kesengsaraan pekerja terus meningkat · mat cermat. tidak cukup dengan ... sosial facebook tentang...

12
Tirai tahun 2014 telah dibuka dengan protes ribuan rakyat di Dataran Merdeka men- untut penurunan harga barang yang semakin meningkat akibat dasar pemotongan subsidi oleh kerajaan BN. Ya, tahun 2014 ada- lah tahun yang memeritkan bagi rakyat Malaysia, terutama mereka yang berpendapatan rendah. Gaji minimum yang ditetapkan kera- jaan pada tahun lepas sebanyak RM900 tidak cukup untuk me- nampung kos hidup, tahun ini semua harga barang melambung tinggi. Walaupun dalam kempen PRU13 yang lepas kerajaan BN telah berjanji tidak akan menaik kan harga petrol, tetapi janji ini tidak ditepati. Kerajaan tanpa mempertimbangkan keseng- saraan rakyat telah menaikkan harga petrol untuk menutup de- fisit bajet. Salah satu punca de- fisit bajet ialah biaya besar yang dikeluarkan oleh kerajaan BN untuk menampung kos pilihan raya yang lepas. Setelah menang PRU, sekarang masa mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada rakyat melalui BRIM dan bantuan lain. Tidak cukup den- gan menaikkan harga petrol, tarif elektrik pun dinaikkan walaupun pada masa yang sama kerajaan tel- ah mengumumkan bahawa TNB telah mencatatkan satu keuntun- gan berbilion ringgit. Walaupun rancangan menaikkan kadar tol telah dibatalkan kerana desa- kan rakyat, tetapi kerajaan telah memberikan sebanyak RM400 juta wang rakyat kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pam- pasan pembatalan kenaikan tol tersebut. Di mana logiknya tin- dakan kerajaan ini? Wang seban- yak itu diberikan secara percuma kepada segelintir kapitalis sedan- gkan rakyat diminta selalu berji- mat cermat. Tidak cukup dengan itu, rakyat jugalah yang pada akh- irnya mesti menutupi segala biaya yang telah dibazirkan kerajaan tersebut melalui pelbagai dasar seperti GST, saman AES, dan sebagainya. Sejarah telah mem- buktikan, hanya kelas pekerjalah yang dapat memimpin peruba- han untuk satu masayarakat yang lebih baik. Oleh kerana itu kesat- uan sekerja yang kuat dan politik kelas pekerja perlu di bina untuk melawan agenda kapitalis kera- jaan. Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat... Kesatuan Sekerja yang Kuat dan Alternatif Politik Kelas Pekerja Harus Dibina ! Kamal ISU KE - 5 JANUARI - MAC 201 4 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Upload: dangkien

Post on 07-Jun-2019

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

Tirai tahun 2014 telah dibuka dengan protes ribuan rakyat di Dataran Merdeka men-untut penurunan harga barang yang semakin meningkat akibat dasar pemotongan subsidi oleh kerajaan BN. Ya, tahun 2014 ada-lah tahun yang memeritkan bagi rakyat Malaysia, terutama mereka yang berpendapatan rendah. Gaji minimum yang ditetapkan kera-jaan pada tahun lepas sebanyak RM900 tidak cukup untuk me-

nampung kos hidup, tahun ini semua harga barang melambung tinggi. Walaupun dalam kempen PRU13 yang lepas kerajaan BN telah berjanji tidak akan menaik kan harga petrol, tetapi janji ini tidak ditepati. Kerajaan tanpa mempertimbangkan keseng-saraan rakyat telah menaikkan harga petrol untuk menutup de-fisit bajet. Salah satu punca de-fisit bajet ialah biaya besar yang dikeluarkan oleh kerajaan BN

untuk menampung kos pilihan raya yang lepas. Setelah menang PRU, sekarang masa mengambil kembali apa yang telah diberikan kepada rakyat melalui BRIM dan bantuan lain. Tidak cukup den-gan menaikkan harga petrol, tarif elektrik pun dinaikkan walaupun pada masa yang sama kerajaan tel-ah mengumumkan bahawa TNB telah mencatatkan satu keuntun-gan berbilion ringgit. Walaupun rancangan menaikkan kadar tol

telah dibatalkan kerana desa-kan rakyat, tetapi kerajaan telah memberikan sebanyak RM400 juta wang rakyat kepada syarikat konsesi lebuh raya sebagai pam-pasan pembatalan kenaikan tol tersebut. Di mana logiknya tin-dakan kerajaan ini? Wang seban-yak itu diberikan secara percuma kepada segelintir kapitalis sedan-gkan rakyat diminta selalu berji-mat cermat. Tidak cukup dengan itu, rakyat jugalah yang pada akh-

irnya mesti menutupi segala biaya yang telah dibazirkan kerajaan tersebut melalui pelbagai dasar seperti GST, saman AES, dan sebagainya. Sejarah telah mem-buktikan, hanya kelas pekerjalah yang dapat memimpin peruba-han untuk satu masayarakat yang lebih baik. Oleh kerana itu kesat-uan sekerja yang kuat dan politik kelas pekerja perlu di bina untuk melawan agenda kapitalis kera-jaan.

Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat...Kesatuan Sekerja yang Kuat dan Alternatif Politik Kelas Pekerja Harus Dibina ! Kamal

ISU KE - 5 JANUARI - MAC 201 4 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Page 2: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

2 SIDANG PENGARANG SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014

Rakyat patut marah den-gan sikap kerajaan dalam menan-gani isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup di Malaysia sekarang ini. Perkara yang pal-ing menyakitkan ialah kerajaan memberi alasan yang tidak mu-nasabah terhadap kenaikan harga barang ini. Bukannya mahu men-gatasi masalah kenaikan harga barang, malah membuat rakyat semakin marah dengan pernyat-aan-pernyataan yang tidak logik pihak kerajaan. Misalnya ketika harga ayam naik mendadak ta-hun lepas, menteri Perdagan-gan Hasan Malek menyatakan bahawa jika rakyat tidak suka harga ayam naik, jangan makan ayam. Begitu juga ketika harga petrol naik 20 sen, ada menteri yang mengatakan bahawa jika tidak mampu beli petrol untuk kereta, lebih baik naik motor atau naik kenderaan awam. Seorang timbalan menteri baru-baru ini menyatakan sesiapa yang tidak mahu membayar tol lebih boleh menggunakan jalan lama. Siri ketidak rasionalan para menteri ini dilengkapkan dengan kata-ka-ta hikmah mereka: “Sesiapa yang tidak suka dengan dasar kerajaan,

sila tinggal di luar negara.” Begitu hina rakyat di mata mereka. Usaha memperbodohkan rakyat tidak berhenti di situ sa-haja. Salah seorang menteri men-gatakan bahawa kementeriannya akan membentuk satu pasukan khas yang bersedia turun padang untuk mengetahui penyebab ke-naikan harga barang. Kita pun ge-leng kepala mendengar kenyataan menteri ini. Bukankah punca ke-naikan harga barang adalah dasar kerajaan yang menaikkan harga petrol, elektrik dan tol? Ketiga-tiga keperluan asas tersebut akan meningkatkan biaya pengeluaran dan pengangkutan yang seba-liknya memengaruhi kenaikan harga. Apakah tujuan kerajaan membentuk pasukan khas un-tuk mengetahui punca kenaikan harga, sedangkan punca sebenar adalah kerajaan sendiri. Tidak hairanlah jika menteri-menteri mengeluarkan kenyataan-kenyataan tidak logik semacam itu kerana bos mereka, iaitu perdana menteri sendiri lebih bangga dengan penurunan harga kangkung biarpun semua harga barangan asas yang lain meningkat. Dalam salah satu

ucapannya yang disiarkan secara langsung di RTM pertengahan Januari lepas, Najib Razak meny-atakan bahawa rakyat hanya pan-dai mengeluh kepada kerajaan jika harga barang naik, tetapi jika harga kangkung turun tidak pula berterima kasih kepada kerajaan. Ucapan PM Malaysia ini menjadi bahan ejekan oleh rakyat Malay-sia dan dunia antarabangsa di in-ternet, terutamanya media sosial. Kita semestinya sedar bahawa kenaikan harga barang bukan hanya disebabkan oleh faktor musim tengkujuh, cuaca, seperti yang selalu dikatakan oleh kerajaan. Kenaikan harga petrol walaupun hanya 20 sen sahaja, ia tetap membawa kesan yang besar terhadap ekonomi negara. Sep-erti yang berlaku di Brazil tahun 2012, di mana masyarakatnya marah dan merusuh kerana ke-naikan harga pengangkutan awam sebanyak 20 sen. Ini bukan masalah sepuluh atau dua puluh sen sahaja, tetapi disebabkan pet-rol adalah bahan asas, maka ke-naikannya akan mempengaruhi harga barangan lain secara kes-eluruhan. Sudah terbukti bahawa

kerajaan tidak mampu menga-wal harga barangan yang semakin meningkat. Apa yang mereka selalu lakukan adalah meminta rakyat untuk berjimat cermat dalam perbelanjaan. Pada masa yang sama PM boleh membeli jet peribadi menggunakan wang rakyat. TPM dan menteri perta-hanan boleh pergi berbelanja di London pada musim perayaan Krismas dan Tahun Baru yang lepas. Menteri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pesta perkahwinan anaknya secara mewah di hotel lima bintang di ibu negara. Raky-at diminta berjimat tetapi mereka yang hidup dalam kemewahan tidak mahu berjimat.

