komuniti pembelajaran profesional membentuk hubungan antara warga sekolah ke arah pendidikan...

23
Komuniti Pembelajaran Profesional Pemangkin Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia. Pendahuluan Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education". Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online pendidikan bertaraf dunia ialah world class is defined as being of the highest caliber in the world . Hal ini bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari aspek pendidikan bermaksud apa-apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di dunia Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis. Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu. 1

Upload: noor-fadzilah-binti-zakaria

Post on 29-Jul-2015

333 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Page 1: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Komuniti Pembelajaran Profesional Pemangkin Hubungan Antara Warga Sekolah Ke

Arah Pendidikan Bertaraf Dunia.

Pendahuluan

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan

mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat menjadikan

Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic excellence) di rantau

Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti memerlukan negara ini

meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi

status "World Class Education".

Apakah maksud sistem pendidikan bertaraf dunia? Mengikut Merian-Webster Online

pendidikan bertaraf dunia ialah

“ world class is defined as being of the highest caliber in the world”.

Hal ini bermaksud satu pencapaian yang tertinggi atau yang setaraf dengannya di dunia. Dari

aspek pendidikan bermaksud apa-apa sahaja yang ada pada negara termaju di dunia juga ada

di negara kita. Satu lagi ianya membawa maksud pelengkap kepada negara yang termaju di

dunia

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta

dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard, kecemerlangan dan

kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa atau dunia. Dilihat dari

perspektif yang luas, ‘Pendidikan Bertaraf Dunia’ bermaksud kemampuan dan pencapaian

cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan untuk mempelopori perubahan

dan kemajuan dinamis.

1

Page 2: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Pendidikan bertaraf dunia merupakan suatu wacana dalam dasar pendidikan negara

yang meletakkan proses pendidikan sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang

diberikan terhadap bidang pendidikan membawa satu implikasi atau impak yang serius

terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat di dalam sistem penyampaian ilmu

(Dr. Ismail Zain.)

Perkembangan teknologi dan ekonomi dunia telah membawa kepada perkembangan

dan peningkatan dalam dunia pendidikan. Dalam usaha Malaysia untuk merealisasikan hasrat

menjadi negara maju menjelang abad ke-21, Ibrahim Ahmad Bajunid (2000) dan Abdul Shukor

Abdullah (2004) mendapati Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa

kehendak pembangunan sistem pendidikan negara ialah dengan menzahirkan sistem

pendidikan berkualiti dunia dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.

Hasrat ini juga ditekankan dalam buku Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, Kementerian

Pelajaran Malaysia (2001), menyatakan ‘...menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap,

berkesan dan bertaraf dunia.’ (Pembangunan Pendidikan 2001 -2010, Kementerian Pelajaran

Malaysia, 2001:1-12)

Sehubungan itu, fokus utama sistem pendidikan adalah melaksanakan usaha-usaha

strategik yang boleh meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem tersebut ke tahap kualiti

yang tinggi dan cemerlang supaya sistem itu bertapak kukuh untuk menghadapi cabaran-

cabaran abad ke 21. Pelbagai reformasi dan penstrukturan pendidikan ke arah keberkesanan

pendidikan dan pembangunan sekolah sedang dilakukan, bukan saja di barat malah di benua

Asia Pasifik termasuk Malaysia (Cheng, 1996).

2

Page 3: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Hubungan Antara Warga Sekolah

Warga sekolah di Malaysia bermaksud guru, murid, kakitangan sokongan, pentadbir

sekolah, kaunselor dan sebagainya. Setiap warga sekolah mestilah mempunyai kesedaran

tentang pendidikan dan diterjemahkan melalui sikap dan tingkahlaku sensitif, prihatin dan

tanggungjawab profesional untuk menjamin suasana pembelajaran dapat berjalan dengan baik.

Peranan Pengetua Ke Arah Mencapai Pendidikan Bertaraf Dunia

Dalam organisasi sekolah, pengetua ialah ketua eksekutif dan pada masa yang sama

beliau merupakan pemimpin sekolah berkenaan. Pengetua merupakan satu jawatan dalam

struktur organisasi sekolah menengah dan pelantikan secara rasmi oleh Kementerian

Pendidikan untuk mengetuai sesebuah sekolah menengah. Ia dipertanggungjawabkan untuk

mengurus, mentadbir dan memimpin sekolah. (Zaidatol Akmaliah Lope Pihie, 1990)

Pengurusan sekolah menerusi kepimpinan seseorang pengetua atau guru besar

memainkan peranan yang penting untuk mencapai matlamat ke arah pendidikan bertaraf

dunia.Hal ini selaras dengan pandangan. Para pengetua harus mengamalkan cara gaya

pimpinan yang dapat diterima oleh majoriti kakitangan supaya anjakan ke arah kecemerlangan

berlaku. Pengetua harus mengamalkan pengurusan yang bercirikan demokratik dan memberi

pengiktirafan kepada kakitangan untuk penggunaan kreativiti dan inovasi yang menuju kepada

proses kecemerlangan ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia.

