latihan simpulan bahasa

18
LATIHAN SIMPULAN BAHASA SIMPULAN BAHASA 1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya. A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda 2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain. A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin 3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ . A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang 4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai. A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah 5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______. A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah 6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah. A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu 7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan. A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati

Upload: anne-ng

Post on 24-Dec-2015

52 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Mempertingkatkan penggunaan simpulan bahasa murid-murid

TRANSCRIPT

Page 1: Latihan Simpulan Bahasa

LATIHAN SIMPULAN BAHASA

SIMPULAN BAHASA1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya. A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ke tangan orang lain. A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angin3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ . A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai. A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______. A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah. A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan. A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orang kampungnya. A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalam perselisihan itu. A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ . A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf11. Aida suka membaca, maka dia digelar _______. A ulat buku B intan terpilih C puteri lilin D kaki bangku12. Ali dan kawan-kawannya masih melepak di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun. A bunga dedap B embun jantan C buaya tembaga D buah hati13. Mira _______. Dia suka membocorkan rahsia orang. A mulut tempayan B telinga kuali C tangan panjang D kepala angin14. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh kerabat diraja Perak. A bertegang urat B berputih tulang C bermandi peluh D berjimat cermat15. Berita penangkapan pegawai kerajaan yang _______itu disiarkan di dalam akhbar-akhbar utama. A makan suap B makan angin C makan tuan D makan hati16. Ramlah mendapat _______apabila dipilih sebagai pemenang utama peraduan itu . A mata duitan B buah tangan C gaji buta D durian runtuh17. Datuk Zakaria telah dilantik menjadi _______ negara ke Sweeden . A Guru Besar B Hakim Besar C Menteri Besar D duta besar

Page 2: Latihan Simpulan Bahasa

18. Pandangan golongan _______ perlu diambil kira terlebih dahulu bagi menggelakkan timbulnya masalah di kemudian hari. A cerdik pandai B gagah perkasa C kurus kering D tinggi lampai19. Mak Munah menggunakan bekas plastik untuk menakung _______ . A air hujan B air mata C air terjun D air laut20. Saya bersetuju dengan sikap Encik Halim yang suka _______dalam mengendalikan kerja-kerjanya . A panjang tangan B lepas tangan C ringan tangan D dalam tangan21. Kami terpaksa _______kerana terdapat kejadian tanah runtuh yang menghalang perjalanan kami . A berpatah balik B berpusing ligat C berubah hati D bertegang urat22. Kerja-kerja _______ kapal tangki yang rosak itu sedang giat dijalankan . A membaik pulih B mencari gali C mengawal selia D menaik taraf23. Setelah lima kali gagal dalam temu duga,Ong Wee Kiat _______hendak mencuba lagi . A sakit hati B baik hati C tawar hati D iri hati24. Sudah hampir sepuluh tahun beliau _______ dengan syarikat di luar negara itu . A bercampur aduk B berumah tangga C berurus niaga D beramah mesra25. Nordin naik angin apabila Cikgu Zul _______ saja setelah mengesyaki dirinya terlibat dalam pergaduhan itu. A tarik diri B tangkap mata C tangkap muat D tangkap buta26. Zainal _______ kerana menolong Mak Siti Mengangkat bakul yang berat itu. A ringan mulut B ringan tangan C ringan lidah D ringan kepala27. Pemuda itu sanggup _______ demi menyelamatkan budak yang hampir dilanggar kereta itu. A sakit hati B samar muka C sakit mata D sabung nyawa28. _______ yang berlaku antara Wan dan Amir berpunca daripada salah faham. A Pilih kasih B Perang mulut C Pilih bulu D Pening lalat29. Siti Aisyah _______ apabila Cikgu Norhayati memujinya. A senyum simpul B senyum tawar C senyum kambing D senyum sumbing30. Walaupun telah bermesyuarat selama empat jam, mereka masih belum mendapat _______ untuk mengatasi masalah yang rumit itu. A jalan keluar B jalan belakang C jalan pintas D jalan tengah31. Datuk saya _______ untuk menyiapkan perahu yang ditempah khas oleh orang kenamaan itu. A berjimat cermat B bermandi peluh C berputih tulang D bertegang urat32. Persembahan Zaki yang _______ itu memikat hati para juri untuk memilihnya sebagai pemenang pertandingan mendeklamasikan sajak itu. A ada akal B ambil berat C atas pagar D ada gaya

