mastery learning

47
Zaini Abdullah 1 Tajuk 4 Model Pembelajaran ‘Mastery’ (Penguasaan): i.Ciri utama ii.Strategi dalam pembelajaran iii.Contoh susunan unit pelajaran dalam pengajaran ‘mastery’.

Upload: ami15sakura

Post on 12-Jun-2015

956 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Mastery Learning

Zaini Abdullah 1

Tajuk 4

Model Pembelajaran ‘Mastery’ (Penguasaan):

i. Ciri utama

ii. Strategi dalam pembelajaran

iii.Contoh susunan unit pelajaran dalam pengajaran ‘mastery’.

Page 2: Mastery Learning

Zaini Abdullah 2

SOALAN PERBINCANGAN:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pembelajaran masteri?

2. Terangkan ciri-ciri pembelajaran masteri?

3. Bagaimanakah pembelajaran masteri berkembang sebagai satu kaedah pengajaran yang berkesan?

4. Bagaimanakah pelaksanaan kaedah pembelajaran masteri?

5. Mengapakah kaedah pembelajaran masteri menjadi sesuatu yang penting dalam mencapai hasil pembelajara?

6. Apakah kekuatan dan kelemahan pembelajaran masteri?

7. Bahaskan kesesuaian kaedah pembelajaran masteri di dalam bilik darjah.

8. Susunkan secara berhirarki pelaksanaan model pembelajaran masteri.

9. Hubungkaitkan di antara proses pemulihan dan pengayaan.

Page 3: Mastery Learning

Zaini Abdullah 3

Konsep: Suatu model/sistem untuk merancang dan melaksanakan pengajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Teori: Teori tentang satu kaedah mengurus pengajaran-pembelajaran menggunakan kurikulum sedia ada.

Teori yang mencadangkan bahawa semua pelajar boleh belajar sekiranya diberikan situasi belajar dan masa belajar yang bersesuaian.

Apakah Pembelajaran Masteri?

Page 4: Mastery Learning

Zaini Abdullah 4

Apakah Pembelajaran Masteri?

Model: Sebuah model pengajaran-pembelajaran yang dikemukakan oleh Benjamin Bloom (1968).

Kebiasaannya, menggunakan pendekatan kerja berkumpulan koperatif yang dibimbing guru, walaupun terdapat juga strategi pembelajaran secara individu.

Kaedah: Kaedah pengajaran-pembelajaran yang melibatkan pelajar mencapai satu tahap penguasaan yang ditetapkan oleh guru dalam satu-satu unit pelajaran sebelum dibenarkan maju ke unit lain yang lebih tinggi.

Page 5: Mastery Learning

Zaini Abdullah 5

Sejarah

• Bloom (1968) mengemukakan model pemb. Masteri dan dianggap sebagai pengasas yang utama.

• Bloom mencadangkan matematik & sains boleh mendapat faedah yang besar menggunakan PM kerana mata pelajaran tersebut sangat berperingkat-peringkat dan berurutan.

• Penyelidikan Bloom membuktikan bahawa:-

“Most students become very similar with regard to learning ability, rate of learning, and motivation for further learning – when provided with favourable learning conditions.”

Bloom (1968). Human characteristics and school learning.

Page 6: Mastery Learning

Zaini Abdullah 6

John B. Carroll (1963):

• Carroll mencadangkan aptitud pelajar = kadar pembelajaran pelajar.

• Semua kanak-kanak berpontensi belajar dengan baik. Yang berbeza ialah MASA yang mereka perlukan untuk belajar.

• Sesetengah kanak-kanak belajar lebih cepat, sedangkan yang lain memerlukan masa yang lebih lama.

Page 7: Mastery Learning

Zaini Abdullah 7

Darjah Pembelajaran:

masa yang digunakan• Darjah pembelajaran = f --------------------------

masa yang diperlukan Jika masa yang diberikan untuk belajar tidak

mencukupi atau tidak sama dengan masa yang diperlukan oleh pelajar, maka pembelajaran itu tidak sempurna.