Rakyat tidak boleh berdi-am diri lagi. Sebahagian dari kita telah turun bantah pada malam tahun baru lepas. Protes sebegini harus diperkuatkan dengan ga-bungan anak muda dan pekerja. Isu kenaikan harga barang dan kos sara hidup adalah isu utama tahun 2014 ini. Jangan rakyat dib-utakan lagi dengan isu-isu samp-ingan seperti isu kalimah Allah dan perampasan bibel berbahasa Melayu yang bukan sahaja akan meretakkan lagi harmoni antara kaum di negara ini, tetapi juga mengalihkan isu yang sebenar tentang kenaikan harga barang ini. Rakyat mesti bersatu menun-tut penurunan harga barang!

Sebelum menjelang 31 Disem-ber 2013, heboh di rangkaian sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak masyarakat khususnya anak-anak muda untuk turun ke Dataran Merdeka pada malam ambang tahun baru, yang bertujuan un-tuk membantah kenaikan harga barang dan kos sara hidup rakyat pada tahun 2014. Tidak cukup

sekadar di Facebook, berita ini turut tersebar sehingga mendapat liputan daripada media arus per-dana seperti di kaca televisyen. Seperti yang diketahui umum, propaganda yang dimainkan oleh media yang cenderung kepada kerajaan begitu gah memomok-kan rakyat Malaysia yang konon-nya malam 31 Disember itu akan berlangsung protes besar-besaran

yang dianjurkan oleh parti politik pembangkang untuk menggul-ingkan kerajaan. Detik 31 Disember, raky-at turun ke Dataran Merdeka bagi menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap isu kos sara hidup yang semakin meningkat dan akan lebih menghimpit rakyat yang kebanyakannya berlatarbelakang-kan kelas pekerja. Seperti di ke-banyakan negara lain dalam du-nia, krisis ekonomi yang semakin meruncing mengakibatkan pen-gangguran semakin meningkat, kekurangan sumber makanan dan menjurus kepada peningka-tan masalah sosial. Di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa masalah kenaikan kos sara hidup yang dihadapi hari ini mempun-yai kaitan secara langsung dengan permasalahan ekonomi global. Malaysia sebagai sebuah negara kapitalis yang amat bergantung kepada pasaran ekonomi global pasti turut merasa impaknya. Kesannya, kita boleh li-

hat pada hari ini apabila rakyat menjadi mangsa. Melihatkan harga barang keperluan semakin meningkat, kos pengangkutan termasuk harga petrol, cukai GST pula bakal dikenakan pada setiap barang keperluan seharian, maka kita sepatutnya boleh mula ber-fikir, siapakah mangsa kepada keadaan ini sebenarnya? Jawa-pannya sudah pun ada didepan mata. Rakyat disuruh untuk ber-jimat dan dicadangkan pelbagai alternatif lain untuk menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, tetapi ironinya, bagaimana pula dengan pengaliran dan penggu-naan wang rakyat itu sendiri oleh para pemerintah? Ini jawapann-ya. Mereka akan terus menikmati dan menyalahgunakan hasil ker-ingat rakyat tanpa mempedulikan keperitan mereka. Ini adalah re-aliti yang berlaku. Apakah jalan alternatif kepada rakyat dan kelas pekerja yang sebenarnya? Kita perlu me-mupuk kesedaran politik bagi

rakyat khususnya kelas pekerja dengan tujuan untuk membina kepimpinan politik tersendiri yang berlainan daripada per-mainan politik reaksioner sis-tem dua parti di negara kita. Ba-risan Nasional ataupun Pakatan Rakyat, tetap tidak akan menja-min kestabilan ekonomi negara, juga tidak dapat menjamin suara rakyat bawahan akan didengar oleh mereka. Sokongan penuh se-harusnya diberikan terhadap usa-ha-usaha murni kesatuan pekerja dan aktivis anak muda dalam perjuangan rakyat. Masyarakat umum seharusnya sedar bahawa kuasa perubahan patut dicetus-kan daripada perjuangan poli-tik oleh kelas pekerja itu sendiri. Harus diingatkan juga bahawa tuntutan kelas pekerja sudah pas-ti akan mewakili kepentingan majoriti rakyat Malaysia dan bu-kannya kepentingan golongan pemerintah yang cuma minoriti.

2014 Bermula Dengan Protes Turun Harga Barang...Anak Muda dan Kelas Pekerja Perlu Bersatu!

Kerajaan Tunduk Kepada Kemahuan Kapitalis

Page 3: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014 ANALISA 3

Pada tahun lalu, kera-jaan negeri di bawah Pakatan Rakyat, iaitu Selangor dan Pu-lau Pinang telah meningkatkan gaji menteri besar, exco kerajaan negeri, speaker dan ahli Dewan Undangan Negeri. Antaranya, peningkatan pendapatan bulanan sehingga 300 peratus. Kedua-dua kerajaan negeri tersebut mewa-jarkan kenaikan tersebut dengan peningkatan kos perkhidmatan wakil rakyat dan sebagai lang-kah tidak menggalakkan wakil rakyat terlibat dengan perniagaan atau pekerjaan lain. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional juga dijangka akan membuat pening-katan dengan wajaran yang lebih kurang sama. Sebelum pilihan raya, usulan kesatuan sekerja untuk gaji minimum sebanyak RM 1500

yang dianggap wajar berlandas-kan kos hidup semasa telah dito-lak oleh Pakatan Rakyat dan Ba-risan Nasional dengan alasan ia akan meningkatkan kos majikan dan memberikan impak negatif kepada pasaran bebas kapital-isme. Ini menggambarkan aspira-si yang didukung oleh wakil raky-at yang dipilih oleh rakyat lebih kepada keperluan golongan ka-pitalis, dan retorik politik mere-ka terutama pada masa pilihan raya hanyalah omongan kosong semata-mata untuk memancing undi. Mereka lebih fokus untuk meningkatkan taraf hidup serta karier politik mereka daripada memperjuangkan langkah dan polisi untuk meringankan beban ekonomi dan sosial rakyat yang semakin meningkat. Ramai pekerja terpaksa membuat dua kerja atau kerja

sampingan untuk menampung perbelanjaan isi rumah yang se-makin meningkat. Disebabkan kebanyakan masa mereka di-habiskan untuk kerja, mereka tidak ada masa untuk bersama keluarga dan anak-anak serta untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kemasyaraka-tan. Baru-baru ini, Bank Negara telah mendedahkan hutang isi rumah di Malaysia sudah mel-ebihi 80 peratus daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar), menjadikannya di antara yang paling teruk di Asia. Ini bermak-na hutang kebanyakan rakyat terutamanya kelas pekerja terus meningkat dan ini dijangka akan berlanjutan dengan peningkatan kos sara hidup akibat peningka-tan harga barang dan kos perkh-idmatan asas. Rakyat memilih wakil

rakyat supaya mereka memper-juangkan hak dan keperluan rakyat seperti peningkatan gaji yang adil. Ini tidak berlaku, dis-ebabkan landasan politik wakil-wakil rakyat serta parti-parti politik yang diwakili oleh mereka bersandarkan kepada keperluan kapitalisme untuk memaksi-mumkan keuntungan. Justeru itu, retorik politik seperti ‘rakyat di-dahulukan, pencapaian diutama-kan’ dan ‘negara berkebajikan’ hanya digunakan untuk menga-buri mata rakyat, dan mereka tidak berani menentang golongan kapitalis bagi meningkatkan kep-erluan dan hak demokrasi rakyat. Sebenarnya, mereka mewakili aspirasi golongan minoriti iaitu kapitalis yang jumlahnya kurang 1 peratus daripada penduduk keseluruhan. Ini bermakna, kelas pekerja, kesatuan sekerja, anak

muda dan golongan tertindas yang lain yang merupakan golon-gan majoriti iaitu yang mewakili 99 peratus penduduk tanpa or-ganisasi politik yang mewakili aspirasi mereka. Hanya, wakil rakyat yang mempunyai landasan politik yang berlandaskan kepada kep-erluan kelas pekerja dan rakyat biasa sahajalah yang akan mem-perjuangkan hak dan keperluan kelas pekerja dengan membawa program alternatif kepada agen-da kapitalisme. Pada masa yang sama, wakil-wakil rakyat yang mempunyai aspirasi kelas pekerja perlu membina organisasi politik untuk kelas pekerja, anak muda dan golongan tertindas yang lain untuk ke arah membawa peruba-han politik yang akan meman-faatkan keperluan dan hak kelas pekerja dan rakyat biasa.