Page 3: Latihan Simpulan Bahasa

33. Tiada siapa yang menyangka Haslin yang ________ itu dapat menyelesaikan masalah yang rumit. A bodoh sepat B bongkok udang C buaya tembaga D bintang terang34. Setelah isterinya meninggal dunia, Karim _______ dan berkahwin pula dengan adik isterinya. A patah kandar B hilang akal C ganti tikar D retak seribu35. Seman dan kawan-kawannya masih bermain dam di pondok menunggu bas di simpang jalan itu walaupun _______ sudah turun. A bunga dedap B embun jantan C emas urai D bintang terang36. Pemuda-pemuda di desa itu _______ di bawah cahaya matahari menyabit padi yang sudah masak di sawah. A makan garam B mandi kerbau C mandi bunga D mandi peluh37. Nenek Limah tinggal _______ di pondok buruknya itu. A sekapur sirih B isi perit C sebatang kara D orang harapan38. Kudin yang telah menjadi _______ Jepun amat ditakuti oleh penduduk Kampung Permai. A tali barut B tebal telinga C teluk rantau D tulang belakang39. Ayah membayar _______ sebanyak RM10 000 untuk membeli kereta Gen-2. A buah pena B hutang darah C wang hantaran D wang muka40. Malik menanam sayur di tanah yang lausnya hanya _______ di hujung kampung untuk menyara hidupnya. A dapat terpijak B retak seribu C sekangkang kera D sehelai sepinggang41. Semasa zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka, kerajaan tersebut mempunyai _______ yang luas. A tahi minyak B teluk rantau C isi perit D pasar gelap42. Fuad _______ apabila Siva menuduhnya mengambil duit Persatuan Badminton untuk membeli raket baru. A buruk siku B hilang akal C makan diri D hangat hati43. Nelayan-nelayan di perkampungan itu kerap ditindas oleh ________ itu. A muka tembok B lintah darat C pisau cukur D alim kucing44. Sekiranya kamu tidak pasti, jangan cuba _______ kerana buruk padahnya. A sakit mata B serkap jarang C ringan mulut D potong leher45. Masalah itu masih belum selesai kerana setiap rundingan sentiasa menemui _______ . A jauh hati B jalan buntu C kera sumbang D makan angin46. Untuk mengelakkan _______ daripada berlaku, Aziz merahsiakan perkara itu daripada Ainol. A patah hati B pasang kaki C perang mulut D naik darah47. Sekiranya Sharul ada, tentu kita _______ kerana ada saja kelakar yang dibuatnya. A tak kering gusi B makan hati C telinga lintah D tin kosong

