Download - 4 modul mentor mentee gp sr(1)
1
1.0 PANDUAN PELAKSANAAN GURU PENYAYANG
1.1 TUJUAN
Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.
1.2 KONSEP
1.2.1 Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.
1.2.2 Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan disayangi setiap masa.
1.2.3 Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.
1.3 OBJEKTIF
Objektif Guru Penyayang;
1.3.1 Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
1.3.2 Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
1.3.3 Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
1.3.4 Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah
2
1.4 AKTIVITI
1.4.1 Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru.Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut;
1.4.1.1 Mengalu-alukan kehadiran murid1.4.1.2 Pelaksanaan Program Mentor Mentee1.4.1.3 Memberi penghargaan kepada murid
2.0 PELAKSANAAN PROGRAM MENTOR MENTEE
2.1 Tujuan2.1.1 Membangunkan sahsiah diri murid
2.1.2 Membina jati diri murid
2.1.3 Mentor sebagai orang yang boleh membantu menyelesaikan masalah murid
2.2 Antara aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:
2.2.1 Sesi ramah mesra2.2.2 Sesi makan bersama2.2.3 Meraikan hari lahir2.2.4 Bimbingan hala tuju hidup2.2.5 Lawatan / ziarah keluarga2.2.6 Sesi perkongsian masalah
2.3 Kaedah Pelaksanaan
2.3.1 Guru dengan penuh rasa kekeluargaan melaksanakan aktiviti mentor mentee
2.3.2 Seorang atau dua mentor bagi setiap kelas mengikut kesesuaian sekolah
2.3.3 Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya dua kali sebulan dan diselaraskan dalam jadual waktu harian
2.3.4 Tugas guru yang dipilih sebagai mentor hendaklah disenaraikan sebagai salah satu tugasnya di sekolah
2.3.5 Aktiviti didokumentasikan
3
2.3.6 Menyediakan profil setiap mentee
2.4 Pengisian semasa perjumpaan:
2.4.1 Membuat sapaan
2.4.2 Menyemak dan prihatin latar belakang mentee
2.4.3 Membimbing mentee mengatasi masalah
2.4.4 Membimbing mentee membina hala tuju dan kerjaya
2.4.5 Membimbing mentee membentuk jati diri dan sahsiah diri
2.5 PERTEMUAN MENTOR DENGAN MENTEE
Dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu;-
2.5.1 Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee
2.5.2 Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
2.5.3 Selepas pertemuan Mentor dengan Mentee
2.5.1 Sebelum pertemuan Mentor dengan Mentee
2.5.1.1 Agenda pertemuan Mentor dengan Mentee
perlu disemak dan diteliti oleh Mentor (Rujuk
Contoh Modul ) sebelum mengadakan pertemuan.
2.5.1.2 Kehadiran semua Mentor dan Mentee adalah
wajib. Kehadiran perlu dicatatkan oleh semua Mentor
dalam borang kehadiran Mentee. Mentee yang tidak
hadir tanpa alasan yang munasabah, akan dicatatkan
untuk tindakan pengetua. Program Mentor Mentee
merupakan sebahagian daripada Dasar Kementerian
Pelajaran dalam aspek Hal Ehwal Murid. Kehadiran
Mentor dan Mentee amat penting bagi menjayakan
program ini.
4
2.5.1.3 Sekiranya Mentor tidak dapat hadir semasa
pertemuan dengan Mentee (menghadiri
kursus/mesyuarat/seminar), hendaklah
memaklumkan lebih awal kepada Setiausaha Guru
Penyayang iaitu Guru Bimbingan dan Kaunseling
supaya boleh mengagihkan Mentee buat sementara
kepada penjaga yang lain. Mentee tetap akan dapat
mengadakan pertemuan dengan Mentor pada masa
tersebut.
2.5.2Semasa pertemuan Mentor dengan Mentee
2.5.2.1 Pertemuan diadakan dua bulan sekali.
Bergantung kepada pihak sekolah.Jadual tersebut
perlu diselaraskan dalam jadual waktu harian.
2.5.2.2 Tempat pertemuan bergantung kepada Mentor
sama ada di dalam bilik darjah atau beberapa tempat
yang sesuai. Semua Mentee mesti berada pada
tempat yang telah ditentukan.
2.5.2.3 Semasa waktu pertemuan, semua Mentor dan
Mentee mesti berada ditempat yang telah ditetapkan.
Mentor mesti mengira jumlah Mentee dalam setiap
kumpulan dan setelah cukup Mentor baru boleh
memulakan sesi perjumpaan. Sekiranya terdapat
Mentee tidak hadir, Mentor hendaklah mencatat
ketidakhadiran Mentee dalam buku kehadiran
Mentee.Selepas itu Mentor boleh memulakan
perjumpaan.Mentee yang tidak hadir hendaklah
dimaklumkan kepada Setiausaha Guru Penyayang
5
(Guru Bimbingan dan Kaunseling) bagi tindakan
susulan.
2.5.2.4 Tanggungjawab dan peranan Mentor secara
menyeluruh:-
2.5.2.4.1 Bersikap prihatin serta berusaha
bersungguh – sungguh membantu
menangani apa jua permasalahan yang
dihadapi oleh Mentee tanpa
menyerahkannya dahulu kepada pihak
lain dari segi kurikulum, kokurikulum,
kebajikan, disiplin dan sahsiah kendiri.
2.5.2.4.2 Melengkapkan, menyimpan dan
mengemaskini Buku Laporan Program
Mentor Mentee.
(Maklumat peribadi termasuk markah
ujian bulanan/peperiksaan hendaklah
dirujuk dari semasa ke semasa bagi
mengetahui perkembangan prestasi
akademik mereka)
2.5.2.4.3 Merujuk anak jagaan jika perlu kepada
pihak – pihak tertentu seperti Pengetua,
GPK 1, GPK HEM, Guru Bimbingan dan
Kaunseling, Guru Agama, Guru Mata
Pelajaran dan lain – lain guru berkaitan.
2.5.3Selepas pertemuan Mentor dengan Mentee
6
2.5.3.1 Semua Mentor melengkapkan laporan
pertemuan ke dalam Buku Laporan Program Mentor
Mentee masing – masing dan menyerahkannya
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling pada
keesokan hari untuk disemak dan diserahkan kepada
Pengetua bagi tujuan disahkan.
