ida 102_konsep kejadian manusia

26
1 KONSEP KEJADIAN MANUSIA 1

Upload: hawani-mustafa

Post on 29-Jun-2015

1.852 views

Category:

Documents


36 download

TRANSCRIPT

Page 2: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

2

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU BIOLOGI

Secara biologi, manusia diklasifikasikan sebagai Homo sapiens (Bahasa Latin untuk manusia), sebuah spesies primate dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Spesies primate ini terdiri dari seluruh lemur, monyet dan manusia. Primate berasal dari kata Latin Primates, yang berarti "salah satu yang pertama, terbaik, noble".

LEMUR

2

Page 3: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

3

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU LOGIK

Manusia adalah binatang. Kelebihan manusia berbanding binatang-binatang lain adalah kebolehannya berkata-kata dan berfikir.

3

Page 4: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

4

MANUSIA MENURUT BIDANG ILMU PENGETAHUAN – ILMU JIWA

Ngantuk

Seronok

Marah Beranak Makan Sakit

Manusia adalah sama sifat hidupnya dengan haiwan. Dalam erti kata sama keinginan mahu makan, berketurunan, merasai sakit, sihat, merasai tua dan mati dan sebagainya.

4

Page 5: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

5

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

5

TEORI

EVOLUSI

Page 6: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

6

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

Darwin berpendapat bahwa manusia berasal dari perkembangan makhluk sejenis kera yang sederhana kemudian berkembang menjadi hewan kera tingkat tinggi sampai akhirnya menjadi manusia. Makhluk yang tertua yang ditemukan dengan bentuk mirip manusia adalah Australopithecus yang diperkirakan umurnya antara 350.000 - 1.000.000 tahun dengan ukuran otak sekitar 450 - 1450 cm3. Perkembangan dengan perubahan volume otak ini besar pengaruhnya bagi kecerdasan otak manusia. Australopithecus yang mempunyai volume otak rata-rata 450 cm3 berevolusi menjadi manusia kera (Neandertal) yang mempunyai volume otak 1450 cm3. Dari penelitian ini diperkirakan dalam waktu antara 400.000-500.000 tahun volume otak itu bertambah 1000 cm3.

Tetapi anehnya perkembangan dari Neandertal ke manusia modern sekarang ini selama ± 100.000 tahun volume otaknya tidak berkembang. Teori ini tidak mengemukakan alasannya.

TEORI

EVOLUSI

Page 7: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

7

Darwin berpendapat bahwa orang-orang kulit hitam dan orang Aborigin Australia sama dengan gorila, dan berkesimpulan bahwa mereka lambat laun akan "disingkirkan" oleh "ras-ras beradab". Ia berkata: Di masa mendatang, tidak sampai berabad-abad lagi, ras-ras manusia beradab hampir dipastikan akan memusnahkan dan menggantikan ras-ras biadab di seluruh dunia. Pada saat yang sama, kera-kera antropomorfus (menyerupai manusia)... tak diragukan lagi akan musnah.

Darwinisme Sosial berpendapat bahwa ras-ras manusia berada pada tingkatan berbeda-beda pada "tangga evolusi", dan ras-ras Eropa adalah yang paling "maju" di antara semua ras, sedangkan ras-ras lain masih memiliki ciri-ciri "kera".

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

TEORI EVOLUSI

Page 8: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

8

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

GOLONGAN MATERIALIS

Page 9: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

9

Manusia hanyalah secebis daging, darah, tulang, urat, sistem saraf, kelenjar dan tisu-tisu. Manusia hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan ini adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, fikiran dan kudrat, keazaman dan kemahuan hanyalah kesan daripada adunan unsur-unsur bumi dan natijah daripada percampuran tanah dan air. Kehidupan hanyalah pusingan hari-hari tertentu yang dapat diambil kesempatan untuk merasai kenikmatan sepenuhnya sebelum mati. Sesungguhnya dunia ini untuk makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput, maka selamat tinggallah dunia. Dengan masa, lama kelamaan manusia akan luput dan fana. Tiada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Firman Allah SWT:

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.”- Surah al-Jaathiyah: ayat 24.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF SARJANA BARAT

GOLONGAN MATERIALIS

Page 10: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

10

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

Dalam Aganna Sutta, Digha Nikaya, Sutta Pitaka, Tipitaka, dapat dibaca bahawa bumi ini terdiri dari air dan gelap gelita. Segala makhluk tidak dapat dibezakan jantan betinanya, namun, semuanya memiliki tubuh yang bercahaya dan hidup melayang-layang di angkasa. 

