Download - kisah-kisah teladan
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
1/80
"Kedatangan Nabi Isa a.s."
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 4:49pm
Diriwayatkan oleh Muslim dari Al-Nawas bin Saman bahawa Rasulullah bersabda tentang Nabi
Isa: Beliau akan turun berdekatan dengan menara putih di timur Damsyik, dengan memakaipakaian kuning. Dua telapak tangannya terletak di atas sayap dua malaikat. Apabila dia
menundukkan kepalanya menitislah air. Apabila dia mengangkat kepalanya lagi, turunlah
daripadanya seperti untaian mutiara.
Berdasarkan hadis ini bererti Nabi Isa akan turun di Syam, bahkan juga di Damsyik, iaitu di sisi
menara sebelah timur. Beliau akan turun pada waktu fajar. Ibnu Katsir ada berkata:
Sesungguhnya tidak ada di Damsyik menara yang dikenal di sebelah timurnya kecuali yang
berada disamping masjid jamik Amawi, iaitu di sebelah timur Damsyik.
Menara tersebut telah diperbaiki pada zaman Ibnu Katsir, iaitu pada tahun 741 hijrah.
Pembiayaannya diambil dari harta orang-orang Nasrani yang sebelumnya telah membakar
menara masjid tersebut. Besar kemungkinan nanti Nabi Isa akan turun di tempat itu.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Paranabi semuanya bersaudara disebabkan ayah mereka satu dan hanya ibu mereka yang berlainan.
Sedangkan agama mereka adalah satu. Dan akulah orang yang paling dekat dengan Isa binMaryam kerana tidak ada Nabi di antara kami. Sesungguhnya dia akan turun. Apabila dia turun
nanti, untuk me-ngenalinya orangnya sedang dan kulitnya putih kemerah-merahan. Dia memakaipakaian yang kuning. Dari kepalanya seperti menitis air walaupun rambut dan kepalanya tidak
basah. Dia akan mengajak orang kepada Islam. Pada zamannya juga nanti dia akanmenghancurkan segala agama kecuali Islam. Allah SWT akan membinasakan Dajal pada
zamannya, bahkan di tangannya. Pada zamannya nanti dunia akan aman sehingga harimau dan
unta berkawan dengan baik. Begitu juga harimau dengan lembu, serigala dengan kambing.Kanak-kanak akan bermain dengan ular dan ular itu tidak menggigit mereka. Keadaan seperti itu
berjalan selama empat puluh tahun. Kemudian Nabi Isa a.s. wafat dan disembahyangkan oleh
kaum muslimin.
Muhammad s.a.w adalah nabi penutup dan tidak akan ada lagi nabi sesudahnya. Turunnya Nabi
Isa pada akhir zaman akan menguatkan lagi kebenaran agama Islam. Islam bererti menyerahkan
segala urusan bagi Allah yang Maha Esa dan tidak ada sekutu bagi-Nya, beriman dengan semuaRasul, berserah kepada Allah dan taat dengan sebenar-benar taat. Itu semua sebenarnya sudah
dianjurkan oleh agama-agama langit semenjak zaman Nabi Ibrahim, selaku bapa nabi-nabi,
sampai kepada Muhammad s.a.w selaku nabi terakhir.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
2/80
Isa a.s. adalah nabi dan rasul yang mulia, datang dari sisi Allah. Beliau dahulu sudah ada
membawa syariat kepada umatnya tiba-tiba beliau diangkat ke langit. Nanti di akhir zaman
beliau akan turun lagi dengan izin Allah tetapi bukan membawa agama atau syariat baru. Beliau
datang nanti untuk menguatkan agama Islam,
Ummu Syuraik bertanya kepaad Rasulullah s.a.w tentang hari Dajal: Ya Rasulullah, ke manaorang-orang Arab ketika itu? Rasulullah s.a.w menjawab: Jumlah mereka pada waktu ituterlalu sedikit. Mereka lari ke Baitul Maqdis menjumpai Imam mereka, seorang lelaki soleh
(Imam Mahdi menurut riwayat itu).
Ketika Imam mereka sudah berdiri di depan untuk mengimami solat Subuh, tiba-tiba datang
Nabi Isa. Imam mereka itu mundur untuk memberi peluang kepada Nabi Isa untuk mengimamisolat Subuh itu tetapi Isa a.s sambil memegang bahu Imam itu berkata: Teruskanlah,sesungguhnya iqamat dibacakan untuk engkau. Maka sembahyanglah mereka semua di
belakang Imam tadi.
Selesai solat, Isa a.s berkata kepada semua jemaah: Bukakan pintu itu. Mereka membukapintu masjid itu, tiba-tiba Dajal sudah berdiri di situ dan di belakangnya ada 70,000 Yahudi
lengkap membawa senjata.
Melihat Nabi Isa ada di dalam masjid itu, Dajal tiba-tiba saja layu atau cair seperti cairnya
garam disirami air. Dajal itu lari terbirit-birit kerana ketakutan. Nabi Isa bersama kaum Musliminterus saja mengejarnya kemudian menjumpainya di Babu Luddi. Dan di sanalah Nabi Isa
membunuh Dajal itu.
Orang-orang Yahudi pun akan dikalahkan dan dibinasakan Allah pada waktu itu. Mereka cuba
lari dan bersembunyi tetapi semua benda tempat mereka bersembunyi akan pandai bercakap atau
bercerita dengan izin Allah. Benda-benda dimaksud termasuklah dinding, batu, pokok kayu dansebagainya. Kalau ada orang Yahudi yang bersembunyi di balik belakang mereka, benda-benda
itu akan memberitahukannya. Termasuk juga satu pokok berduri (disebut pokok Yahudi), jika
mereka bersembunyi di bawahnya, pokok itu akan berkata: Wahai hamba Allah yang beriman,
di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.
Kata Rasulullah s.a.w lagi: Dajal akan berada di dunia selama empat puluh tahun. Satu tahun
lamanya seperti setengah tahun, terkadang seperti satu bulan. Satu bulan seperti satu minggu.
Dan pada hari yang terakhir terasa sekejap sahaja. Pagi-pagi kamu berada di pintu masuk kotaMadinah (Madinah pada zaman Rasul), sampai kamu di pintu yang lain hari pun masuk waktu
malam.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
3/80
Mendengar yang demikian ada yang bertanya: Bagaimana kami mengerjakan solat dalam waktu
yang begitu singkat ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w menjawab: Ukur sajalah jaraknya dan
bandingkan dengan waktu yang panjang sekarang ini.
Rasulullah s.a.w berkata: Isa bin Maryam akan memimpin umatku dengan bijaksana dan adil.
Beliau akan menghancurkan salib-salib yang ada di dunia ini dan akan membunuh semua babi.Beliau juga akan menghapuskan cukai. Manusia pada waktu itu tidak perlu membayar cukai,
bahkan zakat pun tidak dibayar lagi kerana tidak ada orang yang berhak menerimanya.
Pada hari itu semua makhluk dalam keadaan aman dan tenteram. Tidak ada saling cemburu,
dengki, saling memarahi dan mengganggu antara sesama makhluk Allah. Sehingga ada anakperempuan yang bermain-main dengan harimau dan harimau itu tidak menerkamnya, begitu juga
kambing berkawan dengan serigala. Seluruh dunia ketika itu nanti diliputi oleh kedamaian,keamanan dan ketenteraman. Bahkan ketika itu nanti tidak ada pertelingkahan keyakinan dan
pendapat. Tidak ada yang disembah selain Allah.
Orang Arab ketika itu nanti akan merampas kembali semua miliknya. Bumi mengeluarkancahayanya, menumbuhkan tanam-tanamannya seperti zaman Nabi Adam. Sehingga manusia
akan memetik buah anggur dan delima sehingga mereka kenyang memakannya.
Ibnu Katsir berkata: Abdul Rahman Al-Muharibiy berkata: Sebaiknya hadis ini dijadikanuntuk mendidik saja. Hadis ini tidak sahih tetapi banyak hadis lain yang hampir sama maksudnya
dengannya. Di antaranya ada diriwayatkan oleh Muslim dari Abdullah bin Umar, bahawa
Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu akan memerangi orang-orang Yahudi. Kamu akanmemerangi mereka habis-habisan sehingga batu tempat mereka bersembunyi pun akan berkata:
Wahai orang muslim, di sini ada orang Yahudi, bunuhlah dia.
Menurut riwayat, bumi nanti akan mengeluarkan segala khazanah kekayaannya, iaitu padazaman Nabi Isa. Pada waktu itu dunia dalam keadaan makmur dan harta melimpah ruah,
sehingga tidak ada lagi orang yang berhak menerima zakat.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
4/80
Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: Sudah hampir masanya turun kepada
kamu Ibnu Maryam menjadi hakim yang adil, yang akan membunuh Dajal, membunuh babi,menghancurkan salib dan menghapuskan cukai kerana harta ketika itu melimpah ruah. Ketika itu
nanti manusia hanya sujud kepada Allah Tuhan sekalian alam.