2.5.3.2 Penyerahan Buku Laporan membuktikan
penglibatan dan kehadiran Mentor mengadakan
pertemuan dengan Mentee. Pihak sekolah akan
menyemak senarai nama guru yang tidak
menghantar Buku Laporan. Buku Laporan ini penting
sebagai pemantauan kekerapan pertemuan Mentor
dengan Mentee
2.6 Buku Rekod Perjumpaan Mentor Mentee
BUKU REKODPERJUMPAAN MENTOR – MENTEE
Hari : Tarikh : Masa :
Bil Nama Mentee Kehadiran Tempat Perjumpaan
CatatanHadir T/
7
Hadir1.2.3.
Jumlah Kehadiran
Tandatangan:
……………………………… (Nama Mentor
Laporan Pertemuan Mentor dengan Mentee
Laporan Pertemuan Mentor dengan Mentee
Tarikh Perjumpaan :__________________ Masa :_____________________
Tempat Perjumpaan : __________________
Nama Mentee :1. _______________________________________2. _______________________________________
Perkara penting yang disampaikan :
_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Masalah yang ditimbulkan oleh Mentee :
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Cadangan dari Mentor:
8
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Tandatangan Mentor : Disahkan oleh:
………………………………………………… ……………………………………….( ) (Pengetua / Guru Besar)
Disemak oleh:
__________________________
Guru penyayang
Tarikh: Tarikh:
9
2.8 Modul Mentor Mentee
Modul 1 : Pandangan Pertama
Objektif : 1. Mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan
murid
2. Memupuk perasaan suka hadir ke sekolah dalam kalangan murid
3.Menerima maklumat daripada personalia dalam suasana yang kondusif dan teraputik
Masa : 7.30 pagi hingga 8.10 pagi (waktu pertama persekolahan pagi dan
petang)
Sasaran : Semua guru dan murid
Personalia : Pengetua / Guru Besar, PK HEM, Pengacara Majlis
Bahan : Sistem siaraya, kerusi, rostrum
Aktiviti :1. Murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan. Majlis
berjalan mengikut aturcara perhimpunan mingguan
2. Pengacara majlis mengalu-alukan kehadiran murid-murid dengan
kata-kata yang positif
3.PK HEM mengingatkan murid tentang keperluan mematuhi Peraturan sekolah dalam gaya yang mesra dan cara yang menyenangkan.
10
4.Pengetua / Guru Besar menyampaikan ucapan aluan dan turut Memberi fokus kepada keprihatinan guru dan kasih sayang guru kepada murid
Falsafah : Kasih sayang guru terhadap murid dapat dirasai dan dihayati
melalui komunikasi berkesan dan beradab, dan seterusnya
mendorong mereka hadir ke sekolah dengan perasaan sukarela dan selesa.Murid
dapat mematuhi peraturan sekolah dengan perasaan sukarela dan
selesa.
Modul 2 : Menteeku Sayang
Objektif :
1. Mentor dapat membina hubungan (rapport) dengan mentee
2. Mentee dapat beramah mesra dengan mentor
3. Mentor prihatin terhadap latar belakang mentee
Masa : 30 minit
Bahan : Buku Kehadiran Program Mentor Mentee, Kad 001 mentee
Aktiviti :1. Mentor bertanya khabar mentee2 .Mentor meminta mentee menulis kehadiran di buku
kehadiran3. Mentor mengenal pasti mentee yang tidak hadir dan
bertanya kepada rakan-rakan mentee ketidakhadiran mentee tersebut
4. Mentor berkenalan dengan mentee berdasarkan maklumat peribadi yang terdapat dalam kad 001 mentee
5. Mentor mewujudkan sistem panggilan dalam sesi perjumpaan
pertama .contoh :a. Sistem panggilan untuk Mentor seperti Mak Uda, Pak
Uda, Pak Ngah, Mak Ngah, dan sebagainya.
11
b. Sistem panggilan untuk mentee berasaskan umur yang paling tua mengikut tarikh dan hari bulan lahir contoh Kak Long, Abang Long Kak Ngah, Abang Ngah, Kak Cik, Abang Cik dan sebagainya
6. Mentee diminta memperkenalkan diri masing-masing kepada rakan-rakan mentee seperti nama panggilan, hobi, aktiviti masa lapang, aktiviti yang diminati, perkara yang disukai, dan sebagainnya
7. Mentor turut memperkenalkan diri kepada mentee seperti nama
panggilannya, hobi, aktiviti masa lapang, aktiviti yang diminati,
perkara yang disukai dan tidak disukai
Falsafah :1. Mengenali Mentee merupakan elemen yang penting
dalam membina hubungan mesra.
2. Mengenali mentor juga akan mewujudkan rasa saling sayang
dan mempercayai antara satu sama lain.
3. Kita perlu mewujudkan rasa sayang, prihatin dan mengenali
dengan mendalam setiap mentee dan juga mentor bagi mewujudkan rasa kekeluargaan dalam menyelesaikan sebarang masalah dalam hidup.
Modul 3 : Taaruf / Maklumat diri
Objektif : 1. Supaya mentee dan mentor dapat menjalin ukhuwah Islamiah di
kalangan mereka
2. Supaya mentor dapat mengumpul semua maklumat pelajar
Masa : 1 Jam
Peralatan : Lampiran 1 Borang Maklumat Pelajar
Aktiviti : 1. Mentor memulakan sesi dengan memperkenalkan dirinya,
seterusnya ahli-ahli kumpulan 2. Edarkan borang maklumat
12
3. Minta mentee mengisi borang dengan lengkap4. Kumpulkan semua borang yang telah lengkap diisi
Falsafah : Mentor dan ahli kumpulan dapat mengenali setiap ahli kumpulan dapat
mengenali setiap ahli kumpulannya
Lampiran 1: Borang Maklumat Pelajar
BORANG MAKLUMAT PELAJAR
1. NAMA :……………………………………..
2. TAHUN :……………………………………..
3. NO. K / P :……………………………………..
4. T. LAHIR :……………………………………..
5. TEMPAT LAHIR :……………………………..
6. NO. TELEFON :……………………………..
13
7. NAMA BAPA :……………………………..
8. PEKERJAAN BAPA :……………………………..
9. PENDAPATAN :……………………………..( sebulan )
10. NAMA PENJAGA :……………………………..( jika lain dari bapa )
11. NAMA IBU :……………………………..
12. PEKERJAAN IBU :……………………………..
13. PENDAPATAN :……………………………..( sebulan )
14. BIL. ADIK BERADIK :……………………..
15. ANAK KE BERAPA ? :……………………..
16. DUA MATA PELAJARAN YANG DIMINATI
a…………………………………………….
b…………………………………………….
