kejadian manusia pertama.pdf

52
KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN DAN PENTATEUCH (TORAH) Posted on September 5, 2012 by irfanirsyad Oleh: Khairul Nizam Abdul Karim PENDAHULUAN Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui Kitab Al-Qur‘an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir. Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang diturunkan sebelum al-Qur‘an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur‘an dan dibandingkan dengan kandungan Pentateuch.Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur‘an, seterusnya bakal merungkai bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah ―diciptakan‖ itu. KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT AL-QUR’AN Pendahuluan Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang bermaksud: Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi”….. Surah al-Baqarah (2): 30 Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini. Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Upload: kusnadi79

Post on 18-Jul-2016

87 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT

AL-QUR’AN DAN PENTATEUCH (TORAH)

Posted on September 5, 2012 by irfanirsyad

Oleh: Khairul Nizam Abdul Karim

PENDAHULUAN

Islam merupakan al-Din yang lengkap dan paling sempurna mengatasi agama-agama samawi

yang lain, dan ia mendapat pengiktirafan daripada Allah secara langsung dan diturunkan melalui

Kitab Al-Qur‘an kepada Nabi Muhammad S.A.W sebagai agama samawi yang terakhir.

Manakala Pentateuch pula adalah istilah yang digunapakai terhadap kitab-kitab samawi yang

diturunkan sebelum al-Qur‘an. Ia merangkumi Kitab Zabur, Taurat dan juga Injil. Dalam kertas

kerja ini, penulis melihat bahawa persoalan penciptaan manusia pertama merupakan suatu kajian

yang amat menarik untuk diselidiki di dalam al-Qur‘an dan dibandingkan dengan kandungan

Pentateuch.Ini kerana, terdapat persamaan terhadap beberapa peristiwa penting yang berlaku

ketika berlangsungnya proses pencipaan manusia tersebut. Hal ini perlu dilakukan untuk melihat

sejauh mana kebenaran yang terkandung di dalam Pentateuch itu sama ada ia masih asli ataupun

sudah diselewengkan. Selain dari itu juga penulis cuba untuk melihat perbezaan-perbezaan

maklumat yang terkandung di antara Pentateuch dan juga al-Qur‘an, seterusnya bakal merungkai

bagaimana atau siapakah manusia pertama yang telah ―diciptakan‖ itu.

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT

AL-QUR’AN

Pendahuluan

Di peringkat awal sebelum penciptaan manusia bermula Allah S.W.T telah berfirman kepada

malaikat bahawa akan menjadikan seorang khalifah di bumi ini. Sebagaimana firmanNya yang

bermaksud:

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak

menjadikan seorang khalifah di muka bumi”….. Surah al-Baqarah (2): 30

Merujuk kepada ayat di atas falsafah kejadian manusia iaitu sebagai khalifah merupakan satu

penganugerahan sebagai ciptaan terbaik di antara ciptaanNya. Selian itu sebagai khalifah

manusia juga mempunyai tanggungjawab yang tinggi untuk mentadbir alam ini.

Falsafah Penciptaan Manusia daripada Tanah

Page 2: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Berkenaan penciptaan manusia pertama di dalam Al-Quran terdapat di dalam beberapa surah

yang kebanyakan ayat menyatakan bahawa manusia adalah dicipta daripada tanah. Sudah tentu

penciptaan ini mempunyai intisari dan falsafahnya yang tesendiri.

Manusia telah dipaparkan di dalam Al-Quran sebagai ciptaan yang dihubungkan dengan tanah.

Sebagaimana firman Allah:

Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sabaik-baiknya. Kemudian Dia

mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu(daripadanya pada hari

kiamat) dengan sebenar-benarnya” Surah Nuh (71): 17 –18

Dari bumi(tanah) itulah Kami menjadikan kamu dan kepadanya Kami akan mengembalikan

kamu dan daripadanya Kami akan mengeluarkan kamu pada kali yang lain” Suran Thaha

(20): 55

Merujuk kepada ayat-ayat di atas ianya menunjukkan bahawa aspek spiritual mengenai asal-usul

kejadian manusia daripada tanah ialah menekankan bahawa manusia akan kembali kepada tanah

selepas mati. Selain itu ia juga merujuk kepada kebangkitan manusia di hari penghisaban atau

hari perhitungan.

Manakala Dr. Maurice Bucaille di dalam bukunya iaitu What Is The Origin Of Man?,

mengatakan bahawa perkataan khalaqa yang biasanya diberi pengertian sebagai menjadikan atau

― to create‖ adalah kurang besesuaian. Beliau menafsirkan perkataan yang paling sesuai ialah ―

to give porpotion to the a thing, atau ―to make it of a certain propotion or quantity‖ atau to bring

into existence a thing which did not formerly exist . Beliau juga menekankan bahawa perkataan

di atas adalah hampir kepada perkataan asal yang digunakan di dalam Bahasa Arab .

Kompenen dan Proses Kejadian Manusia

Terdapat banyak surah di dalam al-Quran yang menghuraikan tentang penciptaan manusia.

Didapati kebanyakan ayat menerangkan bahawa kejadian manusia adalah daripada tanah ( turab

). Di antara firman Allah itu ialah :

…maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada tanah,….” Surah

al-Hajj (22): 5

Maka dalam huraian seterusnya penulis akan menghuraikan proses kejadian manusia ini melalui

beberapa peringkat dengan merujuk kepada beberapa ayat yang bersesuaian.

Pertama:Peringkat Saripati Tanah( ساللة مه طيه )

Pada peringkat ini didapati bahawa Allah S.W.T melakukan beberapa penyaringan debu tanah.

Firman Allah:

Kemudian Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah”Surah al-

Mu‟minun (23): 12

Page 3: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Proses ini bertujuan untuk mendapatkan saripati tanah (sulālat min ţīn) yang bersih dan amat

sesuai untuk dijadikan bahan sebagai salah satu unsur daripada penciptaan manusia. Ini

menunjukkan bahawa tanah yang digunakan ini telah melalui proses penyaringan dan bukan

daripada tanah biasa sebagaimana yang manausia pada hari ini fikirkan. Ini amat bersesuaian

dengan kemuliaan yang diberikan oleh Allah S.W.T kepada manusia. Dari aspek lain dipaparkan

juga adalah kebesaran Allah S.W.T dalam penciptaan makhluqnya dan Dia sebagai Khāliqnya.

Manakala Dr. Maurice Bucaille menghuraikan dengan merujuk kepada Surah al-Furqan: 54

bahawa keturunan manusia juga berasal daripada air iaitu saripati sperma atau yang dipanggil

secara sciencetific sebagai spermatozoon . Oleh itu beliau melihat saripati tanah yang

dikemukakan di atas hendaklah dirujuk bersama pelbagai kompenen lain yang merangkumi

saripati tanah dan saripati air yang menjadi elemen terpenting dalam penciptaan manusia.

Kedua: Peringkat Tanah Melakat (طيه الزب )

Pada peringkat ini dikenali sebagai peringkat tanah melekat. Sebagaimana firman Allah:

Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari tanah liat” Surah As-Shaffat (37): 11

Sebagaimana diketahui tanah liat pada dasarnya mempunyai sifat melekat. Al-Qurtubiyy

menghuraikan bahawa pada peringkat ini keadaan tanah melakat atau menempel di antara satu

sama lain. Manalaka selepas itu tanah ini akan menjadi tanah yang keras .

Pada peringkat ini Al-Qurtubiyy juga menerangkan di dalam tafsirnya bahawa manusia pertama

iaitu yang dikaitkan dengan Adam dikatakan kekal sebagai satu lembaga yang berbentuk tanah

liat. Selain itu tempuh ia berada dalam keadaan ini adalah selama empat puluh tahun sehingga

sifat fizikalnya berubah menjadi keras dan kering .

Ketiga: Peringkat Tanah Berbau (حماء مسنون)

Peringkat ini adalah dengan merujuk kepada firman Allah yang bermaksud:

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering(yang

berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk” Surah al-Hijr (15): 26

Mengikut tafsiran Dr. Maurice Bucaille حماء مسىىن diertikan juga sebagai lumpur atau tanah

berorganik dan tidak tertumpu kepada pengertian lain seperti lumpur yang berubah-ubah yang

berwarna hitam serta mempunyai bau tersendiri . Ini adalah disebabkan proses penyebatian di

anatara tanah dan air telah berlaku.

Keempat: Peringkat Tanah Keras ( الصلصال)

Perkataan ini tidak sempurna jika perumpamaannya tidak dijelaskan bersama iaitu كاانفخار yang

membawa erti seperti tembikar. Maka jelas bahawa pada peringkat ini dari aspek fizikalnya

manusia yang ingin diciptakan oleh Allah S.W.T berada dalam keadaan yang keras seperti sifat

tembikar. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Page 4: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Dia mencipta manusia dari tanah kering seperti tembikar” Surah Ar-Rahman (55): 14

Manakala Abū Hasan al-Tibrisī menerangkan bahawa dengan fizikal yang keras, ia dapat

mengeluarkan dentingan bunyi yang gemerincing serta berulang-ulang di udara seperti suara besi

yang dipukul angin . Pada peringkat ini menunjukkan bahawa masa untuk Adam menjadi

lembaga manusia yang lengkap sudah tiba. Pada peringkat ini juga ianya dilihat sebagai

peringkat terakhir penciptaan manusia dari aspek fizikalnya termasuk tiga peringkat yang terawal

sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Kelima: Peringkat Peniupan Roh

Peringkat yang kelima ini menunjukkan proses penciptaan manusia pertama(Adam) dari aspek

spiritual, setelah aspek fizikalnya telah lengkap hingga ke tahap menjadi satu lembaga. Di dalam

kitab Qisās al-Ambiyā‘ penerangan tentang proses penciptaan manusia yang seterusnya

dipaparkan dengan amat jelas. Dikatakan Allah S.W.T meniup roh ke dalam diri Adam melalui

kepala dan selepas itu malaikat dengan perintah Allah telah mengajar Adam untuk memuji Allah

iaitu (انحمد هلل ) lalu dia menyebut. Apabila roh memasuki bahagian matanya, Adam telah dapat

melihat denga jelas buah-buah yang terdapat di dalam syurga. Selepas itu apabila sampai roh ke

bahagi kerongkong Adam ingin makan. Dan sebelum roh sampai kebahagian kaki, maka Adam

segera ingin menjankau buah tersebut .

Di sini terdapat dua persoalan yang dapat dijelaskan. Pertama, jika merujuk kepada huraian di

atas bahawa proses peniupan roh ke dalam jasad Adam berlaku di dalam syurga maka boleh

dibuat kesimpulan bahawa tempat penciptaan manusia pertama(Adam) adalah berlaku di dalam

syurga. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang menyatakan Adam dicipta di syurga Ma‘wa

iaitu tempat kediaman kepada orang-orang sāleh sepertimana yang dihuraikan di dalam kitab Hayāt Ādam .

Persoalan kedua adalah berkenaan dengan sikap gopoh Adam dam proses penyempurnaan

penciptaannya. Ia dapat dilihat dalam sikap manusia pada hari ini yang suka melaksanakan

sesuatu perkara dalam keadaan yang tergesa-gesa atau inginkan sesuatu itu dalam kadar yang

segera. Sebagaimana pepatah Melayu:

“ Belum duduk sudah nak melunjur”.

