m 3 keturunan dan variasi

30
 Modul 3 Sains Tingkatan Empat  GCBP 66 MODUL 3: KETURUNAN DAN VARIASI OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.1 Memahami pembahagian sel 3.2 Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan sifat 3.3 Memahami penentuan seks dan kejadian kembar pada manusia 3.4 Memahami mutasi 3.1 PEMBAHAGIAN SEL 1. Nukleus mempunyai struktur bebenang yang disebut  kromosom. 2. Kromosom terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA)  dan protein. 3. Kromosom juga mengandungi bahan baka yang disebut gen. 4. Kromosom wujud secara berpasangan.  Contoh : Manusia mempunyai 23 pasang kromosom atau 46 bilangan kromosom.  5. Semua sel soma(sel badan) organisma yang sama mempunyai bilangan kromosom yang sama. Organisma Bilangan kromosom dalam sel soma Lalat buah 8 Kacang pea 14 Kucing 38 Seladang 56 Udang kara 200 Jadual 3.1 : Bilangan kromosom dalam organisma berlainan Jenis-jenis Pembahagian Sel 1. Proses pembiakan dan pertumbuhan organisma melibatkan pembahagian sel. 2. Terdapat dua jenis pembahagian sel:  (i) mitosis (ii) meiosis MITOSIS 1. Mitosis berlaku di semua sel soma kecuali sel pembiakan. 2. Menghasilkan 2 anak sel. 3. Bilangan kromosom dalam sel anak sama dengan bilangan kromosom dalam sel induk. 4. Kandungan gen dalm sel anak juga sama dengan sel induk. 5. Sangat aktif berlaku di hujung akar dan hujung pucuk tumbuhan. 6. Peringkat-peringkat mitosis: Sel Nukleus Kromosom DNA Gen

Upload: naninini

Post on 06-Oct-2015

742 views

Category:

Documents


34 download

DESCRIPTION

sains f4

TRANSCRIPT

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    66

    MODUL 3: KETURUNAN DAN VARIASI OBJEKTIF PEMBELAJARAN

    3.1 Memahami pembahagian sel 3.2 Memahami prinsip dan mekanisme pewarisan sifat 3.3 Memahami penentuan seks dan kejadian kembar pada manusia 3.4 Memahami mutasi

    3.1 PEMBAHAGIAN SEL 1. Nukleus mempunyai struktur bebenang yang disebut kromosom. 2. Kromosom terdiri daripada asid deoksiribonukleik (DNA) dan protein. 3. Kromosom juga mengandungi bahan baka yang disebut gen. 4. Kromosom wujud secara berpasangan. Contoh : Manusia mempunyai 23 pasang

    kromosom atau 46 bilangan kromosom. 5. Semua sel soma(sel badan) organisma yang sama mempunyai bilangan kromosom

    yang sama.

    Organisma Bilangan kromosom dalam sel soma

    Lalat buah 8

    Kacang pea 14

    Kucing 38

    Seladang 56

    Udang kara 200

    Jadual 3.1 : Bilangan kromosom dalam organisma berlainan

    Jenis-jenis Pembahagian Sel 1. Proses pembiakan dan pertumbuhan organisma melibatkan pembahagian sel. 2. Terdapat dua jenis pembahagian sel:

    (i) mitosis (ii) meiosis

    MITOSIS

    1. Mitosis berlaku di semua sel soma kecuali sel pembiakan. 2. Menghasilkan 2 anak sel. 3. Bilangan kromosom dalam sel anak sama dengan bilangan kromosom dalam sel

    induk. 4. Kandungan gen dalm sel anak juga sama dengan sel induk. 5. Sangat aktif berlaku di hujung akar dan hujung pucuk tumbuhan. 6. Peringkat-peringkat mitosis:

    Sel Nukleus Kromosom DNA Gen

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    67

    Kromatid-kromatid berpisah dan

    bergerak ke hujung kutub yang

    bertentangan. Pada masa yang sama

    sel mula membahagi

    Nukleus membran terbentuk.

    Dua anak sel terhasil

    Kromosom tersusun sebaris

    disepanjang satah khatulistiwa

    Replikasi kromosom berlaku setiap

    bebenang kromosom disebut kromatid

    Kromosom menjadi pendek, tebal dan

    jelas kelihatan

    Sel induk

    Rajah 3.1 : Peringkat-peringkat mitosis

    7. Kepentingan mitosis: (a) Membentuk sel baru untuk pertumbuhan . (b) Menggantikan sel-sel atau tisu-tisu yang rosak atau mati. (c) Memastikan bahan baka sel induk diturunkan kepada sel anak . Proses ini

    memastikan bilangan kromosom pada sel anak sama dengan bilangan kromosom dalam sel induk.

