disiplin bantu dalam sejarah
TRANSCRIPT
DISIPLIN BANTU DALAM SEJARAH
DISEDIAKAN OLEH:MOHD NORFAKHRI B ABD MAJIDSYED SUKRI B SAID SALLEH
ARKEOLOGI
berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘arkhaiologia’ yang bermaksud barang-barang purba
bermula setelah penemuan artifak sebagai bahan bukti yang telah wujud di Afrika Timur kira-kira 2.5 juta tahun yang lalu
merupakan salah satu ilmu bantu di dalam bidang sejarah, sejajar dengan bidangnya iaitu menggali warisan purbakala (antiquity) yang menawarkan sumber-sumber awal sejarah awal manusia dalam pelbagai bentuk dan rupa
ahli arkeologi lebih mementingkan khazanah atau objek purba yang ditemui dan nilai estetikanya
adalah bertujuan untuk membuktikan sesuatu peristiwa sejarah, menyelesaikan beberapa masalah yang tidak jelas, mengenalpasti dengan tepat lokasi dan fungsi sesuatu tapak yang dinyatakan dalam sumber bertulis. Contohnya ialah tapak monumen seperti kota-kota, kubu-kubu dan makam purba.
motif arkeologi yang terpenting adalah semata-mata untuk mencari barang-barang purba
merupakan suatu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang menggambarkan data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orientasi teori ahli arkeologi
pendapat Walter Taylor menyatakan bahawa arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan suatu kumpulan-kumpulan teknik yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai suatu kumpulan budaya
Sir Mortimer Wheeler menyatakan bahawa seorang ahli arkeologi adalah merupakan seorang pencari fakta dan faktanya adalah catatan-catatan tentang pencapaian manusia
Graham Clark menyatakan ianya tidak boleh dianggap sebagai satu bidang kajian yang berasingan kerana kaedah pembentukan masa silam daripada hasil-hasil peninggalan dapat mengesan masyarakat sebelum ini
Brian M. Fagan pula menyatakan bahawa arkeologi merupakan pengkajian yang sistematik mengenai tabiat, teknologi dan kebudayaan kemanusiaan di masa lampau
Ensiklopedia Global, arkeologi dikatakan sebagai satu kajian saintifik tentang cara hidup manusia masa lampau melalui peninggalan yang dijumpai dalam bentuk fosil, artifak dan lain-lain. Contohnya seperti monumen, candi, kuil, masjid, istana, tembikar, prasasti dan lain-lain
Barang-barang ini dijumpai melalui kaedah galicari yang dijalankan di tempat yang dijangka wujud satu bentuk kehidupan pada zaman dahulu
apa sahaja bahan-bahan purbakala yang wujud hasil daripada warisan tamadun dan kehidupan manusia, semuanya menjadi lapangan kajian arkeologi.
ANTROPOLOGI
Pendekatan antropologi mengungkapkan nilai-nilai, status dan gaya hidup, sistem kepercayaan dan pola hidup, yang mendasari perilaku tokoh sejarah (Sartono Kartodirdjo)
Antropologi dan sejarah pada hakikatnya memiliki objek kajian yang sama, ialah manusia dan pelbagai dimensi kehidupannya. Hanya bedanya sejarah lebih membatasi kajiannya pada peristiwa-peristiwa masa lampau, sedang antropologi lebih tertuju pada unsur-unsur kebudayaannya.
Evans-Pritchard, menyatakan bahwa "Antropologi adalah Sejarah“
Arnold J. Toynbee (1889-1975) yang menyatakan bahawa tugas seorang sejarawan tidak jauh berbeda dari seorang antropologis, ialah melalui studi komparasi berusaha mempelajari siklus kehidupan masyarakat, kebudayaan masing-masing dan peradaban mereka ditarik sifat-sifatnya yang universal (umum).
Fakta yang dikaji dari kedua disiplin ilmu, antropologi dan sejarah, adalah sama pula. Terdapat tiga jenis fakta, ialah : artifact, socifact, dan mentifact.
Artifact- sebagai benda fizikal adalah konkrit dan merupakan hasil buatan. Sebagai proses artifact menunjuk hasil proses pembuatan yang telah terjadi di masa lampau.