Dalam hal ini Allah S.W.T telah menerangkan sikap ini di dalam al-Quran sebagaimana

firmannya yang bermaksud:

Manusia telah dijadikan(bertabiat) tergesa-gesa…” Surah Al-Anbiya‟(21): 37

Maka dengan berakhir proses peniupan roh ini sempurnalah kejadian Adam iaitu sebagai

manusia pertama yang diciptakan oleh Allah S.W.T. Jika dilihat dengan teliti proses penciptaan

manusia pertama yang dipaparkan di dalam al-Quran amat teliti dan huraiannya adalah bersifat

kronologi.

Page 5: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA (ADAM) MENURUT

PENTATEUCH (TORAH)

Pendahuluan

Kejadian manusia pertama yang dihuraikan di dalam Pentateuch adalah amat ringkas.

Kebanyakan huraian terdapat di dalam Kitab Genesis iaitu di dalam chapter 1 – 2. Jika dirujuk

secara teliti di dalam Kitab Genesis didapati manusia bukan cipataan Tuhan yang pertama.

Secara umum proses kejadian makhluk sebagaimana yang dihuraikan di dalam Kitab Genesis

merangkumi 6 hari. Setiap hari terdapat ciptaan yang dijadikan oleh Tuhan sepertimana pada hari

pertama siang mendahulu ciptaan-ciptaan yang lain. Manakala pada hari kedua Ia menciptakan

air dan tumbuhan diciptakan pada hari ketiga. Selain itu matahari, bulan dan bintang turut

diciptakan pada hari tersebut. Seterusnya pada hari keempat diciptakan makhluk-makhluk di

daratan dan juga makhluk di lautan. Manakala pada hari kelima binatang berkepak pula dicipta

sebagai makhluk di angkasa .

Maka pada hari keenam bermula penciptaan manusia sebagaimana yang diungkapkan di dalam

Genesis ( 1:26):

The God said, “Let Us make humankind in our image, occording to our likeness and let them

have dominion over the fish of the seaand over the birds of the air and over the cattle and over

all the wild animals of the earth and over every creeping things that creeps upon earth

Penulis melihat bahawa tidak terdapat banyak ayat atau ungkapan di dalam Kitab Genesis yang

menghuraikan secara terperinci berkenaan proses penciptaan manusia pertama. Didapati hanya

terdapat satu ayat sahaja iaitu di dalam Genesis (2 : 7). Walaubagaimanapun penulis melihat ayat tersebut dapat dibahagikan huraiannya kepada dua aspek iaitu darisegi fizikal dan spiritual. Maka

dalam huraian seterusnya penulis akan menumpukan perbincangan kepada dua aspek tersebut.

Kejadian manusia dari aspek fizikal

Kitab Suci Bibble iaitu di dalam Genesis telah menerangkan bahawa manusia pertama yang

dicipatakan oleh Tuhan adalah daripada debu tanah. Sebagaimana yang diungkapkan di dalam

Genesis ( 2:7 ):

“ then the LORD God formed man from the dust of the ground…”

Dengan jelas pada pandangan penulis fakta kejadian manusia daripada tanah ini harus dipegang

oleh penganut Kristian. Walaubagaimanapun terdapat pelbagai pandangan yang diutarakan

berkenaan fakta tanah ini.

Di dalam Evolution and Theology terdapat ahli agama yang menafsirkan penciptaan manusia

daripada tanah itu harus difahami dalam bentuk metafora semata-mata dan bukan dalam bentuk

tanah yang sebenar. Ini adalah kerana dari segi pandangan kasar tidak mungkin tanah akan dapat

membentuk sehingga menjadi manusia yang lengkap seperti pembentukan Adam.

Page 6: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Selain itu mereka juga berpendapat bahawa jika ia berlaku, maka akan wujud proses-proses

pembentukan tanah sehingga lengkap menjadi seorang manusia. Tetapi pada hakikatnya mereka

tidak dapat menghuraikan pandangan tersebut dan bagaimanakah proses-proses pembentukan itu

berlaku. Pada pandangan mereka, dalam hal ini seharusnya kepatuhan untuk menerima sebarang

huraian daripada Kitab Suci iaitu Bibile harus diutamakan .

Penulis juga menemui bahawa ada terdapat huraian lain berkenaan persoalan tanah atau dust

sebagaimana yang diungkapkan oleh Bibile. Di antaranya sebagaimana huraian di dalam

Creation Revealed karangan Fredk A. Filby, perkataan tanah atau dust adalah dirujuk kepada

particles atau butir-butir . Selain itu ia juga telah rujuk kepada unsur atom . Pada pandangan

penulis huraian ini adalah mengambil kira aspek atom di mana dari segi fizikalnya terdiri

daripada unsur-unsur yang kecil sepertimana unsur yang terdapat di dalam debu tanah.

Dengan melihat kepada huraian dan sumber yang terhad dan masa yang terbatas penulis dapati

bahawa tidak terdapat huraian yang kukuh atau tepat tentang penciptaan manusia pertama iaitu

Adam, begitu juga mengenai proses-proses pembentukannya. Ini dikuatkan lagi dengan hujah

yang dikemukakan di dalam buku I Belileve in the Creator karangan James M. Houstan yang

mengatakan bahawa kejadian manusia dari segi fizikal tidak banyak dihuraikan di dalam Old

Testament mahupun New Testament. Oleh itu beliau membuat kesimpulan bahawa tidak terdapat

seorang pun yang menghuraikan dengan kapasiti yang tepat berkenaan asal-usul manusia

sepertimana penciptaan Adam .

Kejadian manusia dari aspek spiritual

Penulis telah menegaskan sebelum ini bahawa hanya terdapat satu ayat sahaja yang

menghuraikan kejadian manusia pertama iaitu Adam di dalam Genesis. Bahagian pertama ayat tersebut telah dikategorikan sebagai huraian kepada pembentukan manusia secara fizikal.

Manakala sebahagian yang lain telah menghuraikan dari aspek spiritual. Sebagaimana yang

diungkap di dalam Genesis ( 2: 7 ):

…and breathed into his nostril the breath of life; and the man became a living being.”

Dengan melihat kepada ungkapan di atas penulis mendapati terdapat dua komponen utama dalam

penyempurnaan penciptaan manusia, iaitu nostril mewakili badan atau body dan breath of life

mewakil roh atau spirit. Penjelasan ini amat ketara sebagaimana huraian yang terdapat di dalam

The Nature and Destiny of Man .

Dengan meneliti ayat di atas penulis tidak jelas dan tidak pasti sama ada ayat tersebut merupakan

huraian kepada proses terakhir penciptaan manusia atau sebaliknya. Ia amat berbeza

sebagaimana huraian yang dijelaskan dalam pendangan Islam terhadap peniupan roh ke dalam

jasad Adam. Di sini penulis membuat kesimpulan dengan berdasarkan huraian dalam Islam

sebagaimana huraian di perigkat peniupan roh bahawa, pada peringkat ini adalah peringkat

terakhir kejadian penciptaan Adam.

Di dalam menafsir ayat di atas didapati bahawa terdapat unsur anthropomorphic . Di dalam The

Genesis Record didapati seakan-akan Tuhan mempunyai pipi sehingga dapat

Page 7: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

mengembungkannya dan seterusnya meniupkan roh (breath of life) ke dalam jasad Adam melalui

lubang hidung (nostril ). Ini menunjukkan bahawa Tuhan mempunyai jasad sepertimana

manusia.

Berkenaan dengan jangkamasa penciptaan manusia pertama iaitu Adam, Genesis memaparkan

bahawa proses ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang singkat iaitu satu hari. Ini dapat

dirujuk kepada Genesis ( 1:27 ). Penciptaan ini terjadi pada hari keenam sebelum Tuhan

beristirehat pada hari seterusnya. Walaubagaimanapun al-Quran memaparkan bahawa proses

penciptaan manusia mengambil masa yang panjang.

Persamaan dan perbezaan al-Quran dan Pentetuech dalam penciptaan manusia

pertama

Dalam perbincangnan sebelum ini dengan jelas didapati bahawa terdapat hanya satu persamaaan

di antara al-Quran dan Pentatuech dalam penciptaan manusia. Kedua-duanya menyatakan

penciptaan manusia adalah daripada tanah. Walaubagaimanapun dalam perbincangan al-Quran

unsur tanah ini mempunyai falsafahnya yang tersendiri. Di antaranya sebagaimana yang

dihuraikan sebelum ini manusia dicipta oleh Allah S.W.T daripada tanah dan ia akan kembali ke

tanah selepas mati. Selain itu Ibn Kathir menyatakan unsur tanah ini adalah bermaksud tetap

pendirian dan ia juga adalah alternatif Allah ke atas zat tanah yang pada dasarnya tanah

mempunyai manfaat dan lebih baik daripada unsur lain yang wujud seperti api dan sebagainya .

Di dalam Evolution and Theologi, St. Augustine menerangkan bahawa perbincangan penciptaan

manusia adalah suatu yang tidak memberi manfaat. Ini adalah kerana mereka lebih

mengutamakan persoalan dari aspek Theologi yang membicarakan persoalan manusia dengan

Tuhannya .

Manakala dari segi perbezaan, penulis mendapati terdapat beberapa perbezaan yang amat ketara.

Di antaranya berkenaan proses keseluruhan penciptaan manusia. Di dalam al-Quran proses

penciptaan manusia ini dihurai dengan cara yang tersusun dan mempunyai peringkat-peringkat

tertentu. Dengan ini ia akan lebih mudah difahami dan diyakini.

Manakala huraian yang terdapat di dalam Pentatuech agak ringkas dengan penggunaan satu ayat

sahaja iaitu di dalam Genesis ( 2:7 ). Pada pandangan penulis ia sukar difahami dengan jelas

bukan sahaja kepada penganut agama lain malah penganut agama Kristian sendiri termasuk ahli-

ahli Theologi mereka. Selain itu ia juga akan mengundang salah interpretasi terutama dalam

persoalan unsur tanah.

Perbezaan seterusnya adalah berkenaan dengan tempoh masa kejadian manusia. Walaupun

penulis masih belum dapat memastikan tempoh masa sebenar penciptaan manusia di dalam al-

Quran disebabkan masa yang terhad, tetapi yang pasti tempohnya mengambil masa yang panjang

iaitu 40 tahun sebagaimana yang diterangkan sebelum ini.

Ini adalah berdasarkan huraian di peringkat sebelum peniupan roh ke dalam jasad Adam

sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibn ‗Abbas dengan merujuk kepada kalimah ―اندهز ‖ yang

membawa maksud waktu daripada masa. Manakala di dalam Genesis dengan jelas menunjukkan

Page 8: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

penciptaan manusia ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu selama satu hari sahaja iaitu

pada hari keenam. Ini dengan merujuk kepada Genesis ( 1: 27-31 ).

Penulis melihat bahawa adalah benar jika untuk mengatakan bahawa perbincangan mengenai

penciptaan manusia di dalam Bibble bukan suatu yang penting dan utama bagi masyarakat

Kristian. Ini adalah kerana ia tidak termasuk salah satu doktrin agama Kristian seperti Konsep

Triniti, Dosa Warisan, Salvation dan beberapa yang lain. Dalam Islam walaupun ia bukan

termasuk dalam perbincangan doktrin utama sekalipun, tetapi persoalan ini bersangkut paut

dengan kepercayaan dan keimanan terhadap kekuasaan Allah yang berkuasa untuk menentukan

apa sahaja yang diinginiNya.

