hbae 1403 menggambar
DESCRIPTION
menggambarTRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER SEPTEMBER 2012
HBAE 1403
MENGGAMBAR
HBAE 1403
SEKAPUR SIREH
Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah
kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini
dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali
ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam
meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM
Terengganu yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM semester September 2012 ini terutamanya rakan-rakan
seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu
saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati,
Encik Ahmad Fuad kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang
dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat
menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah
dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.
SEKAPUR SIREH
Setitis Tinta Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Mengasihani. Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah
kurniaNya, telah memberi kekuatan dan hidayah kepada hambanya ini
dalam menyiapkan tugasan untuk Menggambar (HBAE1403) pada kali
ini. Terima kasih tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang
begitu memahami serta memberi galakan sepenuhnya kepada saya dalam
meneruskan tuntutan terhadap tugasan dan pembelajaran saya di OUM
Terengganu yang sungguh permai ini. Tidak lupa juga kepada seluruh
warga OUM semester September 2012 ini terutamanya rakan-rakan
seunit yang telah memberikan kerjasama yang baik dalam membantu
saya menyelesaikan tugasan. Saya juga ingin mengambil kesempatan
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah yang di hormati,
Encik Ahmad Fuad kerana telah memberi panduan dan tunjuk ajar
kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan tugasan yang
dikehendaki. Tanpa penerangan beliau, tidak mungkin saya dapat
menghasilkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik datangnya dari Allah
dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.Sekian terima kasih.
1
HBAE 1403
2
HBAE 1403
DAFTAR KANDUNGAN
1. PENGENALAN
2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR
2.1 Cat Air2.2.Cat Poster2.3 Cat Minyak2.4 .Media Pastel2.4.Cat Arkilik
3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR
1.Aspek Kognitif3.2.Aspek Fizikal3.3.Aspek Emosi3.4 Aspek Sosial
4. PORTFOLIO KANAK-KANAK
4.1 Teknik Menggambar4.1.1 Teknik lukisan.4.1.2 Teknik Catan4.1.3 Teknik Kolaj4.1..4 Teknik Montaj4.1.5 Teknik Cetakan4.1.6 Teknik Resis4.1.7 Teknik Gosokan4.1.8 Teknik percikan4.1.9 Teknik Mozek
5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN
EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI)
5.1 Viktor Lowenfeld dan Britain5.2 Hurwitz dan Day
6.KESIMPULAN
7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID
8.BIBLIOGRAFI
3
HBAE 1403 1.PENGENALAN
Antara kepentingan mempelajari teknik menggambar di sekolah rendah ialah
yang pertama iaitu, murid akan dapat membuat pemerhatian secara aktif terhadap sesuatu
hasil seni atau bahan kerja yang mereka hasilkan. Ini bukan saja akan dapat
meningkatkan ketajaman akal fikiran murid- murid malah menggalakkan proses
penjanaan ilmu pengetahuan yang mereka perolehi melalui teknik menggambar yang
mereka aplikasikan ketika menghasilkan sesuatu karya. Pemerhatian secara aktif yang
merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan , berfokus dan terperinci dapat
menajamkan persepsi murid ketika menghasilkan karya. Selain itu murid juga dapat
memperkembangkan deria penglihatan kerana kemahiran menggambar juga melibatkan
pancaindera lain . Melalui teknik menggambar juga dapat membantu dalam
perkembangan emosi dan imaginasi murid. Seperti contoh, untuk menghasilkan sesuatu
karya murid sebenarnya melakukan ekspresi diri terhadap kehidupan mereka dalam
bentuk gambaran. Pemahaman murid tentang asas seni visual juga turut
diperkembangkan melalui kegiatan menggambar di sekolah. Melalui aktiviti ini juga,
murid akan dilatih dalam membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan
manusia. Ini kerana ketika menghasilkan sesuatu karya seperti lukisan perkara utama
