latihan bahasa tahun 5

Upload: harubiru75

Post on 03-Apr-2018

338 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    1/35

    KATA GANTI NAMA

    1. Walaupun Tok Deli sudah tua,namun _______ masih mampu membuat perahu.

    A beliau B dia C anda D engkau

    2. _______ berharap agar negari ini akan bertambah makmur, titah Sultan Perakkepada rakyat jelata.

    A Kita B Tuanku C Beta D Baginda

    3. Sebagai persembahan terakhir , _______ akan menyampaikan lagu BahteraMerdeka, kata ketua kumpulan koir itu.

    A mereka B kami C beta D kalian

    4. Kalau ada kelapangan, singgahlah ke bengkel batik ayah ________ di pantaiMarang, kata Ali kepada Abu.

    A kita B dia C beta D saya

    5. Maaf, _______. Tiket pementasan teater pada malam ini telah habis, katapetugas yang menjual tiket kepada wanita itu.

    A tuan B saudara C saya D puan

    6. _______ Sultan akan merasmikan Majlis Tilawah al-Quran PeringkatAntarabangsa yang ke-46.

    A Dia B Baginda C Anda D Saudara

    7. Hari sudah hampir petang. Mari _______ pulang, kata Halim kepada Danial.

    A kita B aku C kami D mereka

    8. Menurut peserta perkhemahan itu, _______ akan bermalam di Taman Negaraselama empat hari.

    A kalian B patik C mereka D kamu

    9. Apakah hajat tuanku datang ke teratak _______? tanya Mak Inang kepadaPuteri Bongsu.

    A beta B patik C saudari D baginda

    10. Tahukah _______ dari mana Samad memperoleh setem yang pelbagai bentuk itu?

    A ia B kami C aku D kamu

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    2/35

    KATA SENDI NAMA

    1. Pak Mus bekerja di lading kelapa sawitnya dari pagi hingga _______ petang.

    A di B ke C pada D kepada

    2. Hanya kain batik tulis lebih mahal ______ harga kain batik cap.

    A oleh B dengan C dari D daripada

    3. Pegawai Pendidikan Daerah Hilir Perak menyampaikan hadiah ______ parapelajar.

    A untuk B pada C kepada D ke

    4. Maria membeli sehelai selendang ______ ibunya sebagai hadiah hari jadi.

    A daripada B untuk C demi D bagi

    5. Cikgu Maya menasihatkan kami supaya mempunyai rasa belas kasihan _______haiwan.

    A terhadap B hingga C dalam D oleh

    6. Anak-anak harimau yang ditangkap itu berusia antara tiga _______ empat tahun.

    A di B dengan C kepada D hingga

    7. Oleh sebab rasa cinta _______ kebudayaan Melayu, Puan Hawasanggup

    menjelajah seluruh negara untuk membuat kajian.

    A dalam B untuk C akan D terhadap

    8. Pak Uteh menjaga potret yang dilukis _______ anaknya itu dengan baik.

    A sejak B oleh C tentang D dalam

    9. Pada setiap pagi, keadaan di pelabuhan itu sibuk _______ kapal dagang yangdatang dan pergi.

    A dengan B untuk C bagi D di

    10. Perajurit itu rela berkorban nyawa ______ kedaulatan tanah air yang tercinta.

    A pada B akan C demi D terhadap

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    3/35

    1. Pelancong asing gemar membeli-belah di pasar Budaya yang menjual _______jenis barangan kraf tangan yang menarik.

    A peratus B pentafsir C pengkhusus D pelbagai

    2. Pada kebiasaannya, mak andam akan memberi sekapur sirih _______ kepadabakal pengantin untuk menaikkan seri wajah pengantin semasa bersanding.

    A pemutih B pemanis C pemalu D penyegan

    3. Banyak pekerja dalam sector perkilangan terpaksa diberhentikan akibat _______ekonomi.

    A kesempitan B kegawatan C kemudahan D kenaikan

    4. Pada subuh yang hening itu, sayup-sayup _______ suara azan dari surau lama dikaki Bukit Melati.

    A ketinggalan B kemerduan C kedengaran D kelihatan

    5. Dalam _______ pagi itu Pak Ya dan Mak Siti sudah keluar menoreh getah di kebunTok Penghulu.

    A kedinginan B kepanasan C kemalaman D kesiangan

    6. Rakyat Malaysia perlu menghormati _______ undang-undang yang termaktubdalam perlembagaan.

    A kecantikan B kebanggan C kemaraan D kedaulatan

    7. Banyak spesies hidupan liar seperti harimau, gajah dan badak menghadapiancaman _______ yang semakin serius.

    A kerosakan B kepupusan C kematian D kelonggaran

    8. Kenderaan pacuan empat roda itu tersadai di tepi jalan merah kerana _______

    minyak.

    A kehabisan B kekurangan C kehausan D kebanjiran

    9. Anida _______ pagi itu kerana pada malam kelmarin dia tidur lewat untukmengulang kaji pelajarannya.

    A kesejukan B kesiangan C kepucatan D keputihan

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    4/35

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    5/35

    KATA GANDA

    1. _______ ramai tetamu yang diundang hadir pada malam ini.

