Download - Sign Theory e.c Tolman
CHITRA A/P SHANMUGAMM20141000638
SIGN THEORY
Edward Chace Tolman
Biografi Edward Chace Tolman (1886-1959)
• Tolman lahir di Newton, Massachusetts, dan meraih gelar B.S. di Massachusetts Institute of Technology di bidang elektrokimia pada 1911.
• Gelar M.A. (1912) dan Ph.D (1915) di Hardvard University untuk bidang psikologi disinilah dia belajar tentang behavioris.
• Teori belajar Tolman dapat dikatakan sebagai campuran antara Teori Gestalt dan Behaviorisme
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman
Menurut E.C Tolman(ahli
psikologi terkenal dalam kajian peta kognitif haiwan),
berpendapat pembelajaran
individu mempunyai tujuan yang bermakna.
Pembelajaran individu bukan tindakan yang membuta buli
tetapi mempunyai hasrat mencapai sesuatu objektif.
Menurut beliau, di dalam proses pengajaran,
pembelajaran individu akan beransur maju melalui tanda-
tanda yang memimpinnya ke
arah mencapai objektif yang ditentukan.
Kebolehan individu yang
dapat mengenal pasti tanda-tanda
dalam proses pembelajaran
adalah bergantung kepada keupayaan
persepsi dan kognitifnya.
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman
Selepas objektif telah dicapai kali pertama, maka apabila situasi pembelajaran yang sama berlaku semula, gerak balas yang diharapkan akan diikuti dengan bertambah kukuh.
Dengan ulangan yang telah dijalankan, maka tingkah laku individu dianggap telah berjaya dibentuk.
Jika objektif tidak diiringi dengan kewujudan tanda-tanda berkaitan dahulu, maka gerak balas individu yang diharapkan menjadi lemah.
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman
Tolman menyimpulkan bahawa syarat yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran ialah kefahaman individu terhadap ransangan-ransangan iaitu kefahamannya terhadap perhubungan tanda-tanda dengan objektif yang hendak dicapai.
Menurut beliau, untuk menjadikan tingkah laku seseorang individu mempunyai tujuan, maka dia harus memahami situasi yang dihadapi.
TEORI PEMBELAJARAN ISYARAT (Signs Learning) : E.C.Tolman
• Berikut menggambarkan situasi eksperimen yang dijalankan oleh Tolman dan Honzik dalam tahun 1930 ke atas kajian
cara pembelajaran sekumpulan tikus putih.
A,B,C = LORONG-LORONGT = TEMPAT PERMULAANP = SEKATAN LORONG AQ = SEKATAN LORONG BX = KOTAK MAKANANY = PINTU
EKSPERIMEN T-MAZE• Di dalam eksperimen, sesuatu jenis reka
bentuk jalan sesat yang dibina terdapat 3 batang lorong A, B dan C yang
menyambung sebuah kotak diisi makanan.• Di antaranya, hanya lorong C yang tidak
ada sebarang sekatan, iaitu membolehkan tikus menggunakannya sahaja untuk
mendapat makanan yang diharapkan.• Tikus-tikus yang di dalam keadaan lapar,
mulanya cuba menggunakan lorong A yang dianggap dekat sekali untuk mendapat
makanan, tetapi terpaksa berpatah balik kerana disekat di tempat P.
EKSPERIMEN T-MAZE Kemudian, mereka cuba
menggunakan lorong B dan menemui masalah yang sama pula
di sekatan Q. Mereka terpaksa menggunakan
lorong C yang dianggap sebagai jalan panjang sekali, tetapi berjaya
mendapat makanan akhirnya. Selepas itu, kebanyakan tikus putih
terus memilih lorong C apabila mereka diletak semula dalam
tempat permulaan T dihujung T-maze tersebut.
Mengikut huraian Tolman, tikus putih dapat memilih jalan yang
membolehkannya memperoleh makanan kerana semasa dalam
perjalanannya, ia telah berusaha mempersepsikan perhubungan
tanda-tanda dengan tempat makanan.
Tanda-tanda seperti belok, kadar cahaya, sekatan, muka licin atau kasar, saiz lorong seperti sempit,
lebar, tinggi, rendah serta baunya, setiapnya menjadi ransangan-
ransangan yang membolehkannya bergerak balas untuk mencapai
objektifnya.
Situasi pembelajaran ini yang diulangi beberapa kali kemudian, tikus putih yang berkenaan telah
mendapati sesuatu peta kognitif yang berkaitan dengan perhubungan
ransangan-ransangan yang terdapat dalam perjalanan.
Selepas itu, apabila situasi yang sama timbul semula, ia akan terus
menggunakan peta kognitif yang diperolehi untuk menuju ke arah
objektifnya.
RUMUSAN
Tingkah laku tikus putih yang diperhatikan jelaslah tidak boleh
dihuraikan dengan menggunakan teori ransangan-gerak balas sahaja.
Tikus putih yang boleh memilih jalan tepat adalah kerana ia telah memahami
keseluruhan situasi yang sebenar.
Di samping itu, mereka berpendapat bahawa motivasi yang kuat dan juga
boleh membawa kepuasan, akan berlakunya pembelajaran yang
berkesan.
Bagaimanapun, mengikut kajian lain, kesimpulan ini hanya berasaskan
keperluan fisiologi sahaja. Bagi pelajar, untuk mencapai keberkesanan
pembelajaran, motivasi sosial, seperti ganjaran atau hukuman, harus
digunakan.
RUMUSAN