AL-QURAN: KEASLIAN KALAM TUHAN

Pendahuluan

Al-Quran telah diturunkan ke atas Nabi Muhammad S.A.W secara beransur-ansur sekitar dua

puluh tahun, dan ia masih lagi belum sempurna sebagai satu kitab. Sebagaimana yang diketahui

bahawa al-Quran atau wahyu diturunkan melalui pelbagai cara kepada Nabi Muhammad dan

juga kepada Nabi-nabi terdahulu . Di antaranya perantaraan malaikat Jibril , mimpi yang benar

dan ilham. Dalam proses penurunan ini Allah S.W.T memelihara dan menjamin supaya tidak

berlaku sebarang penyelewengan atau sesuatu unsur yang dapat mengggugat keaslian dan

kemurnian kalamNya selama-lamanhya. Sebagaimana fimanNya yang bermasksud:

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar

memeliharanya” Surah Al-Hijr(15):9

Dari perspektif al-Quran amat jelas bahawa tidak akan berlaku sebarang penyelewengan

terhadap wahyu atau al-Quran yang diturunkan oleh Allah kepada para Rasul. Ini adalah kerana

ia dipelihara oleh Allah S.WT. Dalam huraian yang seterusnya penulis akan cuba melihat secara

ringkas dari aspek peralihan ayat-ayat al-Quran melalui cara penghafalan, pengumpulan dan

seterusnya proses pembukuan al-Quran. Di mana semua ini akan dapat membuktikan bahawa

kalam Tuhan yang diturunkan ini tetap asli dan terpelihara kemurniannya.

Proses Penghafalan dan Peralihan secara lisan

Peralihan ayat-ayat al-Quran secara lisan adalah berasaskan konsep hifz atau penghafalan. Pada

peringkat ini Nabi Muhammad S.A.W adalah orang yang pertama menghafal ayat-ayat al-Quran

atau wahyu yang diturunkan oleh Allah melalui perantaraan Maikat Jibril. Penulis merujuk

penjelasan ini sebagai mana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam beberapa ayt-ayat al-

Quran .

Pada peringkat seterusnya Nabi Muhammad S.A.W menerangkan tentang penurunan wahyu dan

mengarahkan para sahabat untuk menghafalnya. Pelbagai langkah dan usaha telah di ambil oleh

Rasulullah S.A.W untuk memastikan setiap ayat yang dihafal oleh para sahabat terus terpelihara.

Sebagaimana Hadith yang diriwayatkan oleh Uthman bin ‗Affan yang bermaksud:

Page 9: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Orang yang paling tinggi kedudukannya di antara kamu (Muslim) adalah mereka yang

mempelajari al-Quran dan mengajarnya.

Di samping itu para sahabat juga menggunakan ayat-ayat tersebut sebagai ayat bacaan di dalam

sembahyang. Pada peringkat ini para sahabat mendengar dengan tekun ayat yang dibaca oleh

Rasulullah S.A.W berulang kali dan kemudian mereka menghafalnya. Untuk memastikan

mereka tidak lupa, ia digunakan sebagai ayat bacaan di dalam sembahyang seharin. Selain

membacanya di dalam sembahyang Rasulullah S.A.W juga mendengar secara terus ayat-ayat

yang telah dihafal oleh para sahabat . Ini adalah untuk memastuikan ia tidak silap dan peralihan

daripadaNya melaui hafalan akan terus terpelihara.

Pada hakaikatnya lebih daripada dua puluh orang daripada kalangan mereka yang terkenal di

dalam Islam yang telah menghafal ayat-ayat al-Quran . Di anatara mereka ialah Abu Bakr,

‗Umar , ‗Uthman, ‗Ali, Ibn Mas‘ud, Abu Huraira, ‗Abdullah bin ‗Abbas, ‗Abdullah bin ‗Amr bin

al‘As, ‗Aisha, Hafsa Umm Salam dan lain lagi.

Pada peringkat ini penulis membuat kesimpulan awal bahawa proses penghafalan yang

dilakukan pada zaman awal penurunan al-Quran menunjukkan kepada kita bahawa ianya amat

terpelihara daripada sebarang unsur penyelewengan atau perubahan. Ini adalah kerana proses ini

telah diteliti oleh Rasulullah satu persatu serta menyemak dari bacaan penghafal sendiri. Tradisi

ini telah berlarutan di kalangan sahabat selepas kamatian Rasulullah, dan selepas itu di kalangan

tabi‘un dan ke semua generasi Muslim hingalah ke hari ini.

Proses Peralihan dalam bentuk Penulisan dan Dokumentasi

Suyuti di dalam Itqan telah menyatakan bahawa proses penulisan al-Quran telah dilakukan pada

zaman Rasulullah lagi tetapi proses pembukuan atau dokumentasi masih belum berjalan dengan baik . Manakala proses seterusnya berlaku dengan sempurna ketika zaman Abu Bakr dan

‗Uthman.

Secara umum maksud pengumpulan al-Quran ini ialah

1. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran secara lisan daripada penghafal al-Quran.

2. Mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dalam bentuk penulisan di atas kertas mahupun buku.

Proses yang terakhir dilihat dalam sejarah pembukuan al-Quran adalah pada zaman ‗Uthman

yang diketahui umum sebagai Mashaf ‗Uthmani. Walaupun pada permulaannya terdapat sedikit

perbezaan dari segi pembacaan terutama mashaf yang terdapat di zaman Abu Bakr. Selepas

perbincangan dengan para sahabat mereka bersetuju untuk menyemek kembali Mashaf Abu Bakr

yang disimpan oleh Hafsa sebagaimana yang diriwayatkan Anas bin Malik di dalam Hadith .

Maka selepas itu ‗Uthman meminta para sahabat seperti Zaid bin Thabit untuk menulis semula

ayar-ayat ini dalam keadaan yang sempurna dan dikenali sebagai Mashaf ‗Uthmani.

Oleh yang demikian adalah amat jelas proses yang dipaparkan di atas menunjukkan bahawa

bagaimana ayat-ayat al-Quran it terus dipelihara dan dijaga daripada sebarang perubahan dan

penyelewengan bermula daripada penurunannya sehingalah dibukukan sebagaimana yang

Page 10: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

digunakan olek seluruh umat islam di dunia. Pada hakikatnya keasl;ian dan kesahihan ayat-ayat

al-Quran sebagai kalam Allah yang asal tidak dapat dipertikikan lagi.

Keagungan dan keaslian kalam Allah ini bukan sahaja diakui oleh seluruh umat Islam tetapi

terdapat juga tokoh-tokoh Kristian yang mengakuinya, Sebagai contoh sebagaiman di dalam

buku Keagungan Dunia Terhadap Islam, seorang tokoh Kristian iaitu Paul Cassanova

mengatakan:

Bilamana saja Muhammad diminta sesuatu mukjizat sebagai bukti kebenaran ajarannya, dia

mengutip ayat-ayat al-Quran dengan keistimewaan sasteranya yang tiada tandingan, sebagi

bukti al-Quran itu datang dari Ilahi .

PENTATEUCH(TORAH) BUKAN KALAM TUHAN

Perspektif al-Quran

Pada bahagia ini penulis akan cuba mengemukakan hujah-hujah yang mengatakan bahawa

Pentateuch atau Torah adalah bukan kalam Allah yang asal sebagaimana yang diturunkan kepada

Nabi Musa.Ini adalah keran telah berlaku banyak penyelewengan terhadap sumber asal tesebut.

Penulis hanya akan merujuk kepada sumber utama iaitu al-Quran untuk menghuraikan persoalan

tersebut.

Allah telah berfirman di dalam al-Quran yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat di dalamnya(ada) petunjuk dan

cahaya(yang meneranngi), yang dengan Kitab itu diputuskan perkara orang-orang Yahudi

oleh nabi-nabi yang menyerah diri kepada Allah, oleh orang-orang alim mereka dan pendeta-

pendeta mereka, disebabkan mereka diperintahkan memelihara kitab-kitab Allah dan mereka

menjadi saksi terhadapnya” Surah al-Maidah (5): 44

Merujuk kepada ayat di atas al-Quran telah menerangkan bahawa Taurat ialah kitab yang

diturunkan(diwahyukan) Tuhan kepada Nabi Musa. Pada dasarnya kitab ini mengandungi

petunjuk, penerangan, hukum-hukum, peringatan dan juga nasihat bukan hanya untuk Nabi Musa

tetapi untuk seluruh bangsa Yahudi.

Manakala dalam ayat lain Allah berfirman yang bermaksud:

Sesungguhnya Kami telah memberi petunjuk kepada Musa dan Kami wariskan kepada Bani

Israil kitab petunjuk dan peringatan bagi orang-orang yang mempunyai fikiran” Surah al-

Ghafir(40):53-54.

Dengan merujuk kepada ayat di atas maka dengan jelas menunjukkan bahawa pada hakikatnya

Taurat itu telah sempurna diwahyukan kepada Nabi Musa ebagai kalam Allah dan telah

diwariskan serta diajarkan kepada seluruh Bani Israil pada ketika Beliau masih hidup di dunia.

Page 11: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Tetapi dalam firman Allah yang seterusnya, telah dinyatakan pula sikap Bani Israil yang telah

dan berpaling daripada ajaran yang di bawa oleh Nabi Musa sehingakan mereka mengubah

perkataan yang terdapat di dalam Taurat seterusnya melupakan sebahagian peringatan Allah

kepada mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

Maka dengan sebab mereka( Bani Israil) membatalkan janjinya, Kami laknat mereka dan

Kami jadikan hatinya keras; mereka mengubah-ubah perkataan dari tempatnya dan mereka

melupakan sebahagian dari apa yang telah diperingatkan kepada mereka dan engkau

sentiasa melihat pengkhianatan mereka kecuali sedikit di antaranya” al-Maidah (5): 13

Terdapat juga beberapa ayat lain yang menerangkan bahawa Bani Israil ini telah melakukan

banyak perubahan di dalam Kitab Taurat asal sebagaimana yang telah diturunkan kepada Nabi

Musa. Di anataranya di dalam Surah al-Baqarah(2): 75, Surah an-Nisa‘(4): 46 dan Surah al-

Maidah(5): 41.

Selain daripada mengubah ayat-ayat yang terdapat di dalam Taurat, Bani Israil juga telah

mengarang kitab dengan tangan mereka dan seterusnya mengatakan bahawa kitab itu adalah

diutuskan oleh Allah. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:

Maka celakalah bagi mereka yang menulis kitab dengan tangannya kemudian katanya: “Ini

dari sisi Allah”. Supaya dengan demikian mereka dapat menukarnya dengan harga yang

sedikit. Maka celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang telah ditulis tangannya dan

celakalah bagi mereka dari(sebab) apa yang diusahakannya” Surah al-Baqarah(2): 79.

