Download - Assignment Tmk
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Teknologi multimedia kebelakangan ini menjadi salah satu bahan
penyelidikan yang menarik dalam bidang pendidikan. Teknologi multimedia
menjadi menarik kerana teknologi ini baru diperkenalkan pada tahun 1990-an
walaupun sebelumnya sistem CAL (Computer Aided Learning) dan hiperteks
masih terbatas dalam media yang terpisah-pisah belum digabungkan seperti
multimedia yang memiliki makna gabungan pelbagai media, teks, suara imej,
animasi dan video dalam satu perisian (Jacobs, 1992).
Perkembangan multimedia diawali dengan penyebaran CD-ROM pada
kurun waktu 1980-an yang mengandungi muzik dan pengkalan data berupa
hiperteks untuk keperluan menyimpan dan penyebaran maklumat. Teknologi
CD-ROM memiliki kapasiti setoran sebanyak 1000 hingga 1200 megabytes.
Oleh kerana kapasitinya ini maka CD-ROM menjadi salah satu tempat alternatif
untuk menyimpan dan menyebarkan multimedia yang selalunya memerlukan
kapaisiti setoran yang banyak. Kini, yang perlu diperhatikan adalah bagaimana
menjadi teknologi multimedia dapat bermanfaat bagi kemajuan pendidikan.
Multimedia ialah gabungan teks, grafik, bunyi, video dan animasi yang
menghasilkan prestasi yang menakjubkan. Ia juga mempunyai keupayaan
interaktif yang tinggi. Dari perspektif pengguna komputer, multimedia boleh
diertikan bahawa informasi komputer yang boleh dipersembahkan melalui audio
atau video sebagai tambahan kepada teks, imej, grafik dan animasi.
Contohnya, menggunakan audio dan video merupakan satu perubahan bagi
situasi yang dinamik dalam bidang yang berlainan, seperti dalam sukan dan
sains kesihatan, boleh dipersembahkan dengan lebih baik selain daripada hanya
mengunakan teks dan imej sahaja. Oleh itu, multimedia adalah satu kombinasi
data yang berbilang jenis dan media untuk penyampaian maklumat bagi
menjadikan komunikasi lebih berkesan. Ianya terdiri daripada gabungan grafik,
imej, video dan animasi bagi menghasilkan prestasi yang diluar jangkaan kita.
Istilah ‘multimedia’ digunakan dalam banyak perkara, seperti Sistem
Maklumat Multimedia, komputer multimedia, perisian multimedia dan lain-lain
lagi. Menurut Walter Oleksy (1995) dalam bukunya The Information Revolution:
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Education & Learning, “Multimedia adalah perkataan teknologi untuk
perkakasan (hardware) dan perisian (software) yang membawa bersama-sama
berjenis-jenis media teks, illustrasi-illustrasi, gambarfoto-gambarfoto, bunyi,
suara, animasi dan video pada sebuah komputer.”
Menurut Nor Iadah Yusop (1995) di ceramahnya yang bertajuk Multimedia
Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, “Multimedia adalah kaedah penyebaran
maklumat yang direkabentuk khusus untuk menggabungkan bunyi, gambar-
gambar pegun dan bergerak, grafik, animasi, data dan teks bersama-sama
dengan keupayaan interaktif sesebuah komputer.”
Teknologi multimedia adalah salah satu teknologi baru dalam bidang
komputer yang memiliki kebolehan untuk menjadikan media pembelajaran lebih
lengkap. Multimedia merangkumi pelbagai media dalam satu perisian sehingga
memudahkan guru untuk menyampaikan bahan pembelajaran dan pelajar
berasa terlibat dalam proses pembelajaran kerana teknologi multimedia
membolehkan berlakunya interaktiviti. Multimedia dalam pendidikan adalah alat,
kaedah dan pendekatan yang digunakan untuk membuatkan komunikasi di
antara guru dengan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Manakala, proses pembelajaran adalah berkesan. Pelajar yang terlibat dalam
proses pembelajaran melalui pakej multimedia boleh mempelajari ilmu yang ada
di dalamnya sesuai dengan minat, kesukaan, bakat, keperluan, pengetahuan
dan emosinya.
Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu
audio, video, teks, grafik dan animasi. Selain itu, interaktiviti juga merupakan
sebahagian daripada elemen yang diperlukan bagi melengkapkan proses
komunikasi interaktif menerusi penggunaan multimedia. Setiap elemen ini
mempunyai peranannya yang tersendiri dalam mewujudkan satu persembahan
informasi yang lebih menarik dan berkesan. Berikut merupakan penerangan
ringkas peranan serta ciri utama setiap teknologi tersebut dan hubungannya
dengan dunia pendidikan era digital.
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Kesan audio atau bunyi merupakan salah satu daya penarik yang
berkesan untuk menarik perhatian seseorang. Audio di dalam sesuatu sistem
multimedia boleh merujuk kepada pelbagai jenis seperti rakaman suara, suara
latar, muzik, kesan khas audio dan sebagainya. Di dalam sesuatu sistem
multimedia interaktif, elemen audio boleh digunakan bagi membantu proses
penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Selain itu,
audio juga mampu meningkatkan motivasi dalam kalangan pelajar agar lebih
berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat. Di samping itu,
elemen audio dikatakan mampu menimbulkan suasana yang lebih menarik dan
akan menghasilkan tumpuan yang lebih terhadap apa yang ingin
dipersembahkan.
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling
dinamik dan juga realistik berbanding dengan elemen-elemen yang lain. Ia juga
dikatakan merupakan gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio dan
sebagainya di dalam satu medium. Oleh hal yang demikian, penggunaan video
dalam proses penyampaian maklumat berupaya untuk mempengaruhi motivasi
seseorang terhadap proses penerimaan maklumat. Selain itu, video juga
mampu membawa unsur realistik atau keadaan sebenar kepada para pelajar. Ini
secara tidak langsung akan mempengaruhi perasaan dan emosi para pelajar
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
dengan lebih nyata. Penggunaan video sememangnya menjanjikan pelbagai
kelebihan sama ada apabila ia digunakan secara sendirian apatah lagi apabila
diintegrasikan bersama di dalam sesebuah aplikasi multimedia atau laman web
pendidikan. Dengan mengaplikasikan elemen video dalam proses pengajaran
dan pembelajaran, maklumat yang disampaikan lebih realistik. Seperti mana
yang diterangkan sebelum ini, video mampu mempersembahkan sesuatu mesej
dalam keadaan yang realistik atau menyerupai keadaan yang sebenar. Ini
membolehkan seseorang pelajar dapat merasakan seolah-olah mereka berada
atau turut serta dalam suasana yang digambarkan. Selain itu, video merupakan
satu media dinamik hasil jalinan pelbagai media yang lain seperti audio, grafik
dan sebagainya. Ini secara tidak langsung mampu meningkatkan lagi
keberkesanan proses penyampaian sesuatu mesej keranan media yang bersifat
dinamik serta mempunyai jalinan pelbagai media mampu merangsang pelbagai
deria dengan lebih mudah dan berkesan. Menerusi penggunaan video, sesuatu
penerangan yang perlu dilakukan secara berulang-ulang boleh dilakukan dengan
lebih mudah. Sebagai contoh, penerangan mengenai sesuatu proses kerja di
makmal boleh dirakamkan dan kemudiannya dipaparkan kembali kepada pelajar
pada bila-bila masa yang diperlukan. Pelajar juga boleh menonton klip video
tersebut bagi membentuk kefahaman yang lebih mendalam apabila diperlukan.
Video sebagai media penyampaian ilmu mampu menjadikan sesuatu
proses pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan. Penggunaan media ini
boleh mempercepatkan kadar pemahaman seseorang pelajar. Pelajar juga
boleh belajar sama ada secara individu atau berkumpulan tanpa memerlukan
tenaga pengajar di samping mereka sepanjang masa. Bukan itu sahaja,
persembahan video yang lebih hidup dan realistik mampu meraih emosi
seseorang dengan lebih mudah berbanding dengan penggunaan imej atau
media lain yang statik sifatnya. Sebagai contoh, dalam proses menyampaikan
mesej mengenai bahaya peperangan, paparan video yang memaparkan
keadaan mangsa perang dengan mudahnya mampu memberi kesan kepada
emosi penonton dan seterusnya mengusik jiwa dan perasaan mereka. Ini secara
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
tidak langsung boleh mengubah sikap seseorang dengan lebih mudah dan
pantas.
Memandangkan penggunaan teks dalam suaut proses komunikasi
maklumat telah lama wujud, ia sering kali dianggap sebagai satu media tradisi.
Namun demikian, penggunaan teks dalam satu sistem multimedia
sememangnya merupakan sesuatu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya.