Antara Gaji Rakyat Dan Gaji Wakil RakyatWakil Rakyat yang Berjiwa Rakyat Harus Mengambil Gaji Purata Pekerja! Ravi

Page 4: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

4 ANALISA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014

Konflik Per-waja Steel – Pekerja Yang Mera-na? Sharifah

Baru-baru ini dalam media sosial, hangat dihe-bahkan bahawa sekumpulan pekerja Perwaja Steel Sdn. Bhd. di Kemaman, Terengganu telah melancarkan mogok kerana gaji mereka sudah berbulan-bulan tidak dibayar oleh syarikat tersebut. Adalah difahamkan bahawa pada awalnya, Perwaja Steel adalah syarikat milik penuh kerajaan, namun begitu telah diswastakan kepada Maju Hold-ings Sdn. Bhd. pada tahun 1997. Walau bagaimanapun, lama-kelamaan Maju Holdings pula telah menjual 51% ekuiti pemi-likan Perwaja Steel kepada Kin Kee Steel. Ini bermakna bahawa Maju Holdings cuma memiliki 49% ekuiti. Malahan, masalah serupa turut telah dihadapi oleh pekerja-pekerja Perwaja Steel di cawangan Gurun, Kedah. Nasib mereka terus terumbang-ambing. Lebih membimbangkan bahawa perkara ini telah berlaru-tan sejak dahulu lagi dan tidak pernah cuba untuk diselesaikan dengan serius oleh pengurusan syarikat. Ada beberapa lapo-ran bahawa terdapat pekerja yang telah diberhentikan kerja. Walaupun syarikat tersebut telah mengalami kerugian yang besar dan beberapa krisis pengurusan yang lain, sepatutnya mereka bertanggungjawab atas kegaga-lan mereka ini dan melakukan langkah-langkah yang seharusn-ya supaya kebajikan para pekerja

mereka dapat terus dijaga, bu-kannya melepas-kan tangan dan menjaga keun-tungan masing-masing.

Persoalannya, mengapa media arus perdana tidak melapor-kan secara meluas tentang penderitaan ini? Dan yang lebih penting lagi, di manakah keadilan yang sepatutnya untuk para pekerja?

Media-media arus perdana pada awal Januari telah melaporkan satu cubaan rusuhan yang dilaku-kan oleh para pekerja Nepal di hadapan rumah majikan mereka. Tindakan pekerja kilang papan itu dipicu oleh sikap sambil lewa majikan yang tidak mengendah-kan salah seorang rakan mereka yang mengalami sesak nafas. Keengganan majikan membawa si pesakit ke hospital telah me-nyebabkan pekerja tersebut men-inggal kerana tidak mendapat rawatan yang sepatutnya. Dalam kejadian itu, polis yang bergegas datang ke tempat berlakunya ru-suhan telah menahan tiga orang pekerja yang dianggap sebagai ketua perusuh. Dalam keteran-gannya kepada mediia pihak polis menyatakan bahawa hasil maklu-mat awal kumpulan pekerja terb-abit bertindak demikian kerana sebelum ini sudah tiga orang ra-kan mereka mati secara menge-jut di asrama terbabit, namun majikan mereka tidak menyiasat puncanya. Polis juga memberita-hu bahawa kemungkinan punca kematian adalah kebiasaan minu-man keras di kalangan pekerja

(mstaronline, 12/1/14). Itu berita yang kita ketahui daripada media. Apa yang dapat kita simpulkan daripada kejadian tersebut?Pertama, media arus perdana hanya menuliskan berita ber-dasarkan sumber maklumat dari-pada polis dan majikan sahaja, bukan daripada pihak pekerja, yang dalam kes ini juga boleh dikatakan sebagai mangsa yang terpaksa menghadapi kehilan-gan nyawa rakan mereka. Ini adalah ciri utama laporan media arus perdana yang tidak berpi-hak kepada pekerja yang sebe-narnya adalah mangsa. Selain itu tidak ada berita lebih lanjut mengenai kes ini. Kita tidak tahu nasib tiga pekerja yang ditahan, sama ada dilepaskan atau dihan-tar pulang ke negaranya. Kita tidak tahu tindakan apa yang akan diambil terhadap majikan. Dari berita media arus perdana, mereka cuba memberikan kesan kepada khalayak bahawa majik-an adalah mangsa rusuhan, bu-kan pihak yang dipersalahkan. Inilah sebab mengapa pekerja perlu media mereka sendiri un-tuk membela nasib mereka.

Kedua, kenyataan pihak polis yang menuduh kebi-asaan minuman keras se-bagai punca kematian dan rusuhan juga adalah tanpa bukti. Kalaupun itu pun-canya, kitapun tidak boleh menyalahkan pekerja sepe-nuhnya. Sudah tentulah ada faktor lain yang me-nyebabkannya. Kita semua maklum bahawa keadaan pekerja asing di negara ini adalah yang paling teruk kerana mereka bekerja

dalam keadaan yang terpaksa dan selalu ditekan. Mungkin mereka menjadikan minuman keras se-bagai ubat untuk mengatasi te-kanan kerja dan persoalan hidup. Kalaupun kita tidak bersetuju dengan amalan minum arak, kita juga patut bertanya keadaan kerja dan hidup yang bagaimana men-

jadikan mereka meminum arak. Persekitaran dan tingkah laku majikan yang selalu memberi te-kanan juga sangat berpengaruh. Ketiga, penjelasan yang paling masuk akal punca sesak nafas yang membawa kepada kematian empat orang pekerja Nepal terse-but ialah kerana mereka bekerja di kilang papan. Di kilang papan, para pekerja memang terdedah dengan serbuk-serbuk halus pa-pan yang sangat mudah masuk ke dalam tubuh melalui perna-fasan. Bayangkan jika mereka setiap hari bekerja dengan kead-aan seperti itu tanpa ada langkah keselamatan yang disediakan oleh majikan, maka tidak hairan-lah kes kematian disebabkan oleh sesak nafas selalu berlaku. Yang hairannya, majikan tidak pernah dikenakan tindakan, padahal ini berkaitan dengan keselamatan kerja dan telah mengorbankan empat nyawa pekerja.Pekerja tempatan dan kesatuan sekerja harus membela hak dan kebajikan pekerja asing untuk bersatu menentang penindasan di tempat kerja.

Rusuhan Pekerja Nepal di Pokok Sena: Salah Siapa? Kamal

Gambar Atas : Pekerja Nepal berkumpul di KLIA menung-gu majikan baru.Gambar atas : Pekerja Nepal sedang balik dari kerja kon-trak.Gambar Bawah : Pekerja di kilang Perwaja.

Page 5: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014 ANALISA 5

Pada bulan November 2013, MAS melucutkan jawa-tan Presiden NUFAM (Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Kabin Penerbangan MAS), Ismail Na-saruddin kerana kenyataan beliau meminta Pegawai Eksekutif Tert-inggi MAS letak jawatan akibat tiada keprihatinan majikan dalam menyelesaikan isu-isu pekerja. Manakala, pada bulan December 2013 pula, 7 pekerja digantung kerja kerana memberikan komen tentang majikan dalam Facebook kesatuan. NUFAM sejak penubu-hannya telah membangkitkan isu-isu seperti kenaikan gaji, elaun pengangkutan ke tempat kerja, cuti rehat dan sebagainya untuk membela hak pekerja. MAS merupakan sebuah syarikat berkaitan kerajaan, dan tindakan menghakis hak pekerja

dan kesatuan sekerja menunjuk-kan MAS lebih prihatin untuk melipatgandakan keuntungan daripada hak dan demokrasi pekerja dan kesatuan. Penafian hak berkesatuan ini bermula se-jak NUFAM didaftarkan dan diiktiraf pada 2 Ogos 2013 se-lepas 63 peratus para pekerja mengundi untuk menyokong pe-nubuhan NUFAM bagi mewakili suara, hak dan kebajikan mereka. Walaupun, pengundian itu telah diselaraskan oleh Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja, sebuah agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia mela-lui undi rahsia, MAS langsung tidak menghormati keputusan majoriti pekerja dan arahan kera-jaan. Manakala, MAS mengambil tindakan mahkamah untuk men-cabar keputusan pengiktirafan