Penulis juga dapat menegaskan lagi bahawa Taurat kini adalah bukan kalam Allah sebagaimana

yang asal. Ini adalah kerana Bani Israil juga bukan sekadar mengubah dan mengarang tetapi

telah menyembunyikan sebahagian ayat-ayat di dalam Taurat. Sebagaimana firman Allah yang

bermaksud:

Hai ahli kitab! Sesungguhya telah datang kepadamu Rasul Kami menerangkan kepada kamu

banyak di antara kitab yang telah kamui sembunyikan dan banyak yang dibiarkannya.

Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah penerangan dan kitab yang terang”

Surah al-Maidah(5): 15.

Di dapati juga sebahagian cerdik pandai Yahudi melakukan pembohongan atau cuba

memutarbelitkan lidah mereka ketika membaca Taurat supaya orang akan menganggap apa yang

dibaca itu adalah dari kalam Tuhan. Tetapi pada hakikatnya mereka membaca atau

mengemukakan pandangan mereka sendiri. Allah telah menerangkan hal ini di dalam al-Quran

yang bermaksud:

Dan sesungguhnya di antara mereka ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya dengan

kitab supaya kamu kira dia darikitab sedang dia bukan dari kitab; dan kata mereka dia dari

sisi Allah sedang dia bukan dari sisi Allah dan mereka berkata dusta atas Allah sedang

mereka mengetahui”. Surah al-‟Imran(3):78)

Page 12: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Pada bahagian ini penulis ingin membuat kesimpulan awal bahawa dengan merujuk kepada

sumber utama iaitu al-Quran di dapati terdapat penerangan yang jelas bahawa Kitab Taurat yang

dipegang oleh Bangsa Yahudi kini adalah bukan kalam Allah dan hal ini bukan perkara baru

tetapi telah berlaku pada zaman Nabi Musa lagi. Ianya bermula dengan pengingkaran terhadap

ajaran-ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa. Maka seterusnya berlaku beberapa penyelewengan

lain seperti melakukan perubahan pada Taurat, mengarang kitab dengan tangan mereka sendiri,

menyembunyikan sebahagian ayat-ayat Taurat, memutarbelitkan ketika membaca Taurat,

menyamakan kebenaran dengan kabatilan dan mereka juga telah menyembunyikan kebenaran

mengenai kenabian Nabi Muhammad S.A.W .

Oleh yang demikian kitab yang terdapat pada orang-orang yahudi mahupun Kristain kini yang

dianggap sebagai kitab suci tidak dapat diyakini lagi keaslian dan kesuciannya sebagai kala m

yang berasal dari Allah.

Perspektif Sarjana Kristian

Di dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama Kristen dan Islam, H.M. Arsyad Talib

Lubis telah mengemukakan bahawa terdapat pengakuan dari pihak Sarjana Kristian yang

mengatakan bahawa Taurat yang ada kini bukan Taurat yang asli sebagaimana yang mereka

dakwa. Beliau telah merujuk kepada huraian dua tokoh Kristian iaitu Dr. Mr. D.C.Mulder dan

Dr.H.Rosin.

Beliau menulis, Dr. Mr. D.C.Mulder mengatakan bahawa sebelum abad ke 19 ahli-ahli fikir

masih belum mampu berfikir kritis terhadap Alkitab dan tentang tradisi-tradisi mengenai

terjadinya Alkitab itu. Tetapi dengan tersebarnya konsep rasionalism pada abad ke 19 mereka

telah mula berubah dan mula menyelidiki tradisi-tradisi Alkitab secara kritis. Maka dengan kajian yang telah dijalankan akhirnya mereka mendapati bukti-bukti yang lengkap yang tidak

boleh diragui kebenarannya bahawa Alkitab tidak dikarang pada zaman Nabi Musa. Walhal ia

dikarang pada zaman selepasnya. Walaubagaimanapun terdapat satu persoalan yang tidak dapat

jiwab oleh pengkaji-pengkaji tersebut iaitu berkenaan dengan siapakah pengarang asal kitan

tersebut. Sehingga kini persoalan itu masih belum terungkai . Walaubagaimanapun penulis tidak

mendapat informasi yang lengkap adakah sehingga abad ini persoalan tersebut masih belum

terjawab ataupun sebaliknya.

Manakala pandangan kedua iaitu daraipada Dr.H.Rosin, beliau mengatakan bahawa Taurat

bukan dikarang oleh Nabi Musa. Pada hakikatnya ia dikarang adalah sebagai hasil

perkembangan yang lama dan selesai sesudah masa pembuangan di Babel. Menurut beliau lagi

orang Yahudi dibuang ke Babel pada tahun 606 sebelum Jesus. Maka antara Nabi Musa dengan

pembuangan ke Babel lebih kurang 900 tahun kerana Nabi Musa hidup kira-kira 1500 tahun

sebelum Jesus. Maka kejadian-kejadian yang telah berlaku sesudah zaman Nabi Musa amat

mustahil ditulis ketika zaman atau ketika Nabi Musa masih hidup .

Perspektif kandungan: Keraguan di dalam Torah

Penulis kembali merujuk hujah yang dikemukakan oleh penulis buku yang sama iaitu

H.M.Arsyad Thalib Lubis. Pada kali ini beliau melihat dengan lebih mendalam ke dalam salah

Page 13: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

satu kitab Taurat iaitu Deuteronomy (31: 24 – 26). Dalam huraian ini beliau merujuk kepada

ungkapan ― sudah habis disuratkan Musa segala firman torat ini dalam sebuah kitab sampai

tamatnya‖. Beliau mengatakan bahawa perkataan yang sedemikian tidak mungkin dijumpai di

dalam kitab yang ditulis oleh Nabi Musa. Ayat itu pada hakikatnya menunjukan seorang penulis

lain yang ingin menegaskan proses penulisan Kitab Taurat itu telah dilakukan oleh Nabi Musa.

Beliau menambah, dengan merujuk kepada ayat di atas didapati bilangan kitab Turat hanya satu

berdasarkan perkataan ―….sebuah kitab sampai tamatnya‖ dan bukan lima buah sebagaimana

yang diketahui umum .

Maka di sini jelas bahawa terdapat hujah-hujah yang kukuh untuk mengatakan bahawa Kitab

Taurat yang ada kini bukan kalam Tuhan sebagaimana yang diwahyukan kepada Nabi Musa

pada peringkat awalnya. Penulis tidak menafikan bahawa terdapat banyak lagi hujah-hujah yang

dapat membuktikan di mana Kitab Taurat ini bukan kalam Tuhan. Di sini penulis hanya

mengemukan dari sumber-sumber yang ditemui dalam masa yang terhad.

Kesimpulan

Setelah dikaji dan diteliti, penulis melihat bahawa terdapat perbezaan yang amat ketara mengenai

isi kandungan al-Qur‘an dan Pentateuch berhubung dengan isu penciptaan manusia pertama ini.

Pelbagai andaian telah ditemui di dalam Pentateuch dan ia berbeza dengan kupasan al-Qur‘an

yang lebih detail dan teratur apabila berbicara mengenai sesuatu benda. Ini membuktikan

kebenaran al- Qur‘an itu sebagai kalam Allah yang asli dan Pentateuch itu telah pun dirubah dan

diselewengkan.

Secara keseluruhannya, penulis melihat bahawa Adam adalah manusia pertama yang diciptakan

Allah dan sememangnya terdapat makhluk lain yang mendiami alam ini sebelum Adam diutuskan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Jelasnya proses kejadian manusia

merupakan antara topik yang terkandung di dalam al-Qur‘an dan juga Pentateuch, cuma ia

berbeza mengenai beberapa kriteria yang telah pun diselewengkan. Penulis berharap dengan

penjelasan yang ringkas ini akan memberi sedikit input kepada para pembaca sebagai jalan

permulaan untuk mengkaji dengan lebih mendalam lagi tentang persoalan penciptaan manusia

ini.

_______________________

Rujukan:

Dr. Maurice Bucaille ialah seorang sarjana berbangsa Perancis yang telah menghabiskan

sebahagian besar masanya membuat kajian perbandingan kitab suci al-Quran, Injil dan Taurat

sebagai sumber ramalan ilmu sains dan ilmu pengetahuan moden lain.

Maurice Bucaille (1982), What Is The Origin of Man? The Answers of Science and The Holy

Scriptures. c. 8, Paris: Seghers, h.171.

Ibid.

Page 14: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

al-Baqarah: 264, Ali ‗Imran, an-Nahl: 59, al-Kahfi: 37, al-Ghafir:67, al-Rum:20, al-Fathir:11 dan

al-Ra‘d.

― Dan Dia (pula) yang menciptakan manusia dari air, lalu Dia jadikan manusia itu(punya)

keturunan dan masyaharah dan adalah Tuhan maha kuasa‖

Maurice Bucaille, ―What Is The Origin of Man?:‖, h.174.

Ibid.

Al-Qurtubiyy (t.t), Tafsir al-Qurtubiyy. j.1, Qāhirah: Dār al-Sya‘b, h. 86.

Ibid., h.240.

Maurice Bucaille, ―What Is The Origin of Man?:‖, h.173.

Butrus al-Bustami (1983), Munkit al-Munhit. Beirut: Maktabah Lubnān, h. 515.

Abū Hasan al-Tibrisī , Majma‘ al-Bayān fī Tafsir al-Qurān. , h.234.

Untuk maklumat lanjut lihat Muhammad al-Faqīy (1979), Qisās al-Ambiyā‘ Ahdāthuha wa

΄Ibāruha. Maktabah Wahbah, h. 18.

Mahmūd Syalabiyy (1987), Hayāt Ādam. Beirut: Dār al-Jayl, h. 18.

Untuk maklumat lanjut lihat Genesis (1:1 – 25)

Ernest C. Messenger , Evolution and Theology. h. 108.

Ibid., h. 112.

Fredk A. Filby Creation Revealed. h. 118.

Ibid.

James M. Houstan (1980), I Believe in the Creator. Grand Rapids: Eermans Publishing

Company, h. 73.

Kebanyakan masyarakay Kristian mempercayai bahawa manusia adalah dicipta dari dua aspek

utama iaitu badan dan roh. Untuk maklumat lanjut lihat Reinhold Neibhnur (1941), The Nature

and Destiny of Man. j. 1, New York: Charles Scribner‘s Son, h. 13.

Anthropomorphic bermaksud memperlakukan Tuhan sebagai manusia sama ada dari segi rupa

bentuk dan personaliti.

Lihat Hanry M. Morris, The Genesis Record. h. 85.

Page 15: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Ibn Kathir al-Bidayah wa al-Nihayah. j.1, h. 72.

Beliau adalah salah seorang ahli Theologi Kristian yang terkenal yang berusaha untuk

mengungkap dan mengupas kembali doktrin-doktrin Agama Kristian yang dibawa oleh St. Paul

terutama kepada kumpulan Gentile. Ini adalah kerana doktrin-doktri yang diajar oleh St.Paul

sukar difahami terutama dalam persoalan konsep Triniti.

Ernest C. Messenger, Evolution and Theology. h. 170.

Sebagaimana yang di firmankan oleh Allah dalam Surah al-Insan (76: 1) yang bermaksud

―Bukankah telah dating atas manusiasatu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum

merupakan sesuatu yang dapat disebut?‖

Lihat Surah An-Nisa‘(4):163-165

Lihat Surah al-Baqarah(2):97

Lihat Surah As-Shaffat(37):102

Lihat Surah al-Qiyamah(75):16-19; Surah al-Bayyinah(98):2

Bukhari, VI, No.546.

