Download - Nota Kuliah Pga 101
PGA 101 – PELAJAR DAN KEPERLUAN PEMBELAJARAN
TEORI KOGNITIF PIAGET Teori perkembangan kognitif Piaget (Jean Piaget) 1896 – 1980 Dari kecil lagi dah pandai / genius, suka biologi, suka tengok macam
mana pembesaran manusia bermula dari kecil hinggalah dewasa dan berkembang secara kognitif.
KONSEP – KONSEP PENTING Skema
Struktur mental atau konsep minda yang terbentuk melalui interaksi dengan persekitaran ( pemahaman yang sedia ada).
AsimilasiProses pengabungan pengetahuan atau pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada.
Akomodasi Proses perubahan skema yang sedia ada untuk menyesuaikan pengalaman baru. Ketidakseimbangan ↓ Proses adaptasi ↓ -------------------------------------------- ↓ ↓ Asimilasi Akomodasi
penggabungan pengalaman perubahan skema sedia adabaru ke dalam skema yang untuk menyesuaikan sedia ada pengalaman baru
4 TAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET Tahap 1: Deria motor ( lahir – 2 thn) Tahap 2: Praoperasi ( 2 – 7 thn) –pra sekolah / tadika Tahap 3: Operasi konkrit (7 – 11 thn) – sekolah rendah Tahap 4: Operasi formal ( 11 – dewasa)
CIRI – CIRI KOGNITIF
Deria motor ( lahir – 2 thn)a. Pengekalan objekb. Daripada tindakan reflektif kepada tindakan bertujuan
Pra operasi ( 2 – 7 thn)a. Perkembangan bahasa & pemikiran simbolik awalb. Egosentrrikc. Monolog kolektifd. Pemikiran ajaib
Operasi konkrit (7 – 11 thn)a. Klasifikasib. Penyusunan bersiric. Kekekalan
Operasi formal ( 11 – dewasa)a. Pemikiran abstrakb. Penaakulan saintifikc. Ujian hipotesisd. Egosentrik remaja
TAHAP DERIA MOTOR ( LAHIR – 2 THN)a. Reflektif kepada tindakan bertujuan
b. Meneroka persekitaran dengan deria
c. Pengalaman deria dan motor ini membolehkan bayi memperoleh kemahiran dan membentuk skema.
d. Bayi yang terlalu kecil tidak memahami konsep pengekalan objek. Sebagai contoh “bola dipercayai hilang apabila ia tidak dapat dilihat oleh bayi”. Secara perlahan – lahan bayi membina pengalaman dan menguasai konsep pengekalan objek.Bayi dalam proses mempelajari konsep pengekalan suka bermain “ peek – a – boo”.
IMPLIKASI PENDIDIKAN
Ibu bapa / pengasuh Tumpukan perhatian pada perkembangan reflex ( 6 minggu pertama)
seperti:a. Hisap jarib. Sentuhanc. Penglihatan
7 minggu hingga 2 tahun, rangsangan kemahiran motor asas bayi dengan menggalakkan mereka:
a. Memusing – musingkan badanb. Dudukc. Bermain tepuk amai – amai d. Berlumba merangkake. Bermain kejar – kejar
Membantu mereka menggalakkan perkembangan kemahiran motor Tabiat asas bayi tentang masa tidur dan masa makan Bermain “peek – a – boo” untuk mengukuhkan pemahaman mereka
tentang konsep pengekalan objek.
TAHAP PRA OPERASI ( 2 – 7 THN)Perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal
Egosentrika. Merujuk kepada kegagalan kanak – kanak untuk melihat
daripada perspektif orang lainb. Kanak – kanak dalam peringkat pra operasi menunjukkan
egosentrik yang berteraskan penglihatan dan pemahaman diric. Contohnya: kanak – kanak tidak tahu perasaan orang lain janji
dia dapat apa yang dia nak.
Monolog kolektif Bunyi ciptaan sendiri yang tidak difahami orang lain dalam
aktivitinya sendiri.
Pemikiran ajaib Tidak boleh bezakan fantasi daripada reality
Contoh: belikan baju batman dia pun terjun tingkap dia ingat diri dia batman. Terpengaruh dengan cerita kartun.
IMPLIKASI PENDIDIKANGuru tadika perlu:
a. Mengalakkan pemikiran kreatif kanak – kanak melalui aktiviti bercerita , drama, main peranan dan melukis.
b. Mengalakkan kanak – kanak memberi pendapat mereka untuk merangsang perkembangan bahasa.
c. Guna lagu untuk mengajar kanak – kanak mengira
d. Membina kemahiran logik awal kanak – kanak dengan meminta mereka mengklasifikasikan objek ikut satu ciri sahaja.
OPERASI KONKRIT ( 7 – 11 THN)
a. Mereka mula menggunakan logik orang dewasa. Namun kemahiran ini hanya boleh diaplikasikan dalam keadaan konkrit ( konkrit – boleh dipegang).
b. Kanak – kanak mentafsir keadaan berdasarkan maksud sebenar perkataan, bukannya maksud disebalik perkataan
c. Pemikiran logik mereka bergantung kepada pengalaman mereka dan bukannya keadaan yang diandaikan.
d. Klasifikasi : Kanak – kanak dalam tahap operasi konkrit mampu mengklasifikasikan objek berdasarkan ciri – ciri yang abstrak secara logik.
e. Penyusunan bersiri: kanak – kanak menyusun objek – objek secara logik.
f. Kekekalan / pemuliharaan: ciri – ciri tertentu sesuatu objek kekal sama walaupun penampilan berubah. Lazimnya melibatkan kuantiti berat , panjang, luas dan isi padu sesuatu objek.
IMPLIKASI PENDIDIKAN
Guru sekolah rendah perlu: Masukkan unsur – unsur pertalian logik dalam latihan contohnya:
a. Bahasa : latihan bercerita ikut gambar bersirib. Matematik: mengira secara manipulasic. Sains: uji kaji sains yang ringkas dan selamat ( berat, isipadu) d. Lukisan: lawatan ke zoo, taman bunga, kebun, kampung dan
melukis di lokasi sebenar.