Masa Yang Mencukupi:• Carroll percaya bahawa jika setiap kanak-kanak

diberikan cukup masa untuk belajar sehingga mencapai suatu kriteria yang ditetapkan, dan jika kanak-kanak tersebut menggunakan masa itu dengan cara yang sesuai, kanak-kanak tersebut boleh mencapai pencapaian yang ditentukan.

Page 8: Mastery Learning

Zaini Abdullah 8

Pengaruh ke atas pembelajaran

Peluang belajar

Ketekunan belajar

Masa digunakan untuk belajar

Darjah Pembelajaran

Masa diperlukan untuk belajar

Aptitud

Kebolehan memahami pengajaran

Kualiti pengajaran

Page 9: Mastery Learning

Zaini Abdullah 9

Peluang dan Ketekunan belajar

• Dua faktor di atas memberi kesan besar ke atas pembelajaran.

• Peluang – masa belajar yang diberikan dalam bilik darjah – masa berinteraksi dengan sumber atau bahan.

• Ketekunan – masa yang digunakan oleh pelajar untuk belajar.

Page 10: Mastery Learning

Zaini Abdullah 10

Konsep Aptitud Carroll

masa belajar yang diperlukan• Aptitud pelajar = kualiti pengajaran yang optima

ketekunan menjalankan tugas

• Sungguhpun kualiti pengajaran pada tahap optimal & semua pelajar memahami pengajaran guru, masih terdapat perbezaan aptitud antara pelajar.

Page 11: Mastery Learning

Zaini Abdullah 11

Benjamin S. Bloom

• Dalam 1960an – Bloom terlibat dalam kajian-kajian mengenai perbezaan individu dalam pembelajaran.

• Beliau sangat berminat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran.

• Bloom banyak dipengaruhi model Carroll.• Kegagalan murid belajar adalah kegagalan pengajaran

guru, bukan kerana pelajar kurang kebolehan.

Page 12: Mastery Learning

Zaini Abdullah 12

Pengajaran Untuk Penguasaan:

• Objektif pembelajaran dinyatakan dengan jelas.• Kurikulum dibahagikan kepada beberapa unit kecil

pembelajaran, setiap satu mempunyai objektif dan taksirannya tersendiri.

• Bahan pengajaran & strategi pengajaran dikenal pasti.

• Pengajaran, latihan, penilaian format, pengajaran semula, peneguhan dan penilaian sumatif disediakan.

• Setiap unit dimulakan dengan ujian diagnostik atau ujian formatif.

• Keputusan ujian formatif digunakan untuk menentukan keperluan memberi pengajaran ulangan atau aktiviti pemulihan.

Page 13: Mastery Learning

Zaini Abdullah 13

Strategi Pengajaran-Pembelajaran

Unit/bab yang hendak diajar perli dianalisis terlebih dahulu. Ujian dibina untuk mentaksir kemajuan dalam unit tersebut (taksiran

formatif) Semua pelajar diajar pelajaran yang sama pada awal pengajaran. Semua pelajar menjalani taksiran formatif bagi unit tersebut. Semua pelajar diberitahu di mana kelemahan mereka dalam unit

tersebut dan diberikan bahan alternatif serta bantuan untuk mencapai aras pencapaian yang ditetapkan.

Proses yang sama berjalan sekali lagi untuk unit seterusnya. Di akhir kursus, semua pelajar menjalani ujian yang meliputi kesemua

unit-unit di dalam kursus menggunakan ujian sumatif rujukan kriteria.

