community policing.doc

21
1.0 PENGENALAN Program Kepolisan Masyarakat ( Community Policing ) ini telah dilaksanakan oleh PDRM dan ditambah nilai sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama antara PDRM dan masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani dengan berkesan kes-kes jenayah dan gejala social. Ia adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah. Kaedah ini akan memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi secara terus dengan ahli-ahli masyarakat tempatan. Polis Di Raja Malaysia mendukung Konsep Kepolisan Masyarakat (Community Policing) dalam usaha mencegah jenayah. Kepolisan Masyarakat adalah satu usaha kerjasama di antara polis dengan orang awam dalam membanteras jenayah dengan lebih efektif dan efisyen. Pada dasarnya, pencegahan jenayah adalah peranan dan fungsi pasukan polis sebagaimana termaktub dalam Sek.3(3), Akta Polis 1967. Pencegahan jenayah dilaksanakan melalui 2 cara, iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah. Tindakan pencegahan sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini [Type text] Page 1

Upload: enno-norhayati-ali

Post on 30-Jan-2016

51 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: community policing.doc

1.0 PENGENALAN

Program Kepolisan Masyarakat ( Community Policing ) ini telah dilaksanakan oleh PDRM dan

ditambah nilai sejak bulan Mac 2008 yang bertujuan menjalin kerjasama antara PDRM dan

masyarakat bagi mengenalpasti dan menangani dengan berkesan kes-kes jenayah dan gejala

social. Ia adalah sebagai salah satu langkah awal untuk mendampingi masyarakat secara dekat

bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama mereka dalam usaha mencegah

jenayah. Kaedah ini akan memberi peluang kepada pegawai dan anggota polis untuk berinteraksi

secara terus dengan ahli-ahli masyarakat tempatan.

Polis Di Raja Malaysia mendukung Konsep Kepolisan Masyarakat (Community Policing) dalam

usaha mencegah jenayah. Kepolisan Masyarakat adalah satu usaha kerjasama di antara polis

dengan orang awam dalam membanteras jenayah dengan lebih efektif dan efisyen.

Pada dasarnya, pencegahan jenayah adalah peranan dan fungsi pasukan polis sebagaimana

termaktub dalam Sek.3(3), Akta Polis 1967. Pencegahan jenayah dilaksanakan melalui 2 cara,

iaitu tindakan sebelum berlakunya jenayah dan tindakan selepas berlakunya jenayah. Tindakan

pencegahan sebelum berlakunya jenayah adalah yang paling penting di mana tanggungjawab ini

seharusnya dipikul bersama oleh anggota masyarakat dan tidak meletakkan tanggungjawab ini

sepenuhnya kepada pihak polis.

Program COMMUNITY POLICING adalah usaha pihak polis untuk mendekati masyarakat bagi

memberi keyakinan tentang kehadiran polis bersama masyarakat dalam usaha mencegah

jenayah. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak polis agar dapat mendekati serta menjalinkan

hubungan yang baik dengan masyarakat seperti mengadakan pameran, hari bersama pelanggan,

mengadakan ceramah, dialog dengan masyarakat, lawatan ke sekolah-sekolah dan sebagainya.

Sesungguhnya, perjuangan untuk keamanan tidak akan tercapai tanpa kerjasama, keyakinan dan

kepercayaan daripada masyarakat kepada pihak polis. Tanggungjawab masyarakat adalah

menjadi mata dan telinga kepada pihak polis bagi menyalurkan maklumat yang cepat dan tepat

[Type text] Page 1

Page 2: community policing.doc

agar pihak polis dapat bertindak dengan cepat dan berkesan terhadap sesuatu jenayah yang

berlaku.

2.0 DEFINISI ISTILAH

2.3 ‘COMMUNITY POLICING’

Community policing or neighbourhood policing is a policing strategy and philosophy based on

the notion that community interaction and support can help control crime, with community

members helping to identify suspects, detain vandals and bring problems to the attention of

police.

Secara ringkasnya,Community policing adalah satu kerjasama antara polis dan komuniti untuk

mengenalpasti dan menyelesaikan masalah komuniti. Maka, dengan itu, kesemua ahli komuniti

menjadi allies yang aktif untuk memastikan keselamatan dan kualiti hidup jiran tetangga. Asas 'COMMUNITY POLICING' adalah kerjasama dan penglibatan masyarakat dan polis dalam mencegah jenayah. dalam keadaan semasa, kerjasama dan penglibatan ini terbatas,

kerana sikap masyarakat itu sendiri yang beranggapan bahawa tugas mencegah jenayah adalah tanggungjawab PASUKAN POLIS, dan juga persepsi negatif masyarakat terhadap

polis.

