bhn transliterasi dan transkripsi

Upload: zainasekh

Post on 17-Oct-2015

440 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    1/18

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    2/18

    Transkripsi Fonetik Rakaman Audio

    28 Apr

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    3/18

    Dapatan Kajian

    Bab 4

    4.1 PENDAHULUAN

    Bab 4 akan membincangkan tentang hasil dapatan yang diperolehi setelah kajian dilaksanakan ke

    atas responden. Ini kerana dalam setiap kajian yang dilakukan, bahagian dapatan kajianmemainkan peranan penting kerana segala dapatan kajian yang diperolehi akan dapat

    membuktikan kesahihan sesuatu kajian. Pengkaji akan membincangkan tentang dapatan kajian

    bagi menjawab soalan dan objektif kajian.

    4.2 PERBINCANGAN

    4.2.1 PENYEBUTAN KATA

    Dalam dialek Kota Bharu, Kelantan terdapat bunyi-bunyi sebutan yang berbeza dengan BahasaMelayu standard. Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting bagi manusia. Alat pertuturan

    ini sememangnya kompleks, tetapi teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Haji

    Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alatujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan

    pita suara.

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    4/18

    Berdasarkan dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam senarai di atas, penutur dialek KotaBharu, Kelantan cenderung:

    1.Berlaku pengguguran fonem [k] diakhir suku kata diganti dengan fonem hentian glotis [].

    Contoh : tak kepada /t/

    2. Menggantikan fonem [r] dengan fonem gamma [].

    Contoh : merah kepada /meh/

    3. Menukarkan fonem /c/ kepada fonem []

    Contoh : cerah kepada /eh/

    4. Menggantikan fonem [j] kepada fonem []

    Contoh : Jantan kepada /at/

    http://afafliyana.files.wordpress.com/2013/04/transkripsi-2.pnghttp://afafliyana.files.wordpress.com/2013/04/transkripsi-baru1.pnghttp://afafliyana.files.wordpress.com/2013/04/transkripsi-2.png
  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    5/18

    5. Pengguguran fonem [ng] dalam perkataan orang menjadi [e] dalam dialek

    6. Pengguguran fonem [o] diganti dengan fonem [o] separuh bulat []

    Contoh : ambo kepada /amb/

    7. Pengguguran fonem [a] dan [n] dalam perkataan makan dan menjadi /mak/ dalam dialek.

    Hal ini kerana

    dalam dialek tidak boleh berlaku fonem [a] di akhir kata.

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    1Bab 3

    LAMBANG BUNYI BAHASA DAN CARA TRANSKRIPSI

    Pada akhir bab ini, pelajar akan dapat

    a. mengenal pasti jenis bunyi bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu

    b. mengenal lambang-lambang fonetik bagi konsonan dan vokal

    c. memahami maksud transkripsi fonetik dan prinsip asas membuat transkripsi fonetik

    d. membuat latihan transkripsi fonetik yang mudah

    RINGKASAN BAB

    3.1. Pengenalan

    3.2. Lambang Bunyi3.3. Transkripsi Fonetik

    3.4. Kegunaan Transkripsi Fonetik

    3.5. Latihan Transkripsi Fonetik

    Istilah penting

    Ringkasan

    Rujukan

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    2

    Apabila bunyi bahasa dikaji, ada beberapa persoalan yang perlu dipertimbangkan. Antaranya, apakah

    yang dimaksudkan dengan perkataan bunyi, dan bagaimanakah bunyi dalam bahasa Melayu dapat

    ditentukan? Bagaimanakah ujaran seperti cap dibahagikan kepada beberapa bunyi yang tertentu? Ada

    beberapa bunyi dalam kata cap bahasa Melayu?

    Apabila kita bercakap, sebenarnya kita menghasilkan satu aliran suara yang berterusan. Aliran suara ini

    hanya diberhentikan untuk bernafas ataupun untuk menyusun buah fikiran untuk terus bercakap.

    Aliran suara ini dapat dibahagikan kepada unit-unit bunyi kecil yang disebut sebagai segmen, iaitu bunyi

    vokal atau konsonan. Misalnya, kata cap dilafazkan bermula dengan segmen c, a, dan p. Oleh hal yang

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    6/18

    demikian, kata cap terbentuk oleh tiga segmen, iaitu c, a dan p. Kata cap terdiri daripada dua

    konsonan dan satu vokal, iaitu c dan p sebagai konsonan dan a sebagai vokal. Demikian juga kata adik

    terdiri daripada empat segmen a, d, i, dan k, iaitu dua konsonan (a dan i) dan dua vokal (d dan k). Setiap

    segmen ini tidak dapat berfungsi secara bersendirian, tetapi perlulah bergabung untuk membentuk

    perkataan. Dalam kata adik, segmen a, d, i dan k tidak mempunyai makna yang tersendiri dan hanya

    menjadi bermakna apabila digabungkan untuk membentuk perkataan adik.