Diriwayatkan oleh Ahmad, dari Ibnu Masud, dari Rasulullah s.a.w: Pada malam aku diisrakmikrajkan, aku telah berjumpa dengan Ibrahim, Musa dan Isa a.s. Mereka membincangkan hari
kiamat dengan menanyakan permasalahannya kepada Ibrahim. Tetapi beliau hanya menjawab:
Tidak ada pengetahuanku tentang hari kiamat. Cuba kalian tanya kepada Musa. Mereka tanyaNabi Musa tetapi beliaujuga hanya menjawab: Aku tidak tahu tentang kiamat. Cuba kaliantanyakan kepada Isa.
Mereka tanyakan kepada Isa kemudian beliau berkata: Sebenarnya tidak ada yang mengetahuimasalah ini kecuali Allah. Menurut yang dijanjikan Allah kepadaku, Dajal nanti muncul
sedangkan di tanganku ada dua sabit (alat pemotong). Sebaik saja Dajal itu melihat aku, dia pun
hancur seperti hancurnya timah yang terkena panas. Allah akan membinasakannya, begitu jugaorang-orang kafir lainnya. Sehingga batu dan pokok kayu nanti akan ikut berkata: Wahai orangmuslim, di bawahku ada orang kafir bersembunyi, marilah dan bunuhlah dia.
Kata Nabi Isa lagi: Setelah Allah SWT membinasakan mereka, orang-orang muslim pulang kerumah mereka masing-masing. Dalam keadaan demikian keluar pula Yakjuj dan Makjuj, yakni
bertebaran dari segenap penjuru.
Kerana banyaknya Yakjuj dan Makjuj itu, maka semua kampung dan tempat tidak ada yang
tidak dipijak oleh mereka. Mereka memakan semua makanan yang ada dan meminum semua air.
Setelah habis makanan dan buah-buahan, daun-daunan pun habis mereka makan. Air sungai dan
tasik semua habis mereka minum.
Tambah beliau lagi: Orang-orang mukmin ketika itu tidak tahan melihat ulah Yakjuj dan
Makjuj itu sehingga mereka memohon kepada Allah supaya dibinasakan binatang itu. Berkat doa
mereka itu, Yakjuj dan Makjuj itu mati semua. Sekarang timbul masalah yang cukup besar lagi,yakni bangkai Yakjuj dan Makjuj yang bergelimpangan di mana-mana. Di mana-mana seluruh
dunia terasa bau bangkai. Akhirnya Allah SWT menurunkan hujan lebat sehingga bangkai-
bangkai itu hanyut ke sungai dan kemudian hanyut ke laut.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
5/80
Diriwayatkan oleh Ismail bin Ishak, Rasulullah s.a.w bersabda: Belum terjadi kiamat sebelum
Isa bin Maryam berjalan di udara untuk mengerjakan haji dan umrah, atau sehinga Allah SWTmenghimpunkan haji dan umrah dan menjadikan Ashabul Kahfi sahabatnya. Nabi Isa dan
kelompok Ashabul Kahfi akan berjalan untuk mengerjakan haji kerana mereka selama ini belum
mati dan belum pernah mengerjakan haji.
Sebelum ini sudah diterangkan riwayat dari Abu Hurairah yang mengatakan bahawa Nabi Isa a.s
akan memimpin dunia nanti selama 40 tahun. Namun demikian disebutkan dalam sahih Muslim,
dari Abdullah bin Amr bahawa Nabi Isa akan berada di dunia selama 7 tahun. Pendapat yanglebih kuat ialah yang mengatakan 40 tahun. Menurut Ibnu Katsir kedua-dua pendapat itu sama-
sama benar. Maksudnya kata beliau Nabi Isa diangkat ke langit pada usia 33 tahun, kemudian
turun nanti ke dunia selamaa 7 tahun lagi, yakni sebelum beliau diwafatkan Allah SWT. Setelah
tujuh tahun memimpin dunia, Nabi Isa wafat. Maka umur Nabi Isa secara keseluruhannya 40tahun. Wallahu A'lam.
Menurut Ibnu Katsir, sesuai dengan yang termaktub dalam hadis sahih, Yakjuj dan Makjuj akankeluar pada zaman Nabi Isa. Kemudian Allah SWT memusnahkannya berkat doa Nabi Isa pada
satu malam. Ada juga disebutkan dalam hadis bahawa Nabi Isa akan mengerjakan haji setelahturun nanti. Muhammad bin Kaab Al-Quraiziy berkata, Ashabul Kahfi akan menjadi sahabatNabi Isa nanti dan mereka akan sama-sama mengerjakan haji. Katanya Nabi Isa akan wafat di
Madinah. Beliau akan disembahyangkan oleh kaum muslimin dan dimakamkan berdekatan
dengan makam Rasulullah s.a.w.
Menurut riwayat, Isa bin Maryam akan dimakamkan bersebelahan dengan kuburan Nabi
Muhammad s.a.w, kuburan Abu Bakar dan Umar. Bererti kuburan Nabi Isa merupakan kuburan
yang keempat.
"Pengorbanan Siti Hajar Isteri Nabi Ibrahim"
byEddy Sii TengkorakManon Wednesday, August 24, 2011 at 11:20pm
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti
Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajarmenjadi madunya.
Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun,Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
6/80
Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa
gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.
Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah
mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.
Nabi Ibrahim dan Siti Hajar serta anak mereka lantas menuju ke Baitul Haram.
Siti Hajar adalah lambang wanita sejati yang taat kepada suami dan perintah Allah. Segalakesukaran, kepahitan, keresahan yang ditempuh Siti Hajar bersama anaknya kecilnya, Ismailketika ditinggalkan Nabi Ibrahim di tengah-tengah padang pasir kontang, adalah lambang
kesetiaan dan kepatuhan seorang isteri kepada peraturan suaminya.
Inilah iktibar kisah daripada al-Quran yang menggambarkan seorang isteri contoh yang menjadi
lambang kewanitaan sejati. Kalau wanita Islam hari ini bersemangat kental seperti Siti Hajar,
tentulah mereka akan sentiasa bahagia dan tidak akan mengenakan sekatan tertentu terhadap
suami.
Contoh yang ditunjukkan oleh Siti Hajar, yang sanggup menempuh pelbagai kesusahan hidup
semata-mata kerana taatkan perintah Allah dan suaminya, tidak syak lagi suatu contoh cukup
baik untuk diteladani.
Kisah ketabahan Siti Hajar, turut mempunyai kaitan dan falsafah penting ketika umat Islam
menunaikan ibadat haji sekarang. Sebab itulah bagi jemaah yang berada di tanah suci, sama ada
ketika mengerjakan umrah atau haji, mereka difardu atau dirukunkan selepas tawaf di Batitullahal-Haram, menunaikan sai iaitu berulang alik dari Safar ke Marwah sebanyak tujuh kali. Ia
bertujuan mengingati kembali falsafah penderitaan yang ditanggung Siti Hajar itu.
Berikut adalah sebahagian kisah pengorbanan Siti Hajar.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
7/80
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
8/80
Siti Hajar bertanya lagi: Kalau bukan kerana dosaku, bagaimana dengan anak ini Anak ini
tidak tahu apa-apa. Tergamakkah engkau meninggalkannya?
Kepiluan dan kesedihan Nabi Ibrahim, hanya Allah yang tahu. Katanya: Tidak, bukan itumaksudku. Tapi apa dayaku ketahuilah, ini semua adalah perintah Allah.
Apabila disebut perintah Allah, Siti Hajar terdiam. Kelu lidahnya untuk terus merayu. Terbayang
olehnya penderitaan yang bakal dihadapi sendirian nanti. Dia yakin kalau tidak kerana perintahAllah, masakan sanggup suaminya meninggalkan dia serta anaknya di situ.
Siti Hajar sedaya upaya menguatkan pergantungan dan pertolongan kepada Allah. Namunhatinya masih tertanya-tanya, apakah hikmah di sebalik perintah Allah itu? Ketika gelodak
hatinya semakin memuncak, dengan rahmat Allah, disingkapkan penglihatan Siti Hajar ke suatumasa akan datang. Digambarkan tempat itu nantinya akan didatangi oleh manusia dari serata
pelosok dunia, yang berduyun-duyun datang untuk membesarkan Allah.