TAHAP FORMAL ( 11 – DEWASA)a. Remaja pada tahap ini boleh mengaplikasikan konsep logik dan
abstrak dan memahami keadaan andaian.
b. Dalam tahap ini pelajar:- Mampu menghayati karya seni halus dan sastera- Pemikiran saintifik dalam penyelesaian masalah - Remaja akan menjadi egosentrik- Mereka anggap pandangan & perasaan orang lain sama sahaja dengan pandangan & perasaan sendiri.- Sensitif pada perhatian orang lain
IMPLIKASI PENDIDIKAN
Guru sekolah menengah dan pensyarah harus: Mengalakkan pemikiran abstrak Tekankan unsur penilaian, ulasan Tekankan konsep umum , bukan fakta semasa perkenalkan sesuatu
topik untuk mengalakkan penaakulan secara deduktif. Galakkan penghargaan nilai seni baik dalam karya sastera mahupun
seni halus Pemikiran saintifik Menyediakan peluang seperti forum, perbahasan, perbincangan
sosial, politik.
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF KONSTRUKTIVIS
- A view of learning suggesting that learners construct their own understanding of the topics they study rather than having that understanding.
- Individu sentiasa menguji dan mengubah skema mereka berinteraksi dengan persekitaran.
KONSEP – KONSEP PENTING- Pelajar membentuk pemahaman yang bermakna- Pembelajaran tentang sesuatu topik baru bergantung kepada
pengetahuan lepas- Pembelajaran yang bermakna berlaku apabila ia dapat dikaitkan
dengan kehidupan.
Interaksi sosial membantu pembelajaran:- Kerja kumpulan sesama pelajar- Pembelajaran yang bermakna
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF VYGOTSKY Lev Semenovich Vygotsky (1896 – 1934) The Mozart of psychology Died in Moscow of tuberculosis (TB) at age 38 Human are biological beings living a society
a. Biologicalb. Individualc. Masyarakat
Perkembangan kognitif berbeza dalam setiap masyarakat bergantung kepada alat mental ( bahasa, teknik penyelesaian masalah, strategi – strategi ingatan dan sebagainya) yang digunakan oleh sesebuah masyarakat
Kanak –kanak belajar bahasa, teknik penyelesaian masalah, dan strategi – strategi ingatan dengan berinteraksi dengan ibu bapa atau ahli yang lebih berpengetahuan dalam masyarakatnya.
PERANAN BAHASA Merupakan alat yang paling utama dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Vygotsky percaya kemahiran bahasa penting dalam perkembangan
kognitif. Baginya orang yang berkemahiran tinggi dalam bahasa boleh selesaikan tugasan yang kompleks berbanding dengan orang yang lemah dalam bahasa
PROSES – PROSES ASAS Kematangan biologi hanya menyumbang kepada proses – proses asas
dalam perkembangan kognitif. Proses ini adalah automatik dan spontan.
Misalnya apabila kanak – kanak sedang berjalan, tiba – tiba kemalangan berlaku antara dua buah kereta
Bunyi kuat ekoran pelanggaran itu akan menarik perhatian kanak – kanak untuk berpaling ke arah itu
Tindak balas ini semula jadi, ia tidak perlu dipelajari dan tidak ada kaitan dengan interaksi sosial
INNER SPEECH Vygotsky percaya bahawa kanak –kanak menggunakan inner speech
( bercakap sendiri dalam hati ) untuk mengawal tingkah lakunya.
ZON PERKEMBANGAN PROXIMAL (ZPD) Annie , 4tahun menerima hadiah daripada ayahnya iaitu sekotak
jigsaw puzzle. Annie sangat gembira dan cuba untuk menyusunnya, namun usahanya gagal kerana dia tidak pernah bermain permainan ini.
Zon perkembangan proksimal merupakan jurang antara apa yang dicapai oleh seseorang secara individu dengan apa yang dia berpotensi untuk capai jika dibantu oleh orang yang lebih mahir / orang dewasa
ZONE OF PROXIMAL ↓ ↓Pencapaian sebenar potensi (sempurnakan 12 keping puzzle) (sempurnakan 60 keping dengan bimbingan ayah
SCAFFOLDING- Bimbingan dan tunjuk ajar yang orang dewasa berikan kepada
kanak – kanak semasa dia cuba menyelesaikan masalah diluar pengetahuannya.
IMPLIKASI PENDIDIKAN TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF
- Memastikan pada tahap apa pelajar dapat belajar dengan paling berkesan dan apa yang mereka dapat lakukan jika dibimbing oleh guru. ( zon perkembangan proximal)
- Keep interaction : not to hard , not to easy, but just right
- Dari semasa ke semasa beri bimbingan peribadi kepada pelajar
- Merancang untuk kerja kumpulan supaya pelajar dapat belajar daripada satu sama lain
- Mengalakkan pelajar untuk mengunakan inner speech semasa menyelesaikan masalah dan memodifikasikan tingkah lakunya
- Jadikan keadaan kelas sebagai satu komuniti belajar
- Galakkan pelajar melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dengan memberi maklumat secara implisit dan bukannya eksplisit
TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF BRUNER JEROMES (1915 – SKRG)
Jerome S. Bruner ( 1915 – sekarang ) Prof. psikologi di university Harvard & oxford “ the process of education” telah jadi bahan rujukan penting dalam
math & sains dan juga pengubahan ko – k di kebanyakan negara
3 TAHAP BRUNER Tahap enaktif ( lahir – 3 thn) Tahap ikonik ( 3 – 8 thn) Tahap simbolik ( 8 – dewasa)
TAHAP ENAKTIF ( LAHIR –3THN) Perkembangan kognitif bayi & kanak – kanak di bawah 3 tahun
termasuk dalam tahap enaktif
Ciri – ciri tahap ini mirip dengan tahap sensori motor / deria motor dalam teori perkembangan kognitif Piaget ( lahir – 2 thn)
Pembelajaran pada tahap enaktif adalah melalui tindakan manupulatif objek kerana ia belum melibatkan penggunaan bahasa
Kanak – kanak dalam tahap ini menggunakan anggota deria untuk selesaikan masalah , belum melibatkan penggunaan bahasa
Kanak – kanak terpaksa memegang dan merasa objek seperti barang mainan untuk memahami persekitaran mereka.
Sebagai contoh, kanak – kanak mudah tertarik kepada objek berwarna – warni dan menggunakan anggota badan untuk mendapatkannya.
Kanak – kanak terpaksa memegang dan merasa objek seperti barang permainan untuk memahami persekitaran mereka.
Galakkan perkembangan kemahiran motor seperti permainan blok, lukisan, puzzle dan sebagainya.
