gallery walk sebagai strategi pengajaran.doc

2
Gallery walk sebagai strategi pengajaran Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks. Bahagi Kumpulan Langkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini, contohnya dengan menggunakan tajuk 'Ciri- ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan. Tugasan Kumpulan Setiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk adalah seperti berikut: Kumpulan 1 : Ciri-ciri Virus Kumpulan 2 : Ciri-ciri Bakteria Kumpulan 3 : Ciri-ciri Protozoa Kumpulan 4 : Ciri-ciri Alga Kumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi Pelajar Sedia Bahan Lebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mereka. Pelajar diarahkan supaya membahagikan tugasan dengan baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu yang akan digunakan. Sesi Pembentangan Selesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut tersebut. Mula! Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut mereka dengan kumpulan baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut. Kebebasan juga diberikan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau

Upload: azira-roshan

Post on 11-Jul-2016

301 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gallery walk sebagai strategi pengajaran.doc

Gallery walk sebagai strategi pengajaran

Gallery Walk merupakan antara satu strategi pengajaran yang sangat sesuai untuk dipraktikkan bagi pembelajaran abad ke 21. Perbincangan secara berkumpulan, dan juga student- centred ini membolehkan pelajar untuk terhubung secara aktif semasa sesi pdp. Berkolaborasi dalam kumpulan kecil untuk berkongsi idea dan juga berkomunikasi melalui soalan, dokumen, gambar, situasi dan juga teks.

Bahagi KumpulanLangkah pertama adalah dengan membahagikan pelajar kepada beberapa kumpulan. Dalam pengajaran ini, contohnya dengan menggunakan tajuk 'Ciri-ciri Mikroorganisma' dengan membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan.

Tugasan KumpulanSetiap kumpulan diberikan tugas dengan tajuk yang berbeza. Untuk tajuk ini, pembahagian tajuk adalah seperti berikut:

Kumpulan 1 : Ciri-ciri VirusKumpulan 2 : Ciri-ciri BakteriaKumpulan 3 : Ciri-ciri ProtozoaKumpulan 4 : Ciri-ciri AlgaKumpulan 5 : Ciri-ciri Fungi

Pelajar Sedia BahanLebih kurang 20 minit masa diperuntukkan kepada pelajar untuk menyediakan bahan pembentangan mereka. Pelajar diarahkan supaya membahagikan tugasan dengan baik supaya menjimatkan masa. Mereka juga dibekalkan dengan marker, kertas mahjong, pensil warna, krayon dan beberapa lagi bahan bantu yang akan digunakan.

Sesi PembentanganSelesai menyediakan bahan pembentangan, pelajar diberi masa untuk menampal kertas mahjong mereka di sudut yang ditetapkan dalam kelas. Setiap kumpulan melakukan persediaan akhir dengan memilih seorang daripada kalangan mereka untuk menjadi pembentang di sudut tersebut. 

Mula!Maka bermulalah sesi pembentangan di sudut masing-masing. Kumpulan tadi akan bergerak ke sudut lain mengikut pusingan jam. Pembentang yang dipilih tadi akan kekal menunggu di sudut mereka dengan kumpulan baru. Pembentang akan menceritakan segala info yang berkaitan dengan tajuk yang diberi. 

Jika ada soalan daripada tetamu, mereka akan cuba sebaik mungkin untuk memberikan jawapan yang terbaik. Setiap kumpulan hanya diperuntukkan masa lebih kurang 5 - 7 minit bagi setiap sudut. 

Kebebasan juga diberikan kepada pelajar untuk membawa buku teks, buku nota dan bahan-bahan lain. Jika mereka berjaya mengesan sebarang kesilapan atau tambahan yang boleh dilakukan pada persembahan kawan mereka, mereka dibenarkan untuk menulis menggunakan marker. Tetapi dengan syarat, menulis nama siapa yang membetulkan info tersebut.

PenutupSelesai semua bergerak ke setiap sudut, maka tiba giliran ketua-ketua kumpulan

Page 2: Gallery walk sebagai strategi pengajaran.doc

tersebut pula untuk bergerak ke sudut yang lain. Giliran mereka pula untuk mendengar rakan mereka membentangkan kepada mereka. Pelajar lain pula mengemaskini nota mereka dan melakukan semakan semula apa yang telah dinyatakan oleh rakan-rakan mereka tadi. 

Fungsi Guru Sepanjang Gallery Walk1) Guru berfungsi sebagai perancang kepada pelaksanaan aktiviti dengan memilih topik yang sesuai, pembahagian kumpulan dan juga menyediakan bahan yang mungkin digunakan oleh pelajar

2) Guru berfungsi sebagai fasilitator sepanjang aktiviti berlangsung dengan memberi bimbingan kepada pelajar dari setiap kumpulan mengenai apa yang perlu diceritakan dalam pembentangan mereka kelak.

3) Guru berfungsi sebagai pemerhati dan pemantau bagi memastikan setiap pelajar aktif dan belajar sepanjang tempoh pembentangan setiap kumpulan.