Keberkesanan kepada perlaksanaan 'COMMUNITY POLICING' memerlukan perubahan sikap kedua-dua pihak, iaitu masyarakat dan polis, melalui program-program MESRA

RAKYAT yang diatur secara berterusan bagi merapatkan jurang antara masyarakat dan PASUKAN POLIS. Warga PDRM perlu dilihat sebagai 'CONFIDANTE' rakyat. Untuk itu,

setiap warga PDRM perlu berubah. Penampilan yang mesra rakyat harus ditonjolkan kepada masyarakat terutama oleh 'Frontliners'

Arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Dato' Hj. Hassan pada 11 Mac 2008, konsep COMMUNITY POLICING telah pun dan sedang dilaksanakn di semua kontinjen terutama di

PULAU PINANG, KUALA LUMPUR, SELANGOR, dan JOHOR, melalui penubuhan pondok-pondok, balai-balai dan penemapatan anggota-anggota 'COMMUNITY POLICING' di

taman-taman perumahan dan pusat-pusat perniagaan. Ia adalah sebagai satu langkah untuk mendampingi rakyat secara dekat bagi memberi keyakinan tentang kehadiran polis

bersama mereka dalam usaha mencegah jenayah

3.0 MATLAMAT KEPOLISAN MASYARAKAT ( COMMUNITY POLICING )

Pencegahan jenayah merupakan satu mekanisme yang komprehensif dan merupakan momentum

untuk membendung serta menghalang dari berlakunya kejadian jenayah. Menerusi kaedah ini,

pihak Polis dapat mendidik dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkaitan peranan yang

boleh dimainkan oleh mereka serta langkah-langkah pencegahan yang boleh diimplementasi

dalam usaha mengekang kes jenayah dari berlaku. Keberkesanan program pencegahan jenayah

ini dapat merealisasikan ’autopia’ masyarakat untuk hidup dalam keadaan selamat dan

tenteraman serta mampu mengawal tahap ’fear of crime’ masyarakat.

Konsep ’community-oriented policing’ diketengahkan untuk diaplikasi dan diadaptasi sebagai

pemacu dalam usaha mencapai kelestarian keselamatan secara maksimum melalui penglibatan

[Type text] Page 2

Page 3: community policing.doc

masyarakat. Menerusi ’community-oriented policing’ masyarakat dapat bersama-sama pihak

Polis dalam merangka strategi, dasar dan pelaksanaan program pencegahan. Konsep ini terbukti

dapat membendung dari berlakunya kes jenayah seperti yang dikupas oleh Robert Trojannowicz

(1990). Keberkesanan dalam pelaksanaan konsep ini turut diaplikasikan oleh Jabatan Polis di

negara luar seperti ’Neighbourhood Watch’ di Australia, ’Base Team Policing’ di Kanada, sistem

’Koban’ di Jepun, Sistem Pembinaan Dan Ketertiban Masyarakat di Indonesia dan

’Neighbourhood Police Force’ di Singapura.

Kepentingan dalam mewujudkan kerjasama ini turut dihuraikan oleh Perdana Menteri Malaysia

menerusi petikan ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa

membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia ke 9, 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31

MAC 2006; ”Keselamatan negara dan ketenteraman awam sangat mempengaruhi iklim politik

dan iklim ekonomi. Negara yang bebas daripada ancaman dalam dan luar dapat meningkatkan

keyakinan pelabur dan menjamin kestabilan politik. Kadar jenayah di dalam negara akan

ditangani dengan berkesan. Di samping peranan utama anggota tentera dan pasukan Polis,

seluruh warga diseru bersama membantu menjamin kestabilan sebuah negara Malaysia yang

kukuh bersatu -teguh berpadu. Pihak media, parti-parti politik, badan-badan bukan kerajaan serta

orang perseorangan perlulah prihatin akan isu-isu sensitif berhubung agama,kaum, budaya dan

bahasa; serta tidak juga mencetus isu sensasi yang boleh menjejas ketenteraman awam dan

keselamatan negara.”

Kepolisan Masyarakat ( Community Policing ) diwujudkan bagi melahirkan kefahaman,

kepercayaan dan tanggungjawab dua hala antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan

jenayah di komuniti tempatan menerusi pendekatan yang efektif.

Kepolisan Masyarakat ( Community Policing ) bermatlamat untuk:

i. Memberi kesedaran ke atas keperluan tanggungjawab bersama di antara masyarakat dan

polis dengan mengurangkan serta menidakkan peluang untuk jenayah baru.

