lawatan ke rumah warga emas

66
KERTAS KERJA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH WARGA EMAS QI EN ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING DENGAN KERJASAMA PANITIA MORAL SERTA PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 1.0 PENGENALAN Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara lansung atau tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran ditinggalkan oleh anak- anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu, sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka. Kami membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa kami sebagai seorang anak, agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan rasa sedikit keprihatian daripada masyarakat sekeliling. Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan mengambil cara-cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin mengalami masalah kesihatan dan emosi. Di samping itu, kehadiran kami di Rumah Warga Emas Qi En, Selangor adalah membawa sedikit ilmu yang ada pada kami kepada warga tua di sana dalam mencari erti kasih sayang dan menerima ketentuan Tuhan sebagai satu ujian 1

Upload: laikokling

Post on 19-Jan-2016

1.968 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

KERTAS KERJA

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE RUMAH WARGA EMAS QI EN

ANJURAN UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

DENGAN KERJASAMA PANITIA MORAL SERTA PANITIA SIVIK DAN

KEWARGANEGARAAN

1.0 PENGENALAN

Warga emas adalah insan yang banyak berjasa kepada kita secara lansung atau

tidak lansung dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berjaya dalam

bidang akademik. Mereka juga adalah insan-insan yang kesunyian lantaran

ditinggalkan oleh anak-anak yang begitu sibuk dalam mencari harta dunia. Oleh itu,

sewajarnya program ini dianjurkan oleh kami bagi menjejak kasih sayang warga tua

yang ditinggalkan oleh insan yang bernama anak dan bagi menghargai jasa mereka.

Kami membawa kasih sayang yang berada dalam jiwa kami sebagai seorang anak,

agar mereka dapat merasakan secebis kasih sayang daripada kami dan rasa sedikit

keprihatian daripada masyarakat sekeliling.

Selain itu, program ini dapat memberikan kepada kami sedikit input yang

berguna dalam memahami sifat-sifat warga tua dengan lebih mendalam dan

mengambil cara-cara terbaik dalam menguruskan warga tua yang mungkin

mengalami masalah kesihatan dan emosi. Di samping itu, kehadiran kami di Rumah

Warga Emas Qi En, Selangor adalah membawa sedikit ilmu yang ada pada kami

kepada warga tua di sana dalam mencari erti kasih sayang dan menerima ketentuan

Tuhan sebagai satu ujian untuk diri. Kami membawa diri kami dengan jiwa yang

ikhlas kerana kami sedar, kami perlu berkongsi kasih sayang agar insan lain juga

merasakan disayangi dan diambilberat.

  Anak-anak murid yang mengikuti lawatan ini akan berpeluang beramah mesra

dengan warga tua. Sehubungan ini, hubungan silaturahim yang terjalin antara anak

murid dan warga tua dapat membina ikatan yang erat dan mengurangkan sedikit

perasaaan terpinggir dalam diri warga-warga tua. Program ini dapat memberikan

impak yang besar terhadap anak murid agar timbul kesedaran untuk menyayangi

insan-insan lain, menghargai peluang muda yang hanya datang sekali dan belajar

1

Page 2: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

menghargai ibu bapa masing-masing. Selain itu, kehadiran murid sekolah kami di

sana dapat memberikan kesedaran kepada masyarakat sekeliling tentang

pentingnya   dalam memberi keprihatinan kepada warga tua dengan menghadiri

atau melawat mereka.

2.0 DEFINISI WARGA EMAS

Warga Emas (WE) merujuk kepada individu yang berumur sama atau melebihi

60 tahun dan ke atas seperti yang diterima pakai dalam United Nations World

Assembly on Ageing di Vienna (PBB, 1982) dan dalam kalangan negara-negara

ASEAN.

3.0 MATLAMAT

Matlamat utama pelaksanaan program dan aktiviti ialah;

3.1 Mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan

perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta

membangunkan persekitaran yang memboleh dan membantu supaya warga

emas hidup sejahtera dan produktif kepada negara.

3.2 Membudayakan nilai, sikap dan amalan saling menghormati, menghargai

serta menyayangi sesesama insan.

3.3 Memanfaatkan pengetahuan, kepakaran dan pengalaman warga emas bagi

meningkatkan kerohanian, sahsiah dan jati diri dalam kalangan murid dan

remaja.

3.4 Menggalakkan aktiviti kesukarelaan di pusat jagaan warga emas atau

kediaman warga emas di dalam kawasan penempatan murid dalam kalangan

warga sekolah.

3.5 Mempromosikan warga emas sebagai aset negara dan memupuk nilai

menghormati warga emas menerusi kempen menghormati warga emas.

4.0 OBJEKTIF

5.1 Menerapkan rasa simpati, empati, kasih sayang dan keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik dan terpinggir serta mengeratkan sillaturahim antara masyarakat tanpa mengira perbezaan umur.

2

Page 3: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

5.2 Mempelajari, mengetahui dan menghargai apa itu erti kasih sayang ibu bapa.

5.3 Memberikan secebis perasaan kasih sayang kepada semua masyarakat tanpa mengira pangkat dan darjat.

5.4 Membantu mereka yang susah dan mengurangkan kesedihan orang lain.

5.5 Murid-murid dapat mengaplikasi cara bersosial dengan masyarakat yang mana telah mereka pelajari di sekolah di samping meningkatkan kemahiran bersosial dalam diri para murid.

5.7 Membantu warga tua mengurangkan kesedihan yang mereka alami setelah

diabaikan dan dibuang oleh anak-anak mereka.

5.8 Dapat mengenali dengan lebih mendalam sifat-sifat warga tua agar dapat

mendidik diri para murid menjadi insan yang sayang akan warga tua .

6.0   TARIKH DAN HARI

21 September 2013 (Sabtu)

 

7.0   TEMPAT

        Rumah Warga Emas Qi En, Taman Setia Rawang, 48000 Rawang

        

8.0  JENIS KEGIATAN / PROGRAM

Beramah mesra dengan warga tua.

Membersihkan tempat tinggal warga tua.

Mengadakan aktiviti-aktiviti yang santai untuk warga tua bagi menggembirakan

hati mereka.

Makan bersama dan memberikan sedikit sumbangan kepada warga tua.

  9.0      PESERTA

13 orang murid SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

 

11.0      STRUKTUR ORGANISASI

Sila rujuk lampiran A

 

3

Page 4: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

12.0      ATURCARA PROGRAM

Sila rujuk lampiran B

13.0      ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran C

14.0 PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

14.1 Guru bertanggungjawab di atas keselamatan murid dan penggunaan alatan.

14.2 Murid mematuhi arahan dan mesti sentiasa bersama guru.

14.3 Sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku hendak disiasat dan

dilaporkan kepada pengetua/guru besar dengan segera.

14.4 Kenderaan yang digunakan untuk membawa pelajar hendaklah mematuhi

syarat-syarat Jabatan pengangkutan Jalan.

14.5 Memastikan ibu bapa/penjaga murid menandatangani surat kebenaran bagi

anak-anak mereka.

14.6 Memastikan keadaan kesihatan anak murid dalam keadaan baik sebelum

dibenarkan anak-anak mereka mengikuti rombongan ini.

15.0 LAIN-LAIN PERKARA

15.1 Pakaian

Murid sekolah yang mengikuti lawatan ini mestilah berpakaian baju sukan.

15.2 Tatasusila

Setiap murid yang mengikuti lawatan sambil belajar dikehendaki berkelakuan

baik semasa berada di luar sekolah demi menjaga nama baik sekolah.

 

16.0    PENUTUP

Diharapkan program ini dapat dijayakan dengan sebaik-baiknya dan para murid dan

guru mendapat impak yang positif. Semoga dengan penyertaan program ini, para

murid dan guru lebih sayang kepada masyarakat sekeliling, menghargai ibu bapa

mereka dan lebih menghargai masa muda yang mereka miliki pada saat ini.

4

Page 5: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Disediakan oleh,

 

 

LAI KOK LING

Penyelaras

Program Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En

 

 

Disemak oleh,

 

 

PN SOO LAI PIN

Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

 

Disokong oleh,

 

EN. TAN KEAN LONG

Penolong Kanan Ko-kurikulum

SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

Diluluskan oleh,

 

EN. TANG AH HAI

Guru Besar

SJK ( C ) Bukit Tangga, Bukit Beruntung, Rawang

5

Page 6: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

LAPORAN LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN

Pada 21 September 2013 yang lalu, Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama

Panitia Pendidikan Moral serta Panitia Sivik dan Kewarganegaraan SJK ( C ) Bukit Tangga,

Bukit Beruntung, Rawang telah mengadakan lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En.

Rumah tersebut merupakan tempat berlindung, berteduh dan bergantung bagi orang-orang

tua meneruskan kehidupan mereka pada usia senja. Lawatan itu disertai 

oleh 15 orang anak murid sekolah dan diketuai oleh empat orang guru. Tujuan lawatan ini

adalah untuk menyedari anak-anak murid dan para guru sendiri tentang nasib orang tua

yang disisihkan oleh masyarakat. 

Rombongan ini bertolak pada pukul 8.00 pagi dengan menaiki kereta guru. Lebih

kurang 40 minit perjalanan, kami tiba di pintu depan Rumah Warga Emas Qi En. Ketibaan

kami disambut oleh kakitangan rumah warga emas berkenaan. Pengurus Rumah Warga

Emas Qi En, Puan Zhen melahirkan rasa gembira dan bersyukur atas kunjungan yang

dilakukan. Kami dibawa ke bilik tetamu untuk mendengar taklimat tentang pengurusan

rumah warga tua berkenaan.

Setelah mendengar taklimat, kami diperkenalkan dengan 15 orang warga emas di

sini yang berumur antara 65 tahun hingga 92 tahun. Apabila melihat kedatangan kami,

wajah mereka kelihatan begitu ceria.

Seterusnya kami memulakan aktiviti-aktivit yang telah kami rancang sebelum ini.

Mula-mula, kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dalam menolong warga emas

membersihkan tempat tinggal mereka. Antaranya seperti mengemas bilik warga emas,

mencabut rumput, mencuci lantai dan sebagainya. Semua anak murid dan guru

menjalankan tugas dengan penuh bersemangat. 

Dalam pada itu, kami turut membuat persembahan yang menarik seperti menyanyi

dan bercerita kepada warga emas. Mereka kelihatan sangat gembira. Pada wajah mereka

terukirnya senyuman yang manis. Selepas persembahan, anak murid dan guru turut

menolong warga emas mengopek ikan bilis sambil berbual-bual dengan mereka. Terdapat

beberapa orang warga emas telah menceritakan kisah lalu mereka kepada anak murid dan

6

Page 7: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

guru. Mereka juga menasihati kami supaya menjadi manusia yang berakhlak mulia dan

sentiasa mengenang budi orang lain.