Lihat Bukhari,VI, No.106.

Suyuti (1973), al-Itqan fi ‗ulum al-quran.j. 2, Beirut: Maktab al-thaqafiyya, h. 124.

Ibid., h.41.

Lihat Bukhari, VI, No. 510.

M. Hashem, KeagunganDunia Terhadap Islam ,h.48.

Lihat Surah al-‘Imran(3): 78.

Lihat Surah al-‘Imran(3): 71.

Lihat Syrah al-Baqarah(2): 146.

H.M.Arsyad Thalib Lubis (1969), Perbandingan Agama Kristen dan Islam. Medan, h.333.

Ibid.

Ibid., h.333 – 334.

Perkongsian Artikel:

Google

Bookmark

Page 16: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

More

Like this:

Like Loading...

Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: kejadian manusia | Leave a Comment »

LAPISAN-LAPISAN ATMOSFERA

Posted on August 31, 2012 by irfanirsyad

Oleh: Harun Yahya

Satu fakta tentang alam semesta sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur‘an adalah bahwa langit

terdiri atas tujuh lapis.

“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak

menuju langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu.”

(Al Qur‟an, 2:29)

Kemudian Dia menuju langit, dan langit itu masih merupakan asap. Maka Dia

menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit

urusannya.” (Al Qur‟an, 41:11-12)

Kata ―langit‖, yang kerap kali muncul di banyak ayat dalam Al Qur‘an, digunakan untuk

mengacu pada ―langit‖ bumi dan juga keseluruhan alam semesta. Dengan makna kata seperti ini,

terlihat bahwa langit bumi atau atmosfera terdiri dari tujuh lapisan.

Page 17: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Saat ini benar-benar diketahui bahwa atmosfir bumi terdiri atas lapisan-lapisan yang berbeda

yang saling bertumpukan. Lebih dari itu, persis sebagaimana dinyatakan dalam Al Qur‘an,

atmosfera terdiri atas tujuh lapisan. Dalam sumber ilmiah, hal tersebut diuraikan sebagai berikut:

Para ilmuwan menemukan bahwa atmosfer terdiri diri beberapa lapisan. Lapisan-lapisan tersebut

berbeda dalam ciri-ciri fisik, seperti tekanan dan jenis gasnya. Lapisan atmosfer yang terdekat

dengan bumi disebut TROPOSFERA. Ia membentuk sekitar 90% dari keseluruhan massa

atmosfer. Lapisan di atas troposfer disebut STRATOSFER.A LAPISAN OZON adalah bagian

dari stratosfer di mana terjadi penyerapan sinar ultraviolet. Lapisan di atas stratosfer disebut

MESOSFERA. . TERMOSFERA berada di atas mesosfer. Gas-gas terionisasi membentuk suatu

lapisan dalam termosfer yang disebut IONOSFERA. Bagian terluar atmosfer bumi membentang

dari sekitar 480 km hingga 960 km. Bahagian ini dinamakan EKSOSFERA. (Carolyn Sheets,

Robert Gardner, Samuel F. Howe; General Science, Allyn and Bacon Inc. Newton,

Massachusetts, 1985, s. 319-322)

Jika kita hitung jumlah lapisan yang dinyatakan dalam sumber ilmiah tersebut, kita ketahui

bahwa atmosfera tepat terdiri atas tujuh lapis, seperti dinyatakan dalam ayat tersebut.

1. Troposfera

2. Stratosfera

3. Ozonosfera

4. Mesosfera

5. Termosfera

6. Ionosfera

7. Eksosfera

Keajaiban penting lain dalam hal ini disebutkan dalam surat Fushshilat ayat ke-12,

… Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya.

Dengan kata lain, Allah dalam ayat ini menyatakan bahwa Dia memberikan kepada setiap langit

tugas atau fungsinya masing-masing. Sebagaimana dapat dipahami, tiap-tiap lapisan atmosfir ini

memiliki fungsi penting yang bermanfaat bagi kehidupan umat manusia dan seluruh makhluk

hidup lain di Bumi. Setiap lapisan memiliki fungsi khusus, dari pembentukan hujan hingga

perlindungan terhadap radiasi sinar-sinar berbahaya; dari pemantulan gelombang radio hingga

perlindungan terhadap impak meteor yang berbahaya.

Atmosfera bumi memiliki 7 lapisan. Lapisan terendah dinamakan troposfir. Hujan, salju, dan

angin hanya terjadi pada troposfera.

Adalah sebuah keajaiban besar bahwa fakta-fakta ini, yang tak mungkin ditemukan tanpa

teknologi canggih abad ke-20, secara jelas dinyatakan oleh Al Qur‘an 1.400 tahun yang lalu.

Perkongsian Artikel:

Google

Page 19: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

periode, hingga enam tahapan. Oleh karena itu, pembahasan berikut

mencoba menjelaskan maksud enam masa tersebut dari sudut pandang

keilmuan, dengan mengacu pada beberapa ayat Al-Qur‟an.

Dari sejumlah ayat Al-Qur‟an yang berkaitan dengan enam masa, Surat An-

Nazi‟at ayat 27-33 di atas tampaknya dapat menjelaskan tahapan enam

masa secara kronologis. Urutan masa tersebut sesuai dengan urutan

ayatnya, sehingga kira-kira dapat diuraikan sebagai berikut:

Masa I (ayat 27): Penciptaan Langit Pertama Kali

Pada Masa I, alam semesta pertama kali terbentuk dari ledakan besar yang

disebut ”big bang”, kira-kira 13.7 milyar tahun lalu. Bukti dari teori ini ialah

gelombang mikrokosmik di angkasa dan juga dari meteorit.

Awan debu (dukhan) yang terbentuk dari ledakan tersebut (gambar 1a),

terdiri dari hidrogen. Hidrogen adalah unsur pertama yang terbentuk ketika

dukhan berkondensasi sambil berputar dan memadat. Ketika temperatur

dukhan mencapai 20 juta derajat celcius, terbentuklah helium dari reaksi inti

sebagian atom hidrogen. Sebagian hidrogen yang lain berubah menjadi

energi berupa pancaran sinar infra-red. Perubahan wujud hidrogen ini

mengikuti persamaan E=mc2, besarnya energi yang dipancarkan sebanding

dengan massa atom hidrogen yang berubah.

Selanjutnya, angin bintang menyembur dari kedua kutub dukhan, menyebar

dan menghilangkan debu yang mengelilinginya. Sehingga, dukhan yang tersisa berupa piringan, yang kemudian membentuk galaksi (gambar 1b dan

c). Bintang-bintang dan gas terbentuk dan mengisi bagian dalam galaksi,

menghasilkan struktur filamen (lembaran) dan void (rongga). Jadi, alam

semesta yang kita kenal sekarang bagaikan kapas, terdapat bagian yang

kosong dan bagian yang terisi (gambar 1d).

Page 20: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Gambar 1a) awan debu (dukhan)

yang terbentuk akibat big bang

Gambar 1b) hembusan angin bintang dari kedua kutubnya

Page 21: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Gambar 1c) galaksi yang terbentuk dari piringan bintang-bintang dan gas-gas pembentuknya

Gambar 1d) struktur filamen dari

alam semesta yang bagaikan kapas

Masa II (ayat 28): Pengembangan dan Penyempurnaan

Dalam ayat 28 di atas terdapat kata ”meninggikan bangunan” dan

”menyempurnakan”. Kata ”meninggikan bangunan” dianalogikan dengan

alam semesta yang mengembang, sehingga galaksi-galaksi saling menjauh

dan langit terlihat makin tinggi. Ibaratnya sebuah roti kismis yang semakin

mengembang, dimana kismis tersebut dianggap sebagai galaksi. Jika roti tersebut mengembang maka kismis tersebut pun akan semakin menjauh

(gambar 2).

Page 22: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Gambar 2) model roti kismis untuk

menggambarkan mengembangnya alam semesta

Mengembangnya alam semesta sebenarnya adalah kelanjutan big bang. Jadi, pada dasarnya big bang bukanlah ledakan dalam ruang, melainkan

proses pengembangan alam semesta. Dengan menggunakan perhitungan

efek doppler sederhana, dapat diperkirakan berapa lama alam ini telah

mengembang, yaitu sekitar 13.7 miliar tahun.

Sedangkan kata ”menyempurnakan”, menunjukkan bahwa alam ini tidak

serta merta terbentuk, melainkan dalam proses yang terus berlangsung.

Misalnya kelahiran dan kematian bintang yang terus terjadi. Alam semesta

ini dapat terus mengembang, atau kemungkinan lainnya akan mengerut.

Masa III (ayat 29): Pembentukan Sistem Suria termasuk Bumi

Gambar 3) reaksi nuklir yang menjadi sumber energi bintang seperti Matahari

Surat An-Nazi‟ayat 29 menyebutkan bahwa Allah menjadikan malam yang

gelap gulita dan siang yang terang benderang. Ayat tersebut dapat

ditafsirkan sebagai penciptaan matahari sebagai sumber cahaya dan Bumi

Page 23: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

yang berotasi, sehingga terjadi siang dan malam. Pembentukan tata surya

diperkirakan seperti pembentukan bintang yang relatif kecil, kira-kira

sebesar orbit Neptunus. Prosesnya sama seperti pembentukan galaksi

seperti di atas, hanya ukurannya lebih kecil.

Seperti halnya matahari, sumber panas dan semua unsur yang ada di Bumi

berasal dari reaksi nuklir dalam inti besinya (gambar 3). Lain halnya dengan

Bulan. Bulan tidak mempunyai inti besi. Unsur kimianya pun mirip dengan kerak bumi. Berdasarkan fakta-fakta tersebut, disimpulkan bahwa Bulan

adalah bagian Bumi yang terlontar ketika Bumi masih lunak. Lontaran ini

terjadi karena Bumi bertumbukan dengan suatu benda angkasa yang

berukuran sangat besar (sekitar 1/3 ukuran Bumi). Jadi, unsur-unsur di

Bulan berasal dari Bumi, bukan akibat reaksi nuklir pada Bulan itu sendiri.

Masa IV (ayat 30): Awal Mula Daratan di Bumi

Penghamparan yang disebutkan dalam ayat 30, dapat diartikan sebagai

pembentukan superkontinen Pangaea di permukaan Bumi.

Masa III hingga Masa IV ini juga bersesuaian dengan Surat Fushshilat ayat 9

yang artinya,

Katakanlah: „Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada yang

menciptakan bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu

bagi-Nya?‟ (Yang bersifat) demikian itu adalah Rabb semesta alam.

Gambar 4) daratan Pangaea yang merupakan asal mula semua daratan di Bumi

Masa V (ayat 31): Pengiriman Air ke Bumi Melalui Komet

Page 24: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Gambar 5) ilustrasi komet yang membawa unsur hidrogen sebagai pembentuk air di Bumi

Dari ayat 31 di atas, dapat diartikan bahwa di Bumi belum terdapat air

ketika mula-mula terbentuk. Jadi, ayat ini menunjukan evolusi Bumi dari

tidak ada air menjadi ada air.

