Transcript
Page 1: Assignment Literasi Nombor

1.0 Pengenalan

Penyelesaian masalah adalah merupakan salah satu daripada proses kognitif dan

pembelajaran yang dilakukan oleh organisma atau makhluk hidup. Sebelum kita

memahami sepenuhnya apa yang dimaksudkan dengan konsep penyelesaian masalah

dari sudut psikologi adalah lebih baik bagi kita memahami untuk memahami sedikit

sebanyak mengenai kognisi dan pembelajaran, ini disebabkan penyelesaian masalah

sebenarnya mempunyai perkaitan yang rapat dengan keupayaan kognisi manusia serta

pembelajaran yang diperolehi daripada pengalaman lalu. Kognisi adalah merupakan

satu proses intelektual di mana proses ini berlaku secara sistematik iaitu maklumat

diperolehi, ditransformasi, disimpan, diambil semula, dan akhirnya digunakan. Kadang

kala konsep mengenai kognisi adalah sukar difahami oleh sesetengah orang, sebagai

jalan penyelesaiannya istilah mudah untuk merujuk kepada kognisi ialah “pemikiran”.

Pembelajaran pula membawa maksud perubahan tingkah laku akibat daripada

pengalaman ataupun daripada faktor-faktor lain seperti operasi mental.

penyelesaian masalah adalah penting ini dalam kehidupan seharian manusia, ramai

tokoh-tokoh daripada pelbagai bidang khususnya ahli-ahli psikologi yang telah mengkaji

dan mengutarakan pandangan masing-masing dalam ilmu mengenai penyelesaian

masalah, pandangan-pandangan yang diutarakan tersebut termasuklah yang berkaitan

dengan langkah-langkah penyelesaian dan strategi-strategi yang boleh diambil ketika

melakukan penyelesaian masalah. Bagi langkah-langkah penyelesaian masalah

misalnya terdapat beberapa bentuk teknik atau strategi yang boleh diambil bagi

penyelesaian yang baik. Salah satu bentuk strategi yang akan difokuskan dalam

perbincangan ini ialah strategi heuristik dimana perkara yang akan ditumpukan disini

ialah sejauh mana strategi ini memainkan perananya dalam proses penyelesaian

masalah. 

Terdapat strategi penyelesaian masalah bagi menyelesaikan sesuatu masalah yang

diperkenalkan oleh Polya. Antara langkah-langkah yang terdapat dalam strategi

penyelesaian masalah adalah memahami masalah, merancang tindakan,

1

Page 2: Assignment Literasi Nombor

melaksanakan tindakan dan menyemak. Langkah-langkah ini sangat berguna dan

berkesan dalam melakukan sesuatu penyelesaian masalah. Selain itu, tugasan ini juga

mengandungi tajuk algoritma. Algoritma adalah urutan langkah-langkah yang logik bagi

menyelesaikan sesuatu masalah.

2


Top Related