Sebelum berakhirnya lawatan, kami telah menjamu selera bersama warga tua di

sini. Dalam masa hampir 30 minit ini, kami berasa sungguh gembira kerana dapat berbual-

bual dengan mereka sambil makan tengah hari. Rasa gembira telah terukir di atas muka

warga tua di sini. Selepas makan, ketua guru mewakili kami memberikan sumbangan dan

wang saku kepada para warga emas. Sumbangan itu berupa barang-barang keperluan

harian mereka. Warga tua berasa terharu terhadap kami. 

Menjelang waktu tengah hari, dengan hati yang lara, kami pergi beredar

meninggalkan Rumah Warga Emas Qi En. Pilu hati kami semasa hendak berpisah dengan

penghuni rumah tersebut, setiap sayup pandangan mereka menampakkan kesedihan yang

mampu mengalirkan air mata. Walau bagaimanapun kami semua berasa gembira kerana

dapat mencurahkan bakti kepada mereka walaupun hanya seketika.

Lawatan itu sungguh berfaedah dan dapat memupuk anak-anak murid mahupun

guru sendiri tentang kasih sayang terhadap ibu bapa dan warga tua serta menghargai jasa

mereka kepada kita dan masyarakat. Selagi hayat mereka dikandung badan, selagi itulah

tuntutan menjaga dan memelihara orang tua kita masih lagi terpikul di bahu kita. Ingatlah,

walau segala cara pun kita berusaha membalas jasa mereka, tidak akan terbalas, walau

ditebus dengan gunung emas dan perak sekalipun.

Di akhir lawatan yang singkat tetapi amat bermakna ini, semoga anak-anak murid

dan para guru sendiri membuka pemikiran masing-masing betapa perlu dititikberatkan

kasih sayang dalam institusi kekeluargaan terutama kepada ibu bapa yang melahirkan,

membesarkan dan mendidik anak-anak sehingga dewasa dan berjaya dalam kehidupan.

Iktibar dan kisah-kisah sedih para penghuni Rumah Warga Emas Qi En menjadi pedoman

dan keinsafan supaya terpahat di minda untuk merenungi "dari mana, untuk apa dan

kemanakah kita di penghujung sebuah kehidupan ini. Harapan dan hasrat supaya tidak

diulangi kitaran hidup yang sama seperti kehidupan para penghuni rumah-rumah kebajikan

ini.

7

Page 8: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

SJK(C) Bukit Tangga,

48300 Bukit Beruntung,

Selangor Darul Ehsan.

En. Ismail bin Yusof Ruj.kami:Per PM/2013/1

Pegawai, Tarikh: 12 Ogos 2013

Pusat Pendidikan Daerah,

48300 Kuala Kubu Bharu,

Selangor Darul Ehsan.

Tuan,

Lawatan ke Rumah Warga Emas Qi En

Adalah saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Moral serta

Panitia Sivik dan Kewargenegaraan SJK (C) Bukit Tangga ingin mengadakan lawatan ke

Rumah Warga Emas Qi En yang terletak di Batu 16, Rawang pada 21 September.

Sehubungan dengan itu, saya memohon kebenaran pihak tuan agar kami dapat

menganjurkan lawatan tersebut. Kertas kerja berhubung perkara tersebut dilampirkan.

3. Tujuan lawatan ke rumah warga emas ini adalah untuk menjayakan Program Dasar

Warga Emas Negara (DWEN) yang disarankan. Di samping itu, ia bertujuan untuk

mendedahkan para murid tentang kepentingan sifat taat terhadap orang tua. Selain

daripada itu, nilai-nilai moral lain turut dapat dipupuk dalam kalangan anak-anak murid

melalui lawatan sebegini.

4. Dengan maklumnya, seramai 13 orang palajar SJK(C) Bukit Tangga menyertai lawatan

tersebut. Lawatan ini dibimbing oleh 4 orang guru. Senarai nama dan maklumat para guru

dan murid SJK(C) Bukit Tangga yang menyertai lawatan akan dilampirkan pada surat ini

untuk rujukan pihak sekolah.

5. Kami amat berbesar hati sekiranya pihak tuan meluluskan permohonan kami ini.

“Rakyat Didahulukan, Kepentingan Diutamakan”

8

Page 9: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………………

(Lai Kok Ling)

Penyelaras Unit Bimbingan dan Kaunseling

SJK (C) BUKIT TANGGA

Diluluskan oleh,

……………………………………………

( En. Tang Ah Hai )

Guru Besar

SJK (C) BUKIT TANGGA

9

Page 10: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

武 吉 丁 雅 华 文 学 校SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA) BUKIT TANGGA

JALAN KASTURI, BUKIT BERUNTUNG,48300 RAWANG, SELANGOR DARUL EHSAN

KOD SEKOLAH : BBC5024Alamat e-mail: [email protected]

________________________________________48300 Rawang,Selangor Darul Ehsan.

En Tang Ah Hai,Guru Besar,SJK ( C ) Bukit Tangga,Bukit Beruntung,48300 Rawang,Selangor Darul EHsan. ____________

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA

Saya _________________ (nama) ibu / bapa / penjaga kepada _______________ (nama murid), Tahun _________ membenarkan anak / anak jagaan saya menyertai ________________________________________________ pada ______________.

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telahpun memberi segala penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang lawatan tersebut diadakan. Lantaran itu, saya mengaku bahawa tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku kecederaan terhadap anak / anak jagaan saya semasa dalam perjalanan dan lawatan tersebut.

3. Saya memberi kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya untuk memberikan apa-apa pertolongan cemas atau perubatan kepada anak / anak jagaan saya jika didapati perlu.

Sekian, terima kasih.

_____________________

( )

No. KP …………………………..

No. Telefon………………………

LAMPIRAN A

10

Page 11: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

STRUKTUR ORGANISASI PROGRAM LAWATAN KE RUMAH WARGA EMAS QI EN

Penaung : Kementerian Pelajaran Malaysia

Pengarah : Jabatan Pelajaran Negeri

Penasihat : En Tang Ah Hai

Penyelaras : Pn Lai Kok Ling

Fotografi : Cik Lau Mei

Kecemasan : Cik Liew Siew Khien

Makanan : Cik Pau Chai Fong dan En Fedoh

LAMPIRAN B

ATURCARA PROGRAM LAWATAN MENJEJAK KASIH WARGA EMAS

(21 September 2013 , Sabtu)

 

Masa Aktiviti

7.30 pagi

8.00 pagi

8.40 pagi

8.50 pagi

9.00 pagi

9.30 pagi

12.00 tengah hari

1.00 tengah hari

1.30 petang

- Berkumpul di sekolah / pendaftaran

- Bersedia untuk bertolak ke Rumah Warga Emas Qi En

- Tiba di Rumah Warga Emas Qi En

- Diberi taklimat ringkas oleh pegawai yang bertugas

- Melawat sekitar kawasan rumah warga emas (tempat tidur,

tempat makan, tempat berisytirehat)

- Aktiviti-aktiviti bersama warga emas

- Makan tengah hari bersama warga emas

- Penyampaian sumbangan dan wang saku

- Bertolak balik ke sekolah

LAMPIRAN C

11

Page 12: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

PENDAPATAN

13.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 100.00

13.2 Derma Sukarela Daripada Guru RM 300.00

Jumlah RM 420.00

PERBELANJAAN

13.3 Bayaran Pengangkutan RM 60.00

13.4 Makanan ( 33 orang ) RM 130.00

13.5 Sumbangan RM 80.00

13.6 Wang Saku Untuk Warga Emas RM 150.00

Jumlah RM 420.00

TUGASAN 2

12

Page 13: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Moral berasal dari bahasa Latin moralitas yang bererti cara, perwatakan dan tingkah laku

yang diterima. Konsep moral membawa pengertian kesedaran tentang ajaran atau

pegangan berkenaan dengan baik buruk sesuatu perbuatan, sikap atau cara berkelakuan

yang sejajar dengan tatasusila dan peratuaran masyarakat. Oleh itu, konsep moral ini

merujuk kepada kawalan tingkah laku yang berlandaskan standard-standard yang dihayati

serta diamalkan oleh seseorang individu. Seseorang yang dikatakan memiliki tingkah laku

yang bermoral jika tingkah laku tersebut berdasarkan prinsip-prinsip atau

peraturanperaturan yang diterima.

Konsep moral merupakan aspek menyeru manusia supaya berbuat baik kepada

semua orang. Contohnya apabila kita melihat warga tua berdiri di dalam bas, kita

seharusnya bangun dan memberi tempat duduk tersebut kepada warga tua terbabit

sebagai lambang bahawa kita merupakan seorang yang mempunyai moral yang tinggi.

Selain itu, amalan tidak membuang sampah dan meludah di merata-merata tempat perlu

disemai dalam diri murid. Setiap guru mesti mengharapkan anak murid sendiri melakukan

yang terbaik untuk dirinya dan orang lain.

Sementara itu, agama dan moral sebenarnya harus diajar kepada kanak-kanak

sejak kecil sehinggalah mencapai peringkat “mumaiyis” iaitu berumur tujuh tahun. Dalam

lingkungan usia tujuh tahun kanak-kanak sudah mampu untuk membezakan antara perkara

membandingkan yang baik dengan perkara buruk, perbuatan yang baik dan perbuatan

yang jahat. Kolhberg (1970) misalnya menjelaskan moral adalah konsep di mana semua

manusia perlu berbuat baik sesama manusia. Maksudnya di sini adalah:

(a) Menjadi manusia yang baik di mata orang lain. Ini bermakna kita seharusnya menjadi

orang yang baik pada pandangan orang lain.

(b) Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat.

Pembentukan tingkah laku anak-anak adalah tanggungjawab ibu bapa kerana ibu

bapa yang akan menjadikan anaknya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Walaupun pepatah ini

menekankan peranan ibu bapa dalam pembentukan moral anak-anak namun peranan guru

juga penting kerana tempoh pelajar berada di sekolah adalah sebahagian hari. Oleh itu,

guru turut dipertanggungjawabkan untuk membimbing akhlak anak murid.

13

Page 14: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk memberikan pendedahan awal kepada

anak murid mahupun guru sendiri tentang warga tua yang tidak mempunyai tempat tinggal

dan sekaligus memupuk rasa kasih sayang dan hormat kami kepada warga tua.