[Type text] Page 3

Page 4: community policing.doc

ii. Mendengar dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap polis.

iii. Memberi perlindungan nasihat dan bantuan guaman percuma kepada orang awam dan

pegawai polis yang memerlukan, demi mewujudkan keseimbangan undang-undang

dalam masyarakat.

iv. Mendorong masyarakat mempraktiskan Teori "broken window".

v. Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur dan sihat antara polis dengan masyarakat.

vi. Menglibatkan dan mendapatkan kerjasama erat daripada majlis perbandaran dan pihak

berkuasa tempatan dalam usaha pencegahan jenayah.

vii. Memberi kesedaran pencegahan jenayah kepada masyarakat awam melalui program

pencegahan kemasyarakatan.

4.0 KEBERKESANAN COMMUNITY POLICING

Community policing merupakan satu kaedah di mana kerjasama di antara polis dan

masyarakat di ujudkan untuk mencegah jenayah di dalam sesuatu komuniti tersebut.

Sesebuah komuniti yang berkerjasama rapat dengan pihak polis akan memudahkan

pertukaran dan penyampaian maklumat. Kepercayan di antara kedua dua pihak dapat di

pertingkatkan dan ini memudahkan interaksi yang lebih efektif dan penyaluran maklumat

yang lebih berkesan.

Komuniti di sesuatu tempat sendiri dapat memberitahu polis mengenai orang orang yang

di curigai kerana mereka lebih faham keadaan sekeliling mereka. Komuniti itu sendiri

harus mempertingkatkan pengawasan dan pemahaman membantu satu sama lain untuk

menjaga keamanan dan keharmonian komuniti itu sendiri.

Keberkesanan komuniti itu sendiri untuk menghindarkan atau melapurkan kepada pihak

polis mengenai aktiviti yang memudaratkan komuniti, akan menyebabkan anasir anasir

jahat di berkas atau pun boleh memaksa anasir anasir jahat untuk berpindah tapak.

Ini jelas akan mempertingkatkan kualiti hidup komuniti dan juga menaikkan mutu

[Type text] Page 4

Page 5: community policing.doc

komersial kawasan tersebut. Se andai nya kita ingin membeli rumah untuk keluarga kita,

kita akan mencari perumahan yang selesa dan selamat. Kita tidak akan membeli rumah di

kawasan perumahan yang di anggapkan kurang selamat.

Peningkatan tahap keselamatan juga akan mengurangkan perasaan takut kepada jenayah

di mana komuniti tersebut tidak perlu takut takut kepada kehilangan harta benda atau

kecederaan angkara perbuatan jenayah. Ini akan memberikan ketenangan hidup kepada

komuniti tersebut di mana perhatian mereka akan lebih tertumpu kepada kerja hidup

seharian mereka dari tertumpu kepada ketakutan jenayah.

Pihak polis pula dapat memudahkan kerja di mana peraliran maklumat akan

memudahklan penyiasatan kes dan dapat melaksanakan kerja pencegahan awal jenayah.

Bayangkan lah tuan/ puan mengenai kerugian akibat jenayah yang berlaku di Malaysia.

Ini dapat di kurangkan dengan kerjasama erat di antara masyarakat.

Maka adalah tepat untuk mengatakan bahawa community policing haruslah di laksanakan

di Malaysia untuk kesejahteraan dan keselamatan bersama.

5.0 PROGRAM COMMUNITY POLICING

5.1 Sistem Salleh

‘Sistem Salleh’ merupakan satu konsep yang bertujuan meningkatkan keberkesanan

tindakan membasmi jenayah dengan melibatkan rakyat secara langsung. Sebelum ini,

sistem pencegahan jenayah tidak berkesan malah masalah yang berlaku menjadi semakin

meruncing.

Sistem ini telah diuji keberkesanannya di Petaling Jaya pada Feburari 1968. Terbukti

dengan adanya sistem ini, kadar jenayah di lokasi tersebut telah menurun walaupun

sistem ini pada peringkat percubaan. Akibat daripada keputusan ini, pada 7 Jun 1968,

PDRM telah memerintahkan agar sistem ini dijalankan pada setiap kontinjen.

[Type text] Page 5

Page 6: community policing.doc

Pada asasnya tujuan utama rancangan sistem ini ialah untuk melatih para anggota polis

supaya menjadi lebih bertanggungjawab dan dapat diterima oleh orang ramai bukannya

sebagai anggota keselamatan sahaja tetapi sebagai sahabat. Oleh itu, masyarakat tidak

perlu takut atau rasa gementar terhadap polis apabila mereka terserempak dengan anggota

yang meronda.

1. Antara tujuan-tujuan yang dijelaskan dengan terperinci daripada arahan sistem itu:

2. Memupuk perasaan orang ramai melalui cara untuk berdamping dengan orang-orang

yang telah menjalankan pondok beat supaya mendapat kepercayaan.