17. DUA MATA PELAJARAN YANG TIDAK DIMINATI
a…………………………………………….
b…………………………………………….
18. CITA – CITA :……………………………………..
19. HARAPAN KEPADA SEKOLAH :
………………………………………………………………………………
Modul 4 : Kenal Diri
Objektif : 1. Mengenali diri ahli dalam kelompok dengan lebih dekat 2. Mengetahui bahawa setiap orang mempunyai personaliti dan
sikap yang berbeza3. Meluahkan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya
14
Masa : 30 minit
Alatan : 1. Buku kehadiran Program Mentor Mentee
Aktiviti : 1. Mentor minta mentee mencipta nama berdasarkan benda-
benda penting untuk dirinya dan sebut dalam kumpulan secara
bergilir-gilir
2. Mentee akan menyebut nama diri berdasarkan benda dan nama Rakan yang sebelumnya, dan seterusnya
3. Setelah selesai mentor memilih 10 orang ahli untuk menyatakan cita- Cita mereka berdasarkan minat. Mentor akan membuat ulasan berdasarkan tajuk
4. Mentor memilih 10 orang ahli yang lain untuk bercerita mengenai kebaikan salah seorang ahli tentang kebaikan yang ada pada dirinya. Setiap mentee bercerita mengenai ahli yang berbeza
5. Mentor membuat ulasan bahawa setiap manusia mempunyai kelebihan masing-masing dan perlu digilap supaya lebih bermakna
Falsafah : Setiap manusia adalah unik dan seharusnya kita menghormati orang lain kerana mereka mempunyi personaliti yang berlainan
Modul 5 : Mari Berkenalan
Objektif :
1. Memupuk kemesraan
2. Menanam rasa penting dan dihargai
3 .Membina sikap kerjasama dalam satu pasukan
Masa : 30 Minit
Alatan : 1. Kertas nota senikata lagu (rujuk lampiran)Lagu pilihan:
- Lompat Si Katak Lompat- Rasa Sayang Hey- Fikirkan Boleh
15
Aktiviti :1. Mentor mengedarkan lirik lagu kepada mentee (setiap satu lagu
untuk 4-6 orang mentee)
2. Mentee perlu merahsiakan senikata yang diterima
3. Setiap mentee akan menghafal nada lagu tersebut secara senyap
4. Mentee akan diminta menyanyikan lagu tersebut secara humming (dengungan suara) dan mencari rakan yang menyanyikan nada yang sama untuk berkumpul di satu tempat
5. Mentee terus menyanyikan lagu masing-masing secara humming dalam kumpulan mereka
6. Setiap kumpulan akan diminta menyanyikan senikata lagu sebenar masing-masing secara bergilir-gilir
7. Kumpulan diminta memilih ketua dan memimpin kumpulan untuk aktiviti berkenalan sesama ahli kumpulan
Falsafah :1. Mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kehidupan
harian, misalnya mesti mengenali orang di sekeliling
2. Berkongsi pengalaman semasa menjalankan aktiviti
LIRIK LAGU LOMPAT SI KATAK LOMPAT
Lompat Si Katak Lompat,Lompatlah tinggi-tinggi,
Cepatlah adik cepat,Cepatlah bangun pagi-pagi.
Kalau adik malas lagi,Malas bangun pagi,
La la la la la la la(2X)Nanti kita rugi
16
LIRIK LAGU RASA SAYANG HEY
Rasa sayang hey,Rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh,Rasa sayang sayang hey.
Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.
LIRIK LAGU FIKIRKAN BOLEH
Jika kau fikikrkan kau boleh,Kau hampir boleh melakukan,
Jika kau fikirkan ragu-ragu,Usahamu tidak menentu.
Jika kau fikirkan kekalahan,Kau hampiri kegagalan,
Jika kau fikirkan kemenangan,Kau hampiri kejayaan,
Enkaulah apa kau fikirkan,Terkandung dalam pemikiran,
Berfikir boleh melakukan,Fikirkan boleh..
Percaya apa kau lakukan,Tabah apa kau usahakan,
Bertindak atas kemampuan,Kau boleh..
Modul 6 : Salasilah Keluarga
Objektif : 1. Mentee dapat mengenali ahli keluarga masing-masing
2. Mentee dapat menyenaraikan bilangan adik beradik di sebelah ibu dan bapa
3. Melahirkan rasa kejelekitan antara mentee dengan ahli keluarga masing-masing
17
4. Mentee dapat mengenalpasti kelebihan dan kekurangan diri yang diwarisi
Masa : 30 minit
Alatan :Kertas A4
Aktiviti :1. Mentor meminta mentee menyebut nama datuk dan nenek
masing-masing2. Mentor meminta mentee menyebut nama adik beradik
disebelah bapa dan emak.3. Mentor mengedarkan sehelai kertas A4 kepada mentee4. Mentee diminta melukiskan diagram salisah keluarga bermula
dari datuk, nenek,bapa, ibu, bapa saudara, emak saudara dan adik beradik
5. Mentor akan memilih secara rambang mentee-mentee untuk menceritakan sejarah keluarga mereka
6. Mentor meminta mentee menyatakan kelebihan yang ada pada dirinya sama seperti bapa atau ibunya
7. Mentor memonta mentee menyatakan kekurangan yang ad pada dirinya sama seperti bapa atau ibunya
8. Mentor membuat rumusan
Falsafah :1. Hubungan kekeluargaan adalah suatu hubungan yang tidak
putus2. Hubungan kekeluargaan perlu dijaga dengan baik demi
menjaga hubungan persaudaraan masa kini dan hadapan3. Mentee perlu sedar bahawa adik-adik beradik merupakan
orang yang paling rapat dan tempat utama untuk berkongsi sebarang masalah
4. Mentee perlu meneruskan kelebihan dan memperbaiki kekurangan yang diwarisi
