini berkait rapat

    dengan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar bilik darjah.

    Kesediaan Belajar

    Kesediaan belajar merujuk kepada keadaan dalaman individu yang bersedia dan

    berupaya untuk memmuridi sesuatu dengan tujuan memperoleh pengalaman

    pembelajaran yang baru.

    Kesediaan belajar mengutamakan peringkat perkembangan intelek, psikomotor, emosi

    dan kematangan murid untuk membolehkannya menerima dan menjalankan aktiviti

    pembelajaran yang berkesan. Seseorang individu tidak boleh dipaksa untuk belajar

    sesuatu sekiranya individu itu belum mempunyai kesediaan belajar. Hal paksaan ini tidak

    akan menghasilkan keberkesanan dalam pembelajarannya.

    Pengamatan

    Pengamatan boleh diertikan sebagai persepsi iaitu gambaran atau bayangan dalam hati

    atau fikiran, pandangan atau tanggapan. Proses pengamatan bermula daripada

    rangsangan luar yang dikesan oleh organ-organ deria iaitu mata, telinga, hidung, lidah dan

    kulit. Rangsangan yang dikesan kemudian menghasilkan impuls yang dihantar ke otak

    melalui sistem saraf yang menghubungkan deria tertentu dengan otaknya. Otak mentafsir

    maklumat yang diterima dan berdasarkan pengalaman yang berkaitan, menginterpretasi

    dan membentuk makna, bayangan , gambaran atau konsep rangsangan tersebut.

    Jenis-jenis Organisasi Pengamatan

    1. Persepsi ruang - mengandungi ruang dimensi dan tiga dimensi. Contoh: persepsi

    ruang dua dimensi terdapat pada satah gambar yang sifatnya rata (flat) atau

    mendatar. Ruang seperti ini bersifat illusi iaitu hanya dapat dilihat dalam bentuk

    gambar. Manakala ruang tiga dimensi merujuk kepada objek yang sebenar yang

    bersifat konkrit. Ia merujuk kepada objek dan persekitaran yang sebenar, boleh

    disentuh dan dilihat dengan mata kita.

    2. Persepsi gerakan - persepsi ini berkait kepada objek-objek bergerak dimana

    pergerakan objek mempengaruhi retina mata kita. Contoh: kapal terbang yang

    bergerak di udara, burung terbang, kereta api bergerak dan lain-lain lagi.

    3. Persepsi masa - ditafsir oleh individu berdasarkan pengalaman atau apa yang

    dirasai. Contohnya: Masa berlalu terlalu laju, tahu-tahu umur sudah menjangkau 50

    tahun. Seronok menjawab soalan peperiksaan terasa masa berjalan begitu cepat.

    Menunggu itu suatu penyeksaan ketika menunggu kekasih untuk berdating.

  • 18OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.8: Proses pembelajaran berlaku secara berperingkat-peringkat

    1.2.3 Mengaktifkan Pembelajaran dan Pemindahan Pembelajaran

    Mengaktifkan pembelajaran bermakna mewujudkan suasana yang responsif dan bersifat

    dua hala. Manakala pemindahan pembelajaran bermaksud kebolehan dan kecekapan

    menggunakan pengalaman, pengetahuan ataupun kemahiran sedia ada ingatan untuk

    diaplikasikan kepada proses pembelajaran dalam situasi baru.

    Proses mengkategorisasi, generalisasi dan gangguan proaktif adalah pembelajaran lama

    yang mempengaruhi pembelajaran baru. Fenomena kesan pembelajaran yang baru

    berlaku dikenali sebagi pemindahan pembelajaran atau pemindahan latihan.

    Proses pemindahan pembelajaran boleh berlaku secara aktif dan negatif. Pemindahan

    pembelajaran positif berlaku apabila pembelajaran dalam situasi A dapat membawa

    pembelajaran dalam situasi B. Sifat keluwesan ini ternyata bahawa penerimaan berlaku

    tanpa kongkongan. Contoh: Kebolehan Idris dalam melukis pemandangan menggunakan

    kertas dan cat air dapat dipindahkan menggunakan kanvas dan cat minyak.

    Proses pemindahan negatif berlaku sebaliknya. Contoh: Mukhtar telah memmuridi

    bahawa selepas menghasilkan catan air berus mesti dicuci dengan air. Mukhtar membuat

  • 19OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    kesilapan apabila beliau membuat catan minyak, beliau maseh menggunakan air untuk

    mencuci berusnya.

    Syarat-syarat untuk pemindahan pembelajaran positif ialah:

    Kefahaman Murid hendaklah faham tentang konsep yang telah dimuridi sebelum

    dia boleh menggunakan dalam situasi baru.

    Kesamaan Dua situasi di mana murid hendak mengaplikasikan konsep yang

    dimuridi perlu mempunyai persamaan

    Kemahiran Murid telah benar-benar menguasai kemahiran sebelum dia

    memindahkannya kepada situasi baru.

    Celik akal Murid telah celik akal dalam konsep, prinsip atau kemahiran dalam

    sesuatu untuk membolehkan pemindahan pembelajaran kepada situasi lain.

    1.2.4 Isu-isu Berkaitan Seni Dalam Pendidikan

    Penyerapan tiga dalam satu. Adalah sukar untuk menerima hakikat bahawa selama ini

    telah wujud mata muridan Seni Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani secara

    per..se. Mengapa kontemporari ini ketiga-tiga mata muridan ini digabung? Apakah selama

    ini ketiga-tiga mata muridan ini telah mantap, perkasa dan dominan sehingga akhirnya

    lahir satu integrasi ketiga-tiga subjek tadi? Bagi orang yang tidak berminat dengan ketiga-

    tiga subjek ini tentulah menjangkakan bahawa ia menjadi suatu mimpi ngeri semata-mata.

    Penerimaan Seni Dalam Pendidikan di sekolah. Konsep pembelajaran di sekolah hari

    ini berkait rapat dengan peperiksaan rasmi di peringkat kebangsaan. Kalau subjek ini

    sekadar pelengkap atau suatu pengisian tambahan, adalah sukar untuk merealisasikan

    penerimaannya secara total. Agak malang jika ia diajar di tahun enam, subjek ini mungkin

    digunakan untuk memulihkan (recover) subjek peperiksaan kerana pihak sekolah inginkan

    pencapaian UPSRnya cemerlang.

