masalah komunikasi

9
MASALAH BAHASA KOMUNIKASI DAN PERTUTURAN Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia kanak-kanak masalah pembelajaran ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya. Namun dalam berkomunikasi terdapat beberapa masalah bahasa dan pertuturan terutamanya dikalangan murid-murid pemulihan disekolah. MASALAH BAHASA MURID PEMULIHAN

Upload: norbai

Post on 06-May-2017

214 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: masalah komunikasi

MASALAH BAHASA KOMUNIKASI DAN PERTUTURAN

Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang wujud seiring dengan kewujudan

manusia itu sendiri. Melalui bahasa manusia dapat melahirkan idea, perasaan, dan

berhubung di antara sesama mereka. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau

dipelajari secara formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik

membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Kanak-kanak

keperluan khas bermasalah pembelajaran memang diakui mengalami masalah dalam

bahasa kemahiran berbahasa. Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti

pelajaran dan juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Menurut Jabatan

Pendidikan khas, Kementerian Pelajaran Malaysia  kanak-kanak masalah pembelajaran

ini merupakan kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif  (kerencatan akal) yang

dianggap boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Bahasa adalah

perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana

itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain

dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang

itu hendak meluahkan perasaannya, menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan

sebagainya. Namun dalam berkomunikasi terdapat beberapa masalah bahasa dan

pertuturan terutamanya dikalangan murid-murid pemulihan disekolah.

MASALAH BAHASA MURID PEMULIHAN

Seperti yang kita sedia maklum, bahasa adalah merupakan alat untuk manusia

berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa akan menjejaskan keberkesanan

komunikasi seseorang.Menurut The National Information Center for Children and Youth

with Disabilities (1996), USA telah mendefinisikan masalah bahasa sebagai;

“… adalah kelemahan dalam keupayaan untuk memahami dan atau menggunakan perkataan-perkataan mengikut konteks,sama ada secara verbal dan bukan verbal. Di antara ciri masalahbahasa termasuklah penggunaan perkataan dan maknanya yang kurang sesuai, tidak upaya menyampaikan idea, bentuk tatabahasa yang

Page 2: masalah komunikasi

kurang sesuai, kurang perbendaharaan kata, dan tidak upaya mengikut arahan.”

The American Speech-Language-Hearing Association (ASHA) (1982) pula telah

memberikan definisi dan jenis masalah bahasa yang lebih perinci seperti berikut;

“Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa berikut; (1) bentukbahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis) (2) kandungan bahasa ( sistem semantik) (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem pragmatik).

Aspek bahasa – definisi dan masalahnyaBentuk bahasa

a. Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan

kombinasi bunyi. Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan menggantikan bunyi

dalam perkataan seperti “nama” untuk “mama”, “blink” untuk drink”.

b. Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan

pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem). Kecelaruan yang

melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan yang luar biasa, struktur ayat

yang salah, dan penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).

c. Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan

perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam

lingkungan ayat tersebut. Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan

kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan menyampaikan

pendapat yang kompleks.

Page 3: masalah komunikasi

Kandungan Bahasaa. Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan pertuturan,

kehendak, dan makna perkataan dan ayat. Masalah semantik dapat dilihat melalui

perkembangan perbendaharaan kata

yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak

berupaya memahami makna perkataan

Fungsi Bahasa

a. Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa dalam

komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau percakapan. Masalah

berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak memahami atau

menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.

Disini kami telah membuat pemerhatian dan kajian tentang masalah bahasa murid

pemulihan.

Masalah 1Kebanyakan murid pemulihan mengalami masalah dalam pembentukan

sukukata untuk menjadi perkataan yang bermakna. Masalah ini merujuk kepada

masalah bentuk bahasa iaitu morfologi. Mereka susah untuk membentuk satu sukukata

untuk menjadi perkataan. Sukukata adalah pecahan atau pemenggalan perkataan

berdasarkan kepada kehadiran bunyi vokal. Setiap vokal membentuk sukukata dan

vokal itu boleh didahului, diikuti atau tidak oleh konsonan.

Kajian ini bertujuan untuk memerhatikan dan melaporkan penguasaan bahasa

kanak-kanak yang berumur 7-9 tahun. Kami telah membuat kajian pada seorang murid

pemulihan lelaki yang berumur 8 tahun. Kad-kad sukukata KV telah diberi dan

menyuruh murid tersebut mencantum dua kad untuk membentuk satu perkataaan KV +

KV. Murid ini tidak dapat menunjukkan cantuman sukukata menjadi perkataan yang

bermakna. Contohnya murid ini membina perkataan te+lo, ba+su, da + po. Dari hasil

Page 4: masalah komunikasi

kajian kami terhadap murid ini, dia tidak dapat membentuk sukukata supaya menjadi

perkataan yang bermakna.

