etika peperangan islam 2016

11
Etika-etika peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam. Bincangkan etika-etika peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam. Pendahuluan. Islam tidak menggalakkan peperangan, tetapi peperangan tidak boleh dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh. ini bertepatan dengan sifat agama Islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan Walaupun begitu semasa menghadapi musuh, tentera Islam mesti mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sebelum, semasa dan selepas peperangan. Isi-isi Penting. o Dalam peperangan tentera Islam mesti memberi pilihan kepada pihak musuh, sama ada menerima agama Islam, membayar jizyah atau berperang seandainya dimulakan oleh pihak musuh. o Tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak- kanak, orang cacat , wanita , paderi dan pendeta. o Golongan lain yang tidak boleh membunuh ialah pekerja dan petani. Mereka adalah pengambil upah dan bukan pengambil upah berperang dan tandanya mereka tidak bersenjata. Satu lagi golongan yang tidak boleh dibunuh ialah perwakilan dan diplomat. o Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat . Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan. 1

Upload: kula

Post on 07-Jul-2016

258 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

stpm penggal 2

TRANSCRIPT

Page 1: Etika Peperangan Islam 2016

Etika-etika peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam.

Bincangkan etika-etika peperangan yang dianjurkan oleh agama Islam.

Pendahuluan.

Islam tidak menggalakkan peperangan, tetapi peperangan tidak boleh dielakkan seandainya agama, negara dan maruah diri diancam oleh musuh.

ini bertepatan dengan sifat agama Islam yang mementingkan kesejahteraan dan keamanan

Walaupun begitu semasa menghadapi musuh, tentera Islam mesti mematuhi etika peperangan yang ditetapkan sebelum, semasa dan selepas peperangan.

Isi-isi Penting.

o Dalam peperangan tentera Islam mesti memberi pilihan kepada pihak musuh, sama ada menerima agama Islam, membayar jizyah atau berperang seandainya dimulakan oleh pihak musuh.  

o Tentera Islam tidak boleh memerangi  orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak-kanak, orang cacat , wanita , paderi dan pendeta.

o Golongan lain yang tidak boleh membunuh ialah pekerja dan petani. Mereka adalah pengambil upah dan bukan pengambil upah berperang dan tandanya mereka tidak bersenjata. Satu lagi golongan yang tidak boleh dibunuh ialah perwakilan dan diplomat.

o Tentera Islam dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat . Ini membuktikan Islam mementingkan keamanan dan kesejahteraan.

o Islam juga menetapkan tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah, kafir dhimmi atau mereka yang telah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam.

o Islam melarang perbuatan yang mengaibkan pihak musuh, seperti mencencang mayat pihak musuh yang terbunuh . Contohnya tindakan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Sayidina Hamzah , bapa saudara Nabi Muhammad ketika perang Uhud.

o Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati oleh semua individu muslim yang terlibat dengan peperangan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Contoh yang paling ketara ialah kesetiaan umat Islam terhadap gencatan senjata selama 10 tahun dalam perjanjian Hudaibiah.

1

Page 2: Etika Peperangan Islam 2016

o Tentera Islam dilarang mengejar pihak musuh yang lari dari medan perang. Terdapat 2 tujuan, pertama tidak mahu menunjukkan tentera Islam bersifat ofensif. Kedua takut tentera Islam diperdayakan oleh pihak musuh. Contoh dalam perang Uhud, tentera Islam kalah kerana meninggalkan kedudukan untuk mendapatkan harta rampasan.

o Tawanan perang mesti dilayan dengan baik. Ini merupakan kaedah berdakwah yang diajarkan oleh nabi. Contoh semasa peperangan Badar, tawanan perang yang pandai membaca dan menulis diminta mengajar kanak-kanak Islam seramai 10 orang sehingga pandai membaca dan menulis dan kemudian mereka akan dibebaskan.

Kesimpulan.

Etika yang diamalkan oleh tentera Islam dapat menggambarkan tentera Islam berdisiplin, tetapi juga merupakan strategi dakwah secara halus yang dijalankan oleh tentera di medan perang.   

2

Page 3: Etika Peperangan Islam 2016

Strategi-strategi peperangan yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa al Rasyidin.