NUFAM. Tidak cukup dengan itu, pihak pengurusan juga cuba menyekat aktiviti-aktiviti kes-atuan atas alasan ianya masih lagi di dalam proses mendapat peng-hakiman di mahkamah. Pada 6 Januari 2013 beberapa ahli kes-atuan dan pengerusi dihalang un-tuk berada di kawasan lapangan terbang KLIA, Sepang oleh pihak keselamatan bagi menjalankan aktiviti-aktiviti kesatuan. Saudara Ismail, Presiden NUFAM menjelaskan, “Walau-pun MAS adalah penerbangan terbaik di dunia, kami tidak diba-yar gaji terbaik di dunia, ini amat menyedihkan…eksekutif dan pengurus telah menikmati berb-agai-bagai faedah, kami mender-ita, anak-anak kapal kabin telah dinafikan hak-hak mereka”. Pada 2 Januari yang lalu, melalui kenyataan media, NU-FAM menyatakan bahawa ia mer-ancang satu piket untuk mem-bantah tindakan kejam majikan terhadap pekerja dan kesatuan, dan meminta sokongan solidariti daripada orang awam. Tujuan piket ini adalah untuk memban-tah serangan majikan terhadap hak-hak pekerja anak kapal MAS untuk menjalankan aktiviti-ak-tiviti kesatuan sekerja bagi mem-perjuangkan dan mempertahan-kan hak-hak pekerja. Oleh itu, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab orang ramai terutamanya pekerja di sektor lain, pelajar serta masyarakat yang menyokong perjuangan pekerja turut me-nyertai dan menyokong piket ini agar hak-hak pekerja tidak sewenang-wenangnya dipermainkan oleh majikan.

MAS Menganiaya Pekerja dan Kesatuan Erick

Sejarah penubuhan Kesatuan Sek-erja bermula pada akhir kurun ke-19 di kilang-kilang di Eropah sebagai usaha untuk melindungi hak pekerja yang makin ditin-das oleh para kapitalis yang telah berkembang di era revolusi in-dustri. Setelah mengalami pel-bagai perjuangan dengan pihak berkuasa, akhirnya Kesatuan Sekerja mula mendapat pengik-tirafan dan Kesatuan Sekerja sah yang terawal telah ditubuhkan di England pada tahun 1915. Kon-sep Kesatuan Sekerja ini terus berkembang ke serata dunia se-hingga ke hari ini. Di Malaysia setiap peker-ja juga mempunyai hak untuk menyertai atau menubuhkan ke-satuan bagi melindungi hak-hak mereka. Hak ini dilindungi oleh Perlembangan Persekutuan dan Akta Perhubungan Perusahaan. Definisi kesatuan sekerja Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sek-erja 1959 adalah seperti berikut:“…apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi pekerja di mana tempat pekerjan-ya adalah di Malaysia Barat, Sa-bah atau Sarawak mengikut mana yang berkenaan.”a) dalam mana-mana pertubu-han, trend, pekerjaan atau indus-tri yang tertentu atau dalam apa-apa industri yang serupab) sama ada secara sementara

atau tetap; danc) yang mempunyai antara tu-juan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan berikut

Akta-akta yang berkaitan pula ialah:1. Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan menjamin hak war-ganegara untuk menyertai per-satuan.2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin ke-bebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh ada campur tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak un-tuk menubuhkan atau menyertai atau terlibat dalam aktiviti kes-atuan pekerja. Seksyen 5 pula menjamin hak setiap pekerja bagi menyertai kesatuan yang sesuai bagi mere-ka. Sebarang tindakan majikan untuk menghalang pekerja dari-pada berkesatuan adalah satu ke-salahan yang melanggar Perlem-bagaan Persekutuan Malaysia dan hak asasi pekerja. Oleh itu, para pekerja yang ingin menyertai atau mewujudkan Kesatuan Sekerja di tempat kerja perlu bersatu untuk memelihara hak mereka.

Hak Berkesatuan Adalah Hak Asasi Pekerja Yuva

Page 6: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

6 BERITA KESATUAN SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014

Kesatuan Sekerja Indus-tri Elektronik Wilayah Barat Se-menanjung Malaysia (KSIEWB-SM) telah berjaya dibentuk apabila 72% daripada pekerja RE-NESAS Semiconductor KL Sdn. Bhd. yang mengundi dalam suatu ‘pengundian rahsia’ yang telah menyokong penubuhan kesatuan sekerja. Kesatuan Sekerja elek-tronik ini sekarang telah menjadi sah dan akan memulakan rundin-gan dengan majikan untuk men-dapatkan kontrak pekerjaan yang akan diperhalusi dan dipersetujui oleh pihak kesatuan terlebih da-hulu. Pihak Kesatuan tersebut telah menyerahkan pemohonan pertama bagi pengiktirafan (se-lepas disahkan oleh Kementerian Sumber Manusia) kepada pihak majikan pada 18 Januari 2010. Majikan RENESAS bukan sahaja melanggar undang-undang den-gan tidak mengiktiraf kesatuan ini malah beberapa pemimpin

dan ahli Kesatuan seperti Wan Noorulazhar bin Mohd. Hana-fiah (Presiden Kesatuan) turut telah diberhentikan kerja. Se-lama hampir 4 tahun sehingga sekarang, Kesatuan Elektronik ini telah mengadakan beberapa piket termasuk di hadapan Ke-menterian Sumber Manusia di Putrajaya bagi menuntut keadi-lan. Pihak Solidariti Pekerja yang telah mengikuti beberapa piket ini mendapati bahawa kesatuan ini mempunyai kapasiti organ-isasi yang tajam, kepimpinan dan semangat perjuangan tinggi yang patut dicontohi oleh kesatuan di Malaysia. Kemenangan kali ini memang mencerminkan kualiti-kualiti tersebut. Walau bagaimanapun, tugas utama kesatuan ini baru bermula, iaitu untuk membela hak semua pekerja dan juga un-tuk menjadi inspirasi kepada kilang-kilang lain untuk men-ubuhkan kesatuan mereka sendi-

ri. Majikan RENESAS tidak akan dapat memecah belahkan para pekerja bagi tujuan penindasan jika pihak kesatuan terus nekad memperjuangkan hak pekerja se-bagaimana yang telah dilakukan sepanjang perjuangan ini. Pihak Solidariti Pekerja ingin mengucapkan tahniah ke-pada pihak Kesatuan Sekerja Industri Elektronik Wilayah Barat Semenanjung Malaysia (KSIEWBSM) diatas kemenan-gan ini. Kami juga berharap agar Kesatuan ini akan meneruskan perjuangan pekerja dan menjadi pendorong kepada mana-mana kesatuan yang sedang mengha-dapi penindasan daripada pihak majikan dan kerajaan. Pada masa yang sama, perjuangan harus diteruskan un-tuk hak penubuhan Kesatuan Sekerja tanpa sebarang sekatan oleh kerajaan atau campurtangan majikan.

72% Pekerja RENESAS Meng- undi Untuk Berkesatuan – Kesatuan akhirnya diiktiraf oleh majikan sete-lah hampir 4 tahun berjuang! Yuva

*Laporan mengenai perkembangan Kesatuan ini boleh didapati di keluaran Solidariti Pekerja isu ke-tiga. Sila ke facebook page (tertera di halaman bela-kang) kami bagi mendapatkan keluaran-keluaran sebelum ini dengan percuma.

Page 7: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014 BERITA KESATUAN 7

Putrajaya, 12 Disember 2013 - Kira-kira 300 ahli Kon-gres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang kebanyakannya wakil daripada NUBE (Kesatuan Sekerja Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank), dan beberapa kesatuan sekerja lain membuat bantahan di hadapan pejabat Kementerian Sumber Manusia (KSM) di Putrajaya, mempamer-kan rasa tidak puas hati terhadap KSM yang gagal menyelesaikan pelbagai isu pekerja yang telah dibangkitkan semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

