jenis-jenis tendangan dalam taekwondo

Upload: ting-

Post on 19-Jul-2015

783 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Ap Chagi / Front Snap Kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Kemudian angkat kaki belakang dengan posisi kedua kaki tetap rapat dan lutut dilengkuk membentuk sudut 90 darjah.

3) Selepas itu, kaki ditendang ke depan dengan bebola kaki dan setelah menendang kaki diturunkan ke depan untuk pemula. Semakin tinggi sasaran tendangan maka kaki depan diangkat semakin tinggi untuk mendapatkan tendangan yang berkesan dan kuat.

1

Dollyo Chagi / Roundhouse kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah (Matsoge Junbi Sogi).

2) Ketika kaki belakang sudah diangkat, putar badan 90 darjah manakala gunakan kaki di depan untuk menyokong atau menyeimbangi badan semasa

melakukan tendangan.

3) Selepas memutarkan badan 90 darjah, kaki belakang akan ditendang ke depan dengan bebola kaki. Setelah menendang kaki diturunkan ke posisi asal.

2

Bituro Chagi / Twisting Kick

1) Mula dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Gerakkan badan dan kaki belakang ke depan semasa melakukan tendangan. Tendangan adalah menggunakan bebola kaki.

3

3) Berputar dalam keadaan berdiri dan melakukan tendangan dengan berat badan ditumpukan ke bahagian kaki yang tidak melakukan tendangan. Selepas habis membuat tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal dengan langkah bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

4

Twio Ap chagi / Jumping Front Snap Kick

1) Langkah di mulakan dengan keadaan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) seterusnya melakukan tendangan dengan melompat untuk meninggikan tendangan.

5

3) Gerakkan kaki ke atas dengan keadaan kaki yang lurus untuk melakukan tendangan dengan menggunakan bebola kaki. Selepas melakukan tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal.

6

Dwi Chagi / Back Kick

1) Langkah dimulakan dengan keadaan bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

2) Seterusnya, lutut dibengkokkan dan kaki menghala ke belakang.

3) Kemudian dengan menggunakan bebola kaki, kaki akan ditendang ke atas untuk melakukan tendangan ke belakang. Selepas itu, kaki diletakkan ke posisi asal.

7

Mom-dollyo Chagi / Turning Kick

1) Langkah dimulakan dengan keadaan bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

2) Semasa melakukan tendangan, badan akan diputar dan pada masa yang sama kaki diangkat ke atas.

2) Kaki akan menuju ke atas dan seterusnya mengendur ke belakang. Selepas tendangan tersebut, kaki diletakkan di posisi asal.

8

Yup Chagi / Side Kick

1) Langkah dimulakan dengan keadaan bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

2) Angkat kaki belakang yang akan melakukan tendangan dalam garisan yang lurus sambil membengkokkan lutut.

3) kemudian halakan badan ke arah berlawanan dengan sasaran dengan berat badan ditumpukan pada kaki yang tidak melakukan tendangan.

9

4) Seterusnya dengan menggunakan bebola kaki, tendang ke arah sasaran dengan menggunakan pisau kaki secara kuat. Selepas tendangan dilakukan, kaki diletakkan kembali ke posisi asal.

10

Neryo Chagi / Downward Kick

1) Langkah dimulakan dengan langkah bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

2) Kemudian, kaki belakang yang hendak melakukan tendangan diangkat ke atas.

3) Selepas itu, kaki diangkat sehingga ke paras kepala dengan berat badan ditumpukan ke bahagian kaki yang tidak melakukan tendangan.

4) Langkah yang seterusnya ialah mengangkat kaki ke atas sehingga ke paras maksimum.

11

5) Selepas melakukan tendangan, kaki diletakkan ke bawah semula dan kembali kepada posisi asal.

12

Millyo Chagi / Push Kick

1) Langkah dimulakan dengan keadaan bersedia. (Matsoge Junbi Sogi)

2) Langkah seterusnya ialah angkat bahagian lutut sehingga ke paras dada.

3) Kemudian, lutut dibengkokkan dan kaki dihalakan ke depan.

4) Dengan menggunakan bebola kaki, tolak kaki ke depan dengan keadaan kaki yang lurus.

13

5) Selepas melakukan tendangan, tolak kaki ke belakang dan letakkan ke bawah dalam posisi asal.

14

Golcho Chagi / Hook Kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Selepas itu, pusingkan badan dengan kepala memandang ke belakang.

3) Kemudian, kaki yang hendak ditendang diangkat ke atas.

4) Semasa memusingkan badan ke belakang lakukan tendangan dengan menggunakan bebola kaki secara serentak.

15

5) Kaki ditendang mengikut pusingan badan sehingga ke belakang seperti mencangkul. Kaki yang menendang tersebut boleh dilandaskan di bahagian depan atau belakang. Selepas melakukan tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal.

16

Bandae Dollyo Chagi / Reverse Turning Kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Kaki belakang di angkat dan pusing dengan badan secara serentak dengan kepala memandang ke belakang.

3) Lakukan tendangan dengan menggunakan tumbit kaki. Selepas selesai melakukan tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal.

17

Yeop Cha Jirugi / Side-piercing kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Tangan diangkat ke paras dada manakala lutut dilengkuk membentuk sudut 90 darjah sebelum melakukan tendangan.

3) Seterusnya, serentak dengan tangan, tendang dengan menggunakan bebola kaki dalam keadaan pantas. Selepas melakukan tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal.

18

Dwi Cha Jirugi / Back-piercing kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Lutut dilengkuk membentuk sudut 90 darjah dengan tangan di paras pinggang manakala kepala memandang ke belakang.

3) Seterusnya, tendang kaki ke belakang manakala tangan kekal pada paras pinggang dengan melakukan tangkisan. Selepas melakukan tendangan, kaki diletakkan ke posisi asal.

19

Yobap Cha Busugi / Side Front Snap Kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Kemudian angkat kaki belakang dengan posisi kedua kaki tetap rapat dan lutut dilengkuk membentuk sudut 90 darjah.

3) Seterusnya dengan menggunakan bebola kaki, tendang ke arah sasaran dengan menggunakan pisau kaki secara kuat. Selepas tendangan dilakukan, kaki diletakkan kembali ke posisi asal.

20

Dwi cha Busugi / Side Back Kick1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Seterusnya, lutut dibengkokkan dan kaki menghala ke belakang manakala kepala juga memandang ke arah belakang.

3) Seterusnya dengan menggunakan bebola kaki, tendang ke arah sasaran dengan menggunakan pisau kaki secara kuat. Selepas tendangan dilakukan, kaki diletakkan kembali ke posisi asal.

21

Twio bandae dollyo chagi / Jumping reverse turning kick

1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Kaki belakang di angkat dan pusing dengan badan secara serentak dengan kepala memandang ke belakang.

3) Seterusnya, tendang dengan melompat sambil kaki di arah ke belakang begitu juga dengan kepala memandang ke depan. Selepas tendangan dilakukan, kaki diletakkan kembali ke posisi asal.

22

Sewo Chagi / Vertical Kick1) Langkah pertama dimulakan dengan langkah bersedia (Matsoge Junbi Sogi).

2) Kemudian, kaki belakang dihalakan ke depan dengan kaki dalam keadaan lurus.

3) Kaki dipusingkan ke arah sisi untuk melakukan tendangan. Selepas tendangan dilakukan, kaki diletakkan kembali ke posisi asal.

23