    Perlaksanaan di sekolah. Sebagai subjek yang diintergrasikan, guru cenderung untuk

    mengajar kepakaran seni sahaja. Contoh: Jika cikgu Habsah adalah guru Seni Visual,

    tenensi pengajarannya tentulah kepada Seni Visual. Bagaimana dengan Seni Muzik dan

    Pendidikan Jasmani? Untuk mewujudkan tiga guru seni tadi dalam satu masa tentunya

    agak sukar. Kalau ada pun soalan keselarasan menjadi persoalannya.

    Kekaburan matlamat dan objektif. Seperti biasa, apabila disebut sebagai baru, ia maseh

    dalam pemerhatian, tilikan dan renungan. Secara ubah ansur, penelitian matlamat dan

    objektif ditanggap tetapi tidaklah sepantas saranan pihak pentadbir. Terminologi dan laras

    bahasa Seni Dalam Pendidikan maseh dalam kontek ingat-ingat lupa.

    Pertindihan subjek seni yang sedia ada. Pada masa ini kita telah maklum bahawa Seni

    Visual, Seni Muzik dan Pendidikan Jasmani diajar di sekolah. Kedatangan Seni Dalam

    Pendidikan seolah-oleh membawa suatu pertindihan aktiviti dan bidang yang diajar.

    Konsep 3 + 1 sebenarnya telah bertindan dengan 1 + 1 + 1.

    Masa interaksi guru bertambah. Bebanan kerja adalah suatu phobea kepada guru.

    Bukan guru hendak mengelak kerja tetapi dalam waktu yang sama guru mendapat

    tambahan waktu mengajar sedangkan sekarang ini mereka mempunyai jumlah interaksi

  • 20OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    mengajar yang maksimum. Lebih kritikal lagi kepada sekolah kurang murid ( SKM ) di

    mana guru selalunya mengambil satu standard untuk setiap tahap dalam pengajaran dan

    pembelajaran.

    Mata muridan rileks tiada peperiksaan. Lain pula bagi sikap guru yang meletakkan

    mata muridan bukan peperiksaan sebagai mata muridan tidak penting. Boleh dijadikan

    mata muridan rileks. Kepada guru yang mengajar dalam jumah interaksi maksimum

    mahukan subjek ini untuk waktu rehatnya. Jika pernyataan ini benar, tentulah implikasinya

    negatif.

    1.2.5 Pendapat Tokoh-tokoh

    1. Fox and Diffily (2000)

    Golongan profesional mengenalpasti akan kepentingan memberi peluang kepada

    kanak-kanak untuk perkembangan dalam semua bidang, sosio-emosi-psikomotor dan

    kembangan kognatif. Seni Kreatif, Seni Muzik, drama, Seni Pergerakan dan Seni

    Visual adalah penting sebagai penyemai perkembanagn di peringkat pendidikan awal

    kanak-kanak.

    2. Gibson, Rex (1996)

    Pembelajaran kecerdasan emosi berkait rapat dengan cara penyampaian idea-idea

    dan perasaan masing-masing. Seni membantu dalam meluahkan perasaan dan

    emosi secara mendalam. Perasaan adalah subjektif seperti perasaan bahagia dan

    tidak bahagia. Perasaan merupakan satu cara untuk merangsang minda untuk

    mengenali fakta. Ini bermakna perasaan boleh ada makna suatu yang

    mempengaruhi kita.

    3. JOHN DEWEY

    Fungsi seni adalah memimpin kanak-kanak ke arah suatu fahaman tentang seni

    sebagai cara penyusunan pengalaman. Pendidikan adalah satu proses untuk

    mengembangkan kecerdasan manusia, sekolah seharusnya memberi kanak-kanak

    kebebasan untuk perkembanagn fizikal, emosi dan intelektual iaitu kebebasan untuk

    melatih kecerdasan fikiran melalui seni.

    4. WALTER GROPIUS

    Seni seharusnya berfungsi dan memberi faedah kepada kehidupan seharian bukan

    untuk menyatakan hasrat diri sahaja. Gropius telah memberi kepentingan prinsip

    asas reka bentuk ke barangan seharian kelauaran industri dengan menyatukan seni,

    pertukangan, sains dan teknologi. Prinsip rekaan dan nilai estetika telah dibawa ke

    barangan seharian seperti kerusi, meja, lampu, alat perkakas letrik, kenderaan,

    bangunan dan lain-lain lagi dengan memberi prtimbanagn khas terhadap bentuk dan

    bahan. Konsep seni ini memperkembangkan seni reka, seni komersial dan seni

    dalam kehidupan seharian.

    5. PLATO

    Seni dan pendidikan perlu dipandu kepada kebenaran, kebaikan ,kesempurnaan,

    kesejahteraan dan keindahan. Seni dibincang dengan kaitannya dengan perlakuan,

    akhlak, nilai dan moral untuk membawa kesejahteraan. Seni dapat mencipta sesuatu

    persekitaran berkebudayaan dan meningkatkan perpaduan.

  • 21OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    6. ARISTOTLE

    Pelukis sebenarnya tidak meniru benda alam tetapi memberi struktur bentuk yang

    universal kepada benda alam. Pembaca puisi sebenarnya tidak mendapat ilham dari

    dewa tetapi mencapai katarsis dengsn struktur bentuk dalam cerita puisi itu. Pelukis

    pokok tidak meniru pokok tetapi memberi struktur yang universal kepada pokok.

    Dengan struktur bentuk universal itu kita dapat mengenali pokok. Maka seni itu

    adalah baik. Menerusi struktur bentuk dalam puisi itu, kita dapat melahirkan perasaan

    mengenai cerita dalam puisi itu. Maka seni boleh digunakan untuk membina budaya

    yang baik.

    1.3 KEPENTINGAN

    Peranan Ekspresi

    Seni Dalam Pendidikan menyarankan pelbagai aktiviti melalui perasaan, pernyataan

    emosi, idea dan manifestasi pemikiran. Aktiviti Seni Dalam Pendidikan memberi peluang

    untuk murid membina keyakinan menajamkan persepsi, meningkatkan kreativiti dan

    meningkatkan nilai estetik.

