lmcp1552 pembangunan mapan islam

8
LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM ISLAM BAHAGIAN 3 : KESEJAHTERAAN SOSIAL AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL: “sedekah” Roshanizah Binti M Ruslan A158971

Upload: smka-kota-kinabalu-sabah

Post on 14-Apr-2017

167 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

LMCP1552 PEMBANGUNAN MAPAN DALAM

ISLAM

BAHAGIAN 3 : KESEJAHTERAAN SOSIAL

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL:

“sedekah” Roshanizah Binti M Ruslan

A158971

DEFINISI PEMBANGUNAN SOSIAL

Merupakan satu proses di mana pembangunan yang fokus utamanya adalah kepada manusia serta sistem sosialnya.

Proses yang dirancang perubahan sosial yang direka untuk mengangkat kebajikan keseluruhan penduduk dalam kombinasi dengan proses dinamik pembangunan ekonomi

AMALAN TERBAIK DALAM PEMBANGUNAN SOSIAL“sedekah”

DEFINISI : Berasal daripada bahasa Arab iaitu ‘shadaqoh’

yang bermaksud suatu pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.

Suatu pemberian yang diberikan oleh seseorang sebagai kebajikan yang mengharapkan redha Allah SWT dan pahala semata-mata.

KELEBIHAN BERSEDEKAH Menguatkan perpaduan ummah kerana dengan

bersedekah akan menghilangkan rasa kurang senang golongan yang miskin terhadap golongan yang berharta dan kaya.

Menimbulkan rasa kasih sayang sesama masyarakat Islam baik yang kaya mahupun yang miskin sekaligus dapat mengikis dan menghilangkan sifat dengki dan iri hati.

Mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT.

PERKARA-PERKARA UNTUK MENDAPAT KESEMPURNAAN DALAM AMALAN SEDEKAH

1. Barang yang elok dan baik

Barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.

2. Hasil yang halal

Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.

3. Sedekah dengan niat yang ikhlas

Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”

KESIMPULAN

Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa ayat 114yang ertinya:

• ''Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikanbisikan

• dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat ma'ruf atau

• mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana

• mencari keredhaan Allah, maka kelak Kami akan memberi kepadanya pahala yang besar.''