Jadi, darimana datangnya air? Air diperkirakan berasal dari komet yang

menumbuk Bumi ketika atmosfer Bumi masih sangat tipis. Unsur hidrogen

yang dibawa komet kemudian bereaksi dengan unsur-unsur di Bumi dan

membentuk uap air. Uap air ini kemudian turun sebagai hujan yang pertama. Bukti bahwa air berasal dari komet, adalah rasio Deuterium dan

Hidrogen pada air laut, yang sama dengan rasio pada komet. Deuterium

adalah unsur Hidrogen yang massanya lebih berat daripada Hidrogen pada

umumnya.

Karena semua kehidupan berasal dari air, maka setelah air terbentuk,

kehidupan pertama berupa tumbuhan bersel satu pun mulai muncul di

dalam air.

Masa VI (ayat 32-33): Proses Geologis serta Lahirnya Haiwan dan Manusia

Page 25: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Gambar 6) gunung sebagai pasak Bumi

Dalam ayat 32 di atas, disebutkan ”…gunung-gunung dipancangkan dengan

teguh.” Artinya, gunung-gunung terbentuk setelah penciptaan daratan,

pembentukan air dan munculnya tumbuhan pertama. Gunung-gunung terbentuk dari interaksi antar lempeng ketika superkontinen Pangaea mulai

terpecah. Proses detail terbentuknya gunung dapat dilihat pada artikel

sebelumnya yang ditulis oleh Dr.Eng. Ir. Teuku Abdullah Sanny, M.Sc

tentang fungsi gunung sebagai pasak bumi.

Kemudian, setelah gunung mulai terbentuk, terciptalah hewan dan akhirnya

manusia sebagaimana disebutkan dalam ayat 33 di atas. Jadi, usia manusia

relatif masih sangat muda dalam skala waktu geologi.

Jika diurutkan dari Masa III hingga Masa VI, maka empat masa tersebut

dapat dikorelasikan dengan empat masa dalam Surat Fushshilat ayat 10

yang bermaksyd,

Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kokoh di

atasnya. Dia memberkahinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan

itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya.

Demikianlah penafsiran enam masa penciptaan alam dalam Al-Qur‟an, sejak

kemunculan alam semesta hingga terciptanya manusia. Wallahu a’lam

bisshowab.

________________________________________

Sumber: misykatulanwar.wordpress.com

Perkongsian Artikel:

Page 27: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Al-quran yang beserta dengan terjemahan dalam bahasa Urdu yang telah berusia 100 tahun ini

telah dimakan oleh anai-anai. Apa yang ajaibnya anai-anai ini memakan semua termasuk

terjemahannya tetapi tiada satu pon ayat Al-quran dalam bahasa Arab yang dimakan oleh anai-

anai tersebut.

Klik Gambar Untuk Lebih Jelas

Page 29: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Kejadian ini berlaku di dalam rumah seorang muslim yang bernama En. Md Farooq penduduk

Tappachabutra, Hyderabad.

Dalam Al-Qur‘an surat Al-Hijr, surat ke 15 ayat ke 9, Allah Swt. berfirman:

Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran, dan sesungguhnya Kami benar-benar

memeliharanya.

Ayat di atas menunjukkan jaminan dari Allah Swt., bahawa Dia selain menurunkan dan

mewahyukan Al-Quran, juga berkomitmen akan menjaga kemurniannya hingga Hari Kiamat.

Al-Quran Al-Karim Adalah Mukjizat

Daripada Saidina Ali r.a :

Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ” Awaslah! Sesungguhnya

akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar”. Aku bertanya: ” Apakah caranya untuk

menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?” Baginda menjawab: ” (Caranya ialah

berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat

yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta

hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang

menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok;

sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut

hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya

– akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah

pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus).

Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang

tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan

bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak

merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan

Page 30: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-

ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang

menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga

mereka memujinya dengan berkata: “Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang

menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya.” (Demikian

juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan

pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah

keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya,

sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus.” – (Saidina Ali r.a)

Firman Allah Ta‘ala Yang Bermaksud:

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan

gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan

bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal.” ( Surah an-Anfal

: Ayat 2 )

Subhanallah, Wallahu‘alam….

Sumber: http://hasnulhadiahmad.com

Perkongsian Artikel:

Google

Bookmark

More

Like this:

Like Loading...

Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: al-quran | Leave a Comment »

SAINTIS BUKTIKAN NABI MUSA MEMBELAH

LAUT MERAH

Posted on March 7, 2012 by irfanirsyad

Page 31: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Di antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram ialah selamatnya Nabi

Musa dan Bani Israel dari Firaun dan tenggelamnya Firaun dan bala

tenteranya dalam Laut Merah. Ayat 50 surah al-Baqarah menceritakan hal

ini dan hadis Nabi menerangkannya. Saintis Barat mengemukakan teori

angin bertiup yang membelah Laut Merah untuk Nabi Musa (lihat youtube).

Mereka mengkaji tetapi mereka tidak beriman sepenuhnya dengan ajaran

Musa itu sendiri. Di antara ajarannya ialah apabila tiba Nabi akhir zaman-

Ahmad/Muhammad, maka berimanlah dengannya tetapi itu tidak berlaku.

Saintis Barat hanya menjadi seperti Yahudi yang berpuasa pada 10

Page 32: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Muharram meraikan Nabi Musa tetapi menolak ajaran Taurat lain. Apa beza

dengan umat Islam yang berpuasa sunat pada hari Asyura atau membuat

bubur asyura malah mempertandingkannya seperti di Kemaman tetapi

menolak ajaran al-Quran selain puasa?

Imam Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Nabi SAW tiba di

Madinah. Baginda mendapati Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10

Muharram). Baginda bertanya; „Hari apa yang kamu puasa ini?‟ Jawab Yahudi: „Hari ini hari mulia. Allah menyelamatkan padanya Musa dan

kaumnya, serta menenggelamkan Firaun dan kaumnya. Lalu Musa berpuasa

pada hari Aasyura sebagai tanda syukur. Lalu kami berpuasa padanya.‟

Sabda Nabi SAW: „Kami lebih berhak dan utama dengan Musa daripada

kamu.‟ Nabi berpuasa dan memerintahkan para Sahabat berpuasa juga. At-

Tirmizi berkata: Diriwayatkan daripada Ibn Abbas bahawa Baginda

bersabda: „Puasalah hari ke 9 dan 10, serta jangan sama dengan Yahudi‟.

Hadis ini menjadi hujjah bagi Imam Shafie, Ahmad bin Hanbal dan Ishak.

(Tafsir al-Munir j1 ms 163)

Hadis tentang Yahudi di atas ada perbahasannya seperti yang disebut oleh

Imam Nawawi dalam syarah hadisnya. Yang penting ialah berpuasa sunat

atau membuat bubur asyura dalam keadaan sedar dengan apa yang dibuat dan menghayati Islam secara syumul, bukan hanya buburnya. Demikian

juga mukjizat Nabi Musa as yang mendahului bukti saintifik. Kita

membenarkan mukjizatnya walaupun tiada bukti saintifik.

LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air

lagun (kiri) dan sungai (kanan) „berpusing‟ dan membentuk dinding air

Page 33: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

dekat Laut Merah.BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS

membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang

diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar

semalam.

Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari

Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak

bercanggah dengan hukum fizik.

Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan

menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel

terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut

di hadapan mereka.

Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil

mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali

sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu

cawangan Sungai Nil.

Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu

menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan

angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8

kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.

Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi

melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa

meter itu. Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan

darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km. Sejurus selepas

angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal

seperti ombak tsunami.

Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di internet oleh Jurnal Public Library

of Science ONE. – Agensi

______________________________________

sumber: http://halimislam.blogspot.com

Perkongsian Artikel:

Google

Bookmark

More

Page 34: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Like this:

Like Loading...

Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: al-quran dan sains, firaun, laut merah, Nabi Musa

| Leave a Comment »

MENGAPA BERWUDUK?

Posted on February 24, 2012 by irfanirsyad

Umatku (kelak di hati kiamat) akan dipanggil

„putih bersinar‟ kerana bekas wuduknya (di dunia dahulu).” –diriwayatkan oleh Bukhari

Wuduk diambil untuk menunaikan solat dan membaca Al-Quran. Selain itu, kita diajar setiap

kali ingin belajar atau memulakan pembelajaran seeloknya ada wuduk. Kita digalakkan untuk

menjaga wuduk sentiasa supaya tidak terbatal. Sebagai seorang muslim, pastinya kita akan

melakukannya kerana di ajar dalam Islam. Namun, semakin kita jauh dari zaman Rasulullah

s.a.w, semakin kita lalai menjaga perkara yang satu ini. Wuduk di ambil sambil lewa, tidak

diratakan keseluruh bahagian anggota wuduk dengan betul. Di sini, saya ingin berkongsi dengan

para pembaca kaitan antara wuduk dengan kesihatan dari buku ‖Mengapa Rasulullah Tidak

Pernah Sakit‖.

Page 35: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Untuk menceritakan berkenaan fakta kulit kita, artikel ini akan menjadi sangat panjang untuk

pembaca. Jadi, saya hanya akan berkongsi berkenaan anggota wuduk sahaja:

Mencuci tangan

Telapak tangan manusia adalah bahagian tubuh yang fleksibal dan banyak berinteraksi dengan

dunia luar, bersalaman, memegang, menyentuh, memetik jari dan pelbagai perkara yang

menyentuh dunia sekeliling. Lebih daripada 70% penyakit-penyakit berjangkit seperti influenza

yang disebabkan oleh bakteria, virus atau cacing disebabkan oleh kontaminasi melalui sentuhan

tangan. Dalam dunia perubatan, protokol standarad pertama sebelum bekerja adalah mencuci

tangan dan membilasnya dengan sabun. Oleh itu tidak hairanlah wuduk dimulakan dengan

mencuci kedua belah tapak tangan.

Berkumur

Berkumur melindungi mulut dan tekak daripada jangkitan dan membersihkan gigi daripada sisa

makanan. Pada hakikatnya, membersihkan kawasan mulut dapat mencegah risiko jangkitan

penyakit. Terdapat tidak kurang dari 100 juta bakteria per milimeter dalam sampel biasa

permukaan gigi ataupun kalenjar ludah manusia normal yang sihat. Penyakit di kawasan gigi dan

mulut seperti radang gigi atau radang kerongkong (faringitis) dan juga radang pada kawasan

pharyng.

Apabila jangkitan itu disebabkan oleh bakteria jenis streptococcus B hemoliticus, racun daripada

tindakan imuniti tubuh ke atas bakteria itu dapat merebak ke jantung ataupun ginjal melalui

aliran darah. Glomerulonefritis iaitu radang pada ginjal dan myokarditis adalah radang pada otot

jantung. Ini adalah komplikasi-komplikasi serius yang mungkin terjadi akibat daripada toksin

bakteria streptococcus B hemoliticus. Demikian juga beberapa penyakit tumor pada kawasan

Page 36: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

maxillofacial atau pipi dan dagu seperti adamantinoma. Kejadian yang berkait rapat dengan oral

hygiene iaitu kebersihan mulut.

Istinsyaq

Istinsyaq ialah menghirup air ke dalam hidung. Ia hanya dilakukan semasa berwuduk. Menurut

pakat bedah tumor, Dr Bahar Azwar, apabila terdapat tumor yang tersembunyi di dalam hidung.

