ikhtiar hidup pengakap.docx

5
IKHTIAR HIDUP ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku. 5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup Api Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang. Perlindungan Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat

Upload: tamil-silvam-raja

Post on 30-Sep-2015

589 views

Category:

Documents


31 download

TRANSCRIPT

IKHTIAR HIDUP

ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.

5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup

ApiApi boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

Perlindungan

Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.

Isyarat

Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel boleh membantu anda untuk ditemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

Makanan/AirMakanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita juga boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

Pertolongan Cemas.

Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yangdifikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "spaceblanket".

ASAS MASAKAN HUTAN

Pengetahuan mengenai kaedah memasak altenatif penting bagi seorang ahli pengakap. Aktiviti seperti kembara dan perkhemahan lazimnya tidak mengizinkan ahli pengakap untuk membawa barangan dan makanan yang cukup kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan. Kembara contohnya, memerlukan ahli pengakap untuk berjalan beberapa kilometer menyusuri pantai, anak sungai malah kadang kala jauh ke dalam hutan belantara. Justeru dalam nota kali ini, saya akan menunjukkan beberapa contoh masakan alternatif (masakan hutan) yang boleh digunakan oleh ahli pengakap jika berhadapan dengan situasi luar jangkaan seperti kehabisan bekalan makanan, sesat atau kemalangan ringan.

Resipi Pertama - Roti lilit

Bahan - Tepung gandum secukupnya, sedikit garam, air dan ranting kayu atau belahan buluh yang telah dibersihkan.

Cara Membuat - Campurkan tepung gandum, air dan sedikit garam. Lakukan dengan cermat dan sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Uli sehingga sebati sehingga menjadi doh. Bila siap gentel doh tadi menjadi bentuk selinder yang panjang sebelum dililit dengan kemas pada sebatang belahan buluh atau ranting. Pastikan ukuran lilit doh tidak terlalu tebal kerana bimbang lambat masak. Jika ada mentega, sapukan di atas doh tadi. Kemudian panggang di tepi api yang sederhana sambil dipusing-pusingkan supaya semua bahagian doh masak dengan sempurna. Apabila telah masak, bolehlah dihidang di atas daun pisang. Bagaimana hendak menyalakan api ? Sebelum api dinyalakan, buat lubang berukuran 2 kaki x 1 kaki dengan kedalaman yang sesuai. Tujuan lubang ini ialah untuk meletakkan ranting kering supaya tidak ditiup angin.

Kebaikkan Menggunakan Lubang Api

1. melindungi tiupan angina

2. mengawal bara api supaya tidak dipijak

3. kekemasan dapur bawah (tanah)

4. lebihan bara api boleh terus ditimbus bila selesai masak

5. mengelakkan lokasi perkhemahan dikesan musuh

Cara MenyalakanApi Menggunakan Kanta

1. alternatif jika mancis basah, habis atau tertinggal

2. boleh digunakan jika hari panas (matahari terik)

3. perlukan sebuah kanta

4. gunakan habuk halus (buluh diraut halus)

5. atau kapas sebagai bahan bantu mula

6. kelemahannya, mengambil masa yang lama

7.amat menguji kesabaran ahli pengakap

Resipi Kedua - Masak nasi dalam buah kelapa

Bahan - Sebiji kelapa, beras secukupnya dan beberapa helai daun kelapa atau daun pandan.

Cara Membuat - Kelapa tua dikupas sabutnya tetapi tidak perlu di belah dua. Buat lubang di hujung tempurung kelapa berkenaan supaya beras dapat diisi dengan mudah. Beras yang telah dicuci di masukkan kelapa berkenaan berlahan-lahan bersama-sama air kelapa yang telah sedia ada di dalamnya. Ukuran beras ialah separuh dari keluasan buah kelapa berkenaan. Seterusnya, tutup lubang tadi dengan daun kepada atau daun pandan (jika ada), supaya air kelapa tidak melimpah keluar apabila mendidih kelak. Akhir sekali, masukkan kelapa yang berisi beras tadi ke dalam bara api dan tunggu sehingga mendidih dan masak. Salah satu tanda nasi telah masak ialah tempurung kelapa telah hangus. Angkat kelapa berkenaan, dan belah dua untuk melihat hasilnya. Nasi tadi berasa amat sedap dan berbau wangi seperti nasi lemah. Sebiji kelapa sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Ketiga - Masak nasi dalam buluh

Bahan - Dua batang buluh lemang, beras secukupnya dan beberapa helai daun pisang muda.

Cara Membuat - Potong buluh kira-kira panjang sebelah tangan. Kemudian cuci sehingga bersih dan lapik menggunakan daun pisang muda di bahagian dalamnya (seperti buat lemang). Beras yang telah dicuci di masukkan ke dalam buluh. Ukuran beras ialah separuh dari ketinggian buluh berkenaan dan tuangkan air hingga 3/4 penuh. Tutup hujung buluh dengan daun pisang muda yang telah dibuat gumpalan. Tujuannya supaya habuk dan asap tidak masuk ke dalam nasi berkenaan. Akhir sekali, sendengkan buluh yang berisi beras tadi ke tepi bara api dan tunggu sehingga mendidih. Salah satu tanda nasi telah masak ialah air dalam buluh tadi kering. Sebatang nasih yang dimasak dalam buluh sesuai untuk hidangan dua orang dewasa.

Resipi Keempat - Masak telur dalam limau

Bahan - beberapa biji telur,dua bijibuah limau sunkist, dan beberapa batang lidi.

Cara Membuat - Limau sunkist perlu dipotong dua. Bahagian yang perlu dipotong ialah di bahagian atas limau berkenaan dan jadikan seperti tutupnya. Kemudian buangbahagian isidalamnya dengan cermat supaya tidak bocor. Hanya perlukan kulit luar sahaja untuk dijadikan 'periuk' sementara. Jika limau sunkist tiada, cari buah hutan yang berkulit tebal dan basah serta dibuang isi dalamnya. Pecahkan sebiji telur ke dalam 'periuk limau' tadi dan kacau perlahan-lahan sebelum ditutup dengan kemas. Gunakan lidi sebagai 'jarum' supaya tutup limau tidak terbuka. Letakkan 'mangkuk limau' yang mengandungi telur dengan cermat di tepi bara api. Tunggu sehingga telur tadi masak dan dihidang di atas daun pisang. Rasa telur amat enak, kerana campuran perisa limau dan telur tadi.

Resepi Kelima - Telur bersalut tanah liat

Bahan - Telur secukupnya dan tanah liat sungai.

Cara Membuat - Kumpul tanah liat sungai dalam sebuah bekas. Pastikan tanah liat tidak terlalucair. Kemudian baluttelur tadi dengan menggunakan tanah liat sehingga tebal. Tujuan utama kenapa tanah perlu dibalut dengan tebal supaya telur tidak pecah atau meletup apabila dibakar. Jika selesai, masukkan telur ke dalam bara api dan tunggu sehingga masak. Tanda telur telah masak ialah, bahagian tanah liat tadi kelihatan kering dan merekah.