Setelah melalui proses dalam jangka waktu yang sangat lama, tanah dengan sarinya telah muncul dari dalam air dan rasanya seperti madu. Segala makhluk yang tamak dan serakah mula menduduki bumi, dan semuanya tergiur kepada sari tersebut.  Akibat kelakuan para makhluk tersebut, maka cahaya tubuh mereka telah lenyap dan terus menghilang, dan timbullah matahari, bulan dan bintang. Setelah sekian masa yang sangat lama, tubuh para makhluk menjadi padat dan bentuknya ada yang indah dan ada yang hodoh sesuai dengan acuan sari tanah yang mereka makan.

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

10

Page 11: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

11

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

Mereka yang indah memandang rendah mereka yang hodoh.  Lama-kelamaan sari tanah telah menghilang dan lenyap, maka muncullah tumbuhan dari tanah. Setelah tumbuhan ini lenyap, muncul tumbuhan menjalar, setelah tumbuhan menjalar lenyap, muncullah tanaman padi. 

Setelah waktu yang lama, sesuai dengan acuan mereka makan, maka tubuh mereka telah menjadi padat dan perbezaan bentuknya kelihatan lebih jelas. Yang lelaki jelas kelihatan kelelakiannya dan yang wanita jelas kelihatan kewanitaannya.  Kemudian mereka saling memperhatikan keadaan diri antara satu sama lain, dan kerana tumpuan perhatian yang semakin mendalam, keinginan pancaindera telah membakar mereka dan seterusnya.

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

11

Page 12: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

12

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA BUDDHA

AJARAN BUDDHA MENGENAI MANUSIA

1. Kehidupan ini adalah suatu penderitaan - Kelahiran, menjadi tua, penyakit, mati, perpisahan, kehadiran yang dibenci, perpisahan, tidak memperolehi yang dikehendaki dan lain-lain.

2. Penderitaan berpunca kemahuan dan hawa nafsu manusia

3. Memusnahkan penderitaan adalah dengan melenyapkan perasaan dan menghilangkan nafsu serta kemahuan, melemparkannya jauh-jauh dan mengikisnya dari kita.

4. Hukum Karma: Nasib manusia sekarang ini ditentukan oleh perbuatan-perbuatannya dimasa kehidupan yang lalu.

5. Tujuan hidup adalah berjuang dan beramal untuk mencapai nirwana iaitu musnahnya semua nafsu dan kehendak. Tidak ada lagi karma yang menyebabkan kelahiran kembali setelah tercapai nirwana. 12

Page 13: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

13

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

Menurut paradigma Hindu, alam semesta dicipta dalam suatu proses yang sangat panjang. Pada mulanya alam ini kosong, yang ada hanyalah Tuhan, sering disebut sebagai zaman: “duk tan hana paran-paran an rawang an ruwung” yang bermaksud: “ketika itu belum ada apa-apa dan semuanya belum menentu.”

Dengan kuasa Tuhan telah mencipta unsur utama yang disebut Purusa, iaitu roh sebagai asas yang menghidupkan segala makhluk, sama ada makhluk yang maujud mahupun yang mujarad. Lima jasad maujud atau panca maha bhuta; iaitu akasa – angkasa, bayu – angin, teja – cahaya, apah - zat cair dan pretiwi - zat padat .

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

13

Page 14: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

14

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

Kelima-lima unsur alam ini pada mulanya masih dalam bentuk Paramanu atom. Gabungan kelima-lima unsur ini telah menghasilkan wujud baru yang disebut Brahmanda, iaitu segala planet dan bintang sebagai sebahagian dari isi alam semesta. Brahmanda maknanya benda bulat berbentuk telur ciptaan Brahman.

Setelah alam semesta tercipta barulah Tuhan mencipta isinya, seperti haiwan, tumbuhan dan manusia.Proses penciptaan manusia adalah sari dari panca maha bhuta, iaitu enam jenis rasa, seperti manis, pahit, masin, masam, pedas dan kelat. Semua unsur ini telah berpadu dengan unsur lain, iaitu cita, budi, ahangkara, dasendria, panca tanmatra dan panca maha bhuta. Sebatian kesemua unsur ini telah menghasilkan dua unsur benih kehidupan, iaitu sukla - benih lelaki dan swanita - benih perempuan.  Yang demikian, maka terciptalah manusia.