    Dalam bahasa Melayu, bunyi bahasa dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu vokal, konsonan, dan

    diftong. Terdapat enam bunyi vokal dan 25 fonem konsonan yang dilambangkan oleh 26 huruf konsonan

    dalam bahasa Melayu. Selain itu, ada tiga fonem diftong yang dilambangkan oleh tiga pasang huruf

    vokal. Setiap bunyi vokal, konsonan dan diftong dilambangkan oleh satu simbol atau lambang yang

    tertentu. Lihat contoh lambang bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu seperti dalam Jadual 3.1.

    (nyatakan sumber)

    3.1 . Pengenalan

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    3

    Ada cara tertentu supaya bunyi tersebut dapat dinyatakan dalam bentuk yang lebih nyata. Salah satu

    cara ujaran bahasa dapat diwakili disebut sebagai transkripsi fonetik, iaitu penggunaan lambang (abjad)

    untuk mewakili bunyi bahasa. Cara ini lazim digunakan dalam kamus untuk mewakili sebutan perkataan.

    Misalnya, dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2011), perkataan pelat dituliskan dalam lambang fonetik

    seperti *plat+. Dalam Oxford Advanced Learners Dictionary (2000) pula, kata Inggeris prison

    ditranskripsikan seperti [przn].

    Sebelum mengetahui cara membuat transkripsi fonetik, simbol atau lambang fonetik hendaklah

    diketahui dan dipelajari cara menulisnya. Seperti yang dijelaskan dalam pada awal, terdapat tiga jenis

    bunyi dalam bahasa Melayu, iaitu konsonan, vokal dan diftong. Berikutnya diturunkan lambang bunyi

    bagi setiap konsonan, vokal dan diftong yang terdapat dalam bahasa Melayu.

    Jadual 3.1 Lambang fonem konsonan dan vokal dalam bahasa Melayu.

    Konsonan

    [b] seperti dalam baca

    *+ seperti dalam cari

    [d]seperti dalam dada

    [f] seperti dalam fikir

    [g] seperti dalam gigi

    [h] seperti dalam hari

    *+ seperti dalam janji

    [k] seperti dalam kamus

    [l] seperti dalam lari

    [m] seperti dalam mata

    [n] seperti dalam nama

    [p] seperti dalam pada

    [r] seperti dalam rata

    [s] seperti dalam singa

    Vokal

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    7/18

    /a/ seperti dalam ada

    // dalam emas

    [t] seperti dalam tolak

    [v] seperti dalam van

    [w] seperti dalam wap

    [y] seperti dalam yuran

    [z] seperti dalam zoo

    *+ seperti dalam ngaum

    [] seperti dalam nyata

    [] seperti dalam ghaib

    *+ seperti dalam zaman

    [dz] seperti dalam hadzir

    [x] seperti dalam khabar

    *+ seperti dalam syabas

    [d] seperti dalam darurat

    *+ seperti dalam sabit

    Diftong

    /ai/ seperti dalam petai

    3.2 . Lambang Bunyi

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    4

    // seperti dalam enak

    /i/ seperti dalam itik

    /o/ seperti dalam olah

    /u/ dalam ura

    /au/ seperti dalam pulau

    /oi/ seperti dalam sekoi

    Kelihatan ketiga-tiga fonem konsonan, vokal dan diftong ini boleh wujud pada awal, tengah

    dan akhir perkataan seperti yang dipaparkan dalam contoh dalam Jadual 3.1

    Transkripsi adalah penurunan perkataan kepada bentuk tulisan yang bersistematik dan

    konsisten. Transkrip juga dikenali sebagai satu system symbol/lambing atau khat (script).

    Menurut Daniel Jones (1992), transkrip fonetik didefinisikan sebagai penulisan mengikut

    abjad iaitu setiap huruf mewakili satu bunyi (satu bunyi satu simbol). Sebagai contoh, apabila

    kita mendengar seorang penutur dialek Kelantan menyebut perkataan [mak] iaitu /makan/,

    maka sebagai seorang yang tahu tentang fonetik maka dia akan menulis bunyi-bunyi dalamperkataan yang disebut oleh penutur itu dengan menggunakan abjad fonetik.

    a. Tiga bunyi dalam bahasa Melayu ialah ......................., ........................ dan

    ..........................

    b. Berikan dua contoh penggunaan bagi vokal [a] dan [u].

    c. Apakah dua lambang fonetik bagi huruf e?

    d. Adakah perkataan yang berikut ini berdiftong?

    damai, semai, auta, lauk, saur.