    A Moga-moga B Senang-senang C Benar-benar D Entah-entah

    2. _______ awak yang menconteng buku-buku di sini, kata Hamid kepada Murad.

    A Asal-usul B Moga-moga C Jangan-jangan D Baik-baik

    3. Tali yang kendur itu diikat dengan ______ nya oleh Pak Mail.

    A senang-senang B sekuat-kuat C cepat-cepat D sebaik-baik4. Kereta Kancil itu ______ sebelum terhumban ke dalam parit.

    A berputar-putar B berpusing-pusing C bergerak-gerak D bergetar-getar

    5. Penagih dadah itu ______ kerana ketagihan dadah.

    A menggigil-gigil B menguap-nguap C merapu-rapu D meronta-ronta

    6. Bot penambang itu _______ membawa pelancong dari Seberang Takir ke PulauDuyung.

    A berpindah randah B bersimpang-siur C berulang-alik D berteka-teki

    7. Kulit Mamat menjadi hitam kerana bekerja di bawah terik matahari.

    A sehari-harian B semata-mata C semalam-malamanD selambat-lambatnya

    8. Pengemis yang tidur di bawah jambatan itu berpakaian _______.

    A tindak-tanduk B sorak-sorai C suku-sakat D compang-camping

    9. Kebakaran itu telah memusnahkan _______ ekar kawasan hutan.

    A beratus-ratus B berkali-kali C berpetak-petak D berbagai-bagai

    10. Mak Limah berlunjur di anjung rumah sambil _______ kakinya yang sakit setelahsehari-harian bekerja di sawah.

    A mengibas-ngibas B menjinak-jinak C mengurut-urutD menarik-narik

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    6/35

    IMBUHAN

    1. Sebanyak 12 orang ______dari universiti Malaya mengikuti program pertukaranpelajar di Japun itu.

    A seniman B usahawan C mahasiswi D olahragawati

    2. Setiap _______perlulah mematuhi tatacara pemanduan yang betul supaya dapatmengelakkan kecelakaan jalan raya .

    A pemandu B dipandu C berpandukan D pemanduan

    3. Masyarakat Melayu di desa masih menggunakan perkhidmatan bomoh untuk______ pelbagai penyakit .

    A ubatan B terubat C perubatan D mengubati

    4. Banyak pelancong dari luar negara amat mengagumi kain songket _______Terengganu .

    A tenunan B ditenun C menenun D penenun

    5. Kemajuan dari segi material dengan kemajuan dari segi moral harus kita ______untuk mewujudkan sebuah maju.

    A seimbang B diimbang C imbangi D imbangan

    6. Kuih seri muka itu saya _______ untuk nenek dan datuk yang baru tiba darikampung .

    A hidangan B hidangkan C dihidang D berhidang

    7. Puteri Cempaka Sari bukan sahaja ______ malahan baik budi pekertinya.

    A prasejarah B jururawat C jutawan D rupawan8. _______ itu mempamerkan lakonan yang sungguh berkesan dalam filem Paloh.

    A Budiman B Seniman C Hartawan D Peragawan

    9. _______Normadiah sangat terkenal dalam file-filem Melayu .

    A Seniwati B Budayawan C Jurucakap D Peragawati

    10. _______ Sharifah Aini sangat terkenal kerana kebolehanya menyanyikan lagu-lagu yang bercorak padang pasir.A Posnita B Karyawati C Biduanita D Ilmuan

