m4uitr 'uiv-'u`uwui äi. h1 11111 ý*, fýeprints.ums.edu.my/1316/1/nc0000000684.pdf ·...

1
Horizon I KAN yu sebagai pemangsa tangga teratas mengekal- kan keseimbangan dalam jaringan makanan di laut dan tanpanya jaringan makanan di laut akan terjejas. Bagaimanapun, ikan yu, dengan siripnya yang mem- punyai permintaan tinggi kerana dijadikan hidangan istimewa, semakin berkuran- gan bilangannya dan keko- songan yang berlaku dalam jaringan makanan akibat kepupusannya membantu spesies lain untuk berganda tanpa kawalan dan men- gucar-kacirkan ekosistem, termasuk menyingkirkan lebih banyak spesies dalam rantaian makanan. Menangkap ikan yu secara berlebihan dan memotong siripnya yang bernilai tinggi, mengancam populasi yu. Lagi pun, perbuatan memotong sirip yu adalah sangat kejam kerana selepas sirip yu dipotong ikan itu dibuang semula ke laut untuk dibiarkan mati. Malangnya kebanyakan orang tidak bersimpati den- gan nasib ikan yu dan sikap ini tidak mengejutkan kerana yu digambarkan sebagai ikan yang memakan manusia, gara-gara penampilan ikan yu sebagai pembunuh dalam filem-filem. Sebenarnya yu bukan pembunuh, ia hanya menyerang apabila terancam. Menangkap yu untuk mendapatkan siripnya akan kekal sebagai perniagaan yang menguntungkan selagi sup sirip yu ataupun `shark fin soup' kekal dalam menu hidangan. TIADA NUTRISI Bolehkah ikan yu disela- matkan daripada kepupusan? Mengharam atau menga- wal aktiviti memburu dan memotong sirip yu hanya satu daripada usaha menye- lamatkan yu. Kira-kira 20 buah negara telah melarang aktiviti ini. Tetapi men- guatkuasakan undang-un- dang ini perkara lain sama sekali. Ada pedagang yang akan mencari jalan lain ter- masuk mengimport sirip yu. Mungkin satu-satunya cara paling berkesan un- tuk mengubah nasib yu ini adalah dengan menunjukkan bahawa sup sirip yu, yang selama ini dikaitkan dengan status atau tradisi masyarakat Cina, mempunyai sedikit atau langsung tiada nilai nutrisi atau perubatan. Sirip yu itu sendiri tidak mempunyai sebarang rasa. Rasanya datang daripada sup dan sirip itu hanya memberi- kan tekstur. Penasihat Teknikal bagi Green Connection (Aquar- ium and Science Discovery Centre) Prof Steve Oakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada yu termasuk siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi. Kementerian Sumber Ash dan Alam Sekitar Malaysia tidak lagi menghidangkan sup sirip yu dalam menu pada majlis yang dianjurkan- nya. Pada September 2008 Gayana Resort di sini muncul sebagai pihak pertama dalam äi. h1 11111 ý*, M4UItr 'uIV-'u`uWuI LUMAYAN ... Sirip daripada setiapyu ini dijual dalam setempat keping : satu sirip dorsal, dua sirip pektoral, satu sirip kaudal, pada harga daripada RM130-RM150. - Gambar AFP Sektor pelancongan untuk menghentikan hidangan sup sirip yu. EMPAT SIRIP Mendapatkan sirip yu adalah aktiviti sosio-ekonomi bagi masyarakat di Pulau Mabul, di luar pesisir Sem- porna dekat Tawau. Semasa musim memburu yu peralatan untuk menang- kapnya termasuk umpan disediakan khusus bagi tujuan ini. Setiap bot boleh meraih antara lapan dan 10 ekor jerung menggunakan mata kail. Yu kecil yang beratnya kira-kira 10kg sementara yang besar boleh mencapai sehingga 60kg dan panjang 1.5 meter. Utusan Selasa, 30 Ogos 2011 Borneo IA15 MEMUDARATKAN KESIHATAN ... PenasihatTeknikal bagi Green Connection (Aquarium and Science Discovery Centre)Prof SteveOakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada yu termasuk siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi. - Gambar Reuters Selepas ditangkap sirip yu ini dipotong dan bahagian lain dibuang kerana harga pasaran yang rendah (30sen/ kg). Bagaimanapun, spesies dengan nilai pasaran yang baik akan dibawa pulang untuk dijual. Sirip daripada setiap yu ini dijual dalam set empat keping : satu sirip dorsal, dua sirip pektoral, satu sirip kaudal, pada harga daripada RM130-RM150. Yu membesar dan matang dengan perlahan-lahan, kata Pengarah Institut Penyelid- ikan Marin Borneo (BMRI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ridzwan Abdul Rahman. "Kemusnahan habitat, penangkapan ikan secara keterlaluan dan arnalan penangkapan ikan yang tidak mapan termasuk penggu- naan bom ikan, racun sianida dan memotong sirip yu kesemuanya menyumbang kepada tekanan terhadap kumpulan ikan ini, " katanya. USAH BURU Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lepas mengisyti- harkan komitmennya untuk melarang "pemburuan yu" di Sabah. Dr Mabel B. Manjaji-Mat- sumoto, seorang pensyarah di BMRI berkata meny- enaraikan spesies yu pada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa SpesiesFauna dan Flora Liar Diancam Kepupusan (CITES), satu perjanjian antarabangsa antara kerajaan-kerajaan mungkin adalah langkah berkesan dalam melarang perdagangan sirip yu dan dengan itu boleh membantu mengurangkan pembunu- han yu untuk mendapatkan siripnya. "Kebanyakan daripada spesies yu dan pari sudahpun berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Konservasi Semulajadi (IUCN) tetapi ini tidak ber- maknaperdagangan mereka terkawal. " Beliau berkata Senarai Merah IUCN bagi Spesies- spesies Terancam telah diiktiraf sebagai yang paling menyeluruh, selain pen- dekatan global yang objektif bagi menilai status pemuli- haraan spesies tumbuhan dan haiwan. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMS (Penye- lidikan dan Inovasi) Prof Dr Rosnah Ismail berkata penyelidikan akan mem- bantu mempengaruhi dasar- dasar sedia ada terhadap pemuliharaan marin. UMS terbabit secara lang- sung dalam pemuliharaan yu di Sabah melalui penyelid- ikan sejak 1995. "Adalah wajar untuk menangani penangkapan yu secara haram, tanpa kawalan ataupun tanpa dilaporkan di perairan negara-negara jiran dan ikan itu didaratkan di pesisir Malaysia (seperti di Pulau Mabul), " jelas beliau. - Bernama