yang perlu diambil kira ialah pemilihan tema. Melalui aktiviti menggambar secara
tidak langsung ianya membolehkan murid merasai secara konkrit bagi mendapatkan imej
mental.Kegiatan-kegiatan ini akan membantu terus menyelaraskan idea, imaginasi dan
alam fantasinya kea rah perkembangan persepsi dan pemikiran abstrak. Melalui aktiviti
ini juga, murid akan dapat mempertajamkan lagi interaksi yang kritis dan kreatif dengan
alat dan bahan khususnya ketika penghasilan karya dilakukan. Peringkat ini
menggalakkkan murid membuat penerokaan dan percubaan dalam mempelbagaikan
kegiatan kreatif dengan menggunakan alat dan bahan.Seperti contoh teknik krayon dan
warna air memerlukan murid supaya dapat mengimbangi pemilihan warna yang sesuai
bagi mendapatkan kesan kontra yang dikehendaki. Proses ini bukan saja akan
memperkembangkan aspek psikomotor dan kemahiran asas visual murid berhubung
dengan manipulasi alat dan bahan serta teknik-teknik mudah seperti teknik yang terdapat
dalam kegiatan menggambar. Ini kerana semasa berinteraksi dengan alat dan
4
HBAE 1403 bahan, murid membuat interpretasi dan menyelaras konsepsi visualnya dengan objek
yang dilihat. Proses pembelajaran ini amat penting kerana ia member peluang kepada
murid belajar secara tidak langsung dan tidak takut untuk mencuba serta melakukan
analisis tentang hasil kerja yang mereka hasilkan. Selain itu, murid juga dapat mengenali
perubahan yang mereka boleh lakukan dalam penghasilan seni di masa akan datang
setelah proses menghasilkan karya yang pertama.Antara kepentingan lain mempelajari
kegiatan menggambar di sekolah ialah dapat membina apresiasi seni visual secara mudah
kepada murid. Apresiasi seni visual memberi pengalaman kepada murid mengenali aspek
pengetahuan seni visual dan kegunaannya dalam pelbagai kegiatan kehidupan dari segi
keindahan dan fungsi. Murid terlibat dalam kajian perbandingan dan menyatakan apa
yang dilihat dari aspek seni melalui penghasilan karya mereka. Selain itu, dalam
mempelajari aktiviti menggaambar ini murid dapat digalakkan untuk menghargai nilai
baik dalam semua aspek kehidupan seperti kesedaran dalam menjaga alam sekitar
mahupun keprihatinan terhadap makhluk Tuhan yang lain seperti binatang. Selain diberi
pengalaman membuat aspresiasi seni visual secara mudah, murid juga dipupuk dengan
nilai-nilai murni seperti menyayangi dan menghargai segala aspek yang wujud dalam
persekitaran dan kehidupan mereka. Ini termasuklah memelihara dan memulihara alam
sekitar, nilai patriotism, nilai kebersihan dan kepekaan. Secara umum murid dapat
membuat pertimbangan yang sewajarnya bila berdepan dengan semua
keadaan.Pendidikan Seni dalam peringkat sekolah rendah bertujuan melahirkan
warganegara yang berbudaya khususnya lebih berimaginatif, kreatif. Berpengetahuan dan
peka terhadap ciri-ciri estetik. Impak daripada kepentingan aktiviti menggambar dapat
dinilai dari segi perkembangan sahsiah kendiri iaitu menyediakan peluang kepada
individu bagi mendapat dan memperkukuhkan penyataan diri melalui pernyataan tampak.
5
HBAE 1403
2. ISI KANDUNGAN BIDANG-BIDANG MENGGAMBAR
2.1. Cat Air
Semasa mewarna dengan menggunakan warna air, berus yang paling
sesuai ialah jenis lembut.
Caranya ialah dengan membasahkan bahagian kertas yang akan
diwarnakan dahulu dengan air kosong. Contoh: seperti bahagian langit
atau bumi.
Kemudian warnakan dengan warna yang dikehendaki di atas permukaan
basah tersebut.
Untuk mendapatkan ton warna, campurkan lebih air pada warna tersebut
untuk mendapatkan warna yang cerah.
Untuk mendapatkan ton warna gelap, campurkan warna atau pekatkan
warna tersebut.
Jika tersilap warna, kita boleh memperbaiki kesalahan dengan menitiskan
air kosong di permukaan berwarna tersebut kemudian serapkan warna air
tersebut dengan berus. Lakukan beberapa kali sehingga warna tersebut
hilang.
Warna air biasanya sesuai untuk catan jenis pemandangan, alam
semulajadi, alam benda dan potret.
Gambar 2. 1.1: Cat air
6
HBAE 1403
Gambar 2.1.2 : Lukisan menggunakan cat air
2.2. Warna Poster
Warna poster berlainan dengan warna air. Ia bersifat legap dan tebal jika
disapukan di atas permukaan kertas.