TAHAP IKONIK (3 – 8 TAHUN) Melibatkan kanak – kanak yang berusia antara 3 hingga 8 tahun.
Perkataan ikon beerti gambar. Kanak – kanak pada tahap ini belajar melalui rangsangan visual
Tahap ini adalah lebih kurang sama dengan tahap pra operasi ( 2 – 7 thn) dalam model perkembangan kognitif Piaget.
Kanak – kanak pada tahap ini juga mempunyai kebolehan mental untuk menggambarkan dan membayangkan sesuatu dalam fikiran dan menyimpan imej dalam fikiran mereka
Kanak – kanak pada tahap ini dapat membentuk persepsi dan membina gambaran mental. Cth: pisau – tajam – luka
Guru harus menggunakan banyak gambaran berwarna, lukisan bersiri,
ABM yang menarik untuk menggalakkan perkembangan kognitif kanak – kanak pada tahap ini.
TAHAP SIMBOLIK ( 8 – HINGGA DEWASA) Pada tahap simbolik kanak- kanak sehinggalah remaja boleh
memahami simbol termasuk perkataan dan nombor
Tahap simbolik Bruner merangkumi tahap operasi konkrit dan tahap formal dalam model kognitif Piaget.
Pelajar boleh memindahkan pengalaman mereka ke dalam bentuk bahasa.
Mereka dapat berfikir secara abstrak dan membuat penaakulan logik
Menurut Bruner, sebaik sahaja pelajar sampai ke tahap simbolik, mereka boleh menerima pelbagai jenis maklumat dalam bahan simbolik.
Bahan simbolik termasuklah carta pai, carta bar, formula sains, formula matematik, gambar rajah, abstrak, karangan dan sebagainya.
IMPLIKASI PENDIDIKAN
Pembelajaran kanak – kanak harus mengikut urutan iaitu dari enaktif ke ikonik dan akhirnya ke simbolik
Memberi contoh yang berkaitan dan tidak berkaitan dengan konsep Menolong pelajar melihat perkaitan antara konsep Menggunakan ABM Pembelajaran melalui kajian luar Mengajar mengikut kebolehan pelajar
Contoh: Enaktif: pegang dan analisis kenderaan Ikonik: tonton dokumentari Simbolik: mengarang tentang kenderaan yang didedahkan.
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
LATAR BELAKANG
Pada tahun 1960-an ahli psikologi mula tertarik dengan pemprosesan maklumat, satu cabang ilmu sains komputer.
Ahli psikologi sedar bahawa teori pemprosesan maklumat boleh dijadikan satu model yang amat berguna untuk memahami bagaimana manusia memproses maklumat
PERBANDINGAN KOMPUTER VS OTAK MANUSIA
Komputer : Input – komputer ( proses maklumat) – output (print)Manusia : Input – otak ( proses maklumat) – output ( menulis, bercakap)
PEMPROSESAN MAKLUMAT (fokus pada apa yang berlaku dalam otak)
Teori pembelajaran yang menjelaskan bagaimana rangsangan masuk kedalam sistem ingatan dipilih dan diorganisasikan untuk disimpan dan diperoleh kembali dari ingatan apabila diperlukan (Wayer 1998)
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT MEMPUNYAI 3 KOMPONEN UTAMA:
Stor –stor maklumat (storage): tempat simpan maklumat seperti ingatan sensori, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang
Proses kognitif : menghantar maklumat dari satu stor ke satu stor yang
yang lain seperti penumpuan, persepsi, ulangan, penyekodan dan peroleh kembali
Metakognisi :mengawal proses – proses kognisi sebenar
MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
Proses- proses kognitif ↓ Metakognisi (penumpuan + persepsi)
↓
Rgsgan persekitaran → igtn sensori → igtn jgka pndk → ingatan jgka pnjg ↓ ↓ ↓ Hilang lupa lupa -Maklumat x ptg -Masa simpanan - Mklmt x diguna terhad - Mklmt x simpn -Kapasiti terhad dgn baik - Gangguan
RANGSANGAN DARI PERSEKITARAN DITERIMA OLEH DERIA MANUSIA
Ingatan sensori Ingatan sensori berlaku dalam masa yang singkat. Maklumat hanya
bertahan selama ½ - 4 saat.
Dalam masa ini, otak menentukan sama ada rangsangan itu perlu diberi tumpuan ataupun tidak. Proses tersebut bergantung pada persepsi kita tentang maklumat yang diterima.
Metakognitif : tumpuan dan persepsi kita terhadap sesuatu maklumat di awasi oleh metakognisi
Jika maklumat itu tak diproseskan ia akan hilang begitu sahaja.
Maklumat yang diberi tumpuan akan dienkod dan dimasukkan ke ingatan jangka pendek.
Tumpuan Proses yang mengawasi pengaliran maklumat dari ingatan sensori ke
ingatan jangka pendek Maklumat yang dianggap tidak penting tidak akan diberi tumpuan dan
akan hilang buat selama – lamanya.
Persepsi Rangsangan adalah tidak bermakna sehingga kita mentafsirnya dan
memberi makna kepadanya
Pentafsiran kita terhadap sesuatu maklumat yang diterima bergantung kepada pengalaman latar kita
Ingatan jangka pendek Maklumat yang telah diberi tumpuan dan ditafsir akan disimpan
dalam ingatan jangka pendek
Maklumat dalam jangka pendek boleh bertahan selama 20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang
Hanya boleh ingat 5 – 9 item pada sesuatu masa. Namun, kebanyakan orang dapat simpan 7 item.
Proses ulangan dikawal oleh metakognisi
Faedah – faedah Mententeramkan jiwa Menumpukan perhatian kepada maklumat yang penting sahaja.