Page 14: Mastery Learning

Zaini Abdullah 14

Bloom (1968; 1974)

Pengajaran

Unit 1

Pengajaran

Unit 2

Aktiviti-aktiviti pengayaan

Taksiran formatif A

Aktiviti pemulihan

Taksiran formatif B

Proses pengajaran dalam pembelajaran Masteri

Page 15: Mastery Learning

Zaini Abdullah 15

Elemen Penting Dalam Pembelajaran Masteri

2 elemen penting di dalam pembelajaran masteri ialah:

1. Maklum balas, pemulihan dan proses pengayaan.

2. Kesesuaian dan keselarasan antara komponen-komponen dalam pengajaran

Page 16: Mastery Learning

Zaini Abdullah 16

1. Maklum Balas, Pemulihan & Proses Pengayaan

Ciri-ciri maklum balas, pembetulan dan pengayaan dalam pembelajaran penguasaan

Maklum balas Pemulihan Pengayaan

Kerap Spesifik Lain pendekatan

Lain penglibatan

Kepuasan belajar Mencabar

Page 17: Mastery Learning

Zaini Abdullah 17

2. Keselarasan & Kesesuaian Komponen Pengajaran

Matlamat & objektif

pembelajaran

Pencapaian untuk capai

objektif

Pelajar mencapai

objektif pemb.

Komponen utama dalam proses pengajaran-pembelajaran

Maklum balas & pemulihan

Page 18: Mastery Learning

Zaini Abdullah 18

Pelaksanaan pengajaran

Melibatkan 3 langkah iaitu:-

1. Merancang pelaksanaan pembelajaran penguasaan.

2. Mengurus pembelajaran penguasaan dalam bilik darjah

3. Menilai pembelajaran penguasaan

Page 19: Mastery Learning

Zaini Abdullah 19

Langkah 1: Rancang Pengajaran

1. Menetapkan matlamat / objektif pembelajaran

2. Membina taksiran formatif

3. Menyusun aktiviti pemulihan

4. Merancang aktiviti pengayaan

5. Membina taksiran / peperiksaan sumatif

Page 20: Mastery Learning

Zaini Abdullah 20

Langkah 2: Laksana pengajaran

Pengajaran

Unit 1

Pengajaran

Unit 2

Aktiviti-aktiviti pengayaan

Taksiran formatif A

Aktiviti pemulihan

Taksiran formatif B

Proses pengajaran dalam pembelajaran penguasaan

Page 21: Mastery Learning

Zaini Abdullah 21

Maklum Balas, Pemulihan Dan Pengayaan Pelajar boleh kenal pasti apa yang telah dikuasai dan

apa yang perlukan lebih masa belajar. Pelajar boleh dapat maklumat tentang cukup/ kurang

masa belajar sesuatu perkara/topik dll.. Guru boleh dapat gambaran tepat tentang kemajuan

pelajar. Guru boleh dapat maklumat tentang keberkesanan

pengajaran.

Page 22: Mastery Learning

Zaini Abdullah 22

Ciri-ciri pemulihan

Pemulihan yang berjaya berbeza daripada

pengajaran asal:

1. Bentang konsep dengan cara lain daripada pengajaran asal

2. Libatkan pelajar dengan cara lain daripada penglibatan asal. Contohnya mengambil kira gaya pembelajaran murid dll.

3. Berikan pelajar pengalaman yang berjaya.

Page 23: Mastery Learning

Zaini Abdullah 23

Memotivasikan Pelajar

Pemulihan dibuat atas arahan guru. Proses pembelajaran dijelaskan kepada pelajar pada

permulaan semester – apa yang penting dikuasai; apa persediaan yang diperlukan; apa yang diharapkan daripada mereka.

Menjadikan aktiviti pembetulan peluang kedua untuk mencapai kejayaan.

Libatkan ibu bapa.

Page 24: Mastery Learning

Zaini Abdullah 24

Memotivasikan pelajar

Paling mudah dan kerap digunakan. Guru yang sama atau guru lain. Beri perhatian kepada pelajar yang memerlukan bantuan Pengajaran ‘lebih kuat dan lebih lambat’ tidak memadai. Dijalankan dalam kumpulan kecil atau pengajaran satu-

sama-satu

Page 25: Mastery Learning

Zaini Abdullah 25

Tutor individu Aktiviti terbaik untuk

pemulihan Menyemak bersama

pelajar taksiran formatif dan menjelaskan konsep yang silap dari sudut lain

Boleh guna pelajar yang mendapat pencapaian tinggi untuk menjelaskan

Boleh guru, ibu bapa, orang dewasa lain sebagai tutor.