Menyaksikan kehidupan sekumpulan warga tua yang menetap di rumah warga emas ini

benar-benar membuka minda tentang bagaimana pentingnya ibu-bapa dalam kehidupan

kita. Begitu menyayat hati melihat keadaan para ibu dan ayah yang kesunyian. Mereka

kesunyian akan perhatian dan belaian anak-anak, sanak saudara malahan cucu mereka.

Ada yang terlantar, ada yang sihat berjalan-jalan terbongkok-bongok, malah ramai yang

termenung jauh mengenang nasib hidup. Mengapalah mereka dihantar oleh sanak

saudara, bahkan oleh darah daging mereka dan sendirian menghadapi penghujung

nyawa? Benar kata pepatah, ibu mampu untuk menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh

orang anak belum mampu untuk menjaga seorang ibu. Besar harapan para guru agar

anak-anak murid ini kelak tidak akan menjadi salah seorang individu yang akan

menghantar ibu bapa mereka ke sini. Semoga anak murid kami akan mencurah bakti dan

kasih sayang mereka terhadap ibu bapa masing-masing sehinggalah ibu bapa mereka

menutup mata.

Perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk menjaga kebaikan orang lain

lebih daripada kepentingan diri sendiri telah diperlihatkan di dalam lawatan kali ini dalam

kalangan anak murid mahupun guru sendiri. Perlakuan ini selaras dengan prinsip altruisme

yang dikemukankan oleh pemikir-pemikir Pendidikan Moral. Mereka mengatakan bahawa

dalam prinsip alturisme ini, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan

orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut

akan  lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas

kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.  

Di samping itu, amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi daripada

kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau dalam belukar

melepaskan pucuk masing-masing. Lantarannya, melalui penerapan nilai ini dalam

kalangan anak murid dapat mewujudkan suasana masyarakat yang hormani.

Sebenarnya guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam

proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan

profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan

masyarakat. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan

14

Page 15: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa

dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya

dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri

Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9. Guru juga berperanan besar membentuk anak

murid menjadi insan yang mempunyai nilai-nilai dan jati diri yang tinggi serta bermoral.

Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para

guru adalah bersandarkan tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi.

Selain itu, mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah

juga masyarakat. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai–nilai

murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama.

Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di

kalangan anak murid. Jika dilihat, kita telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran

dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh dilanggari.

Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi

mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara. Sikap

toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam

masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional. Prinsip utama seorang guru yang

cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladani

adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu

menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah

kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu

pengetahuan dan menjadikannya sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan

memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan

ikhlas.

Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, guru berperanan untuk

mengembangkan potensi insan yang berakhlak mulia, seimbang dari segi intelektual,

rohani, emosi dan jasmani (JERI). Guru mengajarkan adab dan budi pekerti. Dalam hal ini,

guru haruslah memastikan yang adab dan budi pekertinya adalah di tahap yang cemerlang.

Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-murid dan masyarakat

sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam mengajar anaknya berjalan betul.

Di samping itu, guru bukan sahaja perlu mengajar nilai-nilai murni tetapi mesti

mengamalkan nilai-nilai murni tersebut. Antara nilai murni yang perlu ada pada seorang

15

Page 16: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

guru adalah sifat daya tahan dan tidak mudah menyerah kalah. Sifat yang demikian akan

menjadikan guru lebih bermotivasi, kreatif dan inovatif. Guru seperti ini sentiasa berfikiran

“Jika tidak boleh melalui satu pintu, saya akan keluar mengikut pintu lain atau saya buat

pintu lain. Sesuatu yang saya mahu akan jadi , sama ada dalam gelap atau dalam terang”.

Sikap inilah yang boleh menjadikan martabat guru dijulang tinggi dan terus berusaha tanpa

mengira jemu dan putus asa terutama dalam mendidik generasi akan datang.

Sementara itu, adalah menjadi tanggungjawab bersama antara komuniti guru dan

anggota masyarakat dalam membentuk pelajar supaya mempunyai jati diri dan kaya

dengan nilai-nilai moral sejajar dengan Falsafah Pendidikan Malaysia iaitu ’Pendidikan di

Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu

secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

masyarakat dan negara’. 

Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti

berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai ketimuran

dapat dipupuk kepada setiap anak murid awal-awal lagi. Ini juga amat berkait rapat dengan

hasrat kerajaan untuk menjadikan “Budi Bahasa Budaya Kita” yang boleh direalisasikan

melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral. Untuk itu, peranan

Guru Pendidikan Moral adalah amat penting dalam melahirkan insan yang bermoral dan

berakhlak mulia. 

Menurut modul Pendidikan Moral Tahun 4 telah menyatakan insan bermoral

merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral merujuk kepada individu

yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh sesebuah masyarakat. Perlakuan

seseorang individu itu biasanya menggambarkan bentuk atau sifat pemikirannya terhadap

perlakuan tersebut. Insan yang bermoral adalah individu yang mempunyai niat yang baik

dan dijelmakan dengan perbuatan yang baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral

tidak akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana

16

Page 17: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

perbuatan yang tidak bermoral itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam

sesebuah masyarakat.

Di samping itu, insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni

berasaskan kepada dimensi dan pegangan prinsip moralnya. Kekuatan untuk mengamal

dan mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi

faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai

murni yang diperoleh dalam pendidikan moral, sama ada secara formal atau tidak, akan

dapat mewujudkan satu masyarakat yang bermoral tinggi. Amalan nilai murni suatu

masyarakat itu bermula dari diri individu itu sendiri. Dengan perkataan lain, penaakulan

moral bagi seseorang individu itu adalah berdasarkan kepada pemikiran yang bebas dan

rasional yang mana penekanan utamanya ialah memahami tentang nilai-nilai moral dan

bertindak atau menunjukkan tingkah laku yang berasaskan nilai-nilai murni yang diterima

dalam sesebuah masyarakat. Contohnya dengan memahami nilai-nilai seperti menghormati

ibu bapa, kasih sayang, mengenang jasa, baik hati dan semangat bermasyarakat, maka

pihak sekolah dan guru menggalakkan anak-anak murid menyertai aktiviti kesukarelaan di

pusat jagaan warga emas, membudayakan penglibatan warga emas dalam aktiviti sekolah

dan sebagainya. Melalui aktiviti sebegini, nilai-nilai moral dapat dipupuk dan diperlihatkan

pada diri anak murid.

Nilai Yang Boleh Diterapkan Dalam Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Nilai-nilai murni merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala

tindakan mereka tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam

masyarakat. Nilai-nilai murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi

merealisikan misi nasional negara. Sejajar dengan itu, subjek Pendidikan Moral dan

Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-sekolah untuk membentuk generasi muda yang

sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Selain itu, ibu bapa juga

perlu memainkan peranan penting untuk memastikan wujudnya nilai-nilai murni dalam diri

anak-anak mereka.

Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang berakhlak

mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban dan

agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi

jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta

17

Page 18: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

orang, jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka

akan menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-

nilai murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia.

Selain itu, perlu adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk

masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat

membentuk insan mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Di

peringkat sekolah, didikan moral yang positif dan nilai murni yang diterapkan oleh guru,

akan dapat mengelakkan diri pelajar daripada terjebak dalam pelbagai pengaruh negatif

luar yang tidak memberikan apa-apa faedah dan manfaat. Bekas Perdana Menteri, Tun Sri

Dr. Mahathir Mohamad memperkenalkan subjek Pendidikan Moral di peringkat sekolah

rendah dan sekolah menengah adalah bertujuan memupuk nilai-nilai murni remaja sejak di

bangku sekolah. Hal ini demikian kerana negara memerlukan generasi yang

berpengetahuan, berwibawa dan berwawasan, berdisiplin, hemah tinggi, dedikasi,

berfikiran luas serta positif.

Guru-guru dan keadaan sekolah yang kondusif boleh membantu para pelajar untuk

mewujudkan nilai murni dalam diri mereka. Kewujudan nilai-nilai murni ini dapat melahirkan

pelajar yang cemerlang bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga bidang

kokurikulum. Sebagai contohnya, guru-guru yang menunjukkan sikap positif boleh menjadi

role model kepada para pelajar. Tambahan pula, keadaan sekolah yang kondusif dan

lengkap dengan kemudahan pembelajaran dapat memudahkan para pelajar belajar dan

seterusnya dapat memupuk sikap posif dalam diri mereka. Begitulah caranya sekolah

dapat membantu para pelajarnya menjadi seorang yang memiliki nila-nilai murni dalam diri

mereka.

A) Menghormati dan Mengenang Budi Ibu Bapa dan Orang Tua

Amalan ini merupakan tanda menghargai golongan tua terutama sekali kedua ibu

bapa kita yang banyak berjasa dan berkorban demi mewujudkan keadaan hidup yang

bahagia dan selesa untuk seisi keluarga. Segala jasa dan pengorbanan yang mereka

curahkan sejak kita dalam kandungan lagi itu begitu besar dan tidak ternilai harganya.

Kedua ibu bapa  mencari nafkah, mengasuh dan mendidik kita sejak kecil sehingga

dewasa. Mereka sanggup mengorbankan kepentingan diri dan mengharungi pelbagai

cabaran demi masa depan anak-anak dan keluarga. Malah dalam keadaan tertentu,

seorang ibu boleh menjaga dan mengasuh ramai anak. Tetapi mengapa sejak akhir-

18

Page 19: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

akhir ini ramai anak sukar atau keberatan menjaga seorang ibu atau bapa yang sudah

berusia?

Lebih menyedihkan adalah perkembangan terkini menunjukkan bahawa sikap

mengabaikan tanggungjawab terhadap orang tua termasuk ibu bapa semakin banyak

berlaku dalam masyarakat. Ramai golongan tua yang terbiar dan tak kurang pula yang

dihantar ke rumah-rumah kebajikan. Malah terdapat anak yang sanggup mendera dan

mencederakan orang tuanya disebabkan wang atau harta.

Demi mengelakkan perkara ini berleluasa, maka berharaplah melalui lawatan kali

ini membolehkan anak murid mahupun para guru sendiri sentiasa mengingati bahawa

sebagai anak, kita  perlu sedari mulai saat ini bahawa menghormati, mentaati dan

berbuat baik kepada orang tua terutama sekali kedua ibu bapa kita adalah amalan

yang wajib dan mulia yang harus berterusan. Menghormati dan berbuat baik kepada

mereka bukan setakat memberi wang ringgit semata-mata. Apa yang lebih utama dan

sewajarnya diberikan tumpuan ialah hubungan kasih sayang dan silaturahim yang erat

melalui penjagaan serta pemeliharaan yang sempurna dalam apa jua keadaan dan

suasananya. Ini perlu diambil berat memandangkan tempat terbaik bagi warga emas

atau ibu bapa yang telah tua adalah bersama keluarganya iaitu anak-anaknya.