    (d) Membolehkan pembiakan aseks. MEIOSIS 1.Meiosis hanya berlaku di organ pembiakan iaitu testis dan ovari bagi haiwan serta

    anter dan ovari bagi tumbuh-tumbuhan. 2.Menghasilkan sel anak iaitu gamet jantan dan betina. 3.Satu sel induk menghasilkan 4 anak sel. 3.Bilangan kromosom dalam setiap anak sel adalah separuh daripada bilangan kromosom dalam sel induk. 4.Menyebabkan berlakunya variasi iaitu pertukaran bahan genetik atau pindah

    silang.

    Rajah 3.2 : Pertukaran bahan baka berlaku semasa pindah silang meiosis

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    68

    5. Peringkat-peringkat meiosis:

    Rajah 3.3 : Peringkat-peringkat meiosis

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    69

    KEPENTINGAN MEIOSIS

    Rajah 3.4 : Kepentingan Meiosis

    Kepentingan Meiosis

    Persenyawaan Meiosis memastikan nombor kromosom zigot adalah diploid (2n) apabila nukleus sesuatu sperma bercantum dengan nukleus suatu ovum semasa persenyawaan.

    Sel bapa (2n)

    Sel ibu (2n)

    Meiosis

    Zigot

    Gabungan kromosom-kromosom yang berbeza dan pindah silang belaku menyebabkan variasi dalam generasi berikutnya.

    Ovum

    (n)

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    70

    PERBANDINGAN ANTARA MITOSIS DAN MEIOSIS

    MITOSIS

    PERSAMAAN

    MEIOSIS

    - Berlakunya replikasi kromosom - Berlakunya pembahagia sel

    - Sel-sel baru dihasilkan

    Jadual 3.2 : Perbandingan antara mitosis dan meiosis

    MITOSIS

    PERBEZAAN MEIOSIS

    pembentukan sel soma sel yang terbentuk

    pembentukan gamet

    sel soma tempat berlaku dalam haiwan

    testis & ovari

    hujung akar dan hujung pucuk

    tempat berlaku dalam tumbuhan

    anter & ovari

    sekali bilangan pembahagian sel

    dua kali

    berlaku

    proses replikasi

    berlaku dalam pembahagian sel yang pertama

    dua bilangan sel anak

    empat

    sama bilangan kromosom sel anak

    separuh

    sama kandungan gen sel anak

    berbeza

    tidak berlaku pindah silang

    berlaku

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    71

    LATIHAN 3.1 1.Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai.

    (a) Dalam manusia, mitosis berlaku di dalam manakala meiosis

    berlaku di dalam organ-organ pembiakan seperti dan

    (b) Dalam tumbuhan mitosis berlaku di dan

    manakala meiosis berlaku di dalam dan

    (c) Mitosis menghasilkan sel anak manakala meiosis menghasilkan

    sel anak.

    (d) yang berlaku semasa meiosis menyebabkan variasi dalam kalangan spesies

    yang sama.

    2.Padankan pernyataan di bawah:

    Kromosom

    Struktur seperti benang yang terdapat dalam nukleus sel haiwan dan tumbuhan.

    Proses pembahagian sel yang hanya berlaku dalam sel soma (sel badan)

    Mitosis

    Gen Proses pembahagian sel yang menghasilkan gamet di mana bilangan kromosomnya hanya separuh daripada bilangan kromosom sel induk.

    Unit DNA yang menentukan ciri-ciri pewarisan.

    Meiosis

    Gamet Terlibat dalam proses persenyawaan

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    72

    3.2 PRINSIP DAN MEKANISME PEWARISAN

    1. Pewarisan adalah satu proses di mana maklumat genetik atau trait (sifat-sifat) yang diwaris diturunkan daripada ibu bapa kepada anak.

    2. Terdapat dua jenis gen yang menentukan trait dalam seseorang sama ada dominan atau resesif.

    3. Manusia mempunyai 46 kromosom. Ini bermakna kita mempunyai 23 pasang komosom homolog.

    4. Kombinasi gen ini dipanggil genotip, manakala ciri-ciri trait yang boleh dilihat dipanggil fenotip.

    5. Gen dominan ialah gen yang dapat menunjukkan trait yang dikawalnya apabila berpasangan dengan gen dominan atau resesif. 6. Gen resesif ialah gen yang hanya dapat menunjukkan trait yang dikawalnya apabila

    gen berkenaan berpasangan dengan gen resesif.