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    7/35

    KATA ADJEKTIF

    1. Apabila hari ______ malam, barulah abang pulang ke rumah.

    A hampir B nyaris C ingin D dekat

    2. Abang berjalan dengan _______ apabila hujan mulai turun.

    A kencang B deras C laju D pantas

    3. Tiang telefon di tepi jalan itu sudah _______ .

    A bengkok B bongkok C condong D serong

    4. Oleh sebab badannya gemuk ,dia suka memakai pakaian yang ______ .

    A lebar B luas C longgar D lapang

    5. Kebanyakkan kayu jambatan itu sudah _______ .

    A rangup B lembut C retak D reput

    6. Gulai yang dimasak oleh kakak sudah _______ .

    A busuk B hangit C basi D tengit

    7. Tali itu diregangkan sehingga ______ .

    A beku B kaku C kejur D tegang

    8. Budak budak itu dilarang mandi di air yang _______.

    A kuat B jernih C deras D sejuk

    9. Ibu memasukkan beberapa hiris cili untuk menjadikan masakan itu lebih______ .

    A panas B pedas C hangat D masak

    10. Penjaga gol pasukan sekolah kami sungguh ______ .

    A bijak B cepat C cekap D ligat

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    8/35

    ANTONIM

    1. Cuaca pada petang itu redup, maka banyak orang yang keluar berjoging.

    A teduh B gelap C cerah D dingin

    2. Perahu nelayan itu mudik ke muara.

    A hulu B menghilir C kuala D muara

    3. Perniagaan ayah bertambah maju semenjak berpindah ke tapak yang baru.

    A mundur B berjaya C padan D cemerlang

    4. Tuan puteri sedang memetik bunga mawar yang kembang di taman.

    A segar B cantik C mekar D kuncup

    5. Walaupun mereka miskin, namun Pak Said sekeluarga hidup bahagia.

    A sengsara B damai C sejahtera D harmoni

    6. Wajah Farid sungguh tampan apabila memakai baju Melayu.

    A kacak B molek C hodoh D rupawan

    7. Nasi lemak ialah makanan kegemaran ayah.8.

    A kesukaan B kebencian C kemestiaan D kebanggaan

    8. Kecantikan Aini terserlah apabila dia mengenakan solekan.

    A terbentang B terpamer C terbuka D terlindung

    9. Pendapatan bulanan Amira sebagai akauntan sungguh lumayan.

    A sedikit B banyak C mewah D sederhana

    10.Safuan merupakan peserta acara individu dalam pertandingan menembak itu.

    A solo B persendirian C berkumpulan D peribadi

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    9/35

    SINONIM

    1 Bunga mawar yang ditanam oleh emaknya di taman itu sedang mekar.

    A layu B hidup C kuncup D kembang

    2 Puan Hasnah merupakan seorang wanita yang tabah menghadapi dugaan.

    A kuat B berani C gentar D kasar

    3 Ketika fajar menyinsing, kedengaran bunyi kicauan burung dan kokokan ayam

    dari desa itu.

    A petang B senja C malam D subuh

    4 Hasnul tidak dapat tidur nyenyaksemalam kerana diganggu nyamuk.

    A leka B lena C mudah D selesa

    5 Kucing ialah binatang yang boleh melihat dengan terang pada waktu malam.

    A sepi B nyata C jelas D kabur

    6.Pasar malam menjadi sunyi apabila malam semakin larut.

    A riuh B hiba C tenang D lengang

    7 Keluarga Khalidi memberi dorongan kepadanya untuk berjaya.

    A sumbangan B cadangan C hasutan D galakan

    8 Encik Jamali menunaikan amanat datuk dengan sebaik-baiknya.

    A wasiat B arahan C utusan D siasatan

    9 Mak Cik Zainab memukul ular yang melulur anak ayamnya petang semalam.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    10/35

    A menelan B mematuk C memakan D

    memagut

    10 Adik Suhaila fasih berbahasa Inggeris sejak dia berumur sepuluh tahun.

    A laju B yakin C tegas D petah

    Kata Bilangan

    empat setup ribuan beberapa setengah semua

    kedua-dua berminggu-minggu pertama berapa

    1. _______________ penonton membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil.

    2. _______________ belah pihak yang bertelagah itu tidak mahu mengalah.

    3. Inilah ________________ kali saya menjejakkan kaki ke Kelantan.

    4. __________________ orang muridkah yang menyertai rombongan itu ?

    5. Encik Murad mempunyai____________________ orang anak lelaki.

    6. ____________________ orang peserta tidak dapat meneruskan perlumbaanitu.

    7. ____________________ hari ayah menghantar adik ke sekolah.

    8. Rumah Fauziah kira-kira __________________ kilometer dari sini.

    9. Sudah ______________ lamanya usaha dijalankan untuk mencari budakyang sesat di hutan itu.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    11/35

    10. "Jangan makan ____________________ kuih itu, tinggalkan sedikit untuk adikkamu," kata Mak Siti.

    SIMPULAN BAHASA

    1. Pak Jumat yang _______ itu masih kuat mengusahakan kebun kelapanya.

    A bongkok sabut B manis mulut C kering hati D hati muda

    2. Abang terpaksa ber _______ apabila tapak gerai yang dipohonnya jatuh ketangan orang lain.

    A tikam lidah B gelap hati C putih mata D alih angina

    3. Farhana tidak gemar membeli pakaian di kedai itu kerana herganya _______ .

    A atas pagar B paku belanda C naik angin D kera sumbang

    4. Sikap Yasin yang suka _______ itu menyebabkan dia tidak disukai.

    A angkat mata B angkat kaki C angkat diri D angkat sumpah

    5. Ros tidak berani mendekati mangsa kemalangan itu kerana dia mudah _______.

    A hutang darah B naik darah C hisap darah D mabuk darah

    6. Pak Zaman dapat hidup senang hasil _______ nya berbakti kepada tanah.

    A titik peluh B makan suap C jalan buntu D kacang hantu

    7. Pekerja itu _______ menanggung kepayahan hidup di rantauan.

    A besar hati B ada hati C cekal hati D sampai hati

    8. Kecemerlangan Johari dalam peperiksaan telah menjadi _______ orangkampungnya.

    A buah hati B buah mulut C buah tangan D buah fikiran

    9. Ain mengambil sikap _______ dengan tidak memihak kepada sesiapa pun dalamperselisihan itu.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    12/35

    A atas pagar B pilih kasih C hentam kromo D berpeluk tubuh

    10. Pekerja itu sering ditipu oleh majikannya kerana dia _______ .

    A pekak badak B pisau cukur C pening lalat D buta huruf

    KATA SERU

    Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

    1________, pedihnya hatiku setelah ditinggalkan kekasih!