Tambahan pula, anak-anak merupakan sumber penenang jiwa, kasih sayang di

samping merupakan orang yang terdekat dan sepatutnya membantu mereka dalam 

keadaan-keadaan tertentu. 

Di samping itu, anak harus sentiasa menghargai jasa ibu bapa mereka. Nilai

kesyukuran perlu ada pada setiap insan. Kata orang yang bijak pandai, “orang yang

bersyukur ialah manusia yang bahagia kerana dapat menikmati segala kurniaan-

Nya.” Rentetan daripada itu, setiap anak perlu menghargai segala nikmat yang

diperoleh. Mereka perlu mengenang jasa ibu bapa seperti peribahasa, “hutang emas

boleh dibayar, hutang budi dibawa mati”. Untuk berterima kasih kepada ibu bapa yang

mengasuh, membimbing dan mendidik kita, sebagai anak, kita harus taat dan hormat

kepada mereka. Ketika hari jadi ibu bapa, anak boleh membuat kad hari jadi kepada

mereka. Anak boleh membeli hadiah kepada ibu bapa dengan wang saku. Kad yang

berharga satu dua ringgit itu membawa makna yang tidak ternilai kepada penerima

kerana anak itu sedar akan kesusahan dan pengorbanan ibu bapa mereka. Ketika Hari

19

Page 20: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Bapa atau Hari Ibu, adik-beradik boleh menyediakan hidangan yang disukai oleh ibu

bapa untuk mengambil hati mereka dan berusaha membahagiakan mereka.

B) Keikhlasan Dalam Melakukan Kerja Amal

Kerja amal yang dilakukan oleh anak-anak murid dan para guru pada kali ini

merupakan tindakan yang ikhlas. Ia dilakukan secara sukarela kerana mengambil berat

terhadap kebajikan warga tua di situ. Ia turut berasaskan agama dan kepercayaan

untuk melakukan sesuatu yang baik dengan membantu dari segi tenaga, kewangan

dan kebendaan. Kerja amal merupakan suatu bentuk sokongan sosial yang amat

diperlukan dan dihargai oleh semua lapisan masyarakat pada bila-bila masa. Kami rasa

lebih seronok apabila dapat melakukan kerja seperti ini, apatah lagi melihat mereka

yang memerlukan juga gembira dengan kehadiran kami.

Kita tidak sepatutnya membiarkan ego kita atau sikap mementingkan diri sendiri

menghalang dari memberi bantuan kepada orang yang memerlukan. Jika hari ini kita

kedekut untuk memberi pertolongan, mungkin esok ketika kita betul-betul memerlukan

bantuan, tiada siapa yang sudi membantu kita. Sekiranya hari ini kita dengan ikhlas

menghulurkan bantuan, mungkin esok ramai yang akan menghulurkan tangan ketika

kita susah. Jadilah seorang yang prihatin terhadap situasi sekeliling. Jangan jadi seperti

enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing. Sekiranya kita menyedari

bahawa ada teman atau orang yang dalam kesusahan, biarlah kita terlebih dahulu yang

menawarkan bantuan. Ada orang yang malu untuk meminta bantuan dan mungkin juga

mereka tidak suka menyusahkan orang lain. Sekiranya kita sendiri yang menawarkan

diri untuk menolong, sudah tentu mereka akan berbesar hati. Berharaplah kita dapat

membantu orang yang memerlukan pertolongan kita dengan hati yang ikhlas.

C) Bekerjasama

Semangat kerjasama merupakan salah satu elemen penting dan vital yang membantu

melahirkan anggota masyarakat yang harmoni, mempunyai jati diri dan  semangat cinta

akan negara . Dengan itu, peranan sekolah amat penting dalam memupuk semangat

kerjasama kepada murid-murid di sekolah. Misalnya, melalui pengajaran dan

pembelajaran para guru boleh membimbing murid-murid tentang kepentingan semangat

bekerjasama. Keadaan ini dapat dilihat melalui lawatan kami ke rumah warga tua ini

baru-baru ini. Semangat bekerjasama ini telah diterapkan dalam kalangan anak-anak

20

Page 21: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

murid dan para guru semasa membersihkan sekitar rumah orang tua bersama-sama. Di

samping itu, pelbagai aktiviti seperti gotong-royong membersihkan kawasan sekolah,

mengemas dan menceriakan bilik darjah, menghias sekolah dengan jalur gemilang

sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan sebagainya juga dapat

diimplimentasikan.   Hal ini jelas menunjukkan keharmonian kehidupan rakyat Malaysia

melalui semangat bekerjasama yang diterapkan di peringkat sekolah ibarat melentur

buluh biarlah dari rebungnya membolehkan keharmonian masyarakat terbentuk.

Lantarannya, semangat bekerjasama bukan sahaja penting dalam mengekalkan

suasana harmoni dalam kalangan rakyat di negara kita malah sumbangannya cukup

besar terutamanya bagi memastikan Malaysia terus cemerlang dan mampu berdaya

saing pada masa akan datang kerana  rakyatnya yang bersahsiah terpuji bagi

melahirkan modal insan berminda kelas pertama yang dapat memacu negara tercinta

ke arah kegemilangan di puncak jagat.

D) Bertanggungjawab dan Prihatin Terhadap Warga Tua

Salah satu peranan yang prioriti anak untuk menjamin kebahagiaan keluarga adalah

bersahsiah mulia dan berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana tingkah laku anak yang

sopan dapat melegakan ibu bapa yang menghadapi pelbagai persaingan dalam kerjaya

mereka. Sehubungan dengan itu, setiap anak perlu sentiasa bertutur dengan lemah

lembut dan berhemah tinggi untuk melayani ibu bapa mereka. Kita tidak patut

bertengkar dengan adik-beradik sehingga merisaukan orang tua kita. Sebagai jantung

hati ibu bapa, anak hendaklah bersalam kepada orang tua dan mesti meminta

kebenaran daripada mereka sebelum membuat sesuatu keputusan. Kata-kata hikmat

harus sentiasa tertanam dalam bibir anak, seperti “ terima kasih”, “maafkan saya”,

“bolehkah saya”, “tolong” dan lain-lain lagi. Segala penat lelah ibu bapa akan reda

ketika menghadapi anak mereka yang berperangai murni. Tegasnya, tingkah laku anak

yang berjati diri dan berbudi bahasa dapat meningkatkan keharmonian dalam rumah.

Maka, lawatan kami kali ini sedikit sebanyak telah memberi iktibar kepada anak-anak

murid dan para guru supaya bersopan santun dan prihatin terhadap ibu bapa yang kita

sayangi.

Selain itu, anak perlu mendukung tanggungjawab untuk meringankan beban ibu

bapa dengan melakukan kerja rumah tangga. Pada alaf baru yang sentiasa

21

Page 22: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

berkompetitif, kebanyakan ibu telah bekerja di luar di samping memainkan peranan

sebagai suri rumah tangga. Senario ini menyebabkan mereka sentiasa menghadapi

lambakan kerja yang tidak pernah habis. Sebagai anak yang bertimbang rasa, kita juga

patut melakukan kerja-kerja rumah tangga untuk meringankan beban ibu yang

disayangi. Sebagai contoh, semasa melawat ke rumah warga tua ini, anak-anak murid

telah mempelajari melakukan kerja-kerja seperti menyapu rantai, mengelap tingkap,

mencuci longgang, membersihkan halaman rumah dan sebagainya. Semangat berat

sama dipikul, ringan sama dijinjing harus diamalkan antara ahli keluarga. Dengan

demikian, anak yang sanggup melakukan kerja-kerja rumah tangga dapat meningkatkan

kualiti kesejahteraan keluarga.

Seterusnya, anak yang bertanggungjawab dan prihatin hendaklah berdisiplin dan

menjauhi kegiatan yang negatif. Sejak kebelakangan ini, ibu bapa sentiasa gelisah dan

risau akan anak mereka yang terlibat dalam pelbagai kemelut sosial seperti vandalisme,

melepak, merokok bahkan menagih dadah. Demi menjauhi kemelut sosial ini, ibu bapa

atau pihak sekolah boleh menggalakkan anak murid melakukan sesuatu yang boleh

membawa kebaikan kepada masyarakat misalnya dengan cara melawat ke rumah

orang tua dan rumah anak yatim piatu. Aktiviti ini dapat memupuk nilai kerjasama,

prihatin, sayang akan warga tua dan sebagainya. Paling penting ialah aktiviti sebegini

membolehkan anak murid dapat menggunakan masa dengan baik dan tidak terlibat

dalam kemelut sosial yang lain. Seandainya anak dapat mengamalkan prinsip yang baik

dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan, mereka pasti dapat melepaskan diri

daripada kepompong sindrom sosial. Lantarannya, perselisihan dalam keluarga pasti

dapat diminimumkan.

Secara kesimpulan, anak memainkan peranan yang penting untuk

membahagiakan keluarga mereka. Anak yang bersopan, bertanggungjawab, berdisiplin,

rajin dan menghargai jasa ibu bapa dapat membahagiakan ahli keluarganya. Walau

bagaimanapun, setiap anggot keluarga perlu bermuafakat seperti peribasasa, “bulat air

kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” untuk mewujudkan institusi

kekeluargaan yang utuh dan sejahtera. Atas persefahaman dan kerjasama setiap

anggota keluarga, progaram “Rumahku, Syurgaku” dan “Semakin Hari Semakin

Sayang” baru dapat direalisasikan. Maka, berharaplah aktiviti melawat ke warga emas

dapat membuka minda anak-anak supaya melaksanakan tanggungjawab sebagai

22

Page 23: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

seorang anak yang menghormati, sayang, bersopan, prihatin terhadap kedua ibu bapa

dan warga tua yang telah banyak berkorban atau berjasa kepada kita.

