kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid...

16
BIODATA Nama : Sherly Jewinly Nombor K/P : Tarikh Lahir : 22 September 1995 Alamat : Kampung Kilimu, 89300 Ranau, Sabah Kelas : 3 PISMP RBT Ambilan Jun 2014 Nama Ibu : Jane Helda William Saibeh Nama Ayah : Jewinly Jaudin E-Mail : Sherlyjewinly@gmail. com Nombor Telefon : 013-8779601

Upload: sherly-jewinly

Post on 12-Apr-2017

1.316 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

BIODATA

Nama : Sherly Jewinly

Nombor K/P :

Tarikh Lahir : 22 September 1995

Alamat : Kampung Kilimu, 89300

Ranau, Sabah

Kelas : 3 PISMP RBT Ambilan Jun

2014

Nama Ibu : Jane Helda William Saibeh

Nama Ayah : Jewinly Jaudin

E-Mail : [email protected]

Nombor Telefon : 013-8779601

Page 2: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

ISI KANDUNGAN

NOMBOR ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1 Biodata 1

2 Isi Kandungan 2

3 Penghargaan 3

4 Pendahuluan 4

5 Soalan 5

6 Tugasan 1

7 Tugasan 2

8 Tugasan 3

9 Refleksi

10 Bibliografi

11 Lampiran

Page 3: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

PENGHARGAAN

Bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang

dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

kursus Kurikulum Sejarah Sekolah Rendah saya, Dr Hjh. Fatimah Binti Mohd Dahalan kerana

dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, membuka ruang untuk saya menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga berjaya saya

berjaya menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan

menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

lansung atau sebaliknya dalam pelaksanaan kerja kursus ini.Terima kasih

Page 4: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

PENDAHULUAN

Kami telah diberi empat tugasan dalam kerja kursus ini. Dalam tugasan pertama yang

merupakan tugasan individu, kami dikehendaki untuk menghasilkan sebuah penulisan yang

menjelaskan kepentingan penerapan nilai dan unsur patriotism serta kesedaran sivik dalam

kalangan murid sekolah dan hubungan kea rah pembentukan warganegara dunia yang

bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan masyarakat.

Dalam tugasan yang kedua pula,juga merupakan tugasan individu meminta kami untuk

menyediakan sebuah kertas kerja lengkap bagi merancang sambutan Hari Ulangtahun

Kemerdekaan atau Hari Malaysia di Peringkat Sekolah.

Dalam tugasan ketiga yang juga merupakan tugasan individu, kami dikehendaki untuk

menyediakan lima buah peta pemikiran i-Think yang menjelaskan aktiviti-aktiviti yang sekolah

anda rancang sempena sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan atau Hari Malaysia yang

dapat menonjolkan penerapan nilai dan unsur patriotism dalam kalangan warga sekolah dan

memberi justifikasi yang kritis bagi setiap satu aktiviti tersebut yang mampu mencetus

kesedaran semangat cinta akan Negara dalam setiap diri murid.

Dalam tugasan keempat iaitu tugasan berkumpulan , kami dikehendaki untuk membuat

persembahan dan pembentangan salah satu daripada tajuk atau isu yang ditetapkan dalam

soalan tugasan.

Page 5: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

SOALAN

Tugasan Kerja Kursus Projek (100%)

Penerapan semangat patriotism dan nilai-nilai sivik dan kewarganegaraan sangat diutamakan

dalam kurikulum standard sekolah rendah khususnya mata pelajaran Sejarah dan ia termaktub

sebagai salah satu agenda utama dalam transformasi pendidikan Negara kearah melahirkan

warganegara yang setia dan taat.

Berdasarkan pernyataan di atas:

1. Secara individu, hasilkan sebuah penulisan yang bersifat analitikal mengenai

kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam

kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia

yang bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan masyarakat.