Tutor rakan sebaya• Boleh dilakukan pelajar yang

telah kuasai unit pembelajaran• Rakan sebaya boleh

menjelaskan konsep dengan cara yang berbeza daripada guru (Grossman, 1995)

• Rakan yang menjadi tutor mendalami kefahamannya melalui aktiviti mengajar rakan lain (Bargh & Schul,1980; Webb, 1982)

• Rakan yang menjadi tutor harus tidak dipaksa – harus digalakan menjalankan aktiviti pengayaan

Page 26: Mastery Learning

Zaini Abdullah 26

Kumpulan koperatif• Kumpulan 3-5 pelajar berjumpa, berbincang & tolong

menolong dalam masalah pembelajaran.• Mereka tidak menghadapi masalah pembelajaran yang

sama.• Dalam sesi pemulihan, pelajar bincangkan taksiran

fomatif item demi item.• Jika tidak dapat mengatasi masalah memahami

konsep/kemahiran, minta bantuan guru.

Page 27: Mastery Learning

Zaini Abdullah 27

Buku teks Pelajar membaca semula penjelasan / penerangan di

dalam buku teks Gabungkan aktiviti membaca dengan menulis

(menggunakan perkataan mereka sendiri) beberapa ayat mengenai konsep yang terlibat

Guru boleh menunjukkan muka surat yang harus dirujuk

Permainan Variasi daripada kumpulan koperatif Ia merupakan kerja kumpulan di mana pelajar

bekerjasama untuk menyelesaikan masalah atau menyiap tugasan yang berkait dengan unit pembelajaran

Aktiviti dapat melibatkan pelajar, menggalakkan kerjasama dan kolaborasi di kalangan pelajar

Page 28: Mastery Learning

Zaini Abdullah 28

Contoh-contoh aktiviti pemulihan

• Buku teks alternatif• Bahan alternatif• Buku kerja & Panduan belajar• Kit pembelajaran• Pusat sumber dan makmal• Aktiviti komputer

Page 29: Mastery Learning

Zaini Abdullah 29

Aktiviti Pengayaan• Aktiviti yang menarik dan mencabar.• Kerja yang hanya membuang masa pelajar hanya

merosakkan kemajuan mereka.• Pelajar yang mengusai taksiran formatif pertama,

biasanya lebih terarah kendiri (self-directed).• Oleh itu, aktiviti pengayaan kurang memerlukan struktur

• Pilihan dan keluasan dalam aktiviti pengayaan meningkatkan nilai ganjaran kepada pelajar

• Setiap aktiviti melibatkan kognitif pelajar pada aras tinggi• Walaupun aktiviti perlu berkaitan dengan subjek

pembelajaran, ia tidak perlu berkait secara khusus kepada unit pembelajaran

Page 30: Mastery Learning

Zaini Abdullah 30

Mengurus Aktiviti Pengayaan

Walaupun pelajar terarah kendiri, pelajar perlu dibiasakan dengan proses penguasaan dan tujuan aktiviti.

Pada permulaan, aktiviti haruslah:

i. Membolehkan pelajar mejalankan aktiviti tanpa dibantu oleh orang lain.

ii. Membenarkan pelajar belajar secara terarah kendiri

iii. Menetapkan had masa bagi menyiapkan aktiviti

Page 31: Mastery Learning

Zaini Abdullah 31

Contoh-contoh aktiviti pengayaan:

• Tutor rakan sebaya• Kumpulan koperatif• Membina kerja latihan untuk rakan-rakan lain• Memperkembang kemahiran dalam bahan media• Projek khas & laporan• Permainan, masalah dan pertandingan• Aktiviti komputer

Page 32: Mastery Learning

Zaini Abdullah 32

Langkah 3: Penilaian

Taksiran formatif Taksiran sumatif Penentuan standard masteri

Page 33: Mastery Learning

Zaini Abdullah 33

Taksiran formatif• Mengandungi semua konsep

penting dalam unit sesuatu pembelajaran

• Dijalankan selepas menetapkan aras prestasi yang menunjukkan semua konsep dikuasai dengan baik.