Walaupun terdapat pelbagai elemen media yang bersifat lebih menarik dan
dinamik, teks masih lagi diperlukan sebagai salah satu elemen utama dalam
proses penyampaian maklumat. Teks secara amnya merujuk kepada huruf-
huruf yang tersusun bagi membentuk satu makna yang boleh difahami atau
membawa pengertian yang tertentu. Teks juga merujuk kepada semua jenis
simbol, huruf, abjad, nombor, statistik dan pelbagai jenis tulisan dan fon yang
menjadi asas utama bagi penyaluran maklumat masa dahulu dan juga masa kini.
Dalam satu sistem multimedia interaktif, teks turut memainkan peranan yang
penting dalam menyalurkan sesuaut informasi kepada pengguna. Ia amat
penting sekiranya penerangan yang jelas dan menyeluruh perlu diberikan
kepada pengguna dan penggunaan elemen-elemen atau media lain mungkin
gagal menyampaikan makna seperti mana yang dikehendaki. Penggunaan teks
juga akan menjadi lebih menarik sekiranya ia digabungkan dengan elemen-
elemen multimedia yang lain dan gabungan penggunaan media ini menjanjikan
penyampaian maklumat yang lebih menarik, tepat dan menyeluruh.
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual
yang tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi
dan sebagainya. Ia merupakan antara elemen multimedia yang amat penting
bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Penggunaan grafik dikatakan mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan
lebih pantas dan tepat memandangkan ia di sampingkan dalam bentuk visual.
Grafik juga dikatakan mampu membantu dalam menerangkan sesuatu maklumat
dengan lebih tepat dan berkesan. Penggunaan graf atau carta misalnya mampu
memaparkan peningkatan atau penurunan jumlah jualan bagi sesebuah syarikat
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
dengan lebih berkesan berbanding penggunaan teks atau jadual semata-mata.
Grafik juga mampu menjadikan sesuatu persembahan atau penyampaian
maklumat lebih menarik dan mampu memfokuskan perhatian pengguna
terhadap maklumat yang ingin disampaikan.
Animasi merujuk kepada suatu paparan visual yang bersifat dinamik. Ia
juga merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan
hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya
adalah statik. Animasi merupakan antara elemen multimedia yang paling
diminati serta mendapat perhatian ramai kerana ia mampu menzahirkan sesuatu
fantasi manusia ke alam realiti. Ia juga membolehkan sesuatu yang agak sukar
untuk diterangkan dengan menggunakan perkataan atau imej-imej statik
disampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi dalam
sesuatu persembahan maklumat juga dapat menceriakan proses
penyampaiannya. Ia juga membolehkan sesuatu persembahan yang
disampaikan itu kelihatan lebih hidup atau realistik berbanding penggunaan teks
semata-mata. Di samping itu, animasi juga mampu memberi penegasan
kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian para penonton
difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Ramai penyelidik mengatakan bahawa proses pengajaran dan
pembelajaran akan menjadi lebih berkesan sekiranya ia dilaksanakan dalam
keadaan yang tidak formal. Elemen-elemen yang menghibur atau
menggembirakan juga perlu diselitkan di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bagi mendapatkan kesan yang lebih positif. Animasi digital
merupakan salah satu media komunikasi yang boleh digunakan bagi
menghasilkan persekitaran pembelajaran yang merangsang dan menyeronokkan
seperti mana yang telah dicadengkan. Dalam menyelesaikan sesuatu masalah
matematik misalnya, adalah lebih menyeronokkan dengan adanya keratan yang
berwarna-warni serta berterbangan di skrin komputer daripada menggunakan
sehelai kertas putih yang statik sifatnya. Animasi yang menggambarkan
pergerakan planet di dalam sistem juga akan lebih digemari oleh para pelajar
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
serta mampu menerangkan konsep yang ingin disampaikan dengan lebih mudah
berbanding dengan paparan imej planet-planet yang bersifat statik. Animasi
seperti media-media lain mempunyai peranan yang tersendiri dalam bidang
pendidikan khususnya bagi membantu meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
Sekiranya menggunakan animasi dalam pendidikan, mampu
menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan dinamik. Ini
membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai suatu
konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipetakan ke dalam
minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman. Animasi
digital mampu menarik perhatian pelajar dengan mudah. Ia juga mampu
menyampaikan sesuatu mesej dengan lebih pantas berbanding dengan
penggunaan media yang lain. Pelajar juga mampu memberi tumpuan yang lebih
lama kepada media yang bersifat dinamik berbanding dengan media yang
bersifat statik.