Ingatan jangka panjang Maklumat dan pengalaman yang telah dienkodkan ( difahami) akan
dilihat ke ingatan jangka panjang. Ia boleh bertahan untuk selama – lamanya
Maklumat yang tidak bermakna pula tidak dapat dihantar ke ingatan jangka panjang. Ia boleh bertahan untuk selama – lamanya
Maklumat akan hilang dari ingatan jangka panjang jika tidak digunakan
3 bentuk ingatan jangka panjang1. Pengetahuan deklaratif
a. Memori semantikb. Memori episodik
2. Pengetahuan prosedul3. Imej mental
Pengetahuan deklaratif ( terdiri daripada memori semantik dan episodik)
memori semantik ( semua maklumat yang terdiri daripada fakta, konsep, prinsip, teori, dan hukum)
memori episodik ( semua peristiwa yang telah berlaku)
pengetahuan prosedural (maklumat berkenaan cara, kaedah, atau prosedur melakukan sesuatu.)
imej mental ( perwakilan abstrak dalam ingatan jangka panjang tentang sesuatu objek atau peristiwa)
STRATEGI – STRATEGI MENINGKATKAN INGATAN
chunking – proses mengumpulkan item-item secara mental ke dalam unit yang lebih besar dan bermakna
sesuatu “chunk” tidak mempunyai unit tertentu dan boleh merupakan 1 huruf, 1 angka, 1 perkataan dan 1 ayat. Ia juga
menjimatkan ruang ingatan jangka pendek
contoh 1: U N R contoh 2 : 284963425 ↓ ↓ Chunking chunking ↓ ↓ R U N 284 963 425
automatik – proses automatik berlaku apabila seseorang itu menggunakan operasi kognitif secara automatik untuk melakukan sesuatu.
pemprosesan bersama- pemprosesan bersama merupakan proses di mana komponen visual dan auditori saling melengkapi dalam ingatan jangka pendek.
teknik ingatan (mneumoniks)- merupakan satu kaedah atau sistem untuk meningkatkan ingatan.
Dalam perkataan lain ia merupakan alat bantu ingatan.- akronim: cipta kombinasi huruf. Contoh : PLUS – Projek
Lebuhraya Utara
-akoristik : cipta satu ayat dengan gunakan huruf pertama dalam perkataan yang hendak diingati.
Guru perlu: pastikan pelajar beri perhatian semasa proses pengajaran bantu pelajar kenal pasti & fokus pada maklumat penting menekankan pemahaman bukan hafalan sering membuat ulang kaji peka terhadap masalah tumpuan yang dihadapi oleh pelajar
ADHD.
TEORI TINGKAH LAKU PEMBELAJARAN ( TEORI PEMBELAJARAN PALING TUA DI DUNIA)
Tokoh Pavlov , Thorndike, Skinner Menekankan faktor persekitaran dalam proses pengajaran dan
pembelajaran John B.Watson : keadaan pelajar tidak penting tetapi persekitaran dia
penting. Faktor utama yang menentukan kejayaaan seseorang. Jelasnya Watson percaya bahawa pembelajaran bergantung kepada
persekitaran semata – mata.
Ivon Petrovich Pavlov (1849 – 1936) Dinamakan “ pelaziman klasik” ( classical conditioning) Seorang saintis Rangsangan → gerak balas ( sesuatu gerak balas itu menimbulkan
rangsangan) rangsangan menyebabkan gerak balas
Pelaziman klasik
anjing → makanan (gerak balas tak terlazim) ( rangsangan tak terlazim)
Anjing → loceng (tiada gerak balas) (rangsangan neutral )
Rangsangan tak terlazim ( makanan) + → gerak balas tak terlazimRangsangan neutral ( anjing jelir)
( loceng)
Loceng → anjing teliur ( gerak balas terlazim)( rangsangan terlazim)
Peringkat sebelum pelaziman Pavlov tunjukkan makanan kepada anjing ( rangsangan tak terlazim),
anjing keluarkan air liur ( gerak balas tak terlazim) Seterusnya, Pavlov membunyikan loceng ( rangsangan neutral), tidak
ada gerak balas daripada anjing
Peringkat semasa pelaziman Loceng ( rangsangan neutral) dibunyikan dan anjing diberi makanan
( rangsangan tak terlazim), air liurnya keluar ( gerak balas tak terlazim). Ini dilakukan beberapa kali
Peringkat selepas pelaziman Pelaziman berlaku apabila locengnya dibunyikan ( rangsangan
terlazim) dan anjing mengeluarkan air liurnya ( gerak balas terlazim), walaupun makanan tidak ditunjukkan
Rangsanga terlazim
Bunyi dril ( alatan doktor gigi) ↓Gerak balas terlazim
Takut Berpeluh Denyutan jantung bertambah cepat Ini kerana bunyi dril + sensasi sakit
Generalisasi organisma akan melakukan gerak balas yang sama walaupun
rangsangan yang menggerakkannya tidak serupa 100% contoh: bunyi loceng hampir sama ( berlainan kekuatan) contoh:
albert suka pada binatang berbulu putih ↓
bunyi kuat dikaitkan dengan binatang berbulu putih ( takut) ↓
albert takut pada binatang berbulu putih ( gerak balas tertlazim) ↓
generalisasi: takut pada semua binatang berbulu putih seperti tikus putih, arnab putih, kucing putih.
Diskriminasi Pavlov juga mengatakan bahawa anjing berkeupayaan untuk membuat
respon yang berbeza untuk rangsangan yang hampir sama. Contoh : bunyi loceng≠ bunyi siren bunyi loceng ≠ bunyi gong Diskriminasi bermakna kebolehan organisma mengesan serta
membezakan rangsangan – rangsangan yang dikaitkan dengan sesuatu yang dipelajarinya
Thorndike (1874 – 1949) – penting sebab dapat ramal tingkah laku Hukum kesan ( the law of effect)
Jika kesannya positif, tingkah laku yang sama cenderung berulang dalam situasi yang sama.
Jika kesanya negatif, tingkah laku cenderung tak akan berulang Ganjaran vs hukuman
Ganjaran Untuk mendapatkan ganjatan ( makanan) anjing cenderung
mengulangi tingkah laku yang diingini pelatih
Fred Skinner (1904 – 1990) Pelaziman operant Pengukuhan Jika sesuatu tingkah laku di ingini, ia hendaklah diberi peneguhan.
Jiak tiada peneguhan, tingkah laku itu akan terhapus. Contoh: kalau cikgu dah janji nak bagi bintang untuk semua budak
yang cemerlang tetapi cikgu tak bagi atau tidak buat dengan konsisten.
Implikasi pendidikan Generalisasi dan diskriminasi
- Bantu pelajar belajar membuat generalisasi & diskriminasi untuk membentuk tingkah laku pembelajaran yang dikehendaki
- Cth generalisasi: beri pujian kepada pelajar- Cth diskriminasi: puji pelajar darjah 3 yang mampu bezakan
ciri – ciri binatang liar & peliharaan
Peneguhan dan penghukuman- Sama ada sesuatu ganjaran itu dianggap menyenangkan atau
tidak bergantung kepada persepsi individu- Cth ganjaran: pelajar buat kerja dengan senyap → dapat
peluang bermain- Bagi markah tingkah laku macam sistem merit demerit
Pembentukan (shaping) - Merupakan proses mengajar tingkah laku baru dengan
memberi pengukuhan sedikit demi sedikit – tingkah laku yang ingin dibentuk itu tercapai.