    CIRI-CIRI

    TRAIT DOMINAN

    TRAIT RESESIF

    menggulung lidah boleh menggulung lidah tidak boleh menggulung lidah

    cuping telinga cuping bebas cuping lekap

    warna mata hitam biru

    pigmen kulit normal albino

    Jadual 3.3

    MEKANISME PEWARISAN 1. Rajah skema digunakan untuk menggambarkan pewarisan trait oleh gen. 2. Gen dominan diwakili oleh huruf besar, gen resesif diwakili oleh huruf kecil. 3. Contoh mekanisma pewarisan:- (a)

    Rajah 3.5: Gambar rajah skema menunjukkan penentuan sifat kidal pada manusia

    Jika seorang lelaki yang normal (Kk) berkahwin dengan seseorang perempuan yang kidal (kk), tentukan kebarangkalian anak yang dilahirkan adalah kidal. [ K: gen dominan (normal); k: gen resesif (kidal) ] Lelaki Perempuan

    X Induk Meiosis Gamet

    Persenyawaan

    Genotip anak Fenotip anak Normal Normal Kidal Kidal Kebarangkalian mendapat anak yang kidal ialah atau 50%

    Kk

    K

    kk

    k K

    kk kk Kk Kk

    k

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    73

    (b)

    Rajah 3.6 : Gambar rajah skema menunjukkan penentuan sifat ketinggian pada

    manusia

    Amin dan Minah adalah tinggi (Tt). Tentukan kebarangkalian mereka untuk mendapat (a) anak yang tinggi (b) anak yang rendah [ T: gen dominan (tinggi); k: gen resesif (rendah) ] Amin Minah

    X Induk Meiosis Gamet Persenyawaan Genotip anak

    Fenotip anak Tinggi Tinggi Tinggi Rendah (a) Kebarangkalian untuk mendapat anak yang tinggi ialah atau 75% (b) Kebarangkalian untuk mendapat anak yang rendah ialah atau 25% Nota: Ibu bapa yang tinggi tidak semestinya melahirkan anak yang tinggi

    Tt

    T

    Tt

    t T

    tt Tt Tt TT

    t

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    74

    4. Satu contoh eksperimen kacukan monohibrid oleh Gregor Mendel untuk meramalkan nisbah genotip dan fenotip generasi pertama (F1) dan generasi kedua (F2).

    Kacukan Monohibrid

    Y untuk trait dominan (biji kuning) y untuk trait resesif (biji warna kuning) Induk : YY X yy Fenotip: Kuning Hijau Gamet : F1 : Genotip :

    Fenotip : Kuning Kuning Kuning Kuning

    Rajah 3.7 : Kacukan monohibrid

    Kacukan Dihibrid

    Generasi F1 : Yy Yy Fenitop : Biji kuning Biji kuning Gamet : Generasi F2 : Genotip : Fenotip : Kuning Kuning Kuning Hijau

    Rajah 3.8 : Kacukan dihibrid

    Nisbah genotip : 1YY : 2Yy :1yy Nisbah fenotip : 3 kuning : 1 hijau

    Yy

    y Y

    Yy

    Y y

    YY Yy Yy yy

    YY

    Y Y y y

    yy

    Yy Yy Yy Yy

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    75

    LATIHAN 3.2 Isi tempat kosong dengan perkataan yang diberikan.

    Mendel fenotip dominan genotip resesif monohibrid

    (a) Gen ialah gen yang dapat menunjukkan trait yang dikawalnya

    apabila berpasangan dengan gen (b) Pewarisan satu sifat sahaja yang dikaji disebut (c) merujuk pada kandungan gen dalam suatu organisma. (d) merujuk kepada sifat fizikal,seperti tinggi atau rendah, yang dapat

    dilihat pada sesuatu organisma. (e) Eksperimen ialah eksperimen pertama yang dijalankan untuk mengkaji pewarisan sifat dalam organisma. 3.3 PENENTUAN SEKS DAN KEJADIAN KEMBAR DALAM MANUSIA

    3.31: Penentuan seks

    1. Sel soma manusia mempunyai 23 pasang kromosom atau 46 kromosom.

    2. Daripada 23 pasang, 22 pasang adalah autosom dan sepasang ialah kromosom

    seks.