Murid ini boleh dikategorikan sebagai murid disleksia iaitu kesukaran dengan

perkataan bertulis. Menurut definisi Senders dan Myers (1996) kanak-kanak yang

mengalami ciri-ciri disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan,

menulis, dan mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa

dalam kerja nombor  dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol

matematik. Melibatkan campuran beberapa kesukaran yang berhubungkait. Cantuman

kesukaran berbeza-beza contoh. kekeliruan bunyi, susah mengingati turutan, lemah

kemahiran kawalan otot. Lemah daya ingatan dan atau kemahiran susunan.

Dari sudut bahasa, kanak-kanak ini sering mengalami kecelaruan dalam berbahasa.

Antara masalah yang sering dialami oleh murid-murid pemulihan yang dikategorikan

sebagai murid disleksia ini ialah:

mencampur-adukkan bunyi suku kata dalam perkataan yang panjang

contohnya  ’hostipal’ apabila ingin menyebut hospital.

 Tidak dapat menyatakan perkataan yang mempunyai rima akhir yang sama,

contohnya apabila diminta memberikan perkataan yang sama bunyi

akhirannya dengan ’topi’ seperti ’ api ’ mereka akan memberi jawapan yang

salah seperti ’ baju.’

 Mengalami kesukaran yang ektrim  dalam mempelajari tulisan bersambung

 Bacaan yang lambat dan terputus-putus dan sebutan tidak tepat

 Selalu suka meneka perkataan berdasarkan bentuk dan kandungannya

 Mencirikan ataupun salah baca kata penghubung seperi di , pada

 Mengabaikan kata awalan semasa membaca

 Tidak dapat membaca ataupun membunyikan perkataan yang tidak pernah

dijumpainya.

 Kesukaran menggunakan bahasa yang tepat semasa bertutur seperti

menggunakan  ’eer... apa tu...

 Keliru dengan huruf d dan b

 lemah dalam bacaan/tulisan/ejaan

Page 5: masalah komunikasi

 kekeliruan huruf yang hampir serupa iaitu b/d, p/q, m/w, n/u

 meninggalkan huruf-huruf tertentu seperti ‘ makan ‘ ditulis  ‘makn’

 menambah huruf seperti  ’ ikan’  ditulis  ’ iekan’

 menulis dengan susunan yang terbalik seperti   ’dan’ ditulis  ’ nad ’

 keliru dengan huruf-huruf vokal seperti ’ a, e, i, o, u.

 Membalikkan suku kata seperti  ’sama ’ ditulis ’ masa’

Daripada penerangan terhadap ciri murid disleksia diatas, dapatlah kami mengetahui

masalah bahasa yang terdapat pada murid ini. Murid ini tidak dapat membentuk

perkataan yang bermakna walaupun sukukata telah diberi. Latihan gabungan sukukata

perlu diperbanyakkan agar murid ini dapat menguasai sesuatu perkataan.

Masalah 2

Masalah yang kedua ini dapat kami perhatikan pada seorang murid pemulihan

yang selalu mendiamkan diri dan tidak mempunyai ramai kawan. Murid ini juga sering

keseorangan apabila tiba waktu rehat dan tidak gemar berbual dan bermain ber sama

rakan-rakan. Apabila ditanya pada guru pemulihannya murid ini pelat apabila bercakap.

Murid ini mengalami masalah pertuturan.

Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat

sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa

manusia (Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak

hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya.

Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang

perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih

kompleks. Apabila kemahiran bertutur sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula

berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu

menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan

mereka bertutur dengan berkesan.

Page 6: masalah komunikasi

Masalah pelat yang dialami oleh murid ini pada kami amat ketara.

Walaubagaimanapun, kami yakin suatu hari nanti murid ini boleh bertutur dengan baik

dan sempurna. Berikut adalah perkataan yang disebut oleh murid ini.

Guru : Amir, kamu buat apa tu?

Amir : atan (makan)

Guru : kamu makan apa?

Amir : acik (nasi)

Guru : hari ni ibu kamu bagi duit berapa sen?

Amir : cepocen ( sepuluh sen) ..(tidak tahu nilai duit)

Amir seorang murid yang berada dalam keluarga yang berpendapatan rendah.

Bapanya bekerja sebagai buruh kasar manakala ibunya pula sebagai seorang suri

rumah. Kami dapati Amir bercakap pelat ini adalah berpunca dari keluarganya sendiri.

Amir sering mendengar ibunya bercakap pelat dengan adik-adiknya dan Amir sendiri

bercakap pelat dengan adik-adiknya. Menurut kata ibunya dirumah Amir bukanlah

seorang yang pendiam dan pasif. Dia seperti kanak-kanak biasa. Tetapi Amir tidak

banyak bergaul dengan orang luar. Dia tidak bermain dengan rakan-rakan diluar. Dia

hanya bermain bersama adik-adiknya sahaja. Disebabkan itu, Amir sentiasa selesa

bercakap pelat bersama adik-adiknya dan dia tidak ramai rakan disekolah.