- Cth:
Pelajat tidak ingin berinteraksi
↓ Guru bagi pujian kepada pelajar ini setiap kali dia cuba untuk berinteraksi ↓Peneguhan yang diberikan oleh guru akan bertambah sedikit demi sedikit sehingga dia mampu bergaul dengan pelajar lain
Jadual peneguhan Tidak boleh sentiasa memberi ganjaran kepada setiap tingkah lalu
yang dilaksanakan bagi tujuan membentuk tingkah laku
Jadual nisbah tetap (JNT) Sesuatu peneguhan hanya diberi selepas sesuatu tingkah laku
dilakukan buat beberapa kali.
KEPINTARAN DAN KREATIVITI PELAJAR
KEPINTARAN Kepintaran adalah salah satu istilah yang paling lazim digunakan dan
diperdebatkan dalam bidang sains mahupun kehidupan harian.
Umumnya kepintaran merupakan: tingkah laku yang nyata dan objektif pengetahuan sedia ada dan kebolehan belajar kebolehan menyesuaikan diri dalam persekitaran
UJIAN KEPINTARAN Alfred Binet telah membentuk Binet - Simon skala pada 1905
skla ini telah diperbaiki oleh Lewis M.Terman (1916) dan ia dinamakan standard – Binet Intelligance scale
keputusan skala ini menunjukkan IQ seseorang
Apa itu IQ??
I – IntelligenceQ - Quotient
Umur mental─────── X 100Umur kronologi
Umur mental: tahap umur dimana kognitif seseorang itu berfungsi/ kebolehan mentalnya
Umur kronologi : umur sebenar
KEPELBAGAIAN KECERDASAN – HOWARD GARDNER
kepintaran merupakan kebolehan untuk menyelesaikan masalah atau menghasilkan sesuatu yang dianggap berguna
Teori kepelbagaian kepintaran telah mengemparkan dunia pendidikan kerana ia melihat kepintaran dari satu perspektif baru untuk semua orang yang mempunyai 8 jenis kecerdasan
KECERDASAN / KEPINTARAN
Verbal logical/matematik kinestetik badan muzikal spatial intrapersonal interpersonal natural
kepintaran verbal
kebolehan menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan dan bertulis
kemahirannya meliputi mendengar, bercakap, menulis, mencipta sajak, bercerita, menerang, mengingat, dan memahami maklumat.
Contoh: sasterawan, wawancara, pengacara, peguam, cikgu, penterjemah.
Logical matematik
Berkebolehan memanipulasi simbol abstrak seperti nombor dan bentuk geometri, mampu melihat dan meramal hubungan sebab – akibat dan menentukan jawapan secara logikal
Contoh: ahli sains, jurutera, akauntan, pakar matematik
Anggota badan / kinestetik badan
Berkebolehan mengawal pergerakan tubuh dan mempunyai kemahiran memegang objek
Individu ini mengambarkan diri mereka melalui pergerakan mata dan tangan yang baik
Cth: atlit, penari, pelakon, pelawak
Muzikal
Kebolehan untuk berfikir dalam bentuk muzikal, mendengar, dan mengecam corak dan irama muzik
Kemahiran individu ini ialah menyanyi, bersiul, mengubah muzik, mengingati melodi, memahami struktur dan rentak muzik.
Cth: pemain alat muzik, ahli kugiran, penyanyi okestra, penyanyi koir, pengubah lagu
Spatial
Kepintaran spatial / visual merujuk kepada kebolehan individu untuk berfikir secara gambaran dan menterjemahkan imej dalam bentuk grafik
Individu yang mempunyai kepintaran ini boleh membentuk model secara visual dan mengaplikasikan model itu dalam situasi sebenar.
Cth: pereka fesyen, pereka dalaman, pereka grafik, arkitek, mekanik
Interpersonal
Kepintaran interpersonal merupakan kebolehan untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandangan orang lain
Individu ini juga dapat menggalakkan kerjasama dan mengekalkan kesejahteraan dalam kerja kumpulan atau aktiviti sosial
Cth: guru, ahli politik, diplomat, kaunselor, pegawai perhubungan awam.
Intrapersonal
Kebolehan untuk membuat refleksi diri sendiri dan sedar akan sifat dalaman diri.
Individu ini mampu memahami perasaan dalaman, impian dan sifat dirinya sendiri
Cth: pelajar siswazah, ahli falsafah, penyelidik,peniaga.
Natural
Mempunyai pengetahuan luas tentang alam sekitar Mampu membeza dan mengklasifikasikan tumbuhan, binatang, dan
bahan galian Contoh: ahli geologi, ahli biologi, pencinta alam sekitar
KREATIVITI Kreativiti mempunyai pelbagai definisi. Ia ditakrifkan sebagai ssatu
ciri yang dimiliki seseorang, satu produk atau hasil asli dan satu proses untuk menghasilkan satu yang unik.
Pengukuran kreativiti
Kreativiti kanak – kanak ini dimiliki melalui ujian kreativiti grafik yang dihasilka oleh E.P.Torrance
Keaslian ( originality) → skor dikira secara statistik Kelancaran ( fluency)→ jumlah jawapan yang berlainan Fleksibiliti → setiap kategori jawapan yang berlainan
Langkah – langkah menggalakkan pemikiran dalam kelas
Menggalakkan pelajar menguji dan mencuba kreativiti mereka- masalah yang diberikan oleh guru harus mengalakkan pelajar
berfikir.
Mengurangkan ganjaran- Pelajar akan terdorong untuk menyelesaikan masalah tersebut
dengan daya kreativiti mereka jika mereka berminat tentangnya
Memberi piliihan kepada pelajar- Pelajar akan lebih cenderung menggunakan kreativiti mereka
jika mereka mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan dalam proses mencipta.
