eksperimen- elektromagnet lengkap

9
Faktor- faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet : I. Bilangan lilitan solenoid II. Arus elektrik III. Jarak antara lilitan solenoid IV. Bentuk teras magnet V. Jenis teras magnet yang digunakan Faktor yang dikaji : Bilangan lilitan solenoid Tujuan : Eksperimen dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bilangan lilitan solenoid dengan kekuatan elektromagnet yang dihasilkan. Penyataan masalah: Adakan bilangan lilitan solenoid mempengaruhi kekuatan elekromagnet yang terhasil ? Hipotesis : Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin bertambah kekuatan elektromagnet. Pemboleh ubah : Dimalarkan : Arus elektrik, jarak antara lilitan solenoid, bentuk teras magnet, jenis teras magnet yang digunakan. Dimanipulasi : Bilangan lilitan solenoid 30

Upload: siti-aisyah-ruzelan

Post on 02-Jan-2016

2.982 views

Category:

Documents


237 download

TRANSCRIPT

Page 1: eksperimen- elektromagnet lengkap

Faktor- faktor yang mempengaruhi kekuatan elektromagnet :

I. Bilangan lilitan solenoid

II. Arus elektrik

III. Jarak antara lilitan solenoid

IV. Bentuk teras magnet

V. Jenis teras magnet yang digunakan

Faktor yang dikaji :

Bilangan lilitan solenoid

Tujuan :

Eksperimen dijalankan adalah bertujuan untuk mengkaji hubungan antara bilangan

lilitan solenoid dengan kekuatan elektromagnet yang dihasilkan.

Penyataan masalah:

Adakan bilangan lilitan solenoid mempengaruhi kekuatan elekromagnet yang terhasil

?

Hipotesis :

Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin bertambah kekuatan

elektromagnet.

Pemboleh ubah :

Dimalarkan : Arus elektrik, jarak antara lilitan solenoid, bentuk teras magnet,

jenis teras magnet yang digunakan.

Dimanipulasi : Bilangan lilitan solenoid

Bergerak balas : Kekuatan elekromagnet

Definisi secara

operasi bagi

kekuatan

elektromagnet

: Bilangan klip kertas yang dapat ditarik oleh elektromagnet

menunjukkan kekuatan elektromagnet.

30

Page 2: eksperimen- elektromagnet lengkap

Bahan / Alat radas :

I. Rod besi panjang 10 cm

II. Ammmeter ( 0 – 5 A )

III. Reostat

IV. Klip kertas

V. Sel kering

VI. Dawai kuprum

VII. Wayar penyambung

VIII. Pengapit kayu

IX. Kaki retort

Prosedur :

1. Rod besi dililitkan dengan 10 lilitan dawai kuprum bagi membentuk solenoid

dan kedua-dua hujungnya disambungkan kepada litar seperti dalam

gambarajah dibawah.

2. Litar dihidupkan dan reostat dilaraskan supaya mendapat arus yang

ditetapkan iaitu 2.0 A.

3. Hujung elektromagnet diletakkan pada klip kertas. Bilangan klip kertas yang

melekat pada elektromagnet dikira dan direkodkan. Langkah ini diulang

sebanyak 3 kali.

4. Pemerhatian direkodkan di dalam jadual.

5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan bilangan lilitan 20, 30, 40

dan 50.

31

Page 3: eksperimen- elektromagnet lengkap

Gambarajah 1: Susunan litar

Langkah - langkah berjaga :

I. Memastikan kipas ditutup sepanjang eksperimen.

II. Memastikan litar disambung dengan betul.

III. Memastikan tangan tidak menyentuk litas semasa lita dihidupkan.

32

Page 4: eksperimen- elektromagnet lengkap

Pemerhatian :

Bilangan lilitan

Bilangan klip

kertas

yang ditarik

10 20 30 40 50

1 4 10 12 14 18

2 6 9 11 15 20

3 5 11 12 14 19

Purata 5 10 12 14 19

Perbincangan :

Berdasarkan eksperimen, bilangan klip kertas yang ditarik adalah berbeza apabila

bilangan lilitan solenoid berbeza. Bilangan klip kertas paling banyak ditarik adalah 19

pada 50 lilitan solenoid manakala bilangan klip kertas yang paling sedikit ditarik

adalah 5 iaitu pada 10 lilitan solenoid. Hal ini kerana, kekuatan medan

elektromagnet yang terhasil adalah berbeza disebabkan oleh bilangan lilitan pada

solenoid adalah berlainan.

