jurnal refleksi

3
JURNAL REFLEKTIF PENGAJARAN Hari ini saya masuk ke kelas 4 Sains 2 dengan penuh semangat dan yakin. Segala persiapan untuk mengajar telah saya rancang dan susun dengan rapi dan baik. Saya amat pasti pengajaran yang saya akan laksanakan akan berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah. Semasa pengajaran berlangsung, saya banyak menggunakan teknik penyoalan berdasarkan gambar yang saya pamerkan. Apa yang membuatkan saya hairan ialah respon pelajar yang agak hambar. Ramai yang mendiamkan diri dan menunduk sewaktu saya soal. Saya dapat merasakan bahawa mereka kurang faham mengenai gambar yang saya tunjukkan. Gamabr yang saya gunakan ialah gambar berkaitan langkah bagi mengatasi masalah merokok dalam kalangan remaja. Tidak dapat dinafikan ada juga pelajar yang 'hyperaktif'. Namun demikian, saya cuba menjelaskan mengenai gambar tersebut dan kelihatan reaksi mereka tetap sama. Masih diam dan tertunduk malu untuk menyatakan idea masing-masing.

Upload: mohamad-firdaus

Post on 12-Feb-2016

243 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

jurnal refleksi pengajaran guru praktikal

TRANSCRIPT

Page 1: JURNAL REFLEKSI

JURNAL REFLEKTIF PENGAJARAN

Hari ini saya masuk ke kelas 4 Sains 2 dengan penuh semangat dan yakin. Segala persiapan

untuk mengajar telah saya rancang dan susun dengan rapi dan baik. Saya amat pasti pengajaran

yang saya akan laksanakan akan berjalan lancar dan tidak menghadapi masalah.

Semasa pengajaran berlangsung, saya banyak menggunakan teknik penyoalan berdasarkan

gambar yang saya pamerkan. Apa yang membuatkan saya hairan ialah respon pelajar yang

agak hambar. Ramai yang mendiamkan diri dan menunduk sewaktu saya soal. Saya dapat

merasakan bahawa mereka kurang faham mengenai gambar yang saya tunjukkan. Gamabr yang

saya gunakan ialah gambar berkaitan langkah bagi mengatasi masalah merokok dalam kalangan

remaja. Tidak dapat dinafikan ada juga pelajar yang 'hyperaktif'. Namun demikian, saya cuba

menjelaskan mengenai gambar tersebut dan kelihatan reaksi mereka tetap sama. Masih diam dan

tertunduk malu untuk menyatakan idea masing-masing.

Saya terpanggil untuk mengetahui perkara yang berlaku. Pelbagai persoalan mula timbul di

fikiran saya terhadap pelajar-pelajar itu. Adakah mereka sakit, malu, tidak yakin atau tidak

memberikan perhatian sepenuhnya terhadap pengajaran saya ? Mungkin juga pengajaran saya

tidak sesuai dengan tahap mereka ataupun pengajaran saya terlalu cepat ? Saya berhenti

mengajar seketika dan bertanya akan masalah yang mereka hadapi semasa saya mengajar.

Akhirnya meeka memberitahu bahawa mereka kurang jelas dengan gambar yang saya tunjukkan

itu. Hal ini kerana gambar itu mempunyai pelbagai gambaran dan maklumat samada yang

tersurat mahupun tersirat dan membuatkan mereka keliru.

Page 2: JURNAL REFLEKSI

Saya mula sedar bahawa saya perlu menjelaskan dahulu idea utama dalam gambar tersebut.

Kemudian barulah perlu meminta pendapat atau idea sampingan serta contoh daripada pelajar.

Pemahaman terhadap sesuatu perkara perlu dijelaskan dahulu bagi mencambahkan minda pelajar

bagi menjana idea seterusnya. Saya yakin bahawa penerangan guru, beserta dengan pemberian

makna dan contoh-contoh gaya bahasa berdasarkan petikan yang lain, dapat memberikan

pemahaman kepada pelajar. Semasa pengajaran sedang berlaku saya dapat melihat pelajar mula

menunjukkan reaksi yang positif. Pelajar mula turut serta dalam perbincangan berasama saya

dalam mencari maklumat. Keadaan ini akan memberikan kefahaman yang baik kepada pelajar

kerana pengetahuan mereka akan bertambah dan berkembang berdasarkan isu yang

dibincangkan.

Pada minggu hadapan, saya akan mengajar mengenai karangan bergambar kepada

pelajar. Saya akan meluangkan masa yang lebih untuk mengajar pelajar cara mengolah isi dan

mencari contoh yang sesuai berdasarkan gambar yang ditunjukkan. Saya berharap dengan cara

ini pelajar dapat mengeluarkan semua isi penting yang terdapat dalam sesebuah gambar. Hal ini

juga sedikit sebanyak akan membantu pelajar untuk meningkatkan mutu penulisan karangan

mereka.