MTUC juga mengecam tindakan Kementerian Sumber Manusia yang telah meluluskan kesatuan dalaman Maybank yang bertujuan melemahkan kesatuan kebangsaan, walaupun mengeta-hui bahawa NUBE telah mewakili pekerja-pekerja bank secara um-umnya selama beberapa dekad. Selain daripada itu, MTUC juga membantah pemindahan 49 pekerja Hong Leong Bank yang sudah lama berkhidmat daripada beberapa cawangan ke cawangan yang jauh daripada tempat kedia-man mereka sekarang. Memind-ahkan pekerja yang mempunyai rumah dan keluarga ke tempat kerja baru yang jauh mengikut kehendak majikan pasti akan memberikan kesulitan dalam menyelaraskan masalah periba-di yang melibatkan soal tempat tinggal dan tanggungan keluarga apabila sudah bekerja di tempat baru yang jauh. MTUC juga membantah pemecatan dua pekerja Maybank yang juga merupakan ahli NUBE yang jelas mendedahkan wu-judnya agenda tersirat dianjurkan oleh pihak pengurusan Maybank untuk menyekat pengaruh NUBE

di dalam memperjuangkan nasib pekerja-pekerja di bank tersebut. Solidariti Pekerja sepe-nuhnya menyokong tuntutan-tuntutan hak demokrasi serta peningkatan keperluan ekonomi dan sosial bagi golongan pekerja di negara ini. Golongan pekerja dengan kepimpinan kesatuan sekerja sewajarnya perlu berani untuk turun ke padang menyu-arakan bantahan dan menuntut hak-hak yang diperlukan bagi mereka daripada pihak majikan dan kerajaan. Protes atau piket yang dianjurkan sebegini dilihat mempunyai potensi besar untuk dikembangkan menjadi suatu wa-dah baru bagi perjuangan rakyat khususnya daripada kalangan ke-las pekerja untuk melawan seba-rang penindasan dan ketidakadi-lan yang diperlakukan oleh majikan dan kerajaan. P a d a masa yang sama, protes-protes yang d i a n j u r k a n oleh kesatuan-kesatuan sek-erja khususnya NUBE dan MTUC perlu dinilai semula

dari sudut taktik dan perancan-gannya, bertujuan untuk mem-pertingkatkan keberkesanannya supaya ia dilihat mampu untuk mendesak pihak majikan dan kerajaan untuk mengambil berat isu-isu yang dilontarkan kepada mereka. Ini memerlukan kes-edaran dan solidariti lebih ramai pekerja yang mana boleh dibina oleh kepimpinan kesatuan ke-bangsaan, negeri dan bahagian jika penglibatan akar umbi dili-batkan bersama dalam perbin-cangan isu-isu pekerja serta perancangan langkah-langkah tindakan. Selain daripada mem-fokuskan penglibatan pekerja di dalam isu-isu hak asasi pekerja, kesatuan sewajarnya menekan-kan kepada pekerja tentang

keperluan untuk mengambil tahu isu-isu politik. Kesatuan seharusnya mampu memberi al-ternatif yang lebih jelas kepada rakyat khususnya kelas pekerja selain daripada hanya terus ber-harap kepada sistem politik dua parti di negara kita yang bertu-juan mengekalkan sistem kapital-isme yang terus menghakis hak dan demokrasi pekerja. Seorang pemikir politik dan pemimpin parti pekerja di Amerika Syarikat (Parti Pekerja Sosialis Amerika), iaitu Daniel De Leon pernah berkata: “Jangan tersilap: Organisasi kelas pekerja harus mempunyai keduanya; EKONOMI dan POLITIK. Kapi-talisme diselenggarakan pada dua saluran tersebut. Anda harus me-nyerang kedua-duanya.”.

MTUC Menuntut Hak Pekerja Dikembalikan! Ishtiraki

Berikutan protes yang telah digerakkan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) baru-baru ini ter-hadap Hong Leong Bank, juru-cakap bagi bank tersebut menya-takan bahawa pemindahan para pekerja mereka adalah untuk me-mastikan bank itu dapat bersaing dengan baik. Selain itu, bank itu juga bertegas bahawa ia masih menjaga kebajikan dan kepentin-gan semua pekerja mereka. Hakikatnya, sekitar 300 orang telah berprotes un-tuk membantah keputusan bank itu yang ingin memindahkan 50 orang pekerja bukan eksekutif (kerani dan pekerja am) ke tiga lokasi yang berlainan. Keputu-san bank ini dilihat tidak adil kerana ia datang secara tiba-tiba

dan langsung tidak memikirkan kebajikan para pekerja serta ke-luarga mereka. Banyak hal yang perlu difikirkan apabila seseorang pekerja itu diarah untuk dipin-dahkan – keluarga, pengang-kutan, tempat tinggal, sekolah anak-anak, dan sebagainya lagi. Bahkan, jenis pekerjaan mereka, iaitu bukan eksekutif, bukanlah pekerjaan yang dapat memberi-kan pendapatan yang tinggi dan boleh membuatkan mereka tidak perlu bersusah hati sekiranya dipindahkan. Lebih-lebih lagi apabila Hong Leong Bank gagal untuk mematuhi perjanjian kolek-tif antara mereka iaitu seorang pekerja bank yang merupakan anggota kesatuan berhak un-tuk menolak pemindahan yang

boleh menimbulkan kesulitan kepadanya. Oleh sebab itu, protes sedemikian dilakukan untuk menunjukkan bantahan daripada para pekerja yang terlibat. Bah-kan, pekerja-pekerja yang tidak terlibat juga bersolidariti kerana mereka memahami kepayahan kawan-kawan mereka. Ini men-unjukkan bahawa betapa golon-gan pekerja boleh bersatu dalam apa juga keadaan. Tambahan pula apabila bank itu turut telah memecat 27 orang kakitangan yang eng-gan untuk dipindahkan. Mala-han, Menteri Sumber Manusia pun gagal untuk membela nasib mereka. Ini jelas adalah satu pen-ganiayaan! Pembinaan solidariti pekerja dan Kesatuan perlu untuk melawan kesengsaraan pekerja.

Hong Leong Bank Tidak Berperi- kemanusiaan Terhadap Pekerja!

Page 8: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

8 ANALISA LUAR NEGARA SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014

Disember lalu, Singapura telah dilanda sebuah rusuhan diantara pihak berkuasa dan pekerja asing dari India yang me-nyebabkan keadaan huru-hara yang jarang dilihat di negara itu. Pada suatu ahad, sekumpulan besar pekerja asing warga India bersemuka dengan pihak Polis di-mana berpuluh-puluh kedai telah dipecahkan, kereta Polis diterba-likkan dan ramai diantara mereka yang tercedera. Pencetus kepada huru hara ini dilaporkan ber-punca dari sebuah kemalangan jalanraya dimana seorang pekerja asing mati dilanggar sebuah bas pelawat di kawasan yang sesak dengan warga asing pada hujung minggu. Walaubagaimanapun, punca utama rusuhan tersebut adalah pelbagai, termasuk kondisi kehidupan seharian warga asing di Singapura yang sangat terte-kan. Malah rusuhan ini mencer-minkan kemarahan para pekerja asing yang bukan sahaja dibayar sangat rendah, tetapi dipaksa juga untuk bekerja lebih masa dan tinggal di tempat yang serba kekurangan manakala golongan berada menikmati kekayaan yang melampau di depan mata mereka.

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri negara itu ter-us menyalahkan pekerja asing tanpa melihat pada punca utama yang mencetuskan kemarahan di-kalangan mereka. Pihak berkuasa Singapura telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan mengenakan hukuman berat ke-pada pihak yang terlibat didalam rusuhan tersebut sebagai amaran kepada pekerja asing yang lain ( hampir 50% pekerja di Singapura adalah pekerja asing). Kenyataan pihak berkuasa jelas menunjuk-kan bagaimana pihak kapitalis langsung tidak menghargai pen-gorbanan para pekerja yang dengan kondisi kehidupan yang teruk bagi kemajuan negara terse-but. Serangan pihak atasan terus ditujukan kepada sebelah pihak sahaja tanpa mengendahkan ma-jikan pekerja tersebut yang sering melanggar undang-undang bu-ruh yang juga merupakan punca utama kepada kemarahan yang timbul dikalangan pekerja asing.Pemikiran yang berat sebelah ada-lah ketara di kalangan menteri-menteri jutawan di Singapura. Pekerja asing ini dibayar maksi-mum 800 dollar Singapura untuk

sebulan. Kos sara hidup yang amat tinggi di negara itu memak-sa mereka mengharungi kehidu-pan dalam kemiskinan. Sering-kali mereka berkumpul di pinggir bandaraya dimana kos sewa lebih murah dan berhimpit didalam bilik yang kecil (Singapura meru-pakan negara kos sewa tertinggi di rantau Asia Tenggara). Mereka berkerja selama 12 jam sehari dan hanya mendapat cuti satu hari seminggu, iaitu pada hari Ahad. Selain itu, pekerja asing juga tiada hak untuk menubuhkan atau menyertai kesatuan sekerja bagi membela mereka. Mereka bergantung dengan sepenuhnya kepada majikan mereka dan jika terdapat sebarang kesangsian, pekerja asing ini akan dihantar balik ke negara asal mereka. Pen-dek kata mereka adalah hamba bergaji yang dimiliki oleh maji-kan mereka dan menteri-menteri Singapura turut bersekutu dalam sistem penghambaan ini. Dengan kemarahan dan tekanan hidup yang melampau, adalah tidak mustahil jika kejadi-an sebegini terus melanda Sin-gapura pada masa yang akan da-tang. Terdapat ramai warga Cina

yang berkerja di Singapura ditin-das dengan teruk dan telah men-gakibatkan kekecohan sebelum ini. Terdapat juga pekerja dari Fil-ipina, Bangladesh dan segolongan pekerja tempatan yang semakin ditekan oleh kerajaan satu parti ini yang hanya tertumpu untuk menyebelahi pihak kapitalis yang lebih menguntungkan mereka. Para pekerja di Singapura se-makin merasai serangan pihak kapitalis yang sekarang sedang bermula dengan pekerja asing, tetapi akan dituju kepada pekerja tempatan dan juga pekerja Ma-laysia disana.. Kita hanya mampu men-gandaikan bahawa kondisi peker-jaan di Singapura akan semakin

merosot akibat krisis ekonomi dunia yang berpanjangan tanpa jalan penyelesaian yang jelas. Ke-las pekerja di Singapura tidak kira bangsa perlu bersatu dan menyu-sun diri mereka didalam suatu or-ganisasi yang mampu menentang serangan kapitalisme. Hanya den-gan bersolidariti dan bersepakat dengan semua golongan pekerja, mereka akan mampu membela bukan sahaja nasib mereka, tetapi nasib semua pekerja lain pada masa yang akan datang.