3. Memberi bantuan dengan segera kepada orang ramai dengan cara bersedia ke atas

panggilan kecemasan dan menerima aduan daripada orang ramai.

4. Memudahkan kerja dengan menambah dan memperbaiki sistem aliran maklumat.

5. Menyediakan satu sistem yang lebih baik dan menarik dengan tujuan melindungi atau

mengurangkan kadar jenayah.

6. Menanam semangat kepada pegawai-pegawai polis berhubung denan tugas-tugas

mereka dengan menyatukan segala maklumat dan pengetahuan yang telah mereka dapat

dan kumpul.

Pelbagai kaedah yang telah digunakan didalam sistem ini. Setiap kawasan balai polis

telah dihabagikan kepada patrol, sector, ward dan zon yang mengikut garisan

persempadanan mereka yang jelas menunjukkan di mana letaknya setiap kawasan

tersebut, faktor-faktor persaingan, keluasan kawasan dan sebagainya. satu beat, patrol

yang lebih atau satu beat dan patrol boleh dijadikan sebagai satu sektor. Dua sektor atau

lebih pula akan menjadi satu ward dan dua ward atau lebih akan menjadi satu zon.

Setiap pegawai, anggota pangkat rendah dan konstabel telah diberikan tanggungjawab di

atas setiap kawasan tertentu bagi membolehkan mereka memahami serta boleh menyusun

strategi ke atas setiap sebarang kejadian yang berlaku serta akan bertanggungjawab ke

atas sebarang kes yang berlaku disebabkan kecuaian anggota polis.

[Type text] Page 6

Page 7: community policing.doc

Setiap zon akan diawasi oleh seorang pegawai manakala anggota pangkat rendah pula

akan menjaga ward. Setiap pegawai zon bertanggungjawab kepada Ketua Polis Daerah.

Setiap anggota pangkat rendah atau konstabel yang telah diarahkan untuk mengawal serta

menjalankan tugas di beat, patrol dan sektor akan ditempatkan sekurang-kurangnya 12

bulan untuk membolehkan mereka mengkaji serta belajar struktur kawasannya, sosiologi

penduduk dan juga selok-belok kawasan.

Bagi mewujudkan keyakinan orang ramai terhadap anggota polis, mereka dikehendaki

mengkaji, berkenalan dan berhubung mesra dengan mereka serta berusaha untuk

mendapatkan sebarang maklumat mengenai kawasan yang mereka jaga. Mereka cuma

boleh menetap dan bebas bergerak hanya di dalam kawasan masing-masing sahaja.

Apabila segala maklumat serta data setiap penduduk dan kawasan masing-masing telah

lengkap, maka sebarang kejadian yang berlaku akan memudahkan anggota polis

mengesan akan setiap penjenayah dan bukti-bukti yang ada di dalam kawasan itu.

Dengan segala info ini juga akan mewujudkan keyakinan serta perasaan selamat kepada

para anggota polis untuk menjalankan tugas mereka. Oleh itu, ia akan menjadikan mereka

sentiasa mempertingkatkan lagi kecekapan dan sifat tanggungjawab di kalangan anggota.

Operasi ‘Sistem Salleh’ itu telah diperkemaskan lagi dengan tertubuhnya anggota

rondaan bit biasa (termasuk jalan kaki, berbasikal atau bermotorsikal) dan rondaan

berkereta (Mobile Patrol Vehicles, MPV). Setiap anggota yang membuat rondaan akan

dibekalkan dengan Walkie-talkie bagi memudahkan mereka berhubung antara satu sama

lain justeru akan mempercepatkan lagi pergerakan dan tindakan apabila terjadinya

sesuatu kejadian di kawasan tersebut.

Sistem ini juga telah mewujudkan pondok bit polis di bandar atau di kampung seluruh

negara. Pondok-pondok polis pula diwujudkan di kawasan yang telah dikenalpasti

kepentingannya seperti di kawasan-kawasan yang banyak dikunjungi orang ramai,

kawasan perumahan, serta kampung yang terpilih.

[Type text] Page 7

Page 8: community policing.doc

Kebiasaannya pondok polis ini akan diketuai oleh seorang anggota berpangkat Koperal

dan dia orang Konstabel. Untuk melancarkan sistem ini, segala info diwujudkan dan

digerakkan di setiap balai yang dipanggil sebagai bilik gerakan. Bilik ini biasanya

dilengkapkan dengan pelbagai maklumat bagi mempermudahkan anggota membuat

rondaan antaranya:

1. Peta kawasan

2. Rekod-rekod kesalahan, ‘modus operandi’ jenayah, butir-butir peribadi orang yang

disyaki dan nama lokasi yang sering berlakunya kejadian jenayah.