    3. Jenis kromosom seks ialah X dan Y dan ia menentukan seks seseorang.

    4. Dalam meiosis, lelaki menghasilkan dua jenis gamet (sperma) iaitu 22 kromosom

    autosom dan 1kromosom seks X (22+X) dan 22 kromosom autosom dan satu

    kromosom seks Y(22+Y).

    5. Dalam meiosis, perempuan menghasilkan satu jenis gamet sahaja(ovum) iaitu 22

    kromosom autosom dan satu kromosom seks X (22+X).

    6. Kromosom seks lelaki ialah XY atau sel somanya mengandungi 44+XY manakala

    kromosom seks perempuan ialah XX atau sel somanya mengandungi 44+XX.

    7. Seks seorang anak ditentukan oleh bapanya kerana bergantung pada sperma yang

    mensenyawakan ovum.

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    76

    Rajah 3.9 : Pembentukan bayi perempuan dan lelaki Induk Meiosis Gamet Pesenyawaan Anak Perempuan Perempuan Lelaki Lelaki

    Rajah 3.10 : Mekanisma penentuan seks anak

    Bapa

    44 + XY

    Ibu

    44 + XY

    Ovum

    22 + X

    Ovum

    22 + X

    Sperma

    22 + Y

    Sperma

    22 + X

    44 + XY 44 + XY 44 + XX 44 + XX

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    77

    3.32 Kejadian Anak Kembar

    1. Terdapat dua jenis anak kembar iaitu kembar seiras dan kembar tak seiras

    Jadual 3.4 : Perbandingan anatara kembar seiras dan kembar tak seiras

    Kembar seiras

    Perbezaan

    Kembar tak seiras Persamaan

    Dua anak dilahirkan dalam satu kelahiran

    Pembentukan

    Plasenta

    Kandungan genetik

    Jantina

    Terbentuk daripada satu ovum yang telah disenyawakan oleh satu sperma membahagi dua untuk membentuk dua embrio yang sama.

    1 ovum dan embrio 1 sperma

    embrio membahagi dua Kedua-dua embrio yang terbentuk membesar dengan berkongsi satu plasenta dalam uterus ibu.

    Kandungan genetiknya sama. Oleh sebab itu, kembar seiras mempunyai rupa paras yang sama dan jantina yang sama.

    Jantina kembar seiras adalah sama, iaitu kedua-duanya lelaki atau perempuan

    Terbentuk apabila dua ovum dibebaskan oleh ovari secara serentak dan disenyawakan oleh dua sperma secara berasinagn untuk membentuk dua embrio yang berlainan.

    2 ovum dan dua embrio 2 sperma berbeza terbentuk

    Kedua-dua embrio yang terbentuk membesar dalam plasenta yang berlainan dalam uterus ibu. Kandungan genetiknya adalah berbeza kerana berasal daripada dua ovum dan dua sperma yang berbeza. Oleh sebab itu, kembar tak seiras mempunyai rupa paras yang berlainan. Jantina kembar tak seiras mungkin sama atau berlainan. Kembar tak seiras mungkin kedua-duanya lelaki, kedua-duanya perempuan, atau seorang lelaki atau seorang perempuan.

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    78

    Latihan 3.3 1. Bandingkan ciri-ciri yang diberikan dan lengkapkan jadual 1 yang berikut.

    CIRI-CIRI LELAKI PEREMPUAN

    Bilangan kromosom (a) (b)

    Gamet yang terbentuk (c) (d)

    Kandungan kromosom dalam sel soma

    (d)

    (e)

    Kandungan kromosom seks dalam gamet

    (f)

    (g)

    Jadual 1

    2. Lengkapkan gambar rajah skematik di bawah: Induk Meiosis Gamet Persenyawaan Anak Perempuan Lelaki

    Rajah 2

    3. Lengkapkan ayat berikut dengan perkataan yang disediakan:

    a) Anak terhasil apabila ovum 22+ X disenyawakan oleh sperma

    22 + X.

    b) Anak terhasil apabila sperma 22 + Y dengan

    ovum 22 + X.

    c) Kembar terjadi apabila satu ovum bersenyawa dengan

    sperma lalu terhasil satu . Kemudian satu

    zigot tadi akan berkembang menjadi dua anak.

