jurnal satu

Upload: sayfull-khan

Post on 13-Oct-2015

78 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    1/22

    PENULISAN JURNAL

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

    06000 JITRA KEDAH

    JURNAL PRAKTIKUM

    Nama Pelajar : Mohd Saiful Bin Sher Khan

    Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Jan 2012

    Tempoh Praktikum : 1 Bulan (4 Minggu)

    Pengkhususan : Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

    Nama Guru Pembimbing : Puan Zairiyah Bt Ahmad Babji

    Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Abdul Rahim bin Marzuki

    Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 31 MAC hingga 4 APRIL 2014

    Pengenalan

    Minggu ini adalah minggu pertama saya di sekolah kebangsaaan Sungai Dua

    untuk menjalani praktikum. Sebagai memenuhi syarat untuk menamatkan latihan

    dalam krusus PISMP,guru-guru pelatih harus menjalani praktikum selama 4 mingguatau sebulan bagi praktikum 1.

    Pada 31 mac 2014, saya dan rakan seperjuangan saya telah tiba ke Sekolah

    Kebangsaan Sungai Dua pada jam 7.10 pagi. Selepas tiba di sekolah, kami berdua

    terus ke pejabat pentadbiran bertujuan untuk berjumpa dengan guru besar sekolah.

    Atas arahan guru besar, beliau meminta kami untuk menghadiri perhimpunan pagi

    terlebih dahulu.

    Setelah sesi perhimpunan selesai, kami mulakan sesi pengenalan diri kepada

    Guru Besar, Puan Zalila dan juga Penolong Kanan Pendidikan Khas En Shahidan.

    Saya telah berbincang dengan En Shahidan berkenaan dengan jadual waktu

    mengajar dan mendapatkan jadual sesi pengajaran. Pihak IPG telah menetapkan

    kami supaya mengambil 12 waktu bagi setiap minggu sesi pengajaran di dalam

    kelas. Selesai dengan urusan mendapatkan jadual waktu pengajaran, saya telah

    mencari borang maklumat pelajar yang akan saya ajar nanti. Saya telah mengetahui

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    2/22

    PENULISAN JURNAL

    lebih lanjut secara umum mengenai pelajar saya melalui rekod laporan doktor pada

    maklumat diri pelajar saya.

    Selesai dengan itu, saya juga telah berpeluang bersemuka dengan pelajar-

    pelajar yang bakal saya ajar. Saya mendapati, 2 org pelajar di dalam kelas itu

    mempunyai masalah pertuturan, seorang bermasalah ADHD, 2 orang sindrom down,

    dan 2 orang lagi lembam. Saya telah menjalankan juga sesi ujian diagnostik kepada

    pelajar-pelajar tersebut bagi mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi

    mereka.

    Seterusnya, ,mengenai jadual waktu mengajar saya, En Shahidan telah

    memberikan tugas kepada guru pembimbing saya iaitu Cikgu Zairiyah untuk

    menyusun atur jadual. Daripada perbincangan bersama guru-guru, Cikgu Zairiyah

    telah memberikan saya waktu mengajar maksimum sebanyak 12 waktu.

    Keseluruhan waktu mengajar saya tertumpu kepada kelas 6 Dinamik yang

    telahpun berpandukan kepada KSSR 4. Hanya satu waktu saya perlu mengajar di

    kelas 10 Inovatif iaitu mengajar pengurusan diri. Pun begitu, daripada diagnostik

    terdapat masalah yang ketara khasnya di kelas 6 untuk mengikuti pengajaran KSSR

    4

    Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

    Kelas 6 Dinamik merupakan kelas yang sepatutnya diajarkan kssr 4 di dalam

    kelas tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada ujian diagnostik dan hasil kerja

    murid, saya mendapati murid-murid masih lemah dan tidak dapat mengikuti standard

    pembelajaran kssr 4. Murid-murid keliru dan tidak faham dengan pembelajaran

    matematik kssr 4 yang saya jalankan semasa berada di dalam kelas. Semasa

    mengajar, subjek itu dirasakan seperti baharu kepada mereka. Contohnya semasa

    mengajar mata pelajaran matematik bagi tajuk pertama iaitu mengenal nombor 51-

    100 murid menunjukkan kelemahan yang sangat ketara sehinggalah menulis

    nombor 5 hingga 9 pun mereka tidak tahu.

    Masalah ini haruslah tidak dipandang remeh dan perlulah diambil tindakan.

    Saya telah berjumpa dengan En Shahidan bagi berbincang mengenai hal ini. beliau

    telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menurunkan standard di kelas

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    3/22

    PENULISAN JURNAL

    tersebut. Hal ini kerana, menurut beliau, kelas tersebut masih dalam kajian bagi

    menentukan tahap kurikulum yang sesuai dengan mereka. Saya juga telah

    berhubung dengan pensyarah pembimbing Tuan Haji Rahim bagi menyatakan

    masalah ini dan beliau telah memberikan jawapan agar saya mengajar berdasarkanujian diagnostik yang telah saya lakukan.

    Mengikut pandangan Hoban, Finn dan Dale (1964 : 65) ketiga-tiga tokoh telah

    menekankan kepada pentingnya peranan guru mengajar di kelas sebagai agen

    perubahan seseorang pelajar itu. Menurut mereka terdapat beberapa kepentingan

    guru, ABM dan BBM yang boleh dirumuskan seperti berikut :-

    I. ABM menyediakan satu asas yang kuat untuk semua konsep.

    II. Guru sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar.

    Dalam pengajaran juga, timbul masalah kerana saya telah ditempatkan di kelas

    yang dikategorikan sangat bermasalah dan sukar dikawal. Murid-muridnya aktif dan

    kadang-kadang tidak mendengar apa yang saya ajarkan. Saya sedar saya perlu

    lebih tegas dalam pengajaran saya. Selain itu penerapan teori-teori yang sesuai juga

    perlu bagi membentung permasalahan ini.

