konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian

34
Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Konsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan. Pentaksiran Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri penguasaan sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai,

Upload: cgu-nick

Post on 22-Dec-2015

57 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

Konsep Pentaksiran, Pengujian dan PenilaianKonsep Pentaksiran, Pengujian dan Penilaian

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran

dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya.

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua

faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan

tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam

dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara

khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan

ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

Pentaksiran

Pentaksiran adalah suatu proses yang meliputi pelbagai kaedah untuk menentukan

tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran

merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada

kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di

universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh

pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran

adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang

prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk

menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,

mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

serta membantu guru untuk membaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui

pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan

murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas

secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan

yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor

dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat

dinilai melalui beberapa ciri seperti ;

1. i. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa

skrip jawapan.

2. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan

kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau

berasaskan sekolah.

3. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang

maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan

menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.

< !--[if !supportLists]--> iv. <!--[endif]-->Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan

yang mewakili semua objektif yang penting.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran

iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan.

Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh,

kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau

pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual.

Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan

sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula

merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak,

misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur

secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh

diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan

pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh

dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45,

walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar

pula tidak juga

boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran

yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah

petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan

pembaris.

Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan

pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka

sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan

supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus

di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur‘penguasaan’

pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk

tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk

‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap

penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada

jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di

universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian

berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu

memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat

dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara

memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai

“markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap

berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.

Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti

pelaksanaan/

pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui

pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah

menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat

melalui

pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik

darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah

sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi

menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian

dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia

akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah

ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu

cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan

bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam

pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat

yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M)

di kalangan murid sekolah rendah. Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering

kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin

diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara

mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya.

Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat

merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan

maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan

dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.

Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran

dan

pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya.

Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian

pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran

pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat

lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat

dengan

menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian

atau temubual.

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran

Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan

tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan

dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan

digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai

konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan

dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang

demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan Pentaksiran pengujian penilaian

Definisi Sebuah proses

yang menentukan

peringkat

pencapaian dan

prestasi seseorang

individu atau murid

Satu alat yang

sistematik untuk

menilai dan

mengukur

perubahan dalam

sesuatu aspek

tingkah laku.

Sebuah proses menentukan

perubahan tingkah laku dan

membuat pertimbangan nilai.

Tujuan Bagi membuat

pengelasan

terhadap

Untuk menentukan

pencapaian

terhadap sesuatu

Memberi maklumat tentang

pencapaian objektif

pembelajaran. Kaedah

pencapaian dan

kedudukan dalam

pembelajaran

pembelajaran mengajar dan kurikulum.

Bentuk < !--[if !supportLists]--

>1. <!--[endif]-->Set

ujian bertulis

dengan markah dan

gred

< !--[if !supportLists]--

>1. <!--[endif]--

>Pemerhatian

< !--[if !supportLists]--

>2. <!--[endif]--

>Ujian lisan

< !--[if !supportLists]--

>3. <!--[endif]--

>Ujian bertulis

< !--[if !supportLists]-->1. <!--

[endif]-->Jadual

< !--[if !supportLists]-->2. <!--

[endif]-->Gred berdasarkan

teknik perangkaan

Proses

perlaksanaan

Menjalankan proses

pengujian

menggunakan set

ujian dan kemudian

mencatat atau

merekod markah

serta memberi gred

Menyediakan set

ujian berdasarkan

cara ujian yang

ingin dijalankan.

Melakukan

pentadbiran semasa

menjalankan ujian

dan seterusnya

menjalankan

pemeriksaan

terhadap set ujian

yang telah

dijalankan.

Menentukan kaedah

pengukuran yang ingin

dijalankan dan melakukan

proses pengukuran dan

penganalisaan semasa

pengukuran dilakukan.

Kemudian proses interpretasi

dijalankan sebelim melapor

dapatan kajian dan tindakan.