    A Aduh B Wah C Cis D Eh

    2________, pedihnya perutku kerana tidak bersarapan tadi!

    A Cis B Nah C Aduh D Wahai

    3________ pemuda pemudi, hendaklah kamu menjauhi najis dadah!

    A Amboi B Wahai C Wah D Cis

    4________, lihatlah gambar ini sebagai bahan bukti yang ada pada masa ini!

    A Syabas B Aduh C Nah D Eh

    5_______, pelik betul pakaian kamu lain daripada orang lain!

    A Eh B Syabas C Amboi D Aduhai

    6_______, atas kejayaan merebut Piala Malaysia buat kali ketiga berturut-turut!

    A Aduh B Wahai C Syabas D Aduhai

    7_______, bila agaknya tarikh pengumuman keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini!

    A Aduhai B Wahai C Wah D Eh

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    13/35

    8_______, cuba kamu perhatikan wanita yang berbaju merah di hujung sana!

    A Hai B Wah C Wahai D Syabas

    9______, aku tidak bersetuju menjual tanah pusaka itu untuk kegunaan masing-masing!

    A Ah B Hai C Syabas D Aduhai

    10_______, cantik sungguh model kereta Proton Persona keluaran terbaru Syarikat Proton!

    A Oh B Wah C Aduh D Wahai

    LATIH TUBI TATABAHASA : KATA PENGUAT

    Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan jawapan yang paling sesuai.

    1______________ pantas kuda berwarna putih itu berlari.

    A Nian B Benar C Sekali D Terlalu

    2 Haiwan yang ___________ besar di darat ialah gajah.

    A betul B benar C sekali D paling

    3 Antara batu permata itu, berlian yang ___________mahal.

    A paling B sekali C benar D betul

    4 Rasa kopi yang dibancuh oleh Ros _________ manis.

    A nian B agak C betul D benar

    5 Arumugam merupakan penjaga gol pasukan negara yang __________ handal.

    A paling B sekali C betul D nian

    6 Tulisan Sulaiman _________ cantik dan kemas.

    A sungguh B sekali C benar D nian

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    14/35

    7 Cerita yang dikarang oleh Maniam itu _________ menarik.

    A amat B betul C benar D sekali

    8 Rasa buah durian tembaga itu _________ sedap.

    A betul B benar C sekali D sangat

    9 Sang Kancil merupakan haiwan yang __________ pintar.

    A paling B sekali C betul D nian

    10 ________ cantik pemandangan yang kamu lukis ini, puji Halim kepada Zainal.

    A Sungguh B Sekali C Betul D Nian

    LATIH TUBI TATABAHASA : KATA BANYAK MAKNA

    1 I Usianya baru lima tahun..

    II Adik masuk ke bilik baru tidur.

    III Ayah Kamariah baru balik dari pejabat.

    IV Kevin merupakan pelajar baru di sekolah ini.

    A I dan II B II dan III

    C I, II dan III D I, III dan IV

    2 I Akal yang diberikan oleh murid kelas itu kurang memuaskan.

    II Mereka sedang berbincang tentang akal untuk masa depan.

    III Mereka mencari akal untuk melepaskan diri daripada penjahat itu.

    IV Kita harus menggunakan akal yang waras apabila membuat keputusan.

    A I dan II B I dan III

    C III dan IV D II, III dan IV

    3 I Bala pelajar yang berhimpun telah bersurai.

    II Bala yang melanda negara itu sungguh dahsyat.

    III Banyak bala yang diperoleh daripada perniagaannnya itu.

    IV Malaysia telah mengundurkan bala tenteranya dari Bosnia.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    15/35

    A I dan II B II dan IV

    C I, II dan III D II, III dan IV

    4 I Tingginya sama paras dengan saya.

    II Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan.

    III Paras wajahnya yang jelita membuatkan banyak jejaka yang terpaut hati.

    IV Hujan lebat selama dua hari menyebabkan paras air sungai itu meningkat.

    A I dan IV B II dan IV

    C I, II dan III D I, III dan IV

    5 I Dia laku dirinya seperti orang kaya.

    II Seseorang yang buruk laku akan dibenci orang.

    III Nasi lemak Mak Munah sangat laku dan habis dijual setiap hari.

    IV Melihat laku anak yang mabuk itu, Pak Dolah telah hilang sabar.

    A I dan II B II, III dan IV

    C I, II dan IV D II, III dan IV

    6 I Pakaian pengemis itu terlalu buruk.

    II Ibu membuang bunga mawar yang sudah buruk.

    III Niat buruk Rosman telah diketahui oleh teman-temannya.

    IV Keadaan menjadi bertambah buruk semenjak kami berpindah ke sini.

    A I dan II B II dan III

    C I, II dan IV D I, III dan IV

    7 I Kadar celik huruf di negara kita telah meningkat.

    II Kita mestilah sentiasa celik kalau tidak mahu ketinggalan

    III Encik Maniam celik gambar perkahwinannya pada setiap hari.

    IV Walaupun Kim Chong buta, dia boleh membuat perkara-perkara yang dapat dilakukan

    orang-orang yang celik.