    Analisis masalah/Isu/peristiwa

    Dalam masalah guru, saya rasa masalah ini perlu dibendung. Guru perlu

    bersikap lebih prihatin dan sedar akan tanggungjawab mereka. Kesedaran kepada

    kerjaya dan sikap guru itu sendirilah yang akan memastikan bahawa murid-murid di

    sini mendapat didikan yang sewajarnya dan sesuai dengan kurikulum standard yang

    telah ditetapkan kepada murid-murid tersebut. Jadikanlah jumlah yang ramai

    sebagai kelebihan dalam membudayakan kelas pendidikan khas yang berkualiti.

    Saya telah cuba membuat beberapa pemerhatian dan rujukan perihal murid

    dari rakan-rakan guru SKSD. Saya juga meminta pandangan penolong kanan

    pendidikan khas SKSD mengenai sikap atau tingkah laku murid-murid ini. banyak

    guru bersetuju bahawa kelas 6 dinamik merupakan satu kelas yang sukar diajar.

    Malah ada pelajar dalam kelas tersebut mempunyai rekod lampau yang buruk dan

    perlu diatasi segera oleh guru.

    Dalam pengurusan kelas yang saya ajar juga, saya dapati masalah bising yang

    dilakukan pelajar itu normal. Namun saya perlulah mengawal kelas dengan baik

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    4/22

    PENULISAN JURNAL

    juga. Segala teori yang saya pelajari perlu dipraktikan kepada murid di sini agar saya

    dapat membentuk suasana kelas yang baik dan teratur. Bagi merungkai masalah ini,

    saya telah membuat beberapa andaian yang menyebabkan kepada murid bising di

    dalam kelas.

    1. Faktor loghat bahasa saya (sabah) yang kurang difahami oleh murid perlu

    saya tukarkan kepada bahasa melayu baku.

    2. Guru kurang tegas yang mana sedikit sebanyak menyumbang kepada

    timbulnya masalah bising dikalangan murid-murid.

    3. Pengawalan kelas yang longgar di mana murid-murid akan mengambil

    kesempatan masa yang terluang walaupun sedikit untuk mengganggu

    sebarang aktiviti yang saya lakukan.

    4. Keadaan kelas yang sempit dan agak terbuka antara satu sama lain.

    Cadangan Penyelesaian

    Di bawah ini, saya menyenaraikan beberapa cadangan bagi menghadapi masalah

    yang telah saya utarakan sebelum ini iaitu :

    1. Guru perlu faham tanggungjawab dan menjaga kreadibiliti guru.

    2. Guru haruslah menjadi lebih tegas tetapi masih mengekalkan sifat lemah

    lembut. Guru harus memberitahu murid bahawa tingkahlaku mereka

    sebenarnya tidak baik dan akan menyusahkan orang ramai.

    3. Ketika memberi arahan, pastikan arahan yang diberikan oleh guru jelas dan

    mudah difahami. Hal ini bagi memastikan murid dapat menyiapkan atau

    menjalankan tugasan dengan jayanya.

    4. Pastikan tugasan yang diberi menarik, mencabar dan bersesuaian dengan

    tahap kognitif murid-murid.

    5. Guru perlu memberi peneguhan positif seperti pujian ataupun token sekiranya

    murid-murid bertingkah laku positif.

    6. Guru perlu memberi teguran baik sekiranya hendak membetulkan tingkah

    laku negatif yang dilakukan oleh murid.

    7. Elakkan daripada percampuran antara murid-murid hiperaktif dengan murid-

    murid yang lain.

    8. Pembahagian kumpulan yang tepat dan penyusunan meja yang sesuai agar

    guru dapat mengawal murid dalam masa yang singkat.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    5/22

    PENULISAN JURNAL

    Tempoh Penyelesaian

    31 Mac hingga 11 April 2014 ( iaitu selama dua minggu)

    Tindakan Susulan

    Daripada pembacaan dan sedikit pengalaman ketika membuat PBS sebanyak

    empat kali di setiap sekolah yang berbeza, saya merasakan bahawa menggunakan

    kaedah peneguhan seperti pemberian token adalah sangat berkesan. Guru harus

    beri perhatian ke atas ketekunan murid-murid supaya guru tidak terlepas pandang

    tingkah laku positif murid-murid untuk memberi token kepada mereka. Selain itu,

    bimbingan daripada guru-guru perlu lebih kerap tetapi guru harus pastikan tidak

    memberi jawapan kepada murid-murid tetapi membimbing murid mencari jawapan

    kepada soalan yang diajukan guru.

    Kesimpulan

    Pembelajaran akan berkesan sekiranya konsep yang disampaikan dalam

    konteks hubungan yang tidak terasing antara guru dan murid iaitu keserasian. Guru

    sepatutnya memahami dan mengetahui jenis aktiviti-aktiviti yang bersesuaian

    dengan minat dan kebolehan murid tersebut. Hal ini agar murid-murid mendapathasil daripada pembelajaran yang guru laksanakan. Sesebuah PdP yang dikatakan

    berjaya adalah apabila ada perubahan tingkah laku negatif murid kepada tingkah

    laku positif. Pujian dan ganjaran bolehlah dipraktikan kerana secara tidak langsung

    ia menjadi perangsang untuk seseorang murid dalam meningkatkan lagi konsep

    kendiri dalam diri mereka.

    Pandangan / komen guru pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ......................................................................................................................................... ........

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

    Nama : .........................................................

    Pandangan / komen pensyarah pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ..................................................................................................................................................

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    6/22

    PENULISAN JURNAL

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

    Nama : ........................................................

