contoh kertas kerja (badminton)

7
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN KERTAS KERJA KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UMK KELAB BADMINTON UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 2013 KELAB BADMINTON SISWA/I UMK SESI FEBRUARI 2012/2013 TARIKH : 18 MEI 2013 TEMPAT : DEWAN BADMINTON TENGKU ANIS ANJURAN : KELAB BADMINTON UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Upload: ahmad-albab

Post on 12-Jan-2017

837 views

Category:

Education


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Contoh Kertas kerja (badminton)

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

KERTAS KERJA

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UMKKELAB BADMINTON

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN (UMK) 2013

KELAB BADMINTON SISWA/I UMK SESI FEBRUARI 2012/2013

TARIKH : 18 MEI 2013

TEMPAT :DEWAN BADMINTON TENGKU ANIS

ANJURAN :KELAB BADMINTON

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

Page 2: Contoh Kertas kerja (badminton)

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

KERTAS KERJA UNTUK KELULUSANPENGARAH, PUSAT KOKURIKULUMUNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN

BIL 2012/2013

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP UMK

1.0 TUJUAN

1.1 Kertas kerja ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan

Pengarah Pusat Kokurikulum bagi menganjurkan program Kejohanan Badminton

Tertutup UMK bagi sesi Februari 2012/2013.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Kejohanan Badminton Tertutup UMK diadakan untuk memupuk semangat kesukanan

dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi supaya melibatkan diri dalam bidang

kokurikulum bukan sahaja dalam bidang akademik.

2.2 Kejohanan ini juga bertujuan untuk mendidik mahasiswa dan mahasiswi mengenal erti

pentingnya amalan gaya hidup sihat serta boleh merapatkan hubungan sillaturrahim

antara kaum.

2.3 Kejohanan ini dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam permainan badminton sebagai

pelapis sukan pada masa akan datang.

1

Page 3: Contoh Kertas kerja (badminton)

3.0 JUSTIFIKASI

3.1 Dengan adanya program ini pelajar akan mempunyai daya sukan yang tinggi selaras

dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang seimbang dari segi rohani,

jasmani dan intelek.

3.2 Selain itu, bakat yang terpendam dalam diri mahasiswa dan mahasiswi dapat dicungkil

untuk menjadi pelapis negara pada masa akan datang.

3.3 Kerjasama terhadap ahli kelab juga dapat mengeratkan hubungan sesama kaum dan

agama.

4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Kami mensasarkan kepada mahasiswa dan mahasiswi UMK tahun satu.

4.2 Kami membuat kejohanan secara tertutup, jadi kami lebih memberi ruang kepada ahli

kelab badminton untuk menyertai kejohanan ini.

5.0 KAEDAH PERLAKSANAAN

5.1 Tentatif Program

(Lihat pada Lampiran 1)

5.2 Senarai Ahli Jawatankuasa

(Lihat pada Lampiran 2)

2

Page 4: Contoh Kertas kerja (badminton)

6.0 IMPLIKASI PERLAKSANAAN

6.1 Kewangan

(Lihat pada Lampiran 3)

6.2 Peralatan dan kenderaan

(Lihat pada Lampiran 4)

7.0 KELULUSAN

7.1 Pengarah, Pusat Kokurikulum, Universiti Malaysia Kelantan dengan hormatnya

dipohon untuk menimbang dan meluluskan permohonan bagi menganjurkan

Kejohanan Badminton Tertutup UMK bagi sesi Februari 2012/2013 ini.

3

Page 5: Contoh Kertas kerja (badminton)

Disediakan oleh :

SHAMINI A/P NALLAPAN MANIYAMPengarah,

Kejohanan Badminton Tertutup UMK,

UKS1041 Semester 2 Sesi 2012/2013

Disemak dan Disokong oleh :

ENCIK WAN AHMAD KHAIRUL BIN WAN AHMAD NAJIBKetua Unit Sukan

Pusat Kokurikulum.

KELULUSAN

Permohonan ini diluluskan / tidak diluluskan

MOHAMMAD NIZAMUDDIN BIN ABDUL RAHIMPengarah

Pusat Kokurikulum

Ulasan Pengarah :

4