E) Memupuk Semangat Kesukarelaan

Menurut Kamus Dewan, sukarela bermakna dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-

paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati. Manakala kesukarelaan membawa makna

sikap sukarela. Jadi, kesukarelaan dapat dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu

dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa atau dikerah, dengan niat yang ikhlas dan tidak

mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Dalam masyarakat tradisional, kesukarelaan antara lain dicerminkan konsep gotong-

royong, dipraktikkan dalam kehidupan masyarakat penyayang dan prihatin, seperti

dalam kenduri-kendara, turun ke sawah, menguruskan sakit pening dan kematian,

memindahkan rumah dan sebagainya. Namun demikian, kesukarelaan telah

mengalami pengembangannya yang tersendiri. Kini, ia menyerlah dalam pelbagai

bentuk. Daripada kerja-kerja sukarela secara sendirian kepada secara kumpulan.

Daripada organisasi tidak formal kepada organisasi formal. Daripada peringkat

kampung hingga peringkat kebangsaan.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, aktiviti sukarelawan

membolehkan rakyat di negara ini mempromosikan sikap bertanggungjawab,

berdisiplin, bekerjasama, cintakan negara, prihatin kepada persekitaran, kerja secara

gotong-royong, kesederhanaan, bersopan-santun dan berbudi bahasa serta rendah

hati. Jadi, berharaplah melalui lawatan ini dapat memupuk semangat sukarelaan dalam

kalangan anak murid dan para guru dan seterusnya dapat meneruskan semangat ini

dalam apa jua keadaan yang memerlukan.

F) Kasih Sayang

Sebagai anak, kita haruslah mentaati ibu bapa dan menunjukkan kasih sayang kita

kepada mereka. Pada pandangan saya, cara yang paling penting untuk kita mentaati

ibu bapa ialah mencurahkan kasih sayang kita kepada ibu bapa sebagaimana mereka

pernah menumpahkan kasih sayang dan menatang kita bagai minyak yang penuh.

Sebagai contoh, kita bolehlah berbual-bual dengan ibu bapa, menghiburkan hati mereka

dan membawa mereka melancong ke luar negara. Walaupun sesetengah anak sibuk

dengan pekerjaan, tetapi sewajarnya mereka meluangkan masa untuk menemani ibu

23

Page 24: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

bapa. Dengan berbuat demikian, kedua-dua ibu bapa akan berasa gembira dan tidak

berasa diabaikan oleh anak-anak. Keadaan ini boleh dilihat semasa kami melawat ke

Rumah Warga Emas Qi En. Warga tua di sana berasa begitu gembira atas kedatangan

kami. Mereka begitu berharap agar kami merupakan anak mereka sendiri. Mereka

begitu berharap supaya mereka dapat berbual-bual dengan kami. Selain itu, seseorang

anak juga perlu sentiasa mentaati dan mendengar kata dan arahan ibu bapa. Hal ini

kerana setiap kata-kata ataupun leteran ibu bapa kepada anak adalah untuk kebaikan.

Sebagai insan yang lebih banyak makan garam, pastinya mereka telah mengharungi

pelbagai cabaran yang belum kita tempohi. Perasaan orang tua sememangnya amat

sensitif. Mereka perlu dibelai dan sentiasa diberi perhatian. Cuba untuk menunaikan

setiap permintaan mereka tentu sekali dapat menggembirakan hati dan menyenangkan

perasaan mereka.

Kesimpulan

Daripada 26 juta rakyat Malaysia, tujuh peratus atau 1.75 juta adalah warga tua atau warga

emas. Mereka yang berumur 60 tahun ke atas dikategorikan sebagai warga emas.

Mengikut definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), warga emas adalah di

kalangan mereka berusia 65 tahun ke atas. Warga emas menjadi sebahagian aset penting

negara dan kehadiran mereka wajar dimanfaatkan. Kelebihan yang ada pada mereka ialah

mampu memberi sumbangan kepada agama dan negara, terutama membabitkan aspek

pembangunan diri, keluarga dan masyarakat. Di samping itu, pengalaman dan kepakaran

dimiliki oleh warga emas tidak ada nilainya walaupun kemungkinan dari segi teorinya.

Justeru, generasi muda jangan bersifat bongkak dan sombong apabila berdepan warga

emas.

Hormatilah warga tua sekarang kalau kita minta dihormati apabila kita menjadi tua

nanti. Hidup di dunia ini bagai satu roda yang berpusing kerana yang muda tidak akan

muda selama-lamanya. Oleh itu, golongan muda jangan alpa ketika meniti kehidupan pada

usia puncak yang menyeronokkan. Di tambah pula, warga emas dianggap aset penting

negara dan hakikat ini tidak boleh ditolak, sebaliknya perlu dimanfaatkan. Walaupun sudah

semakin berusia, sumbangan bagi pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara

menerusi pengalaman, kepakaran serta kemampuan boleh terus dihulurkan. Ini adalah

kerana golongan ini memang kaya dengan pelbagai pengalaman yang diperoleh dan

dipupuk melalui pendidikan awal, hidup berkeluarga, berkerjaya dan bersosial.

24

Page 25: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Sememangnya perhatian terhadap warga emas adalah satu kewajipan yang tidak boleh

diabaikan, yang akan menjadikan kita sebagai orang yang mengenang budi; yang akan

menjadikan harapan sepanjang zaman. Tanpa mereka, hidup kita mungkin menjadi sia-sia

kerana restu dan reda mereka akan menjadi sebahagian keberkatan dan kerahmatan

Tuhan terhadap kita. Maka, dengan apa daya sekalipun kita hendaklah berusaha untuk

menjaga hati mereka di samping memberi bantuan moral dan kewangan. Hendaknya kita

melakukan yang terbaik untuk mereka ketika mereka melalui sisa-sisa hidup yang sedikit

berbaki itu. Biarlah kasih sayang yang dicurahkan kepada warga tua dirasai mereka

dengan sempurna. Jangan sesekali mengabaikan dan mensia-siakan mereka.

25

Page 26: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

TUGASAN 3

Konsep Sosialisasi 

Menurut Kamus Dewan, Sosial boleh didefinisikan sebagai kegiatan manusia dalam

masyarakat melalui pengalaman dan aktiviti. Sosiologi pula didefinisikan sebagai ilmu

kemasyarakatan iaitu ilmu mengenai sifat dan pertumbuhan masyarakat. Ia merujuk

kepada suatu bidang ilmu pengetahuan moden yang menghubungkan sosiologi dengan

”masyarakat”. Selain itu, sosialisasi juga boleh ditakrifkan sebagai satu proses mempelajari

peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Di samping

itu Ia juga merupakan proses pembelajaran yang berterusan sepanjang hayat. Konsep

sosialisasi mengkehendaki seseorang individu mempelajari dan menerima nilai, sikap,

kemahiran dan peranan yang dapat membentuk personalitinya dan menyatukannya ke

dalam kelompok masyarakat. Dengan erti kata lain, sosialisasi adalah sebuah proses

seumur hidup yang berkenaan dengan bagaimana individu mempelajari cara-cara hidup,

norma, dan nilai sosial yang terdapat dalam kelompoknya agar dapat berkembang menjadi

peribadi yang dapat diterima oleh kelompoknya. Menurut Charlotte Buhler misalnya

sosialisasi adalah proses individu-individu yang belajar dan menyesuaikan diri. Peter

Berger pula menyatakan bahawa sosialisasi adalah suatu proses di mana seseorang anak

belajar menjadi seseorang anggota yang mengambil bahagian dalam masyarakat.

Manakala Bruce J. Cohen pula menyimpulkan sosialisasi adalah proses manusia

mempelajari tata cara kehidupan dalam masyarakat.

Sosialisasi dapat dibahagikan kepada dua iaitu sosialisasi primer dan sosialisasi

sekunder;

Sosialisasi primer berlaku pada zaman awal kanak-kanak yang baru cuba mempelajari

konsep kendiri, personaliti, kemahiran, motor, penaakulan dan kemahiran bahasa. Di

peringkat ini, ibu bapa dan ahli keluarga perlu membentuk sahsiah yang betul kerana

pada usia ini, anak-anak mudah menerima dan mempelajari. Nilai-nilai positif ini yang

menentukan tingkahlakunya kelak dalam membuat pertimbangan. Sebagai contoh, sejak

Ahmad kecil, ibunya selalu mengajarkan bagaimana bersikap sopan santun kepada

orang yang lebih tua dan juga selalu mengajarkan dia menggunakan tangan kanan saat

makan dan menerima pemberian dari orang lain.

Sosialisasi sekunder pula berlaku di luar keluarga. Budaya dipindahkan kepada

individu oleh agen-agen seperti rakan sebaya, sekolah, media massa dan juga

persatuan. Apabila seseorang berhadapan dengan sesuatu yang baharu di suasana

26

Page 27: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

yang baharu, dia perlu menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Individu tersebut

perlu memilih peranan yang bersesuaian dengan dirinya. Individu haruslah dapat

membuat pertimbangan yang sesuai dengan suasana baharunya. 

Sosialisasi represif merupakan suatu bentuk sosialisasi yang bakal membawa kepada

hukuman dan pemberian sesuatu ganjaran. Dalam sosialisasi ini, seseorang yang dapat

menuruti kemahuan dari orang lain akan mendapatkan ganjaran yang berbentuk

kebendaan mahupun bukan kebendaan. Sebaliknya, jika seseorang tersebut tidak dapat

menuruti kemahuan dari orang lain maka dia akan mendapatkan sesuatu hukuman.

Sebagai contoh, ibu ingin anaknya dapat hidup berdisiplin dan taat kepada aturan-aturan

yang telah ditetapkannya. Jika anak tersebut melanggar aturannya, ibu akan memarahi

bahkan memukul anaknya setiap kali tidak taat dan berdisiplin.

Tujuan Sosialisasi

Membentuk pola perilaku dan keperibadian individu berdasarkan nilai dan norma

sesuatu masyarakat.

Mewariskan nilai dan norma kepada generasi baharu.

Membantu individu untuk mengenal lingkungan sekitar (adaptasi)

Memberikan pengetahuan yang berhubungan dengan nilai dan norma yang harus

dipelajari, diinteralisasi serta dilakukan oleh individu.

Menjaga hubungan sosial yang ditunjukkan dengan adanya integrasi dalam masyarakat.

 Mencegah terjadinya perilaku menyimpang yang akan dilakukan oleh seseorang atau

sebagai dasar pengendalian sosial.

Sekolah Sebagai Agen Sosialisasi Dalam Pembentukan Moral Dan Akhlak Murid

Sekolah atau dengan erti kata lain ialah tempat untuk mendapat pendidikan secara

formal. Pendidikan sekolah adalah bertujuan supaya anak-anak mempelajari sesuatu yang

baharu yang belum dipelajari dalam keluarga mahupun kelompok bermain seperti

kemampuan membaca, menulis dan menghitung. Pendidikan dianggap sebagai proses

membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif.

