hhhc9401 –nilai,sikap, etika dan profesionalisme

44
HHHC94 01 –N ILAI,SIKAP , ETIKA DAN P ROFESIONAL ISME NAMA : ANIS ZAFIQA BINTI ABDULLAH NO MATRIK : A 144382 FAKULTI : FARMASI NAMA PENILAI : DR. NOR MALIA BINTI ABD WARIF

Upload: edna

Post on 21-Mar-2016

114 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME. Nama : Anis Zafiqa Binti Abdullah No Matrik : A 144382 Fakulti : Farmasi NAMA PENILAI : Dr. NOR MALIA BINTI ABD WARIF. PENGENALAN. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

HHHC9401 –NILA

I,SIKAP,

ETIKA DAN PR

OFESIONALISME

N A M A : A N I S Z A F I Q A B I N T I A B D U L L A HN O M A T R I K : A 1 4 4 3 8 2F A K U L T I : F A R M A S IN A M A P E N I L A I : D R . N O R M A L I A B I N T I A B D W A R I F

Page 2: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PENGENALANSaya telah menyertai organisasi Gema Amal Insan 2.0 dan menyandang jawatan sebagai Exco Pemasaran. Kod JPPEL untuk Program Amal Insan 2.0 ialah DN00011/2014.Gema Amal Insan 2.0 adalah sebuah bentuk program kebajikan yang mempunyai tiga sub program iaitu larian amal Run To GAIN di Tasik Titiwangsa pada 1 Mac 2014, Malam Citra Seni di Dewan Serbaguna pada 21 Mac 2014 dan Khidmat Masyarakat di Rumah Kebajikan Nurul Hasanah pada 22 Mac 2014.Tujuan utama program ini adalah untuk menyalurkan dana kepada Rumah Kebajikan Nurul Hasanah dan beberapa rumah kebajikan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Page 3: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PERANCANGAN

Program Gema Amal Insan 2.0 ( GAIN ) telah di rancang sejak Oktober 2013. Seramai enam orang pelajar Fakulti Farmasi telah di pilh sebagai Exco Pemasaran. Beberapa mesyuarat telah diadakan bagi menjayakan program ini. Berikut adalah minit mesyuarat sebelum Program GAIN dimulakan.

Page 4: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 12 NOVEMBER 2013TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco

2 2.1Pengarah Program Gema Amal Insan (GAIN), Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menerangkan serba sedikit tentang Program GAIN yang dirancang. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan pembahagian subprogram bagi program induk GAIN. Antaranya ialah Larian Amal Run To Gain, Sou You Got The Talent dan Khidmat Masyarakat. 2.3Bagi setiap subprogram, terdapat 10 organisasi merangkap exco dalam menjayakannya. Antara exco yang dipilih ialah Exco Program, Exco Protokol, Exco Teknikal, Exco Publisiti, Exco Jamuan, Exco Kebersihan, Kecemasan dan Keselamatan, Exco Tugas-tugas Khas, Ecxo Pemasaran, Exco Perhubungan dan Exco Cenderamata 2.4Pengarah GAIN kemudiannya memperkenalkan barisan exco bagi setiap subprogram yang telah dipilih kepada pemantau-pemantau dari kalangan Persatuan Mahasiswa Fakulti Farmasi (PMFFAR). Antara yang hadir ialah Mohamad Akmal Bin Harun, Nur Nadiana Binti Adnan, Norliani Binti Zulkifli, Siti Zubaidah Binti Hassan, Afif Ashraf Bin Sohori dan Ahmad Hanafi bin Adnan. 2.5Pemantau bagi setiap subprogram dari PMFFAR menyenaraikan dan menjelaskan bidang tugas bagi setiap exco.

 Pengarah GAIN dan Pemantau PMFFAR                      

Page 5: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 15 NOVEMBER 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan mesyuarat dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk mengemaskinikan segala idea dan cadangan penambahbaikan bagi setiap subprogram sebelum dibentangkan kepada pemantau dari kalangan pensyarah, Dr. Mohd. Hanif Zulfakar.

 Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 6: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 21 NOVEMBER 2013TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4MASA : 12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN

1 1.1Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz, memulakan majlis dengan memperkenalkan barisan Majlis Tertinggi dan juga semua Exco bagi setiap subprogram kepada Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd. Hanif. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan Exco Program bagi setiap subprogram membentangkan pengenalan dan cadangan subprogram yang dirancang sepanjang GAIN berlangsung dan juga gerak kerja yang telah berjalan.a. Larian Amal Run To Gainb. So You Think You Got The Talentc. Khidmat Masyarakat

 Pengarah dan Exco Program

3 3.1Setiausaha 1 GAIN, Saudari Liyana Izzati menyerahkan Kertas Kerja Gema Amal Insan kepada Dr. Hanif untuk disemak sebelum dihantar ke JPPEL. 3.2Yang DiPertua PMFFAR, Saudara Muhammad Akmal memberikan komen berdasarkan pembentangan idea dan cadangan subprogram yang dicadangkan 3.3Pensyarah Pemantau, Dr. Mohd Hanif memberikan pandangan beliau mengenai setiap subprogram yang dirancang sepanjang program berlangsung.

 Setiausaha 1, Yang DiPertua PMFFAR dan Pensyarah Pemantau

4 4.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 7: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 13 JANUARI 2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1MASA : 5.00 – 6.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan walaupun masih di dalam minggu peperiksaan. Mesyuarat diadakan untuk mengetahui perkembangan terkini gerak kerja setiap subprogram sebelum semua exco pulang bercuti. 2.2Kesemua exco bagi setiap subprogram membentangkan gerak kerja terkini untuk pengetahuan umum. 2.3Timbalan Pengarah 1, Uswatun Husna membahagikan dan mengingatkan tugas-tugas yang harus diselesaikan oleh exco-exco yang dipertanggungjawabkan sebelum mesyuarat berakhir.

 Pengarah GAIN, Timbalan Pengarah 1 dan Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 8: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 7 MAC 2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 12.30 TENGAH HARI – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1. 1.1

Majlis dimulakan dengan bacaan doa 1.2 Ucapan pembukaan majlis dari timbalan pengarah Uswatun Husna binti Abdul Rahman. Semua exco Run to Gain diminta untuk membentangkan gerak kerja masing-masing. 

Timbalan Pengarah Program

2. 2.1 Timbalan pengarah memulakan mesyuarat dengan meminta pandangan daripada exco khidmat masyarakat mengenai cadangan aktiviti untuk dijalankan semasa program.Cadangan yang telah diberikan untuk ‘indoor activity’ bersama-sama penghuni rumah ialah pertandingan mewarna, membuat kad dan membuat persembahan. 2.2Bagi `outdoor activity` antaranya ialah mini explorace, gotong royong dan permainan tradisional. 2.4Exco perhubungan akan memilih dan menentukan tempat yang bersesuaian untuk melakukan aktiviti khidmat masyarakat. 2.5Exco tugas-tugas khas diberi usul untuk membuat tempahan baju khas untuk program khidmat masyarakat.  2.6Exco pemasaran akan mula mencari dana bagi menampung kos-kos yang diperlukan untuk program ini. 2.7Exco persembahan akan menentukan dan memilih beberapa aktiviti yang dapat meningkatkan daya keyakinan anak-anak penghuni rumah tersebut. 

Semua exco Run To Gain yang terlibat

3. 3.1Majlis diakhiri dengan ucapan dan bacaan doa.

Semua exco

Page 9: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 10/3/2014TEMPAT : SURAU D, KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 12 TENGAH HARI - 1.00 PETANG

BIL PERKARA1. 1.1

Majlis dimulakan dengan bacaan doa. 1.2 Majlis diteruskan dengan pembentangan dari setiap exco Khidmat Masyarakat mengenai gerak kerja mereka. 

2. 2.1Exco program sedang menyiapkan tentatif program yang telah ditetapkan semasa dalam mesyuarat. 2.2Exco protokol akan menulis surat jemputan khas untuk pensyarah pemantau dan borang jawapan untuk menghadiri program. 2.3Exco publisti diminta untuk mengajak artis terkenal menyiarkan poster khidmat masyarakat terutamanya di laman sosial. Mereka juga diminta untuk mengedarkan `flyers` untuk mempromosikan aktiviti sumbangan berbentuk barangan. 2.4Exco perhubungan diminta untuk memberikan kata putus berhubung tempat untuk melakukan aktiviti dan menempah borang untuk pengangkutan bas. 2.5Exco 3K akan menempah `first aid kit` dan ditugaskan untuk menjaga kebersihan tempat setelah program berakhir.  