Selain itu, James A. E. Stoner (1985) menjelaskan bahawa kebijaksanaan pengurus

sesebuah organisasi menggunakan pola pengurusan yang boleh diterima oleh majoriti orang-

orang bawahannya akan dapat membantu organisasi berkenaan menuju kepada objektif yang

diingini. Hal ini dipersetujui oleh Drucker (1984) yang memberikan penekanan terhadap

3

Page 4: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

keupayaan dan meningkatkan prestasi organisasi yang dipimpinnya. Keadaan ini jika

dihubungkan dengan organisasi sekolah akan menimbulkan satu andaian yang mengatakan

bahawa pengetua yang menentukan pencapaian objektif yang digarapkan oleh organisasi

sekolah berkenaan. Kemajuan dan peningkatan mutu pentadbiran sesebuah organisasi

seringkali dihubungkaitkan dengan keupayaan yang diperlihatkan oleh personaliti yang

menerajuinya (Ubben dan Hughes,1992). Begitu juga dengan sistem pendidikan di mana

pengetua sering dianggap sebagai katalis yang bertangungjawab untuk menggerakkan jentera

pentadbiran dan pengurusan sekolah bagi menjamin kecemerlangannya. dalam mengurus

organisasi sekolah, pengetua bukan sahaja berhadapan dengan guru-guru atau kakitangan lain

sahaja, tetapi ia juga melibatkan simbol pimpinan kepada pelajar-pelajarnya. Pengurus atau

pemimpin organisasi sekolah harus mempelbagaikan pola kepimpinannya supaya pola-pola

tersebut sesuai dengan keadaan dan kekangan yang dihadapi bagi memungkinkan tidak

wujudnya masalah baru atau berterusannya masalah yang sedia ada. Unsur-unsur

kepelbagaian dalam membina pengurusan oleh pemimpin sekolah akan dapat membantu

meningkatkan kecemerlangan sekolah berkenaan (Evers, Collin. W, 1991). Pengetua adalah

pembolehubah yang paling penting bagi menentukan prestasi sekolah dari segi akademik dan

budaya sekolah (Hussain Ahmad, 1993). Justeru, dalam mencapai pendidikan bertaraf dunia,

seseorang pengetua seharusnya memiliki sifat-sifat berikut:

a) Peka terhadap nilai, sikap dan perbezaan yang terdapat dalam kalangan ahlinya.

b) Tidak bersikap monopoli dan mempercayai keupayaan guru-guru.

c) Melahirkan satu sistem pembuat keputusan bersama yang berkesan.

d) Mempunyai tujuan dan mendapat restu guru-guru.

e) Melahirkan perhubungan yang rapat dengan masyarakat sekolah dan persekitaran

sekolah.

Dalam hal ini, pengetua akan dianggap sebagai model yang mempunyai nilai

kepimpinan yang tinggi. Ia tidak autokratik tetapi demokratik. Abdul Shukor Abdullah ( 1991)

4

Page 5: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

menganggap pengetua sebegini sebagai “fasilitator”, “initiator” dan supporter”. Selain itu, pola

pengurusan lebih berasaskan tindakan kemanusiaan . Menerusi struktur pengurusan yang

berdasarkan konsep pengupayaan, pemimpin atau pihak pengurusan adalah lebih demokratik.

Pengurus pendidikan yang bertimbang rasa biasanya mempunyai pengikut (pekerja) yang

mempunyai tahap kepuasan yang lebih tinggi dari segi prestasi pekerja (Al-Ramaiah, 1992).

Seterusnya pengetua harus mewujudkan pemuafakatan dalam hubungan antara warga

sekolahnya. Hal ini kerana pembinaan iltizam berasaskan konsep pemuafakatan akan menjadi

lebih bermakna dan menambah keberkesanan institusi pendidikan. Pemuafakatan ini bukan

hanya terbatas kepada warga sekolah semata-mata tetapi juga melibatkan unsur PIBG. Unsur

bersama antara elemen kepimpinan sekolah, guru, murid dan ibu bapa penting bagi mencapai

matlamat ke arah mencapai pendidikan bertaraf dunia. Situasi yang sedemikian juga

merupakan antara elemen pengupayaan dalam pengurusan institusi persekolahan.

Pengetua juga harus bertunjangkan konsep kebertanggungjawaban yang menyeluruh

terhadap warga sekolahnya demi mencapai pendidikan bertaraf dunia.Dalam pengurusan

organisasi mengikut James A. F. Stoner (1984) bagi penggunaan sumber-sumber dengan

cekap, maka proses penanggungjawaban harus dari atas ke bawah di mana wujudnya

kebolehan maklumat yang mencukupi bagi melaksanakan tanggungjawab itu dengan cekap.

Oleh yang demikian, ciri ini wujud menerusi pengupayaan di sekolah kerana ia memungkinkan

individu-individu dalam organisasi dapat melaksanakan tugas-tugas yang diserahkan kepada

mereka dengan lebih efektif

Ahli institusi persekolahan bebas mewujudkan cetusan idea bagi perubahan. Dalam

menangani masalah-masalah di institusi persekolahan, para guru sewajamya diberi kebebasan

oleh pengetua untuk mengemukakan idea bagi perubahan yang lebih bermakna. Hal ini kerana

mematuhi dan melaksanakan tugas tanpa unsur kebebasan akan mewujudkan sindrom

kebekuan minda.Justeru tidak hairanlah jika Dr. Wan Mohd Zahid (1993) sering menekankan

5

Page 6: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

konsep cetusan pemikiran berasaskan “unreasonable thinking” kepada guru. Pengalaman ini

merupakan aset terbaik dalam pengurusan di peringkat sekolah.

Seterusnya pengetua harus mengubah tindakannya ke arah yang lebih efektif.

Tindakan-tindakan yang berasaskan kepada menunggu arahan dan surat pekeliling sudah tidak

sesuai dalam melakukan anjakan paradigma pendidikan. Oleh itu, sesuatu tindakan itu harus

terkehadapan supaya kecemerlangan akan menjadi asas pencapaian keseluruhannya. Hal ini

juga mempunyai korelasi yang mantap dengan tindakbalas yang menunjukkan ciri-ciri inovatif,

sifat-sifat imaginasi yang tinggi melangkaui kebiasaan dan rutin dalam gerak kerja.