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    7/22

    PENULISAN JURNAL

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

    06000 JITRA KEDAH

    JURNAL PRAKTIKUM

    Nama Pelajar : Mohd Saiful Bin Sher Khan

    Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Jan 2012

    Tempoh Praktikum : 1 Bulan (4 Minggu)

    Pengkhususan : Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

    Nama Guru Pembimbing : Puan Zairiyah Bt Ahmad Babji

    Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Abdul Rahim bin Marzuki

    Catatan Minggu ke: (2).Tarikh : 7 APRIL hingga 12 APRIL 2014

    Pengenalan

    Minggu ini merupakan minggu kedua saya berkhidmat sebagai guru praktikum

    di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Pada minggu ini, saya telah dipantau oleh guru

    pembimbing saya iaitu Puan Zairiyah Bt Ahmad Babji. Pemantauan pertama itu telahdilakukan pada hari isnin 7 April 2014. Banyak komen dan nasihat daripada guru

    pembimbing telah saya terima dengan hati yang terbuka dan sentiasa berfikiran

    positif. Hal ini kerana saya masih dalam proses pembelajaran dan serta salah serta

    silap merupakan lumrah dalam kehidupan seorang pelajar. Saya belum lagi dipantau

    oleh pensyarah pembimbing pada minggu ini. Hal ini kerana beliau masih ada

    urusan yang perlu diselesaikan.

    Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

    Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah cara pengawalan murid di dalam

    kelas. Perkara ini merupakan satu masalah besar yang saya masih belum dapat

    tangani 100 peratus. Saya cuba menggunakan kaedah ekonomi token untuk

    menarik perhatian murid dan berharap mereka dapat menumpukan perhatian

    walaupun sekejap kepada pengajaran saya. Namun begitu, apabila mereka

    mendapat token kurang daripada rakan-rakan yang lain, mereka akan berasa kecilhati dan merajuk. Mereka tidak mahu meneruskan pembelajaran hingga ke akhir

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    8/22

    PENULISAN JURNAL

    pengajaran. Saya berasa sungguh kecewa dengan situasi ini. Menurut Harry K.

    Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku murid disebabkan oleh guru sendiri.

    most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to

    teach students how to follow procedures.

    Saya percaya masalah tingkah laku murid semasa pengajaran pembelajaran adalah

    disebabkan oleh kelemahan diri saya dalam mengawal murid di dalam kelas. Hal ini

    kerana kadang-kadang saya terlupa mengambil barang diperlukan semasa PdP

    seperti pemadam, pembaris dan lain-lain. Hal ini telah menyebabkan saya terpaksa

    keluar dari kelas dan meninggalkan mereka sebentar untuk mengambil barang-

    barang tersebut daripada pembantu pengurusan murid. Ketiadaan saya telah

    menyebabkan mereka bergurau sesama mereka dan ada antara mereka merayau-

    rayau keluar daripada kelas.

    Masalah yang seterusnya pula ialah kepelbagaian bahan bantu mengajar (BBM).

    Saya menghadapi masalah kekangan masa yang kadang-kadang saya tidak mampu

    untuk tangani. Saya harus bahagikan masa untuk mencari idea, mengarang

    rancangan pengajaran harian dan menyiapkan BBM. Saya sedar ini semua

    bukanlah alasan namun disebabkan faktor tidak biasa lagi maka masalah ini timbul.Oleh kerana saya perlu mencari idea untuk membina BBM dengan lebih banyak,

    maka saya perlu luangkan masa lebih banyak dalam membima BBM.

    Selain itu, saya juga menghadapi masalah pengurusan masa. Masalah waktu rehat

    awal serta murid lambat masuk ke dalam kelas selepas rehat telah memakan masa

    PdP yang saya ingin jalankan. Kesannya, waktu penutup selalunya tidak dapat

    dijalankan dan sekiranya pengajaran selepas rehat, set induksi perlu saya tinggalkan

    bagi memastikan pengajaran berjalan. Hal-hal ini juga menjadi masalah kerana

    murid-murid selalu mengambil masa yang banyak untuk membuat latihan. Oleh itu,

    saya perlu peruntukkan masa yang sesuai untuk mereka menjalankan latihan.

    Analisis masalah/Isu/peristiwa

    Menurut Mahmud Nazar (1990), tingkah laku bermasalah seseorang individu ialah

    tingkah laku yang menganggu perjalanan kehidupannya. Tingkah laku bermasalah

    tersebut merupakan sebarang tingkah laku murid yang boleh menjejaskan kelicinan

    ataupun keberkesanan pengajaran dan pembelajaran khasnya di dalam bilik darjah.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    9/22

    PENULISAN JURNAL

    Sepanjang pemantauan saya selama dua minggu ini, saya dapati bahawa

    Muhamad Syafiq, Syed Azlan dan Muhamad Harith selalu menganggu PdP saya

    serta mengganggu rakan-rakan sekelas dan juga rakan dari kelas lain. Saya telah

    cuba pelbagai cara, namun masih gagal untuk memastikan mereka berada lama ditempat masing-masing menjalankan tugas yang saya sediakan. Kepada Syed Azlan

    terutamanya, dia suka mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit semasa di dalam

    kelas. Walaubagaimanapun, saya masih dapat mengumpan mereka dengan

    beberapa ganjaran yang telah saya sediakan. Kaedah ganjaran sangat baik dan

    terbukti kesannya kepada murid.

    Tingkah laku bermasalah juga adalah merujuk kepada masalah disiplin murid di

    dalam bilik darjah. G.V Sheriakov F. Redi (1956) mentafsirkan disiplin sebagai

    perihal ketenteraman dan peraturan di dalam sesuatu kumpulan, termasuk cara-cara

    mendapat ketenteraman dan peraturan itu serta hukuman. Disiplin merupakan

    peraturan yang ditentukan dalam memastikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    berjalan lancar tanpa sebarang gangguan tingkah laku murid. Dalam buku Laporan

    Jawatankuasa Kabinet (1979), disiplin membawa beberapa maksud seperti :

    1) Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-

    undang

    2) Kesanggupan seseorang menghormati hak individu lain.