2. Menyediakan sebuah kertas kerja lengkap bagi merancang sambutan Hari

Kemerdekaan atau Hari Malaysia di peringkat sekolah

3. Seterusnya menyediakan lima buah grafik peta pemikiran i-Think merancang aktiviti-

aktiviti yang sesuai sempena sambutan Hari Ulangtahun Kemerdekaan atau Hari

Malaysia yang dapat menonjolkan penerapan nilai dan unsur patriotism dalam kalangan

warga sekolah dan memberi justifikasi yang kritis bagi setiap satu aktiviti tersebut yang

mampu mencetus kesedaran semangat cinta akan Negara dalam setiap diri murid.

4. Secara berpasangan, buat persembahan dan pembentangan salah satu daripada tajuk

atau isu yang ditetapkan dalam soalan tugasan.

Page 6: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

TUGASAN 1

Pengenalan

Nilai, menurut Raths, Harmin dan Simon (1980) didefinasikan sebagai garis panduan

umum terhadap tingkah laku. Garis panduan ini memberikan satu arah kepada kehidupan

seseorang atau anggota sesuatu masyarakat. Jules Henry (1975) pula mendefinisikan nilai

sebagai sesuatu yang dikira baik seperti kasih sayang, baik hati, kepuasan hati, keseronokan,

kejujuran, kesopanan, ketenangan dan kesederhanaan.

Patriotisme, menurut Kamus Dewan edisi keempat, membawa maksud perasaan cinta

yang kuat terhadap tanah air. Patriotisme juga bermaksud sikap positif dan menyokong tanahair

(Schmidt,2003). Menurut Blank (2003) pula, patriotisme merupakan satu perasaan cinta yang

kuat terhadap tanah air. Rasa cinta tersebut dapat dibuktikan samada melalui perkataan,

penulisan mahupun perbuatan.

Sivik, mengikut kamus Tribahasa Oxford Fajar, bermaksud ilmu tatarakyat. Sivik

merujuk kepada hubungan individu dengan masyarakat di sekelilingnya. Kesedaran sivik

bermaksud rasa tanggungjawab yang lahir secara ikhlas dalam menjaga kepentingan awam

demi kebaikan bersama. Pengetahuan sivik terdiri daripada maklumat dan idea asas yang

murid harus ketahui serta menggunakannya untuk menjadi warganegara yang

bertanggungjawab dan produktif. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini membolehkan pelajar

membuat keputusan menyelesaikan masalah, meningkatkan kesedaran sivik dan memberi

sumbangan terhadap pembangunan masyarakat dan negara.

Melihat definisi-definisi yang telah dinyatakan diatas dapatlah dinyatakan bahawa nilai,

unsur patriotisme dan kesedaran sivik merupakan unsur-unsur yang amat penting dalam

membina sebuah negara yang mampu melahirkan bangsa yang bukan sahaja

bertanggungjawab malah mampu mengekalkan kesejahteraan dan perpaduan dalam

masyarakat. Namun, pada masa kini, adalah agak membimbangkan apabila masyarakat masa

kini terutamanya generasi muda yang bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan

datang seakan-akan tidak mempunyai nilai, unsur patriotisme dan kesedaran sivik yang

mencukupi dalam diri mereka dan ini adalah disebabkan oleh sikap dalam diri mereka sendiri

(Tan, 1985). Keadaan kehidupan mereka yang tidak pernah mengalami susah payah

membebaskan negara dari cengkaman penjajah seperti perjuangan yang dibuat oleh Tok

Page 7: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharaja Lela dan lain-lain membuatkan mereka memandang

remeh akan perkara-perkara sedemikian (Tan, 1985). Banyak komen tentang semangat

patriotisme di kalangan pelajar yang dikatakan semakin luntur dan terhakis di akhbar dan

majalah seperti masalah dan gejala vandalisme dan merosakan harta benda awam termasuklah

kemudahan telefon, perhentian bas dan tandas awam. Kejadian remaja terlibat dalam gejala

mencuri kebel elektik, lumba haram, mencuri motosikal dan beberapa gejala tidak sihat yang

melibatkan golongan remaja pada hari ini. Melihat kepada permasalahan ini jelas kepada kita

timbul pertanyaan bagaimanakah bentuk generasi yang akan kita didik dan hasilkan untuk

tahun 2020 nanti?