Berus yang sesuai digunakan ialah jenis keras.
Untuk mendapat ton yang cerah, boleh dihasilkan dengan menggunakan warna
putih atau warna terang yang lain.
Untuk mendapatkan ton yang gelap pula, warna-warna gelap perlu dicampurkan.
Pergerakan tangan akan menentukan halus atau kasar dalam catan tersebut.
Biasanya warna latar didahulukan semasa proses catan dilakukan.
Jika terdapat kesilapan semasa mewarna, ia boleh diatasi dengan cara menyerap
keluar dengan menggunakan tisu atau menutup warna lain di atas permukaan
warna yang salah. Pastikan warna tersebut kering dahulu.
Warna poster biasanya lambat kering, oleh itu berhati-hati semasa mewarna.
Warna poster juga sesuai untuk gambar jenis pemandangan, alam semulajadi,
potret, poster dan logo.
7
HBAE 1403
Gambar 2.2.1: cat poster
Gambar 2.2.2: lukisan menggunakan cat poster
2.3. Cat Minyak
Warna minyak juga bersifat legap seperti warna poster.
Warna minyak perlu dicampur dengan minyak linsid untuk mencairkan dan
memudahkan kerja-kerja mewarna.
Berus yang paling sesuai juga adalah berus jenis keras atau pisau palet.
8
HBAE 1403
Warna ini mengambil masa yang lebih lama untuk kering tetapi hasilnya tahan
lama untuk disimpan.
Jika terdapat kesilapan mewarna semasa proses mewarna, kita perlu menindihkan
warna yang salah tersebut dengan warna baru.
Warna minyak amat sesuai diwarnakan di permukaan kanvas, kadbod atau
kepingan kayu yang keras.
Gambar 2.3.1: cat minyak
9
HBAE 1403 Gambar 2.3.2:lukisan menggunakan cat minyak
2.4 .Media Pastel
Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi
kesan lorekkan yang berbeza.
Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau
pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal
Oil pastel memberi kesan seperti lilin tetapi lebih lembut dari krayon
Soft pastel - seperti kapur, dan digunakan untuk menghasikan lukisan potret
Gambar 2.4.1: Cat Oil Paster
10
HBAE 1403
Gambar 2.4.2: Lukisan menggunakan oil paster
2.5. Cat Akrilik
Pewarna ini dicampur dengan plastik cecair berwarna putih yang menjadi cerah apabila kering
Di perkenalkan pada tahun 1940-an.
Cat sintetik ini cepat kering dan sesuai dengan teknik glazing, hard edge dan impasto
Bahan tara: air, tidak akan melarut dalam air apabila kering
Teknik dan proses sama dengan catan cat minyak.
11
HBAE 1403
3.KEPENTINGAN MENGGAMBAR DARI ASPEK KOGNITIF, EMOSI,
FIZIKAL DAN SOSIAL
Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang
mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni lukis yang
dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-
kanak. Kepentingan pengajaran mata pelajaran Seni Lukis kepada kanak-kanak terbahagi
kepada Aspek Kognitif, Aspek Fizikal, serta Aspek Sosial dan Emosi.
3.1. Aspek Kognitif
Perkembangan seni kanak-kanak amat dipengaruhi oleh aspek kognitif sama ada
daripada segi gaya mahu pun kandungan. Penganjuran aktiviti seni yang tersusun dan
terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan
masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Kanak-kanak
melukis apa yang mereka tahu berdasarkan pengalaman kanak-kanak ditentukan oleh
pengalaman mereka melihat, daya ingatan, imej dan kesan konsep ini dilukis di atas
kertas. Perkembangan konitif kanak-kanak boleh dilihat melalui contengan yang mereka
lakukan iaitu contengan tidak terkawal dan terkawal. Contengan tidak terkawal yang
dihasilkan secara spontan, sembarangan, ringkas dan sekadar membuat garisan pada
sebarang permukaan. Contengan terkawal pula lebih berorganisasi, berulang, penggunaan
tangan lebih terkawal, boleh melukis dalam kertas yang disediakan dan lebih bervariasi
dengan menunjukkan minat.