Masa Selepas sesi

pembelajaran

Selepas sesi

pembelajaran

Boleh dijalankan sebelum,

semasa atau selepas sesi

pembelajaran

liputan Terhad kepada

sesuatu peringkat

pembelajaran

Terhad kepada

sesuatu kemahiran

atau pembelajaran

yang telah

disampaikan

Menyeluruh terhadap

sesuatu pembelajaran

sehingga kepada

keseluruhan sesebuah

kurikulum

keputusan Menunjukkan

pencapaian secara

relatif

Menunjukkan

prestasi sesuatu

kemahiran atau

penguasaan

pembelajaran yang

spesifik

Menunjukkan pencapaian

keseluruhan seseorang

individu namun tidak hanya

menggambarkan kebaikan

individu tersebut.

Rumusan

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan yang

dijalankan oleh guru di bilik darjah membantu guru dalam mempertingkatkan

pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu guru dalam

memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan mengesan kelemahan pelajar.

Jadual Spesifikasi Ujian

Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan.

Banyak pertimbangan yang harus dibuat semasa menyediakan soalan ujian. Ujian

sebaiknya mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang mungkin merangkumi

komponen pengetahuan, kemahiran, dan sikap yang telah ditetapkan. Pertimbangan

ini dibuat bagi memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang

relevan dengan sukatan pelajaran atau objektif pengajaran yang telah disampaikan

di dalam kelas. Penggubalan kertas ujian perlu mengikuti pelbagai proses, termasuk

penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

JSU adalah sebuah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi

kandungan iaitu konstruk yang ditaksir, pemberatan setiap konstruk, konteks, san

pemberatan taburan aras kesukaran. Tujuan JSU disediakan adalah untuk

menghasilkan set soalan yang lebih berkualiti berbanding soalan yang hanya

disediakan secara spontan dan tidak mengikuti aras ilmu. Selain itu, penyediaan

JSU dapat membantu menghasilkan soalan yang mempunyai kesahan dan

keutuhan.

Langkah Pembinaan JSU

Terdapat empat langkah yang perlu dijadikan panduan semasa membina Jadual

Spesifikasi Ujian ini. Langkah-langkah tersebut dijelaskan dalam rajah berikut:

Rajah : langkah pembinaan JSU

Langkah yang pertama adalah mengkaji sukatan pelajaran untuk memperoleh

maklumat yang menyeluruh tentang kurikulum yang telah dibina. Kandungan

sukatan pelajaran perlu dianalisis untuk menentukan kepentingan tiap-tiap tajik

kandungannya. Antara aspek yang dikaji ialah skop dan kedalaman pengajaran bagi

sesuatu tajuk. Pendekatan yang telah diambil oleh guru dalam pengajaran sesuatu

tajuk dan kepentingan bandingan diantara satu tajuk dengan tajuk-tajuk lain juga

diamabil kira. Sukatan pelajaran perlu untuk dianalisis untuk melihat sejauh mana

kompleksiti sesuatu tajuk dan masa pengajaran yang diperuntukkan masabagi

sesuatu tajuk bermain tersebut.

Langkah yang kedua adalah menganalisis objektif pengajaran. Objektif pengajaran

ini dianalisis untuk menentukaan pelajaran, pengetahuan dan kemahiran yang perlu

diuji. Analisis objektif pengajaran ini juga untuk menentukan tahap kesukaran mana

yang perlu diuji. Lazimnya aras pengetahuan dan kemahiran diasaskan kepada

pembahagian yang dibuat oleh Bloom dan rakan-rakannya dalam kajian mereka.

Maklumat-maklumat di atas adalah penting kepada penggubal kertas kerana ujian

dan pembina soalan ujian untuk menentukan jenis dan bilangan soalan ujian yang

perlu dibina. Berdasarkan penganalisaan inilah JSU dibina. Lazimnya JSU

mengandungi tiga paksi utama iaitu paksi kandungan yang biasanya mengandungi

tajuk atau subtajuk, paksi kedua adalah paksi kemahiran yang biasanya

mengandungi aras kemahiran, dan paksi yang ketiga adalah paksi wajaran yang

mengandungi peratus pemberatan setiap tajuk dan bilangan soalan.

Langkah yang ketiga adalah menentukan jenis soalan yang sesuai. Setelah

menentukan domain objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang

ingin diukur, kita seharusnya dapat menggubal dan membentuk soalan yang sesuai

berdasarkan tajuk, peringkat atau aras kemahiran seterusnya membina soalan yang

bersesuaian dengan isi pengajaran dan tahap kecedasan murid.