Akhir sekali ,pengetua harus mewujudkan sistem pemantauan dalam mengurus warga

sekolah. Sistem pengesanan atau pemantauan akan lebih bermakna jika mengikut piawaian

yang difahami dan dipersetujui semua. Hal yang demikian rupa penting dalam menentukan

bentuk penilaian aktiviti-aktiviti yang dilakukan menerusi pengupayaan dalam sesebuah

sekolah.

Peranan Guru Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan yang

betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang berfaedah. Mereka

bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati nilai kebenaran, keindahan dan

keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan benar, sesuai dengan potensinya sebagai

khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma

pendidikan perlukan anjakan yang dapat mendorong para pendidik memainkan peranan

mereka dengan lebih agresif dan progresif.

Guru yang baik adalah guru yang mempunyai anjakan minda yang positif dan sentiasa

mahu menjadi terbilang atau lebih baik daripada sebelumnya. Guru perlu menjadi pendidik

6

Page 7: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

cemerlang sebagai model dalam menangani cabaran kerjaya masa depan. Mereka boleh

menjadikan ciri-ciri guru cemerlang sebagai panduan untuk berhadapan dengan tingkah laku,

prestasi dan pencapaian akademik yang berbeza (Rohana Man,2002). Pandangan sarjana

tentang ciri-ciri seorang guru. Mohan dan Hull (1975) mengenalpasti ciri-ciri guru berkualiti

dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek personaliti guru dan aspek pengajaran guru. Mohamed

Bin Muda pula menegaskan guru perlu melengkapkan diri dengan ciri-ciri berikut:

menguasai subjek (kandungan kurikulum)

mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)

memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka

memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)

memiliki kemahiran kaunseling

menggunakan teknologi terkini

dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan mutakhir

boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain, dan

memiliki keyakinan terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Komuniti Pembelajaran Profesional

Organisasi sekolah yang inovatif mampu diraih dan dibentuk. Berdasarkan kenyataan

Senge (1990), kunci utama perniagaan berinovasi ialah dengan membina sebuah organisasi

yang mampu berubah melalui gabungan idea. Model organisasi pembelajaran adalah berbeza

dari pembelajaran individu. Pembelajaran individu didefinisikan dengan pertanyaan,

7

Page 8: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

penyimpanan maklumat dan mendapatkan maklumat itu kembali. Manakala organisasi

pembelajaran, ilmu pengetahuan dikongsi dan satu hubungan sosial terbina antara kakitangan

dalam sesebuah organisasi. Menurut penyelidik-penyelidik terdahulu, konsep organisasi

pembelajaran menawarkan satu potensi untuk mencapai satu budaya ke arah membentuk

komuniti pembelajaran profesional. Melalui proses organisasi pembelajaran, sekolah (a)

lazimnya akan memeriksa dan bertanya nilai yang akan membawa kepada tindakan organisasi,

(b) menjana idea dan pengetahuan baru, (c) meningkatkan memori organisasi dengan

menginterpretasikan dan berkongsi maklumat dan (d) membina keupayaan yang efektif untuk

digunakan dan penyebaran pengetahuan (Scribner, Cockerell, Cockerell & Valentine, 1999).

Menurut Hord (1997) dalam kajiannya, komuniti pembelajaran profesional adalah satu

proses yang berterusan di mana guru dan pentadbir bekerjasama untuk mencari dan berkongsi

pembelajaran dan bertindak ke atas pembelajaran tersebut, dan mereka mengukuhkan

keberkesanan sebagai seorang yang profesional untuk kebaikan pelajar. Tanner (2003) dan

Hord (1997) mengenal pasti lima syarat yang mewujudkan pembelajaran komuniti profesional.

Komuniti Pembelajaran Profesional wujud apabila guru bekerja bersama-sama untuk

meningkatkan murid dan sekolah berkongsi norma atau nilai dan nilai-nilai dialog refkletif,

amalan yang dikongsi (deprivatized), fokus kepada pembelajaran pelajar dan kolaborasi. Istilah

Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP) itu dengan sendirinya membawa makna yang jelas.

Satu sekolah yang melibatkan seluruh kakitangannya belajar dalam komuniti yang dibina sendiri

dan ahli komuniti saling menyokong. Pembelajaran guru dan pentadbir semakin kompleks,

mendalam dan lebih berhasil apabila partisipan boleh berinteraksi, menguji idea mereka dan

mencabar inferensi dan interpretasi dan memproses maklumat baru antara satu sama lain

(Morrissey, 2000).