Modul 7 :Salam Perkenalan
Objektif :
1. Mengenali lebih rapat mento ( Guru) dan mentee-mentee yang lain
( Murid)
2.Mengenali dan membina hubungan yang pertama antara mento-mentee
18
Masa : 30-40 minit
Bahan :Tiada
Aktiviti :
1. Guru meminta murid membuat satu bulatan atau dua bulat yang berlainan jantina
2. Guru dan murid bersalam –salaman antara satu sama lain dan mengucapkan syabas dan tahniah kerana diberi kesihatan yang baik hari ini
3. Murid dan murid bersalam-salaman anatara satu sama lain .4. Guru membuat rumusan tentang kepentingan semua murid
keeratan bersalaman
Falsafah :Salam anatara satu sama lain boleh membina hubungan erat antara satu
sama lain
Modul 8 : Bingo Diri Ingat Kembali Ukhwah Di Cari
Objektif :
1. Untuk mengingati kembali nama mentor dan mentee2. Merapatkan ukhwah antara mentor dan mentee3. Mentee akan merasakan diri disayangi dan dihargai
Masa : 30 – 40 minit
Bahan : Tiada
Aktiviti :
1. Gru meminta murid membina satu bulatan 2. Guru meminta murid menceritakan dan mengingati nama
panggilan rakan-rakan dirumah masing-masing3. Guru dan murid menyebut nama seorang demi seorang4. Guru membuat rumusan tentang kepentingan nama panggilan
untuk membina hubungan erat satu sama lain
Falsafah :Mengingati nama panggilan seseorang itu dapat mewujdkan hunbungan
yang mesra antara satu sama
Modul 9:Tiru Macam Saya
Objektif :
19
1. Mentee dapat memupuk sikap ekstrovet dalam diri (tidak malu)
2. Mentee dapat berkongsi kehebatan diri masing-masing
3. Mentee sedar bahawa kehebatan diri jika digunakan ke arah yang betul akan memberikan faedah kepada semua pihak
Masa : 30-40 minit
Bahan : Tiada
Aktiviti :
1. Murid mengingat semula kehebatan diri masing-masing2. Murid mempamerkan kehebatan secara gerak tubuh ( body
language)3. Murid yang lain akan cuba meneka apakah kehebatan yang
dipamerkan4. Murid mempamerkan kehebatan tadi akan memberi jawapan5. Mentor menerangkan tentang kehebatan yang perlu
disalurkan ke arah kebaikan
Falsafah : Setiap murid sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Keistimewaan diri perlu digunakan ke jalan yang betul
untuk menjadi insan yang seimbang
Modul 10 :Lakaran Kasih
Objektif :
1. Menghargai dan menghormati jasa ibu bapa2. Menimbulkan kasih sayang yang tinggi terhadap orang yang
disayangi3. Memupuk budaya kekeluargaan yang utuh sesama insan
Masa : 30 – 40 minit
Bahan : Kertas A4
Aktiviti :
1. Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid
20
2. Murid diminta memejamkan mata dan membayangkan wajah ibu masing-masing
3. Murid melakarkan wajah ibu masing-masing sambil diperdengarkan lagu ibu
4. Setiap murid memegang lukisan wajah memperlihatkan kepada kawan-kawan yang lain
5. Mentee boleh melukis gambar insan lain yang disayangi seperti bapa, abang, kakak, adik atau guru
Falsafah : Kasih sayang ibu tiada sempadannya. Semua orang mempunyai insan
yang disayangi. Kita perlu saling menghormati insan yang disayangi.
Modul 11 : Tiru Macam Saya Lagi
Objektif :
1. Mentee dapat berkenalan dengan ahli kumpulan
2. Mentee dapat membuang perasaan malu dalam diri
3. Mentee mengerakkan anggota fizikal untuk mengembalikan kecergasan
Masa : 20-40 minit
Bahan : Tiada
Aktiviti :
1. Peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan2. Setiap peserta diminta memperkenalkan nama ringkas
dengan gaya yang tersendiri3. Peserta seterusnya akan menyebut namanya dengan
gaya tersendiri4. Selepas itu peserta kedua akan menyebut nama
peserta sebelumnya dengan meniru aksi peserta pertama
5. Peserta seterusnya akan mengulangi aktiviti tadi sehingga selesai
Falsafah : Setiap insan perlu berkenalan antara satu sama lain untuk mengeratkan hubungan sesama manusia. Perasaan
malu perlu dihindarkan untuk kebaikan diri. Keyakinan diri perlu
dipupuk untuk berhadapan dengan semua insan di luar.
21
Modul 12 : Sifat Terpuji
Objektif :
1. Mengenal Potensi dan kelebihan diri masing-masing
2.Mentee dapat membina keyakinan diri
3.Mentee dapat penghargaan daripada orang lain untuk terus membaiki kelemahan diri
Masa : 20-40 minit
Bahan : Kertas A4
Aktiviti :
1. Aktiviti dijalankan secara individ
2. Mentor mengarahkan murid menyenaraikan kelebihan
diri
3. Mentor memilih beberapa orang murid untuk
menyatakan secara lisan kelebihan diri masing-masing
4. Mentee diberi peluang untuk menyatakan kelebihan diri
sendiri
5. Mentee lain memberi penghargaan kepada rakan
tersebut
6. Mentor membuat rumusan aktiviti
Falsafah : Setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kelebihan diri perlu dimaklum dan ditonjolkan untuk membina keyakinan diri dalam hidup. Sikap merendah diri perlu dielakkan dan pemikiran positif perlu diterapkan dalam diri.
