kitaran air
TRANSCRIPT
SCE 3110 - BUMI DAN ALAM SEMESTA
TOPIK 4: BUMI
KITARAN AIR SUNGAI TASIK
AIR BAWAH TANAH
KITARAN AIR
Maksud• Kitaran air ataupun kitaran hidrologi
adalah peredaran air yang tidak berhenti dari hidrosfera, atmosfera, bumi pepejal dan biosfera.
Tempat Simpanan Air Di Bumi
Lautan Tasik
Glasier Salji
Tisu hidup Bawah Tanah
Ia merujuk kepada pergerakan air yang berterusan sama ada di atas atau di bawah permukaan Bumi iaitu seperti permukaan laut ke udara atau balik semula ke darat atau laut.
Tujuan Kitaran Air/Hidrologi
• Membolehkan manusia memahami kewujudan air atau pengurusannya.
Proses-proses dalam kitar hidrologi
Proses sejatan• Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk
cecair kepada wap air.• Berlaku apabila tekanan wap pada permukaan
air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu.
• Kadar sejatan yang paling tinggi berlaku di permukaan air yang terdedah seperti laut, sungai, tasik, kolam, paya dan sebagainya.
Faktor yang mempengaruhi sejatan
1) Suhu 2) Tekanan wap 3) Angin atau turbulens 4) Kemasinan air 5) Kelembapan bandingan 6) Luas permukaan air
Proses perpeluhan dan sejatpeluh
• Berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
• Istilah sejat peluhan dari sudut hidrologi merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.
Faktor-faktor yang mempengaruhi sejat peluhan
1) Kelembapan bandingan permukaan tanah dengan udara di atasnya
2) Suhu udara di atas permukaan tanih yang tinggi
3) Terdapat bahangan matahari yang tinggi dan suhu yang tinggi untuk merangsangkan tumbesaran pokok dan seterusnya mempengaruhi kadar perpeluhan.
Proses pemeluawapan
• Menghasilkan kelembapan udara seterusnya membentuk awan setelah ia mengalami proses pemeluwapan.
• Satu proses penukaran wap-wap air kepada cecair seperti hujan atau pepejal seperti salji.
• Terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera.
Kerpasan
• Didefinasikan sebagai lembapan yang terpeluwap dan jatuh semula ke permukaan bumi sebagai cecair ataupun pepejal.
• Jenis-jenis kerpasan: 1) Hujan 2) Salji 3) Hujan beku 4) Hujan batu 5) Embun beku (rime)
SUNGAI
• Sungai merupakan sejenis saluran air tabii yang besar.
Sumber sungai: • Tasik • mata air • anak-anak sungai
• Air sungai biasanya terbatas di dalam satu saluran, yang terdiri daripada dasar sungai yang di antara dua tebing di kiri dan kanan.
• Kebanyakan curahan hujan di darat akan melalui sungai dalam perjalanannya ke laut. Sesebuah sungai biasanya terdiri dari beberapa anak sungai (stream) yang bergabung.
Proses yang berlaku semasapengaliran sungai
Hakisan Mendapan
Faktor yang mempengaruhi kelajuan air sungai: Kecerunan Bentuk Sungai Saiz sungai Isipadu air
SUNGAI RAJANG
TASIK
• Tasik ialah sejenis sifat rupa bumi (atau sifat fizikal) yang berbentuk takungan air pedalaman yang bukan sebahagian lautan, yang lebih besar dan dalam berbanding kolam, airnya mengalir perlahan tetapi tidak semestinya, ditempatkan di bawah lembangan dan disalurkan oleh sungai.
Tasik-tasik semula jadi biasanya terdapat di
A) kawasan pergunungan B) zon rengkahan C) kawasan yang baru atau sering mengalami pengglasieran. D) Lembangan endoreik atau sepanjang aliran sungai
matang.
Semua tasik hanya wujud sementara sepanjang skala masa geologi, kerana lambat-laun tasik akan ditimbus mendapan atau tumpah keluar dari lembangan yang menakungnya.
TASIK CHINI TASIK KENYIR
AIR BAWAH TANAH
Definisi:Air yang terdapat pada semua rongga di
dalam satu lapisan geologi atau Air daripada air hujan yang meresap ke dalam
lapisan tanah dan terkumpul di kawasan lapisan telap bwh tanah. Air ini akan mengalir kembali ke punca air seperti tasik, laut.
Perkaitan antara air tanah dan paras air bawah tanah
Air tanah adalah air yang memenuhi ruangan di dalam tanah sehingga mencapai kedalaman yang terendah sekali.
Paras air bawah tanah adalah paras air yang tertinggi zon penepuan yang meningkat dan menurun mengikut musim.