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    8/18

    3.3 . Transkripsi fonetik

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    5

    Dengan adanya transkripsi fonetik, kita dapat membantu orang luar atau orang asing menyebut sesuatu

    perkataan dengan betul. Transkripsi fonetik boleh dilakukan dengan dua keadaan yang berbeza iaitu

    transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic dan transkripsi yang berasaskan sistematik.

    a) Transkripsi Tanggapan

    Transkripsi tanggapan dihasilkan berdasarkan kategori bunyi-bunyi yang dihasilkan oleh manusia secara

    umum. Ia seolah-olah sukar dilakukan. Transkripsi ini diperlukan dalam dua keadaan iatu:

    Apabila bahasa yang hendak ditankripsikan itu tidak diketahui asal usulnya. Bahasa itu tidakmempunyai pola dan struktur yang sistematik. Katakan anda dikehendaki membuat kajian terhadap

    bahasa X yang tidak pernah dikaji sebelum ini. Anda terpaksa mentrankripsi apa sahaja bunyi yang

    dihasilkan oleh informan (sumber maklumat) anda. Dari data yang anda perolehi barulah boleh dicipta

    transkripsi yang lebih sistematik.

    Seseorang yang terpaksa mentranskripsi bahasa kanak-kanak atau pesakit yang tidak pernah dilihatsebelum ini atau seseorang yang tidak tahu apakah rumus yang harus

    Transkripsi Fonetik

    Transkripsi tanggapan

    Transkripsi sistematik

    Transkripsi fonetik luas

    Transkripsi fonetik sempit

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    6

    diaplikasikannya. Dalam keadaan sebegini symbol-simbol yang digunakan hanya menunjukkan nilai

    fonetik bunyi-bunyi itu. Kesemua ujaran dari golongan ini terpaksa ditranskripsikan berdasarkan

    transkripsi tanggapan.

    b) Transkripsi sistematik

    Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dibandingkan dengan transkripsi tanggapan. Transkripsi

    sistematik mempunyai peranan yang penting terutama dalam mengajar penyebutan kepada penutur

    asing atau mempelajari bahasa asing. Transkripsi sistematik digunakan dengan meluas dalam pengkajian

    nahu secara deskriprif dan juga diperlukan dalam kamus. Dalam transkripsi yang berasaskan sistematik

    inilah lahirnya dua jenis transkripsi iaitu transkripsi luas dan transkripsi sempit.

    i. Transkripsi fonetik sempit

    Transkripsi fonetik sempit menggunakan simbol-simbol yang lebih lengkap bagi tiap-tiap segmen dan

    cirri bunyi. Transkripsi fonetik sempit boleh digunakan bagi siri bunyi-bunyi ujaran yang sengajadibentuk bagi latihan pendengaran fonetik. Penyebutan serta pengenalan simbol bunyi termasuk

    simbol-simbol diakritik. Simbol diakritik merujuk kepada penggunaan tanda kecil yang ditambah kepada

    simbol untuk mengubah nilai bunyi simbol itu. Dengan kata lain, simbol diakritik digunakan untuk

    menambah ketepatan bunyi. salah satu simbol diakritik yang paling lazim digunakan untuk menjelaskan

    bahasa Melayu ialah tanda nasalisasi [ ]. Simbol ini menunjukkan bunyi ini dinasalkan, contohnyaapabila sesuatu bunyi khususnya bunyi vokal hadir selepas bunyi nasal, bunyi vokal itu akan menjadi

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    9/18

    nasal seperti dalam kata nyanyi yang diberi transkripsi sebagai *], tetapi dalam pengucapansebenar, jika anda perhatikan, dalam kata nyanyi selalunya bunyi vokal *a+ dan *i+ akan dinasalkan

    kerana terpengaruh dengan bunyi nasal disebelahnya. Jadi, jika terdapat tanda [ ] di atas sesuatusesuatu simbol itu biasanya ia melambangkan bunyi itu disengaukan.

    Apabila simbol-simbol digunakan untuk menggambarkan nilai fonetik yang tepat maka kita

    menggunakan kurungan [ ] di setiap permulaan dan pengakhiran kurungan. Kurungan siku bermaksud

    bunyi itu ditranskripsi sebagaimana yang disebut oleh

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    7

    penutur sesuatu bahasa atau dialek itu. Manakala untuk simbol fonem, kita menggunakan simbol / / .

    ii. Transkripsi fonetik luas

    Transkripsi fonetik luas biasanya menggunakan lambang dan tanda diakritik yang sedikit dan mudah.