Membina komuniti pembelajaran menggunakan kepakaran kakitangan yang sedia ada

dengan bekerjasama dalam organisasi itu sendiri adalah lebih baik dari penggunaan model dari

8

Page 9: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

luar. Komuniti pembelajaran adalah cenderung kepada cara “dari bawah ke atas”( DuFour,

2004.) sedangkan model tradisional adalah “dari atas ke bawah”. Maksudnya, pihak sekolah

lebih mengetahui dan mengenal pasti masalah dan keperluan golongan guru dan pelajar serta

keupayaan organisasi tersebut untuk berubah berbanding membiarkan pihak-pihak lain dari

bahagian pendidikan menyelesaikan masalah. Jika sekolah ingin menjadi sebuah komuniti

pembelajaran, sekolah harus membina struktur dan proses yang membolehkannya untuk

belajar dan memberi respon yang pantas dan fleksibel terhadap perubahan persekitaran yang

tidak dapat dijangka. Sekolah tersebut beroperasi sebagai satu komuniti yang mempunyai visi

yang dikongsi dan menghargai perhubungan yang fokus kepada pembangunan sumber

manusia dalam usaha untuk peningkatan yang berterusan (Stoll et al., 2006). Melalui sistem

pemikiran ahli-ahli komunitinya, mereka dapat melihat bagaimana setiap bahagian saling

berkait menjadi satu domain. Seterusnya, organisasi belajar secara kolektif sebagai kunci

kepada perubahan dan kejayaan (Mitchell & Sackney, 2000).

Terdapat 5 dimensi dalam komuniti pembelajaran profesional. Ciri-ciri tersebut ialah:

(a) Kepimpinan yang menyokong dan dikongsi

Perubahan sekolah dan kajian kepimpinan pendidikan mengenal pasti pengaruh

pentadbir ke atas pencapaian sekolah (Hord, 1997). Dalam KPP, peranan tradisional pentadbir

telah digantikan dengan perkongsian struktur kepimpinan. Dalam model tersebut, pentadbir dan

guru menyoal siasat dan mencari penyelesaian untuk peningkatan prestasi sekolah. Seluruh

kakitangan berkembang secara profesional dan belajar untuk bekerja bersama untuk mencapai

matlamat yang dikongsi. Pentadbir sekolah menyediakan struktur dan organisasi sokongan

untuk kolaborasi sesama kakitangan. Pentadbir mempamerkan kesediaan untuk menyertai

dialog kolektif tanpa mendominasi keadaan. Mereka berkongsi tanggungjawab untuk membuat

keputusan dengan kakitangan yang lain.

9

Page 10: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

(b) Berkongsi nilai dan visi

Ciri-ciri asas untuk visi KPP ialah tumpuan yang tidak berbelah bagi terhadap

pembelajaran pelajar. Perkongsian nilai dan visi sesama kakitangan sekolah membantu mereka

untuk membuat keputusan terhadap pengajaran dan pembelajaran pelajar dan menyokong

tingkah laku normal. Komuniti pembelajaran melibatkan dan membina komitmen dan bakat

setiap individu dalam usaha satu kumpulan yang menekankan pembelajaran intelektual yang

tinggi. Nilai ini mencipta norma-norma kesedaran individu, menjadikan individu kritis,

meningkatkan keberkesanan organisasi, menjadikan ahli-ahlinya untuk sentiasa komited,

memperbaharui dan meningkatkan prestasi kerja mereka (Hord, 1997).

(c) Pembelajaran kolektif dan pengaplikasian pembelajaran

Pada asalnya, dimensi ini dikenali dengan kreativiti kolektif (Hord, 1997). Dimensi ini

kemudian ditukar untuk pengertian yang lebih tepat kerana pengaplikasian pembelajaran

berlaku. Hord dan Hirsh (2008) menyatakan bahawa pembelajaran kolektif adalah jantung dan

jiwa yang menyumbang kepada kualiti pengajaran dan pembelajaran murid

KPP melibatkan kakitangan sekolah dalam setiap peringkat dalam proses mendapatkan

pengetahuan baru secara bersama dan langkah untuk mengaplikasikan pengetahuan tersebut

dalam kerja mereka. Perhubungan yang harmoni menghasilkan keputusan yang kreatif dan

sesuai kepada masalah yang timbul. Perhubungan yang harmoni menguatkan hubungan antara

pengetua dan guru. Seterusnya, perhubungan tersebut meningkatkan komitmen mereka untuk

lebih berusaha. Schmoker (2006) juga menyatakan bahawa di sebalik kerja sepasukan dalam

KPP ialah guru belajar antara satu sama lain dari orang di dalam organisasinya. KPP yang

kukuh menggalakkan pembelajaran profesional secara individu dan kolektif dalam budaya

terbuka, saling mempercayai, hormat dan menyokong (Bolam, Stoll & Greenwood, 2007).

10

Page 11: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Sekolah tersebut mengkaji jadual, meningkatkan prosedur pentadbiran untuk menumpukan

kepada bahagian yang dapat menyumbang kepada peningkatan sekolah yang signifikan seperti

kurikulum, arahan, penilaian dan budaya sekolah. Piawaian yang tinggi diguna pakai dalam

semua bahagian. Kakitangan yang profesional bertanggungjawab untuk memastikan tahap

pencapaian pelajar semakin tinggi. Guru menggunakan pedagogi yang mengiktiraf kurikulum

yang relevan. Pendidik mencari strategi dan arahan yang terbaik untuk melibatkan pelajar

mereka dalam pembelajaran dan mereka membuat perubahan yang sesuai untuk keperluan

pelajar.

(d) Persekitaran yang menyokong

Pengenalan kepada struktur yang menyokong dan persekitaran kolaboratif adalah satu

faktor yang penting untuk peningkatan sekolah yang berjaya (Hord, 1997). Terdapat dua

struktur sokongan yang dikesan dalam KPP, iaitu struktur keadaan dan perhubungan yang

harmoni (Hord, 1997). Struktur keadaan merangkumi penggunaan masa, prosedur komunikasi,

saiz sekolah, kualiti guru dan proses pembangunan kakitangan. Hubungan yang harmoni ialah

tingkah laku positif guru, visi atau tujuan yang dikongsi secara meluas, peningkatan norma-

norma inkuiri yang kritis dan hormat, kepercayaan dan hubungan baik dan positif. Dalam KPP,

seluruh kakitangan berinovasi untuk mencari masa dan sumber untuk belajar, menyelesaikan

masalah dan membuat keputusan. Membina keadaan yang menyokong adalah kunci untuk

mengekalkan pertumbuhan dan pembangunan komuniti untuk pelajar-pelajar profesional.