3. Maklumat-maklumat lain yang diperlukan.

‘Sistem Salleh’ telah membawa satu arus baharu yang banyak membantu anggota-

anggota polis bagi menjalankan tugas mereka dalam pencegahan dan membanteras

jenayah yang berlaku di dalam negara.

5.2 RAKAN COPS

Idea Rakan Cop diilhamkan atas kesedaran bahawa pihak polis adalah elemen pelengkap

kepada sesebuah masyarakat yang aman dan harmoni. RAKAN COP bererti rakan polis.

COP adalah singkatan dari perkataan Cooper yang diberikan kepada anggota polis. Di

Amerika Syarikat, panggilan COP kepada Polis amat digemari oleh kerana lebih ringkas

dan lebih mesra digunakan.

RAKAN COP adalah medium perantara untuk merapatkan jurang antara polis dan

masyarakat. Ia mengambil konsep yang mudah dan praktikal untuk merealisasikan ikatan

hubungan kukuh dengan orang ramai melalui pendekatan yang lebih jelas, lebih mudah,

bersepadu dan tersusun.

Program Rakan Cop adalah bersifat Community Oriented Policing dan Smart

Partnership. Pendekatan ialah dengan menggalakkan pembabitan orang ramai, terutama

mereka yang terlibat dengan pertubuhan-pertubuhan masyarakat, termasuk agensi-agensi

kerajaan dan swasta supaya menjadi mata dan telinga polis di samping menggalakkan

[Type text] Page 8

Page 9: community policing.doc

interaksi dua hala antara kedua-dua pihak melalui saluran yang ditetapkan.

Gandingan usahasama pihak polis dan orang ramai di bawah naugan Rakan COP untuk

memerangi dan mencegah jenayah telah dipermudahkan melalui penggunaan sistem

penyampaian maklumat dua hala, iaitu saluran HOTLINE dan SMS Polis yang dipasang

di Pusat Kawalan Kontinjen (CCC).

Semua pertubuhan masyarakat dan agensi berkaitan amat digalakkan untuk

mewujudkan PUSAT SEHENTI ( One Stop Centre ) untuk memudahkan polis

menyalurkan maklumat melalui CCC agar cepat dan tepat diterima oleh orang ramai.

Interaksi pantas dua hala ini sudah pasti akan membantu komitmen PDRM untuk

memberi respon dalam masa 15 minit sebaik menerima maklumat.

5.2.1 Kesan Positif Pelaksanaan Program Rakan Cop

Penubuhan Rakan COPS telah member kesan positif , malah memantapkan pelaksanaa

Community Policing. Antaranya adalah :

i. Memberi didikan dan kesedaran sivik kepada masyarakat dalam pelbagai sudut

keselamatan seperti mencegah jenayah dan keselamatan jalan raya.

ii. Mengeratkan hubungan mesra antara polis dan masyarakat. Ini sekali gus akan

meningkatkan keyakinan masyarakat kepada PDRM.

iii. Memberi maklumat tepat untuk manfaat masyarakat.

iv. Harapan daripada pelaksanaan RAKAN COP, pihak polis dan orang ramai akan

saling menggembling tenaga untuk memerangi jenayah dan apa jua masalah

keselamatan. Kesemua lapisan masyarakat adalah RAKAN COP. Kejayaan

program RAKAN COP sudah pasti akan menjanjikan persekitaran yang lebih

kondusif dan selamat di seluruh Negeri khasnya dan dalam Negara amnya.

5.3 PASUKAN KADET POLIS DIRAJA MALAYSIA

Pasukan Kadet Polis Diraja Malaysia adalah pasukan beruniform yang wujud di seluruh

sekolah-sekolah menengah di Malaysia yang berupaya mendisiplinkan pelajar-pelajar sekolah

[Type text] Page 9

Page 10: community policing.doc

dan berupaya mengelakkan diri mereka daripada segala kegiatan negatif yang mampu merugikan

diri sendiri.

Idea penubuhan kadet polis ini telah dicetuskan oleh Ketua Polis Negara yang kedua,

Allahyarham Tun Mohamed Salleh bin Ismail ketika merasmikan Pelancaran Pasukan Kadet

Polis pada 2 Mac 1970. Allahyarham dalam ucapannya yang berbunyi.

"The overall objective is to make the cadet a responsible citizen of the future. He must yield a

strong and healthy influence among his colleagues, friends and family so that in the years ahead,

there will he a new breed, of enlightened good citizens contributing to nation building."