• Aras prestasi adalah sama bagi semua pelajar.

• Ia menentukan sama ada pelajar harus diberikan aktiviti pengayaan ataupun aktiviti pemulihan.

Taksiran sumatif Bertujuan mendapat

maklumat kumulatif tentang pembelajaran pelajar supaya gred boleh diberi dan ketrampilan dalam sesuatu bidang dapat ditentukan.

Digunakan untuk menilai pencapaian matlamat sesuatu kursus.

Page 34: Mastery Learning

Zaini Abdullah 34

Menentukan Standard Penguasaan

• Standard penguasaan ialah aras prestasi yang dicapai dalam sesuatu taksiran, yang menunjukkan konsep-konsep dalam sesuatu unit yang diajar telah dipelajari dengan baik.

• Semua pelajar tertakluk kepada aras prestasi yang ditentukan ini.

Page 35: Mastery Learning

Zaini Abdullah 35

Ujian Penguasaan• Dalam pembelajaran penguasaan, guru tidak

membandingkan pencapaian pelajar dengan pelajar lain.• Guru melihat sejauh mana pencapaian pelajar

berbanding dengan kandungan kursus.• Taksiran formatif dan sumatif dalam PM adalah

berbentuk rujukan-kriteria.• Soalan-soalan mengukur konsep & objektif yang penting

kepada pembelajaran pelajar.• Soalan-soalan mengukur kefahaman atau objektif pada

aras kognitif yang sesuai.• Taksiran mengukur objektif pembelajaran secara meluas

dalam masa yang ditentukan.

Page 36: Mastery Learning

Zaini Abdullah 36

Standard Peratusan

• Banyak prosedur statistik yang canggih, tetapi kebanyakan guru guna peratusan menentukan standard penguasaan.

• Kebanyakan guru pilih standard di antara B+ dan A iaitu 85% betul dalam taksiran.

• Standard bawah 80% betul kurang wajar – mungkin pelajar belum menguasai konsep-konsep yang perlu untuk pelajaran yang lebih tinggi.

Page 37: Mastery Learning

Zaini Abdullah 37

Unit Pembelajaran 1

Tentukan Hasil Pembelajaran

Pilih dan susun isi, dan kaedahPengajaran & Pembelajaran

Penilaian

Sudahkahmurid

menguasai?

AktivitiPengayaan

AktivitiPemulihan

Unit Pembelajaran 2

Ya Tidak

Ya Teruskan

Page 38: Mastery Learning

Zaini Abdullah 38

Mengapa Perlu Pembelajaran Masteri?

Murid mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza.

Murid memerlukan masa dan kaedah P& P yang sesuai untuk mencapai hasil pembelajaran yang diharapkan.

Murid perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Page 39: Mastery Learning

Zaini Abdullah 39

Tujuan pembelajaran yang terakhir sekali dinyatakan secara spesifik iaitu seorang murid yang kompeten dlm …..

Tujuan pembelajaran yang terakhir ini dianalisa untuk mengenalpasti langkah-langkah yg perlu untuk tiba ke tujuan itu.

Langkah-langkah disusunatur utk memudahkan perkembangan kearah tujuan pembelajaran itu.

Susun Atur Pembelajaran

Page 40: Mastery Learning

Zaini Abdullah 40

Apa yang murid patut belajar dari unit ini? Apakah yang murid boleh buat dgn apa yg telah

dipelajarinya? Tentukan apakah yang perlu dikuasai oleh pelajar dari

segi kemahiran kognitif, dan kemahiran psikomotor dalam sesuatu unit pembelajaran?