(e) Perkongsian amalan

Elmore (2004) menyatakan bahawa sekolah dan sistem sekolah yang semakin

meningkat secara langsung dan tidak langsung, menentang isu kebersendirian. Sekolah

tersebut mencipta pelbagai langkah seperti interaksi antara pendidik dan menggalakkan amalan

inkuiri dalam meningkat piawaian prestasi pelajar. Guru berinteraksi dalam struktur yang formal

11

Page 12: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

semasa latihan. Ini bertujuan untuk mengelakkan isu kebersendirian dalam KPP. Melalui

interaksi ini, guru akan terus membina satu budaya hormat menghormati dan kepercayaan

untuk peningkatan individu dan juga sekolah. Mereka juga mempamerkan komitmen yang jitu

terhadap kerja. Amalan berkongsi peribadi adalah terhad walaupun tahap KPP berfungsi adalah

tinggi. Amalan berkongsi ini cenderung menjadi dimensi terakhir untuk terbina. Darling-

Hammond (1998) menyatakan bahawa guru menghabiskan lebih banyak masa untuk

pembelajaran kolektif adalah lebih efektif dalam kemahiran berfikir dan memenuhi keperluan

pelajar yang pelbagai. Berkongsi amalan peribadi memerlukan satu anjakan paradigma yang

lengkap. Secara jelasnya, ia berhubung dengan bilik darjah.

Perkongsian amalan membawa kepada budaya pembelajaran kolaboratif ialah satu

urusan yang melibatkan biasanya dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di

setiap peringkat pengajaran iaitu merancang dan menyediakan rancangan pengajaran,

melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran

(Sturman, 1992). Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang

guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada

waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan

kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut (Nunan, 1992). Kolaborasi

meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang

digemblengkan. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama

lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan. Kolaborasi meningkatkan

keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digemblengkan.

Pengajaran kolaboratif menggemblengkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang

dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan

lebih baik.

Pengajaran kolaboratif ialah satu sumber pembelajaran secara profesional melalui

rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat. Kolaborasi antara guru

12

Page 13: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan

pengajaran-pembelajaran masing-masing. Perancangan kolaboratif menggalakkan

percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya

dari yang dihasilkan sendirian. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-

masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar. Guru-guru perlu berkongsi prinsip

falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan

nilai asas yang menentukan prestasi murid. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah

pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai

asas yang menentukan prestasi murid. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ ahli yang

sesuai untuk membentuk pakatan/ pasukan bagi melaksanakan pengajaran kolaboratif.

Kejayaan sesuatu pengajaran kolaboratif bergantung kepada sejauh mana kesediaan setiap

ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut. Keperluan murid di sekolah

merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan pengajaran kolaboratif. Penggemblengan

sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa

setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran

Kolaboratif pelbagai disiplin. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat

teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan perlu dipertimbangkan untuk

menentukan keberkesanannya. Kolaborasi memberi peluang kepada guru untuk membuat

refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pegagogi masing-

masing. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan

perkembangan profesional diri. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk

meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan rakan sejawatnya.

Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran

rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992). Setiap ahli hendaklah

berkongsi pendapat bahawa pengajaran kolaboratif boleh dilihat samada sebagai satu

hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

13

Page 14: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Dalam persekitaran inkuiri yang berterusan, KPP menyediakan tahap pencapaian yang

tinggi kepada semua pelajar. KPP menghargai dan menghormati setiap ahlinya dan

menekankan pencapaian pelajar. Faktor berkongsi tujuan untuk meningkatkan pencapaian

pelajar merangkumi konteks keseluruhan sebuah KPP. Setiap ahli dalam KPP melabur dalam

pembelajaran dan perubahan yang perlu untuk memnuhi keperluan semua pelajar untuk

membantu mereka mencapai tahap pembelajaran yang tinggi.

Warga pendidikan yang proaktif

Menurut Kamus Longman proaktif bermaksud berupaya bertindak sebelum sesuatu

berlaku. Dalam lain penjelasan ia bermaksud memastikan sesuatu itu berlaku. Justeru,proaktif

lebih banyak membicarakan tentang sikap dan sahsiah guru dan warga sekolah itu sendiri. Bagi

merealisasikan sekolah mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia maka langkah-langkah

berikut boleh menjadi alat bagi memenuhi hasrat tersebut.Pertamanya, para guru perlu

memastikan mereka sentiasa di hadapan dalam aspek pengetahuan profesional daripada

murid. Dengan ini keyakinan murid dan masyarakat terhadap kualiti guru berada pada tahap

terbaik. Keyakinan masyarakat penting sebelum sekolah boleh dinobatkan sebagai bertaraf

dunia.

Kedua, memastikan sikap positif guru dalam semua program anjuran Kementerian.

Bukan pula menjadi batu api untuk menghalang usaha-usaha murni Kementerian Pendidikan

melaksana sesuatu projek. Contoh terdekat yang dapat dilihat adalah usaha menggagalkan

projek pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Tidak boleh dinafikan bahawa

kualiti pengajaran subjek-subjek tersebut sudah naik mendadak dan tahap penguasaan bahasa

Inggeris dalam kalangan guru telah meningkat dengan ketara.