Upload: others

Post on 15-Sep-2019

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Horizon

I KAN yu sebagai pemangsa tangga teratas mengekal- kan keseimbangan dalam

jaringan makanan di laut dan tanpanya jaringan makanan di laut akan terjejas.

Bagaimanapun, ikan yu, dengan siripnya yang mem- punyai permintaan tinggi kerana dijadikan hidangan istimewa, semakin berkuran- gan bilangannya dan keko- songan yang berlaku dalam jaringan makanan akibat kepupusannya membantu spesies lain untuk berganda tanpa kawalan dan men- gucar-kacirkan ekosistem, termasuk menyingkirkan lebih banyak spesies dalam rantaian makanan.

Menangkap ikan yu secara berlebihan dan memotong siripnya yang bernilai tinggi, mengancam populasi yu.

Lagi pun, perbuatan memotong sirip yu adalah sangat kejam kerana selepas sirip yu dipotong ikan itu dibuang semula ke laut untuk dibiarkan mati.

Malangnya kebanyakan orang tidak bersimpati den- gan nasib ikan yu dan sikap ini tidak mengejutkan kerana yu digambarkan sebagai ikan yang memakan manusia, gara-gara penampilan ikan yu sebagai pembunuh dalam filem-filem. Sebenarnya yu bukan pembunuh, ia hanya menyerang apabila terancam.

Menangkap yu untuk mendapatkan siripnya akan kekal sebagai perniagaan yang menguntungkan selagi sup sirip yu ataupun `shark fin soup' kekal dalam menu hidangan.

TIADA NUTRISI

Bolehkah ikan yu disela- matkan daripada kepupusan?

Mengharam atau menga- wal aktiviti memburu dan memotong sirip yu hanya satu daripada usaha menye- lamatkan yu. Kira-kira 20 buah negara telah melarang aktiviti ini. Tetapi men- guatkuasakan undang-un- dang ini perkara lain sama sekali. Ada pedagang yang akan mencari jalan lain ter- masuk mengimport sirip yu.

Mungkin satu-satunya cara paling berkesan un- tuk mengubah nasib yu ini adalah dengan menunjukkan bahawa sup sirip yu, yang selama ini dikaitkan dengan status atau tradisi masyarakat Cina, mempunyai sedikit atau langsung tiada nilai nutrisi atau perubatan.