Elekromagnet tersiri daripada solenoid, iaitu satu rod besi yang dililitkan dengan

dawai kuprum. Apabila arus mengalir melalui solenoid, batang besi lembut itu akan

dimagnetkan. Jika arus dimatikan pula makan kesan magnetnya akan hilang. Ini

menunjukkan kesan magnet yang dihasilkan oleh elektromagnet adalah sementara

sahaja. Kekuatan medan magnet adalh seragan berikutan garis-garis medan magnet

di dalam solenoid adalah lurus dan mempunyai jarak yang sekata.

Kesimpulan :

Hipotesis diterima. Semakin bertambah bilangan lilitan solenoid, semakin bertambah

kekuatan elektromagnet.

33

Page 5: eksperimen- elektromagnet lengkap

Gambar- gambar eksperimen :

1. Susunan litar

2. Bilangan klip kertas yang ditarik ( sedikit )

3. Bilangan klip kertas yang ditarik ( banyak )

34

Page 6: eksperimen- elektromagnet lengkap

Kemahiran proses sains yang terlibat :

Bil Kemahiran

proses sains

Penerangan

1 Meramal Membuat ramalan awal terhadap bilangan klip

kertas yang akan ditarik oleh eletromagnet.

2 Memerhati Memerhati dan mengira bilangan klip kertas yang

ditarik oleh elektromagnet

3 Berkomunikasi Menggunakan jadual bagi merekod data dapatan

eksperimen agar perhubungan antara

pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas

dapat dilihat dengan jelas.

4 Mentafsir

maklumat

Penerangan dibuat pada bahagian perbincangan

untuk menyatakan mengapa faktor saiz ketulan

hirisan mempengaruhi masa yang diambil untuk

kentang masak.

5 Mengukur dan

menggunakan

nombor

Menetapkan kadar arus dengan menggunakan

reostat iaitu sebanyak 2.0 A.

Mengira bilangan klip kertas dan merekodkannya.

6

Mengenalpasti

dan mengawal

pembolehubah

Mengenalpasti dan menyenaraikan pembolehubah

yang terlibat dalam eksperimen :

Pembolehubah dimalarkan : Arus elektrik, jarak antara

lilitan solenoid, bentuk teras magnet, jenis teras magnet

yang digunakan.

Pembolehubah dimanipulasi : Bilangan lilitan solenoid

Pembolehubah bergerak balas : kekuatan elektromagnet

7 Mendefinisi secara

operasi

Mendefinisi secara operasi bagi kekuatan

elektromagnet adalah bilangan klip kertas yang

dapat ditarik oleh elektromagnet.

8 Membuat inferens Diaplikasikan pada bahagian perbincangan yakni

menyatakan inferens perbezaan bilangan klip kertas

35

Page 7: eksperimen- elektromagnet lengkap

yang ditarik berikutan bilangan lilitan solenoid yang

berlainan.

9 Membuat hipotesis Membuat tekaan berdasarkan pengetahuan sedia

ada mengenai faktor yang akan diuji iaitu ; semakin

banyak bilangan lilitan solenoid, semakin kuat

medan elektromagnet yang terhasil..

10 Mengeksperimen Diperlihatkan dengan segala aktiviti yang dijalankan

sepanjang mengendalikan eksperimen mengkaji

faktor yang mempengaruhi kekuatan medan

elektromagnet dengan memanipulasikan bilangan

lilitan solenoid.

36