14

Page 15: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Ketiga, semua guru perlu mempunyai sikap dan sahsiah positif iaitu bersedia di segi

mental fizikal dan emosi untuk memohon atau diberikan tugas yang mencabar. Contohnya

menjadi jurulatih fizikal, air dan darat dalam program kokurikulum memerlukan kepada

kesabaran dan kekuatan fizikal. Hal ini khusus kepada guru-guru dalam lingkungan umur empat

puluhan. Hanya sifat proaktif sahaja dapat menjayakan hasrat murni kerajaan menghasilkan

guru yang berktrampilan di semua sudut seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan

Negara.

Keempat, memastikan guru berupaya mendorong murid-murid mereka untuk

menerokai ilmu dan kemahiran untuk mendapatkan maklumat, menganalisis dan mensintesis

maklumat tersebut serta berupaya menggunakannya untuk menyelesaikan masalah. Sikap

proaktif guru juga menyebabkan murid-murid dapat berkomunikasi dan mempunyai hubungan

yang erat dengan masyarakat. Sebagai contoh guru Kemahiran Hidup dapat mendorong murid-

murid menyediakan taman berdasarkan subjek Kemahiran Hidup di dalam pekarangan sekolah.

Usaha ini bukan arahan pihak atasan tetapi satu tindakan proaktif pensyarah berkenaan

mewujudkan suasana kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran.

Aplikasi Teknologi Yang Canggih

Bagi menyempurnakan misi pendidikan bertaraf dunia maka kita perlu memastikan

bahawa kita yakin dan boleh melakukannya melalui;

Pertama, pengisian ilmu. Setiap guru perlu mengetahui ilmu berkaitan teknologi canggih

sama ada secara persendirian atau melalui penajaan oleh kerajaan atau pihak swasta.

Contohnya apakah maksud “Project Based Learning”(PBL). Ia adalah satu program yang

mengintegrasikan pelbagai cabang ilmu dan kemahiran berkaitan sesuatu bidang pelajaran

seperti sains, matematik, geografi, sejarah dan sebagainya. Keperluan asasnya ialah komputer,

internet berkelajuan tinggi, perkakasan audio-video, laman web dan peralatan komunikasi.

15

Page 16: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Murid dengan bantuan guru dibiimbing menyediakan tapak untuk projek ini melalui pembinaan

sebuah laman web yang memuatkan semua elemen pembelajaran ke dalam laman ini.

Pengguna-pengguna seluruh dunia boleh mengakses laman ini secara online dan mereka boleh

bertukar-tukar idea dan pengalaman terkini.

Kedua, memastikan guru dan murid mahir menggunakan perisian dan perkakasan

komputer di tahap yang terbaik. Analoginya mudah walaupun kita mempunyai kapal terbang

paling canggih dan paling besar tetapi malangnya ketiadaan pemandu yang dapat

mengendalikan pesawat itu dengan selamat dan selesa maka hasilnya tidak membawa apa-apa

faedah melainkan kerugian harta benda negara. Buat masa ini masih didapati kesukaran untuk

mengakses maklumat daripada laman-laman web dari Malaysia berbanding dengan Negara lain

yang setaraf khusus berkaitan pendidikan. Hal ini berpunca daripada kurangnynya profesional

yang berupaya menyediakan tapak tersebut serta kandungannya lanjutan daripada kekurangan

dalam modal insan.

Ketiga memastikan semua aplikasi ini mudah diakses oleh murid, guru, dan masyarakat

dari pelbagai lapisan termasuk orang kurang upaya(OKU). Perlu ada satu makanisma

bagaimana ia boleh di akses dengan mudah. Contohnya selain boleh di akses melalui komputer

riba, di pusat sumber IPG atau sekolah, ia juga boleh diakses secara percuma di tempat-tempat

awam.

Keempat , memastikan adanya perkhidmatan lepas beli yang jujur, latihan penggunaan

peralatan yang berkala dan pemantauan yang berterusan dari pihak sekolah atau Kementerian

yang bertanggung jawab. Amalan akauntabiliti di semua peringkat. Dengan langkah begini kita

bukan sahaja akan memperolehi teknologi yang bermutu malah pembekal yang bertanggung

jawab yang sama-sama menikmati manfaatnya ke tahap maksima.

Ciri-ciri guru yang perlu ada bagi membantu menghasilkan pendidikan bertaraf dunia

adalah:

(a) Mahir dalam ciri-ciri pengajaran efektif.

16

Page 17: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Mak Soon Sang (2007) mengatakan ciri-ciri pengajaran efektif boleh dikenal pasti

daripada perlakuan mengajar guru, iaitu dari segi perancangan, pelaksanaan, dan penilaian

pengajaran. 3.1 Perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan keberkesanan

pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan, penilaian terhadap proses dan

objektif pembelajaran. Oleh itu, mengenalpasti objektif pengajaran merupakan salah satu ciri

kualiti pengajaran yang diperlukan dalam perancangan. Cohn et al, (1987) selanjutnya

menyokong pendapat ini dengan menyatakan guru harus membuat refleksi kendiri untuk

menilai objektif pengajarannya setelah selesai melaksanakan pengajaran. Oleh itu guru harus

mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai

kerana ia merupakan suatu rancangan untuk melaksanakan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran dan juga mahir dalam penggunaan kaedah dan teknik mengajar untuk

menyampaikan isi pelajaran dengan cara yang berkesan, kerana pemilihan kaedah dan teknik

mengajar yang sesuai akan menjamin keberkesanan pengajaran serta pencapaian objektifnya

secara optimum.