Melihat peristiwa itu, terpujuklah hatinya. Cinta dengan Allah, dengan menegakkan agama-Nya,
perlukan pengorbanan. Lalu dengan hati yang berat tetapi penuh keyakinan, Siti Hajar berkata
kepada suaminya: Jika benar ia adalah perintah Allah, tinggalkanlah kami di sini. Aku reda
ditinggalkan. Suara Siti Hajar mantap sambil mengesat air matanya.
Ditabahkan hatinya dengan berkata: Mengenai keselamatan kami, serahkanlah urusan itu
kepada Allah. Pasti Dia akan membela kami. Masakan Dia menganiaya kami yang lemah ini.
Siti Hajar menggenggam tangan suaminya. Kemudian dikucupnya, minta reda di atas segala
perbuatannya selama mereka bersama. Doakanlah agar datang pembelaan Allah kepada kami,
kata Siti Hajar.
Nabi Ibrahim terharu dan bersyukur. Isterinya, Siti Hajar memang wanita terpilih. Dia segera
mengangkat tangannya untuk berdoa: Ya Tuhan kami. Aku tinggalkan anak dan isteriku dipadang pasir yang tandus tanpa pohon berkayu dan buah-buahan. Ya Tuhan kami, teguhkanlah
hati mereka dengan mendirikan sembahyang, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka,
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
9/80
kurniakanlah rezeki pada mereka daripada buah-buahan mudah-mudahan mereka bersyukur
kepada-Mu.
Menitis air matanya mendoakan keselamatan anak dan isteri yang dicintai. Hati suami manayang sanggup meninggalkan anak dan isteri di padang pasir tandus yang sejauh enam bulanperjalanan dari tempat tinggalnya. Namun atas keyakinan padu pada janji Allah, ditunaikan juga
perintah Allah walaupun risiko yang bakal dihadapi adalah besar.
Selesai berdoa, tanpa menoleh ke arah isteri dan anaknya, Nabi Ibrahim terus meninggalkan
tempat itu dengan menyerahkan mereka terus kepada Allah. Tinggallah Siti Hajar bersama
anaknya yang masih merah dalam pelukannya. Diiringi pemergian suaminya dengan linangan air
mata dan syukur. Ditabahkan hati untuk menerima segala kemungkinan yang berlaku.
Tidak lama selepas pemergian Nabi Ibrahim, bekalan makanan dan minuman pun habis. Air
susunya juga kering sama sekali.
Anaknya Ismail menangis kehausan. Siti Hajar hampir buntu. Di mana hendak diusahakannya air
di tengah padang pasir yang kering kontang itu?
Sedang dia mencari-cari sumber air, dilihatnya dari jauh seperti ada air bertakung. Dia berlari kearah sumber air itu. Tetapi apa yang dilihatnya hanyalah fatamorgana.
Namun Siti Hajar tidak berputus asa. Dari tempat lain, dia ternampak seolah-olah di tempat dimana anaknya diletakkan memancar sumber mata air.
Dia pun segera berlari ke arah anaknya. Tetapi sungguh malang, yang dilihatnya adalah
fatamorgana. Tanpa disedari dia berulang-alik sebanyak tujuh kali antara dua bukit, Safa danMarwa untuk mencari sumber air.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
10/80
Tubuhnya keletihan berlari ke sana ke mari mencari sumber air, namun tiada tanda-tanda dia
akan mendapat air. Sedangkan anak yang kehausan itu terus menangis sambil menghentak-hentakkan kakinya ke bumi. Tiba-tiba dengan rahmat Allah, sedang Siti Hajar mencari-cari air,
terpancutlah air dari dalam bumi di hujung kaki anaknya Ismail.
Pada waktu itu gembiranya hati Siti Hajar bukan kepalang. Dia pun mengambil air itu dan
terkeluar dari mulutnya, Zami, zami, zami.. yang bermaksud, berkumpullah, kumpullah.Seolah-olah dia berkata kepada air itu, Berkumpullah untuk anakku.
Selepas peristiwa itu, kabilah yang berlalu akan berhenti untuk mengambil air. Ada pula yang
terus bermastautin di lembah Bakkah (Makkah) kerana dekat dengan sumber air itu. Begitulah
kehendak Allah. Sengaja didatangkan sebab musabab untuk menjadikan Islam gemilang dan
Makkah menjadi tumpuan manusia.
"Romantiknya Nabi"
byEddy Sii TengkorakManon Wednesday, August 24, 2011 at 10:57pm
Assalamualaikum w.b.t
Info tentang sifat romantik nabi muhammad s.w.t kekasih Allah dengan harapan..
semoga ianya dapat dijadikan contoh tauladan dalam kehidupan kita sebagai ummatnya..
insyaallah...
Kisah-kisah rumahtangga, sebut-sebut pasal POLIGAMI, bincang-bincang
suami lebih muda dari isteri dan pelbagai cerita serta tauladan yang
dapat diambil marilah kita bersama-sama talaudani kisah ROMANTIK RASULULLAH SAW
bersama isterinya.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
11/80
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
12/80
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 4:47pm
Seorang yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk
tidur.Sekiranya dia tidur mengikut Sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadat.Allah
swt hanya akan terima ibadat yang dilakukan dengan ikhlas.Tidur adalah ibadat yang paling
ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur.Ganjaran Allah swt untuk orangyang amalkan Sunnah sangat besar.Satu Sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran
100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjaminseseorang untuk masuk syurga.
Di dalam tidur sendiri ada banyak Sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara
Nabi SAW,dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin diadapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.
Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa
harian) tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira
sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah?
Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 33 X.
4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat
jahat manusia.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
13/80
5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia
bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatanorang.
6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum
tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih
mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buatsenaman ringan sebelum tidur.
Peringatan : Pesan Nabi saw, dilarang tidur meniarap terutama lelaki.Sekiranya tidur dengan kainpelikat, ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap,dibawahnya Syaitan/ Jin
Betina.Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat Rahmat danmengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca doa, Syaitan/Jin akan bersama-
sama menjamah isteri kita. Kemungkinan besar benih yang masuk bercampur dengan benih-
benih Syaitan/ Jin. Jadi jangan marah kalau anak-anak ikut perangai "bapa-bapa angkat" merekaketika kita bersetubuh dulu."
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika
salah seorang di antara kamu berasa mengantuk , hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasamengantuk . Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca
istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
14/80
Islam mementingkan tidur dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan
baik dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan kecergasandalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang muslim juga dikira sebagai satu
ibadat sekiranya ia memenuhi adap2 dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaikbaik gosok gigi anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambilwuduk sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah tidur anda akan
sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam . Bukan sahaja tidak
elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu . Perut yang kenyangjuga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk mahupun menghadapi masalah sukar
untuk bangun .
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah
anda lakukan sepanjang harian . Sekiranya anda melakukan perkaraperkara yang baik ,tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang baik . Tetapi sekiranya anda
banyak melakukan kesilapan dan perbuatan mungkar , berazamlah untuk berubah danberistighfar memohon keampunan daripada Allah S.W.T
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan mata , amalkan membaca doa atau surahsurah tertentu terlebih
dahulu . Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap ke kiblat .
Rasulullah S.A.W sering mengamal membaca surah AlIkhlas , AlFalaq dan
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
15/80
AlNas dan kemudiannya dihembuskan bacaan itu di keduadua belah tangannya lalu digosok
ke seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai . Bacaan dan perbuatan baginda inidiulang sebanyak tiga kali berturutturut .
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan untuk membaca surah AlKausar sebanyak tiga kali sambil berniat di
dalam hati mahu bangun awal . Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri danmenunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana telahmemanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami
sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan dibangkitkan Kemudian lakukan sedikitregangan untuk melonggarkan otototot badan .
Jahatnya Abu Jahal"
byEddy Sii TengkorakManon Wednesday, August 24, 2011 at 10:50pm
"Pada suatu hari, Abu Jahal memerintahkan pengikut-pengikutnya untuk mengorek sebuahlubang yang dalam. Didalam lubang itu diisikan dengan pelbagai jenis benda tajam seperti kaca,
buluh runcing, besi tajam dan sebagainya. Kemudian lubang itu ditutup kembali untukmenyembunyikan segala barangan yang berbahaya didalamnya.....
Kemudian dia berpura-pura sakit dan memerintahkan hambanya supaya memberitahu Rasulullah
tentang kesakitannya dan meminta Rasulullah datang melawatnya. Maka pergilah khadamnyake rumah Rasulullah dan memberitahu perkabaran tersebut. Tanpa berlengah, datanglah
Rasulullah yang berhati mulia dan bersangka baik terhadap bapa saudaranya itu. Sampai sekerat
jalan, Rasulullah mendapat ilham daripada Allah tentang pembohongan Abu Jahal dan
Rasulullah pun berpatih balik ke rumahnya.