    d) Jantina anak-anak kembar seiras tetapi anak-anak kembar tak

    seiras boleh atau

    perempuan disenyawakan dua berbeza sama

    lelaki zigot seiras satu sperma

    Bapa

    44 + XY

    Ibu

    44 + XX

    Ovum

    22 + X Sperma

    22 + Y

    Sperma

    22 + X

    44 + XY 44 + XX

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    79

    3.4 MUTASI

    1. Mutasi adalah perubahan spontan yang berlaku pada struktur gen atau bilangan kromosom sel.

    2. Kebanyakkan mutasi menyebabkan kecacatan dan penyakit genetik 3. 2 jenis mutasi:

    (i) Mutasi gen yang melibatkan perubahan dalam struktur gen Contoh: Albinisme, Anemia sel sabit, Buta warna dan Hemofilia (ii) Mutasi kromosom melibatkan perubahan dalam bilangan kromosom. Contoh: Sindrom Down (47 kromosom),Sindrom Klinefelter (kromosom seks

    XXY) dan SindromTurner (kromosom seks XO) 4. Faktor penyebab:

    (i) bahan makanan (ii) bahan kimia (iii) sinaran radioaktif dan sinar ultraungu (iv) suhu yang terlalu tinggi

    5. Kebaikan mutasi: (i) menyebabkan variasi pada organisma (ii) menghasilkan spesies yang tahan terhadap penyakit, cuaca dan

    persekitaran yang tercemar. 6. Keburukan mutasi:

    (i) Sesetengah mutasi menyebabkan penyakit yang tidak boleh diubat dan boleh membawa maut.

    (ii) Boleh menyebabkan kecacatan fizikal dan mental. Latihan 3.4 1. Nyatakan setiap jenis penyakit baka berdasarkan penerangan yang diberi. PENERANGAN RINGKAS JENIS PENYAKIT (a) Perubahan pada gen yang mengawal warna (b) Pesakit tidak dapat membezakan warna merah dan hijau (c) Darah pesakit membeku dengan perlahan (d) Perubahan pada gen yang menghasilkan hemoglobin (e) Sel soma pesakit mempunyai 47 kromosom (f) Sel soma pesakit mempunyai satu X kromosom tambahan (g) Sel soma pesakit kekurangan satu kromosom X

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    80

    MODUL 3: KETURUNAN DAN VARIASI

    OBJEKTIF PEMBELAJARAN 3.5 Menilai kesan penyelidikan genetik terhadap kehidupan manusia 3.6 Menganalisis variasi di kalangan benda hidup 3.7 Menyedari keperluan mengikut kod etika dalam penyelidikan genetik

    3.5 KESAN PENYELIDIKAN GENETIK TERHADAP KEHIDUPAN MANUSIA

    1. Penyelidikan genetik telah banyak memberi sumbangan kepada bidang perubatan dan pertanian.

    2. Contoh-contoh sumbangan dalam bidang:

    PERUBATAN PERTANIAN

    Penghasilan insulin oleh bakteria untuk pesakit diabetik.

    Baka sawit tenera(kacukan pisifera & dura) untuk penghasilan minyak sawit yang baik dari segi kualiti dan kuantiti.

    Penghasilan susu kambing yang mengandungi protein boleh merawat pesakit hemofilia

    Lembu Sahiwal-fresian menghasilkan lebih banyak susu.

    Boleh mengesan penyakit-penyakit baka sejak bayi dalam kandungan ibu lagi

    Penghasilan ayam daging dan ayam telur yang cepat matang dan dapat mengeluarkan daging dan telur dalam masa yang singkat.

    Membolehkan pemindahan DNA dari satu organisma kepada organisma yang lain.

    Padi MR 84, MR 159 & MR 167 mengeluarkan hasil yang banyak dan dapat menampung permintaan penduduk Malaysia.

    Jadual 3.5 : Sumbangan penyelidikan genetik

    Latihan 3.5

    Tandakan () bagi pernyataan yang betul dan tandakan (X) bagi pernyataan yang salah.

    1. Penyelidikan genetik hanya berguna dalam bidang pertanian. ( ) 2. Kelapa sawit tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak daripada kelapa sawit pisifera. ( )

    3. Gen yang menyebabkan pelbagai penyakit dapat dikenal pasti melalui Projek Genom Manusia. ( )

    4. Teknik pengklonan menghasilkan organisma baru yang menyerupai induknya .( ) 5. Pemindahan embrio dapat dilakukan pada tumbuhan. ( )

    3.6 VARIASI

    1. Variasi ialah perbezaan ciri yang wujud antara individu dalam spesies yang sama. 2. Terdapat dua jenis variasi:

    (i) Variasi selanjar- ciri yang tidak menunjukkan perbezaan ketara Contoh: Berat badan, ketinggian, kepintaran, warna kulit, lebar bahu dan panjang tapak kaki.