Pada tahun 2010, bekas Timbalan Perdana Menteri kita yang juga merupakan Menteri

Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengumumkan bahawa sejarah menjadi mata

pelajaran wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013 dan

dilaksanakan sebagai mata pelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) tahun berikutnya. Penerapan unsur patriotisme di sekolah yang dilaksanakan oleh guru

dalam bilik darjah berdasarkan sukatan pelajaran sejarah yang merupakan penambahbaikan

daripada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Guru memainkan peranan utama dalam

menentukan keberkesanan dan kejayaan usaha penerapan nilai, unsur-unsur patriotisme dan

kesedaran sivik di sekolah.

Oleh yang demikin, amatlah penting untuk masyarakat masa kini terutamanya generasi

muda yang terdiri daripada murid sekolah untuk mengetahui kepentingan penerapan nilai, unsur

patriotisme serta kesedaran sivik dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah

pembentukan warga dunia yang bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan

masyarakat agar mereka akan lebih sedar dan peka akan betapa pentingnya penerapan nilai,

unsur patriotisme dan kesedaran sivik dalam diri mereka.

Kepentingan Penerapan Nilai, Unsur Patriotisme dan Kesedaran Sivik dalam Kalangan Murid Sekolah dan Hubungannya ke Arah Pembentukan Warganegara Dunia yang Bertanggungjawab yang Dapat Mencapai Kesejahteraan Masyarakat.

Kepentingan yang pertama ialah mengukuhkan semangat cintakan negara dalam diri

murid. Menurut Abd. Rahim (1999) patriotisme dan kesedaran sivik merupakan asas ketahanan

dan kekuatan diri yang penting dan perlu disemai serta dihayati oleh generasi muda supaya

Page 8: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

mereka lebih komited, berani dan yakin untuk menghadapi pelbagai cabaran demi

mempertahankan bangsa dan negara. Beliau juga menekankan bahawa patriotisme akan

mencorakkan daya ketahanan dan keiltizaman yang tinggi bagi membolehkan seseorang

bertindak dengan berani dan cekal untuk mendaulatkan bangsa dan negara. Ia juga merupakan

suatu sumber yang menghalalkan matlamat dan perjuangan manusia untuk kepentingan

bangsa dan negara yang mana ia sebagai sumber inspirasi yang boleh berperanan

membangkitkan kesedaran dan penggemblengan potensi serta meningkatkan komitmen

terhadap agenda negara. Beliau menegaskan jika kelunturan semangat patriotisme dan

kesedaran sivik ini dibiarkan berlaku nescaya ia akan membawa padah yang buruk kepada

pembangunan sosial dan ketahanan negara keseluruhannya. Ini kerana patriotisme menjadi

salah satu unsur ketahanan nasional yang amat penting bagi meningkatkan komitmen rakyat

terhadap bangsa dan negara yang mana ia dapat membentuk rakyat supaya hidup berjasa

kepada negara (Aida Idris,2012). Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan

generasi muda terutamanya murid sekolah, pasti negara akan terus aman dan damai kerana

generasi baru akan sedar dan tahu tanggungjawab dan peranan mereka dalam memastikan

negara yang mereka cintai ini sentiasa aman dan sejahtara. Sesungguhnya anasir luar atau

musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai semangat patriotisme.

Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin

menjajah lagi negara kita.