Bermaksud: Objektif keseluruhan adalah untuk menjadikan kadet polis ini seorang warganegara

yang bertanggungjawab dimasa hadapan. Hasil yang wajib satu pengaruh yang kukuh dan sihat

di kalangan rakan-rakan sekerjanya, kawan-kawan dan keluarga supaya pada tahun-tahun yang

mendatang, akan adanya satu baka barunya, warganegara yang baik menyedarkan

menyumbang untuk pembangunan bangsa. 

Pendekatan teori ’Broken Windows’ oleh James Q. Wilson and George L. Kelling iaitu

”Consider a building with a few broken windows. If the windows are not repaired, the tendency

is for vandals to break a few more windows. Eventually, they may even break into the building,

and if it's unoccupied, perhaps become squatters or light fires inside.”. Menurut teori ini, strategi

yang terbaik untuk mencegah sesuatu jenayah ialah untuk menyelesaikannya ketika ia masih

kecil. Berdasarkan teori tersebut maka, Kadet Polis perlu diwancanakan selari dengan

pelaksanaan pencegahan jenayah melalui konsep ‘Community Policing.

.

Penubuhan Pasukan Kadet Polis dapat menjelaskan peranan belia di dalam "Nation

Building".Generasi muda diperhitungkan sebagai harapan bangsa dan negara. Merekalah yang

akan membentuk tulang belakang dalam pembangunan negara dalam semua aspek baik ekonomi,

[Type text] Page 10

Page 11: community policing.doc

politik, mahupun perbaharuan. Dasar Belia Negara bertujuan melahirkan masyarakat belia yang

berdisiplin, berpelajaran dan bertanggungjawab.

Selain itu, Pasukan Kadet Polis merupakan salah satu daripada kegiatan kokurikulum di sekolah-

sekolah. Penubuhannya telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu

kegiatan ko-kurikulum Sekolah Menengah sebagaimana yang ditakrif dalam Akta Pelajaran

1961, P.K (A) 487 bertarikh 20 NOV 1969. Kadet Polis ini ditubuhkan bertujuan untuk

membentuk sahsiah, rohani dan moral remaja yang berdisiplin dan bertanggungjawab kepada

agama, bangsa dan negara. Selain itu, ahli-ahli Kadet Polis diberi pendedahan tentang peranan

yang boleh dimainkan oleh mereka dalam menangani masalah jenayah dan sosial khasnya yang

berlaku di peringkat sekolah.

Ahli-ahli Kadet Polis diberi pendedahan dan pengetahuan tentang aspek peningkatan rohani,

jasmani, kognitif dan psikomotor yang akhirnya dapat melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis. Menerusi kaedah ini, ahli-ahli kadet akan menjadi masyarakat yang berketerampilan

serta dapat memainkan peranan aktif untuk bersama-sama pihak Polis dalam menangani masalah

jenayah dan sosial semasa mereka dewasa.

5.4 SUKARELAWAN POLIS SISWA SISWI (SUKSIS)

Kesinambungan dalam peranan serta semangat yang wujud dalam Kadet Polis di peringkat

Sekolah Menengah telah diperluaskan ke peringkat Intitusi Pengajian Tinggi Awam di mana Kor

Sukarelawan Siswa / Siswi ( KOR SUKSIS ) ditubuhkan pada tahun 2004.

Hasrat untuk membentuk sebuah badan beruniform "Ala Polis" di semua Institusi Pengajian

TinggiAwam (IPTA) didorong oleh keinginan untuk melahirkan graduan cemerlang yang turut

memiliki pengetahuan undang-undang, kemahiran, berdaya saing, berdisplin, berketrampilan

dandilengkapi dengan nilai-nilai murni serta harga diri yang tinggi.

Penubuhan Kor SUKSIS adalah tertakluk kepada undang-undang tubuh sukarelawan polis atau

PVR yang terkandung dalam Akta Polis 1967. Ini bermakna kesemua anggota Kor SUKSIS

adalah dilantik sebagai anggota sukarelawan polis dan mereka berhak menikmati semua

[Type text] Page 11

Page 12: community policing.doc

keistimewaan serta kuasa-kuasa seorang anggota polis semasa bertugas menjalankan urusan

rasmi atau latihan.

KOR SUKSIS merupakan medium dalam melahirkan siswa dan siswi yang bakal menyambung

tugas kepolisan untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam pada masa. Selain itu, KOR

SUKSIS ini dilihat sebagai momentum untuk menggalakkan kerjasama masyarakat khasnya

siswa dan siswi untuk bersama-sama Polis dalam usaha mencegah jenayah.