(b) Pelaksanaan pengajaran.

Selain itu, ciri kemahiran yang perlu ada pada guru adalah kemahiran menyampaikan

pengajarannya. Mok Soon Sang (2002), mengatakan peranan guru dalam pelaksanaan dan

kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran meliputi tugas-tugas seperti menganalisis

objektif dan isi kandungannya, menentukan keperluan pelaksanaan seperti melengkapkan diri

dengan kemahiran mengajar dan penyediaan bahan-bahan pelajaran, merancang dan

melaksanakan pengajaran, membuat penilaian untuk mengenalpasti kelemahan dengan tujuan

meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan pengajaran dengan membuat

pengubahsuaian dalam rancangan mengajar.

(c) Penilaian pengajaran

17

Page 18: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Ciri-ciri guru berkualiti yang seterusnya ialah guru mestilah membuat penilaian

pengajaran. Ini ditegaskan oleh Ingham (dalam Profesor Dr Saedah Siraj dan Nurhayati Ishak.

Peningkatan Kualiti Pengajaran Di Institut Pengajian Tinggi Aceh. Prosiding Persidangan

Antarabangsa Pembangunan Aceh 26-27 Disember 2006, UKM Bangi.) yang menyarankan

supaya pendidik membuat penilaian dan menghargai perbezaan setiap individu kerana setiap

perbezaan itulah yang akan menentukan cara setiap individu itu belajar dan juga boleh memberi

pengalaman pembelajaran kepada masing-masing. 4. Rumusan Kesimpulannya bagi

menghasilkan sistem pendidikan bertaraf dunia, para guru perlulah menguasai dan

menggabungkan kemahiran-kemahiran yang berkaitan untuk melahirkan satu bentuk

pendidikan yang lebih bermakna dan bestari. Di samping itu guru dapat mengintegrasikan

aspek pedagogi, psikologi dan teknologi dalam proses penyampaian ilmu kearah menghasilkan

sistem pendidikan bertaraf dunia (Dr. Ismail Zain). Pendidikan bertaraf dunia mempunyai

wawasan ke arah melahirkan generasi mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif.

Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjanakan

idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. Dalam

meniti pendidikan bertaraf antarabangsa dengan ledakan ilmu dan kemajuan pesat dalam sains

dan teknologi telah mendatangkan pelbagai inovasi dalam bidang pendidikan. Dengan itu, guru

hendaklah memiliki ciri-ciri tertentu agar matlamat tersebut tercapai. Ciri-ciri guru dapat

dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek personaliti guru, ciri guru alaf baru dan ciri guru dari

aspek pengajaran. Dengan ciri-ciri yang ada itulah matlamat negara bagi mencapai pendidikan

bertaraf dunia akan tercapai. Ini kerana, walau secanggih mana pun teknologi kita, kita tetap

tidak dapat menidakkan fungsi seorang guru.

Berdasarkan perbincangan di atas, satu contoh komuniti pembelajaran profesional di

dilakasanakan di sebuah sekolah di Malaysia:

Sekolah Kebangsaan Long Luteng didirikan pada tahun 1980. Sekolah ini terletak di

Negeri Sarawak dalam Bahagian Keempat di Daerah Baram. Guru Besar pertama ialah Encik

18

Page 19: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Goerge Phusu Lawai Lugun. Sekolah ini didirikan secara bergotong-royong oleh kaum Penan

kawasan Sungai Patah. Bilangan pelajar sekolah ini pada Tahun 2011 adalah seramai 211

orang, Kakitangan guru sepatutnya 13 orang tetapi hingga ke hari hanya 10 orang guru yang

ada dan kakitangan sokongan 6 orang. Dari segi parasarana pula sekolah ini mempunyai 2 blok

akademik, sebuah dewan makan termasuk dapur, sebuah blok Pra Sekolah dan dua buah

rumah kakitangan sub standard dan 2 buah rumah kakitangan dibina secara gotong royong.

Program Komuniti Pembelajaran Profesional diilhamkan oleh guru-guru apabila

mengambil kira kekurangan kakitangan guru dan khasnya kekurangan guru beropsyen dalam

sekolah ini maka dirangka program Komuniti Pembelajaran Profesional dapat mengatasi

perkara tersebut.

Matlamat Komuniti Pembelajaran Profesional dijalankan di sekolah tersebut ialah untuk

mengatasi kekurangan guru opsyen mata pelajaran di sekolah. Objektif sekolah tersebut

melaksanakan KPP adalah seperti berikut:

i) menfasihkan guru pedagogi dan methodologi setiap mata pelajaran

ii) meningkatkan professionalism guru dalam mengajar setiap matapelajaran

iii) berkongsi amalan baik dalam proses mengendalikan pengajaran dan pembelajaran bagi

semua mata pelajaran

Komuniti Pembelajaran Profesional disasarkan kepada semua kakitangan akademik

seramai 10 orang.