Aliran air ke dalam hidung yang menyapu bahagian nasopharyng merangsang pendarahan pada

tumor itu. Melalui kegiatan intinsyaq, ini membantu dalam pengesanan awal tumor di bahagian

nasopharyng yang tersembunyi.

Penyakit SARS merebak suatu ketika dahulu diakibatkan oleh jangkitan virus yang merebak

melalui titisan air yang keluar di udara semasa penghidapnya bersin ataupun batuk. Apabila

melakukan istinsyaq, kita berupaya membersihkan selaput dan lendir hidung yang mungkin

tercemar oleh udara kotor dan kuman seperti ini.

Membasuh muka

Adalah untuk membersihkan kotoran yang melekat akibat daripada rembesan yang dikeluarkan

oleh kelenjar kulit. Ia juga bertindak menghapuskan mikroorganisma. Sisa rembesan ini biasanya

mudah menjadi media pertumbuhan dan pembiakan bakteria. Pembasuhan air yang kerap juga

dapat melindungi kulit. Terutama kulit wajah daripada kesan-kesan buruk sinar untra ungu

matahari. Pendedahan yang terlalu lama pada sinar ultra ungu menekan proses imuniti kulit dan

ini antara punca kanser kulit.

Membasuh kedua tangan dan kaki

Page 37: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Perbuatan ini adalah untuk memperkuatkan saluran-saluran darah tangan dan kaki. Dari segi

anatomi, saluran darah di hujung-hujung tangan dan kaki ekstremiti iaitu lebih lemah berbanding

bahagian lain. Ini kerana tangan dan kaki adalah titik yang paling jauh dengan jantung. Oleh itu,

tekanan darah yang dipam dari jantung ke bahagian itu adalah lemah.

Saluran darah di hujung-hujung ekstremiti yang menyempit menganggu pengoksigenan jaringan

saluran darah di sekitarnya. Kepada penghidap penyakit beuger, hujung-hujung jari ekstremiti itu

menjadi nekrosis iaitu selnya mati kerana gangguan bekalan darah ke bahagian itu. Pembersihan

tapak kaki penting bagi mencegah pelbagai jangkitan kuman. Manakala pembersihan tapak

tangan memutuskan penghantaran jangkitan penyakit melalui oral kerana tangan yang

menyuapkan makanan ke mulut.

Fakta-fakta ini saya ambil dari buku ―Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit‖. Saya harap

dengan perkongsian ilmu ini dapat kita muhasabah diri. Teliti semula cara kita mengambil

wuduk selama ini adakah sempurna atau tidak. Perbetulkan jika masih berlaku kesalahan.

Belajar lah dari yang berilmu jika tidak fasih dengan cara mengambil wuduk anda.

Sumber: http://www.fikrahislam.com/

_____________________________________

Memeluk Islam Kerana Mengkaji Wudhu

Prof Leopold Werner von

Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang

menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi,

tangan, dan kaki.

Page 38: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di

sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhu

bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan

memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya. Pada akhirnya Leopold memeluk agama

Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Hikmah Wudhu

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara

kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan,

kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-

benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang

dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah

diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. Banyak pancaindera tersimpul di bagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan

membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip

mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana

sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk

melakukan dosa.

Page 39: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Organ tubuh yang

menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat al-Maidah [5]:6, adalah wajah, tangan sehingga

siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa

yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan

bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhu dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu

dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma‘a akhir

qathr al-ma‘).

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya

tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara

fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya

diri sebagai orang yang ‗bersih‘ dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan,

seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra

wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu.

Cara Wudhuk Rasulullah S.a.w

Dari Abdullah bin Zaid bin Aasim al-Ansariy r.a, beliau telah ditanya: “Tunjukkan kepada

kami cara Rasulullah S.A.W berwuduk.. Maka beliau pun meminta sebekas air, lalu menuang

sedikit air ke atas tapak tangan dan membasuhnya sebanyak tiga kali.

Page 40: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Kemudian beliau memasukkan tangan ke dalam bekas untuk mencedok air dengan

tangannya dan berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang

sama sebanyak tiga kali. Kemudian beliau mencedok air sekali lagi lalu membasuh muka

sebanyak tiga kali. Selepas itu beliau mencedok lagi dengan tangannya lalu membasuh

tangan hingga ke paras siku dua kali.

Kemudian beliau mencedok lagi lalu menyapu kepala dalam keadaan menyapu tangannya

dari arah depan kepala ke arah belakang dan menyapu tangannya kembali ke arah depan

kepala, kemudian beliau membasuh kedua kakinya hingga ke paras buku lali. Selepas itu

beliau berkata: Beginilah cara Rasulullah s.a.w mengambil wuduk .” (Muslim )

Huraian

Wudhuk yang sempurna akan mendapat kekhusyukan dalam sembahyang. Sembahyang yang

dimaksudkan ialah sembahyang yang mampu menegah seseorang itu daripada melakukan kerja-

kerja yang keji dan mungkar kerana wudhuk itu bertujuan untuk membersihkan diri daripada

kotoran najis dan hadas sedangkan sembahyang pula dapat membersihkan diri daripada sifat-

sifat mazmumah kerana sembahyang adalah merupakan kafarat (memadamkan) dosa-dosa yang

telah lalu, selagi seseorang itu tidak melakukan dosa-dosa besar.

Wallahu‘alam….

Sumber: http://supermilan.wordpress.com

—————————————————————

Perkongsian Artikel:

Google

Bookmark More

Like this:

Like Loading...

Filed under: KEBESARAN ALLAH | Tagged: wuduk | 2 Comments »

KEAJAIBAN KAABAH DAN

MAKKATUL MUKARRAMAH

Posted on February 18, 2012 by irfanirsyad

Page 41: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Berjuta umat Islam seluruh dunia datang ke Makkah pada setiap tahun untuk mengerjakan Haji,

Umrah dan juga Ziarah. Tidak ada agama lain yang punya kota suci sehebat Makkah!!

تبه نهم أوه انحك أونم فاق وف أوفسهم حت سىزهم آاتىا ف ا

ء شهد ﴿ كم ش ﴾٥٣كف بزبك أوه عه

Firman Allah SWT: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-

tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (segala ufuk-ufuk

dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri,

sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah

benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan

belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan

menyaksikan tiap-tiap sesuatu? ” (Fussilat 41:53).

Makkah, iaitu kota suci bagi umat Islam bukan saja menjadi pusat ibadah, ia

adalah pusat bagi planet bumi ini. Ketika saya masih bujang lagi, saya ada

membaca sebuah kitab lama yang mencatat bahawa planet bumi ini pada asalnya dipenuhi air. Tapak Ka‟abah itu adalah kerak bumi yang mula-mula

sekali muncul di permukaan lautan, kemudian barulah muncul tanah-tanah

yang lain hingga menjadi benua-benua. Itu catatan kitab lama. Akhir-akhir

ini pakar-pakar Muslim telah menimbulkan semula perkara itu dan telah

menghujahkan bahawa Makkah adalah „pusat bumi‟. Sila baca seterusnya.

Page 42: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

MAKKAH SEPINTAS LALU

MAKKAH Al-Mukarramah adalah kota suci turunnya wahyu llahi kepada Nabi

Muhammad. Di sini, terletaknya Masjidil Haram dan Kaabah yang menjadi

tanda kebesaran Allah. Makkah adalah kota paling suci di bumi ini serta

paling dicintai Allah dan rasulNya. Ia juga menjadi tanah kelahiran Nabi

Muhammad dan pusat terpancarnya nur Allah di bumi ini.

Abdullah bin `Adi bin Al-Hamra meriwayatkan bahawa beliau mendengar

Rasulullah bersabda, maksudnya:

Demi Allah! Kamu (wahai Makkah) adalah tanah Allah yang terbaik

dan yang sangat dicintai olehNya. Andai kata aku tidak diusir dari

kamu, aku tak akan berpisah (daripada kamu). (Hadis riwayat

Ahmad, Ibn Majah dan Tirmidzi).

Ibn „Abbas pula berkata: Rasulullah bersabda:

Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang

paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu,

aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang

lain.

Al-Quran secara khusus, berkali-kali menyebut kota ini dengan pelbagai

nama yang berjumlah sebelas semuanya. Antaranya adalah Makkah,

Bakkah, Al-Baladul Amin, Al-Haramul Amin, Ummul Qura dan Al-Baldah Al-

Tayyibah. Bahkan, Allah bersumpah dengan kota suci ini serta memberikan kelebihan dan keistimewaan besar, yang tidak diberikan kepada kota lain.

Masjidil Haram dan Kaabah Baitul Atiq yang menjadi kiblat umat Islam

sedunia, menjadikan kota suci ini sangat dicintai dan berpengaruh besar

bagi umat Islam sepanjang masa. Setiap umat Islam menghadapkan muka

ke arah kiblat sekurang- kurangnya lima kali sehari semalam. Ia menjadi

tempat untuk seluruh kaum Muslimin sedunia menunaikan haji dan umrah.

Kehebatan dan keagungan kota Makkah bukan sekadar catatan dalam

sejarah Islam dan melalui firman Allah dan hadis semata-mata, malah

dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan saintifik. Hal ini dibuktikan oleh

profesor dari Mesir, Prof Hosien Kamal El Din Ibrahim yang mencuba satu

kaedah baru bagi menentukan arah kiblat dari seluruh penjuru dunia. (Berita

Harian 21 December 2004)

KIBLAT WAKTU, BUKAN SAJA KIBLAT SOLAT

Page 43: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

MAKKAH berada hampir dengan Laut Merah. Tanah Arab merupakan

semenanjung, sebagaimana kedudukan Tanah Melayu..

Pada 21 April 2004 di Doha, Qatar, telah berlangsung satu persidangan

ilmiah yang penting bagi dunia Islam. Sebilangan para sarjana dan ulama Islam telah membincangkan kemungkinan untuk mengubah hitungan waktu

(masa) yang selama ini menjadikan Greenwich Mean Time (GMT) sebagai

meridian sifar, lalu menjadikan Makkah sebagai kiblat hitungan waktu,

maksudnya Makkah akan menjadi meridian sifar menggantikan bandar

Greenwich.

The Mecca Time concept asserts that Mecca, the holiest city of Islam

located in Saudi Arabia on the surface of the Earth, is the true center

of the Earth, and thus should replace the Greenwich Meridian (GMT).

The demand was made by Sheikh Yusuf al-Qaradawi and other

Muslim scientists and clerics meeting in Doha, Qatar on April 21,

2008 for a conference titled “Mecca: the Center of the Earth, Theory

and Practice.” The conference sought to promote “Ijaz al-Koran” – the belief and growing trend amongst Muslims that the Koran, the

central Islamic religious text reveals many scientific facts.

(en.wikipedia.org)

Persidangan ilmiah bersejarah itu telah dirasmikan oleh Dr Yusuf Qaradhawi.

Ianya diberi nama “Mecca: the Center of the Earth, Theory and Practice.”

Turut hadir ialah pakar geologi Mesir, Dr Zaglur Najjar yang juga pensyarah

Page 44: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

geologi di Universiti Wales, Britain, dan Ir Yaseen Shaok, saintis yang

menjadi pelopor jam Makkah.