Modul 13 :Telur, Ayam, Dinosour Dan Raja
Objektif : 1. Berkenalan dengan ahli kumpulan, membuang perasaan malu
dan mengerakkan tenaga fizikal
2. Membina ukhwah dan persahabatan yang erat dalam ahli
22
kumpulan
Masa : 20-40 minit
Bahan : Tiada
Aktiviti :
1. Peserta dihimpunkan dikawasan yang lapang dalam keadaan duduk
2. Fesi akan meminta peserta membuat gaya sebutir telur, ayam, dianasor dan raja
3. Kemudian peserta diajar memainkan perlawanan “osom” (air,batu dan burung)
4. Setiap peserta akan bermula sebagai telur dan akan bergerak mencari telur yang lain untuk berlawan “osom”. Peserta yang menang akan bergerak menjadi ayam dan akan mencari ayam yang lain untuk bertanding osom dan jika menang akan bertukar menjadi dinasour. Seterusnya dinasour akan menjadi raja yang akan berada di tepi memerhatikan peserta lain dengan gaya seorang pemerintah
5. Bagi peserta yang kalah dalam perlawanan osom akan kekal dengan gayanya sama ada telur, ayam dan dinasour
Falsafah : Mentee dapat membina kejelekitan (hubungan yang rapat) sesama sendiri. Mentee juga dapat menghilangkan rasa bosan dan tertekan di sekolah seterusnya dapat menimbulkan minat untuk datang ke sekolah
Modul 14 : Meraikan Hari Lahir
Tajuk : Selamat Hari Lahir
Objektif : 1. Menghargai jasa ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan2. Meningkatkan perasaan sayang menyayangi sesama sendiri3. Memberikan rangsangan untuk mereka datang ke sekolah
Masa : 30 minit
Bahan : 1. Instrumen lagu hari lahir
23
2. Kad ucapan 3. Hadiah4. Kek
Aktiviti : 1. Guru mengucapkan selamat hari lahir kepada murid yang menyambut hari lahir pada hari ini
2. Guru meminta murid-murid lain menyanyikan lagu selamat hari lahir kepada rakan mereka yang diraikan
3. Guru dan murid-murid memberikan hadiah kepada rakan yang diraikan
4. Murid yang diraikan menyampaikan ucapan terima kasih kepada rakan yang lain
Falsafah : Setiap individu memerlukan penghargaan dalam diri untuk terus
berkembang dan Berjaya. Meraikan Hari Jadi dapat mengukuhkan perhubungan sesama rakan
Modul 15 : Syukuri Usiamu
Objektif : 1. Mensyukuri nikmat yang ada2. Menghargai jasa dan pengorbanan ibu3. Menanamkan kasih dan sayang terhadap ibu
Masa : 30 minit
Bahan : 1. Vcd tayangan kelahiran masrani2. Laptop3. Speaker
Aktiviti : 1. Guru menerangkan asal usul kejadian manusia2. Guru mengucapkan selamat hari lahir dan menyanyikan lagu hari lahir3. Guru menayangkan tayangan video4. Guru meminta murid-murid agar mereka menghargai
24
jasa ibu mereka yang mengandung mereka selama 9 bulan 10 hari5. Guru membuat rumusan kepentingan untuk mensyukuri nikmat kehidupan
Falsafah : Setiap manusia yang dilahirkan perlu bersyukur ke atas nikmat Ilahi.
Murid-murid perlu mengetahui bahawa pengorbanan ibu yang melahirkan anak sangat tinggi nilainya.Kesusahan yang ditanggung ibu ketika melahirkan anak perlu dibalas oleh anak-anak dengan rasa hormat dan kasih sayang kepada ibu dan bapa.
Modul 16 : Terima Kasih Mama Papa
Objektif : 1. Melahirkan perasan cinta terhadap kedua ibu bapa2. Menghargai pengorbanan dan jasa ibu bapa3. Menghormati ibu dan bapa
Masa : 30 – 45 minit
Bahan : 1. Kertas A42. Pensil warna3. Sajak berkaitan Mama dan Papa (rujuk lampiran sajak)
Aktiviti : 1. Mentee mengedarkan sajak yang diberi mentor kepada semua rakan 2. Mentor membimbing murid untuk mendeklamasi sajak secara kelas3. Mentee diberi peluang mendeklamasi sajak tersebut dengan intonasi dan gaya sendiri4. Mentee diminta melukis gambar mama dan papa di atas kertas A4 dan mewarnakannya5. Mentee menunjukkan gambar yang dilukis kepada rakan-rakan6. Mentor dan mentee memberi ucapan penghargaan
25
Falsafah : Semua insan perlu menanamkan perasaan kasih dan sayang terhadap ibu dan bapa. Hormat ibu dan bapa dengan mendengar nasihat dan tutur kata ibu dan bapa merupakan asas kepada adab yang wajib dilakukan oleh anak-anak.
Lampiran Sajak
Untukmu Ayah Untukmu Ibu
Kasihmu… sayangmu… selalu kau berikan padaku…Kau banting tulangmu… kau peras keringatmu…Namun kau selalu berusaha tersenyum didepanku…Walauku sering mendurhakaimu…kau tak pernah berhenti memberi semua itu…
Kau pun tak pernah sedikitpun meminta balasan dariku…Karena ku tau… kau lakukan semua itu…Hanya untuk membuatku bahagia…
Kau cahaya hidupku…kau pelita dalam setiap langkahku…Maafkan…bila aku belum bisa membalas semua kebaikan yang telah kau berikan untukku…
Tetapi Aku berjanji… aku akan selalu berusaha dan berdo’a semampuku… untuk kebahagiaanmu di masa tua mu nanti…Agar kau selalu tersenyum… walaupun apa yang ku beri… tidak sebesar apa yang ku terima selama ini…
Modul 17 : Lima Tugas Jari
Objektif : 1. Mempertingkatkan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab sebagai insan2. Bermuhasabah untuk memperbaiki kesilapan diri3. Mendapat celik akal agar menjadi pelajar yang terbaik
26
Masa : 30 minit
Bahan : Kertas A4
Aktiviti : 1. Mentee melakarkan gambar 5 jari2. Mentor menjelaskan fungsi setiap 5 jari:Ibu Jari –tanggungjawab sebagai anakJari Telunjuk – tanggungjawab sebagai muridJari Hantu – tanggungjawab terhadap rakanJari Manis – tanggungjawab terhadap guruJari Kelingking – tanggungjawab terhadap sekolah
3. Mentee menulis 5 fungsi jari pada lakaran4. Mentee diminta secara lisan menerangkan seorang demi seorang atau secara sukarela 4 contoh tanggungjawab setiap fungsi ibu jari5. Mentee diminta supaya menunaikan tanggungjawab tersebut
Falsafah : Manusia mempunyai tugas dan peranan masing-masing dalam kehidupan. Tugas dan peranan tersebut perlu dimainkan atau dijalankan dengan baik dan betul untuk kejayaan di dunia dan akhirat
Modul 18 : Ke Sekolah Nak Ke Tak Nak ?
Objektif : 1. Menyedari peranan penting untuk ke sekolah2. Menyedari keburukan jika tidak pergi ke sekolah3. Membantu mengurangkan masalah disiplin dan ponteng murid
Masa : 30 minit
Bahan : Borang Maklum Balas (lampiran pelajar)
Aktiviti : 1. Sumbangsaran daripada murid tentang tujuan ke sekolah.2. Mentor memberi input mengenai kebaikan hadir ke sekolah antaranya:
27
Menuntut ilmuMengikut peraturanMenjadi pemimpinBersosial secara sihat
3. Mentor diminta secara lisan menerangkan kebaikan jika tidak hadir ke sekolah4. Mentor edarkan Borang Maklum Balas. Mentee diminta melangkapkan borang tersebut5. Mentor melihat jawapan mentee dan membanding
kedua- dua aspek. Jawapan mana yang paling banyak kepentingan hadir ke sekolah atau kebaikan jika tidak hadir ke sekolah
6. Jika sedikit jawapan untuk soalan kebaikan jika tidak hadir ke sekolah makan, mentor menyatakan bahawa mentee perlu ke sekolah setiap hari. Jika sebaliknya beri bimbingan supaya mentee terus datang ke sekolah
Falsafah : Setiap manusia perlu berfikir secara kritis untuk melihat mana yang baik dan buruk. Setiap tindakan yang dilakukan perlu difikirkan baik dan buruk dan faedah daripada tindakan tersebut.
