marilah membuat bidaah

3
 MARILAH MEMBUAT BIDAAH! Persoalan bidaah selalu ditimbulkan oleh kebanyakan orang p ada masa kini, namun ramai dikalangan mereka yang tidak mengetahui perihal bidaah itu. Ramai orang suka bercakap berkenaan perkara ini, namun terlalu ramai juga dikalangan mereka yang tidak mempunyai penjelasan terhadap perkara ini lantaran ketegasan mereka mempertahankan perbuatan yang diwarisi oleh nenek moyang mereka tanpa kesedaran memperjuangka Sunnah Rasulullah SAW. Ramai juga dikalangan mereka yang keliru tentang hukum berbuat bidaah, adakah ia dibolehkan mahupun tidak. Bidaah dari sudut bahas arab bermakna : melakukan sesuatu perkara yang baru , yang belum pernah wujud sebelumnya. , manakala bidaah yang digembar-gemburkan pula bermakana : perbuatan baru dalam agama, yang belum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW, pelakunya membuat perkara itu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini adalah definasi yang saya berikan atas sedikit sebanyak yang saya baca dan saya fahami dari kitab-kitab ulamak terdahulu seperti kitab Al-i`tisam karya Imam As-Syatibi. Jika kita dapat memahami dua definasi ini, maka kita akan lebih mudah mengenalpasti perkara bidaah ataupun bukan, kerana persoalan ini bukanlah ditimbulkan oleh mana-mana puak Wahabi, Salafi, mahupun Ahbasyie, namun ia adalah sebuah persoalan yang ditengahkan oleh Rasulullah SAW : Jauhilah setiap perkara baru dalam Agama, kerana sesungguhnya Setiap perkara baru dalam agama itu sesat, dan kesesatan itu tempatnya adalah neraka  Maka, kita dapat memahami bahawa kita LANGSUNG tidak dibolehkan melakukan bidaah dalam agama kerana agama itu telah lengkap pada zaman Rasulullah SAW dan tidak perlu lagi kepada sebarang tambahan kerana wahyu telahpun terputus. Namun, saya ingin mengutarakan pandangan Dr Yusus Al-Qardhawi yang menyatakan : ramai orang pada zaman sekarang ini terlalu sibuk melakukan bidaah dalam agama, sedangkan peluang mereka membuat bidaah dalam perkara dunia terbuka luas.

Upload: syihabudin-ahmad

Post on 30-May-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

8/9/2019 MARILAH MEMBUAT BIDAAH

http://slidepdf.com/reader/full/marilah-membuat-bidaah 1/2

MARILAH MEMBUAT BIDAAH!Persoalan bidaah selalu ditimbulkan oleh kebanyakan orang pada masa

kini, namun ramai dikalangan mereka yang tidak mengetahui perihal bidaah itu.Ramai orang suka bercakap berkenaan perkara ini, namun terlalu ramai jugadikalangan mereka yang tidak mempunyai penjelasan terhadap perkara inilantaran ketegasan mereka mempertahankan perbuatan yang diwarisi oleh nenek moyang mereka tanpa kesedaran memperjuangka Sunnah Rasulullah SAW.Ramai juga dikalangan mereka yang keliru tentang hukum berbuat bidaah,adakah ia dibolehkan mahupun tidak.

Bidaah dari sudut bahas arab bermakna : melakukan sesuatu perkara yangbaru , yang belum pernah wujud sebelumnya. , manakala bidaah yangdigembar-gemburkan pula bermakana : perbuatan baru dalam agama, yangbelum pernah wujud pada zaman Rasulullah SAW, pelakunya membuat perkaraitu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Ini adalah definasi yang saya berikan atas sedikit sebanyak yang saya baca dansaya fahami dari kitab-kitab ulamak terdahulu seperti kitab Al-i`tisam karya

Imam As-Syatibi.Jika kita dapat memahami dua definasi ini, maka kita akan lebih mudahmengenalpasti perkara bidaah ataupun bukan, kerana persoalan ini bukanlahditimbulkan oleh mana-mana puak Wahabi, Salafi, mahupun Ahbasyie, namunia adalah sebuah persoalan yang ditengahkan oleh Rasulullah SAW :

“ Jauhilah setiap perkara baru dalam Agama, kerana sesungguhnya Setiapperkara baru dalam agama itu sesat, dan kesesatan itu tempatnya adalah neraka ”

Maka, kita dapat memahami bahawa kita LANGSUNG tidak dibolehkanmelakukan bidaah dalam agama kerana agama itu telah lengkap pada zamanRasulullah SAW dan tidak perlu lagi kepada sebarang tambahan kerana wahyutelahpun terputus.

Namun, saya ingin mengutarakan pandangan Dr Yusus Al-Qardhawiyang menyatakan : ramai orang pada zaman sekarang ini terlalu sibuk melakukan bidaah dalam agama, sedangkan peluang mereka membuat bidaah

dalam perkara dunia terbuka luas.

8/9/2019 MARILAH MEMBUAT BIDAAH

http://slidepdf.com/reader/full/marilah-membuat-bidaah 2/2

Cuba kita buka mata kita seluas mungkin, kita lihat pembangunan yangdilakukan oleh kebanyakkan sahabat kita berbangsa cina di Malaysia, teman-teman kita di Amerika dan Jepun, yang membangun dengan pesat sekalilantaran terlalu optimis dengan perkara bidaah!, mereka melakukan perkarabaru dalam urusan dunia sehingga mereka dipandang tinggi dan masyhur, ramaiorang menjadikan mereka sebagai ikutan dan contoh teladan namun berapakerat sangatlah dikalangan umat Islam yang optimis dengan bidaah jenis ini?

Masyarakat Islam terdahulu amat mempelopori bidaah jenis ini keranamereka memahami akan persoalan bidaah dengan jelas, oleh itu , kita masihdapat mendengar orang ramai menyebut nama-nama ulamak Islam yangmembuat bidaah dalam perkara dunia seperti Al-Khawarizmy, Ibnu Sina dan

selain dari mereka.Di Malaysia, kita amat berterima kasih kepada Dato` Seri Abdullah AhmadBadawi dan Dato` Seri Najib Tun Razak yang telah memberi peluangmasyarakat malaysia membuat bidaah dalam urursan dunia, khususnya dalamprojek Angkasawan Negara yang berjaya menghantar Dr Syeikh Muzaffar keangkasa lepas. Walaupun ada yang mengatakan beliau hanyalah sebagaipelancong sahaja, tetapi saya berpendapat, ia adalah satu perkara bidaah yangmembanggakan dan menarik minat masyarakat kepada ketamadunan danketinggian ilmu pengetahuan. Oleh itu, saya mencadangkan agar kita tidak melihat projek ini sebagai sebuah projek yang sia-sia hanya kerana kitaberaliran bertentangan.

Tuntasnya, saya menegaskan bahawa Bidaah itu ada dua jenis yangberbeza. Pertama, bidaah dalam agama yang dilarang dan dikeji dan akan diazabperlakunya di neraka, dan kedua, bidaah dalam perkara dunia yang amatdigalakkan dan amat dipuji dalam Islam. Oleh itu, saya menyeru kepada diri

saya dan sidang pembaca, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk membuat bidaah dalam urusan dunia kita semoga kita akan dipandang tinggidalam masyarakat dunia seterusnya meninggikan nama Islam dan menggecapRedha Allah SWT di syurganya kelak.