Huraikan strategi-strategi peperangan yang digunakan pada zaman Nabi Muhammad dan zaman Khulafa al Rasyidin.

Pendahuluan.

Strategi merupakan seni dalam peperangan yang digunakan untuk mengalahkan pihak musuh.

Pelbagai strategi digunakan bagi menewaskan pihak musuh oleh tentera Islam, seperti cara bertahan, menunggu ketibaan musuh atau menyerang mengikut situasi dan keadaan.

Isi-isi Penting.

Menguasai Tempat Strategik.

Walaupun dalam perang Badar tentera Islam hanya berjumlah 313 orang tetapi dapat mengalahkan tentera Quraisy yang berjumlah 1000 orang.

Punca kemenangan tentera Islam kerana menguasai tempat strategik, iaitu punca air yang menyebabkan tentera musuh keputusan bekalan air sehingga memaksa mereka menceroboh kubu pertahanan tentera Islam.

Kaedah Bertahan/Membuat Benteng Pertahanan dengan Menggali Parit.

Idea ini daripada Salman al Farisi bagi melindungi kota Madinah daripada serangan pihak musuh.

Allah menurunkan ribut pasir yang kuat dan menghuru-harakan pihak musuh. Pihak musuh tidak dapat memasuki kota Madinah dan ini menjatuhkan semangat

mereka untuk mengalahkan tentera Islam.

Menempatkan Pasukan Pemanah di Atas Bukit.

Nabi Muhammad  merangka strategi perang dalam perang  Uhud. Tentera infantri akan disokong oleh pasukan pemanah yang di tempat strategik di Bukit Uhud.

Kaedah ini berjaya mengalahkan pasukan pihak musuh. Tetapi akibat kecuaian pasukan pemanah, benteng pertahanan tentera Islam menjadi lemah.

Tentera pemanah tamak dan ingin mendapatkan harta pihak musuh yang bertaburan di kaki bukit dan mereka telah meninggalkan posisi masing-masing. Ini menyebabkan tentera Islam mengalami kekalahan.

Kaedah Penyamaran.

3

Page 4: Etika Peperangan Islam 2016

Ketika Perang al Ahzab, seorang sahabat iaitu Nu’aim bin Masud telah diarahkan untuk mengadu dumba dan memecahkan benteng pertahanan serta kekuatan pihak Quraisy dan Yahudi.

Begitu juga Nabi Muhammad memakai pakaian biasa dan mahu menunjukkan baginda ingin kelihatan sebagaimana tentera biasa.

Memeterai Perjanjian Persahabatan dengan Musuh.

Nabi menerima syarat Perjanjian  Hudaibiyah kerana menjaga kemenangan akan berpihak kepada tentera Islam.

Ternyata telahan baginda tepat berikutan pihak Quraisy mencabuli perjanjian tersebut.

Pencabulan ini telah memberikan sebab kepada Nabi Muhammad bersama dengan 10000 tentera membuka kota Mekah.

Tidak Mengejar Musuh yang lari ke Sempadan Mereka.

Nabi Muhammad mengarahkan tentera Islam tidak mengejar pihak musuh yang lari ke sempadan mereka sewaktu perang Mutah, merupakan strategi yang digunakan tentera Islam.

Ini dapat mengelakkan pihak musuh daripada terperangkap dengan strategi pihak musuh.

Begitu juga ramai tentera Islam telah mati syahid, seperti Jaafar bin Abi talib dan Abdullah bin Rawahah. Ini juga dapat menunjukkan tentera islam tidak bersifat ofensif.

Strategi Mengepung dan Menyerang Secara Bertubi-tubi.

Ketika perang Taif , tentera Islam telah menggunakan strategi  mengepung dan seterusnya menyerang secara bertubi-tubi ke atas benteng pertahanan pihak musuh yang dipimpin Malik bin Auf.

Nabi Muhammad juga memberi amaran kepada penyokong bani Thaqif yang kebun-kebun mereka akan dibakar jika mereka tidak tunduk kepada pemerintahan Islam.

Perang Satu Lawan satu.