    Rajah 1.9: Bentuk ekspresi

  • 22OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Rajah 1.10: Peranan ekspresi

    Peranan Emosi

    Emosi merupakan perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan geli. Emosi

    yang mempengaruhi ingatan boleh digolongkan dalam dua jenis iaitu:

    (i) seronok dan tenang

    (ii) kurang seronok dan cemas.

    Mohmood Nazar Mohamad (1991), emosi itu satu keadaan yang dialami oleh manusia

    melibatkan perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi.

    Steq pula menyatakan bahawa jika seseorang memiliki IQ (Intelligence Quotient) yang

    tinggi, ditambah dengan EQ (Emotional Quotient) yang tinggi juga, orang tersebut akan

    lebih mempu menguasai keadaan dan merebut setiap peluang yang ada tanpa membuat

    masalah yang baru.

  • 23OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Kecerdasan Emosi

    Konsep IQ dan EQ

    Intellegence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognatif seperti

    membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah. Alfede Binet dan Theodore

    Simon memperkenalkan ujian kecerdasan yang diguna sampai waktu kini. IQ dikaitkan

    dengan kejayaan, namun tidak semua yang mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup.

    Perkembangan pesat dalam bidang sains otak atau neurology mendapati emosi dapat

    mempengaruhi kecerdasan (EQ).

    Ujian IQ tidak menjadi ukuran yang mutlak tentang meramalkan masa depan seseorang.

    Menurut Coleman (Pakar sains otak dan psikologi), peringkat terbaik IQ hanya

    menyumbang 20 % kejayaan seseorang manakal 80% lagui adalah faktor-faktor lain.

    intellegence test really assess skill in assimilating new information in

    solving new problems. This bios toward crytallized rather than fluid

    knowledge can be astounding consequences and individual can lose his

    entire frontal lobes, in the process becoming redically different person

    unable to displey any initiative or to solve new problem and yet may

    continue to exibit an IQ closde to genius level ....Edward Gardner (1983)

    Membina Emosi yang Sihat

    Guru yang penyayang dan ceria

    Tahap EQ guru yang membina EQ murid

    Angkubah EQ guru dapat menangani emosi negatif secara tulen, benar dan sihat

    Murid membina kemahiran emosi untuk memperoleh keputusan ujian atau

    peperiksaan

    Terdapat perhubungan yang rapat antara EQ dengan tingkah laku

    Murid yang menguasai kemahiran emosi lebih terhindar dari gejala sosial.

    Mereka lebih berkerjasama , suka menolong, boleh diharap dan berempeti

    Lebih fokus, tekal boleh menangani kekecewaan dan sabar.

    Cara Mengintegrasi Kecerdasan Emosi dalam Bilik Darjah

    Setiap guru mengamalkan EQ semasa berinteraksi dengan murid

    Bercakap tentang kepentingan emosi dalam setiap interaksi guru murid

    Pengintegrasian secara menyeluruh dalam setiap organisasi pengurusan

    Menguasai kemahiran mengajar EQ

    Menggunakan perkatan-perkataan yang berkaitan dengan perasaan

    Menggunakan lagu-lagu yang berkaitan dengan perasaan

    Menggunakan unsur puisi seperti sajak, pantun, syair dan cerita.

  • 24OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Ada unsur kecindan

    Menggunakan unsur biografi kepada perkara yang berkaitan

    Mengucapkan perasaan terutamanya nilai murni dalam setiap interaksi.

    Peranan Imaginasi

    Proses kreativiti dan imaginasi boleh melibatkan;

    (i) Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

    (ii) Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

    (iii) Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

    Menurut Russel (1968), matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan

    pembelajaraqn ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati,

    kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, tekstura dan irama.

    Melalui aktiiviti seni, daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya,

    menggunakan lagu untuk memperkenalkan lagu lebah. Semasa akanak-kanak menyanyi

    lagu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya,

    kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk

    tersebut. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam

    kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

    Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta

    sesuatu yang baru kanak-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti

    dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

    RUMUSAN

    Topik ini memberi penekanan kepada konsep asas yang membawa kepada pengenalan

    Seni Dalam Pendidikan, matlamat dan objektif serta hubung kaitannya dengan

    pembentukan insan murid. Maklumat yang sedemikian juga penting sebagai persiapan

    bakal guru yang mengajar mata muridan ini. Di samping itu anda juga didedahkan

    beberapa teori pembelajaran yang berkaitan dengan minda dan kepentingan seni secara

    global . Sikap kendiri dalam proses pembelajaran seperti ekspresi diri, emosi, imaginasi,

    persepsi dan pengamatan menjadi intipati penting untuk pemantapan seorang murid dan

    bakal guru dalam mata muridan ini.

    GLOSARI

    Ekspresi Luahan perasaan, luahan gagasan, luahan pendapat, luahan berkarya

    Emosi Perasaan yang kuat, dalaman , emansipasi.

    Estetik Kecantikan

    Maridan Berkehendak; asal kata murid; berkehendak yang baik-baik.

    Imaginasi Gambaran/kerangka imej

    Intuisi Gerak hati, qalbu

  • 25OUM

    TOPIK 1 KONSEP DAN LATAR BELAKANG SENI DALAM PENDIDIKAN

    Inventif Merekacipta, merekabentuk, dapatan baru

    Isme Aliran, fahaman

    Representatif Penampilan semula, gambaran semula, penyatuan semula

    Persepsi Tanggapan/pengertian yang tajam

    UJIAN 1

    1. Berdasarkan pengalaman anda, huraikan prinsip yang berkaitan dengan persepsi?

    UJIAN 2

    1. Setiap guru perlu memahami emosi muridnya semasa menjalankan pengajaran dan

    pembelajaran.

    (a) Apakah yang dimaksudkan dengan emosi?

    (b) Bagaimanakah caranya guru dapat membina emosi murid yang sihat?

    RUJUKAN

    Al-Hurwitz & Michael Day (2001), Children and their Art, Harcourt College Publishers, USA

    Anderson, W.M & Lawrence, J. E (1991), Intergrating music into the classroom, Belmont,

    California, Wadsworth Publishing Co.

    Bahagian Pendidikan Guru (2005) Seni dalam pendidikan untuk LPBS, Putrajaya.

    Fogarty, R (1991) How to intergrate the curricula , Illinois, IRI. Skylight Publishing Inc.