5.5 PONDOK KOMUNITI

Membuka 55 pondok komuniti polis. Pondok polis ini diberi tumpuan ke atas empat negeri seperti

Johor, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Pondok komuniti ini beroperasi di taman perumahan

yang disewa. Pondok komuniti ini diketuai oleh 2 orang Lans Koperal/ Konstabel dan beroperasi 24 jam

untuk membolehkan penerimaan laporan atau aduan daripada orang awam. Bagi konteks ini, anggota

keluarga petugas juga tinggal bersama di kawasan operasi. Pembukaan balai polis dan pondok komuniti

adalah bertujuan merapatkan hubungan polis dengan masyarakat, masyarakat merasai dan melihat

kehadiran polis di persekitaran mereka dan secara psikologinya juga adalah bagi mewujudkan perasaan

takut dalam kalangan pelaku jenayah.

ommunity Policing Selangor (COPS) adalah sebuah organisasi NGO yang ditubuhkan oleh pengasas Tuan Kuan Chee Heng untuk

Daerah Puchong dan kini giat meluaskan penubuhannya ke semua daerah di Selangor dengan kerjasama dan naungan Ketua Polis

Selangor.Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan semua Kontinjen Polis membuat perancangan sistematik

dengan mengambil kira penglibatan masyarakat dalam pencegahan jenayah.

Konsep Kepolisan Komuniti yang merupakan sebahagian daripada Pelan Strategik Lima Tahun Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi

2007-2011 itu banyak membantu Polis mengurangkan kadar jenayah di beberapa lokasi di negara ini.

Konsep itu merupakan satu kaedah kepolisan masyarakat yang lebih efektif bagi membantu meningkatkan tahap perkhidmatan

pasukan polis.

Menerusi community policing yang lebih efektif, tahap kerjasama masyarakat dan polis akan lebih baik. Hubungan rapat dengan

masyarakat akan meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan pasukan PDRM terhadap penduduk,

Pelaksanaan konsep kepolisan komuniti itu dilakukan dalam tiga fasa. Fasa pertama melibatkan kontinjen polis di Kuala Lumpur,

Selangor, Pulau Pinang dan Johor.

Fasa dua akan melibatkan kontinjen di semua negeri manakala fasa tiga akan dilaksanakan dan melibatkan semua kontinjen serta

daerah di setiap negeri. Program itu dijangka dilaksanakan mengikut jadual sehingga tahun 2011.

Antara kawasan yang berjaya melaksanakan konsep itu ialah Taman Seri Maharani, Muar dan Taman Tan Sri Yaakub di Johor;

Taman Wangsa Maju di Sentul, Kuala Lumpur dan Taman Ocean di daerah Timur laut, Pulau Pinang.

Taman Seri Maharani boleh diambil kira sebagai model konsep tersebut.

Kawasan berkenaan berjaya melaksanakan pelbagai program dengan penglibatan aktif masyarakat di taman perumahan itu.

[Type text] Page 12

Page 13: community policing.doc

Kedudukan indeks jenayahnya adalah sifar sekali gus menjadi salah satu daripada penunjuk keberkesanannya.

Antara negara yang melaksanakan konsep itu ialah United Kingdom, Amerika Syarikat (AS), Hong Kong, Australia dan Singapura.

Orang ramai mungkin sedikit keliru dengan konsep polis komuniti. Ada yang mengatakan ia adalah satu segmen lain daripada

konsep Rakan Cop.

Rakan Cop adalah program kepolisan masyarakat yang dilancarkan PDRM di Kuala Lumpur pada 9 Ogos 2005 untuk

mengurangkan kadar jenayah di ibu kota serta lain-lain tempat di seluruh negara manakala community policing ialah

kesinambungan daripada konsep itu.

Konsep dan garis panduan mengenai kepolisan komuniti ini akan dimantapkan dalam usaha meningkatkan kerjasama dan

hubungan antara masyarakat dan polis.

Banyak cara untuk menambah keberkesanan kepolisan komuniti atau kejiranan ini, termasuk meningkatkan kesanggupan untuk

bekerjasama dengan polis, sukarelawan polis dan penambahan sektor Rukun Tetangga.

Di bawah kaedah kepolisan komuniti yang lebih berkesan, YDH KPN mengarahkan community policing diwujudkan yang mana

seseorang pegawai polis akan bertanggungjawab terhadap sektor tertentu.

"Apabila seseorang pegawai bertugas di kawasan berkenaan, beliau akan memperkenalkan dirinya kepada penduduk yang tinggal

di situ sebagai Community Relation Officer. Beliau juga akan memberikan nombor telefonnya agar segala maklumat (orang awam)

boleh disampaikan kepadanya,"

Bagi membincangkan masalah, cadangan serta pendapat yang dihadapi penduduk, mesyuarat antara polis dan penduduk juga

akan diadakan. Ia penting bagi mendapatkan maklumat daripada orang awam tentang siasatan yang sedang dijalankan polis.