    Tujuannya adalah untuk menghasilkan persembahan yang tidak taksa dalam bentuk penyebutan.

    Transkripsi fonetik luas boleh digunakan sebagai asas bagi semua bahasa. Dengan kata lain, transkripsi

    fonetik luas bersamaan dengan transkripsi fonemik dan ada kalangan ahli fonetik menggunakan istilah

    luas sebagai rujukan kepada fonemik. Walaubagaimanapun secara prinsipnya adalah penting untuk

    membezakan transkripsi fonetik luas dan transkripsi fonemik. Kedua-dua transkripsi ini merupakan entiti

    yang berbeza . [pen] merupakan transkripsi fonetik luas yang menggambarkan artikulasi fizikal dan

    rangkaian bunyi yang nyata. Manakala /pen/ merupakan transkripsi fonemik yang menggambarkan

    rangkaian bunyi yang abstrak.

    C) Abjad fonetik antarabangsa

    Dalam sebarang transkripsi, setiap bunyi yang berbeza dinyatakan dengan penggunaan simbolnya yang

    tersendiri. Keseluruhan simbol fonetik dikenali sebagai abjad fonetik. Penggunaan abjad yang paling

    luas adalah IPA. Akronim IPA ada kalanya merujuk kepada International Phonetic Alphabet atau

    International Phonetic Association atau dalam bahasa Melayunya dikenali sebagai Abjad Fonetik

    Antarabangsa. Simbol-simbol fonetik selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya

    [b] dalam kata selalunya sama sebagaimana huruf dalam sistem ejaan, contohnya [b] dalam kata [baru],

    [k] dalam kata [kira] tetapi banyak simbol-simbol baru telah dicipta untuk menampung sejumlah bunyi-

    bunyi yang didengar dalam pertuturan yang tidak menunjukkan kesamaan bentuk sebagaimana sistem

    ejaan rumi. Misalnya [ + mewakili ejaan sh atau sy seperti dalam kata bahasa Inggeris ship *ip] atau

    kata dalam bahasa Melayu syarat *arat], [ ] pula untuk bunyi *gh+ seperti dalam kata ghaib

    [aeb] dan [+ untuk bunyi *kh+ seperti dalam kata khabar yang disebut sebagai * abar].Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    8

    Dengan menggunakan lambang-lambang fonetik, seseorang itu boleh merakamkan lambanglambangfonetik, seseorang itu boleh merakamkan apa sahaja bunyi bahasa yang terdapat di

    dalam apa jua bahasa.

    Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) merupakan nama bagi satu set simbol-simbol yang

    bersifat arbitrari atau wewenang. Simbol-simbol ini dibentuk bagi menggambarkan bunyibunyi

    yang digunakan dalam semua bahasa dunia yang berasaskan kepada titik dan cara

    artikulasi. Ahli fonetik mula merasakan perlu adanya suatu sistem transkripsi fonetik yang

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    10/18

    standard dan dapat diterima pada peringkat antarabangsa semenjak berkembangnya kajian

    fonetik artikulasi pada akhir abad ke-19 pada tahun 1988. Abjad Fonetik Antarabangsa

    dibentuk dan disebarkan oleh Pertubuhan Fonetik antarabangsa. Tujuan pembentukan IPA ini

    adalah untuk memudahkan ahli-ahli fonetik membuat kajian ke atas bunyi-bunyi yang tidak

    biasa bagi mereka dengan penggunaan sistem yang seragam bagi seluruh bunyi-bunyi

    pertuturan. Dengan kata lain, akibat daripada perbezaan antara bentuk sistem tulisan

    (ortografi) dan bentuk pertuturan maka tidaklah perlu bagi kita mencipta atau membentuk

    IPA.