Singapura: Negara Kaya, Pekerja Hamba Yuva

Gambar bawah : Rusuhan Pekerja Migran di Jalan Serangoon, ( Little India )Singapura.

Page 9: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014 ANALISA LUAR NEGARA 9

Serangan oleh pihak berkuasa terhadap pekerja yang sedang mogok di Cambodia telah ber-laku akibat tekanan daripada majikan-majikan kilang terbabit yang terdiri daripada multina-sional Korea Selatan dan Jepun. Sekurang-kurangnya 5 pekerja terkorban dan 23 lagi cedera pa-rah akibat keganasan daripada pihak Polis dan Tentera terhadap pekerja kilang pakaian yang se-dang mogok menuntut gaji yang berpatutan. Berikutan kejadian terse-but, wakil daripada 26 organisasi hak asasi telah berkumpul di ha-dapan bangunan Kementerian Luar Negara di Seoul, Korea pada pagi Januari 10 sebagai protes kepada tindakan pihak berkuasa Cambodia yang didorong oleh majikan daripada negara mereka. Mengikut laporan kumpulan tersebut, setelah pekerja Cam-bodia melancarkan mogok pada Disember 23 lalu, pihak kedutaan Korea Selatan telah menghubungi pihak atasan Cambodia dan me-nekan mereka untuk mencari ja-lan penyelesaian. Satu surat rasmi juga telah dihantar ke Kementeri-an Kehakiman Cambodia pada 30 Disember menyeru mereka untuk melindungi kepentingan kilang yang dimiliki oleh Korea Selatan.Tidak lama selepas itu, pada 4 Januari lalu, sebuah pasukan khas telah dihantar untuk menindas

para pekerja yang sedang mogok. Beberapa pekerja dipukul dan ditahan dihadapan kilang paka-ian milik Korea Selatan Yakijin ( pembekal pakaian bagi jenama GAP dan Wallmart). Beberapa hari berikutan, pihak berkuasa terus mengasari pekerja daripada kilang kain yang telah menyebab-kan kematian kepada 5 orang pekerja dan berpuluh lagi terced-era parah. Pekerja-pekerja kilang pakaian milik Cina, Korea Selatan dan Jepun sedang mogok semen-jak 23 Disember lalu menuntut agar gaji minimum mereka dinai-kkan daripada 80 Dollar Amerika ke 160 Dollar Amerika. Tindakan solidariti di Korea Selatan seperti ini perlu digalakkan dan perlu tersebar ke gerakan buruh tem-patan supaya kemenangan dapat dicapai.

Solidariti Pekerja Korea Selatan Dengan Pekerja Kain Cambodia Yuva

Baru-baru ini, Pertubu-han Buruh Antarabangsa telah mengeluarkan laporan bahawa terdapat lebih 375 juta ( ataupun 12% daripada jumlah ) pekerja se-dunia mendapat gaji kurang dari-pada 4 ringgit sehari. Manakala 839 juta ( 26.7% ) pekerja men-dapat kurang daripada 7 ringgit sehari. Laporan ini adalah seka-dar statistik dan bilangan sebenar pekerja dibawah kadar kemiski-nan mungkin lebih banyak dari-pada angka tersebut. Masalah ini diburukkan lagi dengan eksploi-tasi terhadap pekerja yang dis-ebabkan oleh kewujudan jutaan sektor pekerjaan informal. Laporan Pertubuhan itu juga menekankan masalah sektor informal yang wujud diserata du-nia, terutamanya di negara-nega-ra miskin dan didapati mewujud-kan kondisi pekerjaan yang teruk

bagi pekerja di negara tersebut. Sektor ini beroperasi secara har-am, tidak dikenakan cukai dan tidak di awasi oleh pihak kera-jaan. Ini membolehkan para kapitalis yang menguasai sektor tersebut mengeksploitasi tenaga kerja mu-rah yang wujud akibat kondisi negara yang teruk. Negara-negara miskin seperti Panama dan Zim-babwe adalah antara mangsa pal-ing teruk sektor informal ini. Sektor informal masih meluas di kebanyakan negara membangun. Di Eropah Timur , negara-negara Komanwel CIS dan beberapa negara maju, sek-tor informal masih menyumbang lebih 20 peratus daripada jumlah tenaga kerja. Di kebanyakkan negara Amerika Latin, kadar sektor in-formal adalah disekitar 50%. An-gka ini mencapai hampir 70% di

negara-negara Amerika Tengah seperti Honduras dan Nicaragua.Kadar sektor pekerjaan informal adalah lebih tinggi di negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara. Di sesetengah negara daripada rantau ini, kadar sektor informal mencapai 90% daripada jumlah tenaga kerja. Para pekerja sedunia se-dang menjadi mangsa pertama akibat kemerosotan ekonomi ka-pitalis yang sedang berlanjutan selama 6 tahun. Para ekonomis arus perdana atau para korporat belum mencadangkan apa-apa jalan keluar daripada krisis yang paling teruk dalam sejarah kapi-talisme semenjak 1929. Kadar kemiskinan dian-tara pekerja sedunia dan kewu-judan jutaan sektor pekerjaan informal ini menunjukkan tan-da-tanda bahawa kegelojohan dan ketamakan para kapitalis tidak mempunyai had. Kelas pekerja tidak boleh menunggu penyelesaian daripada segelintir kapitalis yang hanya mengutam-akan kepentingan diri masing-masing dan perlu mengambil langkah untuk mencari jalan penyelesaian dengan sendiri. Organisasi-organisasi pekerja seperti Kesatuan Sekerja perlu mengatur langkah daripada sekarang bagi mencari penyele-saian politik untuk kelas peker-ja.

Apa Penyelesaian Kepada Kesengsaraan Pekerja?

Gambar atas kiri : Protes Soli-dariti bagi pekerja Cambodia yang dianjurkan oleh organ-isasi sosial dari Korea Selatan.

Gambar atas : Pekerja Cambo-dia beraksi dalam salah satu daripada ratusan protes yang berlaku di negara itu pada tahun lalu.

Gambar bawah : Peserta protes yang sedang diganasi oleh pihak polis.

Page 10: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

10 SUDUT EDITOR SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014

Di batas desaPagi - pagi

Dijemput trukDihitung seperti pesakitanDiangkut ke pabrik (kilang)

Begitu seterusnya

Mesin terus berputarPabrik harus berproduksi

Pulang malamBadan loyoNasi dingin

Bagaimana kalau anak sakitBagaimana obat

Bagaimana dokterBagaimana rumah sakit

Bagaimana uangBagaimana gaji

Bagaimana pabrik? Mogok?Pecat! Mesin tak boleh berhentiMaka mengalirlah tenaga murah

Mbak ayu kakang (kakak dan abang) dari desa

DisedotSampai pucat

BURUH-BURUHOleh:

Wiji Thukul

Pada bulan Januari 2013, kerajaan telah mengumumkan bahawa gaji minimum akan dia-malkan di seluruh Negara. Kera-jaan berharap penetapan gaji minimum akan meningkatkan taraf hidup pekerja. Walaupun gaji minimum RM900 di Seme-nanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak tidak selaras dengan taraf sebenar sara hidup pekerja masa kini, banyak syarikat yang tidak mengamalkan polisi gaji minimum tersebut dan dengan sewenang-wenangnya meman-suhkan elaun-elaun tertentu yang sebelum ini diterima oleh pekerja dengan mempergunakan kelema-han kerajaan dalam pelaksanaan polisi tersebut. Ini menunjukkan bahawa dasar kerajaan menge-nai gaji minimum ternyata hanya untuk kepentingan meraih undi pekerja pada PRU yang lepas. Setelah itu hak dan keperluan rakyat terus dipinggirkan. Setahun sudah berlalu semenjak pelaksanaan dasar gaji minimum, tetapi taraf hidup pekerja terus dibelenggu dengan beban kehidupan yang semakin meningkat. Harga barangan dan perkhidmatan asas seperti gula, petrol, sayur-sayuran, pengang-

kutan dan lain-lain semakin meningkat, dan had gaji mini-mum tersebut jauh daripada taraf gaji yang diperlukan oleh pekerja pada masa kini. Manakala, kera-jaan sudah merancang untuk mengurangkan subsidi untuk barangan asas dan memperkenal-kan cukai barangan dan perkhid-

matan (GST) pada pertengahan tahun 2015 yang sudah semes-tinya akan terus membebankan golongan berpendapatan rendah dan juga menengah. Selain itu, golongan ka-pitalis pula terus menghakis hak pekerja, dan serangan demi serangan ke atas hak kesatuan

terus meluas. Misalnya, pada bulan Disember tahun lalu, 27 pekerja Hong Leong Bank yang sudah lama bekerja dengan bank tersebut, ditamatkan kerja apabila mereka enggan untuk berpindah ke cawangan yang jauh daripada tempat kediaman mereka seka-rang. Manakala, kesatuan dan

pemimpin kesatuan juga diserang untuk melemahkan hak pekerja, dan serangan terbaru adalah terh-adap Presiden NUFAM ( Kesatu-an Sekerja Anak Kapal Penerban-gan MAS) yang dipecat apabila isu-isu pekerja diketengahkan ke-pada majikan. Pada masa yang sama,

pencabulan hak pekerja dijangka akan terus berleluasa di kilang-kilang yang tidak ada kesatuan. Ini kerana polisi majikan untuk meminumkan kos dan mening-katkan keuntungan dalam kead-aan ekonomi dunia yang masih tidak menentu sekarang ini. Ini termasuk penindasan terhadap pekerja migran yang diperguna-kan oleh majikan untuk meng-hakis hak pekerja tempatan. Ini adalah taktik ‘pecah dan perin-tah’ yang cuba dipergunakan oleh majikan untuk melemahkan hak pekerja secara keseluruhan. Dengan keadaan ekono-mi yang tidak stabil, dan hutang negara yang semakin meningkat, dijangka kerajaan akan tertekan untuk memotong lebih banyak subsidi dan perbelanjaan awam. Pada masa yang sama kerajaan juga akan terus mendukung kep-erluan golongan kapitalis untuk memaksimumkan keuntungan atas nama peningkatan ekonomi. Dasar dan undang-undang sep-erti GST akan dilaksanakan oleh kerajaan atas desakan golongan kapitalis dan pasaran bebas. Akh-irnya, rakyat dan kelas pekerja yang sudah pun dibebankan den-gan hutang isi rumah yang tinggi

akan terus menjadi mangsa kepa-da dasar kerajaan yang memihak kepada golongan kapitalis. Untuk meningkatkan hak dan keperluan kelas peker-ja, kesatuan sekerja dan warga pekerja tiada pilihan lain selain bersatu untuk memperjuangkan hak dan keperluan mereka. Kes-atuan-kesatuan sekerja di bawah naungan MTUC perlu mengatur langkah untuk mengorganisasi-kan lebih ramai pekerja termasuk pekerja migran. Kesatuan harus diperkuatkan dengan kepimpi-nan yang sanggup berjuang, dan dengan kepimpinan yang komit-ed berlandaskan kepada aspirasi pekerja. Ini akan memberikan keyakinan kepada warga peker-ja, termasuk pekerja muda yang ingin melihat perubahan dalam kehidupan mereka untuk bersatu dan berjuang. Solidariti di antara warga pekerja dan kesatuan sek-erja di berbagai-bagai sektor, dan juga dengan golongan tertindas yang lain seperti anak muda dan pelajar juga perlu dibina untuk memperkuatkan perjuangan pekerja. Hanya melalui perjuan-gan sahajalah satu perubahan dalam kehidupan kelas pekerja dan rakyat dapat dilakukan.

Kukuhkan Solidariti Perjuangan Pekerja! Ravi

Page 11: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

SOLIDARITI PEKERJA ISU KE -5 JANUARI - MAC 2014 BERITA CWI 11

Kshama Sawant, ahli parti So-sialis Alternatif di Amerika telah dipilih sebagai salah seorang wakil Majlis Perbandaran di Se-attle, yang merupakan sebuah bandar utama di Amerika, pada bulan November lalu melalui pilihan raya Majlis Perbandaran. Ini adalah kejayaan kepada so-sialis di bandar tersebut selepas lebih 100 tahun. Bandar tersebut selama ini merupakan kubu kuat Parti Demokrat yang pada masa

ini dipimpin oleh Presiden Amerika, Obama. Kshama telah memenangi 93,000 undi dengan mengalahkan wakil parti Demokrat den-gan sokongan daripada kelas pekerja dan kesatuan sekerja. Kelas pekerja dan kesatuan sekerja memilih Kshama se-bagai alternatif akibat kekece-waan mereka terhadap sistem dua parti – Parti Republikan dan Parti Demokrat- yang terang-terang memihak ke-pada golongan kapitalis dan mencabul hak dan keperluan rakyat biasa. Serangan kapi-

talis terhadap rakyat di bandar ini dengan sokongan Parti Demokrat telah menyebabkan peningkatan mendadak kos hidup dan harga rumah. Kshama dan Sosialis Al-ternatif yang sudah lama dikenali oleh kelas pekerja dan kesatuan sekerja di bandar ini dengan kem-pen dan kerja-kerja akar umbi, melancarkan agenda alternatif yang berlandaskan kepada pro-

gram dan idea-idea sosialis. Ini sebagai alternatif kepada agenda kapitalisme yang dipelopori oleh Parti Demokrat dan Parti Repub-likan. Kempen dan agenda Sosia-lis Alternatif yang berlandaskan kepada aspirasi kelas pekerja telah diberikan sokongan oleh bebera-pa kesatuan sekerja. Di antaranya, Kesatuan Sekerja Guru-Guru dan Kesatuan Sekerja Pekerja-Pekerja Industri Komunikasi. Fokus uta-ma kempen pilihan raya Sosialis Alternatif adalah pelaksanaan gaji minimum 15 dolar sejam di Seat-tle, dan tuntutan tersebut telah memperoleh sokongan hangat daripada kelas pekerja dan kes-atuan sekerja. Kempen pilihan raya Kshama dan Sosialis Alternatif tersebut telah mendapat daya tarikan dari kalangan rakyat bi-asa, yang marah dengan sistem dua parti di Amerika Syarikat yang berlandaskan kepada sokon-gan daripada golongan kaya raya dan kapitalis. Beratus-ratus orang dengan sukarela menawarkan diri

untuk melibatkan diri dalam kem-pen tersebut. Sejumlah 141,000 dolar telah disumbangkan oleh beribu-ribu rakyat biasa untuk melancarkan kerja-kerja kempen pilihan raya tersebut. Ini berbeza dengan Parti Demokrat dan Parti Republikan yang sepenuhnya di-taja oleh syarikat-syarikat besar dan golongan kapitalis. Kejayaan Kshama tersebut menunjuk-kan bahawa rakyat biasa dengan sokongan dan sumbangan ke-wangan mereka sendiri, mampu membina gerakan yang men-dukung aspirasi mereka. Selain gaji minimum 15 dolar sejam, tun-tutan-tuntutan lain dalam kem-pen pilihan raya tersebut adalah: mengenakan cukai pendapatan yang lebih tinggi untuk golongan kapitalis; dan memiliknegarakan syarikat besar dan institusi ke-wangan di bawah kawalan dan pengurusan demokratik kelas pekerja untuk memenuhi keper-luan rakyat. Kshama juga berjanji bahawa sebagai wakil rakyat, be-liau hanya akan menerima purata

gaji pekerja sebagai pendapatan-nya, dan yang selebihnya akan digunakan untuk membina dan memperkuatkan kempen dan perjuangan kelas pekerja dan kes-atuan sekerja serta membina parti massa kelas pekerja. Dalam ucapannya pada hari perlantikan sebagai ahli majlis pada 6 Januari, Kshama di hadapan hampir 1000 pe-nyokong, mempertengahkan masalah-masalah yang diwujud-kan oleh sistem kapitalis yang penuh dengan krisis yang terus membebankan kelas pekerja dan rakyat biasa. Kshama menyeru agar kelas pekerja membina dan mengorganisasikan sebuah parti massa pekerja sebagai alternatif kepada Parti Demokrat dan Parti Republikan untuk membawa ke-pada satu perubahan sosialis yang menitikberatkan keperluan dan hak demokrasi kelas pekerja dan rakyat biasa.