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    81

    Variasi selanjar dapat ditunjukkan dengan graf garisan dan histogram

    Height

    Number of pupils Bilangan pelajar

    Ketinggian badan

    (a) Graf taburan normal

    Bilangan

    pelajar

    ketinggian (cm)

    0

    2

    10

    8

    6

    4

    140-144 145-149 160-164155-159150-154 165-169

    (b) Histogram

    Rajah 3.10 : Graf-graf yang menunjukkan variasi selanjar (ii) Variasi tak selanjar ciri yang menunjukkan perbezaan yang nyata dan jelas. Contoh: kumpulan darah, cap jari, kebolehan menggulung lidah,lekapan cuping telinga, kidal dan kehadiran lesung pipit. Variasi tak selanjar dapat ditunjukkan dengan carta bar.

    Bilangan

    pelajar

    kumpulan darah0

    2

    10

    8

    6

    4

    A OABB

    Rajah 3.11 : Graf yang menunjukkan variasi tak selanjar

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    82

    3. Faktor-faktor yang menyebabkan variasi

    Rajah 3.12: Faktor-faktor yang menyebabkan variasi 4. Perbandingan Antara Variasi Selanjar dengan Variasi Tak Selanjar

    Jadual 3.6 : Perbandingan antara variasi selanjar dengan variasi tak selanjar

    Faktor-faktor yang menyebabkan variasi

    Faktor genetik Faktor persekitaran

    Faktor ini menentukan variasi yang diwarisi daripada induk.

    Variasi jenis ini wujud seumur hidup dan dapat diwariskan kepada generasi yang akan datang.

    Contoh variasi yang disebabkan oleh faktor ini ialah kumpulan darah dan warna mata.

    Faktor ini menghasilkan variasi yang disebabkan oleh pemakanan, pendedahan kepada cahaya matahari, iklim dan cuaca.

    Variasi jenis ini boleh berubah.

    Contoh variasi yang disebabkan oleh faktor ini ialah berat badan dan kebolehan bertutur dalam bahasa tertentu

    Variasi selanjar

    Perbezaan

    Persamaan Variasi tak selanjar

    Menunjukkan perbezaan ciri antara individu dalam spesies yang sama.

    Perbezaan ciri

    Contoh variasi

    Bentuk graf

    Faktor yang menyebabkan variasi

    Perbezaannya adalah nyata dan jelas Kumpulan darah, jenis cap jari, kebolehan menggulung lidah Taburan diskrit Faktor genetik

    Perbezaannya adalah tidak ketara Ketinggian, berat badan, warna kulit Taburan normal Faktor genetik dan persekitaran

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    83

    5. Kepentingan variasi

    Pembentukan varieti baru yang dapat menyesuaikan diri dengan perubahan perekitaran.

    Membezakan antara individu dalam spesies yang sama

    Varieti yang tahan serangan patogen seperti bakteria, fungi dan virus.

    Menjalankan pembiakbakaan haiwan dan tumbuhan mengikut ciri yang dikehendaki. Latihan 3.6 1. Kelaskan sifat-sifat yang diberikan kepada variasi selanjar dan variasi tak selanjar.

    Kemudian nyatakan kepentingan variasi. Berat badan panjang jari kepintaran otak

    Warna kulit ketinggian kehadiran lesung pipit

    Kidal lekapan cuping telinga jenis cap jari

    Kumpulan darah panjang tapak kaki kebolehan menggulung lidah

    3. Kepentingan Variasi

    Jenis Variasi

    1. Variasi selanjar 2. Variasi tak selanjar

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    84

    2. Ketinggian pelajar di dalam satu kelas ditunjukkan dalam Jadual 2.1 di bawah:

    154 160 145 147 153 168 152 156 158 156 166

    155 160 163 158 155 164 165 156 157 162 165

    154 162 159 168 163 156 152 157 159 161

    Jadual 2.1

    (a) Berdasarkan data yang diberi, lengkapkan Jadual 2.2

    Ketinggian pelajar/cm

    146-150

    151-155

    156-160

    161-165

    166-170

    Bilangan pelajar

    Jadual 2.2

    (b) Lukis satu histogram pada kertas graf di bawah menggunakan data dari Jadual

    2.2.