    Howard Gardner (1997), Multiple intellegences as a partner in school improvement , New

    York, USA: University of Illinois Press

    Isabel, R.T. & Raines, S.C. (2003), Creativity and the arts with young chidren, USA:

    Thomson Learning Inc.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Pembelajaran secara konstruktivisme

    Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

    Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) Teori kecerdasan pelbagai, Kementerian

    Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

    Read, H (1977) Meaning of arts , Faber & Faber: London. Ltd.

  • 26OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    PENGENALAN

    Kehidupan dan pembelajaran merupakan hala tuju yang artistik bagi kanak-kanak. Mereka dilahirkan dengan keperluan dan keinginan untuk mengetahui dunia disekeliling mereka. Pemahaman mereka terbentuk dengan mempelajari sesuatu yang baru. Kanak-kanak bukan sahaja perlu mengetahui fakta-fakta yang tersirat tetapi juga mengetahui bagaimana idea-idea berhubungkait di antara satu dengan yang lain. Mereka boleh mencipta satu pemahaman tentang bagaimana untuk menghubunglkait seni dengan perasaan, intuisi dan kreativiti manusia. Seni dalam konteks ini merujuk kepada muzik, pergerakan dan seni visual. Justeru, salah satu cara asas untuk memenuhi perasaan ingin tahu dan kehendak kanak-kanak adalah melalui seni yang mampu membangunkan potensi mereka untuk menjadi insan yang kreatif dan imaginatif.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini anda akan dapat:

    1. mempertingkatkan kefahaman tentang fitrah kanak-kanak dalam proses

    perkembangan diri mereka;

    2. menjelaskan keperluan asas kanak-kanak;

    3. memahami perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak;

    4. menjelaskan konsep kanak-kanak sebagai insan sosial; dan

    5. mengetahui tentang perkembangan diri kanak-kanak melalui seni.

  • 27OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    PETA MINDA

    2.1 KEPERLUAN DAN KEINGINAN ASAS KANAK-KANAK

    Seni merupakan asas perkembangan individu. Jika diajar dengan baik maka akan dapat merangsang kepekaan deria kerana semua deria merupakan ruang bagi pembelajaran. Kanak-kanak akan dapat meluahkan perasaan mereka tentang isu-isu persekitaran yang memberi kesan kepada mereka. Ini membolehkan mereka menyentuh, merasa, dan

  • 28OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    meneroka sebarang kebarangkalian melalui interaksi dan pemahaman terhadap persekitaran.

    Kanak-kanak mesti diberi peluang untuk menyatakan pendapat dan pengetahuan yang mereka temui. Suara keriangan kanak-kanak yang jelas kedengaran di dalam bilik dajah patut digalakkan semasa pembelajaran sedang berjalan. Untuk itu kanak-kanak sepatutnya menyertai proses pendidikan tanpa sebarang perbezaan.

    Pendidikan menjadi satu keperluan dan keinginan asas kepada kanak-kanak. Jika diteliti berdasarkan teori Pembelajaran Maslow. Pendidikan boleh diumpamakan berada didalam tahap fisiologi. Iaitu tahap yang merupakan keperluan asas kepada kanak-kanak. Keperluan asas, pendidikan ini perlu dipenuhi sebelum menusia bersedia menceburi diri dalam hierarki kesempurnaan kendiri, maklumat dan estettik. Ini bermakna aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah bergantung kepada setakad mana keperluan-keperluan pelajar dapat dipenuhi. Oleh itu untuk mencapai objektif, guru perlulah mempertimbangkan langkah-langkah berikut:

    Pastikan keperluan asas pelajar telah dipenuhi seperti keperluan fisiologi iaitu makanan, minuman dan pakaian.

    Jadikan suasana bilik darjah yang kondusif.

    Bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih saying

    Memupuk nilai penghargaan kendiri dikalangan pelajar serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai

    Merancang aktiviti pengajaran berdasarkan kebolehan pelajar

    Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya pelajar memahami diri, menerima diri dan emibatkan diri secara aktif.

    Rajah 2.1: Teori pembelajaran Maslow

  • 29OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    Selain daripada itu kanak-kanak juga memerlukan perkara-perkara berikut antaranya ialah;

    Jasmani dan fizikal yang sihat

    Tubuh badan yang sihat akan membuatkan pelajar bertambah kreatif dalam pemikirannya. Untuk itu penyediaan pemakanannya adalah penting untuk perkembangan tubuh badan dan fizikal pelajar yang sihat.

    Emosi yang stabil

    Emosi pelajar perlulah stabil, peranan ibu bapa dan guru ketika berinteraksi perlulah menunjukkan contoh-contoh yang terbaik ketika berkomunikasi sesama mereka.

    Kerohanian yang membanggakan

    Tahap kerohanian yang dimiliki adalah tinggi

    Kefahaman intelek yang tinggi Pelajar perlu mempunyai tahap intelek yang tinggi dan dapat berfikir dengan

    tepat sebelum membuat sesuatu tindakan.

    Perhubungan sosial yang menggalakkan Perhubungan sesama kanak-kanak hendalah didalam keadaan yang harmoni

    dan saling berinteraksi antara satu sama lain tanpa ada perbalahan

    Kefahaman tentang nilai-nilai estetik

    Setiap kanak-kanak perlu mempunyai kefahaman yang kuat tentang nilai-nilai estetik yang terdapat didalam pendidikan seni visual.

    2.1.1 Jasmani

    Peringkat perkembangan jasmani kanak-kanak amat pesat semasa bayi. Perubahan berlaku dari segi rupa, atau wajah dan fizikal. Contohnya bayi yang baru lahir sudah pandai menghisap susu ibunya. Dalam jangka masa umur satu tahun, kita boleh menjangkakan perubahan-perubahan berikut yang mungkin akan berlaku kepada bentuk fizkal atau jasmani kanak-kanak.

    Semakin kanak-kanak meningkat usianya pergerakan kordinasi otot kasar dan halus dan perkembangan dari segi fizikal akan turut meningkat mengikut usianya.

    Kanak-kanak pada peringkat 6-12 tahun merupakan kanak-kanak yang aktif. Kanak-kanak pada tahap ini perlu diberi peluang bersuara dan bergerak untuk gerak kerja mereka. Masa rehat perlu diberi dengan menumpukan pergerakan sebagai sebahagian daripada pelajaran yang dijalankan. Setiap gerak kerja yang menggunakan tenaga harus diikuti dengan gerak kerja yang senang dan ringan misalnya pendidikan seni visual.