Bina ujian formatif dan sumatif berdasarkan objektif yang hendak dicapai untuk menilai pencapaian pelajar.

Soalan Dalam Jadual Spesifikasi Kandungan

Page 41: Mastery Learning

Zaini Abdullah 41

Susun Atur pembelajaran

Tujuan pembelajaran yang terakhir sekali dinyatakan secara spesifik iaitu seorang murid yang kompeten dlm….

Tujuan pembelajaran yang terakhir ini dianalisa untuk mengenalpasti langkah-langkah yg perlu untuk tiba ke tujuan itu

Langkah-langkah disusunatur utk memudahkan perkembangan kearah tujuan pembelajaran itu.

Page 42: Mastery Learning

Zaini Abdullah 42

Soalan Dalam Jadual Spesifikasi Kandungan

Apa yang murid patut belajar dari unit ini? Apakah yang murid boleh buat dgn apa yg telah

dipelajarinya? Tentukan apakah yang perlu dikuasai oleh pelajar dari

segi kemahiran kognitif, dan kemahiran psikomotor dalam sesuatu unit pembelajaran?

Bina ujian formatif dan sumatif berdasarkan objektif yang hendak dicapai untuk menilai pencapaian pelajar.

Page 43: Mastery Learning

Zaini Abdullah 43

Ciri-Ciri Pembelajaran Masteri

Hasil pembelajaran perlu ditentukan. Hasil pembelajaran disusun mengikut hairaki taksonomi

Bloom . Aktiviti p & p hendaklah bermakna, menarik dan

menyeronokkan. Penilaian berasaskan Ujian Rujukan Kriteria (URK).[cf UR

Norma] Bahan p & p yang sesuai dengan objektif pembelajaran. Murid perlu menguasai 80% aras masteri yang ditetapkan

setiap unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baru.

Latihan pembetulan/ pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri. Beri masa tambahan.

Aktiviti pengayaan diberi untuk murid yang telah mencapai aras masteri.

Page 44: Mastery Learning

Zaini Abdullah 44

Penilaian Dalam Pembelajaran Masteri

Perlu dirancang, dibina, dikendali dan ditadbir oleh guru. Berbentuk formatif dan sumatif. Berdasarkan kepada hasil pembelajaran yang telah ditetapkan. Berasaskan Ujian Rujukan Kriteria.

Bersifat diagnostik.

Page 45: Mastery Learning

Zaini Abdullah 45

Ciri-ciri Maklumbalas, Aktiviti Pembetulan Dan Pengayaan

Maklum balas secara tetap Spesifik

Aktiviti Pembetulan cara penyampaian yg berbeza Cara lain melibatkan murid Merupakan aktiviti yang dirancang untuk membantu

murid yang belum melepasi aras masteri. Dijalankan untuk memperbaiki kelemahan pembelajaran

yang telah dikenal pasti. peruntukan lebih masa untuknya

Pengajaran dan latihan diubah suai dan dipelbagaikan mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid.

Page 46: Mastery Learning

Zaini Abdullah 46

Aktiviti Pengayaan Aktiviti pengayaan memberi kepuasan kpd murid dan

menawarkan peluang pembelajaran yg menyeronokkan.

Aktiviti pengayaan memberi cabaran dan peluang pengalaman pembelajaran. Aktiviti pengayaan tidak semestinya berkait dgn objektif unit tersebut.

Pelajar belajar secara bebas. Aktiviti adalah berarah kendiri. Aktiviti boleh disempurnakan dalam masa unit

berkenaan

Page 47: Mastery Learning

Zaini Abdullah 47

Penutup• PK diaplikasi secara meluas di sekolah dan dalam

latihan.• Penyelidikan menunjukkan ia boleh meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru & pemb. pelajar.• Kelemahan – manusia berbeza dari segi kebolehan &

tahap pencapaian.• Memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk

melaksanakan PK di sekolah.