Pastikan pelajar mempunyai pengalaman berjaya- Pelajar lebih cenderung menjadi kreatif jika mereka pernah
berjaya menggunakan kretiviti untuk menghasilkan sesuatu yang menarik dan asli
Melibatkan pelajar dalam proses penilaian- Pelajar boleh mendapat manfaat jika mereka diberi peluang
untuk membuat penilaian diri dan penilaian sesama rakan dan bukan dinilai oleh guru sahaja
Menggalakkan pelajar menyelesaikan masalah- Secara brainstromming- Brainstromming merupakan kaedah untuk mendapatkan
pelbagai idea secara individu ataupun secara berkumpulan untuk menyelesaikan masalah.
MOTIVASI DAN KONSEP KENDIRI DALAM KALANGAN PELAJAR
Motivasi Dorongan yang menggerakkan seseorang individu untuk melakuakn
sesuatu tindakan
Intrinsik Dorongan dalaman untuk melakukan sesuatu tindakan Kanak – kanak yang mempunyai motivasi intrinsik terdorong untuk
belajar sesuatu semata – mata untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan tentang sesuatu topik dan untuk memenuhi minat mereka.
Ekstrinsik Dorongan luaran untuk melakukan sesuatu tindakan Kanak – kanak yang mempunyai motivasi ekstrinsik belajar sesuatu
semata – mata kerana dorongan luaran daripada guru, ibu , bapa, sekolah atupun rakan sebaya.
KEPERCAYAAN – KEPERCAYAAN MOTIVASI
Orientasi matlamat instrinsik- Kepercayaan bahawa matlamat pembelajaran dapat ilmu
pengetahuan & kemahiran semata – mata
Orientasi matlamat ekstrinsik- Kepercayaan bahawa matlamat pembelajaran → dpat ganjaran
luaran
Nilai tugasan- Kepercayaan terhadap nilai sesuatu tugasan
Efikasi diri- Kepercayaan terhadap kebolehan diri untuk belajar
Kepercayaan terhadap kawalan pembelajaran- Kepercayaan sama ada pencapaian akademik merupakan
sesuatu yang terletak dalam kawalan diri
Kerisauan peperiksaan- Perasaan risau terhadap peperiksaan atau ujian
PEMBELAJARAN ATURAN KENDIRI
Orientasi maklumat intrinsik Orientasi maklumat ekstrinsik Nilai tugasan Efikasi diri Kepercayaan terhadap kawalan pembelajaran Kerisauan peperiksaan
Pembelajaran aturan kendiri adalah proses dimana seorang penuntut menjanakan & mengekalkan tingkah laku & kognisinya secara sistematik.
STRATEGI PEMBELAJARAN ATURAN KENDIRI
Ulang kaji Huraian Organisasi Pemikiran kritis Aturan kendiri metakognisi Pengurusan masa & persekitaran Aturan usaha Pembelajaran sebaya Meminta pertolongan
Ulang kaji Baca nota kuliah berulang kali Hafal konsep – konsep penting Senaraikan istilah – istilah penting
Huraian Kaitkan maklumat dengan pengetahuan sedia ada Kaitkan maklumat daripada pelbagai sumber Tulis catatan ringkas bagi idea utama
Organisasi Sewaktu baca buku rujukan & nota kuliah, cari isi - isi penting Buat kerangka isi penting Buat peta minda
Pemikiran kritis Menentukan sama ada sesuatu kenyataan / maklumat itu disokong
oleh bukti atau tidak Memikirkan kesimpulan alternative Personal & menilai sama ada sesuatu maklumat itu meyakinkan atau
tidak.
Aturan kendiri metakognisi Apabila keliru, cari jalan untuk memahaminya Sebelum mempelajari sesuatu pelajaran yang baru, anda akan melihat
secara menyeluruh
Pengurusan masa & persekitaran Pastikan belajar ditempat yang boleh beri tumpuan Mempunyai jadual belajar sendiri Pastikan dapat menghantar tugasan pada masa yang ditetapkan Sentiasa hadir kuliah Pastikan mempunyai masa untuk membuat ulang kaji sebelum
peperiksaan
Aturan usaha Kerja keras untuk berjaya dalam pelajaran walaupun anda tidak
menyukai apa yang dipelajari Tidak mudah putus asa.
Pembelajaran sebaya
Kerjasama dengan pelajar lain Bantu pelajar lain Tetapkan masa untuk belajar secara kumpulan
Meminta pertolongan Meminta penerangan pensyarah Bertanya pada pelajar lain Kenal pasti pelajar sekursus yang boleh bantu anda
Kepentingan pembelajaran aturan kendiri Pencapaian akademik yang tinggi Pembelajaran seumur hidup Kemahiran penting dalam persekitaran pembelajaran yang
menggunakan teknologi malkumat
KONSEP KENDIRI
Konsep kendiri adalah persepsi anda tentang diri anda
Konsep kendiri positif- Kesan: mempunyai pandangan hidup yang lebih positif, lebih
bahagia, lebih sihat. Sederhana
- Kesan: mempunyai banyak pencapaian yang sederhana, tidak banyak kejayaan besar kerana masih belum mencapai potensi diri.
Negatif- Kesan: mempunyai pandangan hidup yang negatif, tidak
bahagia
KONSEP KENDIRI FIZIKAL
Manusia sangup mengambil langkah yang drastik untuk mengubah konsep diri mereka
Kenapa konsep kendiri penting Maklum balas ( pujian / kritikan)
Kesan konsep kendiri negatif Maklum balas orang yang signifikan Kendiri yang ideal Pencapaian Perbandingan dengan orang lain
↓Pasif
Elakkan tugas sukar Aspirasi dan komitmen rendah Usaha yang terhad Menyalahkan diri sendiri dan nasib jika gagal Tertekan dan sentiasa risau
↓ Pencapaian rendah / gagalKesan
Pencapaian rendah Tidak puas hati dengan kehidupan Masalah kesihatan yang lebih tinggi Jangka hayat lebih pendek Stress lebih tinggi
Konsep kendiri positif Maklum balas orang yang signifikan Kendiri yang ideal
↓
Aktif Tangani tugasan dengan cekap Aspirasi dan usaha tinggi Mempunyai perancangan dan persediaan apabila melakukan tugas Tidak mudah putus asa Tekanan & kerisauan yang rendah
Bagaimana membentuk konsep kendiri positif
Nasihat pelajar terima dan sedia memperbaikinya- Atasi apa yang paling menghantui diri sendiri
Tidak ada orang yang boleh menukar konsep kendiri pelajar, kecuali dirinya sendiri
Ajar pelajar mengamalkan “self talk”( dialog dalaman / bisikan hati) yang positif
Bahasa mewarnai pengalaman
Bantu pelajar hakiskan pemikiran yang tidak rasional Tentukan matlamat yang realistik Bimbing pelajar analisis komen yang diterima secara rasional dan
objektif Pelajar harus lakukann yang terbaik. Jangan salahkan diri sendiri atas
perkara yang diluar kawalan Pelajar perlu sayangi diri sendiri dan bersyukur
GAYA KOGNISI DAN PERSONALITI PELAJAR
Otak manusia
Hemisfera kanan → mengawal bahagian kiri badan Hemisfera kiri → mengawal bahagian kanan badan 90% guna tangan kanan 7 – 8% guna tangan kiri / kidal 2 – 3 % menggunakan kedua – dua belah tangan Banyak individu yang mempunyai bakat – bakat kreatif adalah kidal,
misalnya pemuzik, pelukis dan arkitek
Tokoh kidal- George Bush- William J.Clinton- Sun Tzu
Banyak pemimpin adalah kidal. Mereka menggunakan pemikiran yang kreatif dan holistic dalam mencari jalan penyelesaian baru.