Animasi digital juga boleh digunakan bagi membantu menyediakan
persekitaran pembelajaran secara maya. Ini terutamanya bagi menangani
keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh
disediakan, membahayakan ataupun mungkin melibatkan kos yang tinggi.
Sekiranya digunakan dengan berkesan, animasi mampu menawarkan satu
persekitaran pembelajaran yang lebih menyeronokkan. Ia juga mampu menarik
perhatian, meningkatkan motivasi serta merangsang pemikiran pelajar dengan
lebih berkesan. Ini semuanya akan membantu dalam proses mengurangkan
beban kognitif pelajar dalam menerima sesuatu isi pelajaran atau mesej yang
ingin disampaikann oleh para pendidik. Persembahan secara visual dan dinamik
yang disediakan oleh teknologi animasi mampu memudahkan proses
penerangan konsep ataupun demonstrasi sesuatu kemahiran. Ia membolehkan
seseorang pelajar memanfaatkan lebih banyak deria dalam proses pengumpulan
maklumat. Ini secara tidak langsug mempercepatkan proses pemahaman serta
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
mengekalkan maklumat tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama di dalam
ingatan.
Satu kemahiran yang tinggi diperlukan bagi menggabungkan pelbagai
media tersebut di dalam satu produk multimedia terutamanya dalam bidang
pendidikan. Ini disebabkan aspek-aspek seperti reka bentuk grafik, pemilihan
audio, cara mempersembahkan animasi, pemilihan warna yang sesuai dan lain-
lain lagi perlu diambil kira dalam membangunkan sesebuah produk multimedia.
Ini bagi memastikan penyampaian multimedia ini lebih menarik dan mudah
ditangkapi oleh pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran.
Faktor yang mempengaruhi perkembangan dan tingkah laku pelajar boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu faktor persekitaran luar dan faktor dalam diri
pelajar (Noor Yusma, 2006). Faktor dalam diri pelajar termasuklah taraf
kesihatan, pemakanan, pengamatan atau persepsinya terhadap dunia luar,
pengamatan terhadap diri sendiri sama ada dia berasa rendah diri atau
sebaliknya, dan ciri serta bakat semula jadinya. Manakala, persekitaran luar
merangkumi suasana di mana pelajar diasuh dan berkait rapat dengan faktor
seperti taraf sosioekonomi, budaya, kelengkapan peralatan di rumah atau di
sekolah dan media massa. Bagi pelajar, mereka terpaksa mengambil masa
yang agak lama untuk menganalisis dan menyelesaikan sesuatu masalah
dengan menggunakan daya pemikiran. Hal in disebabkan oleh sifat dan amalan
perkembangan otak mereka yang masih muda dan kurang pendedahan. Oleh
itu, teknik pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar in perlu lebih
interaktif dan pelbagai agar memudahkan dan memaksimumkan pelajar ini untuk
mendapatkan ilmu yang telah diajarkan kepada mereka.
Dengan itu, penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar ini
merupakan persekitaran luaran yang dapat mempengaruhi dan membantu
perkembangan pembelajaran dan tingkah laku mereka. Siti Fadzilah Mat Noor
dan Shereena Mohd Arif (2002) turut berpendapat bahawa peranan teknologi
multimedia menjadikan pengajaran lebih menarik, efektif, aktif dan
menyeronokkan kerana ia melibatkan hampir semua sensori manusia. Dengan
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
penggunaan multimedia, pelajar dapat didedahkan kepada pelbagai media
sambil berinteraksi melalui teknologi multimedia dalam pelbagai bentuk seperti
teks, animasi, bunyi dan gambar bergerak. Menurut Dayang Tiawa Awang
Hamid (2006), pelajar berinteraksi dengan lebih berkesan apabila mereka
belajar untuk membaca dengan menggunakan komputer. Kita telah sedia
maklum bahawa apabila disebut sahaja komputer, sudah pasti akan melibatkan
unsur-unsur media seperti audio, grafik, animasi selain teks. Ini menunjukkan
penggunaan multimedia dalam kalangan pelajar dapat menjadikan komunikasi
atau interaksi dalam kalangan mereka lebih berkesan sekaligus teknik
pengajaran yang berunsurkan multimedia seperti ini akan lebih menambahkan
minat pelajar untuk belajar dan juga yang paling penting dapat memudahkan
pelajar menangkap dan memahami setiap perkara yang telah diajar kepada
mereka.
