Download - Udang Kara
Udang Kara Air Tawar (Spiny Lobster)
Pengenalan
Nama saintifik : Cherax Quadricarinatus
Jenis-jenis Udang Kara
Kaedah Penternakan
-kolam
-kandang
-kanvas
-tangki sesuatu?
Sumber : https://harizamrry.com/2015/03/19/panduan-ternakan-lobster-air-tawar/
UDANG karang atau lebih dikenali sebagai lobster merupakan hidangan enak tetapi berharga mahal. Di pasaran, harga bagi yang bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Lobster air tawar (LAT) saintifiknya Cherax Quadricarinatus merupakan jenis Red Claw, jenis krustasia yang hidup di sungai-sungai kecil di utara Australia.Walaupun saiznya lebih kecil berbanding udang kara laut, tetapi isinya mendapat permintaan tinggi kerana isinya lebih enak. Berikut adalah maklumat ringkas ternakan lobster air tawar.
Pemilihan induk Saiz matang Lobster Air Tawar utk dijadikan induk adalah yg berumur 7-10
bulan. Saiz sesuai : Jantan bersaiz 4in ke atas manakala betina pula saiz 3.5in- 4in
keatas. Boleh menghasilkan 80- 300 biji telur setiap kali bertelor.Anatomi kelamin lobster air tawar, kiri betina dan kanan jantan
Lobster air tawar jantanMakanan
Pemberian makanan : 2x sehari. 30 % waktu pagi dan 70 % waktu petang. Palet makanan yang tenggelam dalam air. Kekacang dan sayuran yang seeloknya dimasak terlebih dahulu/dikisar halus.
Tempat ternakan Kolam simen Kolam kanvas Bak fiber
Poly tank
Aquarium (sbg hiasan)Kualiti air
Setiap kolam ternakan mesti mempunyai sumber air tersendiri sama ada dari sungai dan bekalan air bawah tanah (air boring atau telaga). Air dari sumber sebegini kaya dengan kandungan mineral.
Sebarang sumber air perlu dikumpulkan dalam satu tempat dan diheningkan (dibia rkan) sekurang-kurangnya sehari semalam. Ini bertujuan memendapkan bahan-bahan terlarut dalam air seperti kelodak atau lumpur.
Kandungan klorin dalam air juga harus dihapuskan terlebih dahulu dengan anti-klorin.
Suhu air yang sesuai ialah antara 25 hingga 29 darjah Celsius. pH air sesuai 7-9. Pastikan air sentiasa jernih. Beri garam air -bergantung pada kandungan air pada bekas yang diguna.
Kandungan oksigen Oksigen yang terlarut dalam air sangat penting. Perlu pam dengan saiz yang
sesuai untuk memastikan air sentiasa mengalir dan menghasilkan buih oksigen.
Pam perlu beroperasi 24 jam.Tempat persembunyian
Penting semasa hari siang dan bersalin kulit. Contoh: hidupan atas air seperti keladi bunting atau kangkung. paip pvc/kayu yang sesuai dengan saiz lobster.
Proses bersalin kulit Untuk pembesaran. Perlu tempat persembunyian untuk mengurangkan proses
kanabalisme. Kepadatan populasi sesuatu tempat ternakan perlu dihadkan untuk
mengelakkan kanabalisme.Penetasan anak udang dan pembesaran
Penetasan telur dilakukan di akuarium dengan memindahkan induk jantan ke lain tempat.
Tempat penetasan boleh berupa akuarium ukuran 4o cm x 3o cm x 3o cm. Setelah 8-15 hari, anak lobster sudah memiliki bentuk yang mirip induknya
dan sesuai untuk dipindahkan ke tempat ternakan yang terpisah dari induknya.
Benih yang ditebarkan berumur 8-15 hari dengan kepadatan 20-30 ekor/m2 luas kolam.
Pemeliharaan pertama selama 2 bulan. Selanjutnya, pemeliharaan dilakukan selama 4 bulan untuk memperoleh lobster 20-30 g/ekor.