Pelbagai kesukaran yang dihadapi oleh orang kidal dalam kehidupan harian mereka.
Gaya kognisi hemisfera otak
Cara pembelajaran seseorang yang dipengaruhi oleh dominasi hemisfera otaknya
Pengkhususan fungsi hemisfera otak dinamakan lateralisasi otak ( Holder 2005)
Lateralisasi otak
Hemisfera kiri- Pemikiran analitik- Logik- Ikut turutan- Bahasa- Sains dan matematik
Hemisfera kanan- Pemikiran holistik- Spatial- Gerak hati- Ingatan- Kreativiti- Imaginasi- Seni dan muzik
Hemisfera dan gaya kognisi
Dua orang individu yang menyelesaikan tugasan yang sama tidak semestinya menggunakan strategi yang sama
Strategi – strategi yang digunakan dipengaruhi oleh gaya kognitif hemisfera
Penggunaan strategi adalah mengikut kecenderungan seseorang terhadap ciri – ciri kognitif dalam hemisfera kiri ataupun hemisfera kanan.
Keperluan pembelajaran
Dominasi kognisi pada hemisfera kanan- Apabila anda melakukan sesuatu anda sering mengikut gerak
hati anda dan bersifat emosional
- Anda juga seorang yang kreatif, suka membuat sesuatu yang baru dan berpotensi dalam bidang klasik , seni, reka bentuk.
Dominasi kognisi pada hemisfera kiri- Apabila anda melakukan sesuatu anda sering mengikut
urutan,berfikiran logik, peka pada butiran
- Anda juga berpotensi dalam bahasa
Tidak ada dominasi kognisi- Anda sering berasa berat hati semasa membuat sesuatu
keputusan. Ini kerana dari segi neurological anda mampu melakukan kebanyakkan kerja dengan menggunakan kelebihan kedua – dua hemisfera
Kaedah pengajaran guru
Guru – gaya kognisi hemisfera kiri- Suka pengajaran secara kuliah, sering bagi pelajar kerla
individu, kelas adalah teratur dan senyap
Pelajar – gaya kognisi hemisfera kiri
- Suka buat kerja individu, tidak suka kelas bising, sering ambil nota
Guru – gaya kognisi hemisfera kanan- Suka bagi aktiviti pada pelajar, banyak menggunakan alat bantu
mengajar, kelas adalah bising dan sibuk
Pelajar – gaya kognisi hemisfera kanan- Suka aktiviti kumpulan, minat pada subjek lukisan, tidak suka
mengarang
Guru – tiada gaya kognisi hemisfera yang dominasi- Gaya pengajaran tidak konsisten
Pelajar – gaya kognisi hemisfera yang dominan- Tidak konsisten dalam strategi pembelajaran
Pengajaran adalah satu cabaran
Gabungkan pengajaran secara kuliah dengan kerja kumpulan Benarkan aktiviti pembelajaran secara aktif Aplikasikan kesan audio video dalam pengajaran Selang – selikan tugasan berbentuk kumpulan dan individu Tegas terhadap semua pelajar yang menghantar tugasan lambat, tidak
membuat kerja rumah Galakkan pelajar menggunakan peta minda
Gaya pembelajaran ( Honey dan Munford, 1986)
Aktivis →gemar cari pengalaman baru, berusaha sendiri walaupun tanpa doronagn orang lain, berfikiran terbuka dan kreatif
Reflektif → gemar analisis data, ambil masa untuk buat kesimpulan, suka berfikir, suka mata pelajaran seperti sains, dan mempunyai kemahiran berfikir yang tinggi
Teoris → bersifat objektif, suka uji hipotesis, tidak emosional, suka membuat kesimpulan berdasarkan bukti, analisis,logik
pragmatis→ praktikal, mementingkan proses aplikasi idea dalam situasi sebenar, suka lawatan sambil belajar, eksperesif,kreatif dan inovatif
Personaliti
berasal dari perkataan “pesona” yang membawa maksud topeng / pelindung muka
personaliti secara relatifnya diandaikan stabil dan konsisten dalam keadaan dan masa yang berbeza
merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak, keupayaan, kepercayaan, motivasi, tingkah laku dan sebagainya
Personaliti
Big five – teori personaliti yang paling popular dalam pendidikan emosi (neuroticism) interpersonal ( agreeableness) intrapersonal ( extraversion) cari pengalaman ( openness to experience) cara kerja ( conscientiousness)
Neuroticism ( emosi)- bimbang- gementar- emotional- sering rasa bersalah- rasa serba kekurangan
Extraversion (intrapersonal)
- suka aktiviti sosial- aktif- suka bercakap- orientasikan manusia - suka keseronokan
Conscientiousness (cara kerja)
- teratur- bertanggungjawab- rajin- disiplin diri tinggi- pentingkan ketetapan masa
Openness to experience ( cari pengalaman)
- semangat ingin tahu yang tinggi- kreatif- kaya dengan idea asli- imaginasi- tidak conventional- minat pelbagai
Agreeableness ( interpersonal)
- berbudi bahasa - mudah percaya orang- sedia membantu- pemaaf- berterus terang
ciri – ciri personaliti dan pencapaian akademik
ciri personaliti cara kerja ( conscientionous) mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik
ciri personaliti cari pengalaman (openness to experience) mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik
interpersonal (agreeableness) mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik. Namun sukar mencapai keputusan yang cemerlang di peringkat tinggi kerana lazimmnya tidak dapat berfikir secara kritis.