Seperti mana yang diketahui, multimedia bukan sahaja berperanan dalam
pembelajaran orang dewasa sahaja seperti di sekolah menengah dan universiti,
namun ia juga memainkan peranan sebagai alat bantu mengajar dalam
pendidikan prasekolah dan sekolah rendah. Dalam hal ini, penggunaan dan
pendekatan multimedia dalam kalangan kanak-kanak adalah berbeza jika
hendak dibandingkan dengan orang dewasa. Hal ini demikian kerana teknik dan
cara penyampaian multimedia dalam kalangan kanak-kanak adalah lebih ringkas
dan mudah difahami. Sebagaimana pendapat Sifoo (2003) bahawa sekiranya
sebuah CD pembelajaran untuk peringkat sekolah rendah dibuat dengan
persembahan yang terlalu seriu tanpa menggunakan elemen-elemen yang
disukai oleh kanak-kanak, sudah tentu CD tersebut tidak akan berupaya
menarik minat pelajar semasa pembelajaran. Oleh itu, jika persembahan
multimedia itu lebih ringkas dan mudah difahami, maka kanak-kanak akan lebih
berminat untuk mengikuti proses pembelajaran itu. Jadi, sesuatu produk
multimedia juga harus menggunakan pelbagai media bagi menjadikannya lebih
menarik. Ia perlu disulami dengan penggunaan audio bagi bahagian tertentu,
video bagi bahagian yang lain, animasi atau simulsi bagi menjelaskan sesuatu
yang kompleks, dan illustrasi grafik bagi sesuatu yang memerlukan imaginasi.
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Menurut Agudo, J.E.Sanchez, H.dan Sosa, E.(2005) kemudahan perisian yang
baik adalah yang bersesuaian dengan tahap pelajar dan dalam masa yang sama
bertepatan dengan pengajaran. Seorang pembangun atau pereka bentuk
multimedia harus bijak dalam merancang hasil produknya agar ia bersesuaian
digunakan mengikut peringkat umur pengguna terutamanya kanak-kanak.
Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa multimedia memainkan
peranan yang sangat penting dalam membantu proses pengajaran dan
pembelajaran dalam sistem pendidikan di negara termasuk dalam pendidikan
kanak-kanak seperti prasekolah dan juga sekolah rendah. Dengan wujudnya
multimedia dalam sistem pembelajaran, ini dapat membantu pelajar untuk lebih
mudah memahami dan menangkapi setiap perkara yang diajar oleh guru kepada
mereka di samping menarik minat mereka untuk mengikuti proses mereka
bentuk sesebuah perisian atau aplikasi multimedia pendidikan bukanlah
merupakan satu proses yang mudah dan dapat dilaksanakan dalam masa yang
singkat. Ia melibatkan pelbagai aktiviti penyelidikan yang perlu dijalankan agar
perisian yang dibina dapat menepati keperluan kumpulan sasaran pelajar.
Pengetahuan tentang teori-teori pembelajaran dan cara mengaplikasikannya
dalam mereka bentuk perisian perlu dikuasai terlebih dahulu.
Bibliografi
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Abzteam (2011). Bagaimana teknologi multimedia dapat membantu pengurusan P&P dalam bilik darjah. Dimuat turun http://2abzteam.blogspot.com/2011/10/bagaimana-teknologi-multimedia-dapat.htm pada 15 Mar 2013
Chin Yoon Poh (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd
Fred Percival, Henry Ellington (1994). Buku panduan Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Goh Boon Cheng (2009). Perguruan teknologi maklumat dalam pendidikan. Kuala Lumpur : Penerbitan Multimedia Sdn Bhd
Masmona (2010). Kepentingan teknologi terhadap bidang pendidikan. Dimuat turun daripada http://masali-masmona.blogspot.com/2010/04/kepentingan-teknologi-terhadap-bidang.html pada 15 Mar 2013
Siti Zulaikha (2012). Multimedia dalam pendidikan. Dimuat turun daripada http://www.slideshare.net/SitiZulaikhaSalleh/bab9-multimedia-dalam-pendidikan pada 17 Mar 2013
Syirasarji (2013). Penggunaan multimedia dalam pelbagai bidang. Dimuat turun daripada http://syahirahcct2013.blogspot.com/2009/02/penggunaan-multimedia-dalam-pelbagai.html pada 25 Mar 2013
Zainuddin Abu Bakar, Meor Ibrahim Kamaruddin, Mohd Ali Ibrahim, Rahmad Sukor Ab Samad (2008). Kemahiran ICT di kalangan guru pelatih IPTA Malaysia. Selangor : Arah Pendidikan Sdn Bhd
Zoraini Wati Abas (2001). Komputer dalam pendidikan. Selangor : Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
Penghargaan
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Pertama sekali bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat
serta nikmat masa, nyawa tenaga dan kurniaan-Nya dapat saya menyiapkan
tugasan kerja kursus ini dengan jayanya.
Saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah
tercinta saya, Encik Mudh Rasul Ali kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan
daripadanya, telah membuka ruang untuk saya manyiapkan tugasan ini dengan
suksesnya. Jasa beliau akan saya kenang hingga ke akhir hayat.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan kerja kursus
ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral
yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan
kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya
hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan dan memberi peringatan terhadap apa yang
saya telah alpa.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan kerja
kursus ini. Terima kasih.
Refleksi
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Saya berasa besar hati kerana berjaya menyempurnakan tugasan ini
pada masa yang ditetapkan. Semua ini tidak akan begitu lancar sekiranya tiada
bantuan, sokongan, dan bimbingan daripada pensyarah, ibu bapa dan rakan-
rakan.
Dalam menyempurnakan tugasan ini, saya ingin mendedikasikan ucapan
ribuan terima kasih kepada pensyarah tercinta saya, Encik Muhd Rasul Ali
kerana dengan adanya tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya, telah membuka
ruang untuk saya manyiapkan tugasan ini dengan suksesnya. Jasa beliau akan
saya kenang hingga ke akhir hayat.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama
berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan
kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan kerja kursus amat saya
hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya
maklumat tidak akan saya lupakan dan memberi peringatan terhadap apa yang
saya telah alpa.
Melalui tugasan ini, saya telah didedahkan dengan pengetahuan tentang
multimedia dalam pendidikan. Multimedia secara amnya merujuk kepada
gabungan pelbagai media seperti teks, grafik, audio, video dan animasi bagi
menghasilkan satu persembahan maklumat yang lebih menarik, interaktif serta
berkesan melalui penggunaan teknologi komputer. Setiap elemen tersebut akan
memberi kesan yang besar dalam suatu proses komunikasi atau penyaluran
maklumat.
Pendedahan dan penyampaian pengetahuan melalui buku teks sahaja
boleh membosankan. Dengan menggunakan multimedia, pelbagai bentuk
maklumat boleh disampaikan secara berkesan dan menarik. Penggunaan grafik
contohnya, boleh memenuhi objektif ini. Ilustrasi berbentuk grafik dan apa jua
bentuk gambar rajah merupakan antara kaedah yang boleh digunakan untuk
meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Penggunaan video, audio
dan animasi yang dinamik merupakan tambahan di dalam kaedah penyampaian
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
maklumat yang membina efektif apabila disertakan bersama dengan
penggunaan teks dan grafik.
Kemunculan mikrokomputer dalam bilik darjah boleh menaikkan
semangat pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam
hidup mereka. Keupayaan komputer sebagai mesin yang boleh berkata-kata
amat menarik perhatian mereka. Jika komputer boleh diprogramkan dengan
bahan-bahan pengajaran melalui penyampaian yang menarik, kemungkinan
untuk menarik minat pelajar supaya terus belajar adalah tinggi. Para guru harus
mengambil peluang ini untuk meningkatkan keberkesanan dan mutu pengajaran
mereka melalui teknologi canggih ini.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyiapan tugasan kerja
kursus ini. Terima kasih.
PJ AKADEMIK 1 (TMK) PJ2311P
Senarai Kandungan
Bil Tajuk Muka Surat
1 Soalan Tugasan i
2 Penghargaan iv
3 Bahagian A : Tugasan Berkumpulan
a. Power point
b. Laman Web
c. Webnode
d. Movie maker
-
4 Bahagian B : Tugasan Individu
Bincangkan bagaimana aplikasi perisian
komputer yang dibina dapat membantu
menyampaikan pengetahuan secara menarik
dan menyeronokkan murid?
1
5 Refleksi
11
6 Bibliografi iv
7 Lampiran -