    Kanak-kanak pada peringkat di sekolah rendah ini mempunyai otot-otot yang belum matang untuk itu latihan pergerakan dan seni visual yang kerap akan dapat mematangkan pergerakan ototnya contoh memegang pensil dengan baiak supaya tulisan menjadi cantik dan kemas. Ianya memerlukan latih tubi yang kerap.

    Kebanyakan perkembang motor dibahagian tangan lebih penting dan ketara darpda perkembanganb dibahagian kaki. Pengunaan tangan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja.

  • 30OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    2.1.2 Emosi

    Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini akan menghasilkan perubahan dalam badan, dan terhasillah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.

    Pada peringkat kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan semasa diperingkat prasekolah. Jika dahulu daya pengawalan emosinya lemah kini emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat semakin matang pengawalan emosinya.

    Pada peringkat ini mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain. Melalui seni juga dia akan dapat untuk memahami dan meluahkan perasaan. Terutama ketika melukis dalam seni visual, jika emosinya stabil lukisan yang dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Bagitu juga jika dalam permainan muzik, cara kanak-kanak itu bermain alat dapat dipantau. Jika kuat pukulan alat muzik memungkinkan tedapat gangguan emosi tetapi jika pukulan stabil, besar kemungkinan emosinya baik.

    Untuk diperingkat ini guru perlu membuat penyesuaian dengan bentuk-bentuk emosi yang diingini dengan tidak di ingini.

    2.1.3 Rohani

    Melalui seni dalam pendidikan aktiviti kerohanian dapat dibentuk iaitu dengan banyak menumpukan kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan kerohanian dan moral. Seperti memperbanyakkan lagu-lagu yang boleh meningkatkan amalan-amalan kerohanian dan moral. Antaranya ialah,

    Penggunaan senikata lagu

    Pengucapan seperti terima kasih budak baik tahniah hendaklah disampaikan seberapa kerap yang boleh.

    Membantu kanak-kanak untuk menghargai sesuatu, bukannya mengeji.

    Elakkan daripada mengutuk kanak-kanak sebaliknya perbanyakkan kata-kata memuji dan menghoirmati kanak-kanak.

    2.1.4 Intelek

    Pada peringkat ini kanak-kanak telah dapat menguasai konsep pengekalan tentang paduan nombor, berat dan padatan. Penguasaan konsep ini membolehlkan mereka menguasai susunan angka dan mengelaskan benda dengan berbagai-bagai cara mengikut kualiti seperti saiz dan berat. Penguasaan proses pemisahan diri pula membolehkan mereka memahami konsep pembalikan. Ini kerana mereka mempunyai semagat ingin tahu dan keinginan untuk terus belajar.

  • 31OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    Pada peringkat ini juga mereka dapat menguasai pertuturan dan gemar membaca. Reaksi mereka akan dapat dikesan melalui penerangan tentang sesuatu hal. Pembelajaran amelalui gerak kerja atau aktiviti amat penting. Oleh itu situasi yang dibina dapat membantu dan interaksi bermasyarakat agar dapat saling mempelajari antara satu sama lain. Mereka seharusnya digalakkan mencari jawapan sendiri.

    Pada peringkat 11 ke 12 tahun berlaku perubahan daripada pengolahan secara konkrit kepada pengolahan secara formal. Pada peringkat ini kanak-kanak masih terikat dengan pengalaman yang seberanya. Wujudnya suasana yang boleh menimbulkan pertanyaan murid serta memberi peluang kepada mereka menerangkan pemikaran mereka.

    2.1.5 Sosial

    Peranan keluarga, masyarakat dan sekolah sangat penting dalam membentuk sosial dan sahsiah kanak-kanak. Kuat atau lemahnya pengaruh guru, rakan, ibu bapa akan dapat menilai setakad mana pembinaan sosialisasi kanak-kanak dapat keperkembangankan. Oleh itu peranan guru sangat penting membantu kanak-kanak untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan masyarakat dan kehidupan harian. Berdasarkan teori pembelajaran sosial oleh Albert Bandura beliau menegaskan bahawa elemen sosial akan terbabit kerana pembelajaran akan diperolehi dengan berdasarkan kepada:

    melihat

    meniru

    memerhatikan tingkahlaku orang lain.

    Teori yang dikemukakan oleh Bandura ini dikenali juga sebagai, teori pemerhatian atau teori peniruan. Mengikutnya aspek yang penting dalam teorinya ialah pemerhatian gerak balas yang ditonjolkan oleh orang lain. Beliau juga menegaskan bahawa seseorang individu akan meniru sesuatu tingkah laku jika dia memperolehi kepuasan dan peneguhan yang tinggi.

    Peniruan juga boleh dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu;

    Meniru Secara Langsung dan Tidak Langsung (a) Proses membolehkan kanak-kanak memerhatikan tingkah laku model

    semasa mengajar.

    (b) Proses ini berlaku secara tidak langsung berlaku semasa:

    (i) melihat gambar

    (ii) melihat filem

    (iii) melihat video

    Peniruan Melalui Sekatlakuan dan Ketaksekatlakuan (a) Peniruan sekatlakuan ini berlaku dalam keadaa yang tertentu, tetapi tidak

    sesuai dilakukan dalam keadaan atau situasi yang lain.

    (b) Pada masa ini individu akan menyekat tingkahlaku yang tidak sesuai ditiru dalam situasi tertentu.

  • 32OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    (c) Dalam proses taksekat lakuan, seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan dalam apa jua situasi.

    Peniruan Melalui Elistasi(a) Akan terus melakukan apa yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah

    mengetahui cara melakukan tingkahlaku tersebut.

    (b) Keinginan untuk meniru akan timbul apabila melihat gerak balas yang dilakukan oleh orang lain.

    Latihan 2.1

    Semasa sekumpulan kanak-kanak sedang bermain, Sembunyi, Sembunyi cuba perhatikan perkara-perkara berikut:

    Bagaimana mereka menguruskan permainan ini?

    Bagaimana menyembunyikan diri mereka?

    Tindakan-tindakan yang di ambil oleh orang yang mencari.

    Ekspresi mereka apabila mereka di temui.