    A I dan II B I dan IV C I, II dan IV D II, III dan IV

    PENJODOH BILANGAN

    1. Mak Leha memetik se_______ pucuk ubi dan beberapa ______ cili padi di kebunnya.

    A ikat ulas B cekakbiji C jemputbutir D rumpungenggam

    2. Pengakap muda itu mencari beberapa _______ kayu untuk mendirikan khemah.A buah B ketul C batang D kaki

    3. PaK Aji melepaskan beberapa ______ tembakan untuk menghalau monyet-monyet itu.A butir B biji C das D gugus

    4. Jika dilihat dari jauh, ekor arnab kelihatan seperti ______ kapas.A seketul B segumpul C selonggok D sehelai

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    16/35

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    17/35

    9.30 pagi - Cikgu Izan, guru hal ehwal murid membawaku ke hospital. Dalam perjalanan aku

    membisu sahaja. Fikiranku bercelaru. 10.30 pagi - Kami sampai di wad. Ibu dan sanak-saudara yang

    rapat telah sampai. Aku meluru ke arah ibu dan memeluknya. Ayahmu agak parah, beritahu ibu. Aku

    menangis tersedusedu.

    11.00 pagi : Jururawat membenarkan aku dan ibu masuk ke dalam wad. Ayahterlantar di atas katil. Kaki dan kepala ayah berbalut. Kupegang tangan ayah. Kurenungi wajah yang

    pucat lesi itu. Air mataku mengalir deras. Kulihat ibu mengesat air matanya.

    12.00 tengah hari : Ayah membuka matanya. Syukurlah ayah telah sedar daripada

    pengsan. Ibu memberitahu ayah bahawa kakinya patah dan kepalanya luka sedikit akibatkemalangan

    itu. Ayah kelihatan tenang sahaja tetapi sekali sekala wajahnya berkerut keranamenahan sakit.

    2.00 petang : Aku pulang ke rumah bersama Pak Cik Usin, bapa saudaraku. Pak

    Cik Usin memberitahuku bahawa motosikal ayah telah bergesel dengan kereta. Ayah terjatuh dan

    kakinya tertampan tiang lampu.

    1 Kenapakah perasaan penulis berdebar-debar apabila mengetahui Guru Besar

    memanggilnya?

    A Kerana dia bersalah menconteng dinding bilik air

    B Kerana dia bersalah datang lewat ke sekolah

    C Kerana tidak tahu sebab-sebab dia dipanggil

    D Kerana dia bimbang telah melakukan kesalahan

    2 Bagaimanakah perasaan penulis setelah mendapat berita tentang ayahnya?

    A Dia berasa amat sedih B Dia menangis hingga terduduk

    C Dia cuba bertenang dan duduk D Dia terkejut dan cuba menahan perasaan sedih

    3 Maksud membisu dalam petikan di atas ialah

    A menjadi bisu B sunyi sepi C mendiamkan diri D menenangkan diri

    4 Bagaimanakah keadaan ayah penulis akibat kemalangan itu?

    A Dia tidak sedarkan diri hingga ke petang B Kemalangan itu menyebabkan kakinya patah

    C Kaki dan kepalanya berbalut D Kakinya patah dan kepalanya luka

    5 Semua ini telah menimpa penulis KECUALI

    A dia sedang belajar ketika dipanggil oleh ketua pengawas

    B kaki ayah penulis patah akibat tertampan dengan motosikal

    C Cikgu Izan telah menghantar penulis ke hospital

    D penulis bersedih atas kemalangan yang menimpa ayahnya

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    18/35

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

    KERACUNAN MAKANAN

    PANTAI REMIS, 22 FEBRUARI Seramai 20 orang murid Sekolah Kebangsaan Kampung

    Selamat telah mengalami keracunan makanan. Mereka telah dihantar ke Pusat Kesihatan Pantai

    Remis untuk mendapatkan rawatan oleh guru-guru sekolah berkenaan. Kejadian ini mula berlaku

    pada pukul 11.30 pagi selepas waktu rehat. Kejadian ini telah disedari oleh guru yang bertugas

    pada minggu tersebut iaitu Puan Hajah Saleha binti Puteh.

    Kejadian ini kemungkinan besar berlaku akibat daripada nasi lemak yang dijual di kantin

    sekolah. Kebanyakan murid yang memilih menu tersebut telah mengalami sakit perut dan

    muntah-muntah. Seramai lapan orang murid mengalami sakit perut yang serius.

    Pihak sekolah telah mengambil tindakan pantas dengan membawa murid-murid yang

    keracunan makanan untuk mendapatkan rawatan. Pengusaha kantin pula dilarang meneruskan

    aktiviti jualan makanan pada hari tersebut. Pejabat Pelajaran Daerah Manjung juga telah

    dimaklumkan tentang kejadian ini.Sehingga pukul 4.00 petang, seramai dua belas orang murid telah dihantar ke Hospital

    Seri Manjung untuk mendapatkan rawatan selanjutnya. Keadaan mereka pada ketika ini agak

    stabil. Sementara itu murid-murid yang lain telah dibenarkan pulang. Pusat Kesihatan Pantai

    Remis telah mengesahkan semua murid ini telah mengalami keracunan makanan.