3.2.Aspek fizikal
Penggunaan alat dan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam seni
memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan
koordinasi tangan serta mata, kawalan motor halus, perkembangan otot kecil, kemahiran
tangan, contengan dan melukis bentuk dapat dilihat bahawa batasan perkembangan
fizikal boleh dilihat dengan jelas.Melalui aktiviti menggambar juga, kanak-kanak boleh
12
HBAE 1403 mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria. Seni
menambahkan pengetahuan mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk
iaitu proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling
mereka dengan menghasilkan lukisan berdasarkan kepada apa yang mereka fahami
berbanding apa yang mereka lihat. Ini menyebabkan lukisan mereka sukar ditafsir tetapi
yang lebih penting ialah mereka mampu melihat dunia menerusi kaca mata sendiri.
3.3Aspek Emosi
Emosi ialah keadaan mental yang menunjukkan reaksi seseorang terhadap sesuatu
benda atau keadaan. Reaksi muncul secara tiba-tiba dan membayangkan perasaan
seseorang ketika itu. Benda atau keadaan yang dihadapi atau yang dialami oleh seseorang
itu merupakan rangsangan yang ditanggap oleh orang yang berkenaan. Hasilnya akan
menimbulkan gerak balas. Gerak balas ini pula akan mencetus perubahan dalam badan,
dan terhasilah pengalaman emosi dan pernyataan emosi setiap individu.Pada peringkat
kanak-kanak, perkembangan emosi agak cepat dan sekata berbanding dengan keadaan
semasa di peringkat prasekolah. Jika dahulu, daya pengawalan emosinya lemah, kini
emosinya lebih terkawal. Ini adalah disebabkan semakin usia meningkat, semakin matang
pengawalan emosinya.
Pada peringkat ini, mereka mula belajar mengenai emosi dan perasaan orang lain.
Melalui seni juga dia akan dapat memahami dan meluahkan perasaannya. Ini kelihatan
terutamanya ketika melukis dalam seni visual. Sekiranya emosinya stabil, lukisan yang
dihasilkan akan cantik dan kreativitinya akan lebih menyerlah. Aktiviti melukis dapat
memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu
dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman
mereka. Kesan penghasilan karya lukisan mampu membentuk personaliti kanak-kanak.
Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu melukis tanpa ragu dan tidak
bimbang memikirkan soal kecantikan karya mereka. Selain itu, aktiviti melukis juga
menggalakkan kanak-kanak untuk bercerita mengenai karya mereka sekaligus membantu
mereka untuk membina keyakinan diri untuk bertutur.
13
HBAE 1403 3.4 Aspek sosial
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain dapat
meningkatkan keyakinan diri. Seni juga mewujudkan kerjasama antara kumpulan yang
dibentuk. Selain daripada interaksi dan aktiviti kumpulan, emosi kanak-kanak juga
ditunjukkan menerusi kandungan dan gaya dalam hasil seni mereka. Kanak- kanak
melukis peristiwa yang mereka lalui setiap hari, objek yang mereka sukai atau individu
yang mereka sayangi. Cerita yang ingin disampaikan oleh kanak- kanak diperelokkan
melalui penggunaan warna, saiz, bentuk dan garis yang sesuai akan menambah emosi
kepada lukisan mereka. Perkembangan kanak-kanak tidak boleh dibahagikan kepada
bahagian-bahagian yang kecil, oleh itu kurikulum kanak-kanak juga tidak boleh
dipisahkan secara entiti. Kurikulum kanak-kanak adalah saling berkaitan. kanak-kanak
tidak mudah "tukar saluran" atau "menukar gear" untuk bergerak daripada matematik
kepada pemikiran saintifik. pengetahuan dan kemahiran-kemahiran ini tidak tersusun
dengan rapi mengikut matapelajaran tertentu. Disebabkan itu, matematik dan sains,
komunikasi dan seni bahasa, dan seni ekspresif adalah digambarkan dengan bulatan-
bulatan yang bertindih. Pengalaman seperti memasak dan bermain adalah sangat
dicadangkan kerana mereka merentasi dan melibatkan pengajian dalam banyak, daripada
kawasan-kawasan kurikulum itu walaupun tidak semua. Walaupun pemisahan kurikulum
ini bagus secara analisis, tetapi kanak-kanak adalah holistik dan pembelajarannya juga
secara holistik. Misalnya, mereka menceburi pemikiran kreatif dan penyelesaian masalah
yang boleh merentasi bidang matematik dan sains, seni, dan kajian sosial
4. PORTFOLIO KANAK-KANAK
4.1 Teknik Menggambar
Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan
sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam
menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu
berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan
14
HBAE 1403 kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui
pemikiran dan pengalaman.
Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar
adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang
murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka
dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu,
ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu
karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj,
montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri
seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali
pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid
mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses
rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus
utama bidang menggambar ini.
4.1.1 Teknik lukisan.
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling
sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa,
bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada
media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses
melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan
diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil
kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan
sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.
4.1.2 Teknik Catan
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata
yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau
15
HBAE 1403 abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya
merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu
media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan
dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik
menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk
menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan
cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.
4.1.3 Teknik Kolaj
Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas
sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan
2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah
disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu
permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga
dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan,
latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan
dihasilkan secara ‘superimpose’ di antara satu sama lain dengan menggam berbagai
elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.
4.1..4 Teknik Montaj
Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada
suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian,
peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari
mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi
sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang
disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan
menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan
cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu
hasil kerja seni.
16
HBAE 1403
4.1.5 Teknik Cetakan
Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta
melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan
menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu
edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke
atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa
kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang
dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu
permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau
beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok
kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.
4.1.6 Teknik Resis
Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang
dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan
menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin
digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan
permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan
warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin
dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini
membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam
kegiatan menggambar.
4.1.7 Teknik Gosokan
Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan
yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui
deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah
17
HBAE 1403 dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah
satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan
terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping
kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang
mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam
penggunaan jalinan dan ton.
4.1.8 Teknik percikan
Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau
menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan ‘a speckled granite- style
finish’ yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-
percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan
antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau
warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu
permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna
basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna
dengan kaedah yang berlainan.
4.1.9 Teknik Mozek
Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai
satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau
pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang
Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai.
Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni
disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek
pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas
dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik
yang berlainan.
18
HBAE 1403
5. MAKLUMAT SOKONGAN :MENGAITKAN DENGAN PERKEMBANGAN
EKSPRESI (TEORI-TEORI SENI)
5.1 VIKTOR LOWENFELD DAN BRITAIN
Lowenfeld dan Britain (1987) telah memperkenalkan teori perkembangan pengutaraan
tampak kanak-kanak yang mengikuti peringkat-peringkat perkembagan fizikal, mental,
sosial, intellek, dan estetik, kanak-kanak. Peringkat perkembangan pengutaraan tampak
mereka merangkumi peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic,
dawning realism, peringkat pseudonaturalistic) dan peringkat adolescent art. Pada
setiap peringkat, kanak-kanak mempunyai keperluan dan keinginan asas dari segi fizikal,
mental, emosi, sosial, intellek dan estetik. Memenuhi keperluan dan keinginan asas
mengikut peringkat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial, intellek dan estetik akan
membawa ke perkembangan yang sihat dan menyeluruh.
1.Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak
terkawal.Proses menconteng menyebabkan pergerakan otot dan membangunkan
koordinasi otot motor tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan
tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada melukis garisan
lurus dan melintang kepada melukis bulatan.
2.Peringkat Preschematic ( 4-7 Tahun)
Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisan.Contohnya
ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter
tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-
beza.
19
HBAE 1403
3.Peringkat Schematic (7-9 Tahun )
Pada peringkat ini Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek
berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau
konsep tertentu. Objek diulang-ulangkan dengan cara yang sama. Penekanan lebih
diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan
objek yang terdapat disekelilingnya. Contohnya kanak-kanak mula membuat percubaan
dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara
dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama
manakala objek udara pula dibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah
spontan, bebas dan berskala besar. Mereka mulai tidak peka dengan karya mereka sendiri
dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar
untuk berkongsi .
4.Peringkat Dawning (9-12 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema
tertentu .Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik
dan teliti dengan butir-butiran. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-
kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri .Mereka mula
membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-
hati dan sedikit kompetitif serta menitik beratkan kualiti karya yang dihasilkan.
5.Peringkat Pseudonaturalistic ( 12-14 Tahun)
Pada peringkat ini Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam
menghasilkan lukisan Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej
Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata
dengan lukisan menerusi imaginasi Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama
dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan
yan dihasilkan tidak menarik.
20
HBAE 1403 6.Peringkat Perioad if (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya
seni dan penciptaan objek .Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat
keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni
5.2 HURWITZ DAN DAY
Hurwitz dan Day (2001) telah merumuskan peringkat perkembangan artis kanak-kanak
kepada tiga bahagian utama. Peringkat-peringkat ini dikenali sebagai peringkat
manipulatif, peringkat membuat simbol serta peringkat pra-remaja.