    2.1.6 Estetik

    Mereka telah mula dan cuba untuk memahami aspek estetik, dimana mereka telah boleh menilai tentang konsep keindahan dan kecantikan.

    Untuk itu latihan-latihan perlu diperbanyakkan supaya kanak-kanak dapat mempelajari konsep penghargaan terhadap sesuatu apa yang dilihat atau dilakukan. Kanak-kanak akan di didik untuk memperolehi konsep hak kita adalah hak semua. Bermakna konsep perkongsian hendaklah ditekankan. Apabila konsep ini dapat diterapkan kedalam minda kanak-kanak maka konsep estetik dapat ditanam seterusnya.

    2.2 PERKEMBANGAN DAN PERTUMBUHAN KANAK-KANAK

    Perkembangan ialah satu proses di mana individu mencapai kematangan. Ia merupakan perubahan berkualiti iaitu sifat perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantiti tetapi ternyata perubahan yang telah berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu.

    Perkembangan berbeza daripada pertumbuhan kerana ia berlaku daripada peringkat permulaan percambahan sehingga tamatnya hayat organisma itu. Ini bermakna bahawa perkembangan bukan sahaja membawa sesuatu organisma itu ke peringkat kematangan tetapi perkembangan juga berlaku berterusan.

    Manakala pertumbuhan adalah suatu perubahan yang dapat diukur dari satu tahap ke satu tahap yang lain. Perubahan ini adalah dari segi kuatiti yang dapat dibuat di bauat ke atas organisma dengan nyata. Peubahan kuantiti adalah seperti ukuran tinggi dan berat badan yang dapat diukur. Pertumbuhan juga boleh didefinasikan sebagai perubahan di dalam struktur dan fungsi tubuh seseorang individu dalam proses kematangan.

  • 33OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    Latihan 2.2

    1. Bagaimanakah emosi dapat mempengaruhi hasilan Seni visual kanak-kanak?

    Ciri-ciri Perkembangan Kanak-kanak

    Perkembangan dan pertumbuhan mempunyai arah tertentu. Perkembangan dan pertumbuhan adalah berperaturan dan dapat dianalisis, baik pada peringkat lahir, amhupun pada peringkat sudah lahir. Perkembangan berlaku dalam dua arah, iaitu dari kepala ke kaki (cephalocaudal) dan dari tengah ke tepi (proximodistal).

    Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua ahli dalam satu-satu jenis. Kanak-kanak berkembang secara berperingkat.

    Perkembangan berlaku daripada kedaan yang menyeluruh kepada keadaan tertentu.

    Perubahan bersifat kualiti tidak dapat diukur secara tetap tetapi dapat dilihat daripada perubahan sifat.

    Proses perkembangan berterusan iaitu daripada permulaan hingga akhir hayat, iaitu peringkat matang.

    Ia timbul daripada tindakan saling berkait antara pertumbuhan fizikal dan pembelajaran.

    Perkembangan dipengaruhi oleh baka da persekitaran.

    2.2.1 Peringkat Perkembangan

    Mengikut ahli teori perkembangan, perkembangan dan tumbesar kanak-kanak adalah mengikut peringkat. Pada setiap peringkat ini kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asasnya dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik.

    2.2.2 Ciri-ciri Perkembangan dan Ciri-ciri Ekspresi

    Aktiviti seni dapat direka bentuk untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak pada setiap peringkat. Bila diberi peluang untuk bekerja dengan berbagai bahan,cara dan teknik kanak-kanak dapat meneroka secara kreatif dengan variasi yang tidak terhad dan tidak terkongkong.

    Aktivti seni juga mudah direka bentuk untuk mendekati keperluan dan naluri ingin tahu kanak-kanak. Kanak-kanak melihat sesuatu dengan caranya tersendiri. Kanak-kanak suka menyentuh, menguling, menguli, meramas, menggosok, mendengar, mengesan bunyi, menghidu, meniru aksi untuk mengenal sesuatu. Kanak-kanak suka bermain. Seperti telah sedia maklum bahawa bermain merupakan satu aktiviti yang penting bagi kanak-kanak. Apabila kanak-kanak bermain secara tidak langsung dia telah memperkembangkan jasmani, emosi, rohani, itelek dan sosialnya. Untuk itu aktiviti seni juga mudah dilaksanakan ketika bermain dan boleh dikaitkan dengan sesuatu yang digemari dan diminati dan dengan demikian menjadi bermakna kepadanya.

  • 34OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    2.2.3 Perkembangan Menyeluruh Melalui Aktiviti Seni

    Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan, kandungan subjek dan environment pelajar dapat disesuaikan mengikut peringkat perkembangan untuk merangsangkan pengutaraan tampak kanak-kanak, perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

    Beliau juga menyarankan bahawa pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan kank-kanak. Antaranya ialah menggunakan aksi kanak-kanak, objek yang konkrit dan isi kandungan yang ada kaitan dengan kehidupan seharian diperingkat itu. Apabila pengetahuan pasif di aktifkan, perspsi, kognisi dan pembelajaran akan berlaku secara semu jadi.

    Aktiviti seni yang memuaskan keperluan asas kanak-kanak dari segi fizikal, mental, sosial, emosi, intelek dan estetik boleh direka untuk membantu dalam perkembangan dan pertumbuhan yang sihat. Dengan demikian, perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya dan secara tidak sedar.

    Perkembangan Diri Kanak-kanak Melalui Seni Seni visual, Muzik dan Pergerakan penting kepada perkembangan diri kanak-kanak. Aktiviti seni yang terancang membolehkan kanak-kanak mendapat pengalaman dan pemahaman serta membantu memperkembangkan potensi mereka secara menyeluruh.

    Rajah 2.2: Menunjukkan perkembangan diri kanak-kanak melalui pengertian

    kesedaran, pemahaman dan kreativiti

  • 35OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    2.2.4 Kreativiti

    Pengalaman dalam melakukan aktiviti seni secara berkesan membolehkan kanak-kanak meluahkan keinginan dan keperluan mereka. Lazimnya mereka dapat membina pengalaman baru hasil daripada beberapa penerokaan dalam kehidupan seharian dan akan berasa seronok apabila dapat mencipta sesuatu yang baru. Untuk meluahkan rasa hati, mereka akan mencipta sesuatu dengan menggunakan kaedah dan cara tersendiri dalam pelbagai bentuk. Cara yang unik ini mencerminkan kreativiti kanak-kanak.