Berdasarkan penilaian dan hasil program, kesemua 10 orang guru sudah faham tentang

pedagogi , metodologi ,cara membuat RPH dan RPT setiap mata pelajaran yang telah program

Komuniti Pembelajaran Profesional dijalankan. Program ini mempunyai keistimewaan kerana

dapat mendedahkan semua guru tentang pedagogi dan metodologi semua mata pelajaran yang

diajar di sekolah. Sekolah pendalaman dan SKM seperti sekolah tersebut mustahil mendapat

cukup guru beropsyen seperti yang dikehendaki. Hasil daripada penyemakan semula RPH

19

Page 20: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

didapati para guru telah membuat pindaan terhadap rancangan mereka dengan memasukkan

bidang-bidang yang terkandung dalam kehendak mata pelajaran tersebut.Contohnya Muzik ada

3 bidang. Nyanyian, genderang dan gerakan. Pendidikan Seni juga ada 4 Bidang.( Bidangnya

akan dikongsikan pada pembentangan powerpoint link) PJK juga telah didedahkan oleh guru

opsyen PJK tentang ujian SEGAK. Tanpa perkongsian, mungkin kita tidak memahami semua

perkara di atas. Pemantauan P& P dan penyemakan Buku Rekod Persediaan mengajar telah

mengesan bahawa guru telah mengajar bidang tersebut. Oleh itu, satu usaha bersepadu

haruslah dijalankan untuk meminimakan cabaran kekurangan guru opsyen mata pelajaran

tertentu di sekolah. Jika tiada usaha maka guru mengajar mata pelajaran bukan opsyen akan

menghadapi masalah dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran sesuatu mata

pelajaran tersebut dengan berkesan. Usaha yang kami laksanakan dalam program Komuniti

pembelajaran Profesional ini amat membantu guru dalam proses pengajaran dan pengajaran

yang mereka lakukan di kelas.

Secara keseluruhannya, Malaysia boleh mencapai pendidikan bertaraf dunia atau

setaraf dengan negara-negara maju di dunia dengan menjadikan visi, misi dan dasar-dasar

kerajaan sebagai titik permulaaan dalam semua tindakan. Penentuan matlamat yang jelas dan

ketepatan dalam pemilihan strategi sangat penting diikuti dengan langkah-langkah

perlaksanaan yang berpaksikan kepada Falsafah Pendidikan Negara. Melalui penggubalan

kurikulum yang yang mantap, bersesuaian dengan perkembangan terkini, mewujudkan sistem

pendidikan terbuka yang memberi peluang pendidikan sama rata untuk rakyat, sikap dan

sahsiah guru yang proaktif seperti kata pepatah belum disuruh sudah pergi , penyediaan

prasarana berkualiti oleh mereka yang boleh dipertanggungjawabkan dan beretika,

mengaplikasi teknologi yang canggih dengan ilmu dan kemahiran, dan akhirnya dengan

memastikan program penyelidikan dan pembangunan dijalankan dengan cara bijaksana

disamping pemberian insentif kepada para penyelidik. Kejayaan misi ini sebenarnya bergantung

kepada keupayaan sistem pengurusan, pentadbiran, penyampaian, pemantauan dan penilaian

20

Page 21: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

yang cekap dan berkesan di semua peringkat sekolah serta kerjasama dan komitmen semua

warga Kementerian Pelajaran Malaysia. Sokongan kewangan yang mantap, pemimpin yang

berwibawa, berilmu pengetahuan dan berketerampilan , semua ini akan merealisasikan negara

Malaysia mempunyai pendidikan bertaraf dunia menjelang 2020.

Seterusnya, gelombang perubahan pendidikan dunia hari ini menuntut dan mencabar

pengetua dan barisan kepemimpinan sekolah membangunkan kapasiti diri guru, melalui

pelbagai kaedah dan pendekatan. Kepelbagaian pendekatan pengetua ini telah mengekalkan

budaya pembelajaran dalam kalangan guru pada tahap yang tinggi kerana program yang

dilaksanakan di sekolah lebih tertumpu kepada keperluan guru dan murid itu sendiri. Fenomena

ini memberikan impak positif terhadap kerjaya guru dan seterusnya pembelajaran murid.

Pengekalan budaya ini juga akan mampu mengembangkan amalan dan prosedur budaya

belajar yang menjadi rutin keada semua pendidik dalam konteks peningkatan profesionalisme

keguruan seterusnya menjadi pemangkin ke arah pendidikan bertaraf dunia.

21

Page 22: Komuniti Pembelajaran Profesional Membentuk Hubungan Antara Warga Sekolah Ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia

Rujukan

Ab.Halim Abdul Rahim, (2004)., Pengurusan Gerak Kerja Kokurikulum.,Fajar

Bakti., Shah Alam.

Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D. Freeman & J.C.

Richards (Eds.), Teacher learning in language teaching. pp. 260 –280. Cambridge:

Cambridge University Press.

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. Jarvis

(Eds.), Ideas and issues in Primary ELT. (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson in

association with the Center for British Teachers.

Harper, Dennis Owen, (1984).Using Computer-assisted Learning for Teacher

Training in Malaysia. Dissertation (Ph.D.), Santa Barbara, University of California, 1984.

348p.

Maier, P.,Bamet, L.,Warren, A.&Bruner, D.(1998). Using Technology in Teaching

and Learning. London.

Micheal Yeoh, (2003). Wawasan dan Kepimpinan. Nilai dan Strategi Ke Arah

Wawasan 2020, Utusan Publication, Kuala Lumpur.

Othman Alhabshi, (2001). Dasar dan Pelaksanaan Sistem Pendidikan

Kebangsaan. UNITAR.

Plan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010., Kementerian Pelajaran

Malaysia.,Jan 2007., Putrajaya.

Roblyer, M.D.,Edwards,J.&Harrilak, M.A.(1997). Integration Educational

Technology into Teaching.New Jersey:Prentice Hall.

Schooley, C. (2002, October). Future Direction in the K-12 EducationTechnology Services. Giga Information Group, Inc.

22