    Wakil Pusat Kesihatan Pantai Remis telah datang melawat kantin sekolah berkenaan.

    Kantin sekolah diarahkan tutup serta-merta. Pengusaha kantin itu telah diminta untuk

    membersihkan kawasan kantin dan sentiasa mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Kantin

    sekolah hanya akan dibuka sekiranya pihak Pusat Kesihatan berpuas hati dengan tahap

    kebersihan kantin tersebut.

    Apakah yang menyebabkan keracunan makanan di sekolah tersebut?

    A Kuih yang dijual B Nasi lemak yang dijual

    C Makanan yang dijual D Minuman yang dijual

    2 Apakah tanda-tanda awal yang menunjukkan murid-murid mengalami keracunan

    makanan?

    A Sakit perut B Muntah-muntah

    C Sakit perut yang serius D Sakit perut dan muntah-muntah

    3 Berapakah jumlah bilangan murid yang serius ketika mengalami keracunan

    makanan?

    A 8 B 10

    C 12 D 20

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    19/35

    4 Siapakah yang mengarahkah pengusaha kantin menutup perniagaan mereka?

    A Pejabat Pelajaran Daerah Manjung B Pusat Kesihatan Pantai Remis

    C Guru yang bertugas D Guru besar

    5 Semua penyataan di bawah benar tentang petikan kecuali ________________

    A Pusat Kesihatan Pantai Remis mengambil mangsa di sekolah untuk dirawat.

    B Pejabat Pelajaran Daerah Manjung tidak dimaklumkan oleh pihak sekolah.

    C Pengusaha kantin diarahkan menutup perniagaan mereka.

    D Guru Besar telah menyedari kejadian keracunan makanan

    Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.

    Selamat sejahtera diucapkan kepada Cikgu Hamat, Yang Berusaha Puan

    Halimah, Guru Kelas 6 Melur, guru-guru dan rakan-rakan sekalian.

    Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kerana diberi

    kesempatan untuk berucap pada majlis yang bersejarah ini. Sebenarnya saya tidak

    menyangka bahawa rakan-rakan akan mengadakan majlis perpisahan untuk saya.

    Terima kasih untuk kalian yang sudi mengadakan majlis untuk saya.

    Guru-guru dan rakan-rakan yang budiman,

    Saya akan berpindah ke Johor pada minggu hadapan. Hari ini ialah hari

    terakhir saya di sekolah ini.Saya berasa berat hati untuk meninggalkan rakan-rakan

    namun, saya terpaksa mengikut keluarga saya yang akan bertukar ke Johor. Ayah

    saya telah dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke jabatan lain di Johor Bahru. Selama

    saya di sini, banyak yang telah saya pelajari tentang masyarakat di negeri

    Terengganu. Mereka peramah dan suka menolong.

    Mereka juga sangat mementingkan kekeluargaan dan kejiranan. Itulah yang

    membuatkan hati saya tertambat di sini. Rakan-rakan pula banyak membantu saya

    dalam pelajaran dan kehidupan. Begitu juga dengan guru-guru yang baik hati dan

    tidak jemu-jemu menyuntik minda kami dengan ilmu yang berguna. Jasa para guru

    dan rakan akan tetap terpahat di hati saya.

    Rakan-rakan yang dikasihi,

    Walaupun saya akan berpindah dan mungkin tidak akan berjumpa lagi

    dengan teman-teman di sini, tetapi saya berharap agar hubungan kita tetap terjalin.

    Janganlah hendaknya rakan-rakan sekelas melupai saya setelah saya jauh di mata.

    Saya juga akan mengirim surat setelah berada di sana nanti.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    20/35

    Akhir sekali, ampun dan maaf saya pohonkan kepada guru-guru dan rakanrakan

    jika terdapat salah, silap dan keterlanjuran kata selama saya di sini.

    Sekian, terima kasih.

    1 Pada awal ucapan, penulis melahirkan perasaan...

    A takut. B sedih. C panik. D terkejut.

    2 Apabila ayahnya dinaikkan pangkat,penulis terpaksa...

    A menulis surat kepada kawan-kawannya.

    B meninggalkan guru-guru, kawan-kawan dan sekolah.

    C melupakan guru-guru dan kawan-kawannya di sekolah.

    D menyampaikan ucapan perpisahan kepada guru-guru dan rakan-rakan.

    3 Bagaimanakah cara penulis dan rakan-rakannya untuk terus berhubung setelah berpisah ?

    A Telefon, surat dan E-mel. B Telefon, wayarles dan radio.C Telefon, televisyen dan radio. D Surat, televisyen dan komputer.

    4 Berikut adalah punca penulis berasa berat hati untuk berpindah kecuali...

    A guru yang baik hati dan tekun mengajar. Bjiran yang peramah dan berbudi bahasa.

    C rakan yang mudah menghulurkan bantuan. D penduduk kampung sentiasa menghulurkan

    bantuan wang ringit.

    5 Frasa terpahat di hati dalam petikan bermaksud...

    A dekat di mata. B sentiasa di sisi. C segar dalam ingatan. D mesra dalam

    sanubari.