    Mengikut prinsip asas yang membentuk IPA adalah untuk memiliki sesuatu huruf yang

    berbeza untuk setiap bunyi bahasa yang dapat dibezakan. Oleh kerana jumlah bunyi bahasa

    yang dihasilkan oleh manusia tidak terbatas jumlahnya maka, IPA turut mencadangkan

    penggunaan satu set tanda tambahan atau disebut sebagai penanda diakritik yang pelbagai

    jenis yang dapat ditambah kepada simbol huruf. Tujuan penggunaan simbol tambahan ini

    adalah untuk membolehkan perbezaan yang lebih halus daripada perbezaan yang berdasarkan

    huruf-huruf sahaja.

    a. Terangkan yang berikut:

    Transkripsi yang berdasarkan tanggapan/ impressionistic

    Transkripsi yang berasaskan sistematik.b. Huraikan tentang Abjad Fonetik antarabangsa.

    c. Berikan perbezaan antara transkripsi fonetik sempit dan transkripsi fonetik luas

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    9

    Kemahiran menulis perkataan dalam bentuk transkripsi fonetik merupakan kemahiran yang penting

    dalam membuat analisis fonetik (Abdullah Hassan, 2006). Dalam pada itu, terdapat beberapa kegunaan

    transkripsi fonetik dalam bahasa, khususnya dalam bidang fonetik dan fonologi. Transkripsi fonetik

    digunakan untuk merakamkan bunyi setepat mungkin dalam bahasa. Dengan demikian, sebutan

    perkataan atau ayat dapat dilakukan tanpa ketaksaan. Perkataan yang ditulis dalam transkripsi fonetik

    ialah sebutan yang sebenar, bukannya seperti ditunjukkan dalam bentuk otografi.

    Kamus membekalkan sebutan perkataan yang betul dan juga memberikan panduan kepada guru untuk

    mengajarkan sebutannya dengan betul (Sethi dan Dhamija, 2007). Misalnya, perkataan semak dalam

    bahasa Melayu dapat ditunjukkan perbezaan bunyi dan makna dengan menggunakan lambang fonetik,

    seperti [sma] dan [sema]. Yang pertama ialah perkataan semak yang membawa maksud tumbuhan

    dan yang kedua pula bermaksud periksa. Dengan adanya transkripsi fonetik ini, perbezaan sebutan dan

    makna perkataan dapat ditentukan dan dijelaskan kepada pelajar atau pengguna bahasa melayu.

    Transkripsi fonetik juga berguna kepada pelajar bahasa yang ingin menguasai kemahiran lisan. Denganmengetahui lambang-lambang fonetik, pelajar mudah dapat menyebut sesuatu perkataan dengan tepat

    walaupun belum pernah menemui atau mendengar perkataan tersebut. Misalnya, perkataan calet dan

    bufet merupakan dua kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Kedua-dua perkataan tersebut dapat

    dibunyikan dengan betul berdasarkan lambang fonetiknya, seperti *alet+ dan *buft+.

    Selain itu, transkripsi fonetik juga sering digunakan untuk membandingkan sistem bunyi yang terdapat

    dalam dua bahasa yang berbeza. Pengkaji bahasa semasa meneliti perkembangan, perubahan dan

    perbezaan antara bunyi-bunyi dalam satu-satu bahasa sering memanfaatkan transkripsi fonetik dalam

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    11/18

    kajian mereka. Contohnya, untuk membandingkan perbezaan bunyi antara perkataan setem (bm) dan

    stamp (b inggeris), keadah transkripsi fonetik dapat digunakan untuk melihat perubahan bunyi, iaitu

    [setm] dan [stmp]. Demikian juga perbezaan antara variasi bahasa dalam satu-satu bahasa dapat

    ditunjukkan dengan

    3.4 Kegunaan Transkripsi fonetik

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    10

    menggunakan transkripsi fonetik. Contohnya, kata makan disebut [mak] dalam dialek Kelantan dan

    *maka+ dalam dialek Terengganu.

    Dalam transkripsi fonetik, ada kalanya tanda diakratik digunakan bagi fonem-fonem tertentu untuk

    menunjukkan perbezaan bunyi fonem tersebut. Misalnya, dalam bahasa Melayu fonem /e/ yang

    dibezakan bunyi fonem /e/ antara perkataan *prang+ dan *prang+ dapat ditunjukkan dengan

    penggunaan tanda diakratik //, seperti /prang/ yang membawa maksud warna kemerah-merahan.

    Dengan adanya tanda diakratik //, perbezaan sebutan antara kedua-dua perkataan dapat ditentukan.

    Selain itu, makna kedua-dua perkataan juga dapat ditentukan. Dalam bahasa Inggeris dan bahasa lain

    penggunaan tanda diakratik amat luas digunakan berbanding dengan bahasa Melayu. Antara tanda

    diakratik digunakan dalam bahasa Inggeris termasuk tanda dalam perkataan expos re, , pt, dan

    rsum.Kebanyakan perkataan ini merupakan kata pinjaman dalam bahasa Inggeris.

