kritikan sosial dalam sulalatus salatin

3
Jawapan Pensejarahan Malaysia 3. Kemukakan kritikan sosial yang dibincangkan oleh penulis dalam Sulalatus Salatin Antara kritikan sosial yang dibincangkan oleh penulis dalam karya Sulalatus Salatin termasuk kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja. Contoh: dalam bab “Singapura Dilanggar Todak telah memaparkan kekejaman raja. Dalam bab tersebut, Raja telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilik Tuan Jana Khatib iaitu menilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan. Hal ini telah menyebabkan raja murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib. Apabila Tuan Jana Khatib dibunuh, maka berlakulah peristiwa yang luar biasa, iaitu hanya darahnya titik di Singapura, tetapi badannya ghaib dan terhantar di Lengkawi. Ekoran daripada pembunuhan Tuan Jana khatib, Singapura menerima bencana dilanggar ikan todak. Oleh itu, Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak. Selain itu, kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang. Kritikan sosial kedua adalah kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah. Cerita yang membuktikan kritikan sosial tersebut adalah dalam bab “Singapura di langgar todak”. Sebenarnya, Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh. Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan. Misalnya, Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing- masing untuk menahan serangan todak". Akhirnya, ramai rakyat dan hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak. Selain itu, kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja dan pemerintah juga dipapar oleh penulis dengan jelas. Misalnya, dalam bab “Singapura dilanggar todak”, Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura.

Upload: yi-ying

Post on 12-Jul-2016

84 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Kritikan Sosial Dalam Sulalatus Salatin

TRANSCRIPT

Page 1: Kritikan Sosial Dalam Sulalatus Salatin

Jawapan Pensejarahan Malaysia

3. Kemukakan kritikan sosial yang dibincangkan oleh penulis dalam Sulalatus Salatin

Antara kritikan sosial yang dibincangkan oleh penulis dalam karya Sulalatus Salatin termasuk kritikan terhadap kezaliman pihak pemerintah atau golongan raja. Contoh: dalam bab “Singapura Dilanggar Todak telah memaparkan kekejaman raja. Dalam bab tersebut, Raja telah menjatuhkan hukuman bunuh pada Tuan Jana Khatib kerana cemburu melihat keistimewaan ilmu menilik Tuan Jana Khatib iaitu menilik batang pinang hingga terbelah dua di hadapan raja perempuan. Hal ini telah menyebabkan raja murka dan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tuan Jana Khatib. Apabila Tuan Jana Khatib dibunuh, maka berlakulah peristiwa yang luar biasa, iaitu hanya darahnya titik di Singapura, tetapi badannya ghaib dan terhantar di Lengkawi. Ekoran daripada pembunuhan Tuan Jana khatib, Singapura menerima bencana dilanggar ikan todak. Oleh itu, Kekejaman raja menyebabkan negeri Singapura mendapat bala iaitu huru hara, kematian kejam akibat serangan todak. Selain itu, kezaliman lain dilakukan pihak raja seperti membunuh budak cerdik yang telah memberi idea agar hulubalang Singapura berkubukan batang pisang.

Kritikan sosial kedua adalah kritikan terhadap kejahilan raja/pemerintah. Cerita yang membuktikan kritikan sosial tersebut adalah dalam bab “Singapura di langgar todak”. Sebenarnya, Raja Singapura digambarkan sebagai seorang raja yang kurang cerdik, tidak mempunyai fikiran dan tidak berpandangan jauh. Idea atau cadangan yang dikemukakan raja membawa kemusnahan kepada rakyat bukannya membawa kebaikan. Misalnya, Raja mencadangkan "rakyat berkubukan betis masing-masing untuk menahan serangan todak". Akhirnya, ramai rakyat dan hulubalang mati, cedera parah, menanggung kesakitan akibat terkena tikaman jongor todak.

Selain itu, kritikan terhadap amalan diskrimanasi dan ketidakdilan golongan raja dan pemerintah juga dipapar oleh penulis dengan jelas. Misalnya, dalam bab “Singapura dilanggar todak”, Raja Singapura tidak memberi penghargaan sewajarnya kepada budak cerdik yang telah menyelamatkan Singapura. Golongan pembesar negeri merasa dengki dan bimbing kedudukan mereka akan terancam apabila budak cerdik dari keturunan rakyat biasa ini dewasa nanti kerana dia sangat cerdik dan pintar. Jadi, pembesar mencadangkan agar budak cerdik segera "dihapuskan" (dihukum bunuh). Hal ini telah menunjukkan golongan raja menggunakan kuasa mutlak yang dimiliki untuk menjaga kepentingan golongan mereka sahaja.Namun begitu, rakyat tidak mempunyai hak dan tidak boleh sama sekali menentang raja walaupun ternyata rakyat berada di pihak yang benar kerana mereka di bawah konsep daulat dan derhaka.

Di samping itu, kritikan terhadap sifat keangkuhan (ego) raja ingin menunjukkan kehebatan diri dan ingin sesuatu yang luar biasa atau berbeza dengan orang lain juga diterang oleh penulis dalam karyanya. Dalam cerita “peminangan Puteri Gunung Ledang” -kritikan sosial telah ditunjuk atas sikap Sultan Mahmud Syah apabila baginda ingin mendapatkan seorang wanita yang sangat cantik dan istimewa bukan dari golongan manusia biasa. Antara gambaran keangkuhan Sultan Mahmud Syah yang jelas ditunjukkan adalah baginda bersedia memenuhi syarat-syarat peminangan iaitu menyediakan barang-barang hantaran yang diminta seperti hati nyamuk, air mata, air pinang muda dan lain-lain. Namun,

Page 2: Kritikan Sosial Dalam Sulalatus Salatin

barang-barang ini yang diminta amat sukar diperolehi dan agak luar biasa tetapi kerana keegoannya yang tinggi Sultan Mahmud Syah, rakyat sanggup menyediakan barang-barang tersebut.

Tambahan pula, kritikan terhadap kekejaman dan penindasan golongan raja terhadap rakyat jelata telah dipaparkan dalam karya tersebut. Contohnya, dalam cerita peminangan Puteri Gunung Ledang. Sultan Mahmud Syah yang bersikap kekejaman telah dibuktikan apabila baginda sanggup menyediakan jambatan emas dan perak merentangi dari istana Melaka ke Gunung Ledang. Hal ini telah menunjukkan sultan sanggup memeras harta benda rakyat demi kepentingan dirinya. Raja sanggup "mendera" rakyat jelata menyediakan sesuatu yang amat sukar dicari seperti hati nyamuk, air mata dan air pinang muda.Selain itu, cerita “Singapura dilanggar toda” juga menunjukkan kritikan sosial iaitu raja tidak menilai dan menghargai nyawa rakyatjelata hingga sanggup menitahkan rakyat berkubukan betis masing-masing.

Akhirnya, kritikan terhadap raja yang memiliki moral/akhlak yang rendah seperti sifat pilih kasih, pendendam, berkepentingan diri, tidak bertanggungjawab, gila perempuan dan sebagainya juga merupakan salah satu kritikan sosial yang diwujud dalam karya tersebut. Dalam cerita “peminangan Puteri Gunung Ledang.” Penulis telah menggambarkan Sultan Mahmud tidak sanggup menyediakan darah Raja Ahmad semangkuk (salah satu syarat peminangan). Oleh itu, Sultan Mahmud Syah tidak sampai hati membunuh putera sendiri demi untuk dirinya tetapi baginda sanggup menyiksa rakyat demi memuaskan nafsu serakahnya.