Menyedari yang dirinya tak boleh menipu Rasulullah, maka marah benarlah Abu Jahal sambil
berlari turun dari rumahnya sambil memaki hamun Nabi Muhammad..Dalam kesibukan dankemarahannya, maka Abu Jahal lupa tentang lubang perangkap yang digalinya sendiri. Lalu dia
terjatuh ke dalam lubang tersebut dan meraunglah dia kerana kesakitan akibat terpijak benda-
benda tajam didalamnya.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
16/80
Mendengarkan raungannya itu, maka semua khadamnya pun datanglah untuk menolong Abu
Jahal. Mereka menghulurkan tali untuk menaikkan Abu Jahal dari lubang yang berbahaya itu.
Tapi Allah maha kuasa, semakin panjang tali yang dihulurkan, semakin dalam lubang tersebut
dan Abu Jahal tidak dapat memegang tali yang dihulurkan. Akhirnya Abu Jahal putus asa danberkata Kamu semua tak akan berjaya menaikkan aku. Hanya Muhammad yang akan berjaya
menyelamatkan aku dari lubang ini. Pergi panggil Muhamad
Setelah Rasulullah tiba ditempat kejadian, beliau hanya menghulurkan tangan untuk menaikkan
Abu Jahal dari dalam perigi tersebut. Akhirnya selamatlah Abu Jahal. Sebaik sahaja Abu Jahal
dapat diselamatkan, maka terserlah sifat jahat Abu Jahal. Sebaik saja beliau selamat, Abu Jahal
terus mengatakan Hebat sunguh syihirmu ya Muhammad. Demikianlah degilnya dan jahatnyaperangai Abu Jahal"
Adakah lagi orang yang bersifat seperti Abu Jahal?
Adakah lagi manusia yang mempunyai keperibadian seperti Rasulullah SAW??
Berusaha la untuk mencontohi sifat dan keperibadian Rasulullah SAW dan menghindari sifat
seperti Abu Jahal..semoga kita mendapat keredhaan Allah SWT.Smoga kisah di atas dapat
memberi pengajaran kepada kita semua..
"Perabot Rumah Nabi Muhammad SAW"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 4:33pm
Diriwayatkan dari Anas ra dia berkata, saya masuk ke rumah Rasulullah SAW, waktu itubaginda sedang tiduran di ranjang dengan mengenakan selimut. Di atas kepalanya bantal yang
terbuat dari kulit yang diisi serabut. Lalu, seorang sahabat masuk ke kamarnya yang diikuti oleh
Umar. Rasulullah SAW membalikkan badannya sehingga Umar melihat baju Rasulullah SAW
tersingkap antara punggung dan seprei , lantas ia melihat ada bekas-bekas pada punggung
Rasulullah SAW. Umar menangis. Lalu, Rasulullah SAW bertanya kepadanya, apakah yangmembuat kamu menangis? Umar menjawab , demi Allah, saya menangis setelah mengetahui
bahawa engkau lebih mulia dari raja-raja dan kaisar. Mereka hidup sesuai dengan kemahuan didunia (mewah dan kaya). Sementara engkau adalah Rasulullah(utusan Allah). Seperti yang saya
lihat, engkau tidur di tempat seperti ini (sangat sederhana). Rasulullah SAW lalu bertanya,
bukankah kamu suka kalau mereka mendapat kesenangan dunia sementara kita mendapat
kesenangan akhirat?. Umar menjawab, tentu, wahai Rasul.. Kemundian Rasulullah SAWberkata lagi, Memang demikianlah adanya.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
17/80
(HADIS RIWAYAT AHMAD)
Diriwayatkan dari Amr bin Muhajir, bahawa perabot rumahtangga Rasulullah SAW tersimpan di
rumah Umar bin Abdil Aziz yang setiap hari boleh ia lihat. Ketika orang-orang Quraisyberkumpul, dia mengajaknya masuk ke rumah tersebut lalu memperlihatkan perabot rumah Nabi
itu. dia berkata, inilah warisan orang paling dimuliakan dan paling diagungkan Allah. Lalu
Umar bin Abdil Aziz berkata, perabot tersebut terdiri daripada ranjang yang diberikan seprei
pita. Bantal yang diperbuat dari kulit yang berisi serabut, mangkuk besar, kendi, baju, batu
ulekan dan tempat tempat anak panah yang yang berisi anak panah. Pada benangnya terdapatbekas keringat yang baunya lebih harum daripada bau misk. Pada waktu itu, ada seorang yang
terkena penyakit, lantas mereka meminta untuk membasuh sebahagian bekas keringat tersebut
lalu dimasukkan ke dalam botol sebagai ubat. Keadaan tersebut diceritakan kepada Umar, lantas
beliau memberikannya, maka sembuhlah orang tersebut
"Gurau dan Canda Rasulullah SAW"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 4:24pm
Rasulullah SAW bergaul dengan semua orang. Baginda menerima hamba, orang buta, dan anak-
anak. Baginda bergurau dengan anak kecil, bermain-main dengan mereka, bersenda gurau
dengan orang tua. Akan tetapi Baginda tidak berkata kecuali yang benar saja.
Suatu hari seorang perempuan datang kepada beliau lalu berkata,
"Ya Rasulullah! Naikkan saya ke atas unta", katanya.
"Aku akan naikkan engkau ke atas anak unta", kata Rasulullah SAW.
"Ia tidak mampu", kata perempuan itu.
"Tidak, aku akan naikkan engkau ke atas anak unta".
"Ia tidak mampu".
Para sahabat yang berada di situ berkata,
"bukankah unta itu juga anak unta?"
Datang seorang perempuan lain, dia memberitahu Rasulullah SAW,
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
18/80
"Ya Rasulullah, suamiku jatuh sakit. Dia memanggilmu".
"Semoga suamimu yang dalam matanya putih", kata Rasulullah SAW.
Perempuan itu kembali ke rumahnya. Dan dia pun membuka mata suaminya. Suaminya bertanya
dengan keheranan, "kenapa kamu ini?".
"Rasulullah memberitahu bahwa dalam matamu putih", kata istrinya menerangkan. "Bukankah
semua mata ada warna putih?" kata suaminya.
Seorang perempuan lain berkata kepada Rasulullah SAW,
"Ya Rasulullah, doakanlah kepada Allah agar aku dimasukkan ke dalam syurga". "Wahai ummifulan, syurga tidak dimasuki oleh orang tua".
Perempuan itu lalu menangis.
Rasulullah menjelaskan, "tidakkah kamu membaca firman Allah ini,
Serta kami telah menciptakan istri-istri mereka dengan ciptaan istimewa, serta kami jadikan
mereka senantiasa perawan (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya, serta
yang sebaya umurnya".
Para sahabat Rasulullah SAW suka tertawa tapi iman di dalam hati mereka bagai gunung yang
teguh. Na'im adalah seorang sahabat yang paling suka bergurau dan tertawa. Mendengar kata-
kata dan melihat gelagatnya, Rasulullah turut tersenyum.
"RASULULLAH MERINDUI UMAT AKHIR ZAMAN"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 4:05pm
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka
seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali diamendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubahwarna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
19/80
saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula
menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah
menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian bagindabersuara:
"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagaiRasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta
mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan ikhwan baginda:
"Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir
dengan Allah," jelas Rasulullah. Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi,"Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah
menyangkal hujah sahabatnya itu.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
20/80
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang
sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Merekamembaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapatberjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku
tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika
membisu. Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
Begitulah nilaian Tuhan. Bukan jarak dan masa yang menjadi ukuran. Bukan bertemu wajah itu
syarat untuk membuahkan cinta yang suci. Pengorbanan dan kesungguhan untuk mendambakandiri menjadi kekasih kepada kekasih-Nya itu, diukur pada hati dan buktikan dengan kesungguhan
beramal dengan Sunnahnya.
Pada kita yang bersungguh-sungguh mahu menjadi kekasih kepada kekasih Allah itu, wajarlah
bagi kita untuk mengikis cinta-cinta yang lain. Cinta yang dapat merenggangkan hubungan hati
kita dengan baginda Rasulullah.
salam untuk mu yaa...rasulullah.....
"SIRAH ISTERI-ISTERI NABI"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 3:55pm
semoga kita sama-sama mencontohi keperibadian mereka.