Anak lobster yang baru ditetaskan.
Sumber : Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
https://www.dof.gov.my/index.php/pages/view/2327
Udang Kara Air Tawar (Red Claw) atau Blue Lobster (Cherax quadricarinatus) merupakan
spesies yang berasal dari Australia. Mempunyai warna yang menarik iaitu kebiru-biruan dan
berbintik putih. Spesies ini paling sesuai hidup di air tawar dalam keadaan pH 7. Saiz matang
udang ini ialah dalam lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Telah diperkenalkan di seluruh dunia
sebagai spesies peliharaan dan juga untuk industri akuakultur. Walau bagaimanapun beberapa
kajian telah menyatakan bahawa udang ini telah memberi impak yang tidak menyenangkan.
Beberapa kajian di Australia telah menjumpai perkaitan kultur udang “Red Claw” ini dengan
penyakit berjangkit. Contohnya, penyakit parasit seperti Rikettsia dikaitkan dengan penyakit
berjangkit kepada manusia (Romero & Jimenez, 2002) dan parasit ini telah dijumpai di dalam
beberapa udang kara “Red Claw” yang diternak di Australia. Di beberapa buah ladang ternak
udang kara yang lain, jangkitan virus menyerupai Parvoviridae telah menyebabkan kematian
yang tinggi dan ini menambahkan lagi kebimbangan mengenai penyakit yang dibawa oleh udang
kara “Red Claw” ini. (Bowater et al 2002) Jabatan pada dasarnya memandang serius kemasukan
spesies tersebut dan langkah berjaga – jaga perlu dilakukan bagi memastikan spesies tersebut
tidak invesif dan menjadi pemangsa kepada spesies – spesies tempatan sekiranya ianya
terlepas di perairan luar. Perkara ini adalah perlu dilaksanakan bagi memastikan spesies udang
kara air tawar yang akan diternak tersebut selamat dan tidak merbahaya, tidak mendominasikan
sesuatu perairan dan mengancam spesies tempatan yang lain. Oleh itu, pengusaha yang ingin
membawa masuk dan menjalankan ternakan ini perlu mendapatkan kelulusan rasmi dan syarat
berikut perlu dipatuhi:
1. Kelulusan untuk mengimport “Red Claw” yang hidup hanya terhad kepada spesies Cherax
quadricarinatus untuk tujuan ternakan sahaja.
2. Setiap konsainan yang membawa “Red Claw” perlu disertakan bersama Sijil Kesihatan
(Health Certificate) dan juga Sijil Tempasal (Certificate of Origin) yang dikeluarkan oleh pihak
bertanggungjawab (Competent Authority) negara pengeksport.
3. Hanya “Red Claw” yang hidup bersaiz tidak kurang dari 50 gm dibenarkan untuk diimport.
Pengangkutan bagi induk betina adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, sekiranya
terdapat kes pengimportan “Red Claw” yang melebihi saiz 50 gm, pengimport perlu mematuhi
prosedur kuarantin serta menyediakan dokumen berkaitan dari pihak bertanggungjawab
(Competent Authority) negara pengeksport.
4. Sebarang aktiviti yang melibatkan ternakan “Red Claw” perlu mendapat kelulusan dari
Jabatan Perikanan Malaysia. Sebarang pengangkutan terhadap ternakan yang melibatkan
pengangkutan dari satu premis ke premis yang lain juga perlu mendapat kebenaran dari Jabatan
Perikanan Malaysia.
5. Penternak perlu mengamalkan sistem ternakan yang terkawal, termasuk mengambil kita
tindakan untuk menghalang spesies ini dari terlepas ke perairan umum. Langkah – langkah
seperti memagar di sekeliling kawasan ternakan dan menyediakan kawasan khas sebagai kolam
rawatan untuk air buangan adalah dicadangkan.
6. Sebarang penjualan atau pergerakan spesies “Red Claw” yang hidup di dalam negara juga
perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Perikanan Malaysia.