Kepentingan seterusnya ialah memastikan kemerdekaan negara kita yang tercinta iaitu

Malaysia terpelihara. Kemerdekaan dan demokrasi yang dikecapi oleh rakyat Malaysia hari ini

tidak akan dicapai tanpa perjuangan gigih yang telah dilakukan oleh rakyat dan pemimpin

sebelum ini. Mengekalkan kemerdekaan dan mengisi erti kemerdekaan merupakan satu tugas

yang perlu dipikul bersama oleh generasi masa kini dan diterapkan pada generasi yang akan

datang (Abd. Rahim,2004). Untuk merealisasikan wawasan untuk membina Malaysia yang

mampu mewujudkan masyarakat yang maju, kuat dan berdaulat, generasi muda masa kini

perlu mempunyai kesedaran dan keberanian memikul tanggungjawab dan mengambil risiko

bagi memartabatkan kedudukan serta meningkatkan pencapaian bangsa Malaysia.

Kemakmuran dan kemajuan yang telah dicipta oleh Malaysia separuh abad mencapai

kemerdekaan telah Berjaya mengangkat maruah dan taraf hidup serta menyediakan pelbagai

peluang keemasan kepada rakyat negara ini (Lydia Teh,2013). Walau bagaimanapun, perlu

diingat bahawa kejayaan tidak mudah dicapai dan perjuangan masih belum selesai malah

semakin mencabar, perjalanan generasi baru semakin jauh dan terbuka luas serta agenda-

Page 9: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

agenda yang perlu diperjuangkan juga adalah berbeza dan amat memerlukan kekuatan

generasi sekarang. Pelbagai pergolakan baru dalam abad ke-21 ini memerlukan konsep dan

unsur patriotisme serta kesedaran sivik dan penerapan nilai sebagai asas membina kekuatan

negara dan bangsa dan sekaligus mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Negara membangun seperti Malaysia semakin terdedah kepada pelbagai ancaman luar seperti

neokolonisme,order baru dunia, globalisasi dan runtuhnya tembok-tembok nasionalisme dan

negara bangsa (Abd. Rahim,2004). Kelemahan semangat patriotisme dan kurannya nilai serta

kesedaran sivik dalam diri generasi muda masa kini menyebabkan lemahnya semangat juang

dalam diri generasi kini dan kemerdekaan negara sememangnya akan tergugat terutamanya

jika berlaku kebangkitan ideologi nasionalisme baharu (Abd. Rahim,2004). Oleh yang demikian,

adalah amat penting agar generasi masa kini terutamanya murid sekolah untuk diterapkan nilai,

semangat dan unsur patriotisme dan kesedaran sivik dalam diri mereka agar semangat juang

yang tinggi akan muncul dalam diri mereka dan anasir-anasir luar yang cuba untuk menggugat

kemerdekaan negara kita akan dapat dibendung dengan mudah dan kemerdekaan negara kita

yang aman dan berdaulat ini dapat dikekalkan.

Kepentingan lain ialah untuk untuk memangkin kepada kemajuan negara. Dengan

wujudnya nilai , semangat patriotisme dan kesedaran sivik dalam diri generasi muda masa kini

terutamanya golongan murid sekolah, mereka akan belajar bersungguh-sungguh untuk

mencapai cita-cita mereka seterusnya akan bekerja kuat untuk memajukan negara. Mereka

juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan

negara terutamanya dalam bidang ekonomi dan teknologi. Dengan wujudnya nilai, semangat

patriotisme dan kesedaran sivik dalam diri murid, mereka akan sedar dan peka akan kehendak

dan aspirasi negara kita terutamanya dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020 yang

diidam-idamkan oleh seluruh warganegara (Aida Idris, 2012). Oleh yang demikian, mereka akan

cuba sedaya-upaya untuk memainkan peranan dan memikul tanggungjawab mereka untuk

menjadikan diri mereka modal insan yang mampu menyumbang kepada kemajuan negara

dengan menyumbang tenaga kerja yang mencukupi dalam setiap sektor. Hal ini secara tidak

langsung akan mengurangkan pengambilan pekerja asing dan pengaliran tunai keluar dari

ekonomi negara kita (Abu Hassan,2012). Ini bukan sahaja menjadikan ekonomi negara kita

stabil tetapi juga akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh

ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia dan secara tidak langsung, ekonomi

negara kita akan terus meningkat (Aida Idris,2012). Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing

ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara

kita akan terus maju.