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

14

Page 15: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

15

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

Manusia pertama ciptaan Tuhan dalam ajaran agama Hindu ialah Syayambhumanu, yang bermaksud makhluk berfikir yang mengembangkan dirinya sendiri. Manu maknanya berfikir. Dari akar kata Manu timbul kata manusia yang bermaksud keturunan Manu. Selanjutnya, setelah manusia pertama tercipta atas kehendak Tuhan, maka manusia itu sendirilah yang berkembang.  “Dahulu kala Prajapati mencipta manusia bersama Bhakti persembahannya dan berkata dengan ini engkau akan berkembang biak dan biarlah dunia ini menjadi sapi perahanmu.” (Bhagavad-Gita iii Sloka 10).

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

15

Page 16: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

16

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA HINDU

AJARAN HINDU MENGENAI MANUSIA

1. Kelahiran dan penghidupan manusia di dunia dianggap sebagai malapetaka dan penderitaan.

2. Falsafah Wedata: Manusia akan terlepas dari penderitaan ini apabila insaf sedalam-dalamnya bahawa jiwanya sebahagian dari Tuhan dan akhirnya jiwa manusia itu akan mati, rohnya tidak lagi dilahirkan semula bahkan bersatu dengan Tuhan.

3. Falsafah Sangkya: Manusia akan terlepas dari penderitaan apabila insaf bahawa jiwanya tidak bersangkut-paut dengan benda. Cita-cita tertinggi manusia adalah berpisah selama-lamanya dari benda (material).

4. Manusia dibahagikan mengikut kasta (Brahmin, Ksyatria, Vasya dan Syudra).

5. Kasta adalah berkaitan dengan Hukum Karma dan Kelahiran Semula.

16

Page 17: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

17

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Kitab Kejadian (Genesis) – Tuhan menciptakan alam dengan segala isi-isinya termasuk tumbuhan, haiwan dan manusia dalam enam hari. Pada hari ketujuh Tuhan berhenti mencipta dan beristirehat serta disucikannya hari itu.

Manusia pertama, Adam dijadikanNya dari tanah dan ditempatkan dalam Taman Eden. Dari tulang rusuk Adam diciptakan pula isterinya, Hawa. Seekor ular (iblis) telah menipu Adam dan Hawa untuk memakan buah larangan. Ini mengakibatkan kemurkaan Tuhan lalu dikeluarkan keduanya dari Taman Eden dan hiduplah mereka menempuh kesengsaraan hidup dunia biasa. Mereka berdualah menjadi nenek moyang kepada segala manusia di muka bumi ini.

17

Page 18: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

18

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA YAHUDI

18

AJARAN YAHUDI MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dianggap kotor atau bernajis apabila melakukan perkara-perkara tertentu seperti menjamah mayat (najis selama tujuh hari), melahirkan anak maka si ibu dianggap kotor (jika anak lelaki selama 40 hari dan jika anak perempuan selama 80 hari) dan sebagainya.

5. Orang Yahudi menganggap mereka keturunan Nabi Yaaqub adalah putera-putera terpilih yang dimuliakan Tuhan berbannding bangsa-bangsa lain.

Page 19: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

19

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

19

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Penciptaan alam dan manusia (Adam dan Hawa) pada perspektif agama Kristian sama dengan agama Yahudi kerana kedua-duanya merujuk kepada kitab Genesis dalam Perjanjian Lama.

Paradigma Kristian mengenai Adam ada dua iaitu Adam Pertama dan Adam Akhir. ADAM PERTAMA disebutkan sebagai berikut:

“Ketika itulah Tuhan membentuk manusia itu dari debu tanah dan menghembuskan nafas hidup ke dalam hidungnya; demikianlah manusia itu menjadi mahluk yang hidup.” (ge 2:7) Adam tidak dilahirkan oleh seorang perempuan. Ia adalah manusia pertama. “seperti ada tertulis: manusia pertama, Adam menjadi mahluk yang hidup.” (1 korintus 15:45)

Page 20: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

20

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

Namun Adam sebagai manusia pertama melakukan dosa dengan melanggar perintah Tuhan. Sejak itu, tidak ada lagi manusia yang sempurna dalam dunia sepanjang zaman, bahkan semua manusia memiliki dosa dalam gen mereka yang boleh bermutasi atau diwariskan dalam keturunan manusia.