Langkah yang keempat dalam pembinaan JSU adalah menentukan bilangan soalan.

Jumlah soalan harus mencukupi untuk mewakili kandungan pengajaran domain

objektif pengajaran dan peringkat objektif pengajaran yang hendak diukur. Jumlah

soalan adalah penting kerana ia mempengaruhi kebolehpercayaan dan kesahan

sesuatu ujian. Kebolehpercayaan ujian adalah keupayaan sesuatu ujian memberi

markah yang sama, sekiranya pelajar menjawab semula ujian tersebut. Kesahan

pula bermaksud keupayaan sesuatu soalan mengukur apa yang telah digariskan.

Selain memberi perhatian kepada kebolehpercayaan dan kesahan ujian, penentuan

jumlah soalan juga perlu mengambil kira masa ujian, jenis soalan, dan kesukaran

ujian, yang bergantung pada objektif pengajaran, panjang soalan, kemampuan

bahasa murid dan lain-lain.

Kepentingan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU)

JSU yang lengkap dibina dengan baik akan sangat membantu penggubal kertas

ujian dan pembina item soalan ujian. Antara kepentingan penyediaan JSU adalah

seperti dapat membina dan menyediakan soalan ujian secara lebih terangcang dan

sistematik. Selain dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan. JSU

akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan soalan, ini berdasarkan kesahan

dari segi pensampelan sukatan pelajaran dapat dijamin. Pembinaan JSU juga dapat

menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari semasa ke semasawalaupun

dibina oleh pembina solan yang berbeza. Soalan yang akan dibina juga pastinya

mengikuti taburan tajuk secara seimbang dan meliputi keseluruhan pelajaran. Maka

dengan itu, perbandingan dapat dibuat diantara satu ujian dengan ujian yang lain.

Rumusan

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) merupakan aspek penting dalam penyediaan sesuatu

ujian. Ujian yang tidak mempunyai perancangan yang rapi biasanya tidak

mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Cara yang baik untuk

merancang sesuatu ujian adalah dengan menyediakan JSU yang merupakan

rancangan persediaan item atau soalan. Dalam sesebuah penilaian, JSU

mempunyai peranan yang penting.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

TAKSONOMI BENJAMIN S.BLOOM DAN DAVID R. KRATHWOHLhttp://www.ddhamidon.com/2012/08/taksonomi-benjamin-sbloom-dan-david-r.html

Taksonomi

(Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas).

Taksonomi (daripada kata kerja bahasa Greek tassein = "untuk mengelaskan" dan nomos = undang-undang, sains, cf "ekonomi") merujuk kepada sains pengelasan hidupan (sila lihat taksonomi alfa) dan sistem pengelasan dalam sebilangan bidang yang lain.

Pada suatu masa, taksonomi hanya merujuk kepada sains pengelasan organisma hidup tetapi kemudian, perkataan itu digunakan untuk erti yang lebih luas, dan boleh juga merujuk kepada pengelasan barang-barang, atau prinsip-prinsip pengelasannya. Hampir semua benda, objek bernyawa, objek tak bernyawa, tempat, dan peristiwa, boleh dikelaskan menurut skim taksonomi.

Taksonomi-taksonomi sering mempunyai struktur hierarki. Bagaimanapun, taksonomi boleh juga merujuk kepada skim-skim perhubungan, selain daripada hierarki, umpamanya struktur rangkaian.

Dari segi matematik, taksonomi yang berhierarki adalah satu struktur pohon bagi mengelaskan satu set benda. Di atas struktur ini terdapat satu kelas tunggal, iaitu nod akar, yang digunakan untuk semua objek. Nod-nod di bawah akar ini ialah kelas-kelas yang lebih khusus dan digunakan untuk subset-subset bagi semua benda yang dikelaskan. Umpamanya, bagi skim-skim pengelasan saintifik yang umum untuk organisma-organisma, akarnya ialah organisma (oleh sebab ini digunakan untuk semua hidupan). Di bawahnya ialah domain, alam, filum,kelas, susunan, famili, genus, dan spesies, dengan taraf yang lain kekadangnya disisip.