Lampiran Pelajar
Senaraikan jawapan anda berdasarkan soalan yang diberi. Anda boleh menyenaraikan seberapa banyak jawapan.
28
Kebaikan Hadir Ke Sekolah Kebaikan Jika Tidak Hadir Ke Sekolah
29
Modul 19 : Perkongsian Masalah
30
Objektif :
1. Mengeratkan hubungan di antara mentor-mentee2. Mentor-mentee berkongsian masalah3. Penghargaan diri murid
Masa : 30 – 40 minit
Bahan : Kertas A4
Aktiviti :
1. Mentor bertanya khabar mentee2. Mentor mengedarkan sehelai kertas A4 kepada setiap orang
mentee3. Mentee dikehendaki menulis setiap permasalahan di atas
kertas A4 tersebut semada permasalahan berbentuk akademik, keluarga, perhubungan bersama rakan dan sebagainya
4. Mentee diminta lipatkan kertas A4 tersebut dan bertukar dengan rakan lain
5. Guru memilih secara rawak beberapa orang mentee dan meminta mereka membuka lipatan kertas. Mentee diminta membaca permasalahan yang ditulis oleh rakan mereka
6. Mentor dan mentee bersama-sama berbincang mencari jalan penyelesaian dan kaedah yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut
7. Mentor mengumpul semua kertas hasil kerja murid sebagai rujukan dan semakan untuk diadakan seterusnya
Falsafah : Semua individu mempunyai masalah dalam kehidupan. Masalah tersebut perlu diselesaikan secara bijaksana. Minta bantuan orang lain jika tidak dapat menyelesaikan masalah tersebut secara individu
Modul 20 : Masam-masam Manis
Objektif :
1. Berkongsi kenangan pahit dan manis2. Mengeratkan hubungan3. Penghargaan diri murid
Masa : 30 -40 minit
31
Bahan : Kertas A4
Aktiviti :
1. Mentor mengucapkan salam dan selamat sejahtera serta bertanya khabar mentee
2. Mentor edarkan sehelai kertas A4 kepada setiap orang mentee
3. Mentee diminta untuk menulis kenangan pahit dan manis diatas kertas yang diedarkan
4. Mentor dan Mentee berkongsi kenangan manis dan pahit
Falsafah : Setiap insan yang dilahirkan mempunyai kenangan manis dan pahit.
Kenangan tersebut menjadikan diri matang. Kenangan yang diperoleh
dijadikan pengajaran dalam setiap kehidupan
Modul 21 : Mari Menyanyi
Tajuk : Alunan Kasih Santapan Jiwa
Masa : 30 minit
Objektif :
1) Mentor dapat membina hubungan dengan mentee.2) Mentor dapat beramah mesra dengan mentor.3) Mentee dapat mengurangkan ketegangan dan stress
Alatan :
1. Buku Kehadiran Program Mentor Mentee
2. Buku Modul Mentor Mentee
Aktiviti :
1. Mentor bertanyakan khabar mentee dan mengambil kehadiran mentee
2. Mentor meminta mentee membuat 3 bunyi binatang yang diketahui .Contoh: lembu, katak dan kucing
3. Mentor mengarahkan mentee memejamkan mata dan meneka tiga bunyi yang dihasilkan oleh mentor. Bunyi yang dihasilkan seperti contoh :
32
Pintu dibuka secara perlahan Ketukan markerpen pada whiteboard Bunyi petikan jari
4. Mentor melatih mentee melaksanakan bunyian yang dihasilkan seperti :
Tepuk tangan Tepuk meja Petik jari Hentak kaki
5. Mentor mengarahkan mentee menyanyi menggunakan ungkapan “ Jika anda gembira ……………”
6. Mentor membentuk dua kumpulan yang terdiri daripada 5 orang dalam satu kumpulan yang berbakat untuk mempersembahkannya di hadapan mentee yang lain
Falsafah :
1. Mentee dapat meluahkan perasaannya dalam bentuk nyanyian.
2. Mentee dapat melakukan aktiviti psikomotor berpandukan arahan daripada bunyi yang didengar dan juga Mentor.
Modul 22 : Mari Bermain ( Pandang-pandang , cerita-cerita, lukis-
lukis )
Masa : 30 minit
Objektif :
1. Memberikan kefahaman betapa pentingnya komunikasi dalam Kumpulan
2. Membina keyakinan diri di khalayak
3. Membentuk sikap berani berhadapan dengan semua orang
Alatan :
1. Gambar2. Pen marker dan 3. Kertas lukisan
33
Aktiviti :
1. Sebuah lukisan diletakkan di sebuah bilik atau rung tertutup 2. Mentee akan membahagikan kumpulan mereka kepada
seorang pemandang, seorang pelukis dan baki ahli kumpulan akan menjadi talian telefon
3. Pemandang akan diberi masa selama beberapa minit untuk melihat gambar yang dipaparkan
4. Setelah pemandang berpuas hati dengan ingatannya , pemandang akan bergerak ke arah talian telefon yang merupakan ahli kumpulan yang berbaris
5. Pemandang akan menggambarkan apa yang dilihat sehingga beliau berpuas hati. Kemudian talian satu akan bergerak ke talian 2 untuk menyampaikan maklumat. Ia berterusan sehingga talian habis. Kemudian talian terakhir akan menyampaikan maklumat kepada pelukis
6. Pelukis akan melukis berdasarkan apa yang diceritakan kepadanya
7. Hasil lukisan mentee akan dibanding dengan lukisan asal8. Kenapa ini terjadi bincangkan :
- Mengapa lukisan ini berbeza daripada lukisan asal?- Apakah kemungkinan-kemungkinan yang menyebabkan
maklumat yang disampaikan berubah?- Bagaimana hasil aktiviti ini dapat diperbaiki?