Page 10: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

Kepentingan berikutnya ialah mampu terus memupuk dan mengekalkan perpaduan

kaum. Umum mengetahui bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang unit lantaran

rakyatnya terdiridaripada pelbagai kaum. Ramai penduduk dunia tertanya-tanya apakah formula

ampuh yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin berwibawa di Malaysia sehingga

rakyatnya dapat hidup bersatu-padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan. Namun,

persoalan sedemikian hanya dapat dijawab apabila semangat perpaduan itu tersemat di dalam

diri setiap anak watan yang akan mewarisi tampuk pentadbiran Malaysia. Tambah pula, aspek

perpaduan telah dianggap sebagai tulang belakang kepada kegemilangan Malaysia.

Sesungguhnya, semangat patriotisme akan membentuk rakyat yang lebih mementingkan

kepentingan negara daripada kepentingan kaum (Abd. Rahim, 2004). Dengan wujudnya

perpaduan kaum, maka kerajaan akan dapat melaksanakan pelbagai  program pembangunan

untuk kemudahan rakyat. Selain itu, suasana yang harmoni antara kaum akan dapat

diwujudkan. Seterusnya suasana harmoni ini akan dapat merangsang perkembangan sektor

pelancongan negara. Dalam zaman atom ini, perpaduan yang dicapai oleh Malaysia sejak

sekian lama dulu kelihatan semakin hari semakin terhakis terutamanya dalam kalangan

generasi muda. Contohnya, baru-baru ini, negara kita dikejutkan dengan pergaduhan antara

kaum Cina dan Kaum Melayu di Plaza Low Yat , Kuala Lumpur hanya disebabkan oleh sebuah

telefon bimbit. Sepatutnya, pada masa kini, perkara tersebut tidak lagi berlaku kerana jika

diikutkan, kebanyakan generasi muda kita masa kini sudah berpendidikan dan telah diajar

mengenai nilai- nilai perpaduan dan patriotisme ketika berada di sekolah dahulu. Namun,

pengajaran verbal sahaja tidak mencukupi jika tidak dilakukan peneguhan dan penerapan nilai-

nilai yang cuma diajarkan melalui mulut sahaja (Haliza Hamzah,2014). Menurut teori Skinner

(1990) dalam buku Perkembangan Awal Kanak-kanak yang ditulis oleh Mok Soon Sang(2008),

peneguhan haruslah dilakukan untuk memastikan tingkah laku yang ingin dipupuk dapat

ditingkatkan dan seterusnya dikekalkan sehingga individu mencapai motivasi intrinsik. Justeru,

adalah penting untuk nilai, unsur patriotisme dan kesedaran sivik dipupuk dan diterapkan dalam

diri murid agar perpaduan kaum di Malaysia dapat dikekalkan dan dikukuhkan lagi.

Kemungkinan untuk peristiwa 13 Mei 1969 dimana rusuhan kaum akan berlaku lagi jika nilai,

unsur patriotisme dan kesedaran sivik tidak dimurnikan dalam diri murid sekarang yang bakal

memegang pucuk pimpinan negara pada masa akan datang. Hal ini adalah kerana, dengan

wujudnya nilai, unsur patriotisme dan kesedaran sivik dalam diri murid, mereka akan sedar

betapa pentingnya perpaduan dan tidak akan berlaku diskriminasi, prasangka mahupun

stereotaip buruk seperti “bukan Melayu kalau tidak pemalas, bukan Cina kalau tidak menipu

Page 11: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

dan bukan India kalau tidak pemabuk” di antara bangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai

agama, kaum dan budaya di kalangan generasi muda kini dan akan datang (Lydia Teh, 2013).

Kepentingan lain ialah menjamin keharmonian negara. Seperti mana yang kita semua

tahu, jika adanya perpaduan, maka akan wujudnya keharmonian negara (Ridzuan Amin,2009).