Sesetengah orang memperdebatkan bahawa akal manusia menyusun pengetahuan dunia dalam sistem-sistem tersebut secara automatik. Pandangan ini adalah berdasarkan epistemologi Immanuel Kant. Ahli-ahli antropologi telah memperhatikan bahawa, secara amnya, taksonomi

terbenam dalam kebudayaan tempatan dan sistem-sistem sosial, dan telah dipergunakan untuk pelbagai fungsi sosial.

Mungkinnya, kajian yang paling terkenal dan berpengaruh untuk taksonomi folk ialah Bentuk Asas Kehidupan Beragama yang dibuat olehEmile Durkheim. Teori-teori Kant dan Durkheim juga mempengaruhi Claude Levi-Strauss, pengasas strukturalisme antropologi. Levi-Strauss telah menulis dua buah buku taksonomi yang penting, iaitu Totemisme dan Akal Buas.

Taksonomi-taksonomi seperti yang dianalisis oleh Durkheim dan Lévi-Strauss kekadangnya dipanggil taksonomi folk untuk membezakannya daripada taksonomi saintifik yang mendakwa bahawa sistem-sistemnya telah diasingkan daripada perhubungan sosial dan oleh itu, adalah objektif dan sejagat.

DOMAINDomain tidak mempunyai difinisi tertentu,berbagai maksud boleh ditakrifkan sebagai domain antaranya:

Peranti storan yang menggunakan filem nipis untuk mewujudkan satu domain magnet yang boleh digunakan untuk menyimpan data.

kawasan yg dimiliki atau dikuasai oleh seseorang pemimpin atau sesebuah kerajaan: Mereka tidak akan keluar dr ~ itu. 2 kumpulan atau liputan bagi sesuatu yg dibincangkan atau bagi sesuatu masalah yg hendak diselesaikan.

kawasan yg dimiliki (dikuasai, ditadbirkan dsb) oleh seseorang atau sesuatu pihak, kawasan kekuasaan, mandala: dia tidak akan keluar dr ~ kekuasaan itu; 2. lapangan atau bidang (spt kegiatan, pe-mikiran, pengetahuan dsb), mandala: tumpuan hanya akan diberikan kpd perspektif pendidikan dan penerbitan buku dlm ~ sains dan teknologi sahaja; ruang bagi tiap-tiap bidang atau ~ itu hendaklah dinyatakan secara eksplisit; 3. (Komp) kumpulan medan bagi fail dlm model sistem pengurusan pangkalan data; 4. (Komp) kawasan liputan bagi masalah yg hendak diselesaikan.

BENJAMIN S. BLOOMBenjamin S. Bloom dilahirkan pada 21 February 1913 di Lansford, Pennsylvania, dan meninggal pada 13 September 1999. Mendapat Ijazah dan Master dari Universiti Pennsylvania pada tahun 1935 dan Ph.D. pendidikan dari Universiti Chicago pada bulan March1942.

TAKSONOMI BLOOM (TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM )

Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

ADUAL TAKSONOMI KOGNITIF BLOOM (1956)

1.Aras PengetahuanAras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. 3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuanPelajar perlu menggunakan proses mental.Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

2.Aras KefahamanAras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga.1.Penterjemahan .Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.2 Mentafsir (Interpretasi) .Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.Menerangkan idea dalam ayat sendiri.Ekstrapolasi dengan Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini anataranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.Ciri-ciri soalan aras kefahaman melibatka Proses mental,maklumat asas telah diajar,perlu bahan atau alat komunikasi dan pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

3.Aras AplikasiAras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan,

selesaikan, susunkan, dan gunakan.Ciri-ciri soalan aras aplikasi ialah menggunakan proses mental aplikasi• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

Aras AnalisisAras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis• Soalan menggunakan proses mental analisis• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.• Situasi, dokumen perlu dianalisis• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

Aras SintesisAras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria

yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

DAVID R. KRATHWOHL David R. Krathwohl adalah pengarah Biro Penyelidikan .Pendidikan di Michigan State University,beliau juga merupakan bekas presiden PersatuanPenyelidikan Pendidikan Amerika. Beliau telah berkhidmat dalam berbagai bidang, antaranya anggotajawatankuasa penasihat untuk Biro Penyelidikan USOE dan pengerusi lembaga trusties Wilayah Timur Institut Pendidikan. David R. Krathwohl dulunya adalah murid kepada Benajamin Bloom, yang menciptakan Taksonomi Bloom.Beliau kemudiannya melakukan beberapa penelitian dan mengembangkan lagi taksonomi tersebut. Banyak pendapatnya dipengaruhi oleh Bloom.