Perang satu lawan satu berjalan sebelum peperangan secara besar-besaran. Pertembungan sebegini dapat menyemarakkan lagi semangat pejuang-pejuang lain.

Sebagai contohnya, ketika perang badar, tiga orang sahabat bertempur dengan tiga pahlawan Quraisy sebelum perang yang sebenar.

Merahsiakan jumlah Musuh.

4

Page 5: Etika Peperangan Islam 2016

Nabi Muhammad merahsiakan jumlah pihak musuh daripada pengetahuan tentera Islam untuk memastikan moral mereka tidak terjejas di medan perang.

kaedah ini merangsang perjuangan para sahabat untuk berjuang bermati- matian demi  Agama, diri dan negara.

Menyusun tentera Berasaskan Sistem Saf.

Barisan pertama didahului dengan tentera infantri dan diikuti oleh pasukan pemanah. Tentera berkuda dijadikan tentera sokongan untuk menguatkan lagi jentera serangan 

dan memantapkan benteng pertahanan.

Zaman Khulafa al Rasyidin , khalifah umar telah membina beberapa bandar dan pusat

tentera di syam, Iraq dan Mesir dan kawasan berhampiran sempadan negara bagi mengelakkan pencerobohan pihak musuh.

bandar dilengkapi benteng pertahanan di samping berperanan memperluaskan dakwah Islam .

Anggota tentera menjalani latihan keras dan tidak dibenarkan  terlibat dalam kegiatan Ekonomi seperti pertanian.

Kesimpulan.

Strategi yang berkesan telah membawa banyak kemenangan oleh tentera Islam. Kesannya empayar Islam semakin luas dan berkembang. Strategi  ketenteraan telah diwarisi oleh generasi yang terkemudian.

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

Pengenalan.

5

Page 6: Etika Peperangan Islam 2016

Nama penuhnya Salahuddin Yusof bin Najmuddin AyubDi Eropah beliau digelar sebagai SaladinBeliau berketurunan Kurdi dari kaum Quraish, suku Ruwaidah. Beliau dilahirkan di benteng Tikrit di wilayah Iran pada tahun 1138M dan meninggal dunia di Damsyik pada tahun 1193M.Beliau merupakan seorang panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang berbakat tinggi dan masyhur pada zaman perang salib.Kejayaan besarnya adalah menumpaskan kerajaan tentera salib dan berjaya mengambil semula Baitulmuqaddis dan Palestin daripada penguasaan Kristian pada abad ke 12M.

Sumbangan Dalam Bidang Politik.

Membebaskan kota Baitulmuqaddis daripada cengkaman golongan Kristian sekali gus menebus kelaziman yang dilakukan oleh tentera salib di bawah pimpinan Raynald.

Memastikan kesucian kota Baitulmuqaddis dikekalkan ; menandatangani perjanjian dengan orang-orang Kristian.

Mengamalkan dasar tolak ansur terhadap penganut agama Kristian; mereka dibenarkan mengunjungi kota berkenaan untuk beribadat dan berziarah.

Sumbangan Dalam Bidang Sosial.

Menyediakan kemudahan infrastruktur seperti membina kubu dan tembok pertahanan.

Mendirikan hospital, rumah kebajikan seperti rumah anak yatim dan rumah orang musafir.

Memajukan bidang pendidikan serta memperluaskan peranan masjid dan institusi pendidikan.

Sumbangan dalam Bidang Ekonomi.

Meningkatkan sumber pendapatan negara melalui jizyah, fidyah dan harta rampasan perang.

Menghapuskan cukai yang membebankan . Memajukan sektor pertanian. Menggalakkan aktiviti perdangangan.

Kesimpulan.

Sumbangan Salehuddin al-Ayyubi terhadap perkembangan dan kesucian agama IslamAmat besar terutamanya kejayaan mengembalikan kota suci Baitulmuqaddis dan Memulihkan imej umat Islam dengan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi dan Pendidikan agar mereka tidak ketinggalan berbanding bangsa lain.    

Tindakan-tindakan yang diambil oleh Sultan Muhammad al Fatih dalam usaha baginda menawan kota Konstantinople daripada Byzantine.

6

Page 7: Etika Peperangan Islam 2016

Pendahuluan.

