kajian sejarah

Upload: eva

Post on 05-Oct-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

KAJIAN SEJARAHTEMPATAN

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN KEDAI PIAH

SENARAI KANDUNGANBIL.KANDUNGANM/S

1TAJUK KAJIAN

2SENARAI KAJIAN

3PENGHARGAAN

4OBJEKTIF

5KAEDAH

6LAPORAN KAJIAN

7RUMUSAN

8LAMPIRAN

9RUJUKAN

PENGHARGAAN Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. maka saya, Muhammad Afnan bin Nazri telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Kerja Kursus Sejarah tingkatan 2 bagi tahun 2013.

Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah iaitu Puan Siti Sarah BT Hassan kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai.

Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Nazri bin Hussein dan Puan Sarimah binti Jaafar kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Puan Zakiyah binti Zaki, iaitu orang sumber yang telah sudi berkongsi ilmu dan maklumatyang diperlukan untuk melengkapkan tugasan ini.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya iaitu, Arif bin Lotpi, Muhammad Farid bin Nazmi dan juga Muhammad Faris Hakimi bin Bahranor kerana telah bekerjasama dan membantu saya menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih.

OBJEKTIF KAJIAN

Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang sejarah sekolah lama saya. Saya juga dapat mengenalpasti tokoh tokoh pelajar yang telah Berjaya mengharumkan nama sekolah kebangsaan kedai piah.

Maklumat yang direkodkan dapat membuatkan saya mengenali sistem system pembelajaran dengan lebih mendalam lagi. Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang sekolah yang telah lama saya duduki. Saya akan menggunakan pengalaman yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod, menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan kegiatan yang dijalankan di sekolah rendah saya dulu Kajian ini juga secara tidak langsung membuatkan saya bangga kerana pernah menjadi salah seorang pelajar yang cemerlang di dalam kegiatan akademik dan kokurikulum di sekolah tersebut.

Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan sekolah rendah tersebut. Usaha di sekolah tersebut perlu dikikis dan digilap agar menjadi lebih cemerlang dalam semua bidang dan matapelajaran yang dipelajari. Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini.

Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan-rakan.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan empat kaedah untuk memastikan kajian ini berjalan denagan lancar dan juga sempurna.Kaedah pertama yang saya gunakan ialah kaedah menganalisis dokumen,kaedah ini dijalankan dengan menganalisis majalah sekolah sk kedai piah edisi tahun 2011.

Saya juga telah menjalankan kaedah melayari internet.saya telah melawat banyak laman web,antaranya ialah Wikipedia,laman web rasmi ppd daerah Kota bharu,google dan juga facebook.walaupun kaedah ini mudah,tetapi ianya mengambil banyak masa untuk mencari laman web yang betul betul dan memberikan fakta yang tepat

Kaedah yang ketiga yang saya jalankan ialah kaedah temu ramah.Ketika pulang bermalam tempoh hari,saya telah mengambil kesempatan yang ada untuk menemu ramah guru sekolah tersebut.Nama guru tersebut ialah encik Mohamed yassin bin muhamed.saya amat berterima kasih padanya kerana telah banyak memberikan informasi yang berguna untuk saya menyiapkan kerja kursus ini

Kaedah terakhir yang saya jalankan ialah kaedah membaca buku.Kaedah ini dijalankan dengan membaca buku di perpustakaan sekolah tersebut.Di sana,saya telah menemui sebuah buku tentang sejarah sekolah tersebut.Saya juga berterima kasih kepada encik azdi bin ahmad kerana telah memberikan kerjasama yang amat besar dalam menjalankan tugasan iniLATAR BELAKANG SEKOLAHSekolah kebangsaan kedai piah mendapat nama tersebut kerana ianya berada di kawasan kampong kedai piah.Ianya juga berada di simpang tiga kampong tersebut.Sekolah ini dibina pada tahun 1961 iaitu 4 tahun selepas kemerdekaan Negara kita,Malaysia.ianya juga merupakan sekolah yang pertama dibina di kawasan 5 kampung.Ianya berada di daerah ketereh dan merupakan sebuah sekolah taraf elit.ianya dinobatkan sebagai sekolah elit pada tahun 2001.sekolah ini juga pernah memenangi anugerah sekolah lestari pada tahun 2005.Itusahaja sedikit sebanyak yang dapat saya ceritakan pada waktu ini.sekian terima kasih

NAMA & LAMBANG KEMEGAH SEKOLAH

INFRASTRUKTUR & KEMUDAHAN

Terdapat banyak kemudahan yang disediakan di sekolah kebangsaan kedai piah.antaranya ialah kemudahan telefon awam yang baru dan belum rosak.Dengan kemudahan ini,para palajar akan mudah untuk menelefon ibu bapa masing masing ketika ingin pulang ke rumah

Kemudahan yang lain ialah kantin sekolah yang besar serta luas.Ianya juga amat bersih dan ianya mempunyai banyak barang jualan.Di situ,makanan dijual dengan harga yang murah dan mampu dibeli oleh pelajar.Pekerjanya juga memberikan layanan yang baik kepada pelanggan yang ingin membeli di situ

Kemudahan padang juga diberikan oleh pihak sekolah agar murid lebih mudah menjalankan aktiviti sukan dan riadah.Padang yang diberi amat besar dan banyak aktiviti boleh dilakukan di situ.Stor juga disediakan untuk pelajar menyimpan barangan barangan sukan setelah digunakan

Kemudahan di dalam kelas juga disediakan pihak sekolah.Mereka meletakkan skrin layar di dalam kelas dan juga pemain LCD.Pihak sekolah juga memberikan meja yang besar agar murid lebih mudah untuk meletakkan buku yang besar di atasnya

GURU BESAR