1-Kisah isteri Nabi Adam a.s
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
21/80
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
22/80
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
23/80
Menanamkan iman memerlukan proses yang jauh lebih mendalam dari itu. Di antara proses yang
paling utama untuk menanamkan iman ini ialah menanamkan rasa bertuhan dalam diri anak-anak. Setelah anak-anak diajar tentang sifat-sifat Tuhan, kita perlulah mengasaknya dalam diri
anak-anak sehingga mereka benar-benar dapat rasakan sifat-sifat Tuhan itu. Cara paling mudah
untuk melakukannya ialah dengan mengajar dan mengajak anak berhubung dan bercakap-cakap
dengan Tuhan dalam setiap keadaan
Tetapi sebelum itu, anak perlu difahamkan SIAPA itu Tuhan. Kalau masalah itu ialah masalah
yang memerlukan pergantungan, contohnya dia perlukan wang yang lebih untuk peralatansekolah, ajak anak supaya dia boleh menganggap Tuhan itulah sebenar-benar ibu dan ayahnya
(maksudnya, termpat pergantungan yang sebenar-benarnya).
Datangkan hujah-hujah kepada anak, misalnya:
* walaupun kita sebagai ibu yang melahirkannya, tetapi hakikatnya Tuhanlah menciptakandirinya daripada tiada kepada ada dan memberikan nyawa.
* Kalau ayah pula bekerja keras mencari rezeki untuk keluarganya, maka hakikatnya Tuhanlahyang mengurniakan rezeki itu. Tuhanlah yang menciptakan ayahnya, menyihatkan dan memberitenaga kepadanya sehingga dia boleh bekerja untuk mencari rezeki. Oleh itu, tempat
pergantungan dan tempat meminta sebarang hajat hanyalah kepada Tuhan yang benar-benar
berkuasa.
* Begitu juga, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar
kawan di waktu dia dilanda masalah kesunyian, difitnah atau disalah sangka oleh kawan. Dialah
kawan yang paling setia. Di setiap waktu, Tuhan akan mendengar aduannya dan Tuhanlahpenyelesai segala masalah.
Kalau kawan ada had masa untuk dia berjumpa, dengan Tuhan tidak ada had masa. Kalaudengan kawan, perlu dia berjumpa di sesuatu tempat, dengan Tuhan, dia tidak perlukan tempat
untuk berjumpa. Kalau kadang-kadang kawan tidak mahu atau tidak mampu melayankerenahnya, Tuhan sentiasa bersedia untuk melayan kerenahnya. Tuhan tidak pernah salah
sangka kerana Dia Maha Tahu segala-galanya. Tuhan juga adalah kawan yang paling jujur dansetia kerana Tuhan tidak pernah menganiaya hamba-hamba-Nya.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
24/80
* Seterusnya, ajaklah anak supaya dia boleh menganggap yang Tuhan itulah raja yang paling
berkuasa sewaktu dia takut menegakkan kebenaran (seperti takut cikgu marah kerana mintakeluar kelas untuk sembahyang), atau menganggap Tuhan itulah pemimpin yang sebenarnya
sewaktu dia kebingungan untuk memilih di antara beberapa pilihan.
Apabila dia sudah dapat menganggap yang Tuhan itulah sebenar-benar tempat pergantungan,
bahawa Dialah sebenar-benar kawan, raja dan pemimpin, ajaklah si anak alihkan sebarang
permintaan, pengaduan, keluhan, ucapan terima kasih, pujian dan apa juga yang bermain di
fikiran dan bibirnya kepada Tuhan. Cuma bezanya, kalau dengan manusia, kita perlu bercakapdengan mulut supaya boleh didengari, dengan Tuhan , kita perlu bercakap dengan hati .
Kalaupun kita bercakap dengan mulut, ia mesti turut dihayati di dalam hati.
Untuk peringkat permulaan, ajarlah dia cara hendak mengadap dan menyusun kata-katanyakepada Tuhan. Kerana Tuhan itu terlalu jauh lebih hebat dan berjasa berbanding sekalian raja,
pemimpin, ibu, ayah dan rakan-rakannya, tentulah perlu beradab sopan ketika hendak mengadap
dan membuat permintaan kepada-Nya.
Supaya beradab dengan Tuhan :
1. Mulakan dengan mengaku kita banyak dosa dan kelemahan
2. Berkata-katalah dengan merendah diri dan mengagungkan Tuhan
3. Buatlah permintaan dengan merayu-rayu sebagai bukti kita benar-benar mengharap kepadaTuhan sekaligus merasa diri lemah dan Tuhan sahajalah yang berkuasa
4. Memohonlah dengan bersandarkan kepada keberkatan dan kebesaran Rasulullah SAW supaya
doa kita mudah dikabulkan Tuhan.
Contoh kata-kata aduan yang boleh diajarkan kepada anak supaya dipanjatkan kepada Tuhansewaktu dia ditimpa penyakit:
Ya Allah, wahai Tuhan yang telah menciptakan sekelian alam. Engkaulah Tuhan yang sangatberkuasa. Tidak ada satu pun yang berlaku di alam ini yang tidak Engkau tahu wahai Tuhan. Dan
tidak ada penyakit yang Engkau tidak dapat ubatkan wahai Tuhan. Aku minta ampun atas segala
dosaku. Atas sebab dosaku itulah Engkau berikan aku penyakit ini, dengan tujuan supaya akubersabar. Itulah cara Engkau hendak menghapuskan dosa-dosaku itu. Tapi Tuhan, aku ini serba
lemah. Aku tidak sanggup menanggung sakit ini lama-lama. Begitulah lemahnya aku wahai
Tuhan. Tentu Engkau sangat berkuasa untuk sembuhkan penyakit aku ini. Aku akan makan ubat
yang ibu berikan, tetapi Engkau sahaja yang boleh sembuhkan. Tolonglah Tuhan. Tolonglah aku
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
25/80
yang banyak dosa ini. Aku tahu Engkau tentu marah kepadaku kerana aku selalu buat jahat.
Tetapi kabulkanlah pemintaanku ini dengan berkat kedua ibu dan ayahku yang sangat taatkepada Engkau .
Ajarlah anak bercakap dengan Tuhan dalam keadaan-keadaan yang lain juga, seperti:
* meminta pertolongan Tuhan apabila hendak mengambil peperiksaan
* meminta pertolongan Tuhan kerana susah hendak berbuat baik
* meminta maaf kepada Tuhan apabila rasa bersalah kerana terbuat dosa (contohnya, tertinggal
sembahyang)
* mengucapkan terima kasih kepada Tuhan sewaktu mendapat nikmat
* mencari simpati apabila rasa keseorangan bila diketepikan kawan dan lain-lain lagi
Dalam setiap keadaan, ajarlah anak menyusun kata-kata yang sesuai. Lama kelamaan, dia akan
pandai menyusun kata-katanya sendiri. Apabila anak-anak terus-menerus diajar supayabercakap-cakap dengan Tuhan, secara automatik hatinya akan diasak dengan rasa bertuhan, di
antaranya merasakan Tuhan itu Maha Mendengar, Tuhan itu Maha Mengetahui, Tuhan itu Maha
Penyayang, Tuhan itu Maha Pemurah, Tuhan itu Maha Adil, Tuhan itu Maha Berkuasa dan lain-
lain lagi. Inilah sebahagian dari proses menanamkan iman dalam diri anak-anak. Ia boleh
ditanam tanpa kita perlu sebut perkataan iman itu sendiri.
Dengan latihan seumpama ini, anak-anak akan membesar dalam suasana cukup peka dan sensitif
dengan Tuhan. Bila ini sudah ada, dengan sendirinya dia akan malu dan takut untuk membuatdosa. Dia juga akan begitu sensitif untuk melakukan perkara-perkara yang baik yang akan
mengundang pertolongan dan keredhaan Tuhan. Barulah akan muncul semula watak anak-anak
yang soleh yang sanggup mengorbankan diri untuk berkhidmat kepada ibu bapa dan Tuhanmereka
"12 barisan di akhirat"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 3:00pm
Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: "Wahai Rasulullah,
tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu
sekalian datang berbaris-baris" Surah an-Naba':18Mendengar pertanyaan itu, baginda menangisdan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: "Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
26/80
kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris
menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...." Maka dinyatakanapakah 12 barisan tersebut :-
BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui
satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktuhidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka
adalah neraka..."
BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah
balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking."Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat
kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. "Mereka
itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat merekaadalah neraka..."
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
27/80
BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin
sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orangyang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasatakut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. "Mereka adalah orang
yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan
darah. "Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilahbalasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. "Mereka
adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
neraka..."
BARISAN KESEMBILAN
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
28/80
[Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka
penuh dengan api gemuruh. "Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan carayang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."
BARISAN KESEPULUH
[Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan
kusta. "Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dantempat kembali mereka adalah neraka..."
BARISAN KESEBELAS
[Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang sepertitanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang
sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. "Mereka adalah orang yang minum arak,
maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."
BARISAN KEDUA BELAS
[Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Merekamelalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih
memaklumkan: "Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka
menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal duniakeadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah
syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."