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

    Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Kegiatan kokurikulum bermaksud

    aktiviti yang dijalankan di luar bilik darjah. Semua murid diwajibkan menyertainya. Ada tiga

    jenisaktiviti yang dijalankan iaitu kelab, permainan dan unit beruniform.

    Dengan menyertai kegiatan-kegiatan ini murid-murid akan memperoleh banyak

    faedah.Anataranya, murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan. Contohnya, melalui

    pengakap murid-murid akan belajar jenis-jenis ikatan, cara mendirikan khemah dan

    sebagainya.

    Seterusnya kegiatan ini dapat mengelakkan diri murid-murid daripada membuang

    masa dengan kerja-kerja yang tidak berfaedah. Contohnya melepak, merayau-rayau, bergaul

    dengan budak-budak nakal dan sebagainya.

    Tidak ketinggalan juga semasa menjalani aktiviti kokurikulum murid-murid boleh

    berbincang dan bertukar-tukar fikiran tentang aktiviti yang dijalankan. Dengan itu dapat

    mengeratkan tali persahabatan.

    Di samping itu murid-murid akan memperoleh sijil penyertaan bagi unit-unit yang

    disertai. Sijil penyertaan ini sangat berguna apabila murid-murid memohon memasuki sekolah

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    21/35

    berasrama atau universiti. Itulah antara faedah murid-murid menyertai kegiatan kokurikulum.

    Oleh itu, muird-murid digalakkan menyertainya.

    1 Apakah kegiatan yang diwajibkan di sekolah-sekolah?

    A Pengakap B Kurikulum

    C Permainan D Kokurikulum

    2 Perkataan mengeratkan dalam petikan di atas bermaksud

    A mengikatkan B meningkatkan

    C mengukuhkan D mendekatkan

    3 Mengapakah murid-murid tidak digalakkan mensia-siakan masa?

    A Supaya murid-murid disayangi guru-guruB Supaya prestasi pelajaran tidak merosot

    C Supaya terhindar daripada perlakuan negatif

    D Supaya senang memasuki sekolah berasrama

    4 Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah-sekolah terbahagi kepada ...

    A tiga jenis. B empat jenis.

    C lima jenis. D enam jenis.

    5 Pilih pernyataan yang tidakbenar.

    A Aktiviti kokurikulum dimestikan kepada semua murid

    B Melalui permainan murid-murid dapat melapangkan fikiran

    C Aktiviti pengakap dapat melatih murid-murid hidup berdikari

    D Sijil kokurikulum menjamin murid melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama

    Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan berikutnya.

    Aku memang minat mengembara. Aku ingin mengembara dengan basikal. Setelah

    mendapat keizinan keluarga, aku pun mengayuh basikal menuju ke utara dengan

    berbekalkan sejumlah wang.

    Pada hari pertama, aku mengayuh sejauh 40 km. Selepas menempuh pelbagai

    cabaran dan dugaan, akhirnya aku bermalam di sebuah masjid, di bandar Taiping.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    22/35

    Pada hari kedua, perjalanan sejauh 50 km kutempuhi dalam hujan lebat. Aku

    singgah di rumah kenalanku, Sudin. Aku menceritakan keinginanku ke utara. Sudin ingin

    mengikutiku. Malam itu, aku bermalam pula di rumahnya.

    Keesokannya, aku dan Sudin mengayuh basikal ke Sungai Petani. Tayar basikal

    Sudin pancit. Sudin membonceng basikalku sambil menuntun basikalnya hingga ke kedai

    basikal.Malam itu, kami tidur di masjid. Sempat jugalah kami berbual tentang kisah lama.

    Pada hari berikutnya, kami meneruskan kembaraan ke Alor Setar. Sepanjang

    perjalanan, kami melihat panorama yang indah; sawah padi yang menguning, bukit-bukau

    dan gunung-ganang yang menghijau serta program pembangunan yang pesat di sana

    sini.

    Akhirnya kami selamat sampai ke rumah datuk. Dia terpaku apabila melihat aku

    dan Sudin tercegat di hadapannya.

    1 Apakah masalah yang mungkin akan dihadapi oleh seseorang pengembara?

    A Ilmu pengetahuan B Sumber kewangan

    C Orang-orang jahat D Cabaran dan rintangan

    2 Ke manakah tujuan aku?

    A Ke Sungai Petani B Ke Taiping

    C Ke Kedah D Ke Pulau Pinang

    3 Apakah rintangan yang terpaksa dihadapi oleh aku semasa mengembara?

    A Hujan dan panas B Kehabisan wang

    C Kawasan berbukit-bukau D Tiada tempat penginapan

    4 Mengapakah datuk terkejut apabila melihat aku dan Sudin?

    A Kerana dia tidak menyangka cucunya akan sampai ke Kedah dengan basikal

    B Kerana dia sedih melihat keadaan diri cucunya yang tidak terurus

    C Kerana cucunya ditemani oleh seseorang yang tidak dikenalinya

    D Kerana datuknya sudah lama tidak bertemu dengan cucunya

    5 Semua penyataan di bawah ini benar tentang petikan di atas kecuali

    A Semasa tayar basikal Sudin pancit, dia terpaksa mengayuh basikal "aku

    B Kegemaran aku dan kawannya, Sudin hampir sama

    C Perjalanan "aku ke rumah datuknya mengambil masa empat hari

    D Kebanyakan tempat tidur aku adalah di masjid

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    23/35

    Tulis 5 ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    24/35

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    25/35

    Tulis 5 ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    26/35

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    27/35

    Tulis 5 ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    28/35

    Tulis 5 ayat berdasarkan aktiviti yang terdapat dalam gambar

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    29/35

    Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangjawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    Ibu menyuruh Aminah ke kedai Pak Mat untuk membeli tepung gandum. Tanpa