Page 4: Latihan Simpulan Bahasa

48. Keberanian Alim dan kawan-kawannya menangkap pencuri itu telah menjadi _______ penduduk kampung. A buah mulut B buah hati C buah fikiran D buah tangan49. Ayah dan ibu turun ke sawah sebaik sahaja _______ . A bintang terang B makan garam C fajar menyinsing D pasar gelap50. Kerani bank itu menjadi _______ apabila melihat wang yang banyak di hadapannya. A jejak barat B gelap mata C cupak hanyut D bodoh sepat51. Pembahas itu berhujah dengan memberikan contoh yang _______ kepada hadirin. A panjang akal B cari akal C masuk akal D ada akal52. Alim telah dipulaukan penduduk kampung kerana disyaki menjadi _______ pengganas. A patah kandar B mata petai C tali barut D hilang lenyap53. Tidak usahlah kamu percaya akan _______ Pak Busu yang sepanjang hari hanya berbual di kedai kopi itu. A khabar angin B omong kosong C hangat hati D jinak merpati54. Bakul-bakul ini adalah _______ orang-orang yang cacat penglihatan. A ringan tangan B bekas tangan C buah tangan D dalam tangan55. Tiba-tiba sahaja pemuda itu _______ lalu mengamuk di kawasan kampung. A gelap hati B rambang mata C mata durian D gelap fikiran56. Mereka mendapat _______ apabila syarikat mereka mencapai keuntungan besar. A tulang belakang B mata durian C durian runtuh D langkah kanan57. Rahsia kita telah dobocorkan oleh si _______ itu. A mulut murai B mulut tempayan C mulut manis D mulut biawak58. Sesiapa sahaja yang _______ akan didakwa di mahkamah. A makan suap B makan hati C makan darah D buruk makan59. Kami _______ kerana gagal memasuki perlawanan akhir bola sepak. A putih hati B ada hati C putih mata D mata hati60. Liyana merupakan _______ pasukan bola jarring sekolahnya. A tulang belakang B batu loncatan C senapang bambu D kucing bertanduk61. Jika tiada _______ itu, sudah tentu mereka tidak bertelagah. A batu lesung B batu loncatan C kepala batu D batu api62. Kakak menjadi _______ apabila melihat pakaian-pakaian di pusat membeli belah itu. A rambang mata B mata keranjang C mata hati D bidan terjun63. “Berhati-hatilah ketika bergurau dengannya. Dia itu _______,” kata Malek. A pasang telinga B mulut murai C ada angina D senapang bambu64. Kadar _______ di kalangan penduduk luar Bandar sudah jauh berkurangan. A buta ayam B buta huruf C buta perut D buta tuli65. Banyak syarikat bumiputera terpaksa _______ akibat kelembapan ekonomi negara. A cabut nyawa B balik gagang C hutang darah D gulung tikar

Page 5: Latihan Simpulan Bahasa

66. Encik Idrus gemar mendengar muzik klasik sebagai _______ pada masa senggang. A halwa telinga B buah pena C bidan terjun D daki dunia67. Daud terkenal sebagai _______ di kampong itu kerana suka duduk di simpang jalan hingga larut malam. A kepala batu B kepala angina C kutu embun D kera sumbang68. Pengadil perlawanan akhir itu ditegur oleh pihak media massa kerana bersikap _______. A baik sangka B buruk siku C putih mata D pilih kasih69. Pemuda yang kurang siuman itu tersengih-sengih seperti _______ apabila lalu di hadapan gadis itu. A cacing kepanasan B kerang busuk C sampah masyarakat D saudara pungut70. “Usahlah memandang saya seperti _______. Saya juga berhak bersuara di Negara yang mengamalkan system demokrasi ini,” kata Juah kepada penduduk kampung. A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D penyapu baharu71. Ana dan Ani yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan UPSR itu merupakan _______ Encik Abu dan Puan Zaini. A buah pena B bidan terjun C nyiur gading D mata petai72. Usahlah kamu berharap Encik Hasan yang terkenal dengan gelaran _______ itu akan menghulurkan derma kepada anak-anak yatim. A lintah darat B ketam batu C buaya tembaga D bodoh sepat73. Peragawati itu berjalan melenggang-lengguk seperti _______ semasa memperagakan fesyen pakaian ini. A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D cupak hanyut74. Tuk Penghulu menasihati _______ nya supaya sentiasa hidup bantu-membantu antara satu sama lain. A anak emas B anak buah C angak angkat D anak tiri75. Ah Lim tidak disukai oleh kawan-kawannya kerana sikapnya yang _______ . A hidung tinggi B buah mulut C bulat hati D harga diri76. Pak long dan mak ngah sanggup ber _______ hanya kerana berebut harta pusaka. A hisap darah B patah arang C paling tadah D retak seribu77. Dia _______ dengan sikap suaminya yang tidak bertanggungjawab. A makan diri B makan gaji C makan hati D makan suap78. Cikgu Dayani terpaksa _______ dalam hal murid-muridnya itu. A baik sangka B buruk siku C campur tangan D pilih kasih79. Karim terpaksa _______ kerana belum mendapat gaji lagi. A ikat perut B mulut tempayan C pekak badak D lipas kudung