Falsafah :
1. Komunikasi dalam kumpulan kadang-kala terganggu di sebabkan beberapa faktor. Antaranya , penggunaan kata yang tidak tepat dalam menyampaikan arahan dan tidak fokus semasa menerima arahan
2. Sepatutnya arahan yang diberikan kepada penerima maklumat perlulah jelas supaya penerima dapat menceritakan semula maklumat yang diterima
3. Komunikasi yang berkesan dapat mengurangkan kesilapan penerimaan maklumat
Modul 23 : Tegas Diri
Masa : 30 minit
Objektif :
34
1. Murid memahami maksud tegas diri2. Mengamalkan teknik tegas diri3. Meningkatkan tingkah laku tegas diri
Alatan :
1. Bahan edaran2. Alat tulis
Aktiviti :
1. Mentor menerangkan maksud tegas diri2. Mentor mengedarkan skrip diaolog dan meminta murid
melakonkan watak –watak dalam dialog3. Mentee melengkapkan jadual tegas diri berdasarkan situasi
yang diberi menggunakan dialog tegas diri4. Perbincangan bersama mentor
Falsafah :
1. Mentee berkemampuan untuk meluahkan perasaan , keperluan dan buah fikiran secara jujur dan berterus-terang
2. Mentee mampu membuat penilaian tentang sesuatu tingkah laku negatif
3. Mentee dilatih bagaimana membentuk sikap asertif dalam dir
TEGAS DIRI (Situasi : Ponteng Sekolah )
Dialog Pasif
Musa : Subjek matematik tu tak best la. Cikgunya pun lembab. Jom la
kita
lepak
Chua : Boleh ke kita buat macam tu ?
Raju : Boleh je, Musa kat mana “port’ engkau selalu lepak ?
Musa : Ala..kau ikut je la aku.
Chua : Nanti cikgu Nampak, kantoi la kita.
Raju : Apalah kau ni, penakut.
Chua : Okey lah , aku ikut.
Musa : Ha..Macam tu la ‘member’.
35
Dialog Asertif
Musa : Jomlah, berapa kali aku nak ajak kau orang berdua ni. Sekejap
lagi
cikgu masuk, nanti susahlah kita.
Chua : Kau nak ke mana Musa ? Kita kan nak belajar.
Raja : Aku setuju dengan kau Chua. Aku bukan tak sukakan kau Musa,
tapi
ponteng itu tak berfaedah. Kau ada masalah dengan cikgu tu
ke Musa?
Musa : Aku boring la, dah la slow, tak faham langsung. Menyusahkan
betul
matematik ni.
Chua : Kau ni tak sukakan matematik atau tak sukakan cikgu tu? Apa
pun kita
boleh bincang Musa. Marilah kita masuk ke kelas, petang
nanti kita
pergilah lepak kat mana-mana, okey.
Bil SITUASI TINDAKAN (DIALOG)
1.Kawan mengajak saya merokok di dalam tandas
2.Kawan-kawan saya suka menconteng dinding kelas.
3.Kawan mengajak saya pergi ke Cybe Café ketika waktu persekolahan.
4.Saya terjumpa sekotak rokok
5.Saya rasa ingin meniru semasa peperiksaan
Modul 24 : Penampilanku – (Kebersihan, Gaya Hidup)
Objektif : 1. Mengurus diri dengan baik2. Menjaga kebersihan diri3. Menyayangi diri sendiri
36
Masa : 30 minit
Aktiviti :1. Mentor memilih seorang mentee yang berpakaian kemas dan
Bersih sebagai role model
2. Mentee memberi pendapat tentang penampilan mentee tersebut
3. Mentor menerangkan kepentingan dan cara pengurusan diri yang baik
4. Mentor memberi motivasi dan galakan pengurusan diri yang baik
Alatan : Tiada
Falsafah :1. Mentee mampu menguruskan diri sendiri dan
mengutamakan kebersihan diri
2. Kita perlu menyayangi diri sendiri 3. Menjaga amanah Tuhan yang dianugerahkan kepada
kita
Modul 25 : Mangkuk Tingkat
Objektif : Meraikan Sambutan Hari Lahir
Masa : 30 minit
Bahan : Kek Hari Lahir, Makanan dan Minuman
Aktiviti :1. Mentor membina hubungan dengan bertanya mentee apakah
tarikh yang sering diingati oleh mereka
2. Mentee diberi sehelai kertas A4, minta mentee membuat kad ucapan
ringkas “Selamat Hari Lahir kepada rakan, keluarga, ibu bapa”
3. Mentor mengumumkan Hari Lahir Mentee pada hari ini, minggu ini dan
dalam bulan ini
37
4. Mentor meminta mentee yang tarikh lahirnya jatuh pada hari ini, minggu
In idan bulan ini ke hadapan mengelilingi Kek Hari Lahir
5. Mentor bersama-sama mentee menyanyikan lagu “Selamat Hari Lahir”
6. Mentor meminta mentee memotong kek dan memberikan kepada
Rakan - rakan mentee
7. Mentor meminta mentee mengeluarkan bekalan makanan yang dibawa
“Mangkuk Bertingkat” untuk di makan bersama-sama
Falsafah :
1. Mentor membuat rumusan beri penghargaan kepada rakan-rakan
yang menyambut Hari Lahir dengan mengadakan jamuan
2. Mengemaskan semula kelas supaya bersih dan boleh meneruskan P & P
Modul 26 : Memori Manis
Objektif : 1.Memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat mengamalkan nilai berbudi bahasa, mesra, ambil berat, kasih sayang, saling menghormati, ceria, prihatin dan sabar
2.Mentor dapat membimbing mentee membina halatuju, jati diri dan sahsiah diri yang positif
Masa : 30 minit
Aktiviti :
1.Mentor bertanya khabar mentee2.Mentor menjelaskan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang 21
kali perjumpaan
3.Mentor meminta mentee memulakan aktiviti perkongsian perasaan dan pemikiran yang dialami secara lisan
38
4.Mentor dan mentee membuat kad-kad salam kepada rakan-rakan dengan kata-kata positif
Alatan : Kad-kad
Falsafah :
1.Melahirkan mentee yang dapat bertanggungjawab ke atas perasaan dan
mengutamakan kesempurnaan diri / hidup
2.Pengubahan sikap mentee ke arah yang lebih baik
3. Melahirkan mentee dapat berterima kasih/ sayang atas diri dan orang lain
4. Melahirkan mentee yang bijak membuat pilihan dan matlamat hidup
Modul 27 : Aku Adalah Juara
Objektif :
1. Mentee dapat hormat-menghormati antara satu sama lain
2. Mentee dapat berinteraksi dengan selesa dan tenang
Masa : 30 minit
Alatan : Tiada
Aktiviti :