1.KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIANSecara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamatnya. Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi guru dalam membuat sesuatu keputusan dengan tepat. Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini digunakan secara bertukar ganti. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai makna yang spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

1.1PentaksiranPentaksiran adalah suatu proses yang meliputi berbagai kaedah untuk menentukan tahap sesuatu ciri atau atribut yang diperolehi seseorang individu. Pengukuran merupakan suatu proses kuantifikasi dengan memberi nilai angka kepada kewujudan sesuatu ciri dan atribut. Dalam pengajaran dan pembelajaran di universiti, kewujudan ciri “penguasaan” sesuatu isi kursus yang diajar oleh pensyarah pada pelajar dikuantifikasikan dengan memberi skor ujian. Pentaksiran adalah bertujuan sebagai salah satu proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Pentaksiran juga dapat digunakan untuk menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran serta membantu guru untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Melalui pentaksiran yang dijalankan, guru dapat merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Guru dapat melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif dan dapat merancang serta melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang berkesan.pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan mengintepretasi pembelajaran seseorang murid. Pentaksiran yang baik dapat dinilai melalui beberapa ciri seperti ;

1. Keobjektifan iaitu berdasarkan ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.

2. Kebolehtadbiran susulan iaitu berdasarkan kelicinan dan kerja-kerja yang dilaksanakan secara berpusat atau berasaskan sekolah.

3. Kemudahtafsiran berdasarkan calon iaitu bergantung tentang maklumat tentang calon skor, mendiskriminasikan, dan menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian.

4. Menyeluruh iaitu mengandungi soalan-soalan yang mewakili semua objektif yang penting.

Terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan dalam menjalankan pentaksiran iaitu seperti pemerhatian, lisan dan penulisan. Petaksiran boleh juga dibuat tanpa menggunakan pengujian. Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang murid boleh diukur melalui pemerhatian atau pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Justeru, kita boleh menganggapkan pentaksiran sebagai proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah tertentu, manakala pengujian pula merupakan salah satu daripada kaedah tersebut. Pentaksiran tidak bersifat mutlak, misalnya, pengukuran keupayaan mental seseorang sudah tentu lebih sukar diukur secara tepat berbanding ketinggian fizikalnya. Ketinggian fizikal seseorang boleh diukur secara tepat dengan menggunakan alat ukur yang tepat seperti penggunaan pembaris. Seterusnya, seseorang pelajar yang mendapat skor 90 tidak boleh dianggap mengetahui dua kali ganda daripada pelajar yang mendapat skor 45, walaupun skor 90 itu dua kali ganda 45. Seseorang pelajar yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai tidak mempelajari/ mengetahui tentang sesuatu pelajaran yang diajar guru. Ini jelas menunjukkan ukuran aspek-aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana ukuran ketinggian fizikal pelajar menggunakan pembaris.Justeru, seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi menjalankan pentaksiran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai

kecacatan, maka sudah pastilah ukuran yang diperoleh juga tidak tepat.

1.2 Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu kursus di universiti. Ujian adalah alat ukur. Ujian digunakan bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di universiti, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

Hasil daripada pemarkahan jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai “markah” akan diberikan kepada pelajar tersebut. Pengujian menjelaskan tahap berapa baiknya prestasi pelajar yang diuji.Proses pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan, kemahiran atau sikap yang ingin disampaikan guru.

Kesimpulannya, pengesanan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah. Justeru, kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, malah sama pentingnya dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

1.3 PenilaianPenilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian, ia akan membolehkan kita membuat anggaran, sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam

menyelesaikan sesuatu masalah. Misalnya, dalam pendidikan, penilaian dapat menyelesaikan masalah tentang pencapaian matlamat yang ditetapkan, seperti menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) di kalangan murid sekolah rendah.