Kemenangan Sosialis di Seattle, Amerika Syarikat… kemenangan untuk kelas pekerja Ravi

Apabila seseorang itu sanggup berpindah ke negara lain untuk mencari pekerjaan, su-dah tentu mereka mengharapkan sesuatu yang lebih baik. Namun begitu keadaan berlaku sebalikn-ya apabila ramai pekerja migran warga Indonesia di Hong Kong yang telah diseksa dan diperlaku-kan seperti hamba. Contohnya, Erwiana Sulistyaningsih, 23 ta-hun, seorang pekerja domestik yang telah dipukul dan didera dengan begitu teruk sekali. Oleh itu, baru-baru ini, seramai 5000 orang pekerja domestik termas-uklah orang awam telah turun ke jalan bersama-sama untuk mem-protes ketidakadilan yang telah dilakukan oleh para majikan di negara tersebut. Isu perkauman sering digunakan oleh pemer-

intah namun protes yang telah dihadiri daripada pelbagai kaum membuktikan kesatuan mereka. Malahan, mereka juga menuntut penghapusan undang-undang zalim yang tidak memberikan se-barang kebebasan kepada mana-mana pekerja migran di Hong Kong. Penderitaan Erwiana yang amat tragis telah membuka mata ramai orang. Jika sebe-lum ini ramai yang berdiam diri kerana takut dengan peraturan kerajaan Hong Kong yang tidak menyebelahi mereka, kini mere-ka sudah mula berani tampil ke depan melaporkan penderaan yang berlaku ke atas mereka. Situasi ini adalah bukti bahawa pada hari ini masih lagi berlaku perhambaan. Lebih-lebih lagi

apabila banyak agensi pekerjaan yang muncul menawarkan peker-jaan namun hakikatnya mereka hanya mahu mengaut keuntun-

gan tanpa memikirkan kebajikan para pekerja. Perjuangan mereka ini adalah sesuatu yang dapat dicontohi. Mereka bukan sahaja

berjuang untuk hak pekerja, bah-kan juga untuk hak wanita, dan menentang peraturan yang ber-bentuk perkauman.

Pekerja Migran Warga Indonesia di Hong Kong: Mogok Menuntut Keadilan! Sharifah

Page 12: Kesengsaraan Pekerja Terus Meningkat · mat cermat. Tidak cukup dengan ... sosial Facebook tentang penye-baran poster iklan yang mengajak ... memperjuangkan langkah dan

Pendidikan

• Hak Pendidikan yang percuma dan berkualiti untuk semua termasuk di Universiti dan Kolej: Memansuhkan yuran pengajian di Universiti dan Kolej dan menghapuskan hutang pelajar termasuk PTPTN.

• Menuntut autonomi sepenuhnya kepada univer-siti dan kolej untuk mengeluarkan graduan kre-atif untuk pembanggunan keperluan rakyat biasa dan bukannya berpaksikan kepada keuntungan maksimum kapitalis.

• Tidak kepada penswastaan pendidikan termasuk pengkorporatan universiti dan kolej awam. Memiliknegarakan atau pemilikan awam segala entiti pendidikan daripada tadika hinggalah ke universiti dengan pembiyaan yang secukupnya untuk meningkatkan kemudahaan dan kualiti pendidikan.

• Menyokong hak pekerja awam di bidang pendid-ikan, guru dan pensyarah untuk mempertahan-kan hak mereka dan autonomi pendidikan.

• Untuk mentransformasikan Persatuan Pelajar kepada Kesatuan Pelajar yang bebas, demokratik dan memperjuangkan hak dan keperluan pelajar.

• Untuk membentuk pendidikan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan melalui pemilikan awam, dan ianya diuruskan secara demokratik dan percuma di semua peringkat - sistem pen-didikan sosialis.

Pekerjaan dan Kebajikan

• Menyokong perjuangan anak muda dan warga pekerja untuk hak pekerjaan.

• Hapuskan pengangguran dengan hak pekerjaan yang adil untuk semua.

• Hapuskan polisi ‘buruh murah’ atau pengham-baan pekerja, dengan mewujudkan gaji mini-mum atau gaji saraan hidup (living wage) yang setimpal dengan kenaikan inflasi.

• Hapuskan amalan ‘outsourcing’ dan buruh kon-trak yang menghakis hak pekerja dan kesatuan sekerja.

• Peluang latihan yang adil untuk anak-anak muda dengan gaji saraan hidup, termasuk pekerjaan yang terjamin selepas latihan.

• Hentikan pembuangan pekerja di sektor awam atau swasta. Miliknegarakan syarikat yang men-gancam penutupan, di bawah kawalan demokra-tik oleh kesatuan sekerja dan warga pekerja.

• Majikan harus memperuntukkan elaun peruma-han, penganggutan, makanan dan faedah-faedah lain yang diperlukan untuk kebajikan pekerja.

• Hak penubuhan kesatuan sekerja tanpa sebarang sekatan undang-undang oleh kerajaan atau cam-purtangan majikan.

• Pinjaman perumahan tanpa faedah oleh kerajaan untuk memastikan keluarga miskin memiliki tempat kediaman. Pinjaman perumahan kera-jaan dengan faedah yang rendah harus diperlu-askan kepada warga pekerja di sektor swasta.

• Membina tempat-tempat rekreasi awam per-cuma dan berkualiti kepada anak muda dan pekerja.

Hak dan demokrasi

• Mempertahankan hak untuk membantah dan berdemonstrasi. Tiada penganiayaan kepada penunjuk perasaan. Hak untuk berorganisasi di setiap sekolah, kolej dan universiti.

• Hentikan keganasan polis terhadap demonstrasi dan rakyat biasa.

• Tiada rasisme, seksisme, homophobia, dan se-mua bentuk diskriminasi.

• Hak pekerjaan, perumahaan dan perkhidmatan tanpa diskriminasi kaum, agama dan jantina .

• Hentikan serangan ke atas hak-hak wanita.• Wujudkan semula pilihanraya kerajaan tempatan

di setiap daerah. • Tidak kepada parti-parti yang berlandaskan

kapitalisme. Berkempen untuk pembinaan parti massa kelas pekerja dan anak muda untuk mem-pertahankan hak dan kepentingan rakyat biasa.

• Hentikan penswastaan perkhidmatan awam. Memiliknegarakan semula semua kemudahaan awam dengan kawalan demokratik kesatuan sekerja dan rakyat biasa.

Untuk Solidariti Antarabangsa dan Demokratik Sosialisme

• Untuk solidariti antara kelas pekerja dan anak muda di seluruh dunia.

• Solidariti dengan Perjuangan Anak Muda dan Pekerja di Timur Tengah/Afrika Utara untuk pembentukan kerajaan kelas pekerja dan petani miskin.

• Tidak kepada peperangan dan campur tangan imperialis. Untuk pengosongan segera semua tentera asing dari Afghanistan dan Iraq.

• Tamatkan kepungan Gaza di Palestin dan hor-mati hak pembentukan negara Palestin.

• Hentikan pembinaan peluru berpandu nuklear dan hapuskan segala senjata yang boleh memus-nahkan alam.

• Menyokong kempen solidariti Tamil Sri Lanka - untuk hak semua rakyat untuk menentukan pilihan sendiri.

• Tidak kepada kemusnahan alam sekitar. Bagi pelan yang mampan berlandaskan kepada demokratik sosialisme untuk industri pengelu-aran yang tidak akan memusnahkan planet ini.

• Tidak kepada kapitalisme. Bagi dunia sosialis, di mana monopoli besar dijadikan pemilikan awam, dengan ekonomi yang dirancang secara demokratik dan sumber-sumber alam diper-gunakan untuk memenuhi keperluan manusia sejagat.

Pendirian Gabungan Pekerja dan Anak Muda

Adakah anda mempunyai berita tentang pekerja untuk kami ?

Adakah anda ingin berkerjasama dengan kami?Adakah anda ingin tahu dengan lebih tentang kami ?

Hubungi kami di

[email protected]

01112859623 ( yuva )

http://www.facebook.com/solidaritipekerja

ISU KE - 5 JANUARI - MAC 2014 HARGA : RM 2 / SOLIDARITI : RM 3

Jawatankuasa Warga PekerjaAntarabangsa (Committee for

a Workers’ International-CWI)adalah sebuah pertubuhan

sosialis dan kelas pekerja antara-bangsa yang

beroperasi di lebih 50 negara.CWI berkempen terhadap

exploitasi multinasional dankapitalisme ke arah membentuksatu masyarakat berlandaskan

demokratik sosialisme diMalaysia dan sedunia.

CWI Malaysia