1. Mentee dibahagikan kepada beberapa kumpulan ( 5 orang setiap kumpulan)
2. Setiap kumpulan diberi 2 minit untuk membuat sorakan nama kumpulan
3. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil untuk membuat aksi :
i) Suara orang marah
ii) Suara orang manja
39
iii) Suara orang menangis
iv) Gelak / Ketawa paling menggembirakan
v) Senyuman paling manis
Falsafah :
1. Setiap ahli kumpulan memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dibuat
2. Setiap individu mempunyai kelebihan dan kekurangan yang dianugerahkanTuhan
Modul 28 : Hari Jadiku Hari Jadimu Jua
Objektif : 1. Mengeratkan silaturahim antara mentor dan mentee2. Menghargai mentee dengan sambutan hari jadi3. Menanamkan perasaan sayang dan semangat kekeluargaan
antara mentordan mentee
Masa : 1 jam
Peralatan : Kuih-muih / kek hari jadi
Langkah :1. Mentor dan mentee berkumpul di tempat yang telah
dipersetujui bersama seperti dalam kelas
2. Mentor dan mentee menyambut Sambutan Hari Jadi mentee yang jatuh
pada bulan tersebut
3. Mentor dan mentee menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi bersama
sama
Falsafah : Mentee akan merasai diri mereka disayangi dan merapatkan hubungan kekeluargaan sesama mentor dan mentee
Modul 29 : Strategi dan Teknik Persediaan Semasa Peperiksaan
Objektif :1. Pelajar mengenal pasti kecelaruan semasa peperiksaan
40
2. Supaya pelajar-pelajar faham perkara-perkara yang sepatutnya dilakukan semasa peperiksaan
Masa : 30 minit
Aktiviti :
1. Mentor meminta pelajar menggambarkan beberapa situasi yang sering
dialami oleh mereka dalam dewan peperiksaan
2. Mentor meminta pelajar menyenaraikan situasi yang menganggu
tumpuan yang dialami
3. Mentor menyatakan senarai petua semasa dalam dewan peperiksaan
SENARAI PETUA
1. Baca bismillah, selawat dan doa
2. Baca doa-doa penerang hati
3. Duduk dengan selesa
4. Tarik nafas panjang beberapa kali
5. Senyum untuk lebih tenang dan yakin
6. Keluarkan kad pengenalan dan slip peperiksaan
7. Dengan arahan dengan teliti setiap arahan penyelia/pengawas peperiksaan
8. Baca arahan dalam kertas peperiksaan
9. Bahagikan masa saksama untuk menjawab setiap soalan
10. Rangka jawapan dengan sistematik
11. Guru merumus segala perbincangan
Falsafah :
1. Persediaan mental, jasmani, rohani perlu disepadukan semasa menjalani peperiksaan
41
2. Peperiksaan adalah sesuatu cabaran dan semestinya dihadapi
Modul 30 : Bengkel Adab Pergaulan
Objektif :
1. Membudayakan hormat-menghormati di kalangan pelajar SBP
2. Persediaan pelajar SBP sebagai bakal pemimpin
Masa : 1 jam
Langkah :
1. Mentor mengemukakan adab-adab yang perlu dibincangkan:
- Adab-adab dan batas-batas pergaulan
- Adab berbicara dengan sahabat
- Adab pergaulan murid dengan guru
- Adab pergaulan murid dengan pentadbir
- Adab pergaulan murid dengan tetamu
- Adab pergaulan murid dengan ibu bapa/penjaga
- Adab menerima pemberian
Falsafah : Aktiviti ini dapat menambah baik tatacara pergaulan yang selaras
dengan kehendak dan norma masyarakat
2.9 Penutup
Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak dengan penuh optimis mengharapkan semua sekolah menengah dan rendah dapat menjalankan Program Mentor Mentee Amalan Guru Penyayang ini dengan terancang dan penuh kejayaan.Semua pihak perlu saling bekerjasama bagi memastikan Dasar Kementerian ini dilaksanakan sepenuhnya di sekolah.Modul ini diharap dapat dijadikan garis panduan dan bimbingan oleh pihak sekolah untuk menjalankan Program Mentor Mentee Amalan Guru Penyayang di sekolah masing-masing
42
Sekalung Penghargaan Buat Pembina Modul Mentor Mentee Pelaksanaan Guru Penyayang
Daerah Hilir Perak
Pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Jabatan Pelajaran PerakUnit HEM, Bimbingan dan Kaunseling
En. Mat Hamdan b AminPenolong PPD Hal Ehwal Murid, PPD Hilir Perak
En. Kamal bin Abdul RahmanPenolong PPD Bimbingan Kaunseling & Kerjaya Menengah, PPD Hilir
Perak
En. Rosmani bin TalibGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sultan Abdullah
En. Ahmad Puad bin EsaGuru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Seri Kandi
Pn. Hjh. Khalimaton Sadiah Bt. SahlanGuru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Hutan Melintang
Pn. Hjh. T. Arishah bt. T. NordinGuru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling, SMK Sungai Manik
Pn. Fauziah bt DaudGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Seri Perak
En. Ng. Choo HongGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Raja Muda Musa
En. Mohd Nazri bin SaadGuru Bimbingan dan Kaunseling, SM Teknik Teluk Intan
43
Pn. Zuraidah bt. ShafiaiGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Tun Abdul Razak Selekoh
Pn. Ho Sau ChengGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK San Min
Pn. Tan Bee NaGuru Bimbingan dan Kaunseling, SMK Convent
Cik Norhazlita bt Ahmad KamalGuru Bimbingan dan Kaunseling, SM Sains Teluk Intan
Pn. Shafinah Bt. MamatGuru Bimbingan dan Kaunseling, SM Sains Bagan Datoh
En. Hasnan bin Abdul Hamid
Guru Bimbingan dan Kaunseling, SK Kampong Bahagia
En. M. Aminudin bin SupandiGuru Bimbingan dan Kaunseling, SK Khir Johari Sg. Sumun
Pn. Asma bt. HusinGuru Bimbingan dan Kaunseling , SK Seri Setia.
Pn. Lizawati bt. AdnanGuru Bimbingan dan Kaunseling, SK Sultan Abdul Aziz
Pn. Norasyikin bt SalihanGuru Bimbingan dan Kaunseling, SK. Simpang Empat, Hutan Melintang