Amin........jadilah kita orang yang Barisan kedua belas....
"15 tanda kematian mulia"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 2:41pm
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
29/80
"Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?
Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Kali ini kita bincangkan
tanda-tanda mati husnul khatimah. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:
1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke
dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)
2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah
Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinyaia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu
Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalahdengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu
Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)
3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah
Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)
4. Mati syahid di dalam medan perang.
5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid
di antara kalian?
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
30/80
Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah
siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.
Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."
Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid
wahai Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalanAllah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan
penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)
6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan
antaranya sebagai berikut:
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap
Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)
7. Mati kerana tenggelam.
8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangansyuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam,
tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari,
Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
31/80
9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.
10. Mati terbakar.
11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin
Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit
kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, keranapenyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana
tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketikahamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan
Ahmad)
12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan
perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, matikerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana
penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)
13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana
mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu iaterbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi,
Ibnu Majah, dan Ahmad)
14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, diamati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati
dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati
mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
32/80
15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasaselama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan
pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur
(fitnah kubur)."
"10 perkara hal sia-sia"
byEddy Sii TengkorakManon Tuesday, August 23, 2011 at 2:20pm
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh halyang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-
1.Laki-laki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri, tapi tidak dimohonkannya doa untuk
ibu-bapanya sendiri dan kaum Muslimin.
2.Orang yang kerapkali membaca Al Quran, tapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat
tiap-tiap hari.
3.Laki-laki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa
mengerjakan shalat tahiyatul-masjid.
4.Orang-orang yang melewati tanah perkuburan, tapi tidak mengucapkan salam kepada
penghuni-penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk
keselamatan arwah-arwah mereka.
5.Laki-laki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu
tanpa mengerjakan shalat Jumaat berjemaah.
6.Laki-laki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak
mempergunakan kesempatan itu untuk menambah
ilmu pengetahuan.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
33/80
7.Dua orang laki-laki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan
masing-masing dan keluarganya.
8.Laki-laki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak diacuhkan dan tidak
dilayani tetamunya itu.
9.Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang
berharga itu untuk menuntut ilmu dan
meningkatkan budi pekerti.
10.Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan, sedang ia sendiri
makan kekenyangan di dalam rumahnya.
"AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA DI HARI AKHIRAT"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 4:29pm
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua
mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan
datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?"
Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun
malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
34/80
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu
Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Laluorang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan
mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayanh dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar
dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami
memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."
"TIADA MANUSIA TERLEPAS DARI IBLIS"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 3:46pm
IBLIS juga makhluk, cuma ia dicipta daripada api, lebih awal daripada manusia.
Disebabkan dengkinya dan berasa diri lebih mulia, ia tidak mahu mematuhi perintah Tuhan
supaya memberikan peng hormatan kepada Nabi Adam.
Disebabkan sikapnya yang begitu bongkak sehingga meng ingkari perintah Tuhan, ia menjadi
hamba yang kafir dan disediakan kepadanya neraka yang tidak terperi azabnya.
Ia menerima ketentuan itu walaupun mengetahui akan dimasukkan ke dalam neraka.
Justeru, ia mencari teman daripada keturunan Adam iaitu manusia dengan meminta dua perkara
daripada Allah: agar diberikan usia yang panjang iaitu tidak mati sehingga Hari Kiamat dandibolehkan menggoda semua manusia sepanjang masa.
Perkara ini ada diceritakan dalam al-Quran. "Setelah selesai kejadian Adam, maka sujudlahsekalian malaikat, semuanya sekali. Melainkan Iblis. Ia enggan turut bersama mereka yang
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
35/80
sujud. Allah berfirman: "Hai Iblis, apa sebabnya engkau tidak turut bersama mereka yang sujud
itu?"
Iblis menjawab: "Aku tidak patut sujud kepada manusia yang Engkau jadikan dia dari tanah liatyang kering, berasal dari tanah lumpur yang berbentuk."
Allah berfirman: "Kalau demikian, keluarkanlah engkau daripadanya kerana sesungguhnya
engkau dari sekarang ke masa depan adalah terkutuk.
"Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat terus-menerus hingga ke hari kiamat."
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka
dibangkitkan."
Allah berfirman: "Maka sesungguhnya engkau daripada golongan yang diberi tempoh. Hingga
ke hari masa yang termaklum."
Iblis berkata: "Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah me nyesatkan aku, maka sungguh aku akan
perhiaskan kejahatan kepada manusia di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya.
Kecuali hamba-Mu yang yang ikhlas di antara mereka."
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. Sesungguhnya
hamba-Ku, tidaklah ada bagimu kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang
menurutmu dari orang yang sesat." (al-Hijr:30-42)
Iblis pandai memujuk rayu untuk menyesatkan manusia, datang pada setiap waktu dari pelbagai
penjuru, malah dapat memasuki badan manusia, sehingga berjalan di dalamnya sepertimengalirnya darah, bersembunyi dalam hati dan tinggal dalam akal manusia.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
36/80
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
37/80
"Dan sesungguhnya neraka jahanam itu, tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka yang
menurutmu." (al-Hijr:43)
Kelicikan iblis dapat mengaburi manusia jika imannya pudar, luntur dan tidak dibajai dengan
mengingati Allah. Tetapi mereka yang terpedaya dengan iblis semestinya me nyesal kemudian
hari walaupun pada peringkat awal dibuai keseronokan.
Dalam menghadapi orang beribadat misalnya, iblis berusaha menampakkan perbuatan yang baik,
malah berpura-pura turut bersolat.
Ia turut sama melakukan rukun dan perkara sunat dalam solat, tetapi lama-kelamaan ia cuba
bertenggek di hati orang terbabit.
Tindakan iblis itu menyebabkan orang terbabit berasa was-was terhadap ibadat yang dilakukan,
malah disebabkan terpengaruh dengannya sama ada sedar atau tidak, setiap pergerakan rukun
dipandang remeh sehingga kadangkala tidak begitu sempurna.
Bagi suami yang rajin beribadat juga iblis tidak lupa membisikkan tipu dayanya supaya hanya
beribadat tanpa melakukan pekerjaan untuk menyara kehidupan keluarga, anak dan isteri.
Begitu juga si isteri, dibisikkan supaya sentiasa berasa tidak cukup dengan pemberian suami.
Si miskin ditanamkan iblis rasa kebencian dan iri hati kepada orang berharta sehingga berasatidak yakin dengan keadilan Allah.
Mereka yang hartawan juga dipengaruhi kononnya semua harta terbabit adalah diri sendiri yang
punya, jadi tidak perlu diagihkan kepada fakir miskin.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
38/80
Pendek kata semua manusia tidak terlepas daripada godaan, pujuk rayu dan pengaruh iblis.
Cuma bezanya ialah se setengah mereka yang kuat iman dapat melepasi godaan itu, manakala
yang lemah iman terjerumus ke dalam perangkapnya.
"WASIAT IBU"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 4:06pm
Seandainya kita dianugerahkan ALLAH cahaya mata 'penimang hati' samada putera ataupunputeri maka kita memohon semuga dikurniakan 'zuriatan shalihatan' yakni keturunan yang baik-
baik. Oleh itu menjadi kewajipan ibu dan ayah memberi nama yang baik-baik.
Wahai anak lelakiku, semuga dinyalakan ALLAH semangat dan jiwa yang kuatuntukmu.Engkau tidak berdosa dan bersih laksana kain putih. Ibu berdoa agar dikau tidak
diwarisi oleh keganasan dunia melainkan memiliki kemantapan peribadi muslim sejati.
Wahai anak perempuanku,Rasulullah pernah bersabda,
"Sekuntum bunga harum semerbak kita cium, sedang rezekinya telah dijamin oleh ALLAH swt".
Sungguh berbahagia kalau bunga wangi itu menjadi milik kita. Sebenarnya tidak kira lelaki atau
perempuan kedua-duanya sama saja bagi kita menerima anugerah yang tidak terperi nilainya itu.
Wahai anakku, sakit ibu ketika hamil tidak ibu hiraukan meskipun bergelut dengan sang maut
namun ibu relakan kerana darahmu adalah darah merah dari pembuluh darahku juga. Kaulah
anak yang telah tercipta dan bernyawa dalam rahim ibu.
Disini ibu wasiatkan padamu sebagai panduan dan pegangan sandarkanlah wasiat ini dengan
kalimah INSYAALLAH, semuga diizinkan ALLAH untuk kau laksanakan.
Anakku,
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
39/80
Dalam hidupmu ibu memohon agar kau redha terhadap apa jua ketetapan yang ALLAH
takdirkan keatasmu. Jangan diratapi dan ditangisi kalau ibu telah tiada lagi didunia ini. "Jalanyang ditempuh oleh kehidupan ini laksana samudera yang penuh ombak dan gelombang"
begitulah kata Luqmanul Hakim.