    Proses kreativiti boleh melibatkan:

    Perasaan dalaman kanak-kanak, imaginasi dan kreativiti

    Pengalaman kanak-kanak melalui interaksi dan tindakan yang diambil

    Kebolehan kanak-kanak meluahkan perasaannya secara lahiriah.

    Matlamat guru-guru sekolah rendah dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah untuk membentuk kanak-kanak dengan kemahiran memerhati, kesedaran dan arif terhadap pergerakan, bunyi, bentuk, ekstur dan irama.

    Melalui aktiviti seni daya estetik kanak-kanak dapat dipertingkatkan. Contohnya menggunakan lagu untuk memperkenalkan tajuk Rama-rama. Semasa kanak-kanak menyanyikan agu, mereka akan bergerak mengikut irama seperti lebah sedang terbang. Seterusnya, kanak-kanak menghasilkan gambar lebah. Ini membantu pembelajaran terhadap tajuk ini. Semasa belajar bersama-sama, mereka membina konsep kendiri dalam kumpulan rakan sebaya dan masyarakat umum.

    Kebolehan kanak-kanak adalah selari dengan perkembangan diri mereka. Untuk mencipta sesuatu yang baru, akan-kanak akan bergantung kepada pengalaman dan kreativiti dalam memanipulasikan alatan dan bahan yang mereka gunakan.

    Pemahaman

    Bagaimana kanak-kanak dapat menanamkan konsep pemahaman dalam dirinya. Untuk itu kekerapan mengadakan aktiviti-aktiviti di sekolah dan dirumah akan dapat memperkukuhkan lagi pemahaman tentang sesuatu perkara. Untuk pemahaman boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti, seperti;

    Aktiviti Pergerakan Ketika aktiviti pergerakan dilakukan kanak-kanak akan mendapat lebih kefahaman tentang asas-asas pergerakan seperti penggunaan ruang, masa, Imbangan berat badan dan daya atau aliran.

    Aktiviti Bermain Semasa bermain kanak-kanak akan memperkembangkan konsep pembentukan kendiri, seperti meningkatkan kefahaman dari segi emosi. Sosialisasi, kebudayaan, fizikal, rohani dan nilai-nilai murni.

    Lagu Di dalam lagu kanak-kanak akan dapat menambahkan keyakinan diri seperti menyanyi dengan yakin, mengikut tempo dan pic yang tepat, menjadi lebih kreatif apabila dan menjadi seorang yang bertangungjawab.

    Aktiviti Lakunan Semasa berlakun kanak-kanak akan dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelas lagi. Dimana ketika berlakon ia akan cuba memahami sesuatu watak secara tidak langsung ini akan dapat menjadikannya sebagai seorang

  • 36OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    yang kreatif, inovatif, betangungjawab dan dapat membina sosialisasi dengan lebih baik serta dapat mengawal emosi dengan sempurna dan berkeyakinan tinggi.

    Dengan menjalankan aktiviti-aktiviti diatas pemahaman tentang sesuatu konsep atau perkara dapat dipertingkatkan.

    2.2.6 Kesedaran Kendiri

    Kesedaran kendiri banyak mempengaruhi tingkah laku manusia ke arah penyesuaian sendiri, iaitu penerimaan atau penolakkan dan penghargaan kendiri

    Seseorang dapat mempertingkatkan kesedaran kendiri dengan menggunakan cara berkongsi kasih saying dengan keluarga, kawan atau gurunya. Perasaan yang dirasi ialah bahawa dia telah diterima dan dihargai oleh orang-orang yang beinteraksi dengannya. Persaan ini akan membawanya menerima dan menghargai diri.

    Sebaliknya jika seseorang indidivdu merasai kurang mendapat penerimaan daripada orang yang berinteraksi dengannya maka dia akan mengalami perasaan penolakkan kendiri. Manakala penghargaan kendiri adalah timbul daripada penilaian terhadap kebolehan dalam kebaikan diri sendiri.

    Dengan itu seseorang itu akan dapat dibantu untuk memupuk kesedaran kendiri melalui pengaruh konsep kendiri terhadap tingkah laku seseorang individu. Sekiranya seseorang pelajar yang ingin belajar dengan jayanya, dia hendaklah mempersepsikan dirinya sebagai seorang pelajar yang berkebolehan dan mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi.

    Di samping itu guru memainkan peranan yang penting nntuk mendapatkan konsep kesedaran kendiri yang positif. Antaranya ialah:

    Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajaran

    Memberi bimbingan yang wajar dengan membentulkan kesilapan pelajar dalam proses pembelajaran

    Mengajar pelajar mengikut cara kebolehan mereka supaya mereka sentiasa menikmati pengalaman berjaya dan seterusnya meningkatkan perasaan penghargaan kendiri dan keyakinan.

    Menerima pelajar-pelajar sebagai sebahagian dirinya

    Menggalkkan interaksi positif dikalangan rakan sebaya.

    Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting

    Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

    RUMUSAN

    Topik ini memberi peluang kepada anda untuk memahami kepentingan seni dan kaitannya dengan keinginan dan keperluan asas kanak-kanak dalam proses pertumbuhan dan perkembangan mereka secara menyeluruh.

  • 37OUM

    TOPIK 2 KANAK-KANAK DAN SENI

    GLOSARI

    Fisiologi Keperluan asas seperti makan, minum, pakaian dan tempat tinggal

    Kendiri Diri sendiri

    Perkembangan Perubahan yang bersifat kualitatif

    Pertumbuhan Perubahan yang bersifat kuantitatif

    UJIAN 1

    1. Apakah yang dimaksudkan dengan perkembangan dan pertumbuhan?

    2. Bagaimanakan perkembangan dan pertumbuhan dapat membantu konsep kendiri seorang kanak-kanak?

    UJIAN 2

    1. Apakah itu kreativiti?

    2. Bagaimanakah guru dapat untuk mempertingkatkan kreativiti kanak-kanak?

    RUJUKAN

    Dauer, V. P., & Prangrazi R. P. (1989). Dynamic physical education for elementary school children, New York:Macmillan Publishing Company.