Sirip yu itu sendiri tidak mempunyai sebarang rasa. Rasanya datang daripada sup dan sirip itu hanya memberi- kan tekstur.

Penasihat Teknikal bagi Green Connection (Aquar- ium and Science Discovery Centre) Prof Steve Oakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada yu termasuk siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi.

Kementerian Sumber Ash dan Alam Sekitar Malaysia tidak lagi menghidangkan sup sirip yu dalam menu pada majlis yang dianjurkan- nya.

Pada September 2008 Gayana Resort di sini muncul sebagai pihak pertama dalam

äi. h1 11111 ý*, fý M4UItr

'uIV-'u`uWuI

LUMAYAN ... Sirip daripada setiapyu ini dijual dalam setempat

keping : satu sirip dorsal, dua sirip pektoral, satu sirip kaudal, pada harga daripada RM130-RM150. - Gambar AFP

Sektor pelancongan untuk menghentikan hidangan sup sirip yu.

EMPAT SIRIP

Mendapatkan sirip yu adalah aktiviti sosio-ekonomi bagi masyarakat di Pulau Mabul, di luar pesisir Sem- porna dekat Tawau.

Semasa musim memburu

yu peralatan untuk menang- kapnya termasuk umpan disediakan khusus bagi tujuan ini. Setiap bot boleh meraih antara lapan dan 10 ekor jerung menggunakan mata kail.

Yu kecil yang beratnya kira-kira 10kg sementara yang besar boleh mencapai sehingga 60kg dan panjang 1.5 meter.

Utusan

Selasa, 30 Ogos 2011 Borneo IA15

MEMUDARATKAN KESIHATAN ... Penasihat Teknikal bagi Green Connection (Aquarium and

Science Discovery Centre) Prof Steve Oakley mengingatkan bahawa raksa metil yang terdapat pada yu termasuk siripnya boleh memudaratkan otak manusia jika mencapai paras tinggi. - Gambar Reuters

Selepas ditangkap sirip yu ini dipotong dan bahagian lain dibuang kerana harga pasaran yang rendah (30sen/ kg). Bagaimanapun, spesies dengan nilai pasaran yang baik akan dibawa pulang untuk dijual.

Sirip daripada setiap yu ini dijual dalam set empat keping : satu sirip dorsal, dua sirip pektoral, satu sirip kaudal, pada harga daripada RM130-RM150.

Yu membesar dan matang dengan perlahan-lahan, kata Pengarah Institut Penyelid- ikan Marin Borneo (BMRI) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Dr Ridzwan Abdul Rahman.

"Kemusnahan habitat, penangkapan ikan secara keterlaluan dan arnalan penangkapan ikan yang tidak mapan termasuk penggu- naan bom ikan, racun sianida dan memotong sirip yu kesemuanya menyumbang kepada tekanan terhadap kumpulan ikan ini, " katanya.

USAH BURU

Kerajaan Negeri beberapa bulan yang lepas mengisyti- harkan komitmennya untuk melarang "pemburuan yu" di Sabah.

Dr Mabel B. Manjaji-Mat- sumoto, seorang pensyarah di BMRI berkata meny- enaraikan spesies yu pada Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Fauna dan Flora Liar Diancam Kepupusan (CITES), satu perjanjian antarabangsa antara kerajaan-kerajaan mungkin adalah langkah berkesan dalam melarang perdagangan sirip yu dan dengan itu boleh membantu mengurangkan pembunu- han yu untuk mendapatkan siripnya.

"Kebanyakan daripada spesies yu dan pari sudahpun berada dalam Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa bagi Konservasi Semulajadi (IUCN) tetapi ini tidak ber- makna perdagangan mereka

terkawal. " Beliau berkata Senarai

Merah IUCN bagi Spesies- spesies Terancam telah diiktiraf sebagai yang paling menyeluruh, selain pen- dekatan global yang objektif bagi menilai status pemuli- haraan spesies tumbuhan dan haiwan.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor UMS (Penye- lidikan dan Inovasi) Prof Dr Rosnah Ismail berkata penyelidikan akan mem- bantu mempengaruhi dasar- dasar sedia ada terhadap pemuliharaan marin.

UMS terbabit secara lang- sung dalam pemuliharaan yu di Sabah melalui penyelid- ikan sejak 1995.

"Adalah wajar untuk menangani penangkapan yu secara haram, tanpa kawalan ataupun tanpa dilaporkan di perairan negara-negara jiran dan ikan itu didaratkan di pesisir Malaysia (seperti di Pulau Mabul), " jelas beliau.

- Bernama