    3) Kesanggupan seseorang membuat sesuatu dengan tertib.

    4) Kesanggupan seseorang mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak

    menganggu kepentingan orang lain.

    Setelah membuat refleksi aktiviti pengajaran yang telah saya jalankan, saya dapati

    masalah disiplin murid di dalam bilik darjah adalah berpunca daripada murid sendiri.Terdapat juga kemungkinan berpunca daripada kelemahan saya dalam mengawal

    kelas dan tingkah laku mereka. Masalah disiplin yang berpunca daripada murid

    adalah tingkah laku yang berikut :

    Menganggu pengajaran

    Menganggu hak orang lain untuk belajar

    Tidak membuat kerja yang diarahkan

    Bergaduh

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    10/22

    PENULISAN JURNAL

    Meludah merata-rata

    Mengeluarkan kata-kata kesat.

    Manakala masalah disiplin yang berpunca daripada guru pula adalah seperti berikut:

    Gagal mengawal keadaan bilik darjah dan murid-murid

    Strategi pengajaran yang kurang sesuai dan tidak berkesan

    Bersikap pilih kasih antara murid-murid

    Kurang bersedia semasa pengajaran dan pembelajaran

    Kurang keyakinan diri.

    Selain itu, saya dapati bahawa saya masih lagi tidak cekap dalam pengurusan masa

    pengajaran dan pembelajaran secara kumpulan kecil. Pengajaran untuk dua

    kumpulan dalam kelas memerlukan banyak aktiviti dan menguji keupayaan guru

    dalam melaksanakan setiap langkah pengajaran. Paling merisaukan juga, murid-

    murid juga tidak dapat menguasai tahap KSSR 4.

    Cadangan Penyelesaian

    Bagi masalah yang pertama, iaitu kawalan murid dan pengurusan tingkah laku,

    saya harus menjalankan ekonomi token dan memberi sedikit ganjaran maujud

    kepada murid-murid apabila mereka berjaya menjawab soalan yang telah saya

    sediakan. Dalam konteks pengurusan bilik darjah, mengawal disiplin murid-murid

    merupakan tanggungjawab utama guru. Turney & Cairs (1976) meletakkan guru

    sebagai pusat tumpuan bilik darjah sekaligus bertanggungjawab dalam

    melaksanakan disiplin. Sesebuah kelas yang mempunyai disiplin yang baik akan

    menjamin segala aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan

    lancar dan sempurna. Oleh itu, saya bertanggungjawab untuk menentukan

    peraturan bilik darjah dan memastikan sentiasa dipatuhi oleh murid-murid dalam bilik

    darjah. Pengurusan bilik darjah yang cekap akan dapat mewujudkan suasana

    pembelajaran yang kondusif serta keadaan yang sesuai bagi saya melaksanakan

    langkah-langkah pengajaran.

    Bagi masalah dalam menyediakan bahan bantu mengajar, saya perlu dapatkan

    khidmat nasihat daripada guru pembimbing dan juga guru-guru pendidikan Khas

    yang lain kerana mereka mahir dan mempunyai idea yang lebih baik daripada saya.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    11/22

    PENULISAN JURNAL

    Bagi masalah pengurusan masa pula, saya perlu bagi ganjaran kepada murid-murid

    yang masuk ke kelas awal dan beri peneguhan positif seperti pujian. Bagi murid

    yang lambat masuk ke kelas pula, saya akan beri peneguhan negatif seperti

    dendaan. Berdasarkan prosedur yang dinyatakan dalam California standarts for theteaching profession, masa yang digunakan dalam kelas perlu berkesan dan

    dioptimumkan sepenuhnya. Apabila masa pengajaran dan pembelajaran dirancang

    sesuai untuk memenuhi keperluan murid maka masa pembelajaran akan dapat

    menghabiskan isi kandungan pengajaran yang ingin disampaikan. Oleh itu, saya

    perlu memastikan bahawa setiap perancangan pengajaran harian seharusnya

    sesuai dengan tahap keupayaan murid. Bahan bantu mengajar yang banyak dan

    menarik juga dapat menyokong pengurusan disiplin bilik darjah. Ini kerana murid

    akan memberi tumpuan kepada sesuatu yang akan menarik perhatiannya.

    Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang boleh diukur atau

    diperhatikan. Dalam mencapai objektif, sudah pasti ada murid yang boleh diajar dan

    ada yang lemah.

    Untuk masalah terakhir, berkaitan dengan tahap KSSR 4, saya telahpun berjumpa

    dengan guru penasihat dan penyelaras Pendidikan Khas Encik Shahidan bagi

    meminta menurunkan standard kurikulum dan mereka bersetuju dan kini saya telah

    menggunakan KSSR 2 sebagai rujukan kepada pengajaran dan pembelajaran yang

    saya sampaikan di dalam kelas.

    Tempoh penyelesaian

    31 Mac hingga 25 April 2014 (Sehingga tamat tempoh praktikum).

    Tindakan susulan

    Hasil daripada amalan peneguhan secara pemberian ganjaran kepada murid,

    saya dapati murid mengekalkan tingkah laku yang positif. Murid juga kelihatan lebih

    bersemangat dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Mereka lebih rajin dan

    cenderung mengikuti segala arahan saya bagi mendapatkan hadiah yang dijanjikan.

