pembangunan bandar mapan islam

7
PELAN PEMBANGUNAN BANDAR SRI PUTRA PERDANA DI PENGERANG, JOHOR. NUR AFIQAH BINTI MOHAMMAD A153614 NURAZLIN AQMAR BINTI MOHD NOOR A154372 NURUL NADIA BINTI SAIDIN A154583

Upload: nurafiqah95

Post on 16-Apr-2017

57 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pembangunan bandar mapan islam

PELAN PEMBANGUNAN BANDAR SRI PUTRA PERDANA

DI PENGERANG, JOHOR.

NUR AFIQAH BINTI MOHAMMAD A153614NURAZLIN AQMAR BINTI MOHD NOOR A154372NURUL NADIA BINTI SAIDIN A154583

Page 2: Pembangunan bandar mapan islam

Pembangunan bandar ini mengambil kira daripada tiga juzuk iaitu : i. Alam sekitar ii. Ekonomi iii. Sosial Pembangunan ini akan dijalankan di lokasi yang dipilih iaitu di

Pengerang, Johor. Kawasan pembangunan ini melibatkan seluas 84 ekar yang mampu

menampung seramai 80,000 ribu orang penduduk. Bandar ini akan menyediakan pelbagai kemudahan seperti perindustrian,

aktiviti komersial, perniagaan, institusi latihan, rekreasi, kesihatan dan pendidikan.

Bandar ini juga akan dibina dalam konsep bandar dalam taman. Pembangunan bandar ini turut dijana oleh pusat zakat dan sumber

wakaf selain dengan kerjasama daripada syarikat-syarikat swasta.

Page 3: Pembangunan bandar mapan islam

EKONOMI Bangunan seperti bank, pusat membeli-belah, deretan kedai, pasar,

medan selera didirikan dan dibuka bagi membuka peluang perniagaan disamping menjana ekonomi.

Pusat zakat juga dibina bagi menguruskan dan memajukan ekonomi dan kebajikan orang-orang Islam.

Selain daripada itu, syarikat-syarikat besar juga digalakkan untuk melabur di bandar ini.

Kewujudan lokasi cari gali minyak dan pembukaan pelabuhan di bandar ini merancakkan lagi sistem ekonomi di sini.

Page 4: Pembangunan bandar mapan islam

ALAM SEKITAR Bertemakan bandar dalam taman, pembangunan bandar ini

menitikberatkan soal kehijauan.

Sungguhpun banyak bangunan didirikan, namun pelbagai tanaman pokok akan ditanam dan bagi menjaga kelestarian bandar.

Taman rekreasi dan hutan simpanan akan dibuat dan dipelihara agar bandar sentiasa hijau dan nyaman.

Menjalankan teknik kitar semula, penggunaan sistem pelupusan sampah dan sistem kumbahan air serta sistem penjanaan tenaga elektrik secara sistematik dan penggunaan teknologi yang canggih selain menyokong teknologi hijau.

Page 5: Pembangunan bandar mapan islam

Sosial Pembinaan pusat sukan yang bersebelahan dengan masjid

membolehkan orang ramai beriadah disamping tidak lupa kepada Allah S.W.T

Terdapatnya pusat zakat ddan wakaf untuk menjaga kebajikan masyarakat

Pusat-pusat pendidikan seperti institusi pengajian tinggi, pusat latihan kemahiran dan sekolah-sekolah dibina bagi memberi peluang pendidikan dan melahirkan masyarakat yang celik huruf.

Pusat kemudahan lain seperti hospital, balai bomba, balai polis, pejabat pos turut dibina untuk kemudahan para penduduk.

Masjid menjadi pusat di tengah bandar agar masyarakat Islam selalu dekat dengan Allah S.W.T disamping memberi peluang kepada orang lain mengenali Islam.

Page 6: Pembangunan bandar mapan islam

BANGUNAN PENCAKAR LANGIT

HOSPITAL BALAI POLISMASJID

BALAI BOMBA PEJABAT POS

KAWASAN PERUMAHAN

SEKOLAH MENENGAH

SEKOLAH RENDAH SEKOLAH AGAMA

SEKOLAH PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

JABATAN AGAMA ISLAM

PUSAT ZAKAT & WAKAF

PUSAT MEMBELI- BELAH

BANK

PUSAT KEMUDAHAN

PERKHIDMATAN

INSTITUT KEMAHIRAN

RESTORAN PASAR & KEDAI RUNCIT

SYARIKAT TENAGA ELEKTRIK

SYARIKAT AIR & LOJI EMPANGAN

HUTAN SIMPAN & TAMAN REKREASI

JALAN RAYA

PUSAT SUKAN

PUSAT PELABUHAN

PUSAT CARI GALI MINYAK

Page 7: Pembangunan bandar mapan islam

RUMUSAN Elemen seperti alam sekitar, ekonomi, dan sosial dalam tiga juzuk yang telah

kami nyatakan di atas merupakan elemen yang penting yang kami cadangkan dalam pembangunan dan pembukaan bandar ini .

Elemen-elemen ini sesuai bagi menjana pendapatan disamping mengangkat kebesaran Allah s.w.t dengan mengimarahkan masjid di tengah pusat bandar dan sentiasa mengingatkan orang Islam tentang Allah s.w.t.

Pembangunan dan pembukaan bandar ini menitikberat tentang pembangunan dalam Islam iaitu pembangunan yang mengikut syariah Islam.

Pembukaan bandar ini bukan sahaja membuka peluang kepada orang-orang Islam sahaja, malah orang-orang bukan Islam juga dipelawa menetap di bandar ini. Sikap terbuka diaplikasikan.