Oleh yang demikian, apabila nilai, unsur patriotisme dan kesedaran sivik diterapkan dan

dimurnikan dalam diri murid, mereka akan berusaha sedaya-upaya untuk mengekalkan

perpaduan dengan niat untuk mewujudkan sebuah negara yang sejahtera, harmoni dan

berdaulat kerana tiada siapa yang ingin hidup dalam suasana yang kucar-kacir dan tidak

selamat dimana bom boleh mendarat di atas bumbung rumah kita pada bila-bila masa seperti

mana yang sedang dialami oleh saudara kita di Syria (Lydia Teh,2013). Justeru itu, kita

seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama

serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain. Persefahaman yang telah

berjaya dicapai ini perlu dikekalkan dan oleh itu, adalah amat sesuai bagi nilai, unsur

patriotisme dan kesedaran sivik diterapkan dalam diri murid sekolah kerana ‘melentur buluh

biarlah dari rebungnya’ supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan

serta merosakkan semangat kejiranan yang telah terjalin sejak sekian lama. Keadaan

masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik.

Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar.

Selain itu, Negara juga aman dan tenteram di mana keadaan ini membolehkan pihak kerajaan

merancang dan melaksanakan pembangunkan dengan lancar untuk meningkatkan taraf hidup

rakyat.

Kepentingan yang terakhir ialah menaikkan imej negara. Malaysia terkenal sebagai

sebuah negara yang aman dan pesat membangun. Negara Malaysia dapat membangun

dengan pesat kerana wujudnya semangat patriotisme yang tinggi di kalangan rakyat. Oleh itu,

tidak hairanlah negara Malaysia telah menjadi contoh kepada negara lain dalam menerapkan

semangat patriotisme di kalangan rakyat. Kita sebagai rakyat Malaysia sepatutnya berbangga

kerana pada 31 Oktober 2006, dilaporkan bahawa mantan Timbalan Perdana Menteri Britain

mempelajari pengalaman Malaysia mengekalkan formula perpaduan daripada pemimpin-

pemimpin negara kita (Ridzuan Amin, 2009). Malaysia juga telah beberapa kali menjadi orang

tengah dalam menyelesaikan konflik kaum dan agama di beberapa buah negara jiran dan ini

semestinya menaikkan nama Malaysia di mata dunia (Ridzuan Amin, 2009). Oleh hal yang

demikian, nilai, unsur patriotisme dan kesedaran sivik perlu diterapkan dalam diri murid untuk

melatih mereka agar mempraktikkan semangat cinta akan negara dan semangat patriotik yang

Page 12: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

semestinya akan mengukuhkan lagi perpaduan antara kaum sekaligus menjadikan nama

negara kita sebagai buah mulut negara orang sebagai negara yang berbilang kaum namun

bersatu padu dan kaya dengan nilai ketimuran.

Kesimpulan

Oleh hal yang demikian, usaha-usaha untuk memupuk nilai, unsur patriotisme dan

kesedaran sivik dalam kalangan murid sekolah yang bakal meneraju kepimpinan negara pada

masa akan datang perlulah dijalankan sepanjang masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,

perkara-perkara ini penting untuk melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan

pasti akan menjadi individu yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri.

Individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk

memajukan diri dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,

setanding dengan negara-negara maju yang lain (Abd. Rahim,2004) Sekiranya semangat

patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan generasi muda, pastilah mereka tidak ada

perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak

perlulah berganding bahu dan memainkan peranan masing-masing agar nilai, unsur patriotisme

dan kesedaran sivik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan masyarakat ke arah

pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab yang dapat mencapai kesejahteraan

masyarakat.

(2305 patah perkataan)

Page 13: kepentingan penerapan unsur patriotisme serta nilai sivik dan kewarganegaraan dalam kalangan murid sekolah dan hubungannya ke arah pembentukan warganegara dunia yang bertanggungjawab

TUGASAN 2