Dalam membuat penilaian, anda mungkin sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya, tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang dianggapkan mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian, kita akan dapat merancang langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat. Banyak definisi telah diberikan kepada istilah “penilaian”.

Penilaian boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara.Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil program pengajian berbanding matlamat asalnya. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui ujian yang dijalankan. Tindakan susulan guru ialah menilai ukuran pencapaian tersebut dengan menggunakan keputusan ujian itu bersama maklumat lain yang berkaitan. Selain menggunakan data kuantitatif, penilaian juga boleh dibuat dengan menggunakan data berbentuk kualitatif seperti yang diperoleh daripada pemerhatian atau temubual.

Perbandingan Pengujian, Penilaian dan Pentaksiran

Secara umumnya pengujian,penilaian dan pentaksiran digunakan untuk menentukan tindakan susulan yang harus dilakukan oleh pihak tertentu untuk penambahbaikan dalam aspek kaedah, pendekatan yang digunakan, teknik dan starategi yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun pengukuran,pengujian, penilaian dan pentaksiran mempunyai konsep yang berbeza dan setiap daripadanya mempunyai hasil yang berlainan dalam membantu proses pentaksiran dijalankan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian perbezaan konsep pengujian, penilaian dan pentaksiran ialah:

perbandingan

Pentaksiran ,pengujian ,penilaian

Definisi

Sebuah proses yang menentukan peringkat pencapaian dan prestasi seseorang individu atau murid

Satu alat yang sistematik untuk menilai dan mengukur perubahan dalam sesuatu aspek tingkah laku.

Sebuah proses menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan nilai.

Tujuan Bagi membuat pengelasan terhadap pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran Untuk menentukan pencapaian terhadap sesuatu pembelajaran Memberi maklumat tentang pencapaian objektif pembelajaran. Kaedah mengajar dan kurikulum.

Bentuk 1. Set ujian bertulis dengan markah dan gred 1. Pemerhatian2. Ujian lisan3. Ujian bertulis 1. Jadual2. Gred berdasarkan teknik perangkaan

Proses perlaksanaan Menjalankan proses pengujian menggunakan set ujian dan kemudian

mencatat atau merekod markah serta memberi gred Menyediakan set ujian berdasarkan cara ujian yang ingin dijalankan.

Melakukan pentadbiran semasa menjalankan ujian dan seterusnya menjalankan pemeriksaan terhadap set ujian yang telah dijalankan.

Menentukan kaedah pengukuran yang ingin dijalankan dan melakukan proses pengukuran dan penganalisaan semasa pengukuran dilakukan.

Kemudian proses interpretasi dijalankan sebelim melapor dapatan kajian dan tindakan.

Masa Selepas sesi pembelajaran Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas sesi pembelajaran

liputan

Terhad kepada sesuatu peringkat pembelajaran Terhad kepada sesuatu kemahiran atau pembelajaran yang telah disampaikan Menyeluruh terhadap sesuatu pembelajaran sehingga kepada keseluruhan sesebuah kurikulum

keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan prestasi sesuatu kemahiran atau penguasaan pembelajaran yang spesifik Menunjukkan pencapaian keseluruhan seseorang individu namun tidak hanya menggambarkan kebaikan individu tersebut.

2 PEMBINAAN UJIAN2.1 Pendahuluan

Guru bahasa seharusnya sedar tentang kedudukan dan kepentingan penilaian pendidikan bahasa .Pencapaian pembelajaran pelajar, kelemahan dan kekuatan penguasaan pelajar ini berguna bagi meningkatkan kualiti P&P.

2.2 Jenis-jents UjianBerikut ialah beberapa jenis ujian iaitu ujian objektif dan ujian subjektif,

2.3 Ujian ObjektifItem ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item jawapan pendek, item jenis padanan. item jenis aneka pilihan dan kloz.Item Respons Sebasi. Jenis soalan:

contoh:a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)ii. Item Melengkapkan Penyataan

contoh:a) Kita mesti__________bermain sekarang kerana hujan sudah turun.b) Saya terpaksa__________adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pitihan)Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah- BetulItem ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi pernyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betut (B) atau salah (S), Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS) pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item PadananItem Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/ perkara di sebelah kanan.