YDH KPN turut mencadangkan agar setiap Pejabat Polis Daerah mewujudkan Unit Community Policing sendiri dan berharap

dengan strategi dan kaedah itu ia dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap jenayah di kawasan mereka.

Di Johor Bahru misalnya, kadar jenayah di situ telah menurun, tetapi persepsi masyarakat setempat adalah sebaliknya.

Konsep itu merupakan metodologi terbaru bagi menggantikan kepolisan konvensional dengan melibatkan masyarakat sendiri

berperanan sebagai 'polis'.

Konsep kepolisan komuniti yang diwujudkan itu membantu mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan

"Penduduk boleh salurkan maklumat tanpa rasa takut. Saya harap orang ramai tidak lepaskan peluang membanteras jenayah

menerusi kerjasama dengan pihak polis,"

Berganding bahu dengan polis tidak merugikan, malah dapat menyelesaikan masalah bersama.

"Jadikanlah polis dalam komuniti anda sebagai sahabat atau teman karib supaya tidak ada jurang. Ia penting dalam proses

menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah,"

Pelaksanaan kepolisan komuniti oleh PDRM itu satu usaha yang amat baik kerana masyarakat harus sedar bahawa tugas

membasmi jenayah bukan sahaja terletak di bahu pihak polis semata-mata.

"Masyarakat juga harus main peranan. Usaha ini bagus dan dilihat berkesan kerana dengan hubungan yang baik ini orang ramai

akan menjadi 'mata dan telinga' polis.

"Ia sekali gus akan menakutkan dan menyukarkan kegiatan penjenayah

Sumbangan masyarakat yang sudi bekerjasama dengan pihak polis dalam menyalurkan maklumat, tidak boleh diperkecil dan

dipandang ringan kerana sebagai ‘mata dan telinga’ polis, mereka lebih arif dan mengetahui apa yang terjadi di kawasan

perumahan mereka.

Konsep ini merupakan metodologi terbaru bagi menggantikan kepolisan konvensional dengan melibatkan masyarakat sendiri

secara langsung berperanan sebagai ‘polis’.

Masyarakat yang ditimpa kesusahan seperti terlibat dalam jenayah samun ataupun curi akan berasa selamat apabila ‘didampingi’

oleh anggota polis.

“Masyarakat akan berasa selamat sekiranya kita (polis) ada di situ untuk membantu mereka selesaikan masalah yang dihadapi,”

“Saya datang daripada kelompok masyarakat. Selepas bersara pun saya akan kembali kepada kelompok berkenaan.

“Jika sepanjang berkhidmat dalam polis saya bersikap ‘acuh tidak acuh’, macam mana masyarakat hendak menerima saya nanti,”

sekiranya polis memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat, nescaya mereka akan memberikan kerjasama yang

[Type text] Page 13

Page 14: community policing.doc

terbaik kepada pasukan itu.

“Perkara ini jelas. Kalau kita bijak berdiplomasi dengan mereka, masyarakat akan memberi kerjasama yang baik semasa kita

menjalankan tugas.

“Seharusnya kita sebagai polis yang perlu datang kepada masyarakat dan bukannya masyarakat datang kepada kita,”

Perkara tersebut mungkin nampak sukar, tetapi jika anggota polis bijak dalam mengatur tugas, amanah dan ikhlas, ia akan menjadi

mudah.

Saya mendapat kepuasan apabila berjaya menolong masyarakat yang memerlukan bantuan.

“Puas sangat kalau dapat tolong. Kalau gagal rasa ralat dan terkilan kerana gagal untuk menjalankan tugas dengan sebaik

mungkin,”

Tidak pernah walaupun sekelumit di hati menyesal menyertai PDRM, malah menganggap kerjaya itu sebagai satu kebajikan.

Jangan sesekali memperlekehkan masyarakat kerana suatu hari nanti kita akan kembali kepada mereka.

“Sewaktu menjalankan tugas, cuba kita menjiwai dan selami perasaan mereka yang dalam kesusahan. Jangan sesekali kita

berkasar dengan mereka, cuba kita letakkan diri kita di tempat mereka,”

Kamus Dewan. Edisi ke-4. : Perpustakaan negara Malaysia

Kisah Di Sebalik Sistem Salleh http://ummatanwasatan.net/2015/03/kisah-di-sebalik-sistem-

salleh/

http://www.rmp.gov.my/polis-dan-anda/rakan-cop

http://komunitipolisselangor.blogspot.com/

[Type text] Page 14