1.PERINGKAT MANIPULATIF ATAU ZAMAN KANAK-KANAK (2-4 TAHUN)
Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan
tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua
hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak
terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis
bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.
Secara umumnya terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulative iaitu
contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal
dan contengan rupa. Contengan garisan tidak terkawal berlaku kerana kanak-kanak tidak
mempunyai daya kawalan dan garisan yang dihasilkan biasanya berulang-ulang. Di
peringkat contengan garisan terkawal pula garisan yang dihasilkan lebih menampakkan
kawalan yang matang dibandingkan dengan peringkat pertama. Sementara itu, contengan
rupa terkawal memperlihatkan kebolehan kanak kanak yang mula melukis rupa dan
mengulanginya mengikut kehendak mereka.
Akhir sekali adalah contengan rupa, di mana pada peringkat ini kanak-kanak berupaya
mengenal pasti rupa dan menyebut rupa yang dihasilkan. Pada peringkat ini juga lukisan
yang dihasilkan adalah lebih kepada kepuasan dan keseronokan kerana mereka diberi
peluang untuk melukis dan menggunakan pen dan pensel.
21
HBAE 1403
Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang
alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut
keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat
bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan.
Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang menarik.
2.PERINGKAT MEMBUAT SIMBOL ( 6-9 TAHUN)
Daripada peringkat lukisan contengan, kanak-kanak mula beralih ke peringkat
menghasilkan simbol. Peringkat penghasilan simbol bermula pada umur empat sehingga
kanak-kanak berumur lapan tahun.Pada peringkat ini kanak-kanak sangat terpengaruh
dengan keadaan sekelilingnya Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang
biasa dihasilkan adalah seperti rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya.
Pada peringkat ini juga, simbol yang dihasilkan oleh kanak-kanak mudah untuk dikenal
pasti kerana kanak-kanak mempunyai kawalan yang seimbang dan teratur dari segi
pergerakan tangan.
Di peringkat awal penghasilan imej simbolisma, imej-imej yang dihasilkan melalui
lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Pada permulaan peringkat pertama simbolisma
ini, penggunaan warna terhadap imej tidak menjadi fokus utama dan tidak ketara. Pada
peringkat kedua pula, penggunaan warna ke atas imej mula diperlihatkan. Sebagai
contoh, imej langit dikaitkan dengan warna biru, warna kuning untuk matahari dan warna
hijau bagi menggambarkan rumput atau tumbuhan. Pada peringkat ketiga simbolisma,
lukisan yang dihasilkan lebih menumpukan kepada imej yang konkrit iaitu imej yang
dilihat berbanding dengan imej yang mereka tahu.
3.PERINGKAT PRA REMAJA (10-13 TAHUN)
Peringkat Pra-remaja dikatakan peringkat transisi zaman kanak-kanak ke zaman
remaja. Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura
22
HBAE 1403 pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek. Sebagai contoh,
figura manusia mula dilukis dengan melihat kadar banding pada objek tersebut tanpa
membuat penambahan. Lukisan pada peringkat ini dikatakan lebih rasional kerana selain
daripada kedudukan dan saiz figura yang betul, mereka juga telah mula mementingkan
warna yang tepat selain dari memasukkan bayang-bayang pada objek supaya imej yang
dihasilkan seolah-olah nampak realistik. Pada peringkat ini juga, mereka mula
menggunakan kaedah perspektif bagi membezakan saiz imej di mana mereka cuba
memahami konsep ruang iaitu objek yang jauh bersaiz lebih kecil berbanding dengan
objek yang lebih dekat.
5.KESIMPULAN
Pendidikan seni visual dalam aktiviti menggambar di sekolah termasuk melukis,
catan, kolaj, mozek ,montaj, dan sebagainya. Menerusi aktiviti menggambar ini ia dapat
membantu mengembangkan daya kreativiti dan mencungkil minat kanak-kanak terhadap
keunikan seni. Justeru itu, kanak- kanak berasa puas dan seronok kerana diberi peluang
untuk mencungkil bakat yang sedia ada pada diri mereka. Ini juga membuktikan bahawa
mereka mepunyai banyak kelebihan kemahiran yang tersendiri. Melalui seni visual
mereka akan mempelajari cara membuat pemerhatian terhadap skop yang lebih meluas,
mudah memahami dan mempraktikannya. Seni visual juga menyuntik semangat untuk
belajar kepada kanak- kanak untuk lebih mengingati pelajaran yang dipelajarinya. Setiap
mata pelajaran bertambah menarik sekiranya makumat yang diberikan memberi kesan
yang mendalam kepada kanak-kanak. Sebagai contoh warna yang berwarna-wani dan
reka bentuk yang unik digunakan untuk menarik perhatian mereka.