Kata Bitangan

Contoh

1. Kata Adjektif Satan A. Gadis cantik itu anak Pak Zaini.

2. Kate Adjektif Pancaindera B. Budak balk selalu dipuji

3. Kate Adjektif Bentuk C. Jalan bengkok ke kampung itu telah ditutup

4. Kate Adjektlf Perasaan D. Dia amat rindu akan emaknya.

Item Aneka PilihanItem aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang berikut.a. Item aneka pilihan berbentuk soalanb. Jenis jawapan terbaikc. Analogi Item Jenis Cantuman

Teknik KlozTeknik menggunakan ujian kloz, sebagai alat bagi menguji kefahaman bacaan, boleh digunakan untuk pelajar-pelajar sekolah rendah . Sungguhpun teknik kloz memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan pemarkahan, ini semua tidak sukar dilakukan, dan sepatutnya boleh diuruskan oleh guru-guru Bahasa Melayu. Dalam ujian kloz pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan. Pada mulanya, pelajar diminta melihat den membaca keratan itu secara keseluruhannya. Kemudian, berasaskan kefahaman mereka ke atas teks itu keseluruhannya, mereka akan

mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling , sesuai menurut makna keseluruhan teks.

2.4 Solan SubjektifSoalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-· Item Denis Struktur · Item Jenis Esei · Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan PenilalanAntara yang harus dijadikan garis panduan dalam pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat "Kesahan" (validity)a. Kesahan Isib. Kesahan Ramalanc. Kesahan Serentakd. Kesahan Gagasanii. Kebolehpercayaan UjianKebolehpercayaan meruiuk kepeda ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.

RumusanDalam proses pembinaan item ujian,beberapa perkara yang berhubungan dengan pembinaan item ujian tersebut harus dipertimbangkan. Antaranya ialah objektif ujian, kandungannya, kemahiran-kemahiran yang akan diuji dan seterusnya aras ujian itu sendiri.

TAKSONOMI DAN DOMAINTaksonomi Bloom

Taksonomi Bloom menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan. Ia bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi). Guru akan membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah adalah bertujuan untuk mengetahui tahap kognitif pelajar sahaja. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Aras Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

1) PengetahuanMengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan

ialah menyatakan, menerangkan, menamakan dan melabelkan.

2) KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf. Istilah atau kata tugas yang digunakan ialah memilih, menerangkan dan menulis semula.

3) AplikasiMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori dan formula. Membina graf daripada data dan lain-lain.

4) AnalisisSesuatu yang kompleks akan dipecahkan kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian tertentu dan mengenali struktur organisasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membezakan, memastikan dan memilih.

5) SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, berusaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan dan membuat klasifikasi. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah membina, menghasilkan, menyusun dan mengembangkan.

6) PenilaianMembuat pertimbangan, termasuk memberi rasional berdasarkan alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik. Istilah atau kata tugas yang digunakan dalam soalan ialah memilih, memberikan alasan dan kritikan serta membuktikan.

Taksonomi Solo

Taksonomi Solo adalah singkatan daripada perkataan "The Structure of the Observed Learning Outcome". Ia merupakan kaedah mengklasifikasikan jawapan berdasarkan struktur hasil pembelajaran. Ia juga merupakan hierarki sebenar iaitu peningkatan perubahan secara kuantiti dan kualiti. Ia membimbing pembinaan item aras rendah dan item aras tinggi.

Aras Taksonomi Solo

1) Prestructural Jawapan mengandungi maklumat yang tidak berkaitan.

2) UnistructuralJawapan mengandungi satu maklumat yang berkaitan.

3) MultistructuralJawapan mengandungi beberapa maklumat yang berkaitan.

4) RelationalJawapan mengandungi hubung kait di antara maklumat yang berkaitan.

5) Extended AbstractJawapan tidak hanya meliputi maklumat berkaitan tetapi merangkumi maklumattambahan.

PENGERTIAN DAN KONSEP http://cikguit.blogspot.com/2009/05/pentaksiran-pengujian-dan-penilaian.html

Pengujian

* Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu.

* Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan pelajar memberi satu set tindak balas / respon.

* Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis satu gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya.