Intrapersonal (Extraversion) mempunyai hubungan positif dengan pencapaian akademik di sekolah rendah namun apabila sampai ke peringkat menengah hubungan antara ciri extraversion dengan pencapaian akademik telah bertukar menjadi negatif
Hubungan antara ciri personaliti emosi ( neouroticism ) dengan pencapaian akademik adalah negatif
Ciri personaliti dan kerjaya
Pencapaian dalam ujian personaliti – big five merupakan salah satu kriteria yang akan diambil kira dalam temuduga oleh banyak syarikat yang bertaraf antarabangsa
Skor tinggi dalam extraversion, conscientonious, neouroticism dan agreeableness
Personality ( Carl Jung 1875 – 1961)
Extrovert – relaks, gemar kepada keseronokkan, suka bercampur gaul, aktif, gemarkan perubahan, suka bercakap, cepat bertindak balas dan mempunyai ciri – ciri kepimpinan
Introvert – pasif, gemar keseronokan, sensitif, pemalu, cermat, berfikir dulu sebelum bertindak, terancang, dan tidak suka ambil risiko
Ambivert – bagi individu yang mempunyai cirri personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert ataupun ektrovert maka mereka disifatkan sebagai ambivert.
PELAJAR KEPERLUAN KHAS
Disleksia Difficult with word Boleh menjejaskan kemahiran menulis, mengarang dan membaca
kanak – kanak malahan juga menganggu aspek pemahaman dan tulisan mereka.
Lelaki lebih cenderung mengalami masalah ini – membaca dan menulis
Masalah ini berpunca daripada masalah penafsiran bunyi – bunyi untuk otak. Mereka dapat mendengar dengan jelas tetapi menghadapu kesukaran untuk mentafsir bunyi tersebut.
Autisma Secara umumnya, autisma berpunca daripada kecacatan yang berlaku
pada struktur otak Kecacatan ini menjejaskan fungsi otak kanak- kanak tersebut akan
menunjukkan tanda luar biasa dari segi tingkah laku, emosi dan pertuturan.
ciri – cirri masalah autisma Masalah pertuturan Perkembangan emosi terbatas maka tidak suka berinteraksi dengan
orang lain Elak daripada memandang mata orang Ketawa dan menangis tanpa sebab
Suka menyusun objek dalam susunan yang tidak bermakna Mengulangi perbuatan yang sama Mengalami gangguan tidur Perangai yang sukar dikawal Terlalau sensitif dan tidak sensitif pada kesakitan
Teknik – teknik pengajaran Menyesuaikan kaedah mengajar untuk kanak – kanak yang
mempunyai autisma yang tidak serius Membenarkan kanak – kanak melakukan aktiviti pembelajaran secara
berseorangan Memberi tugasan yang menekankan aktiviti non – verbal seperti
menyusun gambar bersiri mengikut cerita, melukis dan sebagainya Secara berperingkat menggalakkan kanak – kanak akustik melibatkan
diri dalam kerja kumpulan
Masalah kanak –kanak ADHD dalam pemprosesan maklumat Tumpuan Impulsif Hyperaktif Berlaku kerana rangkaian dilapisan luar otak adalah tidak normal.
Masalah ini menjejaskan proses penghantaran pesanan ke otak. Akibat kepincangan ini, tingkah laku seseorang menjadi tak bertumpuan
Banci 2001 dan Kajian Kesihatan & Mobiliti Kebangsaan 1996 mendapati 330000 kanak – kanak @ 4.3% mengalami masalah ADHD (HospitalKL). 2005
Kira – kira 3% - 7% kanak –kanak yang sedang bersekolah menghadapi masalah ini dengan purata 2 orang bagi setiap kelas
Kanak – kanak ADHD ini sering dianggap sebagai anak nakal. Tak boleh duduk diam, lasak, bodoh, dan malas belajar ( Hospital KL) 2005
Crri – ciri masalah tumpuan Sukar menyiapkan kerja atau aktiviti yang diarahkan Elak & benci perkara yang memerlukan tumpuan fikiran Pelupa dan sering dianggap cuai Selalu hilang barang keperluan asas Kelihatah seperti tidak mendengar, waalupun bercakap dengannya
secara langsung Mudah terganggu
Kesukaran untuk memberi tumpuan dan kekal dalam1 aktiviti permainan sehingga tamat
Sukar menurut arahan
Membantu pelajar ADHD memberi tumpuan pada aktiviti pembelajaran Guru perlu menetapkan jumlah masa yang khusus untuk setiap aktiviti
- Untuk memastikan maklumat tersebut dapat dihantar ke ingatan jangka panjang, guru perlu memastikan bahawa pelajar faham apa yang dibacai itu supaya skema yang sempurna dapat dibentuk.
Guru harus memberi scaffolding yang lebih kepada pelajar ADHD ini untuk menyiapkan kerja mereka
Guru perlu menyediakan jadual waktu pembelajaran yang tetap untuk pelajar ADHD supaya mereka dapat meramal jumlah masa untuk memberi tumpuan pada setiap aktiviti
Menyusun kedudukan pelajar ADHD Memastikan pelajar ADHD mengetahui peraturan kelas yang
ditetapkan Memberi peluang kepada pelajar ADHD untuk menggunakan tenaga
berlebihannya
Pintar cerdas dan berbakat General intellectual ability Specific academic aptitude Creative and productive thinking Leadership ability Visual and performing arts Psychomotion ability
Kepintaran intelektual am Pencapaian tinggi dalam ujian IQ
Kepintaran akademik Kanak – kaanak yang mempunyai kepintaran akademik yang khas
mempunyai pencapaian luar biasa dalam satu – satu bidang tertentu contohnya dalam bahasa atau matematik
Kepintaran kreativiti Ia merupakan kepintaran untuk menghasilkan idea baru melalui
penggabungan elemen yang biasa dianggap berasingan
Kepintaran daya kepimpinan Didefinisikan sebagai the ability to direct individuals or groups to a
common decision or action
Kepintaran visual dan seni persembahan Kanak – kanak yang berbakat dalam seni menunjukkan kepintaran
dalam seni visual, muzik, tarian, drama dan bidang yang berkaitan
Kepintaran psikomotor Melibatkan koordinasi motor seperti praktikal, spatial, mekanikal dan
kemahiran fizikal