Nama sebenar Sultan Muhammad al Fatih ialah Muhammad bin Murad bin Muhammad bin Bayazid.Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432M di Adrianapolis.Baginda menaiki takhta seawal usia 19 tahun bagi menggantikan ayahandanya, iaitu Sultan Murad II.Baginda memerintah empayar yang begitu luas selama 30 tahun(1451-1481M)Baginda merupakan seorang negarawan yang ulung dan serang panglima tentara agung yang telah memimpin sebanyak 25 kempen peperangan.

Perancangan Awal.

Mengkaji pelan Konstantinople dan mengenal pasti faktor-faktor kelemahan kota tersebut.

Mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen panglima slam yang terdahulu.

Berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang strategi-strategi terkini yang sesuai untuk digunakan

Menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai 265000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah.

Mengarahkan pembinaan peralatan perang yang moden seperti meriam gergasi yang boleh menembak bom seberat 300 kilogram dengan jarak sejauh 1.5 kilometer.

Kota Rumeli Hisari telah dibina ditebing sebelah Eropah, lebih kurang 8 km dari kota Konstantinople. Benteng ini dapat mengawal dengan rapi kapal-kapal yang melintasi selat Bosphorus.

Mengikat perjanjian damai dengan pihak Wallachia , Serbia dan Hungary untuk memencilkan Konstantinople apabila mereka diserang nanti.

Pengepungan Dan pembebasan Konstantinople.

Baginda membawa bersama para ulama dan pakar motivasi bagi membakar semangat jihad tenteranya di medan perang.

Baginda mengarahkan agar laungan azan dan solat berjemaah disempurnakan. Tentera Byzantine gementar melihat 265000 tentera bersolat di belakang pemimpin mereka dengan suara takbir yang memecah kesunyian alam.

Baginda menghantar utusan meminta Maharaja Byzantine menyerahkan kota Konstantinople secara aman tetapi ditolak.

7

Page 8: Etika Peperangan Islam 2016

Kota Konstantinople mula diserang dan dihujani oleh peluru meriam raksasa, namun hanya merosakkan sebahagian daripada dinding luar kota tersebut.

Baginda mengarahkan tenteranya menggunakan menara bergerak yang mempunyai ketinggian lebih tinggi daripada kota Konstantinople serta boleh memuatkan ratusan tentera di dalamnya. Namum tentera Byzantine berjaya memusnahkan menara tersebut.

Tentera laut Byzantine mendapat bantuan dari Vatican dan Eropah yang menghantar sebanyak lima buah armada. Mahara Byzantine cuba memperdaya Sultan Muhammad al Fatih dengan pelbagai tawaran hadiah dan rasuah, tetapi ditolak oleh baginda.

Kapal-kapal Byzantine habis terbakar kerana dibedil oleh meriam tentera Islam dan sistem pertahanan Byzantine menjadi semakin lemah.

Tentera Islam diberikan motivasi dan diterapkan semangat jihad oleh para ulama dan mengingatkan agar sentiasa bermunajat kepada Allah.

Strategi seterusnya ialah tentera Islam cuba memanjat menggunakan tangga dan merobohkan dinding kota menggunakan lastik besar tetapi tidak berjaya dan ramai yang gugur syahid.

Pengepungan selama 53 hari tanpa tanda-tanda akan berakhir dengan kejayaan telah menghilangkan keyakinan dalam kalangan sebahagian tentera Islam.

Baginda telah menyampaikan pidato untuk menaikkan kembali semangat para mujahid Islam. Tindakan tersebut telah berjaya menaikkan kembali semangat tentera Islam. Mereka melaungkan takbir dan ini memberikan kesan perang psikologi kepada pihak musuh.

Baginda juga mengarahkan tentera Islam mengorek terowong untuk memasuki kota Konstantinople.

Pada 29 Mei 1453M , baginda bersama tenteranya telah berjaya menawan kota Konstantinople.

Kesimpulan. Kota Konstantinople telah ditukar namanya kepada Istanbul yang kemudiannya

dijadikan sebagai ibu kota pemerintahan khalifah Uthamaniah Gereja besar St Sophies telah ditukar menjadi masjid Aya Sofia.

8