ini adalah fakta tentang nyamuk
TRANSCRIPT
Ini adalah fakta tentang nyamuk;
1. **Nyamuk itu sebenarnya tidak mengigit tapi menghisap.
2. Jenis nyamuk itu ada lebih dari 2500 jenis. Kebanyakan bergerak aktif pada waktu dini dan malam hari.Tapi ada juga jenis nyamuk yang menghisap darah ditengah hari.
3. **Bukan Cuma manusia saja yang suka tempat gelap, tapi nyamuk juga suka tempat gelap.
4. **Nyamuk lebih suka menghisap darah manusia yang memakai baju warna terang daripada yang warnanya gelap.
5. **Nyamuk mengesan manusia melalui helaan nafas kita, terutama waktu kita tidur.
6. **Nyamuk juga merupakan salah satu penyebar penyakit kepada manusia. Contoh : malaria.
7. **Goresan dikulit akibat gigitan nyamuk merupakan reaksi alergi terhadap air liur nyamuk yang disuntikkan ke tubuh kita guna mencegah pembekuan darah.
NYAMUK AEDES
Nyamuk Aedes merupakan sejenis nyamuk yang
biasanya ditemui di kawasan tropika. Namanya
diperolehi daripada perkataan Greek aedes, yang
bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini
menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti
demam denggi. Ae. albopictus merupakan species yang
sering ditemui di Asia. Kakinya berbelang hitam putih.
Ae. aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi
dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga
dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.
TABIAT NYAMUK AEDES
Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih
pada badan dan kakinya
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan
waktu senja
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung,
sama ada di dalam atau luar rumah
Jenis - Jenis Nyamuk Berbahaya
Nyamuk ANOPHELES
Nyamuk AEDES AEGYPTI
Nyamuk AEDES ALBOPICTUS
Nyamuk CULEX FATIQANS
Kitaran Hidup Nyamuk – Metamorfosis Nyamuk
Nyamuk mengalami metamorfosis lengkap;
nyamuk mengalami empat peringkat
perkembangan yang jelas. Empat peringkat itu
ialah telur, pupa, larva dan nyamuk dewasa.
Kitar hidup lengkap nyamuk mengambil masa
sebulan.
(‘Mosquitoes undergo complete metamorphosis;
they go through four distinct stages of
development during a lifetime. The four stages
are egg, pupa, larva, and adult. The full life-
cycle of a mosquito takes about a month.’)
Jenis-jenis nyamuk yang boleh membiak di dalam
iklim Malaysia.
Nyamuk Aedes Egypty dan Aedes Albopictus
menyebarkan virus Denggi. Terdapat dua
jenis denggi yang paling berat iaitu Demam
Hemoragik Denggi (DHF) dan Sindrom
Kejutan Denggi (DSS), selain Demam Denggi
yang biasa dilaporkan.
Nyamuk Aedes Egypty juga menyebarkan
arbovirus dari famili Flaviviridae, yang
menyebabkan Demam Kuning.
Nyamuk Anopheles (nyamuk Tiruk)
menyebarkan parasit protozoa, iaitu
plasmodium yang menyebabkan penyakit
Malaria.
Nyamuk Aedes Egypty dan Aedes Albopictus
juga menyebarkan alfavirus yang
menyebabkan penyakit Chikungunya.
Nyamuk jenis Mansonia menyebarkan parasit
filariasis yang disebabkan Cacing Filaria
atau Cacing Gelang yang mengakibatkan
penyakit Kaki Gajah/ Untut.
Nyamuk Culex (amnya) atau Culex
Tritaeniorhynchus menyebarkan virus
Japanese Encephalitis yang menyebabkan
penyakit J.E.
Sekadar Iklan...tetapi berhati-hati...
Penghargaan...........
Terima Kasih yang tidak terhingga Kepada :
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah
Jabatan Kesihatan Daerah Kudat
Pejabat Pelajaran Daerah Kudat
Semua Pengadil Pertandingan
Semua Warga SK Pekan Kudat II
Ahli-ahli Kelab Doktor Muda
Ibu bapa dan rakan-rakan
Atas sumbangan, sokongan motivasi dan idea sepanjang kami menimba pengalaman dalam Konvensyen Kelab Doktor Muda
Peringkat Negeri Sabah 2013