80. Najwa selalu bergaduh dengan abangnya kerana dia _______.

Page 6: Latihan Simpulan Bahasa

A kacang hantu B pisau cukur C anjing kurap D telinga nipis81. Sikap Ana yang _______ semasa bekerja tidak disenangi oleh majikannya. A buah pena B berat tulang C nyiur gading D mata petai82. Amir telah _______ setelah gagal beberapa kali dalam temu duga. A patah hati B rambang mata C buaya tembaga D bodoh sepat83. Segala permintaannya dituruti kerana ia _______ keluarganya. A bongkok sabut B patah kandar C tali barut D anak emas84. Walaupun telah bersara Ustaz Asharin tetap berasa bangga kerana ramai _______ nya telah berjaya. A anak angkat B anak buah C anak tut D anak didik85. Amin dapat mengendalikan rancangan jenaka itu dengan baik walaupun tugasnya hanya _______. A lepas tangan B bidan terjun C baik hati D hentam kromo86. Jangan bersikap _______ketika mengadili sesuatu permainan. A buruk sangka B berat sebelah C baik hati D cangkul angin87. Adila geram dengan sikap pemuda yang sengaja _______ ketika terpandang akan dirinya. A senyum kambing B kacang hantu C batuk kambing D hati batu88. Jangan dilayan sangat pemuda yang duduk di pondok bas itu kerana dia ______. A gila bahasa B alim kucing C buruk siku D rambang mata89. Ana yang _______ itu tidak mengambil masa yang lama untuk memahami pelajaran Sains yang diajar oleh Cik Zul. A ada hati B cekal hati C terang hati D sampai hati90. Kerajaan Melaka mempunyai _______ yang luas sehingga ke Sumatera. A nyiur gading B anak gahara C wang hangus D teluk rantau91. Banci penduduk 2004 telah dijalankan untuk mengetahui jumlah _______ di seluruh negara. A isi rumah B isi perut C isi hati D jatuh hati92. Banyak peniaga menjual ubat-ubatan tradisional di ________ Jalan Masjid India. A kaki bangku B kaki lima C kaki ayam D kaki bola93. Bapa menyekolahkan anak-anaknya hingga ke universiti hasil daripada _______ nya di sawah. A panjang akal B jejak langkah C ringan tulang D titik peluh94. Peragawati itu berjalan melenggang-lenggok seperti _______ ketika memperagakan fesyen pakaian terbaru. A patah kandar B bongkok sabut C cupak hanyut D nyiur gading95. Sejak Anuar berpisah dengan _______ nya dia asyik termenung sahaja. A puteri lilin B anak buah C ibu pertiwi D mata air96. Orang tua itu seorang yang kaya raya di kampong, tetapi dia seorang _______ . A kaki bangku B tangkai jering C bulat hati D harga diri97. Salmi tidak sombong orangnya, tetapi dia hanya _______.

Page 7: Latihan Simpulan Bahasa

A hisap darah B patah arang C paling tadah D berat mulut

Arahan : Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong.

1. “Berapakah harga ………. petai ini?” tanya ibu kepada penjual.

A sebiji C seulas B sebuah D sepapan

2. Banyak ………. perca kain yang berwarna- warni dijahit untuk dijadikan alas kaki yang

menarik.

A cebis C bidang

B gumpal D gulung

3. Malik membeli sebatang tebu dan memotong-motongnya agar setiap adiknya mendapat ……….

A sebiji C sehiris

B seruas D seketul

4. Pak Ahmad mempunyai beberapa ……….

rumah sewa di Kampung Pinang Sebatang.