    membantah, Aminah segera pergi ke kedai Pak Mat dengan menggunakan

    basikalnya. Dia menunggang basikal dengan berhati-hati kerana jalan ke kedai itu

    kurang baik. Lagipun ramai anak muda di kampung itu menunggang motosikal

    dengan laju.

    Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung. Dia terus balik, tanpa singgah di

    mana-mana. Sampai di rumah dia menyerahkan tepung dan wang baki itu kepada

    ibunya. Ibu Aminah memuji Aminah kerana cepat pulang bersama-sama barang yang

    dipesan. Ibunya juga memulangkan wang baki itu kepada Aminah.

    Aminah mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke

    dalam tabung. Aminah tersenyum keriangan kerana tabungannya bertambah dari

    semasa ke semasa.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    30/35

    Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangjawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    Shahrul merupakan murid tahun enam. Dia anak orang kaya Kampung Cermai.

    Shahrul sangat rajin dalam pelajarannya. Oleh sebab itu, prestasi pelajarannya

    sentiasa meningkat. Walaupun dia merupakan murid yang pandai, namun murid-

    murid lain tidak suka berkawan dengannya.

    Hal ini demikian kerana Shahrul bersikap sombong dengan kekayaan yang

    dimiliki oleh ibu bapanya. Bukan itu sahaja, malah dia sering menghina orang lain.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    31/35

    Pada suatu petang Rabu, Shahrul datang ke sekolah dengan menunggang

    basikal baru untuk menjalani aktiviti kokurikulum. Dia menunggang basikal dengan

    perasaan megah. Tiba-tiba dia terlanggar seketul batu lalu basikalnya terbalik.

    Shahrul tercampak ke dalam parit.

    Akibat daripada kemalangan itu kakinya patah. Murid-murid lain segera

    membantu mengangkat Shahrul dan memaklumkan kejadian itu kepada Cikgu Bakar.Cikgu Bakar segera membawanya ke hospital.Sebelum ke hospital, dia sempat

    mengucapkan terima kasih kepada kawan-kawan yang telah membantunya

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    32/35

    Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangjawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    Ahmad ialah posmen di sebuah pejabat pos. Beliau mempunyai seorangisteri dan dua orang anak. Beliau juga memelihara ibunya yang sudah tua.

    Sejak ibunya diserang sakit, kehidupan hariannya menjadi sibuk.

    Setiap hari, ketika hari masih lagi terang-terang tanah, Ahmad sudah pun

    menghidupkan motosikalnya untuk menghantar dua orang anaknya ke sekolah.

    Pulang daripada menghantar anaknya, Ahmad akan memandikan ibunya.

    Isterinya pula membantu Ahmad menyediakan makan dan minum untuk ibu

    mentuanya itu. Kemudian, Ahmad segera ke tempat kerja. Beliau sentiasa

    sampai awal di tempat kerja dan terus memulakan kerja dengan menyusun

    semua surat yang perlu dihantar.

    Beliau akan memastikan surat-surat yang dihantar sampai ke tempat yang

    dialamatkan. Di pejabat pula, Ahmad sangat menghormati ketua dan rakan

    setugasnya. Setelah berkhidmat selama 10 tahun, beliau telah dinaikkan pangkat

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    33/35

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    34/35

    Tulis beberapa nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjangjawapan kamu mestilah tidak kurang daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalamsatu perenggan.

    Hari ini hari Ahad. Halim, Salina dan ayahnya pergi berjoging di sekitar tamanperumahan mereka. Mereka suka berjoging di situ kerana suasana di taman itusungguh nyaman terutamanya pada waktu pagi.

    Satu jam kemudian, mereka pun pulang. Puan Midah telah menyediakan nasilemak dan air Milo sebagai sarapan mereka. Halim dan keluarganya bersarapanbersama-sama. Halim mengangkat pinggan mangkuk ke sinki dan Isma menolongibunya mencuci pinggan mangkuk tersebut. Halim pergi ke halaman rumah untukmenolong ayahnya mencuci kereta.

    Bila sampai di luar rumah, Halim mendapati ayahnya sedang berbual-bual denganjiran mereka, Encik Hong. Memang ayahnya dan Encik Hong selalu berbual-bual jika

    ada masa lapang. Halim mengucapkan selamat pagi kepada Encik Hong. Selepas itu,Halim dan ayahnya mencuci kereta bersama-sama.

  • 7/29/2019 Latihan Bahasa Tahun 5

    35/35