    Penggunaan transkripsi fonetik dalam kamus dan buku-buku bahasa untuk mewakili bunyi perkataan

    amat membantu pengguna bahasa termasuk pelajar. Ada kalanya ortografi dalam bahasa seperti bahasa

    Inggeris amat mengelirukan. Misalnya, perkataan bus dalam bahasa Inggeris dilambangkan oleh huruf

    yang berbeza dengan fonem yang dibunyikan. Kata bus dibunyikan sebagai [bas] dan bukannya [bus].

    Huruf u dibunyikan sebagai a dalam bahasa Inggeris. Jadi dengan menggunakan transkripsi fonetik ini,

    kekeliruan untuk membunyikan huruf dalam perkataan seperti yang dihuraikan dapat diatasi. Dengan

    demikian, sebutan yang betul dapat dikenal pasti dan dipelajari dengan baik.

    Seperti yang dijelaskan pada awal, dalam transkripsi fonetik lambang khusus, iaitu abjad fonetik

    antarabangsa (IPA) digunakan. Abjad tersebut berbeza daripada abjad yang biasa digunakan dalam

    tulisan. Dengan demikian, IPA digunakan apabila membuat latihan transkripsi fonetik.

    3.5 Latihan Transkripsi Fonetik

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    11

    3.5.1. Transkripsi bunyi konsonan

    Apabila fonem konsonan wujud sebelum vokal atau pada permulaan perkataan, ia dirujuk sebagai

    konsonan awalan, apabila konsonan wujud ditengah kata, ia dirujuk sebagai konsonan tengah dan

    apabila konsonan wujud di akhir kata, ia dirujuk sebagai konsonan akhir.

    Jadual 3.1. Simbol fonetik untuk bunyi konsonan

    Simbol

    Contoh p *pasu+ pasu *api+ api *atap+ atap

    b

    [buda+ budak

    [aba+ abang*adab+ adab t *tali+ tali *mata+ mata *sakit+ sakit

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    12/18

    d

    *dagu+ dagu

    *cadar+ cadar

    *abad+ abad k *kasut+ kasut *pakat+ pakat *kritik+ kritik

    g

    *gali+ gali

    *pega+ pegang

    *beg+ beg [kota+ kotakm

    *mau+ maju

    *lama+ lama

    *siram+ siram n *nasi+ nasi *kena+ kena *tahan+ tahan

    (ny)[aris+ nyaris

    [sui+ sunyi

    -(ng) *antu+ ngantuk *suai+ sungai *tua+ tuangs

    *sabun+ sabun

    *bsar+ besar

    *as+ cas h *haus+ haus

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    12

    *mahal+ mahal *tanah+ tanah

    f

    *faham+ faham

    *wafat+ wafat

    *wakaf+ wakaf v *van+ van *novel+ novel -

    (th)

    *alaa+ thalatha (sy) *arat+ syarat *maarakat+ masyarakat -

    (kh)

    [abar+ khabar

    [as+ khas (gh) [aeb+ ghaib *bale+ baligh*bunyi [k] hanya wujud di akhir kata untuk perkataan pinjaman sahaja. Bagi kata bahasa Melayu asli.

    Fonem /k/ di akhir kata dibunyikan sebagai [].

    Rajah 3.1. Simbol Fonetik Antarabangsa bagi Konsonan3.5.2. Transkripsi bunyi vokal

    Bunyi vokal berbeza daripada bunyi konsonan dari segi cara ia dihasilkan. Setiap kali bunyi vokal muncul

    dalam bahasa, ia akan membentuk sukukata.

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    13

    a) Simbol fonetik untuk bunyi vokal primer

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    13/18

    Simbol

    Contoh *ikan+ ikan *piza+ piza *uit+ cuit *sui+ suci

    *emak+ emak

    *petak+ petak

    *etek+ cetak *ada+ ada *pada+ pada *kuda+ kuda

    *otak+ otak

    *bota+ bota

    *endol+ cendol *ura+ ura *sup+ sup *pasu+ pasu

    [nak+ anak

    [pnat+ penat

    [smak+ semak

    b) Simbol fonetik bunyi diftong

    Simbol

    Contoh au *aurat+ aurat *daulat+ daulat *kalau+ kalau

    oi

    *boikot+ boikot

    *sekoi+ sekoi ai *aising+ aising *paip+ paip *pai+ pai

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    14

    Rajah 3.2. Vokal primer dan sekunder

    Perhatian: Apabila simbol-simbol wujud berpasangan, salah satu sumber iaitu di bahagian kanan

    menunjukkan vokal yang dibundarkan. Contohnya [u] dan [y] merupakan bunyi vokal bundar.