A pintu C bidang

B papan D rangkai

5. Pemuda itu telah menjumpai ………. kunci sewaktu dalam perjalanan ke perhentian bas.

A sebilah C sejambak

B seutas D serumpun

6. Dia mengesat dakwat yang tertumpah di

atas meja itu dengan ……… kain.

A sebidang C sepasang

B secebis D selembar

7. Beberapa ……… mutiara digunakan pada kalung emas itu untuk mencantikkannya.

A ulas C butir

Page 8: Latihan Simpulan Bahasa

B keping D potong

8. Abang memasukkan ………. filem ke dalam kameranya.

A segulung C sekajang

B segelung D sebuah

9. Untuk memasak gulai itu, kita perlu memasukkan ………. asam gelugur dan beberapa ………. bawang merah.

A sepotong ….. biji

B sehiris ….. ulas

C seketul ….. biji

D sekeping ….. ulas

10. Setiap kali ayah pulang dari kampung, dia akan memuatkan keretanya dengan beberapa ……… rambutan serta beberapa ………. kelapa.

A tangkai ….. sikat

B ikat ….. tandan

C ikat ….. sisir

D tangkai ….. sisir

11. Ah Seng menggunakan tiga ………. kayu dan beberapa ………. daun kering untuk menghidupkan api.

A puntung ….. helai

B ranting ….. carik

C rumpun ….. lembar

D bilah ….. cebis

12. Beberapa ………. jalan raya dan dua ………. kedai ditenggelami air akibat hujan lebat.

A jalur ….. pintu

B kaki ….. baris

Page 9: Latihan Simpulan Bahasa

C batang ….. deret

D baris ….. buah

13. Sebelum beredar dari rumah nenek, emak sempat menjamah ……… pulut dan memakan ………. sirih.

A seketul ….. sekeping

B segenggam ….. sehelai

C sepotong ….. selembar

D secubit ….. sekapur

14. Tiap-tiap orang yang menyertai aktiviti gotong-royong itu membawa ……… penggali dan beberapa ……… dawai seorang.

A sebatang ….. gulung

B sebuah ….. gelung

C sekerat ….. lembar

D sebilah ….. utas

15. Emak menanam beberapa ……… sayur dan tiga ……… serai di belakang rumah untuk menjimatkan perbelanjaannya.

A baris ….. pucuk

B deret ….. kelompok

C batas ….. rumpun

D ikat ….. jambak

16. Dia menggunakan ……… tanah liat untuk dijadikan pinggan.

A sekepul C setompok

B segugus D segumpal

17. Hanya ………. penduduk di kawasan itu yang mendapat peluang masuk ke beberapa ……… maktab perguruan.

Page 10: Latihan Simpulan Bahasa

A segelintir ….. buah

B segolongan ….. biji

C sekelompok ….. deret

D sekumpulan ….. baris

18. Orang tua itu memilih beberapa ………. Jagung terbaik untuk dijadikan benih yang akan ditanam di ………. tanah terbiar.

A ulas ….. sekaki

B buah ….. sekumpulan

C biji ….. sekeping

D tongkol ….. sebidang

19. Pengawal yang bertugas ini memegang ………. senapang bagi menjaga keselamatan di ………. bangunan tinggi.

A sebilah ….. sebiji

B selaras ….. sebentuk

C sebatang ….. sebaris

D sepucuk ….. sebuah

20. Di atas para-para itu terdapat beberapa ………. pisang dan ………. rambutan.

A sisir ….. segugus

B sikat ….. sebutir

C biji ….. serumpun

D tandan ….. sejambak

21. Pemuda itu membeli ………. surat khabar mingguan di kedai Ali.

A sekeping C senaskah

B selembar D sehelai

22. ………. burung berterbangan di udara pada waktu pagi untuk mencari makan.

Page 11: Latihan Simpulan Bahasa

A Sepasukan

B Sekawan

C Serumpun

D Segerombolan