7. Premis ternakan serta kemudahan yang disediakan untuk menternak spesies ini perlu
dipantau/diperiksa dari masa ke semasa oleh pihak Jabatan Perikanan Malaysia bagi
memastikan semua garis panduan ini diikuti.
Udang kara atau Lobster merupakan jenis haiwan ‘Nephropidae’ iaitu haiwan
yang mempunyai badan yang panjang dengan berekor, berotot dan tinggal di celah-
celah batu. Terdapat udang kara yang habitatnya di dalam laut dan terdapat juga
udang kara air tawar. Terdapat dua jenis udang kara yang yang boleh diternak di
dalam air tawar yang dipanggil ‘cherax quadricarinatus’ iaitu ‘Blue Lobster’ dan ‘Red
Lobster’. Udang Kara Air Tawar mempunyai kandungan kolesterol yang sangat
rendah dan tinggi protein. Malah, harganya lebih baik daripada udang galah dan
berat timbangannya lebih tinggi. Dalam pasaran udang kara, harga bagi yang
bersaiz enam inci ialah RM60 sekilogram. Namun begitu, udang kara banyak dilihat
dihidangkan hanya di restoran-restoran mewah dan terkemuka yang mngakibatkan
udang kara ini dianggap sebagai barang mewah kerana ia dianggap eksotik.
Udang Kara Air Tawar yang berasal daripada Australia ini paling sesuai
hidup di air tawar dalam keadaan pH7. Saiz matang udang ini ialah dalam
lingkungan 8 inci hingga 14 inci. Bagaimanapun, oleh kerana warnanya menarik iaitu
kebiru-biruan dan berbintik putih, pengguna seluruh dunia cenderung menjadikan
spesies air tawar ini sebagai hiasan akuarium. Saiz akuarium yang sesuai bagi
udang kara dewasa sekurang-kurangnya berukuran 38 liter yang boleh
menempatkan sepasang udang kara.
`Penternakan udang kara sangat mudah dan kosnya sangat rendah yang
mana kadar kematiannya adalah rendah berbanding spesies lain. Bahantara
(medium) yang sesuai digunakan bagi dasar akuarium ialah batu sungai halus
(freshwater gravel) atau pasir sungai. Kayu bakau yang telah direndam dengan air
tawar boleh digunakan untuk menyediakan kawasan perlindungan udang kara
tersebut. Kebanyakan udang kara ini mempunyai daya tahan yang tinggi yang
menjadikannya tetap hidup walaupun apabila sumber makanan terhad. Karnivorisme
selalu berlaku ketika udang melengkapkan proses penukaran kulit cangkerangnya
(kulit udang yang baru adalah lembut selepas kulit asal ditanggalkan).
Ruang yang terhad dan kekurangan tempat persembunyian juga
menyebabkan udang kara memakan sesama sendiri. Suhu air yang sesuai ialah
antara 27 hingga 30 darjah Celsius. Udang kara juga bersifat omnivor dalam jenis
pemakanannya iaitu ia akan memakan apa sahaja benda yang boleh dimakan di
dalam akuarium. Pelet amat sesuai sebagai makanan udang kara yang boleh dibeli
di kedai akuarium. Makanan pelet ikan tilapia boleh juga digunakan sebagai
makanan udang ini asalkan pelet itu boleh tenggelam di dalam dasar air.
Semasa proses penukaran kulit cangkerang, udang ini akan memakan
semula kulit cangkerang yang ditanggalkan dari badannya untuk mendapatkan
nutrien gentian bagi proses tumbesaran semula cangkerang. Proses pembiakan
berlaku apabila undang kara mencapai saiz antara tiga hingga empat inci. Udang
jantan akan memindahkan sperma kepada udang betina dan telur akan dibawa di
bahagian bawah perut udang betina. Telur udang akan menetas dalam tempoh 40
hari selepas disenyawakan. Setiap induk betina mampu bertelur antara 50 hingga
1,500 ekor anak setiap kali bertelur. Induk mampu bertelur tiga kali setahun. Ia amat
mudah dipelihara dan dikendalikan oleh setiap golongan.