    3.5.3. Tanda diakritik

    Dalam bahagian ko-artikulasi, kita telah diperkenalkan dengan artikulasi sekunder penyengauan yang

    mana simbol [ ] ini digunakan diatas bunyi vokal untuk menunjukkan proses penyengauanberlaku.begitu juga dalam bahagian penanda suprasegmental, beberapa simbol seperti [ : ] selepas

    bunyi untuk menunjukkan kepanjangan, simbol tekanan dan tona telah ditunjukkan untuk menunjukkan

    perbezaan-perbezaan bunyi bahasa. Simbol-simbol inilah yang dikatakan sebagai lambang diakritik iaitu

    penanda-penanda yang boleh digunakan untuk mengubahsuai simbol fonetik asas. Beberapa tanda

    diakritik yang boleh digunakan untuk memberi ketepatan bagi bunyi bahasa sebenar yang dihasilkan

    adalah seperti berikut.

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi15

    [ ] tanda bersuara

    [ ] tanda pergigian seperti dalam kata bahasa Inggeris [ eit]

    [ ] tanda penyengauan seperti dalam bahasa Melayu [makan]

    [ ] tanda tekanan seperti dalam bahasa Inggeris

    [kntrakt]

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    14/18

    [ ] geluncuran diftong seperti dalam kata bahasa Melayu

    [pulau][ # ] jeda menandakan ujaran yang disempadani kesenyapana

    Untuk memahami lebih lanjut tentang transkripsi fonetik, lihat beberapa contoh transkripsi fonetik lain

    bagi perkataan, ayat dan petikan ringkas seperti yang berikut:

    a. adik /adi/ buluh /buluh/ camca /ama/

    b. Mereka datang pagi tadi.

    [mrka data pagi tadi+

    c. Logan tinggal di Melaka. Dia bertugas sebagai seorang jaga di sebuah kilang perabot. Sudah lama, dia

    bekerja di kilang tersebut. Dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua orang anak perempuan.

    *logan tigal di mlaka dia brtugas sbagai sora aga di sbuah kila prabot sudah lama dia bekerja

    di kila ini dia sudah brumahtaga dan mmpuai dua orang anaprmpuan]

    Seperti yang ditunjukkan dalam contoh a, b dan c, terdapat beberapa peraturan yang perlu dipatuhi

    apabila membuat transkripsi fonetik. Pertama, semua perkataan atau ayat hendaklah ditulis dalam

    lingkungan kurungan [ ], iaitu kurungan segi empat, seperti [bsar] atau [mulut]. Tidak ada huruf besar

    yang digunakan walaupun terdapat kata nama khas. Selain itu, tanda bacaan seperti titik, koma, koma

    bertitik, dan lain-lain tidak digunakan semasa memindahkan perkataan atau ayat menjadi transkripsi

    fonetik. Demikian juga perkataan, ayat dan petikan yang dipindahkan menjadi transkripsi fonetik

    hendaklah bermula dari kurungan dan berakhir dengan kurungan, seperti dalam contoh di atas.

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    16

    Dengan adanya transkripsi fonetik, pengguna bahasa

    dapat melafazkan perkataan dengan betul. Demikianlah

    pentingnya transkripsi fonetik dalam ilmu linguistik,

    khususnya dalam bidang fonetik.

    a. Apakah maksud transkripsi fonetik?

    b. Apakah kegunaan transkripsi fonetik?

    c. Tuliskan transkripsi fonetik bagi perkataan yang berikut:

    abang, cuci, dodol, fakir, garam, setuju, warung, hari jadi

    d. Pindahkan ayat yang berikut menjadi transkripsi fonetik:

    i. Semua pelajar diwajibkan hadir.

    ii. Mereka belum menyiapkan kerja rumah itu.

    iii. Saya sudah berpindah ke Kuala Lumpur, kata Shameena kepada

    adiknya Naveen.

    e. Cuba tukarkan petikan berita di bawah menjadi sebuah transkripsi fonetik yanglengkap.

    Transformasi ekonomi besar-besaran yang dinikmati Johor terutama di

    kawasan Iskandar Malaysia sejak enam tahun lalu seharusnya menjadi

    contoh kepada negara-negara kecil untuk membangunkan ekonomi mereka.

    Pengerusi Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF), Tun Musa Hitam berkata,

    kemajuan ke arah yang betul itu mewujudkan prospek ekonomi yang baik

    dan memperlihatkan kemasukan pelabur dalam dan luar negara ke wilayah

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    15/18

    pembangunan tersebut.