Sociofact - menunjuk kepada peristiwa sosial yang telah mengkristalisasi dalam pranata, lembaga, organisasi dan sebagainya
Mentifact - menunjuk kepada idea dan pikiran manusia
Secara metodologinya disiplin antropologi memperluas jangkauan kajian sejarah yang mencakupi :1). kehidupan masyarakat secara komprehensif dengan mencakup pelbagai dimensi kehidupan sebagai keseluruhan sejarah;2) . aspek-aspek kehidupan (ekonomi, sosial, politik) dengan mencakup nilai-nilai yang menjadi landasan aspek-aspek kehidupan tersebut;3) . golongan-golongan sosial beserta subkulturnya yang merupakan satu identiti kelompoknya;4) . sejarah kesenian dalam pelbagai aspek dan dimensinya, serta mengesan ikatan kebudayaan sosialnya;5) . sejarah unsur-unsur kebudayaan : sastera, senitari, senirupa, senibina, dan sebagainya;6). pelbagai gaya hidup, antara lain : jenis makanan, mod pakaian, permainan, hiburan, cara kerja, dan sebagainya.
SOSIOLOGI
umumnya sosiologi dikenali sebagai ilmu pengetahuan tentang masyarakat
Bertujuan hendak mempelajari masyarakat, perilaku masyarakat, dan perilaku sosial manusia dengan mengamati perilaku kelompok yang dibina
Sebagai sebuah ilmu , sosiologi merupakan pengetahuan kemasyarakatan yang tersusun dari hasil-hasil pemikiran ilmiah dan dapat di kawalan secara kritis oleh orang lain atau am
berguna untuk memberikan data-data sosial yang diperlukan pada tahap perancangan, pelaksanaan mahupun penilaian pembangunan
Sosiologi sebagai ilmu pengetahuan mempunyai beberapa objek:
1. Objek Material- Objek material sosiologi adalah
kehidupan sosial, gejala-gejala dan proses hubungan antara manusia yang mempengaruhi kesatuan manusia itu sendiri.
2. Objek Formal- Objek formal sosiologi lebih ditekankan
kepada manusia sebagai makhluk sosial atau masyarakat. Dengan demikian objek formal sosiologi adalah hubungan manusia antara manusia serta proses yang timbul dari hubungan manusia di dalam masyarakat
3. Objek budaya- Objek budaya salah satu faktor yang
dapat mempengaruhi hubungan satu dengan yang lain.
4. Objek Agama- Pengaruh dari objek dari agama ini dapat
menjadi pencetus dalam hubungan sosial masyarakat, dan banyak juga hal-hal ataupun kesan yang mempengaruhi hubungan manusia.
Sosiologi menggabungkan data dari berbagai ilmu pengetahuan sebagai asas penyelidikan
sosiologi dapat dihubungkan dengan kejadian sejarah, sepanjang kejadian itu memberikan keterangan beserta huraian proses berlangsungnya hidup kelompok-kelompok, atau beberapa peristiwa dalam perjalanan sejarah dari kelompok manusia
Sebagai contoh, riwayat suatu negara dapat dipelajari dengan mendedahkan latar belakang terbentuknya suatu negara, faktor-faktor, prinsip-prinsip negara sampai perjalanan negara di masa yang akan datang
Sosiologi mempertumbuhkan semua persekitaran dan kebiasaan manusia, sepanjang kenyataan yang ada dalam kehidupan manusia dan dapat mempengaruhi pengalaman yang dirasakan manusia, serta proses dalam kelompoknya
POLITIK Sains politik ialah sains sosial yang
membincangkan teori dan amalan politik serta penghuraian dan pengupasan sistem dan kelakuan politik. Ahli sains politik "menganggap diri sebagai terlibat dalam pendedahan hubungan yang tersirat di sebalik peristiwa dan keadaan politik, dan berdasarkan pendedahan inilah mereka cuba membina prinsip-prinsip am mengenai cara penjalanan dunia politik."[1] Sains politik terdiri daripada beberapa subbidang, seperti: teori politik, dasar awam, politik negara, hubungan antarabangsa, dan politik perbandingan.
Sains politik banyak perkaedahannya, antara disiplin-disiplinnya termasuk teori pilihan rasional, falsafah politik klasik, positivisme,interpretivisme, strukturalisme, pasca-strukturalisme, behaviouralisme, realisme, pluralisme, dan institutionalisme. Sains politik sebagai salah satu cabang sains sosial, menggunakan kaedah dan teknik yang berkenaan dengan jenis-jenis hasil penyelidikan yang dicari: bagi sumber primer seperti dokumen bersejarah dan catatan rasmi, mahupun sumber sekunder seperti rencana jurnal ilmiah, penyelidikan tinjauan, analisa statistik, kajian kes dan pembinaan model.
GEOGRAFI
Bidang geografi di bahagikan kepada beberapa cabang iaitu: Didefinisikan sesuatu yang berkait dengan ilmu tentang alam
GEOGRAFI FIZIKAL
Berkait rapat dengan cuaca dan bentuk muka bumi disesuatu tempat
Contohnya manusia awal dizaman Mesopotamia, Mesir, Alam Melayu, India, China, dan sebagainya bergantung pada keadaan geografi (iklim dan bentuk muka bumi) bagi membina kehidupan mereka.