    Bilangan

    pelajar

    ketinggian (cm)

    0

    2

    10

    8

    6

    4

    146-150 151-155 166-170161-165156-160

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    85

    3. Jawab soalan di bawah. (a) Nyatakan jenis variasi di sebelah

    (b) Selain berat badan, sebutkan ciri lain pada menusia yang menunjukkan variasi yang sama.

    4. Jadual 4.1 menunjukkkan jenis cuping telinga oleh 20 orang murid dalam satu kelas.

    Pelajar

    Jenis cuping telinga

    Pelajar

    Jenis cuping telinga

    1 Melekap 11 Bebas

    2 Bebas 12 Melekap

    3 Melekap 13 Melekap

    4 Bebas 14 Melekap

    5 Melekap 15 Bebas

    6 Melekap 16 Bebas

    7 Melekap 17 Melekap

    8 Bebas 18 Melekap

    9 Melekap 19 Bebas

    10 Bebas 20 Melekap

    Jadual 4.1

    (a) Berdasarkan data pada Jadual 4.1, lengkapkan Jadual 4.2 dan jawab soalan

    berikutnya.

    Jenis cuping telinga

    Bilangan pelajar

    Cuping telinga melekap

    Cuping telinga bebas

    Jadual 4.2

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    86

    (b) Berdasarkan Jadual 4.2, lukiskan carta bar pada kertas graf di bawah.

    Bilangan

    pelajar

    Jenis cuping telinga0

    2

    10

    8

    6

    4

    melekap bebas

    (c) Daripada graf, apakah jenis variasi yang ditunjukkan? ________________________________________________________________

    (d) Apakah faktor yang mempengaruhi variasi tersebut?

    ________________________________________________________________

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    87

    5. Jadual 5.1 di bawah menunjukkan satu uji kaji yang telah dijalankan untuk mengkategorikan panjang ibu jari sekumpulan pelajar.

    5.1 6.2 5.7 5.3 4.8

    6.0 5.8 4.7 5.3 5.7

    5.3 6.4 5.6 4.9 5.8

    5.3 4.6 5.7 5.4 5.6

    Jadual 5.1

    (a) Lengkapkan jadual 5.2 di bawah merujuk data di atas

    Panjang ibu jari (cm) Bilangan pelajar

    4.5 4.9

    5.0 5.4

    5.5 5.9

    6.0 6.4

    Jadual 5.2

    (b) Dengan menggunakan Jadual 5.2, plotkan histogram menunjukkan bilangan pelajar melawan ketinggian.

    Bilangan pelajar

    Panjang ibu jari (cm)

    0

    2

    10

    8

    6

    4

    4.5 - 4.9 5.0 - 5.4 6.0 -6.45.5 - 5.9

    (c) Apakah jenis variasi yang ditunjukkan oleh carta di atas?

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    88

    6. Carta bar di bawah menunjukkan kebolehan menggulung lidah bagi sekumpulan pelajar.

    Bilangan pelajar

    80 60

    40 20 Menggulung lidah Boleh Tidak boleh

    (a) Hitungkan peratus pelajar yang boleh menggulung lidah.

    ________________________________________________________________

    (b) Apakah jenis variasi yang ditunjukkan pada situasi ini?

    ________________________________________________________________

    (c) i) Berikan satu contoh lain variasi yang dinyatakan di (b)

    ________________________________________________________________

    (d) ii) Berikan alasan anda. ________________________________________________________________

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    89

    Tiap-tiap soalan yang berikut diikuti oleh empat pilihan jawapan, A, B, C dan D. Pilih jawapan yang terbaik.

    1 Antara bahagian tumbuhan yang berikut, yang manakah berlakunya meiosis? A Anter

    B Stigma C Hujung akar D Hujung pucuk

    2 Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan dengan betul bilangan kromosom pada sel tertentu dalam manusia?

    Sel dalam manusia Bilangan kromosom A Sel ginjal 44 B Sel ovum 23 C Sel sperma 22 D Sel kulit 27

    3 Sperma manusia mengandungi

    A 22 autosom dan satu kromosom seks X B 44 autosom dan satu kromosom seks Y C 44 autosom dan satu kromosom seks X D 22 autosom dan satu kromosom seks X dan Y

    4 Rajah 2 menunjukkan penentuan seks dengan menggunakan gambar rajah skema.

    Rajah 2

    Kromosom yang manakah terdapat dalam gamet P dan anak Q?