“sebab itu, sama seperti dosa telah masuk ke dalam dunia oleh satu orang dan oleh dosa itu juga maut, demikianlah maut telah menjalar kepada semua orang, kerana semua orang telah berbuat dosa.” (Roma 5:12)

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Page 21: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

21

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA (samb…)

Menurut paradigma Kristian, Tuhan telah menyediakan ADAM KEDUA. Adam sempurna yang boleh dikorbankan untuk menebus dosa. Tuhan yang maha agung itu sendiri yang turun ke bumi dan hidup seperti manusia biasa. Jesus, sebagai peribadi Tuhan yang maha agung yang kedua dalam Tritunggal telah dilahirkan dari perut seorang perempuan untuk menjadi manusia biasa agar dapat dikorbankan dengan sempurna. 

Jesus adalah Tuhan yang maha agung itu, Jesus adalah Tuhan yang maha pencipta itu, namun Jesus juga adalah manusia biasa seperti yang Tuhan maksudkan, iaitu manusia ciptaan Tuhan yang sewajarnya tanpa dosa. Tuhan yang maha agung dan maha pencipta alam semesta ini akhirnya mati disalib di Kalvari. Tuhan sendiri yang menumpahkan darah-Nya bagi menebus dosa Adam.

Page 22: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

22

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

AJARAN KRISTIAN MENGENAI MANUSIA

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Mempercayai kehidupan di alam akhirat selepas mati.

3. Mempercayai ganjaran dosa dan pahala dari Tuhan.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan berdosa. Dosa ini dikenali sebagai dosa warisan iaitu dosa yang dolakukan oleh Adam.

5. Pensaliban Jesus adalah lambang pengorbanan suci untuk melepaskan manusia dari dosa warisan tersebut.

6. Kesalahan-kesalahan (dosa) penganut Kristian boleh diampunkan oleh paderi-paderi tertentu apabila seseorang itu membuat pengakuan dihadapannya.

Page 23: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

23

Sebagaimana Yahudi dan Kristian, Islam juga menjelaskan bahawa manusia pertama adalah Adam a.s. Daripada Adam Allah menciptakan Hawa dan dari kedua-duanyalah berkembang biak zuriat keturunan manusia hingga ke hari ini.

Al-Quran memberikan penjelasan yang terperinci tentang proses penciptaan Adam a.s. iaitu:

- Dari air

- Dari tanah (at-turab)

- Dari pati tanah (at-tin)

- Dari tanah (tin) yang liat dan sebati (tin al-lazib)

- Dari tanah yang panas dan berbau (hama’in masnun)

- Dari tanah yang keras seperti tembikar (salsal kalfakkhar)

- Meniupkan roh

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Page 24: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

24

Zuriat keturunan Adam pula dijelaskan oleh Allah melalui proses berikut:

- Nutfah

- ‘Alaqah

- Mudghah

- Tulang

- Membalut tulang dengan daging

- Menjadikan rupa bentuk manusia

- Meniupkan roh

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

ASAL PENCIPTAAN MANUSIA

Page 25: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

25

1. Manusia terdiri dari unsur roh dan jasad

2. Manusia akan dibangkitkan di alam akhirat selepas mati.

3. Allah SWT. Menyediakan ganjaran pahala dan dosa atas setiap perbuatan manusia.

4. Manusia dilahirkan dalam keadaan suci bersih (fitrah).

5. Perlakuan dosa manusia adalah tanggunggannya sendiri dan hak untuk mengampunkannya adalah hak mutlak Allah SWT.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA

Page 26: IDA 102_KONSEP KEJADIAN MANUSIA

26

6. Manusia memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai hamba Allah dan Khalifah Allah.

7. Kenikmatan dunia adalah untuk digunakan oleh manusia dan menjadi bahan ujian untuk menentukan siapakah yang paling tinggi takwanya kepada Allah SWT.

8. Manusia yang terbaik adalah yang paling tinggi takwanya kepada Allah.

9. Allah SWT menyediakan potensi dan kelengkapan material dan spiritual kepada manusia untuk mencapai tingkat insan kamil. Sebaliknya manusia juga boleh turun darjatnya sama bahkan lebih rendah dari haiwan.

KEJADIAN MANUSIA DARI PERSPEKTIF AGAMA ISLAM

AJARAN ISLAM MENGENAI MANUSIA (samb…)