    Lowenfeld, & Brittain, (1986). Creative and mental growth. New York: Macmilan

    Pica, R.(2000) experiences in movement with music, activities & theory. New York: Thomson Delmar Learning.

    Mayesky, M (2001). Creative activities for young children. New York: Thomson Delmar Learning.

  • 38OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    PENGENALAN

    Topik ini adalah tentang kesedaran dan kepentingan deria yang dianugerahkan tuhan kepada setiap insan untuk mengetahui, memahami dan mengenalpasti apa yang terdapat disekelilingnya. Dengan menggunakan deria pelajar akan dapat kefahaman yang jelas tentang sesuatu perkara atau aktiviti yang dilakukannya. Untuk itu kefahaman tentang deria adalah penting. Deria terdiri daripada pancaindera lihat, dengar, sentuh, rasa dan hidu. Kelima-lima deria ini adalah penting dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual.

    OBJEKTIF

    Pada akhir topik ini, anda akan dapat:

    1. memahami perkembangan keperluan deria dalam diri pelajar;

    2. menyatakan kepentingan deria dalam persekitaran pelajar;

    3. menjelaskan kepentingan deria dalam proses pengajaran dan pembelajaran;

    4. menjelaskan aktiviti-aktiviti yang dialami oleh pelajar melalui deria; dan

    5. memahami tentang penggabungjalinan aktiiviti berdasarkan kepada

    pengguanaan kemahiran deria.

  • 39OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    PETA MINDA

    3.1 PERKEMBANGAN KEPEKAAN DERIA

    Perkembangan merupakan satu proses yang berterusan dari peringkat lahir hingga peringkat kematangan. Faktor-faktor perkembangan manusia banyak dipengaruhi oleh baka dan persekitaran yang berada disekeliling mereka. Untuk itu perkembangan kematangan deria adalah penting dalam mempertingkatkan lagi perkembangan diri setiap individu.

    Pelajar mula mendapat kematangan dalam perkembangan kepekaaan deria semasa ia masih bayi lagi iaitu ketika berumur 0-2 tahun. Ketika ini kanak-kanak telah mula memperolehi kordinasi dan kawalan otot. Mula mengenal objek dalam alam sekitar melalui

  • 40OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    organ deria dan tangan. Penglihatan dan pendengaran mula berkembang secara perlahan-lahan dan mula matang ketika berumur 6-12 tahun. Ketika inilah pelajar mula mendapat perkembangan kepekaan derianya.

    Deria dan seni membolehkan individu meneroka alam sekelilingnya dan ini merupakan satu proses yang berterusan. Aktiviti-aktiviti seni dapat membantu naluri ingin tahu seseorang melalui explorasi dan ekperimentasi dengan menggunakan deria.

    Melalui aktiviti-aktiviti seni, pelajar boleh berinteraksi secara langsung dengan persekitaran dan belajar mengembangkan kebolehan mereka untuk membuat pertimbangan yang baik melalui pengalaman yang diperolehi.

    SENTUHAN

    Sentuhan biasanya dilakukan dengan menggunakan jari. Ini merupakan aspek perkembangan psikomotor yang mula-mula diperolehi oleh kanak-kanak. Sebelum kanak-kanak itu mula untuk berbahasa. Melalui sentuhan pelajar akan dapat untuk membuat pelbagai aktiviti contoh dalam aktiviti seni visual, pelajar akan menggunakan jarinya untuk melukis gambar di atas kertas, atau kanvas. Manakala didalam muzik pelajar akan cuba untuk mencipta satu corak irama yang berbeza.apabila mendengar sesebuah lagu. Ini adalah disebabkan kerana pelajar terutamanya kanak-kanak suka membuat Improvisasi atau mengubah suaikan satu-satu perkara baru. Manakala di dalam pergerakan pula

  • 41OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    mereka akan dapat mengetahui aras, atau ruang sama ada tinggi, rendah, sederhana, dekat atau jauh.

    Perkembangan deria sentuh ini mula berkembangan ketika masih bayi lagi. Melalui sentuhan ibu kanak-kanak itu akan berhenti menangis dan melalui sentuhan juga kanak-kanak akan berasa selamat.

    Berdasarkan aktiviti di bawah. Cuba anda buatkan aktiviti tersebut berdasarkan deria sentuh melalui ekspresi melalui seni dengan masa yang berbeza.

    3.1.2 Dengar

    Mendergar melibatkan deria telinga. Untuk aktiviti yang dijalankan pada deria ini lebih menumpukan kepada persoalan apa yang mereka dengan? Contoh dalam aktiviti ekspresi melalui seni. Aktiviti seni visual yang dilakukan adalah berdasarkan apa yang telah didengarnya ketika dia melukiskan. Bagitulah juga dengan aktiviti muzik, mereka akan cuba mencipta bunyi tentang apa yang didengarnya. Dalam bidang pergerakan pelajar akan tahu dan dapat membuat interpretasi dan bergerak sama ada cepat atau lambat.

    3.1.3 Lihat

    Melihat menggunakan deria mata yang mengakibatkan pengamatan dan pemerhatian. Berdasarkan maklumat yang datang melalui deria mata itu seseorang akan dapat mengalami pelbagai jenis warna, bentuk, ruang dan jalinan. Manakala bagi orang buta ia hanya melihat dengan melatih otaknya untuk membuat oenafsiran dengan berdasarkan kepada pengalaman seni tampak yang telah dialaminya.

  • 42OUM

    TOPIK 3 DERIA DAN SENI

    Pemahaman tentang warna membolehkan pelajar mengetahui cirri-cirinya dan seterusnya tahu untuk mengaplikasikan pengetahuan dalam pendidikan seni visual. Dengan melihat juga pelajar dapat meningkatkan lagi kecerdasan ruang iaitu melihat dunia visual-spatial dengan lebih tepat.

    3.1.4 Rasa

    Rasa merupakan gerak hati atau kata hati pelajar. Dengan menggunakan deria ini pelajar akan dapat membuat sesuatu persepsi dengan tepat. Persepsi bermaksud seseorang membuat interpretasi atau memberi makna kepada rangsangan yang diterima oleh derianya. Seterusnya apabila maklumat itu dirasakan penting individu akan membentuk konsep daripadanya. Ahli psikologi gestalt merumuskan bahawa dalam persepsi, manusia akan cenderung mempersepsi sesuatu secara keseluruhan daripada