Jadi kawasan yang subur adalah tempat terbaik untuk membina penempatan selain bergantung kepada bantuan geografi seperti iklim dan sungai yang sedia ada
Hubungannya dengan sejarah, geografi fizikal membantu menjelaskan bagaimana keadaan dan pengaruh alam fizikal terhadap pemerintahan sesebuah kerajaan
Jika sesebuah kerajaan mempunyai iklim dan bentuk muka bumi yang subur maka akan berkembanglah kerajaan tersebut
Dalam sejarah Melayu, turut menjelaskan tentang pembinaan dan perkembangan empayar melaka pada abad ke-15
GEOGRAFI POLITIK
Berkait dengan kepimpinan, hubungan diplomatik, autoriti, ideologi,nilai-nilai yang mendasari sistem politik dalam sesebuah negara
Jika sesebuah negara mempunyai masalah kepimpinan seperti pertikaian, huru – hara, dan rasuah maka masalah tersebut akan memberi kesan terhadap politik negara
Sejarawan, yang cenderung menulis sejarah yang bertemakan politik ialah Herodatus yang mencatatkan tentang perang parsi dalam karyanya yang bertajuk the persion wars merupakan peperangan yang berlanjutan antara kerajaan Parsi dengan Yunani
Di Alam Melayu, seperti Tun seri Lanang yang menyusun Sulalatus Salatin dan Raja Ali yang menulis Tuhfat al-Nafis
GEOGRAFI SEJARAH Menjelaskan sejarah dan
perubahannya seperti yang wujud sekarang
Misalnya bagaimana sifat fizikal sesebuah kawasan sebelum wujud penempatan dan perubahannya selepas wujudnya penempatan manusia
Ia mempunyai persamaan dengan sejarah, namun persembahan data melalui bantuan peta
Carl Ortwin Sauer dari universiti California mengatakan geografi sejarah merupakan timbal balik dari geografi dan sejarah
Bagi Sauer, muka bumi dan budaya sesuatu tempat hanya boleh di fahami jika mempelajari semua pengaruhnya (budaya,ekonomi,politik)
Bangsa Yunani adalah bangsa pertama secara aktif mempelajari geografi sebagai ilmu sejarah
Tokoh utamanya ialah Thales dari Miletus, Herodotus, Hipparchus, Aristotle dari Messana
Bangsa Romawi memberi banyak sumbangan pada pemetaan kerana mereka banyak menjelajahi negara-negara lain
Mereka juga mencipta teknik untuk menjelajah kesesuatu negara dengan melihat garis pantai negara tesebut ia dikenali sebagai teknik periplus
EKONOMI
Merupakan sejarah yang memfokuskan kajiannya pada masalah-masalah ekonomi dan konsep-konsep ekonomi.
Sejarah ekonomi dapat pula diertikan sebagai kajian mengenai kejadian-kejadian ekonomi di masa lampau.
KESUSASTERAAN
Sekiranya sejarah dikatakan bertolak daripada sumber-sumber atau bukti-bukti empirik dan rasional sebaliknya karya sastera lebih berdasarkan imaginasi atau khayalan semata-mata
Dalam kesusasteraan Melayu lama memang terdapat banyak syair, pantun dan gurindam yang dikaitkan dengan peristiwa sejarah yang telah berlaku dan peristiwa sejarah telah menjadi lumrah dalam penulisan sastera
Contohnya dalam sejarah Melayu turut menyebut bahawa raja-raja Melayu dikatakan berasal daripada anak cucu Raja Iskandar Shah yang turun dari Bukit Siguntung
Begitu jugalah antara peristiwa ajaib yang berlaku iaitu apabila buah padi milik Wan Empuk dan Wan Malini bertukar menjadi emas,berdaun perak dan berbatangkan suasa
Kesemua cerita ini mempunyai nilai-nilai sastera dan sejarah yang berunsur lagenda,mitos dan kepercayaan karut
Bidang kesusteraan telah berkembang bermula pada abad ke-19 dengan perkembangan alat cetak dan kegiatan keilmuan diPulau Penyengat, Riau yang menjadi pusat pendidikan dan kebudayaan sehingga ia telah menjadi faktor utama yang mendorong kegiatan kesusasteraan melayu berkembang
Dengan adanya mesin cetak diPulau Penyengat, maka banyak buku kesusasteraan dapat dicetak dengan baik dan disebarkan kepada ramai pembaca dan juga sebagai tatapan genarasi akan datang
SEKIAN TERIMA KASIH