Persidangan itu menyeru umat Islam sedunia menjadikan Makkah,

khususnya Ka‟abah yang berada di 21 darjah 25 minit latitud (garis lintang

utara) dan 39 darjah 50 minit longitud (garisan bujur timur) sebagai titik

awal hitungan waktu. Sebabnya jelas iaitu menurut kajian ilmiah, Makkah

adalah PUSAT BUMI.

The conference revived a decades-old controversial issue,

contending that the Greenwich Meridian was “imposed” by Britain

and Western civilization during the colonial period and that Islam,

unlike other religions in their view, does not contradict science. One

of the contentions was that unlike other longitudes, Mecca was in

perfect alignment with the magnetic north. Muslim clerics hail this

as evidence of the “greatness” of the qibla – the direction

determined to be towards Mecca that Muslims across the world must

turn towards while reciting prayers. Expostulated by Yasin a-Shouk,

the Switzerland-based inventor of Palestinian origin said it runs anti-

clockwise in the direction of Tawaf, the rotation around the holy site

of Kaaba within the Masjid Al-Haram in Mecca. The “Mecca watch” (Saat Makkah) is promoted to help Muslims determine the direction

of Mecca from any point on Earth for purposes of daily prayers.

(en.wikipedia.org)

Kajian tersebut telah dilakukan oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din

Ibrahim, ilmuwan yang berasal dari Mesir, yang diterbitkan di The Egyptian

Scholars of The Sun and Space Research Center. Pusat penelitian yang

berpusat di Kaherah, Mesir itu telah melakar peta baru dunia.

Page 45: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Di dalam peta dunia itu terlukis garisan-garisan menghubungkan kota-kota

di pelusuk dunia ke arah Makkah. Dengan menggunakan perkiraan

matematik dan kaedah spherical triangle (bebola segitiga), Hosien

menyimpulkan kedudukan Makkah berada di pusat daratan bumi (kerak

bumi).

Dalam ertikata lain, Makkah, tempat Kabah berada telah disimpulkan

sebagai PUSAT BUMI. Ini sekaligus membuktikan bahawa daratan bumi berkembang dari Makkah. Adalah menarik untuk direnungkan pada

fenomena bahawa setiap tahun jutaan umat Islam sedunia mendatangi

Kabah di Makkah untuk melaksanakan haji. Ketika tawaf, jutaan umat Islam

mengelilingi Kabah, dengan arah berlawanan jarum jam. Arah itu

bertentangan dengan putaran waktu hitungan Greenwich.

The (Qatar) meeting also reviewed what has been described as a

Mecca watch, the brainchild of a French Muslim. The watch is said to

rotate anti-clockwise and is supposed to help Muslims determine the

direction of Mecca from any point on Earth. (BBC News)

Penelitian menggunakan program komputer oleh Hosien itu sebelumnya

pernah dilakukan menggunakan perhitungan matematik oleh ilmuwan Islam,

Abi Fadlallah Al-Emary, yang meninggal dunia pada 749 H. Peta itu kemudian diabadikan di dalam kitabnya Masalik Al Absar Fi Mamalik Al

Amsar.

Page 46: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Peta yang menggariskan arah kiblat, Makkah, juga telah dilakar oleh pemikir

Islam, Al-Safaksy (meninggal dunia pada 958 H), menggunakan hitungan

astronomi. Hasil kajian dua ilmuwan itu juga membuktikan bahawa Makkah

adalah PUSAT BUMI.

Dalam persidangan di Doha, salah seorang pembahas telah menjelaskan

bahawa Makkah berada di titik lintang yang sejajar dengan titik magnetik

Kutub Utara. Keadaan ini tidak dimiliki oleh mana-mana kota lain di dunia hatta Greenwich sendiri walaupun ia dijadikan sebagai meridian sifar.

Siapakah yang menetapkan Greenwich sebagai Meridian sifar? Ia adalah

Britain, yang pada waktu itu (tahun 1884) merupakan kuasa besar kolonial

dunia. Kini Britain hanyalah sebuah negara biasa, dan sangat wajar jika

Makkah menggantikan Greenwich kerana kedudukanya yang telah terbukti

secara ilmiah sebagai PUSAT BUMI.

Dr Yusuf Qaradhawi yang menjadi Ketua Persatuan Ulama Islam

Antarabangsa menggalakkan dunia Islam menjadikan Makkah sebagai titik

awal perhitungan waktu menggantikan Greenwich. Qaradhawi menjelaskan

mengapa Allah SWT menjadikan Baitul Haram sebagai kiblat umat Islam di

muka bumi.

Kajian ilmiah moden itu (oleh Profesor Dr Hosien Kamal El Din Ibrahim) meneguhkan kemuliaan kiblat umat Islam. Juga

menegaskan lagi teori bahawa Makkah adalah pusat bumi. Ini

adalah sama dengan penegasan jati diri keislaman serta

mengangkat tinggi kemuliaan umat Islam atas agama, umat, dan

peradabannya,” ujar Qaradhawi.

Persidangan di Qatar merupakan sebahagian dari usaha dunia Islam mencari

bukti saintifik dari Al-Qur‟an. Idea dasarnya adalah bahawa kebenaran

ilmiah sudah termaktub dalam Al-Qur‟an, dan tugas para ilmuwan ialah

mencari bukti-bukti yang sudah diterangkan dalam Al-Qur‟an tersebut.

BARAT MENENTANG IDEA INI

Saya telah meneliti beberapa forum di internet. Ternyata sebilangan individu

Barat agak emosional dari segi ini. Mereka bukan hanya tidak bersetuju

Makkah dijadikan meridian sifar, malah telah memburukkan Islam. Pada

hemat saya, mereka perlu membezakan antara agama dan penemuan saintifik. Jika mereka tidak mahu menerima Islam, mereka tidak wajar

menolak bukti saintifik lantaran bias ini.

Page 47: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Masjidil Haram dan Ka‟abah dilihat menerusi satelit (perisian Google Earth)

Seorang ahli astronomi Institut Teknologi Bandung, Moedji Raharto,

menyatakan bahawa pembahagian waktu bermula dari Makkah tidak

menjadi masalah. “Itu membuat budaya baru di tengah kemapanan sistem

yang sudah ada,” katanya.

Pihak-pihak yang menentang menyatakan bahawa selama ini seluruh

kegiatan di dunia merujuk pada waktu Greenwich. Mulai dari transaksi

perbankan, perhitungan waktu di internet, dunia penerbangan, setting jam

di kilang-kilang, seluruhnya merujuk perhitungan waktu Greenwich.

Sebarang usaha untuk mengubahnya memerlukan perubahan dan dana yang besar.

Makkah sebenarnya memang telah menjadi perhatian dunia, bukan hanya

oleh umat Islam dan bukan hanya ketika ibadah haji berlangsung. Jika

Makkah menjadi meridian sifar, ia merupakan berita baik untuk umat Islam.

Kata Moedji “Arah kiblat merupakan garis spiritual karena semua manusia

tertuju ke sana.” Moedji juga berpendapat bahawa menyatukan perhitungan

waktu berdasarkan Makkah boleh dilakukan, “Dari segi matematik itu bisa

dilakukan.” (islamonline)

MAKKAH DAN GOLDEN RATIO

Page 48: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Untuk memahami mengenai apakah Golden Ratio atau Golden Mean, sila

baca artikel Hasil Kajian: Rahsia Golden Ratio Alam Semesta Terbongkar.

Sebuah video yang memaparkan penemuan Erdem Cetinkaya mengenai

kedudukan Makkah yang menurut kajiannya berada TEPAT di posisi Golden

Mean 1.618. “This discovery is made by the 3d graphic artist, director who

made some works that are world-wide famous, Erdem Cetinkaya. Right now

his work of documentary-movie which includes the miracle of Kaaba and the miracles named Holy Mysteries”.

Cetinkaya mendapati bahawa jika dibahagikan jarak Makkah dari noktasina

Kutub Utara (7631.68 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub

Selatan (12348.32 kilometer) adalah TEPAT 1.618.Selanjutnya, jika

dibahagikan jarak antara noktasina Kutub Utara dan Kutub Selatan

(19980.00 kilometer) dengan jarak Makkah dari noktasina Kutub Selatan

(12348.32) maka jawapannya juga TEPAT 1.168.

Dengan menggunakan sebuah perisian grafik pula, beliau mendapati bahawa

arak garis lintang antara Makkah ke garis ekuinoks Timur dan Barat juga

punya nisbah TEPAT 1.618. Beliau juga telah mengukur garis silang dari

Makkah hingga ke garis ekuinoks dan mendapati bahawa ia juga punya

Golden Ratio 1.618

Page 49: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf
Page 50: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

GOLDEN RATIO VS PUSAT BUMI

Setakat ini anda sudah membaca dua maklumat yang utama. Pertama:

Makkah sebagai PUSAT BUMI. Kedua: Makkah berada di kedudukan Golden

Ratio. Para skeptik mungkin berkata: “Mengapakah dua fakta ini

bercanggah? Bukankah pusat itu berada di tengah-tengah?”.

Maka sebagai permulaan, kita jawab: “Perhatikan pusat (navel) anda

sendiri. Dia berada di tengah tubuh anda, dan dia berada di Golden Mean

“The bottom the the girdle (waist-band) is also at a golden section point for the whole figure from the top of the head to the soles of the feet… this is

also the position of the navel in the human body.. (www.mcs.surrey.ac.uk).

Maka andai para skeptik mahu menolak hakikat ini, mereka perlulah ubah

pendirian seluruh manusia di dunia bahawa pusat (navel) bukan berada di

tengah-tengah tubuh. Janin menerima makanan (nutrition) melalui pusat

itu, lalu mengalami proses tumbesaran.

Unjuran Craig Retro-Azimuthal

Peta Unjuran Craig Retroazimuthal menunjuk titik merah adalah Makkah yang menjadi pusat

peta Unjuran.

Peta unjuran Craig Retroazimuthal telah dicipta oleh James Ireland Craig

pada tahun 1909. Ia adalah unjuran silinder merujuk kepada arah dari mana-mana tempat lain, tempat yang telah ditetapkan pada masa yang

sama mengelakkan beberapa herotan unjuran Retroazimuthal Hammer. Ia

kadang-kala dikenali sebagai unjuran Makkah kerana Craig yang pernah

bekerja di Mesir sebagai cartographer, mencipta unjuran untuk membantu

umat Islam mencari kiblat.

Page 51: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

Unjuran Equidistant Azimuthal

Unjuran Azimuthal Equidistant

Unjuran Equidistant Azimuthal, berpusat pada Mekah, dan garis hijau

menunjukkan Kiblat (arah terpendek ke Kaabah di Mekah, 21 ° 25 ‟21 “N, 39 ° 49′ 34″ E) masalah dengan unjuran ini yang menunjukkan dengan

betul arah DARI Mekah, tetapi tidak arah Mekah, yang merupakan apa yang

perlu tahu ke arah mana untuk bersolat. Sumber:

http://www.geog.ucsb.edu/events/department-news/739/the-geography-of-

prayer/

AYAT DALIL MENGENAI MAKKAH

ت وضع نهىاس نهذ ببكة مباركا وهدي نهعانمه ﴿ ل ب ﴾٩٦إن أو

Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia

(beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang

Page 52: KEJADIAN MANUSIA PERTAMA.pdf

berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia. - Ali

„Imran: 96