    Walau bagaimanapun, saya dapati kaedah pemberian ganjaran juga membawa

    kesan yang buruk kepada sesetengah murid. Terdapat sesetengah murid yang tidak

    mendapat ganjaran akan bersikap negatif terhadap pelajaran mereka.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    12/22

    PENULISAN JURNAL

    Kesimpulan

    Secara keseluruhannya, saya percaya bahawa masalah tingkah laku murid

    adalah satu isu pengurusan kelas dan bukan disebabkan oleh murid-murid yang

    tidak mahu belajar sepenuhnya. Tugas guru bukanlah hanya sekadar

    menyampaikan maklumat tetapi juga membentuk tingkah laku positif yang boleh

    menyiapkan murid-murid dalam menghadapi situasi pada masa hadapan. Setiap

    murid mempunyai perasaan untuk dihargai malah bagi kanak-kanak berkeperluan

    khas ini, mereka sentiasa inginkan perhatian daripada guru dan juga ibu bapa

    mereka. Oleh itu, sebagai seorang guru, seharusnya ada perasaan integriti dan

    tanggungjawab dalam melaksanakan PdP kepada mereka. Keikhlasan dalam

    mengajar itu penting agar keseronokan mengajar dapat dikongsi bersama-sama

    dengan murid. Hal ini kerana setiap individu mempunyai keistimewaan yang

    tersendiri. Guru harus cuba mencungkil bakat mereka itu supaya mereka berasa

    berkebolehan mereka dihargai oleh guru. Setiap murid mempunyai perasaan dan

    sentiasa mahu dihargai kebolehan mereka supaya mereka lebih yakin untuk belajar.

    Apabila mereka berjaya, kitalah orang yang paling bahagia kerana usaha kita tidak

    sia-sia. Kita memdapat kepuasan yang tidak akan pernah dirasa oleh orang yang

    tidak pernah terlibat dengan murid keperluan khas.

    Pandangan / komen guru pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ......................................................................................................................................... ........

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

    Nama : .........................................................

    Pandangan / komen pensyarah pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ..................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

    Nama : ........................................................

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    13/22

    PENULISAN JURNAL

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

    06000 JITRA KEDAH

    JURNAL PRAKTIKUM

    Nama Pelajar : Mohd Saiful Bin Sher Khan

    Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Jan 2012

    Tempoh Praktikum : 1 Bulan (4 Minggu)

    Pengkhususan : Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

    Nama Guru Pembimbing : Puan Zairiyah Bt Ahmad Babji

    Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Abdul Rahim bin Marzuki

    Catatan Minggu ke: (3).Tarikh : 14 APRIL hingga 18 APRIL 2014

    Pengenalan

    Minggu ini merupakan minggu ketiga saya menjalani latihan praktikum di

    Sekolah Kebangsaan Sungai Dua. Pada minggu ini juga kami di unit pendidikan

    khas sekolah Kebangsaan Sungai Dua akan menerima lawatan daripada Sekolah

    Kebangsaan Tandop Besar Kuala Nerang. Saya turut mengambil bahagian dalam

    program ini dan bertindak selaku kawalan murid pada hari tersebut. Pada minggu ini

    juga saya akan dibuat pencerapan oleh pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji

    Rahim bin Marzuki. Saya telah bersedia sepenuhnya untuk dipantau pada minggu

    ini. diharapkan semua berjalan dengan lancar dan baik.

    Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

    Masalah yang dihadapi pada minggu ini ialah cara pengurusan masa. Saya

    masih kurang cekap mengurus masa. Hal ini kerana waktu pengajaran bagi

    kumpulan 1,saya harus jalankan pengajaran selama 20minit. Murid daripada

    kumpulan 2 mempunyai tahap kognitif yang rendah. Oleh itu, saya harus beri

    pengulanang pada pengajaran pada hari tersebut. Malah, saya hanya mampu

    fokuskan beberapa huruf sahaja dalam satu sesi pengajaran. Manakala murid di

    kumpulan 1 harus saya jalankan aktiviti pengukuhan. Saya perlu fikirkan bagaimana

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    14/22

    PENULISAN JURNAL

    untuk mengadakan satu permainan yang mengambil masa 20 minit supaya mereka

    tidak menganggu atau bergaduh sesama sendiri.

    Selain itu, bagi masalah kawalan kelas, ada kalanya saya tidak dapat

    mengawal sesetengah daripada mereka yang berada di kelas 6 dinamik faktor ini

    mungkin disebabkan oleh sikap hiperaktif mereka. Kelas 6 dinamik mempunyai

    antara pelajar yang agak lemah dari tahap kognitif dan ini memberi kesukaran

    kepada proses pengajaran saya.

    Tambahan lagi. Saya juga tidak tahu bagaimana untuk menangani murid

    kumpulan 1 kerana mereka ingin ikuti aktiviti pengukuhan kumpulan 2. Bermacam-

    macam janji yang saya luahkan namun mereka masih tidak mahu mendengar

    arahan. Menurut Harry K. Wong (1998) kebanyakan masalah tingkah laku murid

    disebabkan oleh guru sendiri.

    Most behavior problems in the classroom are caused by the teachers failure to

    teach student how to follow procedures.

    Oleh itu, saya dapat simpulkan di sini bahawa saya perlu gilapkan kemahiran

    komunikasi saya dengan murid-murid dan saya perlu pelajari lebih banyak teknik

    serta cara kawal murid serta tingkatkan motivasi murid supaya mereka dapat

    mengikuti PdP dengan lancar.

    Analisis masalah/Isu/peristiwa

    Saya Cuma untuk merancang pengurusan masa saya dengan lebih baik lagi.

    Dalam merancang pengurusan masa, saya menekankan kepada beberapa perkara

    seperti kualiti masa kerja saya, kualiti kerja saya dan sebagainya. Saya juga telah

    menyusun tugasan-tugasan saya mengikut keutamaan masing-masing. Dengan

    bantuan rakan-rakan guru yang lain, saya berharap masalah ini dapat diatasi

    dengan segera.

