lmcp1552 pembangunan mapan dalam islam

3
BAHAGIAN 5- DINAR EMAS NUR FARAEEN BINTI ZAINUDIN A 149836 Perkataan dinar emas adalah merujuk kepada mata wang yang pernah diguna pakai pada zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah. Dinar emas dikenali sebagai mata wang umat Islam kerana ada disebut penggunaannya didalam al-Quran dan al-Hadis. Dalam Al-Quran dan al-Hadis tidak menggunakan perkataan wang atau mata wang iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaznya dalam mewakili maksud wang atau duit. Hal ini demikian kerana, orang Arab umumnya tidak menggunakan perkataan nuqud untuk menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi mata wang yang diperbuat daripada emas, perkataan dirham dan wariq bagi mata wang perak. Manakala penggunaan perkataan fulus bagi menunjukkan mata wang tembaga sebagai unit pecahan untuk barang-barang murah (Ahmad Hassan1999). Perkataan dinar, dirham dan wariq masing-masing disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas pula disebut sebanyak lapan kali manakala perkataan perak disebut sebanyak enam kali. Walau bagaimanapun, sebutan terhadap mata wang tersebut tidaklah secara khusus untuk untuk membincangkan tentang konsep dan falsafah mata wang. Namun, secara umumnya dapat dirumuskan beberapa konsep mata wang di

Upload: faraeen-zainudin

Post on 09-Jan-2017

71 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam

BAHAGIAN 5- DINAR EMAS

NUR FARAEEN BINTI ZAINUDIN

A 149836

Perkataan dinar emas adalah merujuk kepada mata wang yang pernah diguna pakai pada

zaman Rasulullah s.a.w sehingga zaman kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniah. Dinar emas

dikenali sebagai mata wang umat Islam kerana ada disebut penggunaannya didalam al-Quran

dan al-Hadis.

Dalam Al-Quran dan al-Hadis tidak menggunakan perkataan wang atau mata wang

iaitu al-naqd atau al-nuqud secara lafaznya dalam mewakili maksud wang atau duit. Hal ini

demikian kerana, orang Arab umumnya tidak menggunakan perkataan nuqud untuk

menunjukkan harga. Mereka menggunakan perkataan dinar dan al-‘ain bagi mata wang yang

diperbuat daripada emas, perkataan dirham dan wariq bagi mata wang perak. Manakala

penggunaan perkataan fulus bagi menunjukkan mata wang tembaga sebagai unit pecahan

untuk barang-barang murah (Ahmad Hassan1999). Perkataan dinar, dirham dan wariq

masing-masing disebut sekali dalam al-Quran. Perkataan emas pula disebut sebanyak lapan

kali manakala perkataan perak disebut sebanyak enam kali. Walau bagaimanapun, sebutan

terhadap mata wang tersebut tidaklah secara khusus untuk untuk membincangkan tentang

konsep dan falsafah mata wang. Namun, secara umumnya dapat dirumuskan beberapa konsep

mata wang di dalam al-Quran berdasarkan pandangan ulama-ulama berkenaan ayat-ayat

tersebut (Kamaru Salam Yusof 2005).

Menurut pandagan Imam al-Ghazzali ada mengatakan:

“Allah menciptakan dinar dan dirham sebagai hakim perantara bagi seluruh harta sehingga

semua harta boleh diukur dengan keduanya. Dikatakan seekor unta bernilai 100 dinar, begitu

juga minyak za’farab bernilai 100 dinar. Kedua-duanya sama ukuran dan sama nilai” (al-

Ghazzali 1993)

Imam al-Ghazzali menjelaskan bahawa wang sebagai unit hitungan/akaun yang

digunakan untuk mengukur nilai barangan dan perkhidmatan. Ia juga berfungsi sebagai alat

perantara yang membantu dalam proses pertukaran barangan dan perkhidmatan (Ahmad

Page 2: Lmcp1552 Pembangunan Mapan dalam Islam

Hassan 1999). Selain itu, beliau menetapkan wang sebagai alat simpanan nilai kerana ia

terdiri daripada logam yang bernilai dan tahan lama.

Pada pandangan saya, dinar emas pada zaman moden kini tidak lagi digunakan. Hal

ini demikian kerana pada masa ini hanya sistem wang digunakan bagi urusan jual beli.

Tambahan itu, dinar emas tidak lagi digunakan kerana nilainya yang sangat tinggi. Dalam

pada masa yang sama juga penggunaan dinar emas pada masa kini tidak lagi relevan kerana

wang sahaja yang digunakan bagi tujuan pertukaran barang. Selain itu juga, nilai dinar emas

perlu dinisbahkan dengan tetap berbanding wang yang mempunyai nisbah yang tepat.

Dengan itu, dinar emas tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini kerana faktor peredaran

zaman.

Kesimpulannya, dinar emas dan dirham perak telah disebut penggunaannya pada

zaman Rasulullah s.a.w. Konsep asas matawang telah dijelaskan secara umum didalam al-

Quran iaitu sebagai unit matawang, alat perantaraan, alat simpanan nilai dan penggunaan

kaedah kiraan bilangan. Manakala hadis nabi merupakan penjelas kepada konsep umum yang

disebut dalam al-Quran. Hadis Nabi s.a.w menjadi tempat yang sesuai dan praktikal dalam

menjelaskan permasalahan wang dan matawang. Antara permasalahan yang disentuh oleh

hadis-hadis tersebut ialah bentuk matawang, kaedah kiraan matawang, keperluan menjaga

matawang, pengharaman riba dan kewajipan zakat. Selain itu, ulama’ Islam seperti Ibn

Khaldun, Imam al-Ghazzali, Abu `Ubaid, al-Kasani, Ibn Qayyim, Ibn Rusyd dan al-Syairazi

juga turut menyokong bahawa matawang emas dan perak menjadi neraca kepada nilaian

barangan dan perkhidmatan. Mereka telah menyatakannya dengan jelas dalam karya meraka

dan telah memberi perhatian yang khusus kepada sistem tukaran dengan berlandaskan

matawang emas dan perak. Para fuqaha’ menggunakan perkataan ‘dinar’, ‘dirham’ dan

‘fulus’ bagi menunjukkan jenis dan bentuk matawang

.