Didalam kitab telah nyata diterangkan dunia ini adalah negara bala dan ujian. Sekiranya merasa
susah dan derita dalam memperjuangkan ajaran agama ALLAH yang suci, kau berhiburlah
anakku dengan apa yang difirmankan oleh ALLAH :
"ALLAH telah melebihkan orang yang berjuang itu diatas orang yang duduk beribadat dengan
pahala yang amat besar"
( surah An Nisa )
Wahai anakku,
Ibu tidak dapat meneka samada setelah kau dewasa kelak kau akan muncul ditengah-tengah
masyarakat sebagai ahli filosof agama atau yang lebih hebat dari itu, atau mungkin kau akanmenjadi seorang tokoh politik dalam dunia Islam yang berapi-api menentang kezaliman dengan
lidah dan tangan untuk membenteras penjajahan jasmani dan rohani.
Atau mungkin kau berpuas hati dengan hanya menjadi ahli pendidik agama yang berpegang kuatkepada ideologi Islam iaitu IMAN, ILMU dan AMAL.
Atau mana tahu anakku, kau menjadi seorang pujangga yang berkaliber dalam menerokai bidangsastera Islam seperti Omar Khayam atau Mohammad Iqbal.
Seribu atau lebih lagi antaranya menantimu dihadapan tetapi yang utama bagi ibu kau dapat
mencapai mercu kejayaan dalam segenap usaha demi menegak dan mempertahankan syiar
Islam.Itulah pokok bagi keseluruhan cita-cita ibu
HIKMAH MENINGGALKAN CAKAP BOHONG
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 3:27pm
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari adaseorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
40/80
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkau
sanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang
yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Maka
setelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu.
Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak
berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinya
berkata :
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang
sangat berharga."
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
41/80
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalam
perjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermulababak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin
yang soleh dan mu
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim, menceritakan pada suatu hari ada
seorang telah datang berjumpa dengan Rasulullah S.A.W. kerana hendak memeluk agama Islam.Sesudah mengucapkan dua kalimah syahadat, lelaki itu lalu berkata :
"Ya Rasulullah. Sebenarnya hamba ini selalu saja berbuat dosa dan payah hendak
meninggalkannya." Maka Rasulullah menjawab : "Mahukah engkau berjanji bahwa engkausanggup meninggalkan cakap bohong?"
"Ya, saya berjanji" jawab lelaki itu singkat. Selepas itu, dia pun pulanglah ke rumahnya.
Menurut riwayat, sebelum lelaki itu memeluk agama Islam, dia sangat terkenal sebagai seorang
yang jahat. Kegemarannya hanyalah mencuri, berjudi dan meminum minuman keras. Makasetelah dia memeluk agama Islam, dia sedaya upaya untuk meninggalkan segala keburukan itu.Sebab itulah dia meminta nasihat dari Rasulullah S.A.W.
Dalam perjalanan pulang dari menemui Rasulullah S.A.W. lelaki itu berkata di dalam hatinya :
"Berat juga aku hendak meninggalkan apa yang dikehendaki oleh Rasulullah itu."
Maka setiap kali hatinya terdorong untk berbuat jahat, hati kecilnya terus mengejek.
"Berani engkau berbuat jahat. Apakah jawapan kamu nanti apabila ditanya oleh Rasulullah.
Sanggupkah engkau berbohong kepadanya" bisik hati kecil. Setiap kali dia berniat hendak
berbuat jahat, maka dia teringat segala pesan Rasulullah S.A.W. dan setiap kali pulalah hatinyaberkata :
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
42/80
"Kalau aku berbohong kepada Rasulullah bererti aku telah mengkhianati janjiku padanya.
Sebaliknya jika aku bercakap benar bererti aku akan menerima hukuman sebagai orang Islam.
Oh Tuhan....sesungguhnya di dalam pesanan Rasulullah itu terkandung sebuah hikmah yang
sangat berharga."
Setelah dia berjuang dengan hawa nafsunya itu, akhirnya lelaki itu berjaya di dalamperjuangannya menentang kehendak nalurinya. Menurut hadis itu lagi, sejak dari hari itu bermula
babak baru dalam hidupnya. Dia telah berhijrah dari kejahatan kepada kemuliaan hidup seperti
yang digariskan oleh Rasulullah S.A.W. Hingga ke akhirnya dia telah berubah menjadi mukmin
yang soleh dan mulia.
"SEORANG ANAK MEMBANGKANG PERINTAH
AYAHNYA"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 11:58am
Ketika Rasulullah S.A.W memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun kegelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya
yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu mengherankan. Kaum
Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah dan jihad
fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluaruntuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."
"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangimereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah,
maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku."
Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaatiperintahku."
Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah memanggilku untuk berangkatberperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau
rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah dan Rasulullah."
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
43/80
Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu
orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat."
Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akanmendahulukanmu."
Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil.
Hasil undian menunjukkan bahwa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun kemedan Badar dan mati syahid.
Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah tidakmengizinkannya. Hanya saja Rasulullah akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata
sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnyaaku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang
mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata
kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. WahaiRasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku
ingin berjumpa dengan Tuhanku."
Setelah diizinkan Rasulullah, Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengananaknya di syurga.
"Bayi yang berkata-kata"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 11:45am
Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, baginda bersabda: Tidak ada yang bercakap dalambuaian kecuali tiga orang, iaitu Isa bin Maryam dan sahabat Juraij. Juraij adalah seorang yang
rajin beribadat. Dia membuat surau sendiri untuk tempatnya beribadat. Pada suatu hari ibunya
datang ke suraunya ketika dia sedang solat. Ibunya berkata (memanggil): Juraij .... Juraij.....
Juraij yang sedang solat itu berkata dalam hatinya: Ya Tuhanku, apakah aku penuhi panggilanibuku atau kuteruskan solatku? Akhirnya dia mengambil kesimpulan untuk meneruskan
solatnya saja. Ibunya merasa kecewa dan pulang ke rumah. Esok harinya ibunya datang lagi dan
Juraij pun sedang mengerjakan solat. Ibunya memanggil: Juraij.....Juraij.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
44/80
Juraij berkata dalam hatinya: Tuhanku, apakah kupenuhi panggilan ibuku atau kuteruskan
solatku? Dia memilih untuk meneruskan solatnya daripada memenuhi panggilan ibunya. Ibunyapun pulang lagi dalam keadaan kecewa.
Esoknya lagi (untuk kali yang ketiga), ibunya datang lagi dan kebetulan Juraij sedang solat.
Ibunya memanggil: Juraij....... Juraij. Juraij ragu lagi: Tuhanku, ibuku atau solatku? Diamasih juga mengutamakan solatnya.
Ibunya yang semakin kecewa itu berkata: Ya Allah, janganlah matikan Juraij itu sebelum dia
melihat wajah wanita-wanita penzina.
Rupanya kaum Bani Israil sedang sibuk memperkatakan Juraij kerana hebatnya beribadat dan
mereka merasa cemburu melihatnya. Seorang wanita jahat dan pandai menggoda lelaki berhias
kemudianberkata kepada mereka: Kalau kamu mahu biar aku goda dan aku fitnah dia.
Wanita itu pergi ke tempat peribadatan Juraij dan cuba menggodanya tetapi Juraij tidak
terganggu kekhusukannya. Kerana kecewa, wanita itu pergi menjumpai seorang penggembala
yang tidak berapa jauh dari surau Juraij. Lelaki itu menyambutnya dengan baik dan terjadilahperzinaan dan akhirnya wanita itu hamil. Setelah melahirkan anak, wanita itu mendakwa bahawa
anak itu dari Juraij. Sebab itu masyarakat kampungnya pergi mendatangi Juraij. Mereka
memukulinya dan menghancurkan tempat peribadatannya. Juraij merasa hairan dan berkata:
Ada apa ini? Mereka menjawab: Engkau telah berzina dengan wanita liar yang bernama ini
dan dia telah melahirkan anak dari benihmu sendiri.
Juraij berkata: Di mana anak itu? Mereka membawa anak itu ke hadapan Juraij. Juraijmeminta kebenaran dari mereka untuk mengerjakan solat sunat dua rakaat. Selesai mengerjakan
solat, Juraij mendekati anak itu. Dia memperhatikannya, lalu menekan perutnya dan berkata:
Wahai bayi, siapa ayahmu? Bayi yang baru lahir itu menjawab: Ayahku si Polan, seorang
pengembala.Mereka semua tercengang, lalu mencium tangan Juraij, memeluk tubuhnya dan
meminta maaf kepadanya sambil berkata: Biarlah tempat peribadatanmu ini akan kami bina
semula dan akan kami buat dari bahan emas.