    Bagi mengatasi masalah tingkah laku murid-murid, saya menggunakan

    pendekatan ekonomi token. Setelah saya fikir-fikirkan bahawa pendekatan menegur

    dan memberi hukuman tidak membawa kesan yang positif kepada murid-murid.

    Ekonomi token merupakan suatu cara penggunakan sistem akibat yang kompleks di

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    15/22

    PENULISAN JURNAL

    mana ia diaplikasikan terhadap beberapa kumpulan individu untuk memperolehi

    tingkah lakutingkah laku yang dikehendaki. Ekonomi token akan dapat mengubah

    kelakukan sekumpulan manusia dan bukannya seseorang individu semata-mata. Ia

    dapat mengubah secara relative kelaukan atau tingkah laku sasaran.

    Dalam mengaplikasikan ekonomi token di kelas Pendidikan Khas Masalah

    Pembelajaran ini, saya ingin mencadangkan beberapa cara berikut :

    Memilih token yang mudah dan senang dibawa.

    Menggunakan peneguhan dan hukuman. Kedua-dua penilaian secara

    langsung dan tidak langsung boleh digunakan untuk mengenalpasti

    bantuan peneguhan dan hukuman.

    Memberi penerangan yang jelas mengenai criteria mendapatkan token

    dan menebus token dengan hadiah sebelum mengaplikasikannya.

    Menggunakan leibih banyak token pada hari-hari permulaan.

    Mengurangkan pemberian token secara beransur-ansur.

    Selain dengan pemberian token, saya juga berikan ganjaran maujud kepada

    murid-murid. Pada mulanya saya ingin sediakan jadual ekonomi token. Tetapi,

    hanya empat minggu yang diperuntukkan kepada saya berada di sekolah. Malah,

    saya tidak sempat untuk berbincang dengan murid-murid tentang hadiah. Hal ini

    kerana pihak sekolah telah aturkan pelbagai aktiviti kepada murid disamping

    kekerapan ketidakhadiran murid kelas yang mendukacitakan membuatkan saya

    tidak sempat berbincang tentang hal ini dengan murid-murid.

    Cadangan Penyelesaian

    Memilih token yang mudah dan senang dibawa.

    Menggunakan peneguhan dan hukuman. Kedua-dua penilaian secara

    langsung dan tidak langsung boleh digunakan untuk mengenalpasti

    bantuan peneguhan dan hukuman.

    Memberi penerangan yang jelas mengenai criteria mendapatkan token

    dan menebus token dengan hadiah sebelum mengaplikasikannya.

    Menggunakan leibih banyak token pada hari-hari permulaan. Mengurangkan pemberian token secara beransur-ansur.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    16/22

    PENULISAN JURNAL

    Daripada prinsip pelaksanaan ekonomi token yang telah saya syorkan, saya

    telah memilih smiley sebagai token. Saya akan menggunakan peneguhan dan

    hukuman bagi menyokong keberkesanan ekonomi token. Akibat daripada

    pengaplikasian sistem ekonomi token di dalam kelas, saya telah mendapati murid-murid lebih senang dikawal kerana murid berlumba-lumba untuk mengumpul token

    sebanyak mungkin untuk ditukarkan dengan hadiah. Dengan ini, saya berasa lebih

    yakin untuk mengajar kerana tiada lagi ataupun sudah kurang gangguan di dalam

    kelas. Saya boleh menumpukan kepada isi pengajaran dengan lebih mudah. Murid-

    murid juga lebih berminat dengan aktiviti yang saya adakan di dalam kelas. Malah

    ada juga murid yang meminta saya untuk menampakkan smiley di lembaran kerja

    mereka supaya mereka seronok dan berbangga dengan pencapan mereka pada

    hari tersebut.

    Bagi masalah pengurusan masa, saya terpaksa kurangkan masa pembahagian

    penutup kerana beri peluang kepada murid kumpulan 2 untuk membuat latihan

    lembaran kerja yang telah saya sediakan. Adakalanya saya sediakan empat

    lembaran kerja tetapi lembaran kerja saya mengikut tahap murid. Mula-mula saya

    sediakan lembaran kerja tahap rendah, sederhana, kemudian tinggi. Selalunya

    murid-murid mengambil masa yang lama bagi menyiapkan lembaran kerja tahap

    tinggi. Hal ini kerana saya perlu uji tahap kefahaman murid terhadap pengajaran

    yang saya jalankan.

    Tempoh penyelesaian

    Sepanjang tempoh praktikum pertama

    Tindakan susulan

    Melalui pemberian ganjaran dan token, saya dapati murid-murid dapat

    mengekalkan tingkah laku positif. Mereka lebih bersemangat dan lebih fokus dalam

    pengajaran yang saya jalankan. Malah, mereka juga lebih rajin dan sentiasa

    bertanya adakah saya sediakan kerja lagi setelah mereka selesaikan lembaran kerja

    yang saya berikan kepada mereka. Saya berasa sangat seronok dengan perubahan

    mereka dan saya telah janjikan kepada mereka saya akan beri lebih banyak

    ganjaran jika mereka beri tumpuan kepada PdP saya pada masa akan datang, pada

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    17/22

    PENULISAN JURNAL

    awalnya, saya hanya beri ganjaran banyak kepada murid yang dapat siapkan

    lembaran kerja dengan cepat dan betul. Kemudian, ada murid yang menimbulkan

    masalah seperti tingkah laku negatif. Kemudian, saya ambil langkah untuk beri

    ganjaran kepada semua pada akhir PdP secara sama rata bagi setiap murid.