Selain daripada itu , di dalam melaksanakaan aktiviti pendidikan seni visual juga ,guru
pendidikan seni visual perlu memahami teori-teori yang berkaitan dengan pertumbuhan
dan perkembangan kanaak-kanak.Antara teori-teori dalam bidang seni visual ini adalah
seperti yang di perkenalkan oleh HURWITZ DAN DAY (2001) VIKTOR LOWENFELD
DAN BRITAIN (1987). Pengetahuan yang mendalam dalam teori-teori seni ini dapat
membantu guru memahami kehendak, dan kemampuan murid-muridnya, memahami
23
HBAE 1403 dumia pemikiran kanak-kanak serta dapat membantunya menyediakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan bersesuaian kepada murid- muridnya.
Menerusi aktiviti menggambar juga seseorang guru pendidikan perlulah memberikan
motivasi kepada murid-muridnya bagi merangsang minat murid dalam berkarya.Berikut
adalah cadangan yang boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan seni visual dalam aktiviti
menggambar.
1.Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh
digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual. Dengan memberikan peluang kepada murid
untuk memilih alatan dan bahan tersebut, ianya memberikan peluang kepada murid untuk
menghasilkan karya mereka dengan alatan yang dipilih sendiri. Secara tidak langsung,
ianya juga memberi peluang kepada murid untuk mengatur dan menetapkan hasil karya
mereka.
2.Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid mempunyai masa yang cukup
untuk berfikir, membuat eksperimentasi, dan meneroka. Jangan member tekanan yang
melampau kepada murid untuk melengkapkan aktiviti seni visual mereka kerana ianya
boleh membunuh minaat murid terhaadap seni visual.
3. Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan berterusan. Pameran hasil
karya murid boleh merangsang pelajar untuk menghasilkan banyak lagi hasil karya seni
visual. Selain itu guru perlu memastikan bahawa hasil karya yang dipamerkan turut
diubah dan digantikan dengan hasil karya yang baru.
4. Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka seharusnya bersedia
untuk mengubah cara mengajar mengikut minat idea dan cadangan daripada murid.
5. Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati murid dan
menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan oleh mereka di dalam
menghasilkan karya seni visual.
24
HBAE 1403
6. Kanak-kanak sememangnya cepat bosan dan mudah putus asa. Oleh itu guru
pendidikan seni visual perlu terus memberikan semangat dan rangsangan motivasi.
Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah semangat dan tidak
berminat untuk meneruskan penghasilan karya. Jangan sekali-kali memperlekehkan hasil
karya murid dan beri peluang kepada mereka untuk berkongsi kesusahan dan gangguan
yang mereka hadapi semasa menghasilkan karya.
7. Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan komitmen yang
mereka berikan di dalam kelas. Guru bertindak sebagai juri yang adil dan saksama di
dalam menganugerahkan markah memberikan mereka contoh dan teladan yang baik
7.LAMPIRAN PORTFOLIO MURID
25
HBAE 1403
BIBLIOGRAFI
1. Chang Hon Woon (1994). Teori Seni Tampak, Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Pustaka
2..Haslinda Madon(2007) HBAE 1403 Menggambar,.Kuala Lumpur: Open University
Malaysia.
3.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka
4. Modul Pendidikan seni sekolah rendah(Jan 2011) Kuala Lumpur, Institut Pendidikan
Guru ,Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.Panduan Pengajaran Seni Visual tahun 2 (2011) Kuala Lumpur . Bahagian
Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.
6.Prof Dr.Hj.Abdul Syukor Hashim ( etc ) (2007)Perkembangan seni kanak-kanak.Kuala
Lumpur: Open University Malaysia.
7.Salmah Ayob. (1993). Aktiviti-aktiviti Pergerakan Kreatif Panduan Pengajar. Petaling
Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.
8.Theoryhttp://www.davidcloss.com/express.html)
9. http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/lukisan.html
10. http://www.anneahira.com/teknik-teknik-melukis.htm
26