Juraij berkata: Tidak, binalah semula dari tanah. Mereka pun membangunnya semula daritanah.
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
45/80
Ketika seorang bayi menyusu kepada ibunya, tiba-tiba lalu di hadapan mereka seorang lelaki
cantik dan menunggang binatang yang cantik. Ibunya tertarik melihatnya dan berkata: Ya Allah,
jadikanlah anakku ini nanti seperti lelaki itu. Tiba-tiba anak itu melepaskan puting ibunya, lalu
melihat lelaki yang berjalan itu dan berkata: Ya Allah, jangan jadikan aku seperti dia.
Kemudian anak itu menetek lagi kepada ibunya. Saya masih terbayang bagaimana Rasulullah
SAW memperagakan keadaan bayi yang sedang menetek itu (kata yang meriwayatkan hadis ini).
Baginda memasukkan telunjuk tangannya ke mulutnya yang mulia itu kemudian menghisapnya
seperti bayi yang sedang menyusu. Kemudian Baginda Rasul bersabda: Tidak lama kemudianlalu di hadapan mereka anak dara dalam keadaan pucat dan kepenatan kerana dikejar orang
ramai dari belakang. Orang ramai yang mengejarnya itu berteriak-teriak: Wanita penzina....
pencuri. Dalam keadaan sesak nafas dan kesakitan, wanita itu hanya berkata: Cukuplah Allah
yang mengetahuinya dan Dialah sebaik-baik tempat berserah.
Melihat yang demikian ibu yang menyusukan itu berkata: Ya Allah, jangan jadikan nanti
anakku ini seperti dia. Bayi itu melepaskan susu ibunya, lalu memandang kepada wanita yangdikejar-kejar itu kemudian berkata: Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia. Di sana ada lagi hadisyang lebih lengkap ceritanya.
Ibunya merasa hairan dan berkata: Tadi lalu seorang lelaki yang cukup hebat dan menarik
kemudian ibu doakan supaya engkau dijadikan seperti dia malah engkau menjawab: Ya Allah,
jangan jadikan aku seperti dia. Tidak lama kemudian menyusul wanita malang yang dikejar-kejar orang, dipukuli dan dituduh mencuri dan berzina, kemudian ibu doakan supaya engkau
jangan dijadikan seperti dia tetapi malah engkau berkata: Ya Allah, jadikanlah aku seperti dia.Ibu ingin tahu mengapa engkau menjawab seperti itu ? Bayi itu menjawab: Lelaki yang
kelihatan hebat dan bergaya itu tadi sebenarnya orang jahat, maka aku pun berdoa kepada Allahsupaya jangan dijadikan seperti dia. Sedangkan wanita ini, yang mereka menuduhnya mencuri
dan berzina, sebenarnya dia tidak ada mencuri dan berzina. Dia sebenarnya cukup mulia di sisi
Allah dan aku pun memohon dijadikan seperti dia.
Dari sumber yang lain, dari Ibnu Abbas r.a., dari Nabi SAW, bersabda:
Ada empat orang yang pandai bercakap semasa kecil, iaitu anak Masyitah, zaman Firaun, anakyang menjadi saksi Nabi Yusuf (bersama Zulaikha) sahabat Juraij (yang dituduh anaknya) dan
Isa bin Maryam
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
46/80
15 Perkara Mengundang Bala Allah"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 11:36am
Peringatan Hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi dari Ali (r.a.): Apabila umatku
telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun ke atas mereka iaitu:
-Apabila kekayaan Negara hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu sahaja.
-Apabila amanah dijadikan sumber memperolehi keuntungan.
-Zakat dijadikan hutang (tidak bayar zakat).
-Suami taat pada isteri.
-Anak mendurhakai ibunya.
-(sedangkan ia) berbaik-baik dengan temannya.
-(dan) menjauhkan diri dari bapanya.
-Suara-sura ditinggikan di dalam masjid.
-Orang yang paling hina di kalangan satu kaum menjadi ketua kaum itu.
-Seseorang itu dimuliakan kerana kejahatannya.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
47/80
-Arak diminum di merata-rata tempat.
-Kaum lelaki ramai yang memakai sutera (pakaian perempuan).
-Artis-artis disanjung tinggi dan dipuja.
-Banyak jenis muzik dimainkan.
-Generasi umat Islam pada zaman ini menyalahkan generasi yang terdahulu.
Maka sabda Baginda s.a.w. lagi: Hendaklah mereka menanti ketibaan tiupan angin merah, ataugempa bumi ataupun mereka akan ditukar menjadi makhluk lain.
"Dilarang berlebihan menghias kubur"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 11:17am
Perkuburan ialah tempat persinggahan selepas mati. Umat Islam dituntut menghormati tanahperkuburan dan menziarahi untuk mendatangkan keinsafan. Adab-adab menziarahi kubur danmenjaga tanah perkuburan sentiasa dijaga.
Membersih dan menghias kubur adalah diharuskan dengan tidak berlebih-lebih atau bermegah
serta tidak mengganggu hak orang lain kerana tanah perkuburan ialah hak orang ramai.
Membina binaan di atas kubur dilarang di dalam Islam berdasarkan hadis Nabi yang saudarasebut tadi bermaksud: Rasulullah SAW melarang mewarnakan kubur dengan kapur putih,
duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya. (Riwayat Muslim)
Menghias kubur dengan tembok ukiran, kipas, meletakkan batu bata sehingga menjadi satu
binaan di sekelilingnya adalah dilarang Nabi Muhammad SAW.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
48/80
Oleh itu, umat Islam tidak perlu menghias sesebuah kubur dengan memasang batu bata
berkenaan.
Hiasilah kubur dengan batu nesan saja dengan ditanam pokok di atas kubur supaya daun-daun
pokok berkenaan akan mendoakan si mati supaya diampunkan dosanya.
Di dalam hadis jelas mengharamkan seseorang meninggikan kubur dan menghias kubur sehingga
mengganggu kubur sebelah dan membawa kepada kemegahan (riak) dan lebih-lebih lagi
digunakan sebagai tempat beribadat.
Hadis Nabi yang bermaksud: Daripada Jabir ra katanya, Rasulullah SAW melarang menembok(meninggikan) kubur dan duduk di atasnya dan dibuatkan rumah di atasnya.
Setiap negara mempunyai fahaman tersendiri, bagi negara kita yang memegang kepada Ahli
Sunnah Wal Jamaah dan apa saja yang boleh membawa kepada syubhah dan bidah eloklah
dihindarkan amalan berkenaan.
"DOA SEWAKTU BERSUJUD DANKEISTIMEWAANNYA"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 11:08am
Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati
hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkansujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.
Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan
Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa didalamnya."
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
49/80
Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik
untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.
"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam yang benar, ilmu yangbermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yangbesar."
Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadicita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.
Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a.w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.
Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang
bermaksud:-
"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam
khalayak ramai wahai Rasulullah?"
Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor
kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah
engkau tidak dapat mengenalinya?"
Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu
(kiamat) muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segalaanggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"
-
8/4/2019 kisah-kisah teladan
50/80
KEISTIMEWAANNYA
---------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda
yang bermaksud:-
"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia
kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang
menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (didahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan
(menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh
anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"
Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat
keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatianyang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.
Wassalam.
Beberapa Peristiwa Aneh Sebelum Dan Selepas KelahiranNabi SAW"
byEddy Sii TengkorakManon Monday, August 22, 2011 at 10:40am
Tentera burung menangkis serangan tentera habsyah hendak menyerang Makkah
Kemulian kaabah yang dibangunkan semula oleh Nabi Ibrahim dan anaknya
Nabi Ismail sebagai tempat suci tetap akan dipelihara oleh ALLAH dari masa ke semasa.sehingga apabila pihak kerajaan Habsyah ingin menyerang kota Makkah dan ingin meruntuhkan
Kaabah, ALLAH selamatkannya dengan dihantar tentera-NYA yang berupa makhluk yang kerdiljika di lihat pada zahirnya tidaklah sehebat tentera Habsyah yang menggunakan kenderaan gajah
dengan ribuan tentera yang lengkap dengan peralatan senjata.
http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011http://www.facebook.com/profile.php?id=100000668572011 -
8/4/2019 kisah-kisah teladan
51/80
Kisah tersebut dicerita dan dicatatkan oleh ALLAH dalam al-Quran surah al-fiil
( Gajah ).Firman ALLAH, bermaksud :
" Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentera
bergajah ( yang dipimpin oleh Abrahah Gubernur Yaman yang hendak menghancurkan Kaabah.
Sebelum masuk ke kota Makkah tentera tersebut di serang burung- buru