    Kesimpulan

    Secara konklusinya, saya percaya murid-murid Pendidikan Khas Masalah

    Pembelajaran terutamanya di Sekolah Kebangsaan Sungai Dua mempunyai masa

    depan yang cerah. Cuma pada pandangan saya, ibu bapa serta ahli keluarga murid

    tersebut perlu mengambil langkah secara berterusan dalam memberikan tingkah

    laku positif murid-murid. Hal ini kerana, saya lihat kebanyakan ibubapa bergantung

    kepada guru 100% dalam mengubah tingkah laku murid. Walhal, guru hanya

    meluangkan masa selama lima jam sehari bagi setiap murid. Oleh itu, ibu bapa juga

    harus main peranan dalam membantu guru-guru tingkatkan tingkah laku positif

    murid-murid serta kembangkan kognitif murid dari masa ke semasa.

    Pandangan / komen guru pembimbing..................................................................................................................................................

    ......................................................................................................................................... ........

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

    Nama : .........................................................

    Pandangan / komen pensyarah pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ..................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

    Nama : ........................................................

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    18/22

    PENULISAN JURNAL

    INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS DARULAMAN

    06000 JITRA KEDAH

    JURNAL PRAKTIKUM

    Nama Pelajar : Mohd Saiful Bin Sher Khan

    Kursus & Ambilan : PISMP Ambilan Jan 2012

    Tempoh Praktikum : 1 Bulan (4 Minggu)

    Pengkhususan : Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)

    Nama Guru Pembimbing : Puan Zairiyah Bt Ahmad Babji

    Nama Pensyarah Pembimbing : Tuan Haji Abdul Rahim bin Marzuki

    Catatan Minggu ke: (4).Tarikh : 21 APRIL hingga 25 APRIL 2014

    Pengenalan

    Minggu ini adalah minggu yang terakhir saya di Sekolah Kebangsaan Sungai

    Dua untuk menjalani sesi praktikum. Saya merasakan waktu bergerak terlalu pantas

    dan saya akan menamatkan latihan praktikum saya di sekolah ini. Pada minggu ini

    saya akan melakukan pengajaran bersama dengan rakan saya iaitu Mohd Iqmal

    Hizazi. Selain itu, pada minggu ini juga saya akan mengajar murid saya membaca

    untuk suku kata V+kV dan kV+kV. Saya merasakan satu kepuasan besar kerana

    murid saya akan mula membaca. Kerana sebelum ini, melalui pengajaran dalam

    kelas saya itu hanya seorang murid saya yang boleh membaca. Sepanjang

    praktikum ini, saya telah diberikan kelas 6 dinamik sebanyak 11 waktu dan 1 waktu

    lagi di kelas 10 kreatif bagi mencukupi 12 waktu mengajar yang diperlukan. Di kelas

    6 dinamik inilah saya curahkan segala kemahiran mengajar yang telah saya pelajari

    bagi membantu pelajar menguasai pembelajaran. Saya telah menggunakan

    pelbagai-bagai kaedah pengajaran untuk memastikan murid dapat sekurang-

    kurangnya menguasai asas 3M iaitu membaca,menulis dan mengira. Saya ibaratkan

    diri saya seperti guru kelas kepada kelas 6 kerana banyak masa saya bersama-

    sama dengan mereka. Mereka juga sudah biasa dengan saya dan selesa apabila

    saya mengajar mereka di dalam kelas. Adalah menjadi cabaran pada awalnya bagisaya untuk membiasakan diri kepada mereka. Namun atas penggunaan pelbagai

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    19/22

    PENULISAN JURNAL

    teori yang sesuai dan pendekatan yang betul saya dapat mesra bersama-sama

    dengan murid saya. Selain itu, pada minggu ini saya akan dicerap bagi kali kedua

    oleh pensyarah pembimbing iaitu Tuan Haji Rahim bin Marzuki bagi mata pelajaran

    Bahasa Malaysia dan juga guru pembimbing saya Cikgu Zairiyah binti Ahmad Babjijuga untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia.

    Sepanjang saya menjalankan PdP terhadap kelas saya, saya akui saya telah

    nampak beberapa peningkatan dari segi pemahaman mereka terhadap tajuk yang

    telah saya ajari. Adakalanya saya akan terapkan pengukuhan walaupun saya tidak

    mengajar pada hari itu. Hal ini kerana, murid-murid ini memerlukan pengulangan

    yang kerap. Walaupun ada ketika kita melihat mereka tidak memberikan respon

    terhadap kata-kata kita tetapi, mereka faham. Cuma penerimaan mereka terlewat

    sedikit dan mereka beri respon terhadap lakukan kita juga lambat. Saya juga

    kadang-kadang terfikir adakah saya tidak tahu mengajar atau murid yang lambat

    menangkap apa yang saya ajarkan. Kemudian, setelah saya dapat khidmat nasihat

    daripada guru-guru di sini, saya mula membina kekuatan serta semangat untuk

    mengajar mereka. Hal ini kerana, mereka menasihati saya ingin menjadi guru

    pendidikan khas kena banyak bersabar, kreatif dan juga sentiasa berfikir apa yang

    perlu dijalankan pada hari esok. Murid-murid pendidikan khas adakalanya akan

    menjadi bosan dengan aktiviti yang sama dilakukan oleh guru. Maka saya harus

    fikirkan pembaharuan yang perlu saya jalankan pada esok harinya. Perbincangan

    yang dijalankan bersama-sama guru pembimbing, guru-guru pendidikan khas dan

    juga pembantu pengurusan murid telah membuka sedikit sebanyak pengetahuan

    saya tentang dunia sebenar menjadi seorang guru pendidikan khas. Saya harus

    mula tanamkan semangat untuk mengajar murid-murid istimewa ini supaya saya

    dapat berkhidmat sepenuh hati dan ikhlas.

    Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

    Mengikut Chua Tee Tee (1981) kanak-kanak bermasalah pembelajaran adalah

    kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial, dan emosi tidak mencapai

    pertumbuhan-pertumbuhan biasa sehingga mereka tidak mendapat faedah yang

    sepenuhnya dari rancangan sekolah biasa .