Sekolah juga ialah tempat untuk mendapat latihan untuk memberi kemahiran teknikal dan

kegiatan psikomotor. Oleh itu, peranan sekolah ialah untuk memberi peluang kepada

manusia, khasnya generasi muda, untuk menguasai berbagai-bagai ilmu pengetahuan dan

kemahiran yang difikirkan sesuai untuk menyesuaikan diri dalam perkembangan

masyarakat dan kehidupan harian.

27

Page 28: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Maka fungsi sekolah sebagai medium sosialisasi antara lain adalah untuk mengenali

dan mengembangkan karakteristik diri (bakat, minat dan kemampuan), melestarikan

kebudayaan, merangsang peranan demokrasi melalui pengajaran keterampilan berbicara

dan pengembangan kemampuan berfikir kritis, kreatif, rasional dan objektif dan untuk

mengembangkan kemampuan menyesuaikan diri anak-anak.

Selain itu, di sekolah, guru bertanggungjawab mensosialisasikan muridnya. Guru

merupakan role model kepada murid-muridnya. Selain memberi pendidikan formal seperi

belajar membaca, menulis dan mengira, guru juga bertanggungjawab dalam membentuk

peribadi muridnya supaya menjadi insan yang sempurna dan terbaik. Guru perlu menjaga

tutur kata dan perilaku semasa berada dalam lingkungan muridnya supaya perilakunya

boleh diambil sebagi contoh yang terbaik. Ini adalah kerana pendidikan mementingkan

perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan

kehendak masyarakat. Justeru itu, pendidikan memainkan peranan dalam mengekalkan

corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial. Misalnya,

perkara-perkara yang  berkaitan dengan moral seperti budi bahasa, sopan santun dan sifat

hormat-menghormati biasanya dipelajari di sekolah.  Selain daripada mendidik berkaitan

dengan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh kementerian, guru juga seharusnya

menerapkan norma dan nilai sosial yang baik kepada muridnya. Nilai yang diterapkan

diharapkan dapat membantu muridnya bersosialisasi dengan lebih baik dalam

masyarakatnya. Guru juga diibaratkan sebagai seorang ayah dan ibu di sekolah, justeru

guru yang cemerlang adalah guru yang mampu memberikan mutiara ilmu dan menjadi

contoh teladan yang baik untuk murid-muridnya serta mampu untuk membimbing muridnya

ke jalan yang direstui oleh norma masyarakat.

Sehubungan dengan itu, pendidikan di sekolah bukan hanya menyampaikan ilmu

pengetahuan semata-mata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna

dan memetuhi peraturan masyarakat. Oleh itu, guru di sekolah perlu memainkan peranan

sebagai  agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut

arus perkembangan masa kini.

Kesimpulannya, sekolah sememangnya antara agen sosialisasi. Kewujudannya

pada hakikatnya memberikan faedah yang cukup banyak kepada masyarakat sekitarnya.

Perlu difahami, sekolah bukan hanya tempat menuntut ilmu, bahkan adalah satu institusi

28

Page 29: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

yang mampu membentuk insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak

mulia, bertanggungjawab, dam berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan keluarga

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara seperti apa yang tercakup dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) negara

kita.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Tahun 2 Di Sekolah Jenis Kebangsaan

Era baru dalam pembentukan sahsiah golongan ini terpapar di hadapan mata kita. Era baru

sahsiah golongan pelajar dan remaja kita yang dulunya pasif, malangnya bukan berubah

atau bertukar menjadi manusia yang aktif malah memaparkan model kerosakan dan

keruntuhan moral yang semakin menjadi-jadi sehingga mengancam masa depan Negara.

Di manakah silapnya? Salahkah para guru mengasuh dan mendidik benih-benih muda ini?

Atau adakah Dasar Pendidikan Negara tidak berkesan? Mungkinkah unsur-unsur luaran

amat berpengaruh dan berkesan sehingga dapat mengubah hala tuju dan pendirian serta

sikap para pelajar atau remaja kita? Segala-galanya berkemungkinan menjadi punca dan

menjadi sebab akibat menularnya kepincangan moral yang berleluasa dan akan berterusan

jika tidak dibendung secepat mungkin.

Sistem pendidikan negara kita masih menekankan pendidkan moral, nilai dan aqidah

melalui Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral dan penerapan nilai-nilai murni dalam

pengajaran. Untuk menjayakan pendidikan moral dan nilai dalam sistem pendidikan negara

kita, setiap orang harus berusaha ke arah memperbaiki kerosakan dan keruntuhan akhlak

yang menjadi-jadi, di samping terus menerapkan nilai-nilai akhlak yang baik selaras dengan

tuntutan agama. Kesedaran terhadap pentingnya pengukuhan akhlak dan moral

masyarakat telah diberi perhatian yang serius oleh kerajaan.

Dengan ini, Kurikulum Standard Pendidikan Moral di sekolah rendah misalannya ialah

satu program mendidik murid supaya menjadi insan yang bermoral dan berakhlak mulia

dengan menekankan aspek perkembangan penaakulan moral, perasaan moral dan

perlakuan moral. Ia memberi tumpuan kepada usaha memupuk kekuatan kerohanian dan

kemoralan murid melalui penghayatan dan amalan nilai-nilai murni universal yang terdapat

dalam agama, tradisi dan adat resam pelbagai kaum di negara ini. Dengan itu, murid dapat

satu panduan hidup yang membolehkan mereka menjadi insan yang bermoral. Ini

29

Page 30: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

membolehkan mereka menjadi individu yang berintegriti moral dan sosial terhadap segala

keputusan dan tindakan yang dilakukan.

Antara prinsip utama yang telah dikenal pasti sebagai panduan dalam melahirkan insan

yang menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial dalam Kurikulum Standard

Pendidikan Moral adalah seperti berikut;

Bertanggungjawab pada diri, keluarga dan orang lain;

Berpegang teguh pada ajaran agama;

Prihatin kepada alam sekitar;

Mengekalkan keamanan dan keharmonian hidup;

Bersemangat patriotik;

Menghormati hak asasi manusia; dan

Mengamalkan prinsip demokrasi dalam kehidupan

Di samping itu, Pendidikan Moral sekolah rendah turut memberi peluang kepada murid

menguasai kemahiran tertentu seperti kemahiran generik, berfikir secara kritis dan kreatif,

penyelesaian konflik, inovasi dan kreativiti dan kemahiran sosial. Penguasaan kemahiran-

kemahiran ini akan menyediakan murid menghadapi dunia teknologi maklumat dan komunikasi.

Ini membolehkan murid dan cabaran alaf baru dengan penuh keyakinan dan bertanggungjawab

sosial dan moral. Penguasaan kemahiran ini juga akan membantu pembinaan daya tahan dan

kebolehan menghadapi cabaran dan tekanan hidup dalam kalangan murid.

Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah digubal mengikut tema dan

mengandungi enam (6) tema yang menjadi wahana untuk menyampaikan nilai-nilai

universal. Penggubalan tema ini mengambil kira struktur hubungan murid dengan

persekitarannya. Rajah di bawah merupakan tema-tema yang digubal mengikut tahun;

30

Page 31: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Bagi membolehkan nilai-nilai universal dipupuk secara berterusan dalam diri murid, nilai

yang sama diajar setiap tahun iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Walaupun nilai itu

diulang, tema dan standard kandungan adalah berbeza selaras dengan tahap

perkembangan dan kematangan murid. Nilai-nilai universal Kurikulum Standard Pendidikan

Moral Sekolah Rendah Tahun Dua adalah seperti jadual berikut;

Nilai-nilai Kandungan Kurikulum Standard Pendidikan Moral Sekolah Rendah

Tahun Dua

Kepercayaan

kepada Tuhan

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi

segala suruhanNya berlandaskan pegangan agama masing-masing

selaras dengan prinsip Rukun Negara.

Mematuhi amalan beribadat dalam keluarga

Baik hati Kepekaan terhadap perasaan dan kebajikan diri sendiri dan orang lain

dengan memberi bantuan dan sokongan moral secara tulus ikhlas.

Memberi bantuan kepada keluarga kembangan

Bertanggungjawab Kesanggupan untuk memikul dan melaksanakan tugas serta

kewajipan dengan sempurna.

Melaksanakan tanggungjawab dalam keluarga

Berterima kasih Perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan

penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian.

Mengamalkan budaya berterima kasih dalam keluarga

Hemah tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

Mengamalkan budi pekerti mulia sesama ahli keluarga

31

Diri SayaTahun 1

Saya dan KeluargaTahun 2

Saya dan SekolahTahun 3

Saya dan JiranTahun 4

Saya dan MasyarakatTahun 5

Saya dan NegaraTahun 6

Page 32: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Hormat Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan

institusi sosial dengan memberi layanan yang bersopan.

Menghormati ahli keluarga

Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang

lahir daripada hati yang ikhlas.

Menyayangi ahli keluarga

Keadilan Tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah.

Menunjukkan sikap adil dalam keluarga

Keberanian Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Mempertahankan maruah keluarga

Kejujuran Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Mengamalkan sikap jujur dalam keluarga

Kerajinan Usaha yang berterusan, bersungguh-sungguh dan bersemangat

dalam melakukan sesuatu perkara.

Mengamalkan sikap rajin dalam keluarga

Kerjasama Kesediaan melakukan sesuatu untuk kepentingan bersama.

Melaksanakan tugas bersama-sama keluarga untu kebaikan bersama

Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan

tindakan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

Mengamalkan sikap sederhana dalam keluarga

Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi

kesejahteraan hidup.

Mengamalkan sikap toleransi sesama ahli keluarga

32

Page 33: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Penambahbaikan Buku Teks Pendidikan Moral Tahun Dua Dalam Meningkatkan

Sosialisasi Sesama Kaum dan Antara Kaum

A) Memupuk Semangat Sukarelaan

Kerja sukarela umumnya ialah kegiatan atau usaha yang dilakukan dengan rela hati dan

ikhlas untuk masyarakat (atau orang lain) tanpa mengharapkan ganjaran wang atau

kebendaan. Kerja ini biasanya dijalankan pada waktu lapang, yakni di luar waktu kerja

rasmi seseorang. Dalam konteks masyarakat moden hari ini, kerja sukarela atau

kesukarelaan adalah digalakkan kerana dianggap penting untuk memupuk dan

mengembangkan nilai, amalan kerjasama dan perpaduan, demokrasi, hak-hak asasi

manusia dan keadilan sosial dalam masyarakat. Maka, nilai dan aktiviti sukarelaan

harus dilakukan dalam P&P Pendidikan Moral atau matapelajaran lain.