    P Q A 22 + Y 22 + X

    B 22 + X 44 + XX

    C 22 +Y 44 + XX

    D 22 + X 44 + XY

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    90

    5 Antara pernyataan-pernyataan yang berikut, yang manakah benar tentang mitosis? A Pindah silang berlaku B Empat sel anak terhasil

    C Terlibat dalam pertumbuhan D Bilangan kromosom menjadi separuh

    6 Antara yang berikut, yang manakah disebabkan oleh mutasi gen?

    A Buta warna B Sindrom Down B Sindrom Turner D Sindrom Klinefelter

    7 Rajah 3 menunjukkan sejenis pembahagian sel.

    Rajah 3

    Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan kandungan kromosom dalam gamet K dan L?

    K L A 44 + XX 44 + XX

    B 22 + Y 22 + X

    C 22 + X 22 + Y

    D 22 + X 22 + X

    8 Antara yang berikut, yang manakah contoh variasi selanjar?

    A Ketinggian B Cap ibu jari

    C Kumpulan darah D Jenis cuping telinga

    9 Rajah 4 menunjukkan pewarisan sifat tinggi bagi manusia.

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    91

    Rajah 4

    Berapakah nisbah bilangan anak tinggi kepada bilangan anak rendah dalam generasi pertama?

    A 0 : 4 B 1 : 3 C 1 : 1 D 3 : 1

    10 Rajah 5 menunjukkan suatu proses mitosis.

    Rajah 5

    Urutan yang manakah betul dalam proses mitosis dalam Rajah 5? A K , L , N , M

    B K , M , N , L

    C M , N , L , K

    D L , N , M , K

    11 Seorang budak lelaki tidak dapat membezakan warna hijau dan merah. Apakah

    yang dihidapi oleh budak lelaki itu?

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    92

    A Hemofilia

    B Buta warna

    C Sindrom Down

    D Anemia sel sabit

    12 Pernyataan manakah yang betul mengenai proses meiosis?

    A Berlaku pada sel soma

    B Nukleus membahagi dua kali

    C Bilangan kromosom dikekalkan

    D Setiap sel induk menghasilkan dua sel anak

    13 Maklumat berikut menunjukkan pokok tinggi dikacukkan dengan pokok kerdil baka tulen.

    Apakah jangkaan nisbah bilangan pokok tinggi kepada bilangan pokok kerdil bagi anak-anak pokok itu?

    A 1 : 1

    B 2 : 1

    C 3 : 1

    D 1 : 3

    14 Rajah 6 menunjukkan skema kewarisan pada manusia.

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    93

    Rajah 6

    Apakah kromosom bagi Q?

    A 22 + XY

    B 22 + XX

    C 44 + XY

    D 44 + XX

    15 Maklumat berikut menunjukkan ciri yang terdapat pada seorang lelaki yang

    menghidap penyakit akibat mutasi.

    Apakah penyakit itu? A Albino

    B Hemofilia

    C Sindrom Down

    D Sindrom Klinefelter

    Lengkapkan silang kata berikut:

    Mempunyai tiga kromosom seks, XXY

    Mempunyai testis yang kecil

    Mandul

  • Modul 3 Sains Tingkatan Empat GCBP

    94

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    11

    Menlintang

    2 Mengandungi 22 + X atau 22 + Y kromosom

    4

    Proses pembahagian sel untuk membentuk gamet dengan bilangan kromosom induk diseparuhkan.

    5

    Penyakit sindrom ..... adalah disebabkan oleh kehadiran satu kromosom tambahan pada pasangan kromosom ke-21 dalam sel.

    6 Perubahan yang berlaku secara spontan pada gen atau kromosom.

    8 Gen yang hanya akan menonjolkan sifatnya apabila hadir secara berpasangan.

    9

    Contoh penyakit baka terangkai seks yang dikawal oleh gen resesif yang mengakibatkan masalah perdarahan yang serius apabila terluka.

    11 Proses pembahagian sel yang menambahkan bilangan sel tetapi mengekalkan bilangan kromosom.

    Ke bawah

    1

    Bebenang halus dalam nukleus yang membawa gen.

    2

    Anak kembar ..... terhasil apabila zigot yang terbentuk melalui persenyawaan satu ovum dengan satu sperma, mengalami mitosis lalu terbahagi dua dan membentuk dua embrio.

    3 Suatu unit keturunan yang memindahkan maklumat baka dari generasi ke generasi.

    5 Gen yang sentiasa menonjolkan sifat yang dikawal olehnya.

    7 Jantina anak ditentukan oleh jenis kromosom ..... dalam sperma.

    10 Mengandungi 22 + X kromosom sahaja.