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    20/22

    PENULISAN JURNAL

    Maka kaedah pengajaran yang digunakan hendaklah berbeza dengan kaedah

    pengajaran yang digunakan untuk kanak-kanak normal. Daripada analisis yang telah

    saya buat, saya mendapati kaedah pengajaran yang saya gunakan adalah tidak

    bersesuaian dengan tahap penguasaan murid-muri ini dimana pengajaran sayaberlaku dengan pantas. Malah contoh-contoh yang saya gunakan juga kurang

    sesuai dengan perkembangan minda dan kognitif mereka.

    Selain itu, saya juga hadapi masalah apabila saya terapkan unsure main dalam

    aktiviti pengukuhan. Kebanyakan aktiviti yang saya jalankan kadangkala

    memyebabkan murid-murid tidak mahu berhenti bermain. Mereka begitu berkobar-

    kobar untuk bermain dan kalau boleh mereka hanya mahu bermain sahaja. Mereka

    tidak mahu belajar. Oleh itu, PdP saya pada hari itu terdapat sedikit gangguan dan

    tidak berjalan dengan lancar.

    Analisis masalah/Isu/peristiwa

    Bagi masalah yang pertama, saya dapati saya tidak dapat menjalankan

    perancangan yang telah saya rancang sebelum saya jalankan PdP. Hal ini kerana

    ada murid yang tidak hadir, tidak masuk kelas dan juga murid yang tidak mahu

    melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang saya jalankan walaupun murid itu berada di

    dalam kelas. Oleh kerana mereka terdiri daripada pelbagai kategori masalah

    pembelajaran, maka saya harus fikirkan cara yang lebih baik untuk mengajar

    mereka. Adakalanya penerangan yang saya berikan juga tidak jelas dan kadangkala

    mengelirukan murid. Hal ini kerana saya beranggapan bahawa mereka dapat

    memahami dengan mudah kaedah-kaedah dan contoh-contoh yang saya berikan.

    Saya selalu beranggapan bahawa apabila saya mengajar dengan pantas, mereka

    pun akan menerima apa yang saya ajarkan dengan pantas juga.

    Pada masa yang sama, saya juga tidak membuat dapat membuat persediaan

    dan rujukan yang secukupnya mengenai cara-cara yang sesuai untuk mengajar

    matapelajaran Matematik Dan Bahasa Malaysia kepada murid-murid pendidikan

    khas. Hal ini kerana mengajar kedua-dua subjek tersebut kepada murid perdana dan

    murid berkeperluan khas adalah berbeza sama sekali.

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    21/22

    PENULISAN JURNAL

    Cadangan Penyelesaian

    Bagi mengatasi masalah ini, saya telah mendapatkan nasihat dan panduan

    daripada guru pembimbing saya. Selain itu, saya telah meminta kerjasama daripada

    rakan guru-guru yang lain untuk memberikan saya idea tentang kaedah pengajaran

    yang terbaik yang boleh saya sesuaikan dengan tahap kognitif murid. Ini kerana

    hasil daripada pemerhatian, saya dapati kaedah pengajaran yang guru-guru lain

    lakukan menarik dan dapat difahami murid. Ternyata setelah saya menggunakan

    kaedah dan contoh yang ditunjukkan oleh guru pembimbing dan rakan saya, murid-

    murid dapat memahaminya sekaligus dapat menyelesaikan latihan yang saya

    berikan walaupun mengambil masa yang agak lama sedikit.

    Tempoh penyelesaian

    21 April hingga 25 April 2014

    Tindakan susulan

    Saya masih berpeluang untuk mengatasi masalah ini kerana masih ada tempoh

    seminggu di sekolah ini. tindakan susulan yang boleh saya lakukan ialah denganmemperbanyakkan rujukan dan pemerhatian daripada pelbagai sumber seperti

    buku, jurnal, majalah, internet dan sebagainya. Selain itu juga, saya akan

    mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada para pensyarah agar masalah seperti

    ini tidak berulang lagi. Kebanyakannya saya mengumpul maklumat melalui

    pemerhatian dan temu bual guru pendidikan khas. Kemudian, saya akan membuat

    catatan tentang isi-isi penting yang disampaikan oleh mereka. Hal ini kerana sya

    beranggapkan bahawa pengalaman mereka sangat menarik dan saya harus belajar

    daripada pegalaman mereka. Saya berasa sungguh bertuah kerana mereka tidak

    lokek ilmu dan mereka sangat ramah dan sentiasa melayan soalan-soalan daripada

    saya. Malah mereka memberikan jawapan yang cukup memuaskan hati saya.

    Kesimpulan

    Secara kesimpulannya, kita sudah mengetahui bahawa murid-murid pendidikan

    khas adalah murid yang mempunyai masalah kognitif dan lewat dalam mendapatmaklumat serta menyimpan maklumat yang disampaikan oleh guru. Guru harus

  • 5/23/2018 Jurnal Satu

    22/22

    PENULISAN JURNAL

    menggunakan teknik yang betul semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    dilaksanakan. Malah guru juga harus mempelbagaikan teknik pengajaran dan

    mengapilkasikannya semasa mengajar. Pemilihan aktiviti pengukuhan yang tepat

    serta pengulangan pengajaran sangat penting dalam memastikan murid-murid dapatmengingat pengajaran dalam tempoh yang panjang.

    Pandangan / komen guru pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ......................................................................................................................................... ........

    ...................................................................................................................................................

    ......................................................................................................................................................................................................................................................................................................

    Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................

    Nama : .........................................................

    Pandangan / komen pensyarah pembimbing

    ..................................................................................................................................................

    ..................................................................................................................................................

    ...................................................................................................................................................

    Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................

    Nama : ........................................................