    (dipetik daripada http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20121205/ek_02/Iskandar-

    Malaysia-perlu-jadi-contoh#ixzz2E9ct1rFW

    Bab 3 : Lambang bunyi bahasa dan cara transkripsi

    17

    Ujaran merupakan aliran suara secara berterusan dan terdiri daripada segmen-segmenbunyi konsonan dan vokal.

    Bunyi bahasa Melayu dapat dibahagikan kepada fonem vokal, konsonan dan diftong.

    Bentuk ujaran dapat dinyatakan dalam bentuk transkripsi fonetik, iaitu penggunaanlambang untuk mewakili bunyi bahasa.

    Set lambang yang terbaik ialah abjad yang digunakan oleh International PhoneticAlphabet (IPA).

    Ada cara tertentu untuk menukarkan ejaan perkataan, ayat atau petikan ke dalamtranskripsi fonetik.

    Collins, Beverley dan Mees, Inger. M. 2009. Practical Phonetics and Phonology: A resource

    book for students. New York: Routedge

    Indrawati Zahid dan Mardian. 2006. Fonetik dan Fonologi. Kuala Lumpur: PTS Publishers

    Ladefoged, Peter. 2006. A Course in Phonetics.Thomson Boston: Wadsworth

    Kamus Linguistik. 1997. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Nor Hashimah Jalaluddin. Asas Fonetik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

    Roach, Peter. 1995. English Phonetics and Phonology. Cambridge University Press.

    Small, Larry H. 1999. Phonetics : A Practical Guide for Students Boston: Allyn & Bacon

    Posted byBahasa VS Geografi at7:45 PM

    http://www.blogger.com/profile/16472395212653621522http://www.blogger.com/profile/16472395212653621522http://bahasageografi.blogspot.com/2013/09/bab-3-lambang-bunyi-bahasa-dan-cara.htmlhttp://bahasageografi.blogspot.com/2013/09/bab-3-lambang-bunyi-bahasa-dan-cara.htmlhttp://bahasageografi.blogspot.com/2013/09/bab-3-lambang-bunyi-bahasa-dan-cara.htmlhttp://bahasageografi.blogspot.com/2013/09/bab-3-lambang-bunyi-bahasa-dan-cara.htmlhttp://www.blogger.com/profile/16472395212653621522
  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    16/18

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    17/18

    Transliterasi

    Transliterasi menurut Kamus Linguistik (1997, p. 218) ialah proses atau hasil

    mengalihkan tanda grafik daripada satu sistem tulisan kepada sistem yang lain.

    Contohnya, mengalih huruf daripada tulisan jawi kepada tulisan rumi.

    Transliterasi membantu pelajar-pelajar bahasa asing menyebut sesuatu perkataan

    yang pada awalnya mustahil untuk disebut disebabkan tulisan yang asing.

    Kaedah transliterasi telah digunakan dalam pembelajaran bahasa asing di UiTM

    termasuk bahasa Arab sejak tahun 2003. Dalam konteks pengajaran bahasa Arab,

    tujuan kaedah ini diperkenalkan ialah untuk menarik minat mempelajari bahasaArab serta membantu pembelajaran supaya menjadi lebih menarik dan mudah.

    UiTM merupakan institusi perintis yang menggunakan kaedah transliterasi ini

    sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab Komunikasi di

    peringkat Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia, IPTA dan IPTS (UiTM, 2004, p. vii)

    Transliterasi B. Arab yang paling baik ialah mengikut piawaian antarabangsa berdasarkan format Arabic-

    Roman/English (ala orientalis). Paling selamat sebab setiap satu huruf Arab ada khusus hurufnya dalam

    Roman. Diterima oleh seluruh universiti di dunia.

    Kalau pengajian lepasan ijazah Islamic & Middle Eastern Studies, diwajibkan ambil subjek khas-Research

    Method untuk belajar kemahiran transliterasi, kalau mau buat tesis dalam Roman alphabet-English,

    Melayu, Indon, dsb.

    Yang jadi macam2 versi translasi tu sebab masing2 tak ikut versi standard antarabangsa bagi penulisan

    akademik universiti.

  • 5/27/2018 Bhn Transliterasi Dan Transkripsi

    18/18

    Transliterasi Arab-Rumi ialah perbuatan menukar perkataan yang ditulis dalam tulisan Arab ke dalam

    tulisan Rumi. Ia membolehkan pembaca yang tidak boleh membaca tulisan Arab mengetahui

    sebutannya. Lazimnya, transliterasi dilakukan terhadap istilah Arab/Islam yang khusus dalam bidang

    ilmu tertentu, petikan lafaz, dan kata nama khas seperti nama tokoh, tajuk buku dan sebagainya.

    Wikipedia