* Ujian yang merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian pelajar (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan pengujian adalah seperti berikut:

1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.2. Mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil

pembelajaran yang lain.

3. Ujian petempatan akan menentukan kemahiran dan penguasaan sedia ada pelajar sebelum pengajaran.

4. Ujian diagnostik menentukan punca masalah pembelajaran dan dengan itu membantu guru menentukan teknik pemulihan yang perlu digunakan.

Pentaksiran

* Pengukuran pendidikan merupakan suatu proses yang menentukan kuantiti atau takat pembelajaran pelajar dan keberkesanan pengajaran guru.

* Alat pengukuran yang digunakan guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori, atau sesuatu skala.

* Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitatif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan.

Fungsi-fungsi pentaksiran adalah seperti berikut:1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah diperoleh.2. Mengesan jenis kemahiran yang diperoleh.

3. Mengesan kemajuan yang dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain.

4. Mengesan jenis-jenis masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar.

Penilaian

* Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak.

Tiga langkah penilaian:1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.2. Menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran.

3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

* Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas.

*Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan.

* Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seseorang individu.

* Contoh data kualiti adalah seperti, " Amir adalah seorang pelajar yang cerdas dan berinisiatif".

* Data kualitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti "Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120".

* Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan.

* Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan pelajar membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang kesan pengajaran mereka.

Rajah 1: Perhubungan antara pengujian, pentaksiran, dan penilaian

POSTED BY CIKGU ITAT8:17 AM

Kepentingan Penilaian dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran

Kepentingan penilaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah ketara dan sangat penting. Para pelajar sering mengalami trauma bila berhadapan dengan ujian. Apatah tidaknya, kejayaan mahupun kegagalan mereka bertitik -tolak daripada ujian yang menilai mereka sebagai orang yang pandai atau lemah. Begitu juga guru, mereka selalunya resah apabila menerima keputusan ujian pelajarnya. Kejayaan dan kegagalan mereka mengajar terletak pada keputusan pencapaian pelajarnya. Tinggi peratus yang lulus bermakna berjayalah seseorang guru itu mengajar pelajarnya. Sebaliknya, rendah peratus lulus, seseorang guru itu perlu bertindak membaiki cara pengajarannya. Oleh itu, dalam proses pengajaran dan pembelajaran, kepentingan penilaian adalah seperti berikut:

i. Untuk mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajar-pelajar dalam perkara-perkara yang hendak diajar. Ujian seperti ini biasanya disebut sebagai praujian atau ‘pretest’. Daripada ujian inilah guru-guru biasanya dapat merancang dan merencanakan pengajaran yang seterusnya. Hasil ujian tersebut dapat memberikan gambaran kepada guru-guru tentang keupayaan pelajar mereka yang sebenar sebelum mereka memulakan pengajaran.

ii. Untuk menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan. Dengan lain perkataan guru-guru itu dapat melihat sejauh manakah pengajarannya itu

berhasil. Biasanya, ujian-ujian seperti ini disediakan oleh guru sendiri untuk menguji aspek-aspek pengetahuan dan kemahiran tertentu.

iii. Untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Perbandingan seperti ini penting untuk menilai pencapaian atau prestasi seseorang individu.

iv. Untuk membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam sesuatu bidang subjek dengan bidang yang lain. Tujuannya ialah untuk melihat kelemahan atau kelebihan pelajar dalam sesuatu bidang dan digunakan maklumat ini untuk kerja-kerja pemulihan dan sebagainya.

v. Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Tujuannya ialah untuk kerja-kerja pemulihan dan pengayaan.

vi. Untuk membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran. Ini penting untuk menyelaras dan menentukan arah jenis pendidikan pelajar. Guru-guru dengan mudah dapat menyalurkan pelajar-pelajar mereka ke jurusan-jurusan tertentu mengikut kebolehan mereka sepeti jurusan sains, sasteradan teknikal.

vii. Untuk membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapatmempertingkatkan pengajaran mereka.

1. Ujian dan penilaian adalah juga berguna kepada pelajar-pelajar. Melaluinya mereka berpeluang untuk mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.

Kesimpulan

Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem pendidikan kita diiktiraf dunia.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran afektif/perasaan dan tingkah laku moral.