Oleh sebab pembangunan negara telah menyebabkan semangat sukarela di

kalangan masyarakat negara ini semakin terhakis berbanding semangat yang pernah

dimiliki oleh masyarakat dahulu, maka semangat sukarela ini perlu dipupuk semasa di

bangku sekolah rendah lagi. Sejak dari usia muda, sejak dari tadika mereka perlu

dididik dengan aspek budaya kesukarelaan, melakukan sesuatu tanpa mendapat

sebarang upah dan ganjaran, melakukan sesuatu tanpa perlu mendapat pengiktirafan

dan melakukan sesuatu kerana percaya bahawa perbuatan bantu-membantu sesama

manusia adalah perbuatan mulia dan amat terpuji. Ini adalah kerana semangat

sukarelawan atau tolong-menolong dalam kalangan masyarakat bukan hanya mampu

meringankan kesusahan golongan yang memerlukan, juga mengeratkan hubungan

antara masyarakat.

B) Pengajaran Di Zi Qui

Dalam Sukatan Pendidikan Moral sekolah rendah harus menitikberatkan bacaan yang

berunsurkan moral iaitu Di Zi Gui. Pengajaran Di Zi Gui ini telah diamalkan dengan

meluas di negara-negara lain seperti Taiwan, Cina, Hong Kong dan Singapura atas

keutuhannya dalam melahirkan modal insan yang unggul. Di Zi Gui merupakan satu

pedoman yang bertujuan menjadi murid dan manusia yang baik. Ia berdasarkan

kepada ajaran Confucius, iaitu seorang ahli falsafah dan pendidik Cina yang sangat

terkenal. Beliau yakin bahawa pendidikan moral, perilaku luhur dan disiplin yang baik

adalah pola pendidikan dasar bagi anak-anak. Tujuan pendidikan Di Zi Gui ini adalah

33

Page 34: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

untuk membentuk manusia yang utuh, sihat dari segi jasmani dan rohani serta

bermoral. Ia menegaskan pentingnya pendidikan rumah tangga dalam membentuk

etika dan norma kehidupan yang sihat dan baik bagi seseorang. Dengan ini,

pengajaran Di Zi Gui di sekolah adalah sesuai untuk membentuk modal insan yang

berakhlak mulia serta seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani seperti yang tertera di dalam FPK. Bukan setakat untuk menghafalkan

pengajaran Di Zi Gui malah perlu mengaplikasikannya dalam kalangan anak murid

melalui lakonan, bercerita, tontonan video yang berkaitan dan sebagainya. Dengan cara

ini, anak murid akan mengaplikasikan pengajaran ini dalam kehidupan hariannya.

C) Penerapan Nilai Budaya dan Agama Kaum Lain Melalui Program Silang Budaya

dan Silang Agama

Memandangkan negara kita merupakan masyarakat majmuk yang bersilang budaya

dan agama, jadi memerlukan setiap ahli masyarakat mengambil langkah untuk saling

mengenali dan menyesuaikan diri antara satu sama lain. Prinsip hidup yang serupa itu

perlu ditanam dalam diri setiap individu sejak dari kecil lagi demi mengekalkan

keharmonian yang akhirnya membolehkan keamanan negara dikekalkan sepanjang

masa. Misalannya, aspek kebudayaan dan kemasyarakatan perlu dititikberatkan kerana

anak murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa, budaya

dan agama. Tanpa pendidikan yang bercorak kepelbagaian budaya atau khususnya

silang budaya dan silang agama, anak murid tidak akan mengenali jati diri masyarakat

lain. Maka timbullah isu-isu yang bersifat perkauman di sekolah.

Lantarannya, pembelajaran silang budaya atau silang agama berlandaskan integrasi

kaum harus diusahakan melalui P&P Pendidikan Moral dengan tujuan untuk

menerapkan dan menyemai nilai-nilai murni melalui pembelajaran unsur-unsur budaya

dan agam pelbagai kaum. Menerusi aktiviti perkongsian yang melibatkan ketiga-tiga

kaum ini, anak murid didapati lebih prihatin akan isu-isu berkaitan integrasi kaum.

Antara unsur-unsur budaya dan agama yang diketengahkan dalam aktiviti silang

budaya ini ialah pemakanan, adab sopan dan perayaan serta agama sesebuah

masyarakat. Natijahnya, anak-anak murid berpeluang untuk mengenali budaya dan

sistem kehidupan kaum yang berlainan.

34

Page 35: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Pengajaran dan pembelajaran silang budaya dijalankan semasa waktu Pendidikan

Moral atau Kurikulum. Antara persoalan yang boleh dikemuka dan dibincangkan dalam

aktiviti silang budaya dan silang agama adalah seperti berikut;

Tahukah anak murid tentang budaya dan agama sendiri, contohnya makan bersila

dalam majlis khas, pakaian yang sesuai semasa menghadiri upacara kematian, jari

yang betul memegang cawan dalam sesi meminum teh Cina dan kelebihan makan

beralaskan daun pisang? Apakah makanan tidak halal bagi setiap kaum?

Aspek budaya manakah yang boleh dianggap penting dan mengapa kita harus

mempertahankannya?

Mengapakah sikap bertoleransi diperlukan agar tidak menjadi punca bagi sebarang

perselisihan faham?

Integrasi kaum melalui aktiviti silang budaya dan silang agma amat penting bagi

menjamin kestabilan hidup yang harmoni. Setiap warganegara memainkan peranan

tertentu. Remaja sebagai pemangkin masa hadapan seharusnya dapat memainkan

peranan dan memberi sumbangan walaupun sekecil zarah dalam mewujudkan

masyarakat yang bersatu padu. Hal ini demikian rupa kerana budaya adalah

sebahagian daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek

moyang dan akan diwarisi pula oleh generasi akan datang.

D) Aktiviti Kerja Amal

Aktiviti kerja amal seperti melawat ke rumah orang tua, rumah anak yatim piatu, rumat

orang kurang upaya, bergotong royong membersihkan kampung, balai orang awam dan

sebagainya selain diajar secara teori dalam sukatan Pendidikan Moral, ia perlu

diaplikasikan dalam kehidupan harian anak murid sejak dari kecil lagi. Maka, guru

dengan kerjasama pihak sekolah dan ibu bapa harus mengadakan aktiviti di luar

sekolah dalam menjayakan program aktiviti kerja amal ini. Dengan membawa anak

murid melakukan aktiviti sebegini, mereka akan lebih memahami realiti hidup golongan

yang kurang bernasib baik berbanding dengan diri mereka. Lantarannya mereka akan

lebih menghargai apa yang mereka sedia ada.

E) Penambahan Cerita Yang Membawa Unsur Moral Dalam Buku Teks Sedia Ada

Memandangkan anak murid Tahun Dua masih berumar 7 hingga 8 tahun, maka cerita

yang menarik dapat memupuk minat mereka melalui proses P&P. Sekiranya hanya

35

Page 36: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

ingin mengajarkan nilai moral melalui teori sahaja adalah tidak memadai. Anak murid

peringkat ini lebih aktif dan suka bercerita. Jadi, guru boleh menerapkan nilai moral

melalui teknik bercerita sama ada guru sendiri bercerita mahupun anak murid sendiri

bercerita untuk kawan-kawannya. Guru boleh bercerita kepada anak murid semasa

P&P dengan menggunakan cakear disk atau Internet. Teknik ini bukan sahaja dapat

menarik minat anak murid, bahkan dapat menerapkan nilai moral demi memupuk akhlak

yang mulia di kalangan mereka di samping dapat juga mengajarkan teknologi maklumat

kepada anak murid. Guru boleh mengajar dan menyuruh anak murid mencari dan

mendengar cerita yang bermoral melalui Internet.

Langkah-langkah Lain Demi Meningkatkan Sosialisasi Sesama Kaum Dan Antara

Kaum Melalui Pembentukan Moral dan Akhlak Dalam Kalangan Anak Murid

A)Pendekatan Langsung Melalui Pengajaran Pendidikan Islam dan Moral

Pendekatan langsung membabitkan pengajaran dua mata pelajaran yang khusus di

peringkat sekolah rendah dan menengah, yang bertumpu secara langsung terhadap

perkembangan moral, etika, akhlak dan pendidikan nilai, iaitu mata pelajaran Pendidikan

Islam bagi pelajar Islam dan Pendidikan Moral bagi pelajar bukan Islam seperti apa yang

telah dijelaskan di atas.

B)Pendekatan Tidak Langsung

Pendekatan tak langsung membabitkan penggunaan mata pelajaran-mata pelajaran

dalam kurikulum sekolah sebagai alat untuk merealisasikan pendidikan nilai dan moral.

Sebagai contoh, pengajaran Bahasa Melayu dan Sejarah membekalkan peluang atau

sumber yang baik bagi pendidikan nilai dan moral. Para pelajar boleh mengenalpasti

dilema moral, penaakulan moral dan membuat keputusan moral dalam novel dan

penulisan sejarah. Pendekatan tak langsung adalah sebahagiannya berlandaskan

andaian bahawa pemahaman tentang manusia dan kemanusiaan memerlukan

perkembangan daya imaginasi dan intuisi yang membolehkan seseorang meningkatkan

kepekaan moral dan kepekaan intelektual. Satu kaedah yang dapat memupuk beberapa

nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini bukan setakat pelajar

duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat kekitaan yang mana

murid dapat bantu- membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan prestasi sendiri

dan kumpulan.

36

Page 37: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

C)Aktiviti Kokurikulum

Adalah dimaklumkan bahawa di sekolah masa kini terdapat pelbagai aktiviti kokurikulum

seperti unit beruniform, persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya,

setiap hari Rabu akan dikhususkan untuk kegiatan kokurikulum dan semua murid Tahap

2 di sekolah rendah manakala semua pelajar di sekolah menengah adalah diwajibkan

terlibat. Begitu juga untuk guru, mereka perlu hadir ke sekolah pada hari kokurikulum ini.

Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua pelajar sudah senang hati

dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk keluar ke tempat-tempat

awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang meruntuhkan akhlak.

D)Sokongan daripada Pentadbir Sekolah

Untuk membentuk akhlak para pelajar, pihak pentadbir sekolah khasnya pengetua dan

guru besar harus memainkan peranan ini dengan bersungguh-sungguh. Mereka boleh

menekankannya dengan memberi ucapan mingguan di samping pengumuman yang lain.

Ucapan yang diberi hendaklah yang memberi penekanan kepada moral dan akhlak

murid. Dengan cara yang demikian, anak murid akan merasa mereka diberi perhatian.

Selain itu, program berbentuk pendidikan akhlak diadakan di sekolah atau di luar

sekolah contohnya kem motivasi. Aktiviti perlulah menarik minat mereka seperti sukan,

nyanyian dan di samping itu diberi pendidikan moral dan agama.

E) Kepimpinan Kerohanian

Guru harus mempunyai corak kepimpinan ini kerana ia penting untuk membina sahsiah

murid. Kepimpinan kerohanian ialah kepimpinan yang menekankan soal-soal moral,

agama, ibadah, tingkahlaku yang baik, adab dan hubungan yang bersopan santun. Guru

perlu membina sikap toleransi antara kaum dan budaya dalam kepimpinan pendidikan

agar dapat membentuk budaya dinamik sekolah terutamanya keadaan sekolah yang

mempunyai murid dan guru berbilang kaum, agama dan kepercayaan. Peranan

kepimpinan kerohanian amat penting dalam pembentukan watak dan sahsiah

seterusnya dapat membina kekuatan moral di kalangan murid dan guru. Tanpa agama

dan moral yang baik, pendidikan akan gagal membentuk warganegara yang mempunyai

asas-asas moral yang baik untuk dijadikan panduan dalam kehidupan mereka.

37

Page 38: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

F) Pembelajaran koperatif

Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran kumpulan kecil yang diperkenalkan

dengan meluas sebagai sesuatu strategi pengajaran yang dapat meningkatkan

pembelajaran dan sosialisasi. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi pengajaran di

mana muridnya bekerja secara koperatif dalam sesuatu kumpulan kecil. Pembelajaran

koperatif sebenarnya membabitkan murid bekerja bersama untuk menyelesaikan

masalah secara berkongsi dan seterusnya membantu pelajar untuk mengembangkan

perasaan “satu kumpulan” dalam memperkenalkan keperluan saling membantu dan

saling menyokong situasi pembelajaran. Anak murid akan bekerja bersama-sama,

belajar untuk saling memberi dan menerima, bantu-membantu, berkongsi idea dan

mencari cara baharu bagi menyelesaikan masalah. Kaedah pembelajaran ini

memerlukan usaha guru melatih murid bekerja dalam kumpulan dengan betul, iaitu

bersikap mahu mendengar pendapat orang lain, memberi pengukuhan, menjadi

pemimpin atau ketua yang demokratik, membantu rakan sekumpulan dan berusaha

mendapat kejayaan.

Agen-agen Sosialisasi Lain

A)Keluarga

Keluarga intipati agen ssosialisasi yang paling rapat antara individu adalah meliputi

ayah, ibu, saudara kandung yang tinggal bersama dalam satu rumah. Menurut

Gertrudge Jaedar, keluarga merupakan agen sosialisasi yang paling awal kepada anak-

anak kerana anak-anak sentiasa berada dalam lingkungan keluarga terutamanya ibu

bapa mereka. Menurut George Herbert Mead, perkembangan kanak-kanak bermula

pada tahap yang mana anak-anak mula melakukan kegiatan meniru perilaku orang

terdekat meskipun perbuatan itu tidak sempurna. 

B)Rakan Sebaya

Rakan sebaya ataupun teman sepermainan memainkan peranan penting dalam agen

sosialisasi. Ketika berada di luar rumah anak-anak akan mempunyai kawan-kawan untuk

bermain dan berkongsi pendapat. Rakan sebaya banyak memainkan peranan dalam

membentuk keperibadian seseorang individu. Dalam pergaulan, anak-anak akan

memperlajari peraturan yang mengatur peranan dan kedudukan seseorang dan

mepelajari nilai-nilai yang murni dalam masyarakat.

38

Page 39: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

C)Kemajuan Teknologi Dan Media Massa

Kemajuan teknologi membuatkan semua maklumat berada di hujung jari manusia.

Kemajuan ini telah membuatkan manusia tidak ketinggalan dalam kemajuan dunia.

Dengan kemajuan teknologi maklumat ini juga anak-anak kita mampu belajar sesuatu

apabila melihat maklumat yang terkandung dalam internet. Media massa juga

merupakan agen sosialisasi anak-anak kerana kebanyakan rumah mempunyai

televisyen yang menyiarkan berbagai-bagai rancangan yang boleh membentuk perilaku

anak-anak. Kanak-kanak mudah belajar melalui pemerhatian. Menurut George Herbert

Mead, pada tahap meniru, kanak–kanak akan meniru apa yang dilakukan oleh orang

dewasa dan apa yang dia lihat.

Kesimpulan

Pengajaran dan pemupukan nilai-nilai murni ke dalam diri murid merupakan tugas suci

(mission) sekolah sejak zaman berzaman. Sejak zaman dahulu, ahli-ahli pemikiran

tradisional tanpa merasa jemu telah membuat penegasan bahawa fungsi utama pendidikan

adalah ke arah membangun peribadi diri, khususnya aspek–aspek yang berkaitan dengan

perkembangan moral dan akhlak. Di samping kepentingan peribadi, perwatakan dan

sahsiah guru yang menjadi role model kepada murid-murid yang memberi sumbangan

yang besar dalam menerapkan budaya moral dan akhlak yang baik, peranan Pendidikan

Moral dan Agama Islam itu sendiri juga tidak boleh dipertikaikan. Secara teori, kerangka

konseptual, matlamat dan organisasi kandungan, kurikulum Pendidikan Moral di Malaysia

adalah sesuatu yang ideal, lengkap dan sempurna. Pelaksanaan Pendidikan Moral

menuntut sekolah menyempurnakan dua tanggungjawab yang besar dan berat iaitu yang

pertama (1) sekolah terpaksa mengajar nilai-nilai murni kepada anak murid yang mana

nilai-nilai tersebut tidak diajar di rumah dan kedua (2) demi untuk menjamin proses

pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan, sekolah mesti berperanan

sebagai “caring moral communities” yang boleh membantu kanak-kanak yang terabai dari

rumah agar mereka dapat dimotivasi dan dipupuk minat mereka kepada pelajaran, dapat

mengawal perasaan marah dan kecewa, serta dapat merasai bahawa diri mereka

sebenarnya masih disayangi dan berpotensi menjadi insan yang bertanggungjawab. Dalam

menjayakan pendidikan moral dan akhlak sepenuhnya, semua pihak mesti melakukan

reformasi terhadap diri masing-masing serta memandang ke hadapan dengan fikiran yang

terbuka dan positif, mengamalkan cara hidup yang bermoral, berhemah tinggi serta

39

Page 40: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

sanggup menjadi ’model’ dalam masyarakat. Guru terutamanya amatlah penting

memahami bahawa penghayatan moral, nilai dan akhlak merupakan asas kepada

kehidupan manusia dan asas martabat sesuatu profesion khasnya profesion keguruan

yang bertanggungjawab untuk memanjangkan tradisi dan budaya masyarakat Malaysia. Di

samping itu, penghayatan amalan moral dan akhlak yang baik di harap dapat

merealisasikan matlamat pendidikan seperti yang telah termaktub dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan serta mencapai Wawasan 2020.

40

Page 41: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

BIBLIOGRAFI

Abd Rahman Aroff (1999). Pendidikan Moral Teori  Etika dan Amalan Moral. Serdang: 

              Penerbit Universiti Pertanian Malaysia.

Ahmad b. Khamis (1999). Etika (Pendidikan Moral) untuk institusi pengajian tinggi. 

              K. Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Dokumen Standard Kurikulum Sekolah Rendah

(KSSR) Pendidikan Moral Tahun 2: Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur.

Eow Boon Hin, Khoo See Ling, You Hsueh Hwei dan Lim Lee Suan (2011). Pendidikan

Moral Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina: Beh-Er Publicatian Sdn. Bhd. Kuala

Lumpur.

Koo, K. P. & Tang, C. Y. (1990).  Pendidikan Moral. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman

Sdn. Bhd. 

Mok Soon Sang (2008). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI: Profesionalisme Keguruan Sekolah

Rendah: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya.

http://replikamanusia.blogspot.com/2012/02/agen-sekunder-dan-agen-utama.html

http://ajisje.blogspot.com/2009/04/guru-sebagai-agen-pembentukan-akhlak.html

http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/pengenalanrakyat-malaysia-memang.html

41

Page 42: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

LAMPIRAN

Murid dan Guru Masuk ke Rumah Emas Qi En

Rumah Warga Emas Qi En

Dapur / Ruang Makan Rumah Warga Emas Qi En

42

Page 43: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Ruang Melakukan Kerja Sampingan

Bilik Tidur

Anak Murid Membersihkan Ruang Tamu

43

Page 44: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Guru dan Anak Murid Membersihkan Pintu dan Tingkap Grill

Guru Membersihkan Almari dan Kipas

44

Page 45: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Guru dan Anak Murid Mengopek Ikan Bilis

Guru Memberi Sumbangan dan Kuih Bulan Untuk Warga Emas

45

Page 46: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Guru Bersembang dan Mendengar Kisah Warga Emas

Guru dan Anak Murid Membuat Persembahan Untuk Warga Emas

Guru Memberi Nasi Ayam dan Wang Saku Untuk Warga Emas

46

Page 47: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

Bersiap Sedia Untuk Balik

Kenangan Manis Saya….

Lawatan Ini Telah Menceriakan Dan

Menyenangkan Hati Warga Emas

Berharaplah Pada Masa Akan Datang Dapat

Mengadakan Lawatan Yang Bermakna Ini

Bersama Anak Murid Saya Lagi

Senantiasa Mengingat Budi Dan Menghormati

Kedua Ibu Dan Bapa

47

Page 48: Lawatan Ke Rumah Warga Emas

KASIH IBU BAPA

Mari-mari kita sejenak mengingat

Kasih ibu bapa yang tiada terkira

Walaupun dirinya letih dan penat

Namun di wajahnya tetap bergembira

Cubalah bayangkan kasih ibu bapa

Yang mengasuh kita petang dan pagi

Hanyalah dibayang banyaklah yang lupa

Setelah dewasa tak terkenang lagi

Wahai anak muda janganlah lupa

Taatlah kepada dua ibu bapa

Jangan, jangan, jangan anda menjadi 

Anak yang derhaka pada ibu bapa

Balasan di dunia dah banyak terjadi

Berbagai derita yang datang menimpa

Bila ibu bapa dah dibawa pergi

Menuju pusara meninggalkan kita

Baginya permata tak berguna lagi

Selain doa dari anak yang bertakwa

48