           3.

2.6Exco cenderamata akan membuat ‘pre-survey’ mengenai harga-harga hadiah seperti buah-buahan. Mereka juga akan menentukan protokol untuk pemberian dan penerimaan hadiah. 2.7Exco pemasaran bercadang untuk mengutip derma bagi mengumpul dana dan mendapatkan tajaan daripada syarikat CCM. Mereka juga akan membuat jualan ‘ROTI BOY’ kepada pelajar-pelajar di kolej dan di fakulti. 3.1Majlis diakhiri dengan ucapan dan bacaan doa.

Page 10: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 20 MAC 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4.MASA :12.30 – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1 1.1

Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah Semua Exco 

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz memulakan majlis dengan menyatakan tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan gerak kerja terkini subprogram Malam Citra Seni dan Khidmat Masyarakat yang akan berlangsung pada hujung minggu ini. 2.2Exco Program bagi subprogram Malam Citra Seni, Sauadari Nantina dan Tan Zhi Chao membentangkan gerak kerja terkini kesemua exco yang terlibat. Setelah itu, mereke bardua menyenaraikan bidang kerja yang perlu dijalankan oleh kesemua organisasi induk pada hari persiapan dan hari kejadian. 2.3Seterusnya, Exco Program badi subprogram Khidmat Masyarakat, Saudari Safurah dan Zanura membentangkan pula gerak kerja terkini kesemua exco yang diletakkan ddi bawah subprogram ini.  2.4Saudari Safurah mengumumkan senarai pendek exco yang akan bersama-sama pergi ke Rumah Kasih Nurul Hasanah memandangkan keadaan rumah tersebut yang hanya mampu menampung kehadiran sebilangan kecil dari organisasi induk. 2.5Pensyarah Pemantau, Dr. Hanif memberikan ucapan dengan mengingatkan kepada semua exco agar bersiap sedia dengan sebarang masalah yang dihadapi ketika hari kejadian.

 Pengarah GAIN, Exco Program dan Pensyarah Pemantau

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 11: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 21 MAC 2014TEMPAT : BILIK SEMINAR BLOK H 4.MASA : 12.30 TENGAH HARI – 1.30 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN1. 1.1

Majlis mengalu-alukan kedatangan Dr Mohd Hanif bin Zulfakar. 1.2Majlis dimulakan dengan bacaan doa. 1.3Majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengarah program, Abdul Hafiz bin Zakaria. 

Pengarah Program

2. 2.1Majlis menjemput exco program untuk membentangkan gerak kerja daripada exco-exco khidmat masyarakat. 2.2Exco program telah menyediakan tentatif program dan telah menetapkan aktiviti yang bakal dilakukan ; ‘ice-breaking’, slot kreativiti, dan slot motivasi. 2.3Exco jamuan akan menyediakan jamuan dan air sepanjang program berlangsung, dan menetapkan harga makanan yang perlu dibayar oleh setiap exco.

Semua exco Run To Gain yang terlibat

Page 12: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Bil Perkara Tindakan

2 2.4Exco cenderamata akan menyediakan buah epal untuk diberikan kepada VIP dan barangan untuk anak-anak penghuni rumah tersebut berupa ‘goodies bag’. 2.5Exco perhubungan telah mendapatkan maklumat mengenai rumah pusat penjagaan yang berkaitan dengan alamat rumah umur anak-anak penghuni rumah dan jumlah exco yang dapat hadir dalam satu-satu masa. 2.6Exco publisiti telah siap mereka beberapa rekaan poster. Mereka juga akan mengumpulkan beberapa sumbangan berbentuk barangan daripada pelajar kolej untuk diberikan kepada anak-anak penghuni rumah.  2.7Dr Mohd Hanif memberikan sedikit ulasan dan komen mengenai gerak kerja yang telah dilakukan.

3 3.1Majlis diakhir dengan bacaan doa.

Semua exco

Page 13: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

TARIKH : 23 MAC 2014TEMPAT : DEWAN SERBAGUNA KOLEJ TUN SYED NASIR 1.MASA : 5.00 – 6.15 PETANG

BIL PERKARA TINDAKAN

1 1.1Hadirin mengambil tempat duduk dan majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah

 Semua Exco

2 2.1Pengarah GAIN, Saudara Abdul Hafiz mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua exco yang terlibat dalam subprogram Khidmat Masyarakat. 2.2Mesyuarat diteruskan dengan semua exco Khidmat Masyarakat menganalisis setiap gerak kerja yang dijalankan. 2.3Beberapa isu yang melibatkan subprogram Khidmat Masyarakat dibincangkan. Antaranta :i. Exco Program memohon maaf kerana beliau tidak mengemaskini mengenai kehadiran

warga GAIN pada hari ini sehari sebelumnya menyebabkan kelewatan pergerakan kanak-kanak di rumah kebajikan untuk melibatkan diri dalam program.

ii. Exco Program menyatakan ketiadaan air di kawasan perumahan itu secara mengejut menyebabkan aktiviti sepanjang program berlangsung agak terbatas.

iii. Exco Keselamatan dan Kecemasan menyatakan rasa terkilan kepada pengurusan rumah kebajikan kerana tiada wakil bersama-sama dengan semua exco sepanjang program dijalankan kecuali hanya pada majlis penutup.

 2.4Pemantau dari PMFFAR bagi subprogram Khidmat Masyarakat, Saudari Norliani dan Zubaidah yang turut menyertai program ini menyatakan ucapan tahniah dan mengutarakan pandangan mereka mengenai perjalanan program pada hari ini.

 Semua Exco

3 3.1Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan Surah Al-Asr. Hadirin bersurai.

 Semua Exco

Page 14: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Sebagai seorang Exco Pemasaran, tanggungjawab di pikul adalah amat besar kerana sekiranya Exco Pemasaran tidak dapat mencari dana, program tidak dapat di jalankan. Oleh yang demikian, kami telah memulakan tugas kami sejak bulan Oktober lagi. Kami telah membuat beberapa jualan di kampus antaranya menjual gula – gula dan roti sosej.

Page 15: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Terlalu ramai yang menjual roti sosej, lalu kami menukar strategi perniagaan dengan menjual Roti Boy. Setiap hari rabu, kami akan menempah RotiBoy di KLCC, dan menjualnya di kampus. Kebiasaannya, kami akan menjual pada waktu petang di mana kafeteria telah pun tutup dan kebanyakan orang akan lapar dan mencari makanan. Jadi kami menggunakan peluang ini dengan menjual RotiBoy kerana RotiBoy di gemari ramai. Untuk mempromosikan RotiBoy kami, kami telah membuat poster dan menaik muat kan ke dalam laman sosial.

Page 16: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GAMBAR 1 : SEWAKTU SAYA (PERTAMA DARI KIRI) PULANG DARI MENJUAL ROTIBOY DI KAMPUS DAN MENGHANTAR ROTIBOY KEPADA PEMBELI YANG MENEMPAH NYA DI KOLEJ PULA.

Gambar 2 : semasa saya (berbaju kelabu dan merah) menjual RotiBoy di laluan Dewan Kuliah Kampus UKM KL.

Page 17: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GAMBAR 3 : POSTER YANG SAYA GUNAKAN UNTUK MEMIKLANKAN JUALAN ROTIBOY DI LAMAN SOSIAL FACEBOOK

Page 18: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Kami juga telah membuat jualan sempena Program Final Destination Jannah. Kami telah menjual aiskrim, air ‘float’ dan ‘banana split’. Jualan kami berlangsung selama 2 hari di laluan Dewan Serbaguna Kolej Tun Syed Nasir. Saya dan lima lagi rakan exco pemasaran telah merancang perniagaan ini dan menyediakan jadual tugasan kepada Organisasi GAIN yang lain untuk membantu kami melaksanakan jualan ini.

Page 19: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BERIKUT ADALAH JADUAL YANG SAYA SIAP KAN SEBAGAI TUGASAN ORGANISASI GAIN 2.0 SEMASA JUALAN FINAL DESTINATION JANNAH :MASA SABTU NAMA8 AM – 10 AM

 

 

 

 

1. DINA CYLA DANNY

2. NURFARAH NABIHA

3..DASHANI

4. MERIELL LEEZA GAYONGALA

10 AM – 12 PM 1. USWATUN HUSN

2.  SITI NADIA

3. HANISAH

4. AMY12 PM - 2 PM 1. AZRA NADILAH

2. NATASHAH FARADIBBA

3. SYAHIRAH SABAR

4. LIYANA IZZATI2 PM – 4 PM 1. CHEAH CHONG SENG

2. TAN ZHI CHAU

3. JASMIN

 4 PM – 6 PM 1. HUSSAINI

2. IZZATI

3. HAZWANI

4.6 PM – 8 PM 1. ARIFF DANIAL

2. MUHAMAD FAZLI

3. JOYCE

4. KOH HUI CHING

5. LEE KHAI HEN

MASA AHAD NAMA8 AM – 10 AM

 

1. KHAW KHER KEE

2. CHENG CHEN WEH

3. SOO CHING TING

 10 AM – 12 PM 1. ZANURA BINTI ANUAR

2. GOH CHIAN SIANG

3. CHIN ZI YING

 12 PM – 2 PM 1. YUSOF

2. LUKMAN HAKIMI

3. AMIRAH SHUHADA

4. FARHAH2 PM – 4 PM 1. CHENG CHEN WEI

2. ER WANG SZE

3. NURSYAFIQAH KHAMBALI

4. HAKIMAH4 PM – 6 PM 1. FITRIAH

2. SAFURAH

3. NADIA AMIRAH

4. SAKINAH

 6 PM – 8 PM 1. HAFIZ

2. KOH JIE HAO

3. AZEEMAH

4. ROSHIDAH

Page 20: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Seorang exco pemasaran akan mengira keuntungan setiap kali habis sesi dua jam dan pertukaran sesi kepada exco yang lain. Hal ini kerana bagi mengelakkan penyelewengan duit semasa penjualan.Sikap kami yang sentiasa bekerjasama, amanah dan bertolak ansur telah menjayakan jualan ini dan mendapat keuntungan yang memberangsangkan di samping menambah pengalaman yang amat menyeronokkan.

Page 21: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Gambar 4 : saya ( berbaju merah) sedang mengira keuntungan semasa jualan sempena Program Final Destination Jannah.

Page 22: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Gambar 5 : saya ( berbaju merah ) sedang menyediakan bahan bahan perniagaan sebelum organisasi lain datang dan memulakan tugas mereka pada hari kedua jualan.

Page 23: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Gambar 6 : Saya( baju merah) turut sama menjual bersama sama organisasi lain.

Page 24: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Semasa cuti Sem 1, saya telah menghubungi beberapa syarikat di Malaysia untuk menaja program kami.Antara syarikat yang saya hubungi ialah Spritzer, Kao Malaysia, Pharmaniaga, Puma dan Karangkraf.Beberapa syarikat seperti Kao Malaysia, Karangkraf dan Pharmaniaga telah bersetuju untuk memberi tajaan kepada program GAIN 2.0.

Page 25: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Gambar 7 : Semasa saya ( pertama dari kanan) mengambil barangan dari Syarikat Kao Malaysia. Barangan yang di berikan adalah shampoo, tuala wanita dan pencuci muka.

Page 26: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

INI ADALAH RESIT DARI SYARIKAT KARANGKRAF NETWORK. SYARIKAT KARANGKRAF TELAH MENYUMBANG SEBANYAK 300 MAJALAH KEPADA PROGRAM GAIN

Page 27: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

BERIKUT ADALAH RESIT DARI SYARIKAT PHARMANIAGA. SYARIKAT PHARMANIAGA TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN 200 MULTIVITAMIN KEPADA PROGRAM INI.

Page 28: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

PERLAKSANAANPada tanggal 1 Mac 2013, subprogram pertama iaitu Run To GAIN dengan temanya ‘berlari sambil beramal’ telah di jalankan.Program tersebut telah berlangsung seawal jam 6:00 pagi untuk sesi pendaftaran peserta. Selepas itu di sambung dengan acara senamrobik, ucapan dari pensyarah fakulti farmasi, Dr. Mohamad dan larian bermula.

Page 29: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

GAMBAR 8 : SAYA ( TIGA DARI KANAN ) BERSAMA BEBERAPA ORGANISASI LAIN MENGETUAI ACARA SENAMROBIK

Page 30: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Selepas itu saya di tugaskan untuk menjadi penjaga masa di garisan penamat. Pemenang terdiri daripada 10 peserta lelaki dewasa, 10 perempuan dewasa, 5 orang veteran dan 5 orang kanak kanak.Semasa menjaga garisan penamat, kami perlu teliti dengan ketepatan masa mereka dan menyemak pembuktian perlepasan checkpoint. Sikap jujur dan amanah amat penting untuk saya melaksanakan tugasan ini. Hal ini kerana, jika berlakunya kesilapan tentang pemenang, ini akan membawa nama buruk kepada UKM itu sendiri.

Page 31: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Peserta hendaklah mendaftar di meja pendaftaran setelah sampai ke garisan penamat, saya telah mengagihkan goody bag kepada peserta.Semua peserta diberikan goody bag yang berisi barang barang yang menarik dan di bahagikan adil kepada semua peserta.Selepas itu, majlis perasmian Program Gema Amal Insan di adakan di Dewan Serbaguna KTSN. Majlis ini di mulakan dengan ucapan pengarah, ucapan dan perasmian Program Gema Amal Insan oleh Dr. Mohamad seterusnya acara penyampaian hadiah dan cabutan bertuah.

Page 32: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SAYA ( 4 DARI KIRI ) SEDANG MENGURUSKAN DAN MENGAGIHKAN GOODY BAG KEPADA PESERTA DI MEJA PENDAFTARAN GARISAN PENAMAT.

Page 33: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Malam Citra Seni membawa kemeriahan tak terkata apabila berjaya di laksanakan dan mendapat sambutan ramai.Malam Citra seni berlangsung pada 22 Mac 2014 di mana ianya merupakan acara persembahan kebudayaan dari beberapa kolej di UKM.Antara persembahan yang dilakukan ialah Tarian Wau Bulan, Tarian India, Gendang Cina 40 musim, Tarian Asyik dan Tarian Zapin.Persembahan menarik di lakukan oleh pelajar dari Sekolah Menengah Alam Syah iaitu persembahan gamelan dan jemputan artis Hafiz Zainal yang merupakan pelajar dari KTSN sendiri.

Page 34: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SAYA ( BERTUDUNG BIRU) SEDANG MEMPROMOSIKAN VITAMIN C KEPADA PELANGGAN SEMASA MALAM CITRA SENI.

Bagi menambah pendapatan dari Exco Pemasaran, saya telah mengambi peluang dengan menjual Vitamin dan baju semasa Malam Citra Seni.

Page 35: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Keesokkan harinya kami bertolak seawal jam 7.30 pagi ke Rumah Kebajikan Nurul Hasanah, Ampang.Kami di sambut riang oleh kanak kanak yang menetap di rumah tersebut.Pada sesi pagi, di mulakan dengan slot ice breaking dan di susuli slot kreativiti. Semasa slot ice breaking, saya banyak berbual dan beramah mesra dengan kanak kanak di rumah tersebut. Hal ini kerana untuk merapatkan jurang antara kami. Semasa slot kreativiti, kanak kanak tersebut di kehendaki membuat kad ucapan dengan menggunakan kreativiti masing masing.

Page 36: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SAYA ( DUA DARI KANAN ) BERSAMA KANAK KANAK DARI RUMAH KEBAJIKAN NURUL HASANAH BERMAIN LARI IKAT KAKI SEMASA SLOT ICE BREAKING.

Page 37: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Pada sesi petang pula, dimulakan dengan slot latihan dalam kumpulan. Dalam slot ini terdapat beberapa permainan antaranya permainan telur ayam dinasour, nenek kebayan dan bowling botol.Selepas itu, di susuli dengan slot eksplorasi mini dan bola beracun.Akhir sekali adalah majlis penutup.

Page 38: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SAYA ( TUDUNG MERAH ) SEDANG MELAYAN KANAK KANAK DARI RUMAH KEBAJIKAN BERMAIN BOWLING.

Page 39: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

SAYA ( TUDUNG MERAH ) SEDANG MENJAGA STESEN MATEMATIK SEMASA SLOT EKSPORASI MINI.

Page 40: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

LAPORAN AKHIRAntara nilai yang boleh saya pelajari semasa proses perancangan ialah sentiasa bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik. Proses perancangan memerlukan semangat yang kuat untuk mencari modal bagi melaksanakan program. Semasa perancangan program, Exco Pemasaran memainkan peranan yang amat penting, di mana seolah seolah menjadi tulang belakang kepada sesuatu program. Hal ini kerana setiap program memerlukan banyak modal. Oleh itu, sikap yang sentiasa berusaha dan bijak merancang adalah amat penting bagi mendapatkan modal dan dana untuk progam Gema Amal Insan 2.0. Hal ini kerana untuk memulakan jualan, saya akan merancang dengan teliti dari pelbagai aspek dan mengutamakan perkara yang lebih penting supaya lebih profesionalisme semasa melaksanakan tugas. Sentiasa menjaga etika antara satu sama lain dalam sebuah organisasi, termasuklah etika di dalam mesyuarat antaranya menepati masa dan mengemukakan teguran dengan penuh berakhlak.

Page 41: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Semasa perlaksanaan program, kami sentiasa bertanggungjawab dan saling bekerjasama serta ingat mengingati tugas masing masing antara satu sama lain. Saya juga mengamalkan sikat inisiatif dengan membuat sesuatu tugas walaupun tidak disuruh kerana saya berpendapat bahawa ini adalah program saya, jadi saya patut melaksanakannya.Saya juga mengamalkan sikap yang positif semasa program berlangsung. Saya sentiasa fokus dalam melaksanakan tugas saya. Saya juga sentiasa beranggungjawab dan melaksanakan tugas dengan seikhlas hati.Saya juga mengamalkan etika dengan alam sekitar. Sepanjang Program Gema Amal Insan di jalankan, setiap kali tamat subprogram kami akan sama sama mengemas dan membersihkan tempat yang kami gunakan.Setiap kali tamat subprogram, akan adanya post mortem, saya akan menerima segala pujian dan kutukan agar ada penambahbaikan pada diri sendiri. Saya juga akan refleksi diri saya di mana bersamaan dengan konsep profesionalisme.

Page 42: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Untuk program Gema Amal insan 2.0, kami telah berjaya mengutip dana sebanyak RM 4000 untuk di serahkan kepada Rumah Kebajikan di sekitar Kuala Lumpur. Dengan berakhirnya subprogram khidmat masyarakat, maka berakhirlah Program Gema Amal Insan 2.0. Sesungguhnya, banyak yang telah saya pelajari dalam program ini. Di dalam menjayakan sesebuah program, sikap bekerjasama, tolong menolong antara organisasi mestilah kuat agar sesuatu program itu berjalan lancar seperti yang telah di tetapkan di dalam tentatif. Semua organisasi bertanggungjawab antara satu sama lain dan saling ingat mengingati tentang tugas masing masing. Memandangkan dana yang di kutip ini akan di serahkan kepada Rumah Kebajikan, sikap jujur dan amanah juga amatlah penting. Semua organisasi hendaklah memberi komitmen yang baik dan sentiasa menjaga etika antara satu sama lain agar dapat menjalinkan hubungan yang baik sesama ahli organisasi

Page 43: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

REFLEKSIKEKUATAN : Saya sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi,

memberi komitmen yang baik, sentiasa bekerjasama, bertanggungjawab dalam setiap tugas yang dilaksanakan. Berupaya mendapat untung yang banyak semasa jualan, mencari idea idea baru dan kreatif untuk memasarkan jualan. Dapat berkomunikasi dengan baik sehingga mendapat beberapa tajaan daripada syarikat luar.

KELEMAHAN : Semasa menjalankan program, saya sentiasa menghadapi masalah kerana ketiadaan lesen kenderaan untuk mengambil barang tajaan. Saya juga seorang yang terlalu menepati masa contohnya pada mesyuarat sehingga menyebabkan saya terpaksa membuang masa menunggu ahli organisasi yang lain.

LANGKAH MENGATASI : Saya akan mengambil lesen kenderaan pada masa hadapan agar memudahkan lagi kerja pada masa hadapan. Saya juga akan menunggu kawan kawan lain untuk pergi ke mesyuarat bersama sama agar saya tidak perlu menunggu mereka di sana.

Page 44: HHHC9401